bahasa melayu stpm ( proses penerbitan ayat )

51
PROSES PENERBITAN AYAT

Upload: nazira-m

Post on 07-Jan-2017

825 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

PROSES PENERBITAN AYAT

Page 2: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

PENGENALAN• Terbina daripada jenis,bentuk,ragam dan susunan. Pada umumnya ayat –

ayat itu dapat difahami oleh penutur jati bahasa tersebut walaupun ayat-ayat itu tidak pernah didengar atau dibina oleh penutur itu sendiri.

• Penutur jati itu juga dapat menentukan sama ada sesuatu ayat itu betul atau tidak dari segi makna atau semantiknya.Hal ini demikian kerana penutur jati mempunyai persepsi yang bersifat intuitif,iaitu secara semula jadi seseorang penutur itu dapat menilai ketepatan sesuatu ayat didengari atau dibacainya.

• Intuisi tersebut merupakan pengetahuannya tentang struktur dalaman yang ada pada bahasa itu.

• Intuisi juga mengesan sesuatu ayat yang boleh membawa lebih daripada satu makna atau disebut sebagai ayat yang kabur maksudnya.

Page 3: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

• Contoh :

• Frasa nama sebagai subjek :

1a. Penduduk tetap akan dipindahkan. (maksud “tentu/pasti”)1b. Penduduk tetap akan dipindahkan. (maksud “pemastautin tetap”)

Subjek Predikat 1a Penduduk tetap akan dipindahkan.1b Penduduk tetap akan dipindahkan.

Page 4: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

• Dari segi semantik

• Dari segi struktur

2a. Isteri mendampingi suami.2b. Suami didampingi isteri.

3a. Ibu terlanggar adik.3b. Ibu terlanggar oleh adik.

Page 5: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

ANALISIS RAJAH POHON• Pada umumnya sesuatu ayat terbahagi kepada dua dahan yang

utama,iaitu subjek dan predikat.Subjek terdiri daripada frasa nama manakala predikat terdiri daripada salah satu frasa,sama ada frasa nama ,frasa kerja,frasa adjektif atau frasa sendi nama.

• Rajah pohon asas bagi sebuah ayat

Page 6: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

• Terdapat setiap kata yang hadir dalam ayat tersebut bernaung di bawah golongan kata yang tertentu

• Bernaung pula di bawah judul frasa nama subjek atau kerja predikat

• Memudahkan pemahaman maka bentuk-bentuk singkatan digunakan

Page 7: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

Contoh 1 : subjek : frasa nama daripada kata nama dan kata penentu

predikat : frasa adjektif (kata penguat dan adjektif)

Page 8: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

Contoh 2 :

• frasa nama: sebagai subjek

• Predikat : frasa kerja yang mempunyai keterangan

• keterangan daripada frasa sendi nama (kata sendi,kata arah dn kata nama)

Contoh 3 : berpolakan FN + FS. FN – kata nama manakala FS – kata sendi yang diikuti oleh frasa nama.

Page 9: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

Contoh 4 : dua ayat dasar dan polanya ialan FN + FA. .

Contoh 5 : mengalami transformasi . Ayat asal – FN + FK . Tetapi FN digugurkan membentuk ayat perintah. Oleh itu, ayat tersebut berlaku pengguguran frasa nama.

Page 10: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

Contoh 6 : ayat majmuk gabungan – A1 binaan FN + FA. A2 binaan FN + FA.

Contoh 7 : tiada pengguguran kerana tiada subjek atau predikat yang serupa (digabungkan kata hubung keterangan kerana)

Page 11: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

Contoh 8 : ayat relatif yang mengalami pengguguran frasa nama.

a) Mengalami peluasan iaitu penambahan. A1 – Lelaki kacak itu memakai kemeja biru (penerang kepada subjek lelaki kacak)

Page 12: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

b) Subjek utama : FN – digugurkan dan menjadi ayat pancangan relatif yang mengalami pengguran FN.

Page 13: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

• Proses dalam penghasilan ayat Ayat asal :

digabungkan :

a) Lelaki kacak itu tunang kakak saya.b) Lelaki kacak itu memakai kemeja biru

“ Lelaki kacak yang memakai kemeja biru itu tunang kakak saya “

Page 14: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

• Frasa nama digugurkan maka terbitlah ayat

• Kata ‘yang’ dalam ayat terbitan berfungsi sebagai pembenda dan seluruh frasa

• “ Yang memakai kemeja biru itu” - subjek

Page 15: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

PENGERTIAN AYAT TERBITAN • Tergolong kepada dua golongan iaitu ayat dasar dan ayat terbitan

• Ayat dasar : ayat binaanya paling asas iaitu hanya mempunyai satu subjek dan satu predikat. Oleh itu, kita dapat membina ayat terbitan.

• Ayat Terbitan : berlaku perubahan pada ayat dasar yang melibatkan pertambahan beberapa unsur,sama ada perkataan atau frasa pada frasa subjek atau frasa predikat dalam ayat dasar itu. Perubahan juga berlaku hasil dari transformasi ayat. Contohnya. Ayat aktif kepada ayat pasif

Page 16: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

Tiga proses penerbitan ayat

1) Proses perluasan • penambahan unsur baharu ke dalam ayat : untuk menambahkan

maklumat tentang sesuatu bahagian ayat iaitu bahagian subjek atau predikat atau objek. Berlaku dalam ayat tunggal atau dalam ayat majmuk.

• Contoh : 4. Remaja itu menyimpan wang ibunya di bank tempatan.5. Saya percaya bahawa dia akan sedar juga nanti.6. Budak yang berdiri itu anak adik kawan saya.

Page 17: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

• Ayat 4 terbit daripada ayat dasar Remaja itu menyimpan wang ibunya kemudian diperluas dengan penambahan keterangan di bank tempatan pada frasa kerja predikatnya.

• Ayat 5 mengalami peluasan predikat melalui komplementasi. Ayat dasar Saya percaya diperluas dengan menambah klausa komplemen bahawa dia akan sedar juga nanti.

• Ayat 6 peluasan berlaku pada subjek asal ayat tersebut iaitu budak itu kepada klausa relatif budak yang berdiri itu

Page 18: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

• Proses perluasan ayat terdapat beberapa jenis 1) perluasan frasa nama sebagai subjek 2) perluasan frasa predikat 3) perluasan dengan kata hubung 4) perluasan melalui proses komplentasi

1) Perluasan frasa nama sebagai subjek • melalui proses relativisasi• menggunakan kata hubung yang

• Contohnya : 7a. Komputer riba itu komputer adik saya.

7b. Komputer riba itu dibeli di Kuala Lumpur. Komputer riba yang dibeli di Kuala Lumpur itu komputer adik saya,

Page 19: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

• Ayat aktif 8b perlu ditukarkan kepada ayat pasif bagi menjadikan subjeknya sama dan dapat diperluaskan.

2). Perluasan frasa predikat • frasa nama : - kontstituen objek dalam predikat• - boleh diperluas melalui proses relativisasi - mengalami relativisasi yang mesti berfungsi sebagai subjek.

8a. Anak kucing itu sungguh comel.8b. Saya membela anak kucing itu. (pasif) Anak kucing itu saya bela. (relativisasi) Anak kucing yang saya bela itu sungguh comel.

Page 20: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

• Frasa nama yang menduduki konstituen objek dalam predikat juga diperluas melalui proses relativisasi.

• Berfungsi sebagai subjek dalam aayat yang dipancangkan itu.

• Contohnya:9a. Anak gadis saya menghasilkan sajak itu.9b. Sajak itu indah. anak gadis saya menghasilkan sajak yang indah itu.

Page 21: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

• Frasa nama subjek dalam ayat yang kedua seperti ayat (10b) tidak sama dengan predikat ayat (10a), maka ayat yang kedua (10b) itu dipasifkan terlebih dahulu.

Page 22: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

3) Peluasan dengan kata hubung• dua konstituen yang sama daripada dua atau lebih klausa

digabungkan

• Ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk keterangan

a. ayat majmuk gabungan11a. Abang suka melayari internet.11b. Rakannya suka melayari internet. abang dan rakannya suka melayari internet.

12a. Saya akan ke Melaka esok.12b. Zaiton akan ke Sabah lusa. saya akan ke Melaka esok manakala Zaiton akan ke Sabah lusa.

Page 23: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

b) ayat majmuk keterangan

13a. Adik mengikuti kelas renang.13b. Ayah mengizinkannya. Adik akan mengikuti kelas renang jika ayah mengizinkannya.

14a. Mereka terus bermain.14b. Mereka yakin akan menang. mereka terus bermain kerana mereka yakin akan menang.

Page 24: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

4) perluasan melalui proses komplementasi• Proses mengubah sesuatu ayat supaya menjadi satu klausa komplemen.• Klausa dipancangkan pada sesuatu ayat yang lain. • Klausa komplemen dalam ayat terhasil berfungsi sebagai klausa nama. Contohnya :

15a. Dia sudah mengakui sesuatu.15b. Dia mengirim surat layang itu. Dia sudah mengakui bahawa dia mengirim surat layang itu.

16a. Dia mengingatkan saya.16b. Saya belum menjelaskan yuran tahunan persatuan kami. Dia mengingatkan saya bahawa saya belum menjelaskan yuan yahunan persatuan kami .

Page 25: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

• Tanpa menggunakan kata hubung bahawa apabila frasa nama yang menjadi subjek dalam klausa bebas yang dipancangkan itu sama.

• Frasa nama dalam klausa dipancangkan itu membolehkan frasa nama yang menjadi subjek dalam klausa yang dipancangkan itu digugurkan.

Contohnya :

17. Murid-murid berhenti berlari.18. Polis Berjaya menangkap perompak itu.19. Lelaki itu duduk termenung.20. Kami pergi mendengar ceramah agama.21. Pelajar itu mencuba menjawab soalan guru.22. Langkah itu membantu meningkatkan ekonomi negara.

Page 26: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

PROSES PENGGUGURAN• Proses menggugurkan sesuatu unsur ayat dan ayat yang terhasil tidak

lagi mempunyai unsur tersebut.• Walaupun unsur itu telah digugurkan tetapi pendengar dan penutur

masih dapat memahami maksud ayat kerana ujaran berlaku dalam konteks.

• Jika beberapa unsur digugurkan hingga tinggal satu perkataan sahaja,ayat yang terdiri daripada satu perkataan itu diistilahkan sebagai ayat minimal.

• Contohnya : 23. Mahu ke mana?24. Ke mana?

Page 27: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

• Ayat-ayat di atas tidak lengkap. Ayat (23) telah mengalami pengguguran subjek kata ganti nama diri. Kemungkinan ayat lengkapnya ialah :

• Ayat (24) mengalami pengguguran subjek dan predikat utama. Kemungkinan ayat lengkapnya ialah :

23a. Anda mahu ke mana? atau23b. Kamu mahu ke mana?

24a. Anda/Kamu mahu ke mana?

Page 28: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

• Terdapat tiga jenis pengguguran dalam bahasa Melayu, iaitu pengguguran:

1) frasa nama sebagai subjek

2) frasa predikat

3) frasa nama yang mendahului frasa relatif

Page 29: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

1) PENGGUGURAN FRASA NAMA SEBAGAI SUBJEK

• Frasa nama sebagai subjek – dalam ayat tunggal dan majmuk

• 3 jenis pengguguran frasa nama subjek :-

a) subjek ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah

b) kata nama sebagai inti frasa nama subjek

c) subjek yang serupa dalam ayat majmuk

Page 30: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

a) subjek ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah

25. Engkau berhenti! Berhenti!.26. Awak basuhkan baju saya! Basuhkan baju saya!27. Anda dengar betul-betul arahan saya! Dengar betul-betul arahan saya!

Page 31: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

b) kata nama sebagai inti frasa nama subjek

28. Amalan merokok membahayakan kesihatan.28a. Merokok membahayakan kesihatan.29. Sikap angkuh janganlah dijadikan amalan.29a. Angkuh janganlah dijadikan amalan.30. Wajah cantik idaman setiap wanita.30a. Cantik idaman setiap wanita.

Page 32: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

c) subjek yang serupa dalam ayat majmuk

31. Kakak demam tapi kakak masih ke sekolah.31a. Kakak demam tetapi masih ke sekolah.32. Cikgu Nora tersenyum sambil Cikgu Nora masuk ke bilik guru.32a. Cikgu Nora tersenyum sambil masuk ke bilik guru.33. Dia mengambil kunci, dia membuka pintu dan masuk ke dalam bilik.33a. Dia mengambil kunci,membuka pintu dan masuk ke dalam bilik.34. Tan Sri itu amat dihormati kerana Tan Sri itu selalu menderma untuk tabung kebajikan.34a. Tan Sri itu dihormati kerana selalu menderma untuk tabung kebajikan.35. Lelaki itu kembali ke Malaysia setelah lelaki itu tamat pengajian.35a. Lelaki itu kembali ke Malaysia setelah tamat pengajian.

Page 33: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

2) PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT• Pengguguran frasa predikat dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu : 1) pengguguran seluruh frasa predikat 2) pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat 3) pengguguran frasa nama yang mendahului klausa relatif

1) pengguguran seluruh frasa predikat a) Frasa nama yang serupa. Contohnya :

36. Hani pekerja kilang dan Kamariah pekerja kilang – Hani dan Kamariah pekerja kilang.37. Yang itu baju adik dan yang ini baju adik. – Yang itu dan yang ini baju adik.

Page 34: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

• b) Frasa kerja yang serupa. Contohnya :

• c) Frasa adjektif yang serupa. Contohnya :

38. Pak Ali menuai padi atau anaknya Anaknya menuai padi. – Pak Ali atau anaknya menuai padi39. Kamarul bekerja keras dan Hashim bekerja keras. – Kamarul dan Hashim bekerja keras.

40. Si ibu sungguh cantik dan si anak sungguh cantik. - . Si ibu dan si anak sungguh cantik41. Murid kelas Amanah sangat pandai atau Murid kelas Bestari sangat pandai? – Murid kelas Amanah atau murid kelas Bestari sangat pandai?

Page 35: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

• d) Frasa sendi nama yang serupa. Contohnya :

2) pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat • Ada beberapa bahagian frasa predikat boleh digugurkan,iaitu :

a) oleh + frasa nama dalam ayat pasif b) kata bantu yang serupa c) frasa nama sebagai objek yang serupa d) frasa nama sebagai objektif selepas kata kerja yang membawa makna adjektif.

42. Hussein akan ke Mekah dan datuknya akan ke Mekah. Hussein dan datuknya akan ke Mekah.43. Kasut hitam ini untuk abang atau seluar biru itu untuk untuk abang. Kasut hitam ini atau seluar biru itu untuk abang.

Page 36: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

a) Pengguguran oleh + frasa nama (FN) dalam ayat pasif

b) Pengguguran kata bantu yang serupa

44. Ladang itu telah dibersihkan oleh pekerja sambilan. Ladang itu telah dibersihkan.45. Mereka diseret ke muka pengadilan oleh pihak berkuasa. Mereka diseret ke muka pengadilan.

46. Adik akan mandi dan adik akan bersiap. Adik akan mandi dan bersiap.47. Negara ini masih makmur dan negara ini masih aman. Negara ini masih makmur dan aman.

Page 37: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

c) Pengguguran frasa nama sebagai objek yang serupa

d) Pengguguran frasa nama sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektif

48. Dia meriba anak kucing itu dan dia mengusap-usap anak kucing itu. Dia meriba dan mengusap-usap anak kucing itu.49. Saya membantu orang itu tetapi mereka tidak membantu orang itu. Saya membantu tetapi mereka tidak membantu orang itu.

50. Kemalangan itu amat menggerunkan kami. Kemalangan itu amat menggerunkan.51. Gambar mereka sekeluarga amat menarik perhatian saya. Gambar mereka sekeluarga amat menarik.

Page 38: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

3) Pengguguran frasa nama yang mendahului klausa relatif.

Contohnya :

52. Mereka itu pelajar Unversiti Malaya. Mereka itu berdiri di situ. Mereka yang berdiri di situ pelajar Universiti Malaya . Yang berdiri di situ pelajar Universiti Malaya.

53. Lelaki tampan itu tunang anak kakak saya . Lelaki tampan itu berkereta besar . Lelaki tampan yang berkereta besar itu tunang anak kakak saya. Yang berkereta besar itu tunang anak kakak saya.

Page 39: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

• Contohnya :

54. Kami mengenali mereka. Mereka itu pelajar yang sopan. Kami mengenali pelajar yang sopan itu. Kami mengenali yang sopan itu.

55. Mereka menyimpan hadiah. Hadiah itu amat berharga.

Mereka menyimpan hadiah yang amat berharga itu. Mereka menyimpan yang amat berharga itu.

Page 40: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

3) PROSES PENYUSUNAN SEMULA

• Perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan terbitlah ayat yang baharu tetapi membawa makna yang sama.

• Mengkibatkan berlakunya perubahan atau pengguguran pada kata-kata tertentu dan wujud penggantian atau penambahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan.

Page 41: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

Contohnya :

• Ayat 56a : berstruktur S-P-Ket.• Ayat 56b : berstruktur P-S-Ket.• Ayat 56c : berstruktur Ket-S-P.• Perubahan susunan unsur ayat daripada (56a) kepada (56c) terjadi

disebabkan pemindahan predikat ayat tanpa melibatkan penambahan unsur akan mengubah intonasi tetapi tidak mengubah makna ayat.

56. Budak-budak itu merayau-rayau di kawasan perumahan kami.56a. Merayau-rayau budak-budak itu di kawasan perumahan kami.56b. Di kawasan perumahan kami, budak-budak itu merayau-rayau.

Page 42: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

JENIS PENYUSUNAN SEMULA

• Tiga jenis

1) penyusunan semula frasa nama sebagai subjek

2) penyusunan semula frasa nama sebagai objek

3) penyusunan semula melalui ayat songsang

Page 43: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

1) Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek

* melalui proses pempasifan

• Ayat (57) ialah ayat aktif manakala (57a) ialah ayat pasif.

• Ayat (57) sampah merupakan objek dalam ayat aktif manakala (57a) berfungsi sebagai ayat pasif.

• Perubahan bentuk imbuhan kata kerja iaitu meN.. menjadi di- dan kata sendi nama oleh mendahului frasa nama tukang kebun.

57. Tukang kebun membakar sampah.57a. Sampah dibakar oleh tukang kebun.

Page 44: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

Contoh lain : Frasa nama - subjek

58. Pihak berkuasa telah menangkap penjenayah itu. Penjenayah itu ditangkap oleh pihak berkuasa.

59. Sarah menyediakan bunga rampai. Bunga rampai disediakan oleh Sarah.

Page 45: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

Contoh :

60. Saya membeli rumah itu.60a. Rumah itu itu saya beli.60b. Saya beli rumah itu.

Page 46: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

Boleh berlaku dalam ayat pasif orang pertama dan orang kedua.

Ayat pasif seperti (60a) di bawah, terbit daripada ayat aktif (60).

Subjek ayat (60) ialah ganti nama diri pertama.

Melalui proses penyusunan semula frasa nama objek iaitu rumah itu dikedepankan menjadi ayat pasif (60a).

Sturktur ayat pasif (6a) masing boleh mengalami proses penyususnan semula melalui proses penyongsangan hingga terbentuk ayat pasif seperti (6b).

Page 47: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

2) Penyusunan frasa nama sebagai objek• Objek dalam ayat dipindahkan tempatnya • Penyusunan frasa nama objek yang melibatkan dua objek iaitu

objek tepat dan objek sipi.

61. Abang membelikan adik baju61a. Abang membeli baju untuk adik

Page 48: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

• Ayat (61) mengandungi dua objek iaitu adik sebagai objek tepat dan baju sebagai objek sipi.

• dapat disusun semula untuk menerbitkan ayat (61a) dengan memindahkan objek sipi baju selepas kata kerja transitif membeli lalu menjadi objek tepat.

• Kata kerja (61a) berubah berubah bentuk daripada meN….-kan dan

meN sahaja . Selain itu, objek tepat pada (61) dipindahkan ke bahagian akhir yang didahului oleh kata sendi nama untuk seperti ayat (61a).

Page 49: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

3) Penyusunan semula melalui ayat songsang

• Unsur keterangan waktu dalam ayat (62) iaitu tahun depan hadir di akhir ayat.

• Unsur keterangan tersebut dalam ayat (62a) berada di awala ayat kerana difokuskan.

• Dalam ayat (62b) , Penyusunan semula dilakukan dengan dengan meletakkan unsur keterangan tahun depan di antara dia dan akan menduduki peperiksaan SPM

62. Dia akan menduduki peperiksaan SPM tahun depan.62a. Tahun depan , dia akan menduduki peperiksaan SPM.62b. Dia , tahun depan menduduki peperiksaan SPM.

Page 50: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

• Frasa kerja , adjektif dan sendi nama dalam predikat ayat tunggal hendaklah diberikan penekanan, maka frasa tersebut dikedepankan.

Page 51: BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )

• Klausa keterangan dalam ayat majmuk keterangan dapat dipindahkan ke awal ayat.

• Klausa keterangan ketika anaknya sampai diletakkan di hadapan klausa bebs Dia sudah pergi ke kedai dalam ayat (66a) untuk dijadikan ayat penegasan dalam ayat itu.

66. Dia sudah pergi ke kedai ketika anaknya sampai66a. Ketika anaknya sampai, dia sudah pergi ke kedai