konsep sosialisasi

54
KONSEP SOSIALISASI Proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. Satu proses pembelajaran yang berterusan. Bermula dari pemindahan norma/nilai dalam keluarga/budaya Apa yang dipelajari ketika kanak-kanak akan menjadi pendirian atau konsep . Semakin dewasa manusia mempelajari lebih

Upload: tan-ct

Post on 25-Nov-2015

144 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • KONSEP SOSIALISASIProses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial.Satu proses pembelajaran yang berterusan. Bermula dari pemindahan norma/nilai dalam keluarga/budayaApa yang dipelajari ketika kanak-kanak akan menjadi pendirian atau konsep . Semakin dewasa manusia mempelajari lebih banyak hasil dari interaksi

  • Teori Sosialisasi memberi perhatian kepada:Perkembangan kognitifPemerolehan moralPerkembangan kemahiran sosial

  • JENIS SOSIALISASISosialisasi Permulaan: Berlaku dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang. Di peringkat ini kanak-kanak belajar dari orang dewasa/ ahli keluarga bagi membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor, penakulan dan kemahiran bahasa

  • 2. Sosialisasi Sekunder ( sosialisasi penyertaan)Satu proses sosialisasi rangsangan di luar lengkungan premier (keluarga)Proses bagaimana budaya dipindahkan kepada individu melalui agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru, media massa, bahan ditonton/ dibaca, sekolah, gender, kelas sosial dan ras.Individu akan memilih peranan sendiri yang dirasakan sesuai untuk dirinya

  • 3. Sosialisasi Semula (resosialisasi)Proses seseorang menukar atau mengalihkan konsep diri dan cara hidup sedia adaBoleh berlaku dalam situasi perubahan suasana, citarasa sama ada dalam masyarakat, sekolah, bilik darjah dll

  • Faktor yang melengkari sosialisasiKeluargaAgamaPendidikanEkonomiKerajaan/ suasana persekitaran politik

  • REFLEKSIADAKAH SEKOLAH MENJADI AGEN SOSIALISASI YANG PALING BERPENGARUH DALAM SISTEM PENDIDIKAN YANG DIAMALKAN DI NEGARA KITA. BERIKAN HUJAH ANDA DENGAN MEMBERIKAN CONTOH YANG ANDA SENDIRI PERNAH ALAMI

  • PROSES SOSIALISASI1. TAHAP PERSIAPAN( preparatory stage )2. TAHAP MENIRU( play stage )3. TAHAP SIAP BERTINDAK( game stage )4. TAHAP PENERIMAAN NORMA KOLEKTIF( generalized stage )- George Herbert Mead, http://id.wikipedia.org/wiki/Sosialisasi -

  • - Struktur Sosial Asas Masyarakat -

  • AGEN-AGEN SOSIALISASIKELUARGARAKANGURUMEDIA MASSAAGAMA

  • KANAK-KANAK BELAJAR DARI APA YANG MEREKA ALAMIJika kanak-kanak hidup dalam kritikan,mereka akan belajar mengutuk.Jika kanak-kanak hidup dalam permusuhan,mereka akan belajar bergaduh.Jika kanak-kanak hidup dalam keaiban,mereka akan sentiasa berasa bersalah.Jika kanak-kanak hidup dalam toleransi,mereka akan belajar menjadi penyabar.Jika kanak-kanak hidup dengan sanjungan,mereka akan belajar menghargai.Jika kanak-kanak hidup dengan saksamamereka akan belajar menjadi adilJika kanak2 hidup dengan kesejahteraan,mereka akan hidup menjadi setiaJika kanak-kanak hidup dengan kebenaran,mereka akan belajar menghargai diri.Jika kanak-kanak hidup dengan persahabatanmereka akan belajar kasih sayang.

  • Amir Hasan Dawi, 2006, Penteorian Sosiologi & Pendidikan Edisi Ketiga, Quantum Books: Tg. Malim.Mohd. Salleh Lebar, 1998, Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah & Pendidikan.Kamus Dewan Edisi Baru, 1993, DBP: Kuala Lumpur.

    http://id.wikipedia.org/wiki/SosialisasiRUJUKAN

  • INTERAKSI DALAM PROSES PEMBELAJARAN Menekankan bahawa interaksi sosial membentuk realitiManusia memainkan peranan yang mereka telah pilih dan sesuai mengikut situasi

  • Meneliti makna yang dibentuk antara guru dan muridAndaian yang digunakanAktiviti harianKebebasanMaknaInteraksiRundinganPendekatan subjektif

  • DAVID HARGREAVES : Interaksi Bilik DarjahMelihat hubungan murid dengan guruMelihat pengetahuan individu tentang:kendiripersepsiperanan

  • kendiriKendiri merupakan subjek dan objekAksi mengambil kira pandangan diriTindakan kerana makna yang ditentukan atas tafsiran aksi orang lainManusia memberi maknaMakna bergantung pada matlamatPemberian makna bukan hak persendirian

  • Interaksi???

    Interaksi : setiap pihak mempunyai perbezaan intepretasiMengikut persepsiIndividu mempunyai PerananPeranan berdasarkan rundingan

  • PERANAN GURUMentamadunkan muridPemantauFasilitatorMendidik murid bagaimana belajarSUB PERANAN GURU;Pengamal disiplinSebagai instruktor

  • - INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN: PERANAN GURU

    Komunikasi berkesan Meyakinkan Berpandangan positif Praktikal dan munasabah Berpusatkan masyarakat Bekerja secara kreatif Progresif

    -Guru mesti mempunyai semua ciri di atas, penting bijak dalm berkomunikasi sama ada dengan pelajar mahupun masyarakt supaya interaksi berlangsung dengan baik dan dapat menyampaikan input yang berguna kepada mereka

  • -Guru menyalurkan cita-cita dan memperkembangkan bakat para pelajar

    -Seorang guru harus berkelakuan, tabiat dan perangai yang sempurna dan baik

    -Perlu ada tujuan supaya para pelajar menghormati guru tersebut kerana menganggap beliau sebagai seorang yang baik dan boleh dijadikan model @ ikutan

  • GURU sebagai ModelDefinisi model:Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, model ialah seseorang atau sesuatu yang dapat dijadikan contoh atau tauladan (untuk ditiru atau diteladani).Seseorang guru perlu menjadi model yang diteladani.

  • Sifat-sifat guru yang melayakkan diri untuk menjadi model:

  • Imej dapat diperlihatkan melalui:Kesihatan badanPeribadiCara berpakaianTindak balas / respons yang positifPengetahuan yang luas:Mempunyai pengetahuan tentang hal ehwal semasaMemiliki banyak kebolehan dan menghasilkan sesuatu pengajaranBersikap kreatif dan mempunyai imaginasi yang tinggiSifat kepimpinan Sebagai fasilitator (pemudah cara)

  • Emosi yang stabilPenting dalam menghadapi segala karenah muridTahu menyelesaikan setiap masalah muridPencorak peribadi muridMembentuk sikap, nilai, dan akhlak manusiaBermula dari mendidik kanak-kanak mentah menjadi manusia yang berjayaPengembang / ejen sosialTerlibat dengan aktiviti sukan dan hari perayaanMewujudkan hubungan mesra antara guru dengan pelajar, guru dengan guru, dan guru dengan masyarakat

  • Renungan:Sekiranya seseorang guru itu mempunyai kemahiran dalam perhubungan awam serta beretika, pelajar akan mencontohi dan menghormatinya

  • David Hargreaves:Interaksi dalam bilik darjahMencadangkan 3 alternatif jenis konsep diri yang perlu ada pada guru.Guru penjinak singa Guru penghiburGuru romantikKonsep ini adalah untuk membantu penganalisisan terhadap konsep kendiri guru dalam bilik darjah.

  • Perbezaan

    Guru penjinak singaGuru penghiburGuru romantik Murid-muridnya nakal Murid-muridnya tidak berminat belajarMurid-muridnya perlu dipaksa menerima apa yang baik bagi mereka.Disiplin adalah ketat dan ujian kerap dilakukan. Muridnya kurangminat belajar.Guru perlu menggunakan alat bantuan mengajar.Bertindak sebagai pemantau.Hubungan guru dengan murid adalah rapat Muridnya minat belajar. Murid berfikiran positif Guru adalah sebagai fasilitator. Hubungan antara guru dan murid berasaskan kepercayaan antara satu sama lain.

  • AKTIVITIKenal pasti ciri-ciri pelajar secara khusus yang memerlukan guru memberi layanan yang berbeza

    Bincangkan gaya kepimpinan yang relevan bagi setiap konsep guru yang dikemukakan oleh Hargreaves

  • Renungan:Sekiranya seseorang guru itu mempunyai kemahiran BERINTERAKSI serta beretika, pelajar akan mencontohi dan menghormatinya

  • STRATIFIKASI SOSIALstratifikasi sosial - susun lapis hirarki struktur masyarakat yang menunjukkan perbezaan antara individu-individu ataupun antara kumpulan-kumpulanAkses/peluang adalah berbeza antara strata-strata yang berlainan

  • Pendemokrasian pendidikan - memberi peluang yang sama kepada semua untuk memperkembang kebolehan dan bakat

  • KESAMAAN DAN KETIDAKSAMAANKesamaan-kesamaan peluang menganggap semua individu tanpa mengira kelas, umur, ras dan gender harus mempunyai hak yang samaKetidaksamaan-pendidikan cenderung untuk meneruskan ketidaksamaan yang sedia ada, malah memperluasnya.Ketidaksamaan adalah berkaitan dengan stratifikasi sosial

  • REFLEKSITeliti situasi yang berlaku dalam kelas di mana anda pernah belajar. Kenalpasti bagaimana stratifikasi sosial mempengaruhi interaksi pelajar dalam pembelajaranSebagai guru bagaimana anda dapat memainkan peranan secara berkesan dalam mewujudkan kesaksamaan dan prinsip pendemokrsian pendidikan

  • BENTUK INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN

  • JENIS DAN BENTUK KUMPULAN

    Kumpulan mengikut kebolehanTerdiri daripada pelajar yang sama kebolehan.Dilabelkan sebagai kumpulan cerdas, sederhana atau lemah.Memudahkan penguasaan sesuatu kemahiran asas dalam mata pelajaran.

  • Kumpulan pelbagai kebolehanTerdiri daripada pelajar pelbagai kebolehan dalam satu kelompok. Tidak dilabelkan sebagai kumpulan cerdas, sederhana dan lemah TETAPI dinamai mengikut nama aktiviti, tugasan atau sebagainya. Dibentuk berasaskan tugasan yang diberi.Kumpulan terdiri daripada murid yang cerdas, sederhana dan lemah.

  • BENTUK ATAU CORAK INTERAKSI MURID DALAM KUMPULAN1. Interaksi satu hala.Melantik ketua bagi melicinkan aktiviti berkumpulan.

    KK-Ketua kumpulanA-Ahli kumpulanKKAAAAAA

  • 2. Interaksi dua hala.Interaksi dua hala antara ketua kumpulan dengan ahli dan ahli dengan ahli kumpulan.

    KKAAAAAA

  • 3. Interaksi dua hala antara kumpulan.

    Beberapa kumpulan kecil yang dibentuk dalam satu kumpulan besar. Interaksi dua hala iaitu interaksi antara ahli-ahli dalam kumpulan kecil, dan interaksi antara ahli-ahli satu kumpulan kecil dengan ahli-ahli kumpulan kecil yang lain BERINTERAKSI sesama kumpulan dengan ketua kumpulan. Ketua Kumpulan akan berinteraksi dengan ketua kumpulan kecil bagi menyampaikan arahan.

  • K1 K2 K3KKAAAAAAAAA

  • AktivitiKenapasti apakah bentuk interaksi yang paling kerap diamalkan guru dalam kelas.Cadangkan bagaimana guru dan murid dalam mewujudkan interaksi kondusif dalam proses sosialisasi di bilik darjah

  • Symbolic violence adalah istilah yang diperkenalkan oleh Pierre Bourdieu (Alexander M. Sidorkin, 2007).Ianya merupakan ciri yang mempunyai hubungkait dengan habitus dan modal budaya.*Habitus: cara bagaimana budaya terkandung dalam diri seseorang individu.*Modal budaya: sistem yang menanamkan nilai secara mendalam (pada individu) yang menentukan sikap terhadap institusi pendidikan.

  • Penganiayaan: perbuatan menganiayai, penyeksaan, penindasan. Simbolik: berkaitan dengan lambang (Kamus Dewan, Edisi Keempat, 2005)Penindasan terhadap kelas pekerja atau kelas sosial lebih rendah oleh dominasi budaya (Amir Hasan Dawi, 2006).Penindasan tidak mendatangkan kesan fizikal tetapi menjejaskan peluang sosial.

  • Kelas atau kumpulan lebih rendah terpaksa berhadapan dengan penganiayaan simbolik kerana mereka kekurangan modal budaya.Dalam bidang pendidikan, penganiayaan secara simbolik berlaku apabila budaya kelas sosial atas lebih sesuai dalam amalan pendidikan di sekolah berbanding budaya kelas sosial bawah.

  • Guru terhadap muridMengajar sekumpulan murid yang berlainan bidang dan mengandaikan semua murid tahu apa yang diajarkan.Hakikatnya ada di kalangan mereka yang tidak faham mata pelajaran yang diajarkan.

  • Ada lagiMembezakan murid yang cerdik dan lemah di dalam kelas.Merendah-rendahkan keupayaan murid.Tidak mengajar bersungguh-sungguh.Terlalu berorientasi kepada akademik dan tidak mengambilkira keinginan murid.Seseorang guru hanya mendera murid kerana perlakuan yang salah, tidak memuji terhadap penghasilan kerja yang cemerlang. Murid patuh semata-mata, tetapi tidak bermotivasi mencapai kejayaan (Awang Had Salleh, 1985).

  • PIERRE BOURDIEU (1 Ogos 1930 -23 Januari 2002)

    Cultural capital: forms of knowledge; skill; education; any advantages a person has which give them a higher status in society, including high expectations. Parents provide children with cultural capital, the attitudes and knowledge that makes the educational system a comfortable familiar place in which they can succeed easily. In 'The Forms of Capital' (1986)

  • Modal budaya merupakan sistem yang menanam nilai-nilai secara mendalam (pada individu-individu) yang menentukan sikap terhadap institusi pendidikan.

    Bourdieu menyatakan bahawa ibu bapa memindahkan modal budaya kepada anak-anak mereka sebagaimana juga mereka menyediakan keperluan material. Nilai-nilai berkenaan menentukan tingkah laku di sekolah dan menentukan tahap pencapaian pendidikan

    Kunci kejayaan dalam pendidikan adalah disebarkan secara berbeza mengikut latar belakang sosial

    Hanya murid daripada keluarga berbudaya atau daripada keluarga yang mempunyai citarasa mempunyai akses kepada kunci kejayaan

  • Sistem pendidikan mempunyai arbitari budayanya sendiri yang merupakan variasi arbitari budaya kelas-kelas dominan

    Murid-murid di sekolah dinilai menurut kriteria sejauh mana baiknya mereka boleh menyerap budaya dominan.

  • Pihak sekolah menerima dan mengamalkan modal budaya kumpulan-kumpulan sosial dominan dan meneruskannya seolah-olah ianya diagihkan secara saksama kepada semua pelajarAutoriti guru adalah mewakili autoriti kelas dominan.Sekolah memainkan peranan dalam mengekalkan ketidaksamaan dengan menghukum mereka yang tidak menuruti atau tidak sesuai kepada piawaian kelas menengah semasa ia menentukan kriteria pencapaian yang memihak kepada murid yang mempunyai modal budaya kelas menengah.

  • Budaya adalah modal. Modal budaya merupakan sumber budaya yang ada pada seseorang individu. Setiap individu mempunyai latar budaya yang tersendiri yang diperolehi daripada kumpulannya. Mereka yang berlatar belakang kelas atas misalnya mempunyai budaya yang berbeza berbanding kelas bawah.

    Kanak-kanak yang dibesarkan dalam budaya kelas dominan mempunyai kelebihan dalam pendidikan. Mereka mempunyai modal budaya untuk mencapai kehendak-kehendak pendidikan masing-masing.

    *