proses pembentukan kata dalam bahasa melayu
Post on 02-Dec-2015
189 views
Embed Size (px)
DESCRIPTION
bmTRANSCRIPT
1.0 PENDAHULUANPengenalanDalam Bahasa Melayu, morfologi merupakan suatu bidang ilmu yang mengkaji tentang kata dan pembentukan kata. Terdapat beberapa perkara yang dikaji dalam bidang morfologi. Antara bidang tersebut ialah cara suatu kata dibentuk, proses-proses yang berlaku dalam pembentukan kata dan bentuk-bentuk yang terhasil dari proses tersebut.
Menurut Nik Safiah Karim (1996), morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Manakala pendapat Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1995), morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya.
Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob pula menyatakan morfologi ialah kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk-bentuk kata dan bidang ilmu bahasa yang membicarakan atau mempelajari selok-belok struktur kata serta pengaruh perubahan-perubahan struktur kata terhadap golongan dan erti kata.Kata terbentuk daripada beberapa unit yang kecil. Unit tersebut dipanggil sebagai morfem. Morfem bermaksud unsur terkecil yang mengandungi makna. Morfem ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Sebagai contoh, morfem bebas merupakan bentuk yang dapat berdiri sendiri sebagai kata sempurna seperti kalah, budak, dunia dan sebagainya. Bagi morfem terikat pula, ia merupakan kata yang tidak boleh berdiri sendiri seperti me-, mem-, meny-, dan meng-.Morfem juga boleh dinyatakan sebagai sesuatu yang bersifat abstrak. Ia bermaksud morfem tidak boleh didengar atau diujarkan. Morfem perlu ditukarkan ke dalam bentuk fizikal yang lebih konkrit. Bentuk yang dinamakan sebagai fizikal dipanggil sebagai morf. Morf mewakili morfem dalam sesuatu bahasa. Seandainya terdapat beberapa unsur morf yang mewakili satu morfem, kumpulan morf ini dipanggil sebagai alamorf. Sebagai contoh, morfem meN- mempunyai beberapa alamorf iaitu me-, men-, mem-, meny-, dan meng-.Perbezaan alamorf ini terjadi bagi menyesuaikan bunyi-bunyi nasal dengan bunyi-bunyi awal kata dasar yang diimbuhkan dengan alamorf-alamorf tersebut.
2.0 Proses Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu
Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu iaitu proses pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim.
Proses Pembentukan Kata
Pengimbuhan
Pemajmukan
Penggandaan
Akronim
Proses PengimbuhanKata terbitan ialah perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu dengan menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Merujuk kepada kedudukannya dengan kata dasar, imbuhan terbahagi kepada empat jenis iaitu (i) awalan, yang hadir sebelum kata dasar, (ii) akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, (iii) apitan yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu di awal dan akhir kata dasar, dan (iv) sisipan, yang hadir di celahan kata dasar.
Imbuhan-imbuhan tersebut membentuk pelbagai jenis kata terbitan, iaitu kata nama terbitan dan kata adjektif terbitan. Setiap jenis kata terbitan ini dibentuk oleh imbuhan-imbuhan tertentu. Awalan-awalan peN-, peR-, pe-, ke-, juru-, maha-, dan tata- contohnya, membentuk kata nama terbitan. Akhiran imbuhan yang membentuk kata nama, iaitu an, -wan, -wati, dan sebagainya. Antara imbuhan yang membentuk kata kerja pula ialah awalan-awalan meN-, beR-, ter- dan di- serta akhiran kan dan i. Jumlah apitan juga banyak dalam bahasa Melayu, misalnya peN--an, ke--an, pe-an, dan peR--an yang membentuk kata nama; dan meN--kan, beR-..-kan, meN--kan, meN--i, dan mempeR--kan yang membentuk kata kerja.
Proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif.
Jadual dibawah akan menerangkan pembentukan kata nama terbitan berawalan pen- dengan lebih terperinci.Bentuk awalan pen-
Kaedah pembentukan kata terbitanContoh
Kata dasarKata Terbitan
Pe- Diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf l,m,n, ny, ng, r dan w.RagutWarnaMainPeragutPewarnaPemain
Imbuhan ini juga diletakkan didepan kata dasar yang bermula dengan huruf k, p, t, dan s. Tetapi huruf pertama kata dasar tersebut digugurkan dan digantikan dengan bentuk sengau yang sama daerah artkulasinya dengan huruf yang pertama. Iaitu ; ng = k m = p n = t ny = s
KunciPegang
TamparSoalPengunciPemegang
PenamparPenyoal
Pem- Awalan ini diimbuhkan dihadapan kata dasar yang bermula dengan huruf b, f dan v serta gugusan konsonan yang bermula dengan huruf b dan p.BeliFitnahVarnisProsesPembeliPemfitnahPemvarnisPemproses
Pen- Awalan ini diimbuhkan dihadapan kata dasar yang bermula dengan huruf c, d, j, sy dan z serta kata pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s.CedokJemputSyarahZinaPencedokPenjemputPensyarahPenzina
Peng- Awalan ini diimbuhkan dihadapan kata dasar yang bermula dengan huruf vokal, huruf h, g, kh dan kata pinjaman yang bermula dengan huruf k.GigitHantarKhayalOlahIntipPenggigitPenghantarPengkhayalPengolahPengintip
Penge- Awalan ini diimbuhkan pada kata dasar yang berekasuku kata.BomCatPengebomPengecat
Gong Teck Chong menyatakan setiap awalan pen- mendukung makna tertentu. Makna makna tersebut ialah ;
Makna yang didukung awalan pen-Contoh
Orang yang melakukan sesuatu.Pembaca, Pemburu, Penyamun
Orang yang menjawat tugas.Pengawas, Pengarah, Pelakon
Orang yang suka akan sesuatu.Penzina, Penjudi, Pemikir
Orang atau benda yang memiliki sifat kata dasar.Pemarah, pemabuk, penyabar
Alat untuk melakukan sesuatu.Penyapu, Pengelap, Pemadam
Ukuran hasil daripada melakukan sesuatu.Pelaung, Penanak, Pelontar
Makna abstrakPenunjuk, pendapat
Selain awalan pen- yang telah dinyatakan, terdapat beberapa awalan kata nama lain dalam Bahasa Melayu. Antara awalan yang dimaksudkan ialah pe-, per-, ke- dan juru- .
Akhiran Kata NamaAkhiran an adalah satu satunya akhiran asli yang menbentuk kata nama dalam bahasa Melayu (Goh Teck Chong, 2008). Kata dasar yang menerima imbuhan ini membawa pelbagai makna yang berbeza. Jadual dibawah akan menunjukkan makna yang didukung oleh kata dasar tersebut ;
MaksudContoh
Hasil daripada melakukan maksud yang terkandung dalam kata dasar.Ejekan = hasil ejekanUlasan = hasil ulasan
Menunjukkan maksud kawasan atau bidang yang luas.Darat = daratanHamparan = hamparan
Sesuatu yang banyakLonggok = longgokanTimbun = timbunan
Membawa maksud alatAcuan = alat untuk mengacuUsung = alat untuk mengusung
Membawa maksud orang atau haiwan atau benda yang menjadi penderita kerja.Buru = buruanTawan = tawananRampas = Rampasan
Membawa maksud sesuatu yang mempunyai sifat yang terkandung pada kata dasar.Asinan = sesuatu yang masinBulatan = sesuatu yang bulatManisan = sesuatu yang manis
Tempat melakukan sesuatuKurung = kurungan
Ukuran atau kiraanMingguan = kiraan berdasarkan minggu
Apitan Kata NamaTerdapat empat apitan kata nama iaitu, pen-...-an, pe-... an, per-...an dan ke-...-an.
Apitan Kata Nama pen- ... an.Seperti awalan kata nama, apitan kata nama pen-...-an juga mempunyai lima cabang iaitu pe-...-an, pem-...-an, pen-...-an, peng-...-an dan penge-...-an. Kaedah pengabungan apitan ini serupa dengan kata awalan pen-. Kata nama terbitan daripada apitan ini mempunyai kaitan dengan kata kerja yang menerima imbuhan awalan me-, men-, mem-, menge- dan meng-. Contohnya dapat dilihat dalam jadual dibawah.Me- (merundingkan)Pe- (perundingan)
Mem- (membiayai)Pem- (pembiayaan)
Men- (mendahulukan)Pen- (pendahuluan)
Meng- (menguruskan)Peng- (pengurusan)
Menge- (mengesahkan)Penge- (pengesahan)
Apitan pen- ... an membawa makna tertentu seperti yang boleh dilihat didalam jadual berikut.MaknaContoh
Kata dasarKata terbitan
Proses atau perbuatan mengerjakan maksu yang terkandung dalam kata dasar.Dalam
Kilang
Pendalaman (proses mendalamkan)Pengilangan (perbuatan mengilang)
Hasil perbuatanAlam
TahuPengalaman (sesuatu yang dialami)Pengetahuan (hasil yang diketahui)
Tempat perbuatanDarat
InapPendaratan (tempat mendarat)Penginapan (tempat untuk menginap)
Apitan Kata Nama pe- ... anKata nama terbitan yang terhasil daripada apitan ini agak terhad jumlahnya. Peperangan, peperiksaan, perkarangan dan petempatan merupakan antara contoh kata terbitan yang terhasil daripada imbuhan apitan ini. Seperti apitan kata nama yang lain, imbuhan apitan ini juga mendukung beberapa makna. Ini dapat dilihat dalam jadual dibawah.
MaksudContoh
Tempat sesuatu dikerjakan atau tempat yang khusus.Pedalaman (tempat yang kedudukannya jauh dari pantai.)
Menunjukkan makna hal yang terkandung dalam kata dasar.Peperangan (hal berperang)
Apitan Kat Nama per- ... anApitan ini boleh bergabung dengan mana- mana kata dasar. Kata nama terbitan ini juga mempunyai kaitan dengan kata kerja yang berawalan ber-. Contoh ; BeralihPeralihan
BekerjaPekerjaan
BelajarPelajaran
Apitan per-... an membawa dua maksud iaitu untuk menunjukkan tempat dan untuk menunjukkan makna hal yang berkaitan dengan kata dasar atau hasil daripada melakukan maksud kata dasar.
Apitan Kata Nama ke-...-an.Apitan ini biasanya bergabung dengan kata dasar daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif untuk membentuk kata nama yang bersifat abstrak. Apitan ini mendukung beberapa makna. Antara makna tersebut ialah untuk menunjukkan hal atau keadaan yang terkandung dalam kata dasar,