bahan rph 8

9
Bahasa Malaysia Tahun 2 ahasa Jiwa Bangs

Upload: azlina161

Post on 09-Nov-2015

233 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

bahasa malaysia tahun 2

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Bahasa MalaysiaTahun 2

Bahasa Jiwa Bangsa

https://www.youtube.com/watch?v=7n1RmluFynwBAHASA JIWA BANGSA-Filem NegaraTayangan MultimediaLagu Bangsa Jiwa Bangsa

https://www.youtube.com/watch?v=JTBLGvwrFDQPetikan

Minggu Bahasa Malaysia Minggu Bahasa Malaysia telah diadakan di sekolah Adam. Semua murid diwajibkan bertutur dalam Bahasa Malaysia sepanjang minggu tersebut. Banyak aktiviti telah diadakan pada minggu itu. Apakah aktiviti yang diadakan pada Minggu Bahasa Malaysia? Aktiviti yang diadakan ialah akyiviti mencipta logo dan pertandingan bercerita. Adam mendapat tempat pertama dalam pertandingan mencipta logo. Wah, hebatnya Adam! Nani pula menjadi johan dalam pertandingan bercerita. Syabas, Nani! kata Rajan. Dia berasa kagum akan kejayaan kawan-kawannya. Semua murid gembira semasa Minggu Bahasa Malaysia. Mereka bekerjasama menjayakan minggu tersebut. Aktiviti yang diadakan dapat membantu mereka menguasai bahasa Malaysia dengan baik.

Ayat Penyata

Ayat yang diucapkan dengan maksud mermbuat satu penyataan. Bertujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan. Contoh:Mereka berkumpul di padang sekolah.Orang Inggeris itu fasih berbahasa Melayu.Bangunan sekolah sudah tua.Datuk sedang berehat di ruang tamu.

Tugasan Kumpulan

Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan kertas mahjung, pen marker dan pita pelekat.

Baca petikan Minggu Bahasa Malaysia dan pilih 5 ayat penyata dari petikan tersebut.

Tulis semula ayat penyata yang telah dipilih pada kertas mahjung yang telah dibekalkan.

Tampal hasil kerja kumpulan di sudut yang telah ditetapkan.

Bentangkan hasil kerja kumpulan.

ArahanPantun

Burung tempua terbangnya rendah,Hinggap sebentar di dahan sena,Bahasa Melayu bahasa yang indah,Terungkap kata seribu makna.

Si gadis ayu bergelar ratu,Umurnya muda masih belasan,Bahasa Melayu bahasa penyatu,Tercapai hasrat satu wawasan.

Pantun

Pulau Sendayu di atas peta,Hendak dituju bersama teman,Bahasa Melayu bahasa kita,Tetap gemilang zaman berzaman.Melompat-lompat si anak rusa,Melihat kelkatu di dalam paya,Marilah memartabatkan bahasa,Tekad dipadu ke puncak jaya.

Sekian

Terima Kasih