rph pembelajaran berpusatkan bahan

13
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tarikh / Hari : 14 Januari 2014 / Selasa Tahun : 1 Anggerik Bil. Murid : 30 orang Masa : 8.10 - 9.10 pagi Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia Tema : Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Tajuk : “Jom Kenali Bunyi Haiwan Ternakan” Standard Kandungan 1.1.1 Asas mendengar dan memberikan respons dengan betul terhadap pelbagai bunyi dalam persekitaran. 3.1 Asas menulis dengan cara yang betul. Standard Pembelajaran 1.1.1 Mengecam pelbagai bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betul. 3.1.1 Melakar pelbagai bentuk atau corak dengan kemas dan jelas. Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat: i. Menyebut sekurang-kurangnya tiga daripada enam perkataan dengan

Upload: faaiza

Post on 10-Sep-2015

403 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

rph

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh / Hari: 14 Januari 2014 / Selasa

Tahun: 1 Anggerik

Bil. Murid: 30 orang

Masa: 8.10 - 9.10 pagi

Mata Pelajaran: Bahasa Malaysia

Tema: Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

Tajuk : Jom Kenali Bunyi Haiwan Ternakan

Standard Kandungan

1.1.1 Asas mendengar dan memberikan respons dengan betul terhadap pelbagai bunyi dalam persekitaran.3.1 Asas menulis dengan cara yang betul.

Standard Pembelajaran

1.1.1 Mengecam pelbagai bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betul. 3.1.1 Melakar pelbagai bentuk atau corak dengan kemas dan jelas.

Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

i.Menyebut sekurang-kurangnya tiga daripada enam perkataan dengan betul.ii.Menulis sekurang-kurangnya tiga daripada enam perkataan dengan betul.

Sistem Bahasa1. Tatabahasa : Morfologi1. Sebutan dan Intonasi : Sebutan1. Kosa kata : Ternakan

Pengisian Kurikulum / Elemen Merentas Kurikulum1. Ilmu: Alam Sekitar.1. Nilai Murni: Kerjasama, rajin.

Kemahiran Bernilai Tambah1. Kemahiran Berfikir: Meneka bunyi haiwan ternakan yang diperdengarkan oleh guru.1. Kemahiran Belajar Cara Belajar: Mendengar maklumat dengan teliti dan mencatat dengan betul serta kemampuan memproses arahan dengan cepat.1. Pembelajaran Kontekstual: Menghubungkaitkan haiwan ternakan dengan alam sekitar.

Alat dan Bahan Bantu Mengajar1. Power point.1. Komputer riba.1. Boneka haiwan.1. Lembaran kerja.

Pengetahuan Sedia Ada1. Murid telah mengenal haiwan dalam kehidupan mereka.

LangkahIsi pelajaranAktivitiCatatan

GuruMurid

Induksi Set (10 minit)1. Namakan boneka haiwan yang ditunjukkan?Jawapan jangkaan: Kambing Kucing Ayam1. Guru menunjukkan boneka haiwan kepada murid-murid.

1. Guru meminta murid meneka nama binatang yang telah ditunjukkan itu.

1. Murid melihat gambar binatang yang dipaparkan oleh guru.

1. Murid meneka boneka binatang yang telah ditunjukkan oleh guru.

Bahan Bantu Mengajar1. Boneka haiwan.

Nilai1. KreatifKEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

1. Kemahiran Belajar Cara Belajar1. Memahami maklumat dan arahan.

Langkah 1 (30 minit) Perkataan yang dieja oleh murid: Ayam Itik Kambing Kuda Kucing Lembu1. Guru menunjukkan gambar haiwan ternakan menggunakan slaid power point kepada murid-murid.

1. Guru meminta murid meneka bunyi haiwan ternakan yang telah ditunjukkan itu.

1. Guru memainkan bunyi haiwan ternakan yang telah ditunjukkan itu menggunakan slaid powerpoint.

1. Guru meminta murid mengeja nama haiwan ternakan tersebut.

1. Murid melihat gambar haiwan ternakan yang telah dipaparkan oleh guru menggunakan slaid power point tersebut.

1. Murid cuba membunyikan bunyi haiwan ternakan yang telah ditunjukkan itu.

1. Murid mendengar bunyi haiwan ternakan yang telah dimainkan oleh guru menggunakan slaid power point.

1. Murid mengeja nama haiwan ternakan yang telah dipaparkan oleh guru tersebut.

Bahan Bantu Mengajar

1. Slaid bunyi haiwan ternakan.

Nilai1. Yakin diri1. Kerajinan

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH1. Kemahiran Berfikir1. Membezakan setiap bunyi yang didengari.

Langkah 2 (15 minit)Lembaran Kerja (Lampiran 1)

1. Guru memberikan lembaran kerja kepada murid berkaitan dengan paparan power point haiwan ternakan tersebut.

1. Murid menyiapkan lembaran kerja yang telah diberikan oleh guru tersebut.

Bahan Bantu Mengajar1. Lembaran Kerja berdasarkan tayangan slaid.

Nilai1. Peka1. Kerajinan

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH1. Kemahiran Belajar Cara Belajar1. Menumpukan perhatian di dalam kelas.

1. Pembelajaran KontekstualMengaitkan haiwan ternakan dengan persekitaran.

Penutup (5 minit)1. KognitifMenyenaraikan kembali nama-nama haiwan ternakan yang telah dipelajari.

1. SosialPujian atas usaha dan kejayaan murid1. Guru meminta murid menyatakan nama-nama haiwan ternakan.

1. Guru memberi pujian kepada murid.

1. Murid menyebut kembali senarai nama-nama haiwan ternakan yang telah dipelajari.

1. Murid menerima panghargaan daripada guru.

Lampiran 1

Arahan: Sila tulis semula perkataan di bawah.

Ayam

Kambing

Kuda

Itik

Kucing

Lembu