bahan assg ps dan bm jan 2013

22
Apakah definisi sekolah bestari? Apakah ciri-ciri yang menjadikan sesebuah sekolah itu sebagai sekolah bestari? Sekolah Bestari merupakan institusi pembelajaran yang dimantapkan secara menyeluruh bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif berasaskan ICT, dan pengurusan sekolah berbantukan ICT. Sekolah Bestari mempunyai ciri-ciri khusus seperti P&P menarik; berkesan dan berpusatkan murid; wujud amalan pembelajaran akses kendiri, terarah kendiri, dan kadar kendiri; wujud budaya penggunaan ICT dalam urus tadbir sekolah dan P&P serta wujud perkongsian pintar dengan pelbagai pihak. Kemas kini pada Sabtu, 18 Februari 2012 15:04 Sekolah Bestari Sekolah Bestari adalah salah satu 'flagship' dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang harus dilaksanakan menjelang tahun 2000. Menjelang tahun 1999 sebanyak 90 buah sekolah termasuk sekolah-sekolah Asrama Penuh dan sekolah pilihan harian biasa telah dipilih untuk melaksanakan Sekolah Bestari bukanlah satu kemewahan tetapi satu-satunya cara untuk maju ke hadapan. Sekolah Bestari akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah, kaya atau miskin - mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Tiga aspek penting harus ditangani dalam pelaksanaan Sekolah Bestari, Pertama, menyediakan infrastruktur pelbagai media. Perkakasan akan merangkumi komputer dan alatan berkaitan, peralatan sidang video dan audio dan infrastuktur komunikasi. Perisian akan mengandungi pemproses perkataan, spresdsheet, perisian penjaringan, perisian e-mail, browser internet, alat pengarang dan perisian latihan.

Upload: jalinang-abd-kadir-chen

Post on 21-Jun-2015

1.120 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahan assg ps dan bm jan 2013

Apakah definisi sekolah bestari? Apakah ciri-ciri yang menjadikan sesebuah sekolah itu sebagai sekolah bestari? Sekolah Bestari merupakan institusi pembelajaran yang dimantapkan secara menyeluruh bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif berasaskan ICT, dan pengurusan sekolah berbantukan ICT.

Sekolah Bestari mempunyai ciri-ciri khusus seperti P&P menarik; berkesan dan berpusatkan murid; wujud amalan pembelajaran akses kendiri, terarah kendiri, dan kadar kendiri; wujud budaya penggunaan ICT dalam urus tadbir sekolah dan P&P serta wujud perkongsian pintar dengan pelbagai pihak.Kemas kini pada Sabtu, 18 Februari 2012 15:04  

Sekolah Bestari

  

Sekolah Bestari adalah salah satu 'flagship' dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang harus dilaksanakan menjelang tahun 2000. Menjelang tahun 1999 sebanyak 90 buah sekolah termasuk sekolah-sekolah Asrama Penuh dan sekolah pilihan harian biasa telah dipilih untuk melaksanakan Sekolah Bestari bukanlah satu kemewahan tetapi satu-satunya cara untuk maju ke hadapan.

Sekolah Bestari akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah, kaya atau miskin - mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.

Tiga aspek penting harus ditangani dalam pelaksanaan Sekolah Bestari,

Pertama, menyediakan infrastruktur pelbagai media. Perkakasan akan merangkumi komputer dan alatan berkaitan, peralatan sidang video dan audio dan infrastuktur komunikasi. Perisian akan mengandungi pemproses perkataan, spresdsheet, perisian penjaringan, perisian e-mail, browser internet, alat pengarang dan perisian latihan.

Kedua, aspek latihan. Latihan bagi guru-guru amat penting. Gabungan rapi antara latihan intensif dan kaunseling adalah perlu untuk membantu guru menyesuaikan diri dengan sekitaran baru. Ini penting untuk menghapuskan rasa tidak selamat dan tidak berguna yang akan timbul kerana anjakan paradigma yang radikal dalam perkaedahan dan peranan guru.

Ketiga, aspek bahan kursus. Bahan kursus yang baru, kemaskini, dan mencukupi perlu disediakan. Bahan kursus perlu diperkembangkan bagi semua mata pelajaran dan pelbagai jenis pelajar. Bahan kursus perlu mempamerkan ciri yang berikut: pukal disket yang lengkap, interaktif, mencabar daya kognitif pelajar, mengandungi penilaian kendiri, penyemakan bina dalam bagi input guru penyediaan bahan untuk pelajar yang lemah. 

 

Page 2: Bahan assg ps dan bm jan 2013

Konsep Sekolah Bestari 

Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep Sekolah Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis dan kreatif. Teknologi sebagai pengupaya menjadi komponen penting dalam konsep

Sekolah Bestari apabila Projek Sekolah Bestari diwujudkan sebaga satu daripada Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia. Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dan segi proses pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu murid menghadapi cabaran Zaman Maklumat. Proses pengajaran-pembelajaran, iaitu proses berkaitan dengan kurikulum, pedagogi, pentaksiran, dan bahan pengajaran-pembelajaran, akan direka semula untuk membantu murid belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Sekolah Bestari akan mendorong murid mengamalkan pembelajaran akses kendiri dan terarah kendiri, serta mengikut kadar pembelajaran sendiri. Pengurus Sekolah Bestari akan dapat menjalankan tugasnya dengan lebih cekap apabila fungsi utama berkaitan dengan pengurusan sekolah dikomputerankan. Selain itu, ibu bapa, komuniti, dan pihak swasta sebagai pihak yang berkepentingan akan memainkan peranan yang Iebih aktif dalam menjayakan prestasi sekolah. Semua pihak mi akan sentiasa terlibat dalam peningkatan profesionalisme atau keilmuan berkaitan dengan pengurusan sekolah, pengajaran-pembelajaran, dan sebagainya.

 Objektif Sekolah Bestari Objektif Sekolah Bestari Malaysia adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan terdiri daripada yang berikut: Menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran dan celik teknologi Mendemokrasikan pendidikan Meningkatkan penyertaan pihak yang berkepentingan Memupuk perkembangan menyeluruh individu Memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan individuSyarikat Usahasama, Telekom Smart School Sdn. Bhd. Syarikat usahasama, Telekom Smart School Sdn. Bhd, terdiri daripada tujuh (7) syarikat tempatan.Selain itu, tiga syarikat antarabangsa juga terlibat dalam Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bersepadu. Ketiga-tiga syarikat antarabangsa mi ialah seperti berikut: BT Multimedia (Malaysia) Sdn. Bhd. Electronic Data Systems IT Services (Malaysia) Sdn. Bhd. NIIT Malaysia Sdn. Bhd.Penyelesalan Bersepadu Sekolah Bestari Komponen utama dalam Penyelesaikan Bersepadu Sekolah Bestari yang akan disediakan dan dilaksanakan oleh Telekom Smart School Sdn. Bhd. ialah yang berikut: Bahan Pengajaran-Pembelajaran dalam bentuk perisian kursus dan bahan bercetak untuk empat mata pelajaran yang berikut: o Bahasa Melayu

Page 3: Bahan assg ps dan bm jan 2013

o Bahasa lnggeris o Sains o Matematik Sistem Pengurusan Sekolah Bestari yang terdiri daripada perisian untuk fungsi pengurusan dan pentadbiran yang berikut: o Governan Sekolah o Pengurusan Hal Ehwal Murid o Pengurusan Sumber Pendidikan o Pengurusan Kewangan o Pengurusan Sumber Manusia o Pengurusan Sumber Luar o Pengurusan Kemudahan o Pengurusan Teknologi o Pengurusan Asrama Infrastruktur Teknologi yang terdiri daripada perkakasan, perisian, perisian sistem, dan peralatan bukan-IT Integrasi Sistem bagi memastikan kesepaduan yang berikut: o antara Sistem Pengurusan Sekolah, Bahan Pengajaran dan Pembelajaran, dan lnfrastruktur Teknologi dalam Sekolah Rintis dan Pusat Data, o antara proses dalam Sistem Pengurusan Sekolah, o antara proses dalam Bahan Pengajaran dan Pembelajaran o antara Sistem Pengurusan Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran-Pembelajaran o integriti data dan persekitaran selamat o antara Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari dan aplikasi lain dalam Aplikasi Perdana projek Koridor Raya Multimedia Perkhidmatan Sokongan, iaitu perkhidmatan Meja Bantuan dan Penyenggaraan dan Sokongan.Kos Projek Rintis Kos keseluruhan Projek Rintis Sekolah Bestari, melalui kerjasama mi, ialah tiga ratus juta Ringgit Malaysia (RM3OO,000,000.0O), dan terdiri daripada RM183,573,737 untuk Capital Expenditure dan RM1 16,426,263 untuk Operating Expenditure.

 Tempoh Projek Rintis 

Tempoh Projek Rintis Sekolah Bestari, melalui kerjasama mi, ialah tiga (3) tahun mulai daripada tarikh tandatangan Perjanjian antara Kerajaan dan Telekom Smart School Sdn. Bhd.

 Rancangan Masa Depan Sungguhpun Kementerian Pendidikan Malaysia menggalakkan semua

sekolah yang lain untuk menjadi sekolah bestari dengan mencari sumber kewangan dan kepakaran sendiri, Kementerian Pendidikan sedang juga merancang pelan induk bagi memastikan semua sekolah di Malaysia menjadi sekolah bestari secara berperingkat-peringkat. 

Page 4: Bahan assg ps dan bm jan 2013

Definisi

    Sekolah Bestari ialah institusi pendidikan yang direka semula secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu pelajar menghadapi zaman maklumat.

Sejarah

    Sejarah pelaksanaan sekolah bestari dimulakan secara projek percubaan atau projek rintis selama tiga tahun bermula Julai 1999 hingga Julai 2002. Projek ini yang menelan belanja sejumlah 300 juta ringgit melibatkan 88 buah sekolah di seluruh negara.Tiga jenis model atau aras teknologi diperkenalkan iaitu aras A ( model bilik darjah penuh ), aras B+ ( Model bilik darjah terhad ) dan aras B ( Model makmal ).

Fokus

    Penekanan kepada kemahiran berfikir, penggunaan teknologi maklumat dan amalan   nilai-nilai murni.

    Cekap dalam Sains dan Matematik.     Pencapaian ke tahap cemerlang dalam bidang kebolehan individu     Menyumbang kepada perkembangan ilmu

 

Objektif

    Menghasilkan tenaga kerja yang berfikir dan celik teknologi     Membangunkan intelek , jasmani, emosi dan rohani pelajar.     Mewujudkan peluang bagi meningkatkan kekuatan dan kebolehan individu     mendemokrasikan pendidikan     Meningkatkan penglibatan pihak berkepentingan

Komponen Utama

    Pengajaran dan Pembelajaran     Pengurusan dan pentadbiran     Sumber Manusia, Kemahiran dan Tanggungjawab     Proses     Teknologi     Dasar

 

Sekolah bestari merupakan satu konsep sekolah di Malaysia. Konsep ini akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah, kaya atau miskin - mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya

Page 5: Bahan assg ps dan bm jan 2013

pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.

Pada peringkat permulaan, empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, akan diperkenalkan di Sekolah Bestari dengan menggunakan teknolgi terkini sebagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian yang direka oleh Pusat Pemkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk menentukan kejayaan pelaksanaan konsep Sekolah Bestari, guru-guru di sekolah yang dipilih menjadi sekolah bestari, akan diberi latihan dalam perkhidmatan, khasnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi terkini. Bagi sekolah-sekolah bestari yang ditubuhkan, tenaga pengajar dan pentadbirnya akan dipilih oleh Ketua Pasukan Bertugas Sekolah Bestari di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Perkembangan Sekolah Bestari telah menjadi satu arah-aliran dalam perkembangan pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia. Sekolah Bestari ini merupakan sekolah satu-satunya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan berpengetahuan, dan dijangkakan akan mampu bersaing apabila menghadapi cabaran-cabaran Wawasan Negara.

Salah Faham

Pada peringkat awal konsep sekolah bestari diperkenalkan terdapat salah faham yang meluas dalam kalangan warga pendidik dan ibu bapa yang menyangka sekolah bestari adalah sekolah yang mesti menggunakan komputer dan kemudahan ICT. Padahal penggunaan ICT hanyalah pemangkin dalam melaksanakan konsep bestari sedangkan terdapat banyak lagi faktor ke arah pembestarian dalam persekolahan.

Sekolah Bestari. Konsep Dan Matlamat Sejak mencapai kemerdekaan, negara kita telah mengalami perubahan yang pesat dalam sistem pendidikannya. Bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar - dasar pendidikan negara sentiasa dikaji dan kurikulum diperkemaskan bagi memastikan keberkesanan perlaksanaannya dalam menghadapi alaf baru yang timbul dalam bidang ekonomi, politik dan sosial selaras dengan perkembangan pesat yang sedang berlaku dalam negara.

Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, iaitu memerlukan pertumbuhan produktif yang dapat dicapai melalui kepakaran teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif serta bersedia untuk turut serta dalam ekonomi globalisasi.

Di samping itu, falsafah pendidikan negara berhasrat utnuk membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pemangkin ke arah pengubahsuaian ini kerajaan telah mewujudkan Sekolah Bestari yang lengkap dengan teknologi terkini bagi

Page 6: Bahan assg ps dan bm jan 2013

memperbaiki sistem pendidikan negara di samping menyediakan tenaga kerja mahir bagi menghadapi cabaran alaf baru.

Pengubahsusian sistem pendidikan memerlukan perubahan dari segi amalan dan budaya di sekolah rendah dan menengah. Sistem pendidikan masa kini perlu berubah dari pembelajaran yang hanya menekankan hafalan kepada pembelajaran merangsangkan pemikiran dan kreativiti, mengambil kira pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar serta memastikan semua pelajar berpeluang untuk membina konsep kendiri. Di samping itu, ibubapa dan masyarakat perlu memainkan peranan yang aktif utnuk merealisasikan halatuju perubahan dalam sistem pendidikan negara.

Pengwujudan Sekolah Bestari ini merupakan satu daripada tujuh aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia ( MSC ) Malaysia. Berlandaskan ini, hasrat dan matlamat kerajaan Malaysia menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari." Memandangkan betapa pentingnya Sekolah Bestari kepada pembentukan generasi akan datang, kerajaan telah mengambil langkah menjadikan penjelmaan Sekolah Bestari sebagai satu daripada tujuh ' flagship application ' dalam projek Mega Koridor Raya Multimedia"

( Ucapan Menteri Pendidikan Malaysia ).

Pada tahun 1999, sembilan puluh buah sekolah perintis akan dijadikan nukleus bagi melaksanakan konsep, bahan pengajaran dan pembelajaran, kemahiran dan teknologi Sekolah Bestari. Dokumen dasar yang asal tentang Sekolah Bestari Malaysia ialah Smart Schools in Malaysia: A Quantum Leap, yang disediakan pada Januari 1997. Dokumen ini ialah asas bagi dokumen The Malaysian Smart School. A Conceptual Blueprint yang disediakan oleh Pasukan Petugas Bersama Industri Kementerian Pendidikan Malaysia. Konsep Sekolah Bestari yang terkandung dalam dokumen The Malaysian Smart School: A Conceptual Blueprint merupakan idea yang terus berkembang berterusan dan sentiasa terbuka kepada perubahan dan kemajuan dalam pedagogi dan teknologi maklumat. Oleh itu, dokumen ini lebih bersifat deskriptif daripada preskriptif.

Pasukan Petugas juga menyediakan dokumen The Malaysian Smart School Implementation Plan yang menyediakan

pelaksanaan sekolah-sekolah di seluruh negara untuk menjadi Sekolah Bestari.Selain itu ,projek Sekolah Bestari menghasilkan

lima 'Concept Requests For Proposals' penyelesaian dalam bidang berikut.

Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Sistem Penilaian Sistem Pengerusan Sekolah Infrastruktur Teknologi Integrasi Sistem

Kesemua ini telah dilancarkan serentak pada Julai 1997.

Page 7: Bahan assg ps dan bm jan 2013

Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran, pembelajaran, pengurusan sekolah untuk menyediakan pelajar bagi Zaman Maklumat. Sekolah Bestari berkembang dengan pembentukan staf yang profesional, sumber yang bertambah dan pentadbiran yang cekap. Ini membolehkan sekolah menyesuaikan diri dengan keadaan yang kian berubah.

Di Sekolah Bestari pembelajaran akan bercorak kearah kendiri mengikut kadar individu, kesinambungan dan reflektif. Ini akan berlaku dengan adanya pembekalan teknologi pelbagai media dan jaringan meliputi seluruh dunia.

Pembelajaran berubah daripada berpusatkan guru kepada yang berpusatkan pelajar. Kurikulum di Sekolah Bestari lebih fleksibel dan terbuka. Kurikulum di Sekolah Bestari dirancang supaya bermakna, mempunyai tanggungjawab sosial, reflektif, holistik, global, terbuka berdasarkan matlamat. In menggalakkan pembelajaran holistik, membenarkan kanak - kanak maju mengikut tahap pencapaian masing - masing dan mengambil kira keupayaan, minat dan keperluan pelajar yang berbeza - beza. Kanak - kanak dididik dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, disemai dengan nilai murni dan digalakkan meningkatkan kefasihan berbahasa. Kurikulum Sekolah Bestari dibentuk untuk membentuk pelajar mencapai perkembangan yang seimbang.

Pelajar sebagai pembelajar aktif di Sekolah Bestari. Pembelajaran yang berpusatkan budaya berfikir dengan memanfaatkan sumber ilmu oleh teknologi serta menggunakannya secara menyeluruh dan bersepadu dalam berbagai situasi. Sekolah memupuk kemahiran penyelesaian masalah yang kreatif bagi menghadapi situasi baru. Pelajar bertindak dengan berani dalam membuat keputusan dan bertanggungjawab terhadap keputusan itu. Pelajar akan membuat pengembaraan maklumat mengelilingi dunia untuk mencari dan mengumpul data. Pelajar akan dapat mencapai sumber tempatan, kebangsaan dan global. Penjaringan melalui internet juga membolehkan interaksi antara pelajar dan guru - guru yang lain serta orang ramai di seluruh dunia.

Dunia pelajar akan diperluaskan melalui perhubungan, pendidikan dan sosial ini. Pembelajaran yang bermakna ini dapat memupuk dan mempertingkatkan segala potensi yang ada pada pelajar secara cekap, ekonomis dan berkesan dengan menggunakan daya fikir, pengetahuan, kemahiran dan teknologi pendidikan era ini dan cabaran masa hadapan memerlukan Sekolah Bestari sebagai wadah ke arah pencapaiannya. Penjaringan mempunyai kelebihan dari segi membolehkan pelajar yang tidak dapat menghadiri sekolah untuk membuat kerja sekolah dari rumah. Ini memberi makna baru kepada idea ketidakhadiran sekolah kerana pembelajaran masih dapat berlaku di luar sekolah. Oleh itu, pelajar perlu diajar strategi untuk menerajui maklumat dengan cekap dan selektif. Usaha berpasukan, kerjasama kumpulan, fleksibiliti, pandangan jauh dan ketrampilan menggunakan bahasa antarabangsa akan juga ditekankan.

Sekolah Bestari Malaysia akan mengambil juga konsep inovatif kelas melangkau maya. Sistem sekarang memberi ketegangan kepada pelajar yang lemah dan menghalang kemajuan pelajar pintar. Dalam Sekolah Bestari, teknologi akan memberi fleksibiliti untuk membasmi ketegangan dalam pendidikan. Pelajar yang lebih cerdas akan dapat menyiapkan semua kerja kursus dan penilaian lebih awal daripada tempoh normal. Pelajar yang kurang berupaya akan melalui

Page 8: Bahan assg ps dan bm jan 2013

program asas mengikut kadar pembelajarannya, serta diberi bantuan khas oleh guru. Ini dapat berlaku kerana penubuhan sistem pengeluaran item penilaian yang berpusatkan dari dalam talian.

Sistem penilaian fleksibel ini akan membenarkan pelajar dalam satu kelas fizikal untuk bekerja pada aras yang berlainan dalam matapelajaran yang sama, selain membenarkan pelajar terus ke aras yang lain dalam mata pelajaran yang berlainan pada bila - bila masa. Dengan cara ini, pelajar kurang cerdas, yang biasanya diabaikan akan diberi perhatian yang sewajarnya.

Guru berperanan sebagai pembimbing di sisi. Guru memberi sokongan psikologi dan galakan. Guru akan bertanggubngjawab menyediakan suasana yang menggalakkan pembelajaran ke arah kendiri yang kreatif dan berdikari. Guru akan mengenalpasti matlamat mendefinisikan halatuju bagi pelajarnya, memandu kemajuan pelajar ke arah mencapai matlamat tersebut dan membenarkan pelajar belajar mengikut kadar sendiri. Pelajar akan mendapat perhatian individu dari guru. Komputer akan mengambil alih rutin dan pemyampaian maklumat dan membebaskan guru daripada tugasan pentadbiran yang remeh supaya mereka dapat menumpukan perhatian terhadap aspek pendidikan yang bersifat kemanusiaan.

Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran akan digunakan di Sekolah Bestari. Antaranya ialah strategi inovatif yang berasaskan teknologi seperti perbincangan dengan rakan jauh, pembelajaran jarak jauh, penggunaan data sebagai sumber maklumat, memproses maklumat. memproses maklumat dan menghubungkan dapatan; merujuk ensiklopedia elektronik; belajar dari courseware elektronik dan komunikasi elektronik. Interaksi pelajar dan guru sama ada dalam kumpulan kecil atau individu masih menjadi sebahagian daripada kursus pengajaran dan pembelajaran.

Dengan menumpukan kepada perkembangan individu, guru digalakkan untuk membina kemahiran sosial pelajar dan juga untuk menerap moral dan etika yang baik serta nilai patriotisme. Penggunaan teknologi maklumat sebagai alat akan membolehkan penyimpanan data dan memudahkan pentadbir untuk mendapatkan semula data yang banyak. Ia memudahkan kerja memproses dan menyampaikan hasil yang berkaitan untuk pentadbir membuat keputusan. Ini akan membantu meningkatkan kecekapan, menghapuskan pertindihan dan secara radikal membaiki akses bagi semua yang berkenaan.

Dengan pengkomputeran dalam talian pengurusan sekolah, pentadbir akan dapat merancang, mengurus dan menggunakan sumber manusia dan fizikal dengan berkesan. penjaringan akan memudahkan penglibatan ibubapa dan masyarakat dalam rancangan sekolah dan menjadikan mereka rakan kongsi yang berkesan dalam pendidikan anak mereka. Dengan adanya pangkalan data, maklumat tentang pelajar dan guru lebih mudah didapati oleh pihak yang sah. Keperluan kebajikan pelajar dan guru lebih mudah diambil kira dengan pemantauan yang kerap. Pemantauan sistematik kemajuan pelajar akan mengingatkan sekolah tentang bila perlunya tindakan susulan bagi pelajar pintar dan yang kurang pintar. Penilaian berasaskan unsur dan rujukan kriteria tertentu untuk memberi gambaran holistik dan tepat tentang prestasi pelajar.

Page 9: Bahan assg ps dan bm jan 2013

Ciri Sekolah Bestari yang paling ketara ialah suasana pengajaran dan pembelajaran yang dibina berdasarkan amalan terbaik dalam pendidikan rendah dan menengah daripada seluruh dunia. Ini melibatkan pemantapan kurikulum, pedagogi, penilaian dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sah.

Kurikulum Sekolah Bestari dirancang supaya bermakna, mempunyai tanggungjawab sosial, reflektif, holistik, global, terbuka berdasarkan matlamat. Ia menggalakkan pembelajaran holistik, membenarkan kanak - kanak maju mengikut tahap pencapaian masing - masing dan mengambilkira keupayaan,. minat dan keperluan pelajar yang berbeza-beza. Kanak - kanak dididik dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, disemai denngan nilai murni dan digalakkan meningkatkan kefasihan berbahasa. Kurikulum Sekolah Bestari dibentuk untuk :

a) Membantu pelajar mencapai perkembangan yang seimbang;

b) Menyepadukan pengetahuan, kemahiran, nilai dan penggunaan bahasa yang betul;

c) Menyatakan secara eksplisit hasil pembelajaran yang dikehendaki bagi tahap keupayaan yang berbeza;menawarkan

pembelajaran multi disiplinari,bertema dan berterusan:

d) Memupuk pengetahuan,kemahiran dan sikap yang sesuai untuk berjaya dalam Zaman Maklumat:

e) Memupuk pengetahuan,kemahiran dan sikap yang sesuai untuk berjaya dalam Zaman Maklumat.

Pengajaran Sekolah Bestari berhasrat menjadikan pembelajaran lebih menarik,menggalakkan,merangsangkan dan bermakna melibatkan minda,semangat dan tubuh badan dalam proses pembelajarn:membina asas kemahiran untuk menyediakan kanak-kanak bagi menghadapi cabaran masa depan dan mengambil kira pelbagai keperluan dan kebolehan pelajar.Pedagogi Sekolah Bestari bertujuan:

a) Menggunakan pelbagai strategi pembelajarn yang sesuai bagi memastikan penguasaan ketrampilan asas dan

meningkatkan perkembangan holistik;

b) Mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran individu bagi meningkatkan prestasi;

c) Mewujudkan suasana bilik darjah yang bersesuaian dengan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran.

Sistem penilaian Sekolah Bestari berbeza daripada sistem sedia ada untuk membantu merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara.Ia berasaskan unsur dan rujukan kriteria tertentu untuk memberi gambaran holistik dan tepat tentang prestasi pelajar.Guru,pelajar dan ibubapa dapat mengakses butiran penilaian melalui komputer.Penilaian Sekolah Bestari adalah fleksibel

Page 10: Bahan assg ps dan bm jan 2013

dan mudah digunakan,di samping menjamin mutu maklumat penilaian dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan alat.Ia menjurus kepada pensijilan terbuka yang bukan sahaja menunjukkan pencapaian komulatif pelajar,tetapi juga untuk peningkatan berterusan sepanjang hayat.

Sekolah Bestari memerlukan bahan pengajaran dan pembelajaran konvensional dan elektronik yang sesuai dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berbagai-bagai.Bahan ini mengambil kira pelbagai keperluan dan kebolehan pelajar bagi meningkatkan keupayaan dan potensi mereka supaya lebih bertanggungjawab menguruskan pembelajaran sendiri.

Objektif utama pengurusan Sekolah Bestari ialah untuk mengurus sumber dan proses dengan cekap dan berkesan bagi menyokong fungsi pengajaran dan pembelajarn.Pihak pengurusan membantu mengagihkan sumber tenaga manusia yang mahir kepada aktiviti yang lebih bermakna,menjimatkan kos pada jangka panjang,meningkatkan mutu keputusan melalui akses yang lebih baik kepada maklumat dan mempercepatkan proses membuat keputusan.

Bagi mencapai objektif ini, pengurusan Sekolah Bestari memerlukan pentadbir profesional yang gigih dan berwibawa serta guru yang dapat menjelaskan matlamat sekolah,memimpin pengajaran di sekolah,memimpin pengajaran di sekolah,dan mampu mendapatkan sokongan padu daripada ibubapa dan masyarakat.Mereka perlu mempereratkan komunikasi terbuka dengan semua pihak,mengagihkan sumber secara adil dan bijak,mengesan prestasi sekolah berbanding dengan objektif kewangan dan bukan kewangan,serta menyediakan suasana persekolahan yang menyokong pembelajaran.

Mereka perlu juga mewujudkan dan mengekalkan staf yang bermotivasi dan berprestasi tinggi,menjamin keselamatan sekolah dan penghuni,serta menggunakan dan mengurus teknologi dengan sesuai,berkesan dan cekap.Bagi mencapai objektif Sekolah Bestari proses dalamannya perlu diselaraskan sebagai suatu sistem .Sistem yang sempurna membolehkan bekalan input yang sesuai menghasilkan output yang dikehendaki seperti kesediaan pelajar untuk melanjutkan pelajaran,atau penyertaan yang aktif dan produktif di kalangan tenaga kerja.Inisiatif Sekolah Bestari menawarkan peluang yang unggul untuk menilai semula sistem

persekolahan sedia ada, mengenal pasti masalah dan mencari penyelesaian terbaik dengan bantuan teknologi.

Posted by lepat at 8:45 PM

Bahan PS

Page 11: Bahan assg ps dan bm jan 2013

Ciri-ciri Guru Pendidikan Seni Cemerlang

oleh:Hassan Mohd Ghazali

ABSTRAK:

Seringkali ungkapan kecemerlangan diperkatakan kepada guru-guru pendidikan seni. Indikator kecemerlangan kebanyakannya tertumpu pada sifat umum, Tulisan ini memberi fokus indikator guru pendidikan seni yang cemerlang. Kecemerlangan dalam konteks pengajaran-pembelajaran, Keilmuan, kualiti peribadi, pengurusan ko-kurikulum, sumbangan dan hasil karya dan perhubungan sejawatan.

Pengenalan

Sistem pendidikan di Malaysia mempunyai matlamat yang jelas sama ada secara tersurat dan tersirat iaitu melahirkan insan dan bangsa yang cemerlang melalui Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Justru itu guru sebagai 'imput' seharuslah 'cemerlang' terlabih dahulu sebelum menentukan 'output' yakni murid yang cemerlang seperti dikehendaki oleh FPN. Jika kita amati matlamat keseluruhan FPN dan Wawasan Pendidikan yang diutarakan oleh bekas Ketua Pengarah Pendidikan, budaya kerja cemerlang adalah menjadi agenda utama. Penegasan wawasan pendidikan ialah budaya kerja cemerlang perlu dibina berlandaskan sikap amanah, bertanggungjawab dan akauntabiliti terhadap tugas.

" Satu konsep utama yang menjadi landasan untuk membangunkan budaya cemerlang ialah amanah. Amanah ialah tanggungjawab dan juga penaggungjawab (akauntabiliti) terhadap sesuatu yang telah ditugaskan atau diberi keparcayaan. Menurut Islam seluruh diri dan hidup manusia adalah amanah"(Wan Zahid.13)

Peranan guru amat penting bagi menentukan kemajuan murid dan sekolah. Bagi guru mata pelajaran pendidikan seni peranan mereka amat penting bagi menentukan mata pelajaran pendidikan seni boleh di manfaatkan. Dua peranan penting bagi seseorang guru pendidikan seni disekolah; pertama menentukan mata pelajaran pendidikan seni di ajar kepada murid-murid dengan sempurna dan

Page 12: Bahan assg ps dan bm jan 2013

berkesan dan kedua menggunakan kemahiran pendidikan seni berguna kepada kemajuan sekolah dari segi fizikal dan kemudahan.

Ciri-ciri Cemerlang

Indikator cemerlang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pendidikan, terutama untuk menentukan prestasi guru. Indikator tersebut lebih menekankan penilaian prestasi seseorang guru biasa bagi menentukan pergerakan gaji. Walau bagaimanapun indikator ini boleh diambil kira awal untuk menentukan kecemerlangan seeorang guru terutama guru mata pelajaran pendidikan seni. Indikator tersebut mengambilkira :1. Kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi.2. Penghasilan kerja dari segi kualiti, mutu kerja, keberkesanan kos, ketepatan masa dan pelaksanaan peraturan dan arahan pentadbiran.3. Pengetahuan dan kemahiran yakni meliputi pengetahuan dalam bidang kerja, kebolehan mengelola, kebolehan membuat keputusan, keberkesanan komunikasi dan kebolehan menyelesaikan masalah.4. Kualiti Peribadi - dari segi integriti (jujur, amanah dan berakhlak) komitmen, ikram, adil dan saksama, berdisiplin dan kepimpinan.5. Jalinan hubungan dan kerjasama samada dengan pegawai atasan, rakan sekerja, pegawai bawahan dan pelanggang( murid-murid).6. Potensi: adakah guru itu ada wawasan, perspktif menyeluruh, penganalisisan, kesedaran kepada kenyataan, proaktif, daya kreatif dan inovasi, serta kebolehan menghadapi cabaran.

Perkhidmatan awam menyenaraikan ciri-ciri budaya kerja cemerlang yang perlu diamalkan pekerja kerajaan, antaranya:

1. Ketepatan masa dalam memberikan perkhidmatan.2. Ketepatan fakta dan maklumat yang diberikan kepada pelanggan.3. Sentiasa responsif kepada kehendak pelanggan.4. Menyempurnakan tugas dengan cara yang adil dan jujur.5. Bersopan santun ketika berurusan dengan pelanggan.6. Menepati temujanji yang dibuat dengan pelanggan.7. Tidak melakukan pembaziran sumber.(Ahmad Sarji.210)

Indikator-indikator di atas merupakan indikator secara menyeluruh bagi menentukan kecemerlangan bagi seseorang guru. Amalan budaya kerja cemerlang memerlukan amalan yang berterusan. Seseorang guru yang cemerlang sewajarnya sentiasa cemerlang dari segi indikator-indikator di atas.

Bagi guru pendidikan seni, indikator kecemerlangan akan berpusat kepada enam faktor utama. faktor-faktor tersebut boleh dipecahkan dalam huraian selanjutnya:

1. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Page 13: Bahan assg ps dan bm jan 2013

2. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendididikan seni.3. Kualiti diri dari segi kepimpinan, kreatif dan wawasan.4. Pengurusan Ko-kurikulum.5. Sumbangan kepada sekolah dan hasil kerja dalam bentuk karya seni dan penulisan.6. Komunikasi dan hubungan dengan pentadbiran, rakan sejawat dan pelajar.

Namun demikian guru pendidikan seni cemerlang pada keseluruhannya ialah seorang guru yang berwibawa tinggi, kreatif, kecindan dan peka terhadap perkembangan individu, simpatik dan empatik serta menjadi contoh kepada guru-guru lain dan pelajar.

Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

Berbagai-bagai teori dan model pengajaran yang berkesan. Mengikut Borich & Fenton (1977), kecemerlangan pengajaran adalah melibatkan perlakuan guru, peningkatan keilmuannya, dan beberapa variabel yang mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran P&P, misalnya hubungan dengan pengetua/gurubesar dan dan faktor persekitaran . Yang dimaksudkan pelakuan guru ialah cara-cara guru menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya. Ini termasuklah bagaimana guru interaksi dengan murid, pengurusan kelas, penggunaan masa dan sebagainya yang berkaitan dengan P&P. Satu faktor yang penting ialah sikap guru itu penentu utama bagi kecemerlangan dalam P&P. Dalam model yang dikemukan oleh John Carroll (1963) iaitu "A Model of Scholl Learning'; menghuraikan lima elemen yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran, iaitu:

1. 'Aptitude' - bakat/kebolehan murid untuk belajar.2. Kemampuan murid me- mahami arahan/ pengajaran guru atau kesediaan murid belajar sesuatu tajuk pelajaran. Kemampuan murid ini bergantung kepada pengetahuan atau kemahiran yang sedia ada pada murid.3. Daya tahan (persever- rance) murid - kesanggupan murid secara aktif terlibat dalam pembelajaran. Faktor ini ditentukan oleh motivasi/kemahuan dalam diri murid untuk belajar.4. Peluang - masa yang diperuntukan kepada murid untuk belajar atau masa yang digunakan oleh guru untuk mengajar sesuatu kemahiran dan konsep.5. Kualiti pengajaran - keberkesanan sesuatu pelajaran itu diajar.(Wan Fatimah .19)

Kualiti pengajaran merupakan perkara penting kepada seseorang guru pendidikan seni untuk menentukan keberkesanan pengajaran. Guru yang cemerlang berjaya menentukan corak pengajaran yang berkesan dan menyesuaikan situasi pengajaran dengan situasi semasa. Berbagai kaedah dan strategi pengajaran dimanipulasikan agar murid menikmati pengajaran dengan sempurna dan berkesan. Berikut adalah kuliti pengajaran pendidikan seni yang berkesan:

• pengajaran/maklumat pendidikan seni secara tersusun, mudah difahami serta bermakna kepada murid. Misalnya mengajar anyaman guru harus menerangkan jenis-jenis kelerai terlebih dahulu sebelum pergi kepada teknik mengayam.

Page 14: Bahan assg ps dan bm jan 2013

• pengajaran pendidikan seni dapat menarik minat murid.• berkesan, mudah diingat dan digunakan oleh murid.• guru menggunakan contoh-contoh yang mudah.• pengajaran pendidikan seni dikaitkan dengan maklumat/pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada pada murid.• guru sentiasa menunjukkan minat dan ghairah semasa pengajaran pendidikan seni.• guru menggunakan kaedah-kaedah dan bahan-bahan pengajaran tertentu sesuai dengan pelajaran pendidikan seni berjalan.• guru bersifat humor dan penyayang.• Guru pendidikan seni yang baik sentiasa mengadakan penilaian secara formal atau tidak format kepada murid dan membuat penilaian keberkesanan pengajaran.• guru pendidikan seni perlu membetulkan segera kesilapan yang dilakukan oleh murid.• guru pendidikan seni yang baik sentiasa memberi motivasi dan insentif kepada murid semasa pengajaran berlaku.• guru pandai menyesuaikan pengajaran pendidikan seni mengikut keupayaan kebolehan murid.• pengajaran yang berkesan dibantu dengan suasana bilik seni yang bersih dan kemas.

Pengetahuan dan Kemahiran Pendidikan Seni

Guru pendidikan seni banyak terlibat dalam kerja-kerja praktikal dan kurang dalam kerja-kerja amali. Lantaran itu guru pendidikan seni kurang mendalami pengetahuannya melalui banhan-bahan bacaan ilmiah. Guru pendidikan seni lebih berminat sekiranya diadakan latihan berbentuk bengkel. Ini merupakan fenomena yang negatif.Pendidikan seni perlu ditekankan dari aspek teori dan amali. Bagi guru pendidikan seni cemerlang perlu mendalami keseluruhan bidang-bidang yang ada dalam pendidikan seni. Sebagai contoh sekarang pendidikan seni diperkenalkan bidang rekacipta, maka guru pendidikan seni perlu membaca dan mendalami bidang tersebut hingga boleh menguasainya.Kebolehan guru pendidikan seni menguasai sesuatu bidang-bidang lain akan menentukan mutu pengajaran yang berkesan. Misalnya penggunaan komputer dalam pengajaran pendidikan seni, walaupun belum disediakan dalam kurikulum, tetapi sekarang banyak perisian komputer yang boleh digunakan dalam pendidikan seni. Misalnya perisian Grafik seperti PageMaker, CorelDraw, CAD dan sebagainya. Perisian ini dapat membantu guru dari segi alat bantu mengajar penggunaan dalam mata pelajaran.

Kualiti Peribadi

Penekanan kuliti peribadi sangat penting kepada guru-guru pendidikan seni. Seseorang guru pendidikan seni cemerlang tentunya kualiti pribadi yang konsisten. Menunjukkan akhlak mulia dengan rakan sejawat dan murid-muridnya. Ia sentiasa menjadi model kepada guru-guru lain dari segi kemasan diri. Contohnya guru-guru pendidikan seni perempuan boleh menjadi contoh dan kosaltan dari segi memilih warna dan fesyen baju untuk guru wanita lain.Guru pendidikan seni sentiasa senang untuk membuat rujukan dalam hal-hal yang berkaitan dengan

Page 15: Bahan assg ps dan bm jan 2013

kreativiti. Justru itu guru pendidikan seni haruslah seorang kreatif dan inovatif.

Pengurusan Ko-kurikulum

Seorang guru yang cemerlang tidak akan lengkap sekiranya tidak terlibat dalam organisasi kelab dan persatuan, unit beruniform dan sukan di bawah ko-kurikulum. Kelab seni dan kreatif merupakan kelab yang membantu mengembangkan mata pelajaran pendidikan seni di sekolah. Melalui kelab tersebut dapat menentukan daya minat yang lebih dari murid yang diajar semasa pendidikan seni. Pelengkap dari pengajaran pendidikan seni boleh di salurkan dalam bentuk aktiviti kelab seni dan kreatif.

Banyak aktiviti-aktiviti boleh dijalankan melalui kegiatan kelab. Misalnya lawatan ke pusat-pusat yang berkaitan dengan seni tampak, Balai senilukis dan Pusat kraftangan. Melalui kelab pendidikan seni guru boleh membina kepimpinan murid dalam bidang kesenian disamping melahirkan seniman-seniman kecil melalui penghasilan karya seni.Kejayaan dalam kegiatan ko-kurikulum kebiasaannya adalah bergantung kepada keupayaan guru dalam melibatkan diri bersama murid dan memberi keyakinan kepada mereka.

Subangan dan Hasil Kerja

Sewajarnya guru pendidikan seni merupakan orang terpenting untuk mencantikkan sekolah. Tidak dinafikan tanggungjawab utama untuk keceriaan sekolah kebiasaannya terpikul pada guru pendidikan seni. Sumbangan ini amat wajar kerana dalam mata pelajaran pendidikan seni (sekolah menengah), Seni dan Persekitaran boleh dipraktikkan melalui kerja-kerja keceriaan sekolah.

Sumbangan guru pendidikan seni tidak tertumpu kepada sekolah sahaja. Guru pendidikan seni boleh memberi khidmat kepada projek-projek diperingkat daerah misalnya hiasan pentas dan sebagainya. Subangan kreatif itu akan menambahkan lagi kesuburan kemahiran bidang kerja.

Komunikasi dan hubungan

Melalui sumbagan yang diberikan kepada pihak sekolah, guru pendidikan seni sewajarnya mempunyai tingkahlaku yang baik terutama dari segi hubungan dengan pengetua/gurubesar, rakan sejawat dan pelajar. Hubungan ini penting, kerana prestasi guru yang baik adalah melalui imej hubungan yang berkesan dan baik.

Penutup

Sebenarnya tugas dan tanggungjawab guru pendidikan seni semakin mencabar. Namun demikian bagi guru pendidikan seni yang aktif dan cemerlang, cabaran dan rintangan yang berat dapat dipikul dengan mudah. Kerja-kerja yang ada kaitan dengan tugas dan dan ada kaitan dengan pendidikan seni merupakan kerja yang menyeronokkan bagi guru pendidikan seni yang cemerlang. Kebiasaannya guru cemerlang ini mahukan setiap kerjanya dilakukan dengan kualiti yang tinggi. Indikator utama guru

Page 16: Bahan assg ps dan bm jan 2013

pendidikan seni yang cemerlang ialah sikap amanah dan bertanggungjawaban.

Tahap kesempurnaan tugas datang dari diri yang ikhlas dan sentiasa mahu mengingkatkan pengetahuan, menguasai kemahiran, sikap terbuka, berfikiran secara fleksibel, kreatif dan inovatif. Sesungguhnya guru yang cemerlang itu sentiasa menjadi guru 'popular' disekolah.Seperti kata Ketua Pengarah Pendidikan dalam kertas kerjanya bertajuk Keguruan menjelang abad ke-21: Cabaran dan Harapan; Menjamin kualiti perkhidmatan dalam profesion keguruan pada abad ke -21 merupakan satu cabaran. Stakeholders dan juga pelanggan pendidikan pasti akan membuat tuntutan peningkatan mutu pendidikan. Sejauh mana sesorang guru atau kakitangan pendidikan dapat memuaskan tuntutan dan keperluan stakeholders dan pelanggan bergantung kepada sejauh mana tingginya kualiti perkhidmatan yang dicurahkan. ( Wan Zahid. ms 121).

pengenalan

Rekaan dan corak merupakan suatu asas utama dalam meghasilkan sesuatuk a r y a s e n i . P a d a d a s a r n y a , t a n p a r e k a a n d a n c o r a k , h a s i l s e n i b a i k y a n g tradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Dalam teorinya,corak ia lah suatu susunan motif sama ada sec ara teratur , terancang atausecara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaituCorak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Motif pula merupakan rupa ataubentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Motif terdiri daripada motif flora, fauna, geometr ical dan organik. Corak Tradi s i mempunyai motifnyatersendir i dan mempunyai nama-nama tertentu yang ber unsur tradis ional .C o n t o h y a n g b i a s a k i t a d e n g a n a d a l a h s e p e r ti c o r a k b u n g a b u l u h , p u c u k rebung,bunga kiambang dan sebagainya.Dalam tugasan ini akan cuba dibincangkan satu kajian dan analisa terhadaprekaan dikehendaki menjalankan kajian analisa terhadap rekaan dancorak yang terdapat pada objek kain sarung batik. Batik yang sarung yangd i p i l i h k e r a n a i a n y a m e r u p a k a n s a t u b i d a n g k r a ft a n g a n y a n g u n g g u l d i M a l a y s i a . S e j a k a b a d

k e 1 5 M a s i h i l a g i m a n u s i a t e l a h m e n e m m e n e m u i k a e d a h pembuatan batik secara tradisional.Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagaialat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakanalat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeriKelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dariperkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatikpula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu,sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapatdi Kelantan dan Terengganu.

1

Page 17: Bahan assg ps dan bm jan 2013