bahan assg bm sept 2012

62
Morfologi bermaksud ilmu bahasa yang mengkaji struktur,bentuk dan penggolongan kata dalam penggunaan Bahasa Malaysia. Struktur kata pula bermaksud susunan bentuk bunyi dan tulisan yang menjadi laras bahasa bermakna. Bentuk kata pula adalah tatabahasa sama ada dalam tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan,pemajmukan dan penggandaan.Penggolongan kata adalah proses menjenis atau mengkategorikan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dalam ayat.Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985): Morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. (KIV) 07 Mei 2009 Pengenalan Morfologi Bidang Morfologi Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan

Upload: jalinang-abd-kadir-chen

Post on 13-Jan-2015

20.203 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Bahan assg bm sept 2012

Morfologi bermaksud ilmu bahasa yang mengkaji struktur,bentuk dan

penggolongan kata dalam penggunaan Bahasa Malaysia. Struktur kata pula

bermaksud susunan bentuk bunyi dan tulisan yang menjadi laras bahasa bermakna.

Bentuk kata pula adalah tatabahasa sama ada dalam tunggal atau hasil daripada

proses pengimbuhan,pemajmukan dan penggandaan.Penggolongan kata adalah

proses menjenis atau mengkategorikan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk

atau fungsi dalam ayat.Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985):

Morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan

dan cara-cara pembentukannya.(KIV)

07 Mei 2009

Pengenalan Morfologi

Bidang Morfologi

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan

penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang

yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit

tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan,

pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses

menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan

anggota lain dalam golongan yang sama.

Definisi Morfologi

Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam buku Pengajian

Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin

ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini

merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.

Page 2: Bahan assg bm sept 2012

Manakala Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam buku

Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana

perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan,

proses-proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan

kata.

Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi

Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji

struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan

bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.

Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa

Bahasa Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu

morfologi satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal – soal yang berkaitan

dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat

daripada perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok –belok bentuk kata dan fungsi

gramatik atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa

morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem – morfem itu bergabung untuk

membentuk ayat.

 

Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa

Untuk Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang dalam

kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara –cara pembentukkannya.O`Grady

& Guzman juga menyatakan pendapat pada tahun 2000 :121 dalam buku yang disediakan

oleh Radiah Yusoff dan rakan – rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk

kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.

Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunya Language

yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein

Mohd.Noor,menyatakan bahawa “Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk

Page 3: Bahan assg bm sept 2012

– bentuk terikat antara konsituen – konsituennya.”“Morfologi meliputi konstruksi kata –

kata dan bahagian kata”.

Dicatat oleh elLyieDa di Khamis, Mei 07, 2009

DEFINISI MORFOLOGI

PENGENALAN

Diperingkat sekolah rendah, setiap murid mesti berkemahiran dan berilmu

pengetahuan serta berpengalaman dalam pengetahuan sedia ada diaplikasi

untuk setiap pengajaran dan pembelajaran yang diterima dalam bilik darjah.

Mata pelajaran Bahasa Melayu kini telah di sebut sebagai Bahasa

Malaysia berfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan serta menjadi alat

komunikasi utama dan tolenrasi kaum. Bagi pelajar tahap I murid diajar

kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis

dengan ilmu dari pelbagai sumber.Setiap pelajar pula belajar dalam kelas yang

sama tapi mempunyai tahap penguasaan dalam pengajaran dan pembelajaran

yang berbeza.

Semua pelajar di mestikan mempelajari morfologi-sintaksis.Namun banyak

pelajar tidak menguasai morfologi kerana pelbagai factor antaranya pelajar

menggunakan bahasa ibunda sebelum melafazkan dalam Bahasa Malaysia yang

betul maka aspek imbuhan sering menjadi kesalahan dalam pertuturan dan

penulisan pelajar. Kesilapan dalam struktur ayat menjadi semakin serius

dikalangan golongan yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa

kedua mereka.

Ilmu morfologi harus diserap seawal kemahiran-kemahiran lain untuk

membolehkan mereka menguasai kemahiran morfologidisamping membaca dan

Page 4: Bahan assg bm sept 2012

menulis huruf kemahiran membentuk suku kata dengan menggunakan struktur

ayat yang betul harus ditekankan . Kemahiran ini boleh dibina dan murid dapat

menulis dengan tepat,gramatis.dan berstruktur. Kemahiran ini menjadi teras untuk

mempelajari pelajaran Bahasa Melayu dengan lebih kompleks dan mendalam.

Soalan Tugasan

Bahagian A

1.      Jelaskan definisi morfologi

Morfologi bermaksud ilmu bahasa yang mengkaji struktur,bentuk dan

penggolongan kata dalam penggunaan Bahasa Malaysia. Struktur kata pula

bermaksud susunan bentuk bunyi dan tulisan yang menjadi laras bahasa

bermakna. Bentuk kata pula adalah tatabahasa sama ada dalam tunggal atau

hasil daripada proses pengimbuhan,pemajmukan dan penggandaan.

Penggolongan kata adalah proses menjenis atau mengkategorikan perkataan

berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dalam ayat.

Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985): Morfologi ialah satu

bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara

pembentukannya.

2.      Bincangkan secara ringkas penggolongan kata mengikut Tatabahasa Dewan

Edisi Baharu.

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu cetakan kelima 1997,golongan-

golongan kata boleh dikelaskan dengan beberapa criteria iaitu :

      struktur fonologi/bunyi

      struktur morfem

Page 5: Bahan assg bm sept 2012

      kriteria simantik

Perkataan digolongkan merujuk kepada struktur sintaksis dan struktur

semantik disebabkan penggolongan tersebut dapat diselaraskan dengan

penggunaan perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi teras dalam

pengaplikasi tatabahasa untuk frasa,klausa dan ayat.

Penggolongan kata terdapat konstituen-konstituen utama iaitu Frasa

subjek dan Frasa predikat. Kedua-dua frasa ini membentuk :

     frasa nama (FN)

     frasa kerja (FK)

     frasa adjektif (FA)

     frasa sendi nama (FS)

Setiap frasa-frasa tersebut mengandungi tunjang yang mewakili frasa-frasa

tersebut contohnya

FN

KN

Page 6: Bahan assg bm sept 2012

…….. bunga ………

Kata nama ,kata kerja dan kata adjektif adalah kata utama kerana menjadi

inti frasa-frasa ayat iaitu frasa nama,frasa kerja,dan frasa adjektif.Golongan kata

ini tidak menjadi frasa utama kerana dikelompok dalam klausa secara langsung

dan kata secara kolek tif iaitu kata tugas.Secara kesimpulannya golongan kata

dalam Bahasa Melayu terbahagi kepada empat :

      kata nama

      kata kerja

      kata adjektif

      kata tugas

3.      Dengan berdasarkan dua petikan yang dipilih,sila analisis dan kemukakan contoh

yang sesuai mengikut penggolongan kata yang berikut :

i)        kata nama

ii)      kata kerja

Kata nama boleh di kategori kepada tiga kumpulan iaitu, kata nama khas, kata

nama am dan kata ganti diri.

      Kata nama khas

Kata nama khas merujuk khusus pada sesuatu nama orang, haiwan,benda,

tumbuhan , perbadanan,pangkat,undang-undang,bangsa, bahasa dan

sebagainya

contoh : Puan Zarina,Profesor Ahmad, Bank Simpanan Nasional, Perdana

Menteri dan sebagainya. Dalam tulisan, huruf pertama mesti ditulis dengan huruf

besar.

Kata nama Khas juga boleh dibahagi kepada dua bab iaitu nama khas hidup dan

nama khas bukan hidup. Nama khas hidup pula ada dua iaitu manusia dan bukan

manusia. Contoh Muhd Hakimin dan Si Comot.

Page 7: Bahan assg bm sept 2012

      Kata nama am

Kata nama am merujuk kepada benda,perkara,atau konsep yang umum

sifatnya.Dalam tulisan,huruf pertama ditulis dengan huruf kecil kecuali ketika

memulakan ayat. Kata nama am boleh dibahagikan kepada beberap kategori iaitu

kata nama tunggal,kata nama terbitan,kata nama majmuk, dan kata nama ganda.

      kata nama tunggal – guru,sekolah, Negara,rumah dan sebagainya

(perkataan yang terdiri daripada kata dasar)

      kata nama terbitan – ketua,kehendak, jutawan,penyapu dan sebagainya

(terhasil dari proses pengimbuhan)

      kata nama majmuk – guru besar,kucing, balai polis

(terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih)

      kata nama ganda – buku-buku,burung-burung, kuih muih dan sebagainya

(kata yang telah mengalami proses penggandaan)

      Kata ganti nama

Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada lima kategori :

      kata ganti diri

(aku,engkau, anda, kamu)

      kata ganti tanya

(apa,siapa,mana)

      kata ganti tempat

(sini,situ)

      kata ganti tunjuk

(ini,itu)

      kata ganti tak tentu

(apa-apa,siapa-siapa,bila-bila)

i)        Kata Nama

PETIKAN 1

Page 8: Bahan assg bm sept 2012

Sumber : Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4 (KBSR)

Muka surat : 42

Tajuk : Miskin Bukan Penghalang Kejayaan

Aku anak petani. Namaku Firdaus. Aku berusia sepuluh tahun dan anak

sulung daripada enam orang adik beradik Aku tinggal di Kampung Simpang

Darat.

Walaupun hidupku ibarat “kais pagi makan pagi,kais petang makan

petang”, hubungan kekeluargaan antara kami amat erat. Ayah bekerja mengambil

upah sebagai penoreh getah. Ayah sentiasa memberikan sepenuh perhatian

kepada kami. Ibu pula seorang suri rumah yang penyayang. Walaupun kami

hidup susah,ibu tidak pernah mengeluh.

Sesungguhnya, pengalaman hidup ini telah banyak mengajar ku agar

berjuang untuk mencapai kejayaan. Kata-kata semangat guru “miskin bukan

penghalang kejayaan”akan kusematkan ke dalam jiwa. Akan kubuktikan bahawa

aku juga mampu Berjaya.

Harapan ayah dan ibu yang ingin melihat aku Berjaya juga akan aku

tunaikan. Aku membuat persediaan awal untuk menghadapi Ujian Pencapaian

Sekolah Rendah. Di sekolah,aku sentiasa menumpukan sepenuh perhatian

semasa guru mengajar. Di rumah pula, aku menyediakan jadual waktu untuk

belajar.

Kegiatan sukan di sekolah tidak aku tinggalkan. Dengan bersukan,badanku

menjadi cergas dan otakku menjadi cerdas. Justeru, aku akan dapat belajar

dengan selesa.

Di samping itu, aku bertekad untuk mengubah nasib keluargaku. Untuk

mencapai impian itu, aku berjanji akan belajar dengan gigih dan menjadi model

yang terbaik kepada adik-adikku. Kemiskinan tidak akan kujadikan alasan untuk

gagal dalam pelajaran.

Aku akan membuktikan bahawa kemiskinan bukan penghalang untuk

mencapai kejayaan.

Page 9: Bahan assg bm sept 2012

Dalam petikan 1 bertajuk “Miskin Bukan Penghalang Kejayaan” terdapat

golongan kata nama iaitu Kata nama khas, kata nama am, kata ganti nama.

Analisis 1

      Kata nama khas

Kata nama khas yang terdapat dalam petikan tersebut ialah Firdaus merujuk

kepada watak utama cerita. Terdapat kata nama khas tak hidup iaitu nama

Kampung Simpang Darat dan kata nama khas bukan manusia iaitu merujuk

kepada benda khusus iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah.

Analisis 2

      Kata nama am

                      Kata nama tunggal – Kata nama tunggal yang terdapat dalam petikan

banyak digunakan iaitu :

      guru

      petani

      ayah

      ibu

      adik-adik

      anak

      penoreh

      suri rumah

      model

                      Kata nama tunggal ini dikategori bagi kata nama tunggal hidup bagi

manusia.Namun ada kata nama tunggal bukan hidup dan konkrit digunakan iaitu

      sekolah

      getah

      rumah

Page 10: Bahan assg bm sept 2012

                      Kata nama terbitan yang terhasil dari proses pengimbuhan atau

abstrak dan tidak terbilang iaitu:-

      penyayang

      pengalaman

      harapan

      perhatian

      bertekad

      hubungan

                      Kata nama majmuk juga digunakan untuk memproses dua rangkaikata

agar menjadi dua kata dasar atau lebih

      anak sulung

      jadual waktu

      anak petani

      penoreh getah

      suri rumah

                      Kata nama ganda adalah kata nama am yang telah mengalami proses

penggandaan.

      adik-adik

      kata-kata

Analisis 3

      Kata ganti nama

                      Kata ganti nama yang digunakan dalam petikan tersebut amat sedikit

kerana pengolahan cerita hanya berkisar pada satu watak utama sahaja

                      Kata ganti diri singkatan dan pertama yang digunakan iaitu

      ku

Page 11: Bahan assg bm sept 2012

      aku

      kami

                Kata ganti nama tunjuk

      ini

      itu

      Kesimpulan ;

Petikan “ Miskin Bukan Penghalang Kejayaan” banyak menggunakan kata nama

sebagai proses menlengkapkan struktruk ayat agar mudah di fahami jalan

ceritanya. Petikan banyak menggunakan kata nama tunggal iaitu perkataan yang

terdiri daripada kata dasar dan unsur kata nama terbitan yang terhasil daripada

proses pengimbuhan. Penggunaan kata ganti diri hanya sedikit digunakan kerana

watak cerita tidak memerlukan penulis memperkenalkan watak dengan serius,

memadai dua atau tiga ayat untuk memudahkan pembaca memahami jalan cerita

hingga tamat.

ii)      Kata Kerja

PETIKAN 2

Sumber : Buku teks Bahasa Malaysia Tahun 4 (KBSR)

Muka Surat : 13

PAK SENIK INSAF

Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki kaya bernama Pak Senik. Kebun

getahnya luas. Haiwan ternakannya juga banyak. Ada lembu,kambing,ayam dan

itik.

Walaupun berada, dia sangat kedekut. Dia tidak pernah menyembelih haiwan

peliharaannya untuk dijadikan lauk. Dia sanggup makan nasi berlaukkan ikan

kering sahaja. Dia juga tidak pernah bersedekah kepada orang-orang miskin.

Pak Senik mempunyai seorang anak perempuan bernama Gayah, Suami

Gayah,Dolah, tidak suka akan sifat bapa mertuanya yang bakhil itu. Dolah telah

bermuafakat dengan Gayah untuk memberikan kesedaran kepada Pak Senik.

Page 12: Bahan assg bm sept 2012

Dolah dan Gayah telah menjemput Pak Senik ke rumah mereka. Pada hari

tersebut, Gayah memasakkan Pak Senik gulai kambing yang lazat.

“ Wah, sedap sungguh gulai kambing ini! Baunya pun harum dan

menyelerakan,” kata Pak Senik sambil makan. Dia makan dengan berselera

sekali kerana tidak pernah menikmati lauk-pauk yang sedap. Dolah dan Gayah

tidak makan. Mereka memperhatikan sahaja gelagat Pak Senik.

“ Dari mana kamu dapat daging kambing ni?”, Tanya Pak Senik.

“ Saya sembelih seekor kambing ayah”, jawab Dolah selamba. Pak Senik

sangat marah.

“ Kamu mesti bayar ganti ruginya”, jerit Pak Senik dengan kuat.

“ Kami tidak makan daging kambing itu, mengapa kami mesti

membayarnya?’, balas Dolah. Pak Senik terdiam.

“ Ayah sudah tua. Harta ayah banyak. Kalau ayah murah hati dan suka

bersedekah tentu orang kampung menghormati ayah. Tuhan juga

menggandakan rezeki ayah”, jelas Dolah dengan lembut.

Sejak peristiwa itu, Pak Senik insaf. Dia tidak kedekut lagi. Dia sentiasa

bersedekah kepada fakir miskin.

      Kata kerja adalah inti utama bagi membina atau konstruksi frasa kerja.

Pengolongan Kata kerja boleh terdapat unsure-unsur lain seperti kata

bantu,berobjek,pelengkap,ayat komplemen dan keterangan bagi mengukuhkan

struktur ayat.

Kata kerja terdapat dua kelompok iaitu :

Page 13: Bahan assg bm sept 2012

      Kata kerja Transitif

      Kata kerja tak transitif

      Kata kerja Transitif

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek frasa nama untuk

melengkapkan maksud yang ingin dinyatakan contoh :

     Emak menyiram bunga

     Ayah sedang memandu kereta

Kata kerja ini boleh dibahagi kepada dua iaitu kata kerja transitif aktif dan kata

kerja transitif pasif. Kata kerja ini yang menggunakan awalan meN- dengan atau

tanpa akhiran –kan atau –i

      Kata kerja tak transitif

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau

objek selepasnya. Kata kerja tak transitif dapat dibahagikan dua iaitu

berpelengkap dan tidak berpelengkap. Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah

kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud.

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap boleh berdiri sendiri tanpa objek

penyambut.

Contoh :

Kata kerja transitif berpelengkap :

      Suasana kampung sungguh sunyi

      Semua mereka tinggal di Kuala Lumpur

Ayat condong jika digugurkan menjadi ayat yang tidak sempurna.

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap :

      Emak sedang menangis

      Mereka asyik ketawa sahaja.

Ayat di atas berdiri tanpa subjek dan kata kerja yang berdiri sendiri tanpa

bergantung kepada unsure lain untuk melengkapkan makna ayat.

Analisa 1

Page 14: Bahan assg bm sept 2012

Berdasarkan petikan “Pak Senik Insaf” banyak unsure kata kerja digunakan untuk

antaranya :

      Kata kerja tak transitif dalam petikan banyak digunakan kerana maknanya

dapat berdiri sendiri tanpa memerlukan objek :

   Dia sangat kedekut

   Dolah dan Gayah tidak makan

   Ayah sudah tua

   Harta ayah banyak

   Pak Senik insaf

Dalam ayat-ayat di ats,perkataan yang dicondongkan adalah kata kerja tak

transitif,sementara unsure yang mengikuti ialah pelengkap.Namun sekiranya

pelengkap digugurkan, ayat-ayat yang terhasil tidak sempurna. Contohnya

      Dia sangat

      Dolah dan Gayah

      Ayah

      Harta ayah

Ayat ini juga tidak boleh diboleh dipasifkan seperti Dia sangat dikedekut

Kata Kerja Tak Transitif dengan Pelengkap

Subjek Predikat Keterangan

Kebun Getahnya Luas

Haiwan Ternakanya Banyak

Analisa 2

Kata kerja transitif

Subjek Frasa Kerja Transitif Penyambut

Gayah Memasakkan Gulai kambing yang lazat

Gayah dan Dolah Menjemput Pak senik ke rumah

mereka

Mereka Memerhati sahaja Gelagat Pak Senik

Tuhan Menggandakan Rezeki ayah

Page 15: Bahan assg bm sept 2012

Frasa nama yang menjadi penyambut bagi ayat-ayat di atas ialah gulai kambing

yang lazat, dengan berselera sekali, gelagat Pak Senik dan rezeki ayah adalah

keterangan.Ayat –ayat di atas boleh di pasifkan

a.      Gulai kambing dimasak oleh Gayah dengan lazatnya.

b.      Pak Senik dijemput ke rumah mereka oleh Gayah dan Dolah

c.      Gelagat Pak Senik diperhati sahaja oleh mereka

d.      Rezeki ayah digandakan oleh Tuhan

Analisa 3

FRASA KERJA DENGAN KATA BANTU

Contoh ayat yang terdapat Frasa kerja dengan kata bantu dalam petikan tersebut

ialah

      Dia tidak pernah menyembelih haiwan peliharaannya

      Dolah telah bermaufakat dengan Gayah

Penggunaan frasa kerja dengan kata bantu dapat memberi gambaran yang plot

cerita ada perkembangan waktu atau masa.

Kesimpulan

Kata kerja yang digunakan oleh penulis adalah binaan yang pelbagai untuk

menjadi pembaca mengikuti plot-plot cerita sehingga tamat. Frasa kerja dan

adjektif,binaan frasa kerja dan akhir sekali susunan konstituen frasa kerja banayk

digunakan

Page 16: Bahan assg bm sept 2012

BAHAGIAN B: Sintaksis1.    Definisi ayat majmuk.

Menurut buku Tatabahasa Dewan edisi ketiga (2008), ayat majmuk ialah ayat

yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan

percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga

menjadikannya ayat 1,(a) , dengan ayat 1.(b);

1. Ali sedang membaca buku dan Fatimah sedang membuat latihan

matematik..

(a) Ali sedang membaca buku.

(b) Fatimah sedang membuat latihan matematik.

Terdapat tiga jenis ayat majmuk iaitu:

1                    Ayat majmuk gabungan

2                    Ayat majmuk pancangan

3                    Ayat majmuk campuran

Ayat Majmuk GabunganAyat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua ayat atau lebih yang

menjadikan satu dengan cara mengabungkan atau mencantumkan ayat-ayat

tersebut dengan kata hubung seperti ,dan,atau, tetapi, dan sebagainya.

Contoh:

1                    Rokiah pandai menyanyi dan menari.

2                    Abu kurus tetapi kuat makan.

 Ayat 1 dihubungkan dengan kata hubung dan manakala ayat 2 dihubungkan

dengan kata hubung tetapi.

Ayat Majmuk Pancangan 

Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak

setara.Ini bermakna dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau

ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat  kecil.Ayat kecil

dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti

yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.Dalam

Page 17: Bahan assg bm sept 2012

bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu

ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.

Ayat Majmuk Pancangan

Ayat Relatif Ayat Komplemen Ayat Keterangan

Ayat relatif ialah ayat

yang ditandai dengan

penggunaan perkataan

yang seperti contoh di

bawah:

1) Kanak-kanak yang

cedera itu rupa-rupanya

anak Leman.

(2) Kanak-kanak itu

rupa-rupanya anak Pak

Leman

(3) Kanak-kanak itu

cedera

Ayat (3) telah

dipancangkan kepada

subjek ayat utama dan

dijadikan ayat kecil

dengan menggugurkan

``kanak-kanak itu'' dan

menggunakan kata

hubung yang.

Ayat majmuk

komplemen ialah ayat

utama yang

dipancangkan dengan

ayat kecil yang

seterusnya menjadi

komplemen kepada

ayat. Ayat komplemen

dapat dibentuk dengan

menggunakan kata

hubung bahawa atau

yang.

Contoh:

1.Bahawa mancis api

telah menyebabkan

kebakaran itu.

2.Bahawa pembuangan

puntung rokok merata-

rata telah menyebabkan

kebakaran.

Ayat majmuk keterangan

ialah ayat majmuk yang

terdiri daripada satu ayat

utama dan satu atau

lebih ayat kecil yang

bertugas sebagai

keterangan kepada

predikat.

Contoh:

Pemain hoki negara

gagal kerana tidak

bersedia.

Ayat kecil dalam ayat

majmuk keterangan

menerangkan kata kerja

dalam ayat utama, iaitu

Pemain hoki negara

gagal Ayat majmuk

keterangan dibina untuk

pelbagai tujuan dengan

menggunakan kata

hubung yang tertentu.

-kerana, oleh, sebab,

lantaran, hingga

sehingga, jika, kalau,

sekiranya, andainya,

Page 18: Bahan assg bm sept 2012

setelah, tatkala,

sementara, ketika,

sambil, agar, supaya,

kalau-kalau, untuk, bagi,

demi, dengan,

sungguhpun, walaupun,

meskipun, sekalipun,

seperti, bagai, macam,

bak, umpama.

Ayat Majmuk Campuran

Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis

ayat.Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan

atau ayat majmuk pancangan.Biasanya, ayat jenis ini panjang.Panjang pendek

bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya

atau bilangan klausanya.

Contoh 1:

Mereka mendaftarkan kanak-kanak yang lahir dalam tahun 2002, yang telah

menerima suntikan tersebut.

Dalam ayat ini terdapat dua ayat relatif yang dipancangkan ke dalam ayat

induk iaitu yang lahir dalam tahun 2002 dan yang mereka menerima suntikan

tersebut. Subjek ayat majmuk ialah mereka, katakerjanya mendaftarkan dan

objek tepat kanak-kanak.Kedua-dua ayat relatif itu merupakan penerang kepada

objek tepat

2. Dengan berdasarkan petikan dari buku teks Tahun 6 muka surat 23 dan 63

saya telah analisis petikan tersebut dan telah mendapati beberapa contoh

mengikut perkara berikut:

Page 19: Bahan assg bm sept 2012

i) Ayat majmuk gabungan.

Contoh 1(m.s 23)

Lampu bercahaya dan berwarna-warni.

ii) Ayat majmuk pancangan

Ayat Majmuk Pancangan

Ayat Relatif Ayat Komplemen Ayat Keterangan

Contoh 1:

(muka surat 63)

Madu tersebut dijual

dengan harga yang

tinggi.

Contoh 2:

(muka surat 63)

Di negara kita juga

banyak kraf tangan

yang dihasilkan

daripada buluh.

Contoh 1:

(muka surat 63)

Sesetengah penduduk

kampung mencari madu

lebah di hutan untuk

dijual.

Contoh 2:

(muka surat 63)

Tahukah kamu bahawa

hutan merupakan

sumber pendapatan

kepada sesetengah

penduduk di negara

kita?

Contoh 1

(muka surat 23)

Hani sekeluarga berasa

bertuah kerana dapat

menyaksikan konsert itu.

Contoh 2:

(muka surat 63)

Kraf tangan ini

dipasarkan dengan

meluas.

iii) Ayat majmuk campuran

Contoh 1:

Terdapat pelbagai jenis rotan seperti rotan manau atau nama saintifiknya,

Calamus conioastris, rotan semang dan rotan paku atau Calamus exilis.

Contoh 2:

Apabila menyebut perkataan hutan, tergambar dalam fikiran kita akan pokok-

pokok yang besar dan pelbagai jenis mergastua.

Page 20: Bahan assg bm sept 2012

Senarai rujukan

Abdullah Hassan. (1993) Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :

Utusan

Publication and Distributors Sdn.Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa, dan Abdul Hamid Mahmod.

(2004).

Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka

Mangantar Simanjuntak. (1982). Aspek Bahasa dan Pengajaran. Kuala Lumpur :

Sarjana Enterprise

Sulaiman Masri, Ahmad Khair Mohd Nor.(2006) Tatabahasa Melayu Mesra

Pengguna.

Edisi Baharu :Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd

DEFINISI MORFOLOGI

1. Hockett (1958)

- Morfologi ialah suatu unsure terkecil yang mengandungi makna dalam tuturan sesuatu bahasa.

2. Nik Safiah Karim (Tatabahasa Dewan)

- Morfologi ialah satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.

3. Kamus Dewan Edisi Ketiga.

- Morfologi ialah satu kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa termasuk infleksi, terbitan dan pemajmukan.

4. Kamarudin Hj. Husin (Pengajian Melayu 1,Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997)

Page 21: Bahan assg bm sept 2012

- Morfologi ialah satu disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.

5. Abdullah Hassan (Linguistik Am,2007)

- Morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan ialah morfem dan kata.

6. Siti Hajar Hj. Husin Abdul Aziz (Tatabahasa Bahasa Melayu(Perkataan),1996)

Morfologi ialah satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal-soal yang berkaitan rapat dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata.

Morfologi mengkaji selok-belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata.

Morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem-morfem itu bergabung membentuk ayat.

7. Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan, 1985)

- Morfologi ialah bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara pembentukannya.

8. O¶Grady dan Guzman (2000) dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yussof (2004).

- Morfologi merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.

9. Leonard Blomfield (Language) terjemahan Alias Mahpul, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd Noor.

Morfologi ialah konstruksi yang mengandungi bentuk-bentuk terikat antara konsituen-konsituennya.

Morfologi meliputi konstruksi kata-kata dan bahagian kata.

10. Marzhuki Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob (1993)

Morfologi ialah kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk katakata. Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang membicarakan atau mempelajari selok-

belok struktur kata serta pengaruh perubahan-perubahan struktur kata terhadap golongan dan erti kata.

Page 22: Bahan assg bm sept 2012

KATA TUGAS

Kata tugas mempunyai tugas yang mustahak di dalam ayat. Kata tugas tidak

mempunyai makna tetapi ia digunakan dalam ayat dan frasa untuk menjalankan

sesuatu tugas tatabahasa. Fungsi kata tugas ialah menjadi penghubung, penentu,

penguat, pedepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, penanya dan

penyeru.

Ada 16 jenis kata tugas yang boleh dikelompokkan berdasarkan kriteria kedudukan

dan fungsinya dalam binaan ayat, iaitu :

- kata hubung

- kata penegas

- kata tanya

- kata nafi

- kata seru

- kata pemeri

- kata perintah

- kata sendi nama

- kata pembenar

- kata arah

- kata pangkal ayat

- kata bilangan

- kata bantu

- kata penekan

- kata penguat

Page 23: Bahan assg bm sept 2012

- kata pembenda

Untuk memudahkan penghuraian, jenis kata ini boleh dibahagikan kepada empat

kelompok :

A) Kata Penyambung Ayat

terdiri daripada satu jenis kata tugas sahaja, iaitu kata hubung.

Ia adalah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau

lebih menjadi satu ayat yang berlapis yang dikenali sebagai ayat majmuk.

Contoh : dan, atau, tetapi, serta, sebaliknya, serana, supaya, walaupun.

b) Kata Praklausa

sejumlah perkataan yang terletak perkataan yang terletak dihadapan klausa iaitu

yang terdiri daripada :

kata seru : berfungsi melahirkan pelbagai bentuk ayat yang menunjukkan

perasaan. Contoh : aduh, cis, aduhai, amboi.

kata tanya : untuk menanyakan sesuatu atau menyoal sesuatu. Contoh :

mengapa , berapa, bila, bagaimana.

Kata Perintah : perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak

balas. Ia diucapkan dengan nada perintah, arahan, larangan, silaan atau

permintaan. Contoh : jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong.

Kata Pembenar : perkataan yang mengesahkan sesuatu pertanyaan.

Contoh : ya, benar, betul,

Kata Pangkal ayat : perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang

menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh : hatta, maka,

syahdan, adapun, alkisah.

B) Kata Praklausa

sejumlah perkataan yang terletak perkataan yang terletak dihadapan klausa iaitu

yang terdiri daripada :

kata seru : berfungsi melahirkan pelbagai bentuk ayat yang menunjukkan

perasaan. Contoh : aduh, cis, aduhai, amboi.

Page 24: Bahan assg bm sept 2012

kata tanya : untuk menanyakan sesuatu atau menyoal sesuatu. Contoh : mengapa , berapa,

bila, bagaimana

Kata Perintah : perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas. Ia diucapkan dengan nada perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan. Contoh : jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong.

Kata Pembenar : perkataan yang mengesahkan sesuatu pertanyaan. Contoh : ya, benar, betul,

Kata Pangkal ayat : perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh : hatta, maka, syahdan, adapun, alkisah.

c) Kata Prafrasa

sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja atau frasa adjektif.

Ia mendukung tugas-tugas maksud yang terkandung dalam ayat seperti membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, menyendikan, menunjukkanarah dan membilang.

terdapat 8 jenis kata prafrasa :

Kata Bantu : jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dengan menimbulkanmakna-makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Kata bantu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan

Kata Bantu aspek yang bertugas menerangkan sama ada perubatan itu sudah dilakukan, sedang dilakukan atau akan dilakukan. Contoh : telah, sudah, pernah, sedang, masih, akan, belum.

Kata Bantu ragam bertugas menerangkan kemahuan atau perasaan yang dirasai oleh orang yang melakukan perbuatan tersebut. Contoh : hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat.

Kata Penguat : berfungsi menguat maksud kata adjektif. Contoh : terlalu, paling, sekali, benar, sungguh, amat.

kata penegas : juga dikenali sebagai kata partikel. Ia adalah sejumlah perkataan yang memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Ada dua jenis kata penegas

menegaskan hanya frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contoh : -kah, -tah, -lah.

Page 25: Bahan assg bm sept 2012

menegaskan kedua-dua bahagian ayat iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contoh : juga, jua, sahaja, pun, lagi, memang.

Kata Nafi : perkataan yang menjadi unsur nafi frasa frasa predikat iaitu frasa nama, frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ada dua bentuk kata nafi : bukan dan tidak.

Kata Pemeri : ia adalah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Contoh : adalah, merupakan, ialah.

Kata Sendi Nama : kata yang terletak di hadapan frasa sendi nama. Kata sendi nama sentiasa hadir di hadapan perkataan yang diterangkan olehnya. Contoh : di, ke, dari, demi, tentang, seperti, terhadap.

Kata Arah : sejumlah perkataaan yang hadir sebelum frasa nama, lazimnya hadir sesudah perkataan sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contoh : atas, bawah, tepi, antara.

Kata Bilangan : sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama. Contoh : dua puluh, segala, semua, para,banyak, masing-masing.

Kata Pasca

ia adalah satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah ‘-nya’ , yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda.

Kata penekan ialah satu bentuk yang memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh :

Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.

Kata pembenda pula ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan dari kata nama sebagai kata nama. Contoh :

Lajunya 100 km sejam.

JENIS-JENIS KATA TUGAS

1. Kata Penyambung Ayat

a. Kata Hubung Gabungan b. Kata Hubung Pancangan Relatif

Page 26: Bahan assg bm sept 2012

b. Kata Hubung Pancangan Komplemen c. Kata Hubung Pancangan Keterangan

2. Kata Praklausa a. Kata seru b. Kata tanya c. Kata perintah d. Kata pembenar e. Kata pangkal ayat

3. Kata Prafrasa a. Kata bantu b. Kata penegas c. Kata penguat d. Kata nafi e. Kata pemberi f. Kata arah g. Kata bilangan h. Kata sendi nama

4. Kata Pascakata a. Kata penekan b. Kata pembenda

Kata Tugas

Kata Penguat dan Kata Penegas

Kata Penguat

Page 27: Bahan assg bm sept 2012

1. Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.

2. Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.

Contoh

Paling Agak Sungguh Amat Terlalu Nian Benar

3. Kata penguat seperti agak, paling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif (kata Penguat hadapan).

4. Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif (Kata penguat belakang).

5. Kata penguat seperti sangat, amat,

dan sungguh boleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif ( kata penguat hadapan dan belakang) .

Contoh

1. Murid yang paling pintar di sekolah rendah itu ialah Latipah.

2. Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.

3. Suhu di kawasan kutub amat sejuk.

4. Kereta api itu sangat laju.

5. Rumah itu besar sangat untuk saya dan ibu.

 

Kata Penegas

Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.

Contoh

-kah -lah -tah jua Juga Sahaja hanya memang Lagi Pun

Page 28: Bahan assg bm sept 2012

Contoh

1. Itulah rumah kakak saya.

2. Apatah dayaku untuk menolongnya.

3. Barang-barang itu dibawa juga ke rumah neneknya.

4. Hanya dia yang belum membayar yuran.

5. Ayah seorang sahaja yang berbaju Melayu.

Kata Sendi Nama

1. MAKSUD

Perkataan yang digunakan untuk menyambungkan sesuatu perkataan dengan kata nama.

 

2. CONTOH SENDI NAMA

Kata sendi Fungsi atau kegunaan

Di [tempat / arah]Ke [tempat / arah / masa] Dari [tempat / arah / masa] Daripada [manusia / asal kejadian / sumber / ahli]Pada [tempat / masa / benda / perkara] Kepada [manusia / binatang / naik atau turun / pembahagian] Demi [tujuan]Untuk [tujuan / kepada / bahagian] Bagi [tujuan]

3. KESALAHAN PENGGUNAAN

KATA SENDI NAMA

1. ‘di’ mesti dijarakkan jika diikuti dengan ‘tempat, benda atau arah’.(‘di’ yang dirapatkan bermaksud imbuhan ‘di….’ dan bukan kata sendi)

Page 29: Bahan assg bm sept 2012

Salah: -Dia tinggal dibelakang rumah saya. (arah)-Pos itu terletak diantara tol dengan pejabat. (tempat)-Anda sentiasa dihati saya. (benda)

Betul:-Dia tinggal di belakang rumah saya.-Pos itu terletak di antara tol dengan pejabat.

-Anda sentiasa di hati saya.

2. ‘ke’ mesti dijarakkan jika diikuti dengan ‘tempat, benda, arah atau masa’.(‘ke’ yang dirapatkan bermaksud ‘imbuhan ‘ke….’ dan bukan kata sendi)

Salah: -Dia pergi kebandar itu semalam. (tempat)-Kami berlari kepokok itu. (benda)-Dia merantau ketimur Semenanjung. (arah)-Ahmad belajar dari pagi kemalam hari. (masa)

Betul:-Dia pergi ke bandar itu semalam.-Kami berlari ke pokok itu.-Dia merantau ke timur Semenanjung.-Ahmad belajar dari pagi ke malam hari.

3. ‘di’ tidak boleh diikuti dengan ‘masa/ waktu/ zaman/ tahun’. (gunakan ‘pada’)

Salah:-Dia sampai ke Melaka di waktu malam.-Di zaman dahulu ada raja yang zalim.

Betul:-Dia sampai ke Melaka pada waktu malam.-Pada zaman dahulu ada raja yang zalim.

4. ‘ke’ untuk perkara belum berlaku. ‘di’ untuk perkara sudah berlaku.

Salah:-Saya akan sampai di sana sebentar lagi. (belum berlaku)-Dia telah sampai ke sana pada petang tadi. (sudah berlaku)

Page 30: Bahan assg bm sept 2012

Betul:-Saya akan sampai ke sana sebentar lagi.-Dia telah sampai di sana pada petang tadi.

5. . ‘dari’ hanya untuk ‘masa, arah dan tempat’. (selain itu gunakan ‘daripada’)

Salah:-Saya sampai di sini sejak daripada petang tadi lagi. (masa)-Pemandu itu datang daripada selatan tanah air. (arah)-Pemuda bermisai tebal itu berasal daripada Melaka . (tempat)-Kucing itu berlari daripada pokok kelapa itu. (benda)

Betul:-Saya sampai di sini sejak dari petang tadi lagi. (masa)-Pemandu itu datang dari selatan tanah air. (arah)-Pemuda bermisai tebal itu berasal dari Melaka . (tempat)-Kucing itu berlari dari pokok kelapa itu. (benda)

6. ‘daripada’ hanya untuk ‘manusia, asal kejadian, sumber dan ahli’.

Salah:-Hadiah itu dari ibu saya di Johor Baharu. (manusia)-Tayar kereta itu diperbuat dari getah asli. (asal kejadian)-Syair ini saya ambil dari buku Sejarah Melayu Lama. (sumber)-Peserta itu adalah dari Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya. (ahli)

Betul:-Hadiah itu daripada ibu saya di Johor Baharu. (manusia)-Tayar kereta itu diperbuat daripada getah asli. (asal kejadian)-Syair ini saya ambil daripada buku Sejarah Melayu Lama. (sumber)-Peserta itu adalah daripada Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya. (ahli)

7 . ‘pada’ untuk ‘masa, benda, tampat, dan perkara.

Salah:-Saya berlatih badminton di pukul lima petang. (masa)-Dia mengikat kambingnya di pokok besar itu. (benda)-Di mesyuarat itu, mereka membantah cadangan saya. (perkara)

Betul:-Saya berlatih badminton pada pukul lima petang. (masa)-Dia mengikat kambingnya pada pokok besar itu. (benda)-Pada/ Dalam mesyuarat itu, mereka membantah cadangan saya. (perkara)

Page 31: Bahan assg bm sept 2012

8. Jika ayat mempunyai perkataan ‘ada’ hanya ‘pada’ boleh digunakan walaupun untuk manusia.

Salah:-Buku itu ada kepada Cikgu Saleha.

Betul:-Buku itu ada pada Cikgu Saleha.

9. ‘kepada’ digunakan untuk ‘manusia, binatang, naik/ turun dan pembahagian’.

Salah:-Beri surat ini pada bapa awak dengan secepat mungkin. (manusia)-Chong Seng memberikan susu pada anak kucingnya . (binatang)-Harga minyak telah meningkat pada USD50 setong. (naik/ turun)-Cikgu Samad membahagikan pelajar itu pada tiga kumpulan . (pembahagian)

Betul:-Beri surat ini kepada bapa awak dengan secepat mungkin. (manusia)-Chong Seng memberikan susu kepada anak kucingnya . (binatang)-Harga minyak telah meningkat kepada USD50 setong. (naik/ turun)-Cikgu Samad membahagikan pelajar itu kepada tiga kumpulan . (pembahagian)

10. ‘demi’ dan ‘untuk’ tidak boleh digabungkan. (gunakan salah satu sahaja)

Salah:

-Saya pergi ke sekolah demi untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Betul:-Saya pergi ke sekolah demi menuntut ilmu pengetahuan.-Saya pergi ke sekolah untuk menuntut ilmu pengetahuan.

11. Pengulangan ‘dari’ untuk masa perlu sama pada bahagian awal dan akhir.

Salah:- Dari masa ke semasa dia sedar juga.- Dari sehari ke hari dia membesar.- daripada masa ke semasa dia terus tekun berusaha.

Betul: - Dari semasa ke semasa dia sedar juga.- Dari sehari ke sehari dia membesar.- dari semasa ke semasa dia terus tekun berusaha.

Page 32: Bahan assg bm sept 2012

- dari masa ke masa dia terus tekun berusaha.- dari hari ke hari dia membesar.

12 . ‘di antara' mesti diikuti perkataan ‘dengan’.

Salah:-Sungai itu terletak di antara Melaka dan Johor .-Bandingkanlah di antara anda dan saya .-Di antara makan dan minum , dia lebih suka minum.

Betul:-Sungai itu terletak di antara Melaka dengan Johor .-Bandingkanlah di antara anda dengan saya .-Di antara makan dengan minum , dia lebih suka minum

KATA HUBUNG

1. MAKSUD:Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menyambung atau menghubungkan sesuatu kata atau frasa dalam sesuatu ayat.

2. JENIS KATA HUBUNG:a. Kata hubung gabungan: Contoh : dan, serta, atau, sambil, lalu, maka

b. Kata hubung pancangan: Contoh : sejak, semenjak, tetapi, kerana, hingga, sehingga, antara, apabila

c. Kata hubungan berpasangan : Contoh : oleh sebab – maka, walaupun – namun, biarpun – tetapi, meskipun – namun, baik – mahupun, sama ada – mahupun, bukan sahaja - malah

3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG

a. Jangan gunakan dua kali perkataan ‘dan’ untuk tujuan sama dalam satu ayat. (gunakan berselang dengan ‘serta’)

Salah:-Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang dan berehat pada waktu malam.

Page 33: Bahan assg bm sept 2012

Betul: -Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang serta berehat pada waktu malam.

b. Gunakan ‘atau’ jika bermaksud membuat pilihan

Salah: -Anda boleh makan dan minum di kantin ini pada waktu rehat nanti.-Kamu boleh berehat di hotel dan di rumah tumpangan.

Betul:-Anda boleh makan atau minum di kantin ini pada waktu rehat nanti.-Kamu boleh berehat di hotel atau di rumah tumpangan.

c. Jika ‘atau’ digunakan, perkataan sebelumnya mesti diulang tulis.

Salah: -Awak datang dari Melaka atau Johor.-Kamu boleh membawa buku sejarah atau matematik.-Pelajar itu menghisap rokok atau dadah.

Betul:-Awak datang dari Melaka atau dari Johor.-Kamu boleh membawa buku sejarah atau buku matematik.-Pelajar itu menghisap rokok atau menghisap dadah.

d. ‘hingga/ sehingga’ tidak boleh digunakan bersama-sama dengan ‘ke’.(pilih salah satu sahaja)

Salah: -Dia belajar dari pagi hingga ke petang hari.-Ibu menghantar saya dari rumah sehingga ke tepi jalan.

Betul:-Dia belajar dari pagi hingga petang hari.-Dia belajar dari pagi ke petang hari.-Ibu menghantar saya dari rumah sehingga tepi jalan.-Ibu menghantar saya dari rumah ke tepi jalan.

e. ‘antara’ perlu diletak imbuhan 'di' jika menunjukkan ‘pilihan’ atau menunjukkan ‘had’ serta bergabung perkataan 'dengan'. (Jika umum, gunakan ‘antara’ : Antara faktor tersebut ialah …….)

Salah: -Antara membaca dan menulis, saya lebih suka menulis.-Rumahnya terletak antara kedai dengan pejabat pos.

Page 34: Bahan assg bm sept 2012

Betul:-Di antara membaca dengan menulis, saya lebih suka menulis.-Rumahnya terletak di antara kedai dengan pejabat pos.

f. Jika ‘di antara’ digunakan untuk ‘pilihan’ atau ‘had’, gunakan ‘dengan’ sahaja. (Jangan gunakan ‘dan’ )

Salah: -Di antara makan dan minum, adik saya lebih suka makan.-Kedudukan rumahnya terletak di antara pejabat pos dan kedai.

Betul:-Di antara makan dengan minum, adik saya lebih suka makan.-Kedudukan rumahnya terletak di antara pejabat pos dengan kedai.

g. Tidak ada kata hubung ‘oleh kerana’ dalam bahasa Malaysia.

Salah: -Oleh kerana sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu.

Betul: -Oleh sebab sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu.

h. Jika dua perkara bersifat bertentangan, gunakan ‘tetapi’.

Salah:-Dia kaya dan dia kedekut.-Dia malas membuat ulang kaji dan lulus dengan cemerlang.

Betul:-Dia kaya tetapi dia kedekut.-Dia malas membuat ulang kaji tetapi lulus dengan cemerlang.

i. Jika perkara pertama berlaku menyebabkan perkara kedua, gunakan ‘maka’.

Salah: -Dia malas membuat ulang kaji dan dia gagal dalam peperiksaan.-Dia terjatuh dari atas pokok dan kaki kanannya patah.

Betul:-Dia malas membuat ulang kaji maka dia gagal dalam peperiksaan.-Dia terjatuh dari atas pokok maka kaki kanannya patah.

j. ‘kerana’ tidak boleh diletak di depan ayat. ‘Sebab’ tidak boleh diletak di tengah ayat. ‘oleh sebab’ tidak boleh diletak di tengah ayat.

Page 35: Bahan assg bm sept 2012

Salah:-Kerana terlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga seliparnya putus.-Dia tidak hadir ke sekolah sebab terlibat dengan ujian memandu kenderaan.-Kami terpaksa membatalkan lawatan itu oleh sebab hari hujan.

Betul:-Oleh sebab terlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga seliparnya putus.-Dia tidak hadir ke sekolah kerana terlibat dengan ujian memandu kenderaan.-Kami terpaksa membatalkan lawatan itu kerana hari hujan

5.4 KATA TUGAS Kata tugas ialah satu kelompok perkataan yang kehadirannya dalam ayat penting kerana tugas-tugas sintaksis. Kata tugas hadir dalam ayat, sama ada di bahagian hadapan ayat, di bahagian hadapan frasa, atau di belakang perkataan-perkataan tertentu untuk memberikan makna khusus atau memainkan peranan sintaksis tertentu dalam ayat berkenaan. Jenis-Jenis Kata Tugas a) Kata Hubung Kata hubung ialah kata penyambung ayat, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis. Contoh: i) Ali, Ahmad dan Halim pergi ke sekolah. ii) Aslinda menari sambil bernyanyi. iii) Dia pandai tetapi adiknya bodoh. iv) Tidak boleh ada ahli yang memegang dua atau lebih. Morfologi: Penggolongan Kata| 17

Page 36: Bahan assg bm sept 2012

vi) Kalimat itu menunjukkan bahawa dia sememangnya mahu memberitahu.

b) Kata Seru Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut, dan sebagainya. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun. Contoh: i) Aduh, sakitnya tanganku!

ii) Aduhai, apalah malang nasibku ini!

iii) Ah, aku tidak bersetuju!

iv) Amboi, sombongnya dia!

v) Eh, bilakah kau pulang ke tanah air!

c) Kata Tanya Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana. Contoh: Berapa

Harga barang itu berapa? Berapa tahunkah dia belajar di luar negeri?

Bila Mereka sampai bila? Bilakah gerangan kekanda akan pulang?

Bagaimana Kesihatannya sekarang bagaimana? Bagaimanakah keputusan peperiksaannya?

d) Kata Perintah Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.

Page 37: Bahan assg bm sept 2012

Contoh: i) Jangan buang sampah di sini. ii) Usah biarkan dia berseorangan. iii) Silalah datang ke rumah saya jika ada kelapangan. iv) Jemput masuk! v) Minta tuan-tuan bersabar sebentar.

e) Kata Pangkal Ayat Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Namun, kata pangkal ayat ini tidak begitu banyak diamalkan sekarang. Perkataan ini umumnya digunakan dalam bahasa Melayu klasik, misalnya hatta, maka, arakian, syahadan, dan sebagainya. Contoh: i) Hatta istana itu pun siaplah. ii) Maka panglima itu pun diberi persalinan. iii) Syahadan baginda pun berangkat meninggalkan Melaka. iv) Adapun kuda itu dipunyai oleh Tun Umar. v) Alkisah tidak beberapa lama kemudian hamillah permaisuri.

f) Kata Bantu Kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas mambantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama iaitu dengan menimbulkan makna-makna tambahan dari aspek waktu atau ragam. Contoh: i) Pekerja itu telah pulang. ii) Kami pernah ke utara Malaysia. iii) Kanak-kanak itu sudah makan. iv) Kanak-kanak itu hendak masuk ke bilik. v) Ramai pemuda kini mahu bekerja sendiri.

g) KataPenguat Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif. Contoh: i) Pokok itu terlalu tinggi.

ii) Masakan itu paling sedap.

iii) Kelakuan anak itu baik sekali.

iv) Bas itu tiba lambat benar.

v) Pakaian seragam pasukan itu amat kemas.

h) Kata Penegas Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Contoh: i) Di manakah ibu kamu itu? ii) Bilakah kamu datang? iii) Apatah daya kita?

Page 38: Bahan assg bm sept 2012

iv) Dialah orangnya. v) Inilah isteri kesayanganku.

i) KataNafi Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama. Contoh: i) Dia bukan murid di sekolah ini. ii) Idah tidak pandai memasak kari ayam iii) Jangan membuang sampah-sarap di merata-rata tempat. iv) Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya. v) Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar. j) Kata Pemeri Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa untama dalam predikat. Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu ialah dan adalahContoh: i) Dia ialah seorang guru. SEMAK KENDIRI 1.5 ii) Berita itu adalah palsu.

iii) Mereka ialah pelari pecut.

iv) Pendapat itu adalah karut.

v) Nama saya ialah Ali.

k) Kata Sendi Nama Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi memerlukan frasa nama yang membentuk predikat ayat. Contoh: i) Dia berasal dari pedalaman.

ii) Ibu pergi ke pasar.

iii) Saya menetap di Ipoh.

iv) Kertas ini diperbuat daripada kayu.

v) Dia balik pada pukul 5.00 petang.

l) Kata Pembenar Kata pembenar ialah kata yang mengesahkan sesuatu pertanyaan. Contoh kata pembenar ialah ya, benar dan betul. Contoh: i) Ya, esok awak boleh bercuti.

ii) Ya, kamilah yang membuka pintu rahsia itu.

iii) Benar, tekaan kamu itu memang tepat.

iv) Benar, dia sudah berhenti kerja.

v) Betul, kalau kamu tidak percaya, tanyalah Dani.

m) Kata Arah Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau arah sesuatu.

Page 39: Bahan assg bm sept 2012

Contoh: i) Bunga hiasan itu sesuai ditempatkan di penjuru rumah

ii) Pertunjukkan tarian itu jelas dari sudut kiri stadium

iii) Kanak-kanak itu ditinggalkan di tepi jalan.

iv) Pelumba basikal itu bertolak dari utara ke selatan.

v) Semua hidangan itu diletakkan di atas meja. . n) Kata Bilangan Kata bilangan ialah perkataan yang menerangkan bilangan atau jumlah orang, benda atau perkara. Contoh: i) Saya menanam dua batang pokok kelapa di kebun.

ii) Para penulis dikehendaki beratur di dewan.

iii) Di pasar malam terdapat berbagai-bagai jenis sayuran dijual.

iv) Dia menunggu bas selama lima jam suku.

v) Harga ikan sardin ialah tujuh ringgit sekilo.

o) Kata Adverba Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat. Contoh: i) Bas itu bergerak laju. ii) Saya hampir terjatuh ketika melompat. iii) Datang ke sini cepoat. iv) Ibu betul-betul gembira dengan kepulangan kakak. v) Mereka sesat berhari-hari di tengah lautan. p) Kata Penekan Kata penekan merupakan salah satu daripada kata pascakata iaitu kata yang hadir dan melekat selepas perkataan. Bentuk kata tersebut ialah –nya, yang dapat berfungsi sebagai penekan atau pembenda. Contoh: i) Sesungguhnya, pengorbanan perlu jika ingin berjaya. ii) Bahawasanya setiap rakyat perlu mempertahankan negaranya. iii) Cuaca nampaknya semakin gelap. q) Kata Pembenda Kata pembenda ialah bentuk kata yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama. Misalnya perlahannya, sedapnya, sejuknya. Contoh: i) Lajunya ialah 350 km sejam. ii) Bukan kepalang sakitnya. iii) Datangnya secara mendadak. iv) Tingginya ialah 6 kaki. v) Air sungai mengalir dengan derasnya.

RUMUSAN

RUJUKAN Asmah Haji Omar. (1988). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 40: Bahan assg bm sept 2012

Asmah Haji Omar. (2008). Nahu kemas kini. Kuala Lumpur: PTS Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu mutakhir Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan edisi ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Haji Karim et al. (2009). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sulaiman Masri, Abdullah Yusof dan Mohd Ra’in Shaari (2007). Bahasa Melayu dimensi pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Konsep dalam Morfologi

1.0 PENGENALAN

Menurut Frank Parker dalam bukunya, Linguistics For Non-Linguists, First Edition yang diterjemah oleh Raja Rahawani Raja Mamat, morfologi merupakan suatu bidang pengkajian yang mengkaji pembentukan kata. Beliau menyatakan “morphology” itu berasal daripada bahasa Latin “morphe” yang membawa maksud bentuk. Abdullah Hassan dalam buku Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu pula mentakrifkan morfologi sebagai bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina, iaitu kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan (Abdullah Hassan, 2005: 117). Dapatlah disimpulkan di sini bahawa ilmu morfologi ini merupakan bidang linguistik yang mengkaji struktur binaan kata, bentuk kata dan golongan kata. Dalam bidang ini, morfem dan kata ialah unsur utama yang dikaji dalam proses pembentukan kata.

Pengkajian dalam ilmu morfologi ini dapat dilihat sekurang-kurangnya dalam tradisi barat yang disusuli kembali sejak zaman Franz Bopp, seorang tokoh berbangsa Jerman. Beliau telah menghasilkan penulisan berkenaan dengan jenis akhiran pertuturan beberapa bahasa serumpun, termasuklah bahasa Jermanik yang diterbitkan pada tahun 1816. Kajian dalam bidang ini telah dibayangi oleh pengkajian dalam bidang fonologi dan sintaksis pada abad ke-20. Untuk memudahkan kita menguasai bidang morfologi ini, beberapa konsep penting dalam bidang ini haruslah difahami terlebih dahulu.

2.0 KONSEP-KONSEP DALAM MORFOLOGI

2.1 Morf

2.1.1 Abdullah Hassan (2005: 120) dalam bukunya yang bertajuk Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu menyatakan setiap bentuk fonologi yang berlainan sebagai morf. Beliau

Page 41: Bahan assg bm sept 2012

memberikan contoh morfem {meN-} yang mempunyai enam morf. Setiap morf itu diwakili dengan satu lambang, iaitu meN-.2.1.2 Jwuan Verhaan (2005) dalam bukunya, Pengantar Linguistik menyatakan morf sebagai salah satu bentuk alomorfemis dari suatu morfem, tetapi bentuk yang hendak dipilih dianggap mewakili secara konkrit morfem yang bersangkutan.2.1.3 G. David Morley (2000) dalam Syntax In Functional Grammar pula menjelaskan morf sebagai “the unit of grammatical form which realizes a morpheme”.

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa morf itu ialah unsur yang mewakili morfem yang bersangkutan dan mempunyai bentuk fonologi yang berlainan. Morf ini diberi satu lambang bagi mewakili morfem yang bersangkutan itu. Misalnya meN- yang melambangkan me-, men-, mem-, meng-, menge- dan menye-.

2.2 Alomorf

2.2.1 Dalam buku Tatabahasa Dewan Jilid 2: Perkataan, Nik Safiah Karim ada menyenaraikan enam alomorf bagi awalan peN-, iaitu pe-, pem-, pen-, peng-, penge- dan pel-. Menurut beliau, penyebaran alomorf-alomorf tersebut ditentukan oleh faktor fonologi, iaitu jenis huruf pertama yang bercantum dengan awalan tersebut serta faktor perkembangan dan perancangan bahasa.2.2.2 Jos Daniel Parera (1994) dalam buku Morfologi Bahasa Edisi Kedua pula menyatakan bahawa setiap perwakilan daripada sebuah morfem tertentu disebut alomorf. Beliau juga berpendapat bahawa alomorf ialah nama untuk bentuk-bentuk perwakilan daripada sebuah morfem berdasarkan linkungannya. Beliau ada memberikan contoh me-…-kan, mem-…-kan dan men-…-kan sebagai alomorf daripada morfem yang sama.2.2.3 G. David Morley (2000) dalam Syntax In Functional Grammar turut menjelaskan alomorf itu sebagai “the variant possible morph of the one morpheme”.

Berdasarkan ketiga-tiga hujah tersebut, alomorf ialah bentuk yang berlainan daripada satu morfem yang sama akibat daripada pengaruh bunyi awal kata dasar yang menerima imbuhan awalan. Misalnya alomorf penye- digunakan sebelum huruf s pada awalan kata dasar seperti semak menjadi menyemak dan alomorf pem- pula hadir pada kata dasar yang bermula dengan huruf p, b, f dan v.

2.3 Arkifonem

2.3.1 Dalam buku Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Abdullah Hassan (2005) menyatakan arkifonem itu sebagai fonem yang melambangkan beberapa fonem seperti N dalam morfem {meN-}. N ini berubah menjadi m, n, ny, ng dan nge apabila morfem tersebut bercantum dengan kata dasar berdasarkan huruf pangkal pada kata dasar tersebut dan N mewakili fonem-fonem tersebut.2.3.2 Menurut Anton M. Moeliano (1996) dalam bukunya Bahasawan Cendekia: Seuntai Kata Untuk Anton M. Moeliana, arkifonem ialah unsur segmental dalam posisi lemah yang berbeza dan ciri pembedanya bersesuaian dengan pertalian daripada dua unsur.2.3.3 P.H Matthew (1997) dalam Oxford Concise Dictionary Of Linguistics menjelaskan arkifonem sebagai

Page 42: Bahan assg bm sept 2012

“phonological unit characterized by the distinctive features which are common two or more”.

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa arkifonem ialah fonem yang ditandakan dengan huruf besar bagi mewakili unsur yang berubah-ubah dalam morfem yang sama akibat daripada pengaruh huruf pangkal pada kata dasar berdasarkan lingkungannya. Huruf besar digunakan bagi mewakili arkifonem. Misalnya kata jual dan baca yang menerima morfem {meN-} menjadi menjual dan membaca. N ini ialah arkifonem yang mewakili fonem-fonem tersebut.

2.4 Morfofonem

2.4.1 Pitsamai Intrachat (1987: 29) menjelaskan fonem-fonem yang berlainan yang diubah daripada arkifonem disebut morfofonem kerana fonem-fonem itu adalah fonem-fonem ubahan daripada arkifonem dalam satu morfem. Beliau memberikan contoh arkifonem N dalam morfem {meN-} boleh diubah menjadi /φ/, /n/, /m/, /ɲ/ dan /ŋ/ bergantung pada lingkungannya.2.4.2 Jos Daniel Parera (1994) dalam Morfologi Bahasa Edisi Kedua pula berpendapat morfofonem ialah fonem-fonem yang berlainan yang diubah daripada arkifonem.2.4.3 Pendapat ketiga pula diutarakan oleh P.H Matthew (1997) dalam Oxford Concise Dictionary Of Linguistics. Beliau menyatakan yang morfofonem ialah “…the basic unit recognized in a morphophonemic level of analysis. It is usually symbolized by the use of a capital letter within brace brackets”. Perkara utama yang dinyatakan oleh beliau ialah morfofonem itu sebagai unit asas dalam peringkat analisis morfofonemik.

Berdasarkan ketiga-tiga pendapat tersebut, morfofonem ini terjadi apabila morfem mengalami perubahan morfofonemik akibat daripada pengaruh huruf awal pada kata dasar yang menerima morfem terikat berbentuk imbuhan berdasarkan lingkungannya. Perubahan morfofonemik ini berlaku dengan mengubah arkifonem dalam morfem dan arkifonem ini adalah ciri morfofonem.

2.5 Morfem Bebas

2.5.1 Abdullah Hassan (2005: 120) dalam bukunya, Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu menjelaskan morfem bebas secara ringkas sebagai morfem yang boleh wujud bersendirian. Beliau ada memberikan contoh perkataan peluh yang boleh hadir secara bersendirian sebagai sebuah kata.2.5.2 Jwuan Verhaan (2005) dalam buku Pengantar Linguistik pula menegaskan morfem bebas dapat berdiri sendiri, iaitu boleh terdapat sebagai satu kata. Misalnya dalam bahasa Indonesia, kata cinta, makan dan satu adalah morfem bebas.2.5.3 Mark S. Letourneau (2001) dalam buku English Grammar mentakrifkan morfem bebas yang disebut “free morphemes” dalam bahasa Inggeris sebagai “…morphemes that can occur by themselves in a phrase or sentence”. Beliau memberi contoh perkataan “write” yang boleh berdiri sendiri dalam rangkai kata atau ayat.

Secara ringkasnya, tidak terdapat perbezaan yang ketara tentang morfem bebas berdasarkan pendapat

Page 43: Bahan assg bm sept 2012

yang diutarakan oleh mereka yang berlainan negara ini. Dapat dirumuskan di sini bahawa morfem bebas ialah morfem yang boleh berdiri sendiri dan difahami maksudnya tanpa kehadiran morfem lain. Misalnya perkataan murid, jual dan baik yang dapat berdiri sendiri dan difahami maknanya tanpa perlu menerima morfem lain untuk membolehkannya berfungsi sebagai kata.

2.6 Morfem Terikat

2.6.1 Abdullah Hassan (2005: 120) menegaskan morfem terikat mesti digunakan bersama sekurang-kurangnya satu morfem lain. Beliau memberikan contoh kata berpeluh daripada cantuman ber- dan peluh. Imbuhan awalan ber- ialah morfem terikat kerana ber- tidak boleh berdiri sendiri dan memerlukan suatu bentuk lain dalam penggunannya. Menurut Abdullah Hassan (2005) lagi, kata akar seperti kata anai juga merupakan morfem terikat. Kata anai ini tidak boleh wujud bersendirian jika tidak digandakan menjadi anai-anai.2.6.2 Jwuan Verhaan (1995) turut menghuraikan morfem terikat sebagai morfem yang tidak terdapat sebagai kata tetapi selalu dirangkaikan dengan satu atau lebih morfem yang lain menjadi satu kata. Misalnya dalam bahasa Indonesia, ber- dalam bersatu dan memper- dalam mempersatu hanya merupakan bahagian kata dan morfem-morfem itu ialah morfem terikat.2.6.3 Dalam bahasa Inggeris pula, morfem terikat yang dikenali sebagai “bound morphemes” dijelaskan oleh Mark S. Letourneau (2001) sebagai “…morphemes that cannot occur by themselves”. Beliau ada memberi contoh morfem terikat -s, -er dan -ing yang perlu hadir bersama dengan morfem lain bagi membolehkan morfem jenis ini membentuk kata seperti dalam kata “writes”, “writer” dan “writing”.

Secara ringkasnya, morfem terikat ialah morfem yang tidak boleh wujud bersendirian tanpa kehadiran morfem lain. Morfem terikat ini terdiri daripada imbuhan dan kata akar. Kata akar seperti tapa, tari dan rama memerlukan unsur dan morfem lain bagi melengkapkan maknanya, contohnya kata akar tapa perlu menerima imbuhan seperti ber- menjadi bertapa bagi menunjukkan perbuatan.

2.7 Kata Akar

2.7.1 Berdasarkan pendapat Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya (1997) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata akar ialah bentuk morfem terikat yang bukan imbuhan. Mereka turut menggolongkan kata akar ini sebagai segelintir daripada kata dasar seperti kata akar tapa yang menjadi dasar bagi perkataan pertapaan dan nyala dalam perkataan nyalaan.2.7.2 Pendapat kedua pula dikemukakan oleh Pitsamai Intrachat (1987) dalam bukunya, Sintaksis Predikat Dalam Bahasa Malaysia. Beliau menyatakan kata akar ialah morfem terikat yang tidak boleh berdiri sendiri, misalnya tari yang perlu digabungkan dengan morfem lain seperti pe- menjadi penari.2.7.3 Menurut teori Ferdinand De Saussure (1991: 24) dalam buku Linguistic Theory The Discourse Of Fundamental Works, kata akar disebut sebagai “the root (racine) is the irreducible element common to all words of same family – the element in which the meaning common to all related words reaches the highest degree of abstraction and generality”. Perkara utama yang disentuh di sini ialah kata akar tidak boleh dikurangkan atau dipisahkan lagi kepada bentuk yang lebih kecil.

Page 44: Bahan assg bm sept 2012

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa kata akar ialah morfem terikat yang bukan daripada bentuk imbuhan. Kata akar tidak boleh berdiri sendiri kerana memerlukan morfem lain bagi melengkapkan maknanya, contohnya kata akar rama dan juang. Kata akar rama perlu digandakan menjadi rama-rama dan juang ditambah dengan perkataan semangat juang bagi melengkapkan maknanya.

2.8 Kata Dasar

2.8.1 Menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya (1997: 69) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Mereka menyatakan kata dasar ini turut terdiri daripada morfem terikat yang bukan imbuhan, iaitu kata akar. Contohnya perkataan bernyala dan pekebun. Kata dasar bagi bernyala ialah nyala yang merupakan kata akar, manakala kata dasar bagi pekebun ialah kebun yang merupakan morfem bebas.2.8.3 Ch. A. Van Ophuijsen (1983) dala m buku Tatabahasa Melayu yang diterjemah oleh T.W Kamil daripada buku yang berjudul Maleiche Spraakkunst juga mentakrifkan kata dasar sebagai kata yang menurut peraturan bahasa yang berlaku sekarang, tidak dapat dipulangkan kepada bentuk yang lebih sederhana. Beliau menambah lagi kata dasar Melayu yang bersuku kata tunggal terdapat sedikit sahaja seperti kata mas, wang, moe dan koe.2.8.4 Konsep kata dasar ini turut dijelaskan oleh Ferdinand De Saussure (1991: 24) dalam Linguistic Theory The Discourse Of Fundamental Works. Beliau menyatakan “The radical is generally the common element in a series of related words and conveys the idea common to every word”. Daripada pendapat beliau ini, dapat dibuat kesimpulan bahawa kata dasar merupakan bentuk atau unsur utama yang menjadi dasar dalam kata dan membawa idea untuk setiap kata.

Secara ringkasnya, kata dasar ialah kata yang terdiri daripada morfem bebas dan morfem terikat yang bukan imbuhan, iaitu kata akar. Kata dasar ini merupakan kata yang menjadi idea utama dalam setiap kata dan tidak boleh dipulangkan dalam bentuk yang lebih kecil lagi. Misalnya kata jalan ialah kata dasar bagi berjalan yang merupakan idea utama dalam kata tersebut dan tidak boleh dipisahkan menjadi ja dan lan kerana tidak lagi berfungsi sebagai kata.

2.9 Kata Tunggal

2.9.1 Konsep kata tunggal ada dijelaskan oleh Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya (1997) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Mereka mentakrifkan kata tunggal sebagai bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal ini terbahagi kepada dua jenis. Pertama, kata tunggal yang merupakan unit bebas dan boleh berdiri sendiri sebagai satu ayat seperti kata itu, pergi dan saya. Kedua, kata tunggal yang merupakan jenis kata tugas seperti di, untuk dan yang.2.9.2 Menurut Drs. Zainuddin (1992) dalam buku Materi Pokok Bahasa dan Sastra Indonesia pula, kata tunggal ialah bentuk kata yang belum mendapatkan tambahan, belum diberi imbuhan atau belum mengalami perubahan bentuk. Beliau memberi contoh perkataan mandi, pergi, tulis dan baca yang tidak menerima sebarang perubahan atau tambahan unsur-unsur lain.2.9.3 R.L Trask menyebut kata tunggal sebagai “singular word”, iaitu “In a language with the

Page 45: Bahan assg bm sept 2012

grammatical category of number, that form of a word (most often a noun) which is tipically used to talk about a single object such as dog, tree and idea”.

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa kata tunggal ialah kata yang tidak menerima sebarang bentuk imbuhan dan perubahan bentuk. Kata tunggal ini berpotensi mengalami perubahan bentuk melalui proses pengimbuhan (pelajar dan makanan), penggandaan (baik-baik dan gunung-ganang) dan pemajmukan (warganegara dan atur cara). Kata tunggal boleh dibahagikan kepada empat golongan kata, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata seperti tin, sen serta lap dan dua suku kata atau lebih seperti doa, suara serta masyarakat.

3.0 PENUTUP

Tuntasnya, setiap konsep dalam ilmu morfologi haruslah difahami agar kita dapat menguasai bidang ini dengan sepenuhnya. Kefahaman terhadap konsep-konsep yang telah diketengahkan ini, iaitu morf, alomorf, arkifonem, morfofonem, morfem bebas, morfem terikat, kata akar, kata dasar dan kata tunggal amat penting untuk kita dalam mengkaji pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Walaupun terdapat sedikit perbezaan pandangan dan hujah daripada pihak yang berlainan, tetapi sebenarnya perbezaan pendapat ini amat membantu kita untuk lebih memahami dan menguasai bidang morfologi ini. Perbezaan pandangan yang diutarakan ini akan membantu kita supaya berfikiran lebih kritis dalam memahami setiap konsep tersebut dan bukannya hanya bergantung pada satu-satu hujah sahaja.

Secara keseluruhannya, aspek penting dalam pengkajian tentang struktur pembinaan kata ini ialah morfem dan kata. Bidang morfologi ini amat penting kerana menjadi asas pada bidang sintaksis dalam ilmu linguistik. Setiap konsep yang terdapat dalam bidang ini seharusnya diteliti dan difahami oleh setiap orang, bukan hanya perlu dikuasai oleh ahli linguistik atau ahli bahasa sahaja. Setiap daripada kita mempunyai bahasa, justeru amatlah perlu bagi kita memahami setiap perkara yang melambangkan bahasa kita. Salah satunya ialah ilmu morfologi.

Dicatat oleh shinahariah di 4:56 PG