assg edu3093 peta ithink

30
PROSES TINDAKAN UNTUK MENANGANI MASALAH GANGGUAN EMOSI ANAK MURID Khidmat sokongan daripada pakar psikologi atau Diberi bimbingan kerjaya Kerjasama daripada ibu bapa Didedahkan dengan pengurusan emosi Peraturan bilik darjah yang Guru mengelolakan banyak aktiviti kumpulan Guru mengamalkan sikap kepimpinan demokratik Murid diberi peneguhan positif Guru membantu murid yang bermasalah Murid diberi peluang mengenal pasti masalah dan Modifikasi tingkah laku yang bersesuaian

Upload: ieta-yahya

Post on 02-Oct-2015

92 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

PROSES TINDAKAN UNTUK MENANGANI MASALAH GANGGUAN EMOSI ANAK MURID

Khidmat sokongan daripada pakar psikologi atau kaunselor/motivasi

Modifikasi tingkah laku yang bersesuaian

Kerjasama daripada ibu bapa

Diberi bimbingan kerjaya

Guru mengamalkan sikap kepimpinan demokratik

Guru mengelolakan banyak aktiviti kumpulan

Peraturan bilik darjah yang bersesuaian

Didedahkan dengan pengurusan emosi

Murid diberi peluang mengenal pasti masalah dan tingkah laku sendiri

Guru membantu murid yang bermasalah

Murid diberi peneguhan positif

PETA ALIR

PengenalanSesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum.Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim, muaddib, alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan Allah.Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama.Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif.Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para pendidik telah memperkatakan mengenai profesion perguruan dari masa ke semasa. Sebelum merdeka lagi sudah ada perbincangan mengenai perkara ini iaitu sebelum Universiti Malaya hendak ditubuhkan di Singapura (1949) terdapat satu symposium mengenai Pendidikan Universiti dan Laporan Carr-Saunders. Di dalam symposium tersebut perbincangan mengenai peranan universiti dan kedudukan profesion perguruan turut diadakan ( Lim Tay Boh 1948). Di antara perkara pokok yang dibangkitkan ialah keperluan guru-guru sekolah menengah untuk mendapat pendidikan tinggi supaya murid-murid yang bakal dididik nanti akan mempunyai mutu pendidikan yang baik. Pendidikan guru yang tinggi dan usaha melahirkan generasi muda yang baik merupakan cabaran yang kuat di dalam profesion perguruan bukan pada zaman dahulu sahaja tetapi juga masa kini.

1.0 Peringkat perkembangan guru dan profesion guruRajah 1 : Teori Keprihatinan Fuller, 1969

Prihatin diriRajah 2 : Peringkat Keprihatinan Diri

Teori 5 Peringkat Perkembangan GuruRajah 3 : Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter,1986)

Cabaran Guru PermulaanRajah 4 : Cabaran guru permulaan

Ciri-ciri guruRajah 6: Guru pakarRajah 5 : Ciri-ciri guru

Rajah 8: Guru permulaanRajah 7: Guru cekap

2.0 Cara cara mencapai peringkat perkembangan guru dan profesionalisme guruLima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter,1986). 2.1 Peringkat Novis (sekitar 1 tahun berkhidmat)Pada peringkat ini guru mula mempelajari cara mengajar. Selain itu juga guru mempelajari fakta, konsep dan peraturan asas pengajaran. Guru telah dapat menangani tugas - tugas harian seorang guru contohnya mengambil kehadiran kelas dan menjadi guru kelas. Guru juga telah dapat membuat satu peta kognitif tentang tugas - tugas am seorang guru profesional melalui kursus yang ditawarkan dalam program Ijazah Perguruan.2.2 Peringkat Novis Lanjutan (sekitar 3 tahun berkhidmat)Guru telah menambah dan memantapkan kefahaman fakta, konsep, prinsip berkaitan P&P. Hasil daripada pengalaman awal kepada amalan bilik darjah membantu membina keyakinan diri. Walaubagaimanapun bimbingan guru mentor amat penting dalam mengekalkan momentum mengajar di sekolah dan motivasi guru novis lanjutan. Contohnya memberi teguran dan penambahbaikan berterusan untuk memperbaiki pengajaran guru oleh mentornya.2.3 Peringkat Cekap (sekitar 5 tahun berkhidmat)Guru telah memiliki kelayakan ikhtisas. Guru akan lebih memberikan fokus kepada pembelajaran murid. Guru juga memahami prinsip dan konsep pembelajaran dalam pelbagai situasi dan juga situasi yang khusus. Guru telah berjaya memiliki pelbagai strategi pengajaran dan mampu menyesuaikannya mengikut keperluan pelajar yang berbeza. Contohnya berjaya membuat satu teknik pengajaran yang boleh difahami bagi murid kelas pertama dengan murid kelas terakhir.2.4 Peringkat Mahir (Sekitar 10 Tahun)Guru mahir dalam bidangnya. Merupakan golongan yang diingati dan disanjungi oleh bekas pelajar. Memiliki gaya pengajaran lancar dan spontan yang membolehkannya membuat keputusan berdasarkan intuisi. Guru telah kaya dengan pengalaman dan dapat menganalisis serta menyusun maklumat yang kompleks berkaitan sesuatu situasi pembelajaran secara kreatif dan unik. Contohnya mempunyai teknik dan cara tersendiri dalam mengajar sesuatu topik tanpa menggunakan buku teks.

2.5 Peringkat Pakar (Sekitar 15 tahun)Merupakan guru yang gemilang dan terbilang. Guru telah dapat memahami dan menangani maklumat yang banyak dan pelbagai dan masih mempunyai gaya pengajaran yang lancar. Merupakan orang yang berautoriti dalam profesionnya. idea dan kemahiran boleh mempengaruhi polisi - polisi berkaitan pengendalian di bilik darjah. Contohnya menguasai setiap topik dan boleh membantu setiap peringkat murid yang berbeza-beza tahap pengatahuannya serta serba boleh untuk menjawab setiap persoalan murid yang pintar.Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingankemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan(Lieberman 1956).Menurut Kamus Dewan profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.( contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.)Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai : Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. Di negara kita perguruan ini lebih mirip kepada pekerjaan (vocation) daripada profesion (Awang Had Salleh 1980 ). Nilai tara sesuatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli profesional akan mematuhinya, demi mengawal kualiti dan nilaitara perkhidmatan tersebut. Nilaitara ini menjadi garis panduan dalam usaha memastikan tingkahlaku dipatuhi oleh setiap ahlinya.Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psiklogi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran. Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik. Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998)Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan.Perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pendekatan ini bukan sahaja perlu digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,tetapi jika perlu keadah berfikir secara kritis dan kreatif boleh diaplikasikan dalam pentadbiran,mengurus ataupun dalam perancangan sesuatu program.Guru harus dapat mambawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama pelajar di dalam kelas. Contohnya, di Malaysia kadar kemalangan jalan raya adalah tinggi, pendidikan memandu kereta adalah satu perkara yang dipandang serius oleh kerajaan pada masa ini. Keselamatn di jalan raya dan cara-cara memandu yang selamat dan bertimbang rasa boleh dibincangkan di dalam kelas untuk menyedarkan pelajar tentang keperluan memperbaiki situasi yang terdapat sekarang, dengan harapan mereka tidak akan berkelakuan sedemikian apabila mereka menjadi pemandu kelak. Dalam perubahan-perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji.Carta organisasi Sekolah Kebangsaan Parit No 5

Jadual 1: Carta Organisasi Sekolah

3.0 Peranan dan tugas guru dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolahSemasa saya menjalani Pratikum 3 di Sekolah Kebangsaan Parit No 5, Semerah Johor Darul Takzim, saya telah mengenalpasti tugas setiap guru dalam carta organisasi yang ada di sekolah tersebut. Peranan dan tugas pertama ialah Guru Besar. Guru Besar merupakan tonggak utama di sekolah kerana beliaulah yang menguruskan dan menggerakkan semua hal yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah. Guru Besar merupakan ketua dan pemimpin yang perlu mempunyai matlamat, strategi, gaya dan pemantauan kepimpinan terhadap guru-guru ke arah pencapaian objektif sekolah. Jika Guru Besar tersebut seorang yang tidak berdisiplin, maka pincanglah segala perancangan dan pengurusan sekolah tersebut. Jadi, kecemerlangan sesebuah sekolah wajar dirintis oleh kepimpinan sekolah yang diterajui oleh Guru Besar untuk melahirkan insan yang seimbang dari semua aspek JERIS selaras dengan hasrat FPK.Guru Besar juga bertanggungjawab dalam semua hal yang berkaitan dengan kewangan sekolah. Segala duit debit dan kredit yang digunakan oleh sekolah perlu mendapat pengesahan dari Guru Besar terlebih dahulu. Siapa kata tugas seorang Guru Besar itu merupakan tugas yang senang? Guru Besar juga berperanan penting dalam merangka matlamat sekolah, menerangkan matlamat sekolah, memantau dan menilai pengajaran guru, menyelaras kurikulum, memantau kemajuan murid, mengawal masa pengajaran, sentiasa kelihatan, memberi ganjaran untuk guru, menggalakkan perkembangan profesionalisme guru dan menyediakan insentif untuk murid. Edmond (1977), Sweeney (1982), Hussein Mahmood (1993) dan Leithwood dan Jantzi (1997) menekankan bahawa Guru Besar perlu mempunyai sesitiviti terhadap bakat dan kemahiran guru-guru, berkongsi matlamat dan membuat keputusan, memberi latihan pembangunan profesionalisme kepada guru-guru dan interaksi yang tinggi terhadap guru-guru. Maksudnya di sini, Guru Besar berperanan penting dalam meningkatkan tahap profesionalisme seseorang guru untuk mencapai objektif sekolah yang dengan lebih efektif dan sistematik.Guru Besar bukan sahaja merancang segala aktiviti dan program di sekolah, namun perlu turut sama terlibat dengan perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang dirancang di sekolah. Guru Besar yang cemerlang akan sentiasa memberikan sokongan dan galakan kepada guru-guru untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih baik dan menarik minat murid-murid untuk belajar. Beliau bukan sahaja pandai memberi arahan, namun perlu turut serta terlibat dengan program-program serta perlaksanaan yang dijalankan di sekolah. Penglibatan secara langsung Guru Besar dengan organisasi sekolah amat penting dalam mewujudkan suasana dan iklim sekolah yang harmonis dan damai selaras dengan kehendak FPK.Selain itu, Guru Besar juga dijadikan tempat rujukan organisasi sekolah. Jika terdapat kakitangan sekolah yang menghadapi masalah, guru besar perlu peka dan prihatin terhadap mereka. Seorang pemimpin yang baik akan dapat memahami kesulitan yang dialami oleh kakitangannya.Beliau perlu meringankan tangan dan bersedia untuk menolong kakitangannya yang mempunyai masalah tersebut. Sifat empati yang tinggi perlu ada di dalam diri seorang pemimpin agar sentiasa dihormati dan disenangi oleh semua pihak sekolah. Jika kita berbuat baik kepadaorang lain,orang lain akan senang memberikan pertolongan kepada kita kelak dan begitulah sebaliknya. Pemimpin yang tidak mengendahkan keadaan staf-stafnya akan menyebabkan banyak berlaku implikasi negetif. Contohnya, guru tidak akan memberikan kerjasama yang baik kepada Guru Besar jika Guru Besar meminta pertolongan dari guru tersebut.Oleh itu, Guru Besar yang baik dan dihormati oleh semua warga sekolah termasuk murid-murid perlulah mempunyai keterampilan yang baik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dalam menguruskan pentadbiran sekolah.Guru PenolongKanan (GPK)juga memainkan peranan yang penting di sesebuah sekolah. Terdapat 3 jenis guruPenolongKanan di setiap sekolah iaitu GPK 1, GPK Kokurikulum dan GPK HEM.Tugas-tugas GPK ini adalah untuk melicinkan segala pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Mereka bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal pentadbiran, kurikulum, pengurusan guru dan kakitangan bukan guru.Guru Penolong Kanan 1 (GPK 1) merupakan orang yang paling hampir dengan guru besar. Beliau akan menggantikan guru besar ketika ketiadaannya. Segala urusan berkaitan dengan jadual waktu dan guru terletak di bawah tugas GPK 1. Apabila terdapat guru yang tidak hadir maklumat perlu disampaikan kepada GPK 1 dan beliau akan mencari guru ganti mengisi kekosongan kelas. GPK 1 merupakan orang kedua selepas guru besar dan perlu sama-sama memastikan kelancaran pentadbiran sekolah. Segala masalah berkaitan dengan guru, GPK 1 akan menyelesaikannya. Ini kerana semua masalah guru terletak di bawah tanggungjawab GPK 1. jadual waktu yang disediakan hendaklah selaras dan tiada berlaku pertindihan waktu antara guru. Struktur organisasi sekolah juga berada di bawah kawalan GPK 1 ini. Kesimpulannya, GPK 1 ini memainkan peranan penting dalam membantu guru besar untuk melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebanfsaan dengan jayanya.Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPK Ko) merupakan orang yang bertanggungjawab dalam bidang kokurikulum di sesebuah sekolah. Kurikulum merupakan satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahlinya. GPK Ko mempunyai dua bidang iaitu kurikulum dan kokurikulum. Dari segi kurikulum beliau bertanggungjawab dalam pembelajaran yang berlaku di sekolah. Beliau menyelaraskan sistem pembelajaran supaya menepati kehendak dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dari segi kokurikulum pula beliau melaksanakan sukan dan persatuan di dalam sekolah. Ini bertepatan dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pelajar di sekolah bukan sahaja pandai dari segi pelajaran tetapi pandai dari segi sukan dan persatuan. Guru Penolong Kanan Ko yang bertanggungjawab untuk melaksanakan hasrat Falsafah ini.Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) merupakan guru yang bertanggungjawab dalam hal kebajikan dan masalah palajar di sekolah. Jika terdapat pelajar yang sakit, PK HEM yang bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada ibu bapa pelajar tersebut. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) juga berada di bawah kawalan guru ini. Pelajar yang kurang bernasib baik akan diberikan bantuan RMT dan guru inilah yang bertanggungjawab mengenalpasti pelajar yang kurang bernasib baik itu. Selain itu, PK HEM juga bertanggungjawab mengenalpasti murid-murid yang cemerlang namun dalam golongan miskin untuk diberi biasiswa. Pemberian biasiswa kecil kerajaan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan beban keluarga murid tersebut. Murid-murid yang mempunyai masalah Masalah disiplin juga terletak di bawah kawalan guru ini. Jika berlaku pergaduhan pelajar tersebut akan dipanggil oleh guru ini untuk diberikan sedikit teguran dan ibu bapa akan dipanggil bagi sama-sama menyelesaikan masalah. Guru ini bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin di sekolah dan mengambil berat kebajikan pelajar supaya pelajar yang keluar dari sekolah nanti akan seimbang dirinya.Kesimpulannya, guru Penolong Kanan ini adalah pendokong kepada kelancaran perlaksanaan pengurusan dan pentadbiran sekolah. GPK bukan sahaja untuk melicinkan pentadbiran sekolah tetapi turut merupakan penasihat kepada Guru Besar. Guru Besar dapat meminta pertolongan dan pandangan dari GPK agar segala pengurusan yang dijalankan itu selaras dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan warganegara yang menyeluruh dan seimbang dari pelbagai aspek.Guru yang dilantik menjadi ketua panitia kebiasaannya dipilih berdasarkan kecemerlangannya dalam mata pelajaran tertentu. Setiap mata pelajaran mempunyai seorang ketua panitia masing-masing. Sebagai contoh panitia Bahasa Melayu akan diketuai oleh seorang ketua iaitu ketua panitia bahasa Melayu. Namun terdapat mata pelajaran yang tidak mempunyai ketua panitia iaitu mata pelajaran prasekolah, J-Qaf dan pendidikan khas. Ketua panitia bertanggungjawab untuk memastikan kecemerlangan panitia yang diketuainya. Menyediakan rancangan mengajar bagi panitia dan setiap guru akan merujuk kepada rancangan mengajar tersebut. Rancangan mengajar yang disediakan hendaklah selaras di semua sekolah demi untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ketua panitia merancang untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang yang diuruskannya. Maksudnya jika panitia matematik maka ketua panitia matematik merancang satu kem untuk meningkatkan kecemerlangan dalam matematik. Ketua panitia ini memainkan peranan yang besar untuk memajukan subjek-subjek di sekolah bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Jika seseorang guru mempunyai masalah berhubung dengan kurikulum dan pengajaran, mereka perlu berjumpa dengan ketua panitia masing -masing sebelum dirujuk kepada Guru Besar atau Guru-guru Penolong Kanan sekolah. Jadi ketua panitia hendaklah sentiasa peka terhadap keperluan guru-guru di bawah naungannya. Jadi, peranan ketua panitia ini amat penting dalam memperbaiki kelemahan pengajaran selain dapat meningkatkan prestasi dan mutu semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan hasrat FPK yang ingin melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan serta berkeupayaan memberi sumbangan kepada kemajuan negara.Guru bilik darjah memainkan peranan yang amat penting dalam keseimbangan murid-murid di sekolah. Tugas guru bukan sahaja untuk mengajar semata-mata namun mereka telah diberikan tugas untuk menjaga dan memegang kelas yang terdapat di sekolah. Guru kelas bertindak menggantikan bapa atau ibu ketika murid-murid di sekolah. Setiap masalah pelajar guru harus mengetahui supaya tidak mengganggu sesi pembelajaran. Kehadiran pelajar guru harus mengambil berat dan menanyakan sebab jika tidak hadir ke sekolah. Setiap masalah yang berlaku guru kelas harus menyelesaikannya supaya pelajar minat untuk hadir di sekolah. Guru bilik darjah juga bertanggungjawab untuk menghias kelas masing-masing kerana terdapat program keceriaan yang dijalankan di sekolah. Penyusunan organisasi di dalam kelas dan jadual bertugas juga dilakukan oleh guru bilik darjah. Bilik darjah yang ceria dan menarik dapat menarik minat murid-murid untuk datang ke sekolah.Guru bilik darjah juga perlu membimbing murid-murid mereka cara belajar yang baik. Sebagai contoh, guru perlu memberi sokongan dan dorongan yang tinggi kepada murid kelas mereka supaya rajin belajar agar mendapat keputusan yang cemerlang. Guru bilik darjah yang baik bertanggungjawab dalam mendisiplinkan murid-murid di dalam kelasnya. Nasihat yang diberikan haruslah dapat membina keyakinan mereka untuk belajar dan mengamalkan nilai-nilai murni. Kata-kata nasihat yang baik dapat membentuk peribadi dan sahsiah murid-murid agar sejajar dengan nilai dan norma dalam masyarakat pada hari ini.Tuntasnya, guru bilik darjah atau guru Kemahiran Hidup merupakan tempat bergantung murid-murid ketika di sekolah. Hal ini kerana, guru bilik darjahlah merupakan orang yang paling rapat dengan murid-murid .Oleh itu, peranan guru bilk darjah amat penting dalam melahirkan murid-murid yang seimbang dan berpekerti mulia.4.0 Refleksi Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan kerja kursus EDU 3108 Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru saya. Saya Mohd Aidil Bin Othman sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak menyangka bahawa saya telah melakukannya dengan baik. Saya dan beberapa rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan tajuk mengenai peringkat perkembangan guru di sekolah rendah. Selepas itu, saya terpaksa pula mencari maklumat mengenai tugas-tugas guru dalam bidang pentadbiran dan pengurusan untuk kerja kursus saya. Saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana tidak begitu paham untuk membuat penulisan tugasan kerja kursus pendek ini tetapi setelah di terangkan oleh pensyarah saya akhirnya dapat mengetahui bagaimana cara-cara untuk membuat tugasan kerja kursus pendek ini.Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam kerja kursus saya. Tambahan pula kerja kursus ini dilakukan secara individu. Segala maklumat perlu dikumpulkan dahulu sebelum dimasukkan kedalam kerja kursus saya. Nota-nota yang telah diberikan oleh pensyarah telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursus saya saya. Ini merupakan antara kekuatan yang saya perolehi semasa melaksanakan kerja kursus ini. Perkara ini tidak mudah kerana fakta-fakta yang dimasukkan haruslah tepat dan penerangan yang diberikan oleh guru tersebut pula haruslah sesuai dengan murid sekolah rendah.Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalam perubahan kurikulum itu dapat ditangani.Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan perguruan sebagai satu profesion adalah bergantung kepada anggapan masyarakat, ini kerana masih ada lagi yang menganggap profesion perguruan sebagai kelas kedua.Adakah peranan guru semakin hilang taringnya kerana masyarakat telah mengalih pandangan kepada kerjaya yang diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan arkitek.Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa dan pertolongan pensyarah saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah diberikan telah berjaya saya siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan kerja kursus Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU 3108 yang diberikan telah berjaya saya siapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah saya.

Rujukan bukuAmir Hasan Dawi, 2002. Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tanjung Malim : Quantum Books.Awang Had Salleh, 1980. Keguruan dan perguruan di Malaysia: keperihalan kini dan arah yang dituju. KONPEN V, Johor Bharu 6-8 Disember.Ee Ah Meng, 1994. Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia.Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010. Asas Kepimpinan dan Profesionalisme Guru. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar.Sufean Hussin, 1993. Pendidikan di Malaysia : sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Rujukan InternetPeranan sekolah dalam merialisasikan pentadbiran. (n.d.). Diperoleh Ogos 19, 2013 dari http://pelangipetang89.blogspot.com/2010/03/peranan-sekolah-dalam-merealisasikan.htmlBidang tugas unit peperiksaan. (n.d.). Diperoleh Ogos 19, 2013 dari http://www.smktj.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=37:bidang-tugas-unit-peperiksaan&catid=8:kurikulum&Itemid=16Tanggungjawab guru penasihat sukan dan permainan. Diperoleh Ogos 20, 2013 dari http://skhijrah.wordpress.com/kokurikulum/tanggungjawab-guru-penasihat-sukan-permainan-dan-rumah-sukan/Bidang tugas guru perpustakaan. Diperoleh Ogos 21, 2013 dari http://pssmkcas.wordpress.com/2013/01/10/bidang-tugas-guru-perpustakaan-media/Peringkat perkembangan guru. (n.d.). Diperoleh Ogos 21, 2013 dari http://educatestory.blogspot.com/2012/10/peringkat-peringkat-perkembangan-guru.htmlPenghargaanAssalamualaikum saya ucapkan sebagai pembuka kata dalam kerja kursus Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU 3108 saya. Saya bersyukur kerana mendapat tugasan ini kerana banyak perkara yang boleh saya pelajari seperti peringkat perkembangan bagi seorang guru, cara pengurusan dalam organisasi sekolah dan peranan yang perlu dimainkan semasa bergelar seorang guru. Saya juga tahu bagaimana pihak pentadbiran menguruskan sesuatu tugasan untuk melicinkan pentadbiran sekolah tersebut.Saya ingin mengucapkan pengahargaan terima kasih saya kepada pensyarah yang bnyak membantu saya iaitu En Arman Bin Hj Md Jaferi. Beliau bnyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibubapa saya yang bnyak memberikan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Mereka juga memberi beberapa maklumat tentang organisasi sekolah dan peranan persatuan ibubapa dan guru (PIBG). Sekain itu, saya juga ingin mngucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak menolong saya untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya Mohamad Nur B Mohamad yang merupakan ketua opsyen yang memberitahu langkah untuk membuat kerja kursus ini dan juga Noranis Lyana Bte Zambery yang sentiasa memberikan maklumat semasa jika ada perubahan dalam soalan tugasan kerja kursus ini. Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya saya berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan ini.Wassalam.

Mohd Aidil Bin Othman( GURU PELATIH IPGM KTHO )PISMP SEMESTER 8RBT/ PJ / BMAMBILAN JANUARI 2010

Abstrak

Kerja kursus ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman guru pelatih terhadap peranan guru semasa di sekolah, peringkat dalam perkembangan guru dan cara untuk menjadi guru yang pakar dalam pengajaran.Pemilihan carta organisasi sekolah semasa berpratikum untuk kerja kursus saya ini dilakukan bertujuan untuk memberi kefahaman yang lebih terhadap peranan pihak pentadbiran sekolah dalam menguruskan sesuatu kerja. Pelaksanaan kerja kursus ini khusus untuk melihat penguasaan guru pelatih yang bakal bergelar guru untuk mengenalpasti setiap perkembangan dalam profesionalisme guru.Melalui kerja kursus ini saya telah mencari sumber maklumat yang berkaitan asas kepimpinan dan profesionalisme guru untuk penulisan kerja kursus. Setiap penulisan akan disertakan dengan sumber rujukan yang boleh dipercayai. Adalah diharapkan agar kerja kursus yang telah dibuat ini akan dapat membantu saya atau sesiapa saja yang berminat mahu meningkatkan tahap kepimpinan dan profesionalisme mereka dalam bidang perguruan. Saya juga amat berharap agar dapat menguasai asas kepimpinan yang mantap dan menjalani setiap peringkat perkembangan guru dengan baik sehingga menjagi guru pakar .

Isi KandunganBil PerkaraMuka Surat

1Biodata guru pelatihi

2Borang kolaborasiii

3Surat akuan kerja kursusiii

4Abstrak iv

5Penghargaan v

6Pengenalan vi

71.0 Carta alir peringkat perkembangan guru dan profesion guru1 - 5

82.0 Cara cara mencapai peringkat perkembangan guru dan profesionalisme guru 2.1 Peringkat novis 2.2 Peringkat novis lanjutan 2.3 Peringkat cekap 2.4 Peringkat mahir 2.5 Peringkat pakar6 - 9

93.0 Peranan dan tugas guru dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah10 - 14

104.0 Refleksi kursus EDU 310814-15

11Refleksi16

12Bibiliografi/ Rujukan17

13Lampiran 18