bahan ass linguistik

9
perbezaan zaman yunani, rom, iskandariah 1) Zaman Yunani a) Sejarah perkembangan •Bermula sejak 500 SM •Bahasa melambangkan ketinggian tamadun dan dikaji bagi menerangkan segala kejadian alam •Unsur bahasa seperti kata dan makna dikaji pembentukannya samada terbentuk secara semulajadi atau kebiasaan •“ Jika bahasa itu terbentuk secara semulajadi maka kita haruslah menerimanya sebagaimana ia terbentuk, tetapi jika ia terbentuk menurut kebiasaan, maka kita boleh memperbaikinya jika ada kekurangan ” – (O.Jespersen, 1959) b) Tokoh - Plato (427-437 SM) •Karya : Crystalus •Mengkaji hubungan benda dengan nama benda samada bersifat tabii atau sepakat •Ayat ialah ‘logos’ yang merupakan rentetan kata yang mempunyai idea yang sempurna •‘Logos’ terbahagi kepada dua iaitu onoma (benda) dan rhema (cerita) •Membezakan kata nama dan kata kerja •Mengenali bunyi konsonan geseran, letupan dan sebagainya (fonetik) -Aristotle (384 – 322 SM) •memperkenalkan kata hubung dan sistem kala ‘tense’ (past tense, present tense) -Kaum Stoik •membezakan antara bentuk dan makna •pembahagian kata : kata nama, kata kerja, kata hubung dan artikel (kata nama khas, kata ganti nama) •memperkenal klasifikasi unsur-unsur fleksi seperti dalam Bahasa Ingeris (go:went:gone) •memperkenal perbezaan bentuk aktif dan pasif, dan di antara kata kerja transitif dengan tak transitif c)Kelebihan •pelopor sejarah perkembangan kajian ilmu linguistik

Upload: norriza-mohd-yasin

Post on 22-Jun-2015

176 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahan ass linguistik

perbezaan zaman yunani, rom, iskandariah

1) Zaman Yunani

a) Sejarah perkembangan•Bermula sejak 500 SM•Bahasa melambangkan ketinggian tamadun dan dikaji bagi menerangkan segala kejadian alam•Unsur bahasa seperti kata dan makna dikaji pembentukannya samada terbentuk secara semulajadi atau kebiasaan•“ Jika bahasa itu terbentuk secara semulajadi maka kita haruslah menerimanya sebagaimana ia terbentuk, tetapi jika ia terbentuk menurut kebiasaan, maka kita boleh memperbaikinya jika ada kekurangan ” – (O.Jespersen, 1959)

b) Tokoh- Plato (427-437 SM)•Karya : Crystalus•Mengkaji hubungan benda dengan nama benda samada bersifat tabii atau sepakat•Ayat ialah ‘logos’ yang merupakan rentetan kata yang mempunyai idea yang sempurna•‘Logos’ terbahagi kepada dua iaitu onoma (benda) dan rhema (cerita)•Membezakan kata nama dan kata kerja•Mengenali bunyi konsonan geseran, letupan dan sebagainya (fonetik)

-Aristotle (384 – 322 SM)•memperkenalkan kata hubung dan sistem kala ‘tense’ (past tense, present tense)

-Kaum Stoik•membezakan antara bentuk dan makna•pembahagian kata : kata nama, kata kerja, kata hubung dan artikel (kata nama khas, kata ganti nama)•memperkenal klasifikasi unsur-unsur fleksi seperti dalam Bahasa Ingeris (go:went:gone)•memperkenal perbezaan bentuk aktif dan pasif, dan di antara kata kerja transitif dengan tak transitif

c)Kelebihan•pelopor sejarah perkembangan kajian ilmu linguistik•menganggap bahasa ialah lambang ketinggian tamadun dan dikaji untuk menerangkan segala kejadian alam

d)Kekurangan•menganggap bahasa Yunani itu adalah termulia dan semulajadi, jadi harus dipatuhi oleh setiap penuturnya jika inginkan taraf dan kemuliaan dalam kehidupan mereka. Akibatnya bahasa itu dianggap tetap, tidak boleh berubah dan tidak perlu diperbaiki.

2) Zaman Iskandariah

Page 2: Bahan ass linguistik

a) Sejarah perkembanganMerupakan salah satu tanah jajahan YunaniSejak abad ke-3 telah berkembang menjadi pusat penyelidikan sastera dan linguistikMelanjutkan usaha sarjana YunaniPengaruh bahasa Yunani dibawa oleh Crates dari Malus pada 167 SMKemudian dikembangkan oleh Derrentusvaro dalam karyanya ‘De Lingua Latina’Percaya bahawa bahasa yang dicatatkan dalam teks mereka adalah paling tulen, betul dan murni berbanding dengan bahasa koloquil mereka sehari-hariMenumpukan kepada bahasa bertulis berbanding lisanMelanjutkan usaha ahli tatabahasa kaum Stoik

b) Tokoha) Dionysius Thrax

karya : Techne Grammatikemengkaji berdasarkan bahasa yang betul seperti yang digunakan oleh Homer dalam puisinyamengajar di Rhodes dan Romasas tatabahasa dalam Techne Grammatike menjadi asas penulisan buku tatabahasa Eropah kini menggolongkan kata kepada 8 : kata nama, ganti nama, kata kerja, kata adjektif, kata adverba, kata sendi, kata partikel dan kata serudalam bidang fonetik beliau membezakan maksud bunyi dengan maksud bentukbunyi digolongkan menurut prinsip-prinsip sebutanmembezakan bunyi ‘r’ dengan ‘l’dalam bidang sintaksis beliau mentafsirkan ayat sebagai unit deskriptif yang terdiri daripada urutan perkataan yang mempunyai maksud lengkap

c)Kelebihan•berkembang sebagai pusat penyelidikan kesusasteraan dan linguistik sejak abad ke-3

d)Kelemahan••kerja-kerja mencari asal teks daripada bukti-bukti yang ada menyebabkan timbulnya kepercayaan bahawa bahasa yang dicatitkan di dalam teks mereka adalah paling tulen, betul dan murni•menumpukan kajian terhadap bahasa bertulis sahaja. Tiada usaha untuk membezakan secara tetap antara bunyi dengan huruf yang melambangkan bunyi itu

3) Zaman Rom

a) Sejarah perkembangan

Tidak banyak menghasilkan karya asli, sebaliknya menyusun tatabahasa Latin berdasarkan tatabahasa Yunani dengan cekap dan baikMasyarakat Rom banyak terpengaruh dengan sifat pengkajian sarjana Yunani seperti AristotlePengaruh sarjana Iskandariah dan kaum Stoik misalnya boleh dilihat dengan jelas dalam karya M.T.Varro yang mengkaji bahasa LatinSarjana Rom meniru model Yunani dari segi pandangan dan andaian terhadap bahasa serta aspek

Page 3: Bahan ass linguistik

lain yang lebih halus dalam bahasaTerdapat persamaan antara bahasa Yunani dan Latin iaitu beberapa kategori seperti golongan perkataan, kasus, nombor dan sistem kala dikatakan sebagai ciri-ciri yang harus ada dalam semua bahasa di dunia

b)Tokoh

a) Appolonius Discollus

☺mengkaji bidang sintaksis berpandukan bahan dalam Techne Grammatike dan penulis terdahulu berkaitan sintaksis ☺menambahbaik huraian Thrax☺menghurai sintaksis berdasarkan kepada hubungan satu sama lain antara kata nama dengan kata kerja, disamping dengan perkataan-perkataan golongan lain dalam hubungannya dengan kata nama dan kata kerja tadi☺berusaha menggunakan hubungan unsur struktur untuk merujuk kepada binaan kata kerja dan partikel dalam suatu ayat atau kata nama dengan kata kerja☺juga merupakan ahli tatabahasa tradisional yang benar-benar menyedari hakikat penggolongan perkataan tertentu yang sama dengan menggunakan teknik penggantian

b) M.T.Varro (116-27 SM)☺hidup sezaman dengan Thrax☺cara penghuraiannya pernah dikritik sebagai tidak menarik, tetapi dalam bidang masalah linguistik beliau dianggap ahli tatabahasa palinh tulen dalam kalangan sarjana bahasa Latin☺pemikirannya banyak terpengaruh dengan pegangan kaum Stoik☺berpendapat bahawa bahasa hádala seragam☺mengkaji bentuk fleksi dan bentuk terbitan☺dalam bidang morfologi, beliau telah menghurai beberapa kategori tatabahasa tertentu iaitu dari segi cara penggunaannya yang tidak langsung didasarkan kepada acuan penghuraian yang telah dilakukan untuk tatabahasa Yunani terdahulu

c) Priscian (500 TM)☺karya : Instituciones Grammaticae☺lengkap membincangkan pembentukan kata dan ayat☺melanjutkan usaha Thrax dan Appolonius☺bidang fonetik : penjenisan bunyi bahasa dalam hubungan abjad dengan bunyi sebenar yang dihasilkan☺bidang morfologi : pembentukan perkataan sebagai gabungan yang mengandungi imbuhan (bagaimanapun kurang memuaskan berbanding kajian oleh Varro)

c)Kelebihan

•menggiatkan kajian tatabahasa dalam bahasa Latin•karya yang dihasilkan menjadi pegangan asas penulisan tatabahasa Latin hingga ke hari ini

Page 4: Bahan ass linguistik

d)Kelemahan

• hanya menyambung sahaja usaha Yunani sebelumnya seperti mengubahsuai dan membuat pengertian semula khususnya dalam konteks istilah falsafah • cara penghuraian tokohnya pernah dikritik sebagai tidak menarik (Varro)• penghuraian Priscian dikatakan tidak konsisten, kriterianya bercampur aduk di antara yang formal dengan yang bersifat semantik

Dalam pengertian linguistik, wacana adalah unit bahasa yang lebih besar daripada kalimat.

Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang

penting bagi wacana. Wacana adalah satuan bahasa terlengkap, tertinggi, dan terbesar atas

kalimat/ klausa dengan kohensi tinggi, dengan kesinambungan dan mempunyai awal dan

akhir yang nyata sama ada disampaikan secara lisan atau tulisan. Perkataan wacana itu

sama dengan perkataan ucapan yang utuh untuk wacana lisan, dan karangan yang utuh

untuk wacana tulisan dalam pengajaran bahasa Melayu sebelum ini. 

Selain itu, wacana merupakan satuan bahasa di atas sesuatu kalimat yang digunakan untuk

berkomunikasi dalam konteks sosial. Satuan bahasa itu dapat berupa rangkaian kalimat

atau ujaran. Wacana dapat berbentuk lisan atau tulisan dan dapat bersifat transaksional

atau interaksional. Dalam peristiwa komunikasi secara lisan, dapat dilihat bahawa wacana

sebagai proses komunikasi antara penutur dan pendengar, sedangkan dalam komunikasi

secara tulisan, wacana terlihat sebagai hasil dari pengungkapan idea penulis. Disiplin ilmu

yang mempelajari wacana disebut dengan analisis wacana. Analisis wacana merupakan

suatu kajian yang meneliti atau menganalisis bahasa yang digunakan secara ilmiah, baik

dalam bentuk tulisan ataupun lisan.

Wacana terdiri daripada lapan unsur penting iaitu wacana merupakan satuan bahasa. Selain

itu, wacana adalah terlengkap, terbesar dan tertinggi dalam sesuatu kalimat. Wacana ialah

unit bahasa yang melebihi ayat/ klausa. Wacana menunjukkan hubungan dan

perkembangan fikiran yang berurutan dan mempunyai pertautan atau perkaitan semantik

yang meliputi aspek kohesi dan koheren. Wacana juga memperlihatkan kesinambungan

fikiran iaitu disampaikan secara lisan atau tulisan dan mempunyai awal dan akhir yang

nyata. 

Stilistik ialah ilmu tentang stail atau gaya yang dihubungkan dengan penggunaan bahasa.

Stilistik ialah gabungan disiplin linguistik untuk mengkaji dan meneliti karya-karya sastera.

Ilmu tersebut diperluas dalam bidang kesusasteraan sebagai wahana pengucapan. Kesan

penerapan daripada disiplin linguistik tercetuslah ilmu gaya yang membezakan gaya sastera

dan gaya bukan sastera. 

Page 5: Bahan ass linguistik

Mengikut Kamus Linguistik Edisi ketiga, stilistik boleh didefinisikan sebagai ilmu yang

membuat penyelidikan tentang bahasa yang digunakan dalam karya sastera atau ilmu yang

bersifat interdisiplin antara lingustik dan kesusasteraan ataupun penerapan linguistik pada

penelitian gaya bahasa. 

Stilistik ialah satu kajian stail yang melibatkan bentuk atau bahasa dan isi kesusasteraan. Ia

meliputi kajian mengenai teknik pemakaian bahasa di dalam penulisan dan teknik yang

mengkaji segala kemungkinan yang berkaitan dengan gaya bahasa penulisan

kesusasteraan yang semata-mata untuk mendapatkan kefahaman sebenar tentang teks

kesusasteraan 

(Nik Hassan Basri: 378).

Stilistik merujuk kepada penggunaan prinsip-prinsip linguistik terhadap bahasa sastera.

Stilistik atau ilmu gaya dapat diangap sebagai kajian variasi linguistik. Variasi linguistik ini

mempunyai hubungan yang rapat dengan konteks teks dan konteks situasi. Stilistik

mempunyai hubungan yang rapat dengan disiplin sosiolinguistik dan dialektologi. Kedua-

duanya pula merupakan cabang linguistik.

Stilistik boleh dibahagi kepada dua perkara. Pertama, ialah kajian tentang kelainan bahasa

yang mengandungi bentuk gaya bahasa pengulangan, penyirnaan, perbandingan, pertautan

dan pertentangan. Peribahasa, sindiran dan gaya retorik juga termasuk dalam kelainan

bahasa. Ciri yang kedua ialah 

pemakaian bahasa yang termasuk segala yang tercakup dalam linguistik seperti fonologi,

morfologi, sintaksis dan semantik.

Pengkajian bahasa stilistik secara umumnya boleh dibahagi kepada lima bahagian. Pertama

ialah gaya bahasa perbandingan seperti mejan, metafora,personifikasi,pleonasme dan

simile. Kedua ialah gaya bahasa pertautan Contohnya ialah

sinekdok,eufemisme,epitet,antonomasia,eponim, metonimia dan alusi.Ketiga ialah gaya

bahasa penyirnaan. Contohnya ialah sinkof,afesis,akronim,apokop, elipsis dan aferisis.

Page 6: Bahan ass linguistik

Seterusnya ialah gaya bahasa pengulangan atau repetisi. Antaranya ialah

asonansi.aliterasi,anafora dan epifora. Kelima ialah gaya bahasa pertentangan iaitu

hiperbola inversi dan paradoks.

Posted by RYN at 3:07 AM 

Bahasa ilmu boleh ditakrifkan sebagai bahasa yang mempunyai ciri-ciri formal dan dapat

mengungkapkan sesuatu konsep dan pemprosesan ilmu. Jadi, adakah Bahasa Melayu

berkemampuan menjadi bahasa ilmu yang boleh digunakan di dalam pelbagai bidang ilmiah

atau ilmu pengetahuan? Melalui sejarah kita boleh menjejak laluan bahasa Melayu hingga ia

menjadi bahasa pengantar dan bahasa yang digunakan untuk mengajar pelbagai bidang

ilmu, termasuk sains dan teknologi.

 

Melihat dari segi sejarah, bahasa Melayu di rantau ini pernah digunakan di dalam

peradaban tinggi, di dalam istana dan di kota-kota di mana bahasa itu tersebar. Bahasa

Melayu juga telah lama digunakan untuk mengungkapkan konsep-konsep dan proses-

proses yang tinggi serta kompleks, terutama sekali di dalam bidang agama, falsafah, sastera

dan budaya. Setelah tiga puluh tahun dirancang dengan begitu rapi, perkembangan yang

positif di dalam penggunaan bahasa Melayu dapat dilihat di dalam bidang ilmiah.

Penggunaan bahasa Melayu di dalam bidang sains sosial telah lama wujud, malahan lebih

awal daripada zaman kegemilangan kerajaan Melayu Srivijaya, Acheh dan Melaka. Malahan

di dalam sejarah yang mutakhir, pusat kebudayaan seperti Pulau Pinang telah banyak

menghasilkan buku untuk institusi pengajian tinggi dan akhbar diterbitkan. Bahasa Melayu

telah digunakan dengan banyaknya di dalam konteks agama, sastera dan budaya.

 

Ukuran kejayaannya tidak mudah dapat difahami kerana penggunaannya terhad kepada

bidang-bidang itu sahaja dan tidak pernah dikembangkan ke bidang-bidang lain. Oleh itu,

usaha menggunakan bahasa Melayu di dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan ini juga

adalah jauh lebih mudah kerana bahasa tersebut telah lama digunakan untuk tujuan ini,

walaupun tidak abstrak dan sukar berbanding dengan sains dan teknologi. Bahasa Melayu

ilmiah ini dapat dilihat melalui beberapa ciri umum iaitu peristilahan, tatabahasa, laras

dan lain-lain.

Di dalam hal penciptaan istilah ternyata bahawa istilah, walaupun banyak iaitu berjumlah

487,249 dan meliputi 36 bidang, namun kerja-kerja menokok tambah jumlah istilah terus

berjalan. Usaha membina istilah baru telah bermula sejak 1957 lagi dan jumlah di bawah

merupakan senarai beberapa bidang yang dikumpulkan sejak tarikh tersebut.

Page 7: Bahan ass linguistik

i.    Jawatan dan jabatan 1964 (5,034 istilah)

ii.   Pentadbiran , 1962 (6,074 istilah )

iii.  Ekonomi , 1965/1979 (6,421 istilah)

iv.  Pendidikan, 1966/ 81 (15,308 istilah)

v.  Geografi , 1967/76/81 (18,148 istilah)

vi.  Linguistik, 1975 (3,500 istilah)

vii. Sejarah, 1973/83 (14,322 istilah)

viii. Muzik, 1974 (4,969 istilah )

ix.  Seni Lukis 1974 (6,348 istilah)

x.   Biologi, 1980/1981 (13,000 istilah )

xi.  Kejuteraan Pengajian Tinggi , 1986 (33,341 istilah)

xii. Kimia Pengajian Tinggi, 1986 (20,3000 istilah)

Daripada senarai yang diberi di atas bolehlah kita mengandaikan hingga kini, telah banyak

istilah baru masuk ke pangkuan bahasa Melayu dan atas dasar itu bahasa Melayu memang

layak menjadi bahasa ilmu.