variasi stilistik linguistik

23
Variasi Stilistik Linguistik Pengantar Linguistik Bahasa Melayu MOHD ASRI BIN ABDUL RAZAK JPM 2010

Upload: watak-bulat

Post on 08-Jul-2015

2.555 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Variasi stilistik linguistik

Variasi Stilistik Linguistik

Pengantar Linguistik Bahasa MelayuMOHD ASRI BIN ABDUL RAZAK

JPM 2010

Page 2: Variasi stilistik linguistik

Menurut Prof. Dr. I Wayan Pastika..seeorang pakar bahasa Alam Melayu Stilistik adalah suatu metode penapsiran

teks dengan menempatkan bahasa sebagai hal yang utama. Bahasa sebagai hal yang utama mengingat bahasa bervariasi, berpola dan berstruktur dengan hirarkinya (struktur bahasa, konteks dan makna) sehingga dapat berfungsi dalam teks

Page 3: Variasi stilistik linguistik

Abdullah Hassan ( 1990 ) menyatakan..... Stilistik atau sylistics adalah ilmu tentang stail atau

gaya yang dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa

Fokus dan penekanan terhadap aspek kebahasaan Ilmu tersebut muncul dalam bidang linguistik dan

diperluas dalam bidang kesusasteraan yang menggunakan bahasa sebagai wahana pengucapan.

Kesan penerapan daripada disiplin linguistik tercerminnya ilmu gaya yang membezakan gaya sastera dan gaya bukan sastera.

Page 4: Variasi stilistik linguistik

Stalistik dari Sudut Sastera Kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat

kepada penggunaan bahasa. Cabang linguistik gunaan atau terapan. Karya sastera ditandai kelainan dalam penggunaan

gaya bahasanya untuk menimbulkan kesan artistik. Rene Wellek dan Austin Warren (1966:182)-stilistik

meneliti penggunaan bahasa yang menyimpang daripada norma dan berusaha menemukan fungsi estetik.

Page 5: Variasi stilistik linguistik

Pengenalan am Stilistik BahasaBermaksud bentuk variasi bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur, khasnya bergantung kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan.

Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak formal.

Page 6: Variasi stilistik linguistik

Secara ringkasnya :

kita bertukar daripada gaya pemakaian kepada satu gaya pemakaian yang lain tanpa memikirkanya secara sedar, asal sahaja kita dapat membiasakan diri dengan sesuatu gaya tersebut.

Page 7: Variasi stilistik linguistik

Prinsip Stilistik Pertama menganggap dan mengiktiraf bahasa sebagai

punca kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan berbahasa sebagai satu anugerah dan bakat seseorang penulis.

Analisis karya sastera merupakan suatu huraian tentang bakat dan kebolehan mengarang bagi seseorang pengarang.

Analisis itu tidak sahaja dalam lingkungan pengaplikasian bahasa tetapi menjangkaui kepersisan bakat berbahasa penulisnya.

Page 8: Variasi stilistik linguistik

Yang Kedua.... Kedua, pendekatan stilistik membincangkan aspek

tema seperti yang sering dibicarakan dengan menggunakan pendekatan struktural.

Namun, penelitian menggunakan pendekatan ini merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan ayat-ayat yang membina keseluruhan karya.

Pentafsiran makna ayat melibatkan makna yang mudah difahami, mudah dimengerti, banyak maksud dan mempunyai makna simbolik.

Page 9: Variasi stilistik linguistik

Yang Ketiga.... Ketiga, penggunaan pendekatan stilistik berhasil

memperlihatkan gaya keperibadian seseorang penulis. Murry J.M. (1976:7), kedudukan stilistik sebagai

penelitian sesuatu gaya istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu penyusunan diksi serta struktur kalimat yang mencerminkan keperibadian atau idiosinkrasi penulisnya.

Penulis mempunyai cara tersendiri. Perbezaan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pengalaman, pendidikan, sikap dan keperibadian penulis

Page 10: Variasi stilistik linguistik

Yang Keempat...... Keempat, melalui pendekatan stilistik huraian

terhadap pemilihan diksi, pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan.

Dalam sesebuah karya sastera yang pelbagai genre itu terdapat pelbagai jenis dan kategori perkataan dan ayat yang digunakan.

Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan aspek kemasyarakatan iaitu bidang sosiolinguistik dan dialektologi perlu dikuasai oleh pengkaji atau peneliti.

Page 11: Variasi stilistik linguistik

Yang kelima....... Kelima, pendekatan stilistik membantu mereka

memahami makna perkataan yang sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan oleh pengarang.

Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa daerah atau tempatan dapat memperkaya perbendaharaan kata di samping merupakan satu gaya atau stail bagi seseorang penulis.

Page 12: Variasi stilistik linguistik

Yang keenam...... Keenam, pendekatan stilistik juga

menekankan penelitian tentang penghasilan sesebuah karya.

Semasa berkarya, seseorang penulis didorong oleh pelbagai keadaan dan rangsangan yang berlaku di sekelilingnya.

Penelitian yang dilakukan dengan menggunakan pendekatan stilistik ini akan menemukan gagasan bahawa terdapat unsur-unsur bahasa yang mendorong seseorang itu berkreatif.

Page 13: Variasi stilistik linguistik

Yang ketujuh.... Ketujuh, pendekatan stilistik selain digunakan untuk

menganalisis proses penghasilan sesebuah karya, juga digunakan untuk menghuraikan penerimaan dan penghargaan pembaca atau khalayak terhadap sesebuah karya.

Aspek bahasa dapat menjelaskan kesan penggunaan sesuatu bahasa sama ada dapat difahami, menimbulkan keseronokan atau memberi kecelaruan dan kekaburan tanggapan kesan daripada penggunaan penanda dan petanda bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan pemikiran, mesej atau idealisme pengarang.

Page 14: Variasi stilistik linguistik

Variasi Lingusitik ( set pemerhatian )

Gaya lisnguistik pada dasarnya merupakan perkara yang dapat dikatakan sebagai kesesuaian

Tidak merujuk kepada partisipan di dalam sesuatu pertuturan ( penutur dan pendengar, pembaca dan penulis )

Page 15: Variasi stilistik linguistik

Pertukaran gaya pertuturan berlaku secara automatik, iaitu di bawah sedar ( terangkum dalam konsep kesesuaian )

Pentakrifan gaya variasi stalisitik pertuturan tidak mudah dikenalpasti.

Menenalpasti hubungan relatif setiap variasi linguistik yang diwakili iaitu – leksikal, fonologi, morfologi, atau sintaksis.

Page 16: Variasi stilistik linguistik

Jenis-jenis Variasi Stalistik Lingustik

Variasi Linguistik Leksikal Variasi Linguistik Fonologi Variasi Linguistik Morfologi Variasi Linguistik Sintaksis

Page 17: Variasi stilistik linguistik

Variasi Linguistik Leksikal Perbendaharaan kata merupakan aspek

stalisitik yang paling ketara menunjukkan bahawa penutur memperlihatkan perbezaan dari satu keadaan kepada keadaan yang lain.

Page 18: Variasi stilistik linguistik

Dalam percakapan atau penulisan yang lebih formal, kita akan menggunakan corak pemilihan kata yanfg lebih bersuku kata banyak dan laras bahasa yang lebih formal

Tidak menggunakan ekpresi-ekpresi idiomatik

Laras penggunaan bahasa lebih jelas dan tepat.

Page 19: Variasi stilistik linguistik

Variasi Linguistik Fonologi Penerapan ( atau bukan penerapan )

berbagai rumus fonologi mempunyai hubungkait dengan perubahan laras.

Tidak begitu ketara dalam penulisan, namun, ada sebilangan kecil variasi fonologi yang memperlihatkan kesan pengejaaan berlainan.

Page 20: Variasi stilistik linguistik

Penekanan Terhadap Stilistik Fonologi Ciri pengujaran yang terhasil daripada

peneutralan fonologi tidak sama sekali menggambarkan akan ‘kecuaian percakapan’, tetapi sebaliknya iaitu gambaran tentang percakapan yang bersesuaian dengan laras-laras yang tidak formal

Page 21: Variasi stilistik linguistik

Ciri kedua….. Begitu mudah untuk membuat kesalahan

apabila memikirkan gaya yang tidak formal hanyalah bersesuaian dengan keadaan tidak formal, manakala gaya formal bersesuaian dengan semua keadaan.

Page 22: Variasi stilistik linguistik

Kesimpulannya…. Pengejaan yang berlainan dalam variasi

mana sekalipun hanyalah bersesuaian untuk keadaan yang sama sekali tidak formal ; kiriman poskad untuk rakan-rakan, catatan memo dan sebagainya.

Page 23: Variasi stilistik linguistik

Variasi Stilistik Linguistik Sintaksis Iaitu perubahan dalam binaan sintaksis di

mana wujud sebagai fungsi terhadap binaan dalam laras.