bmm3107 pengantar linguistik

41
BMM 3107 Page 1 SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK Dalam sejarah perkembangannya, linguistik dipenuhi dengan pelbagai aliran, fahaman, pendekatan, dan teknik penyelidikan yang luas dan rumit. Namun sebenarnya semua itu akan menambah wawasan kita terhadap bidang dan kajian linguistik. Berikut ini ialah beberapa sejarah, perkembangan, fahaman dan beberapa aliran linguistik dari zaman purba sampai sekarang. Sejarah perkembangan ilmu linguistik telah bermula pada tahun 500 SM hinggalah ke hari ini Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden. Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah dinyatakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah. Ilmu linguistik menjadi satu cabang ilmu yang mempunyai disiplinnya sendiri, sama tarafnya dengan ilmu-ilmu lain. Ada prinsip-prinsip tertentu dalam mengkaji linguistik. DEFINISI LINGUISTIK Perkataan linguistik dikatakan berasal daripada perkataan Latin “lingua” yang bermaksud bahasa. Perkataan itu digunakan dalam bahasa-bahasa lain menjadi langue (Perancis), lingua (Itali), lengua (Sepanyol) dan linguistics (Inggeris). Linguistics ditakrifkan sebagai “the science of languages” atau “comparative grammar” (Cassell Concise English Dictionary, 1995:790).Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996:814)pulamentakrifkan linguistik sebagai“ Kajiantentang

Upload: kemeterian-pendidikan-malaysia

Post on 22-Jun-2015

311 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Pengantar linguistik

TRANSCRIPT

Page 1: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 1

SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK

Dalam sejarah perkembangannya, linguistik dipenuhi dengan pelbagai aliran,

fahaman, pendekatan, dan teknik penyelidikan yang luas dan rumit. Namun

sebenarnya semua itu akan menambah wawasan kita terhadap bidang dan kajian

linguistik. Berikut ini ialah beberapa sejarah, perkembangan, fahaman dan beberapa

aliran linguistik dari zaman purba sampai sekarang.

Sejarah perkembangan ilmu linguistik telah bermula pada tahun 500 SM

hinggalah ke hari ini Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani,

zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan

(Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman

linguistik moden.

Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah

berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau

bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman

Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India

yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah dinyatakan pada abad ke-17.

Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam

bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah.

Ilmu linguistik menjadi satu cabang ilmu yang mempunyai disiplinnya sendiri,

sama tarafnya dengan ilmu-ilmu lain. Ada prinsip-prinsip tertentu dalam mengkaji

linguistik.

DEFINISI LINGUISTIK

Perkataan linguistik dikatakan berasal daripada perkataan Latin “lingua” yang

bermaksud bahasa. Perkataan itu digunakan dalam bahasa-bahasa lain

menjadi langue (Perancis), lingua (Itali), lengua (Sepanyol) dan linguistics (Inggeris).

Linguistics ditakrifkan sebagai “the science of languages” atau “comparative

grammar” (Cassell Concise English Dictionary, 1995:790).Kamus Dewan Edisi

Ketiga (1996:814)pulamentakrifkan linguistik sebagai“ Kajiantentang

Page 2: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 2

bahasa”. Linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa. Ia mengandungi teori-

teori dan teknik-teknik menganalisa bahasa yang dipelajari oleh ahli-ahli bahasa

daripada pemerhatian-pemerhatian mereka terhadap bahasa. Ilmu linguistik

mempunyai bidang pengkajian yang luas sekali. Pengkajian bahasa boleh dilakukan

daripada berbagai sudut. Yang berikut ialah takrifan beberapa istilah linguistik.

Linguistik (linguistics) Pengkajian saintifik terhadap bahasa, yang antara

lain mencakupi linguistik antropologi, psikolinguistik, sosiolinguistik, dan

neurolinguistik. (Kamus Linguistik, 1997:148)

Linguistik am (general linguistics) Istilah umum bagi cabang-cabang

pengkajian linguistik yang menghasilkan konsep asas, teori, model dan

kaedah, dan biasanya merangkumi prinsip analisis dan pemerian dalam

pengkajian fonologi, tatabahasa, dan kosa kata, serta pengkajian grafemik,

sejarawi, perbandingan, dan dialek. (linguistik teori) (Kamus Linguistik,

1997:149)

Linguistik antropologi (anthropological linguistics) Linguistik yang

menerapkan teknik penyelidikan antropologi dan linguistik untuk mengkaji

bahasa komuniti bahasa yang tidak mempunyai sistem tulisan dan tradisi

persuratan. Contohnya, teknik yang digunakan oleh F. Boas dan E. Sapir.

(Kamus Linguistik, 1997:149)

Psikolinguistik (psycholinguistics) Bidang yang menggabung usaha para

ahli psikologi, yang cuba menerangkan sama ada hipotesis tertentu tentang

pemerolehan bahasa dan kecekapan, seperti yang disarankan dalam teori

linguistik semasa, mempunyai asas yang kukuh dari segi persepsi, ingatan,

kecerdasan, atau motivasi. (Kamus Linguistik, 1997:193)

Psikologi linguistik (psychological linguistics) Istilah umum untuk

beberapa pendekatan yang berbeza terhadap bahasa, dari kaca mata

psikologi. (Kamus Linguistik, 1997:193)

Linguistik psikologi (psychological linguistics) Istilah umum untuk

pelbagai pendekatan dalam pengkajian bahasa dari segi psikologi. (Kamus

Linguistik, 1997:153)

Sosiolinguistik (sociolinguistics) Cabang linguistik yang mengkaji semua

aspek hubungan antara bahasa dan masyarakat.

Page 3: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 3

Di dunia Barat, usaha membina dan memperluas ilmu pengetahuan bermula

pada zaman kegemilangan Yunani. Ilmu yang dihasilkan oleh sarjana Yunani menjadi

asas dan dasar kepada sarjana Rom melanjutkan kajian mereka dalam bidang ilmu

dan khasnya bidang bahasa . Sarjana Rom banyak mewarisi tradisi ilmu linguistik

daripada sarjana-sarjana Yunani dan terus berkembang ke Zaman Rom, Zaman

Pertengahan dan sarjana Zaman Islam memanfaatkan himpunan ilmu itu yang

dikembangkan hingga sekarang.

CABANG-CABANG LINGUSITIK

Antara cabang linguistik itu adalah seperti yang disenaraikan di

bawah:

1.0 Linguistik Umum

Linguistik umum ialah ilmu yang membicarakan bidang linguistik secara

am termasuklahilmu bahasa yang dikatakan sebagai lambang yang

terdiri daripada deretan bunyi yangdiucapkan oleh alat-alat pertuturan

atau alat artikulasi manusia yang terdiri daripada lidah,anak tekak,

lelangit, bibir, gusi dan lain-lain. Jadi, linguistik umum ialah disiplin yang

memperkatakan kajian bahasa secara ilmiah dan saintifik.

1.1 Linguistik Deskriptif

Linguistik deskriptif pula ialah ilmu linguistik yang memerihalkan sesuatu

bahasa darisegala segi pada suatu jangka masa yang tertentu,

berdasarkan bahan-bahan yangterdapat pada waktu itu. Bahan utama

dalam kajian itu ialah lisan atau pertuturan yangdiperoleh daripada

penutur jati. Bahasa tulisan juga termasuk sebagai bahan kajian.

Olehyang demikian, linguistik deskriptif adalah pemeri struktur sesuatu

bahasa sebagaimanakewujudannya. Bidang yang termasuk dalam

kajian linguistik deskriptif ialah fonologi(kajian tentang bunyi), morfologi

(kajian tentang kata dan pembentukannya) dan sintaksis(kajian tentang

ayat). Bidang-bidang inilah yang dikaji secara saintifik. Selain itu,

linguistik deskriptif juga dikenali sebagai kajian bahasa secara sinkronik,

iaitu kajian mengenaibahasa yang tertentu, pada sesuatu tempat yang

tertentu, dituturkan oleh suatu golonganyang tertentu dan pada masa

atau zaman yang tertentu juga.

Page 4: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 4

1.2 Linguistik Perbandingan

Linguistik perbandingan atau linguisitik komparatif membuat

perbandingan antarabeberapa bahasa yang difikirkan mempunyai

hubungan dari sudut sejarah. Oleh sebabitu, linguisitik komparatif juga

boleh menumpukan kajian kepada aspek sebutan, perkataandan ayat

antara beberapa bahasa yang dikaji itu. Contohnya, mengkaji bahasa

bahasadi Nusantara atau di Kepulauan Melayu.

1.3 Linguistik Sejarah

Linguistik sejarah atau historis ialah disiplin linguistik yang bersangkutan

denganperkembangan sesuatu bahasa, iaitu dari zaman awal

kemunculannya hinggalah ke suatutahap yang tertentu. Dengan kata

lain, pakar linguis historis membuat kajian secarahistoris, misalnya

peringkat untuk memperoleh data, maka kajian akan dilakukan

secarasinkronik. Selepas seseorang pakar berpuas hati dengan dapatan

kajian secara sinkronikmaka kajian secara diakronik akan dijalankan,

iaitu membuat perbandingan antarabeberapa zaman untuk melihat

perbezaan, menentukan perubahan dan perkembanganyang berlaku

dalam bahasa tersebut. Perbandingan boleh dibuat dari pelbagai

segi,seperti fonologi, morfologi, sintaksis, makna, ejaan, sistem tulisan,

dan sebagainya.

1.4 Linguistik Terapan.

Linguistik terapan atau linguistik aplikasi pula ialah bidang linguistik yang

meneranganbagaimana ilmu ini dapat digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa pertamadan bahasa kedua. Oleh demikian,

disiplin fonologi, fonemik, morfologi, dan sintaksis(linguistik deskriptif)

sangat penting dalam penerapan ilmu bahasa.Terdapat beberapa tokoh

linguistik dalam kelima-lima cabang tersebut. Tokohtokoh linguistik ini

wujud sejak zaman tamadun Greek dan Sanskrit. Pada zaman ini

tokohyang terkenal ialah Socrates, Plato, Aristotle, Stoics, Thras,

Priscian dan Donatus yangmenjalankan kajian di dalam bahasa Yunani

dan Romawi. Panini dan Bopp pulamenonjolkan diri mereka dengan

kajian yang dijalankan di dalam bahasa Sanskrit.Di dalam abad ke-18

Page 5: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 5

dan ke-19 pula muncul D. Jenish melalui bukunya Philosophisch –

kritische vergleichung und wurdigung von vierzehn altern und neuern

sprachen Europens(1976) yang telah menjelaskan sifat-sifat bahasa.

Rask dan Grimm pula mengkaji ilmutatabahasa perbandingan. Mereka

mempunyai pengaruh yang kuat kepada pengkajiterkemudian. Rask

mempunyai kekuatan dalam kajian linguistik sejarah. Beliaumengkajinya

dari sudut etimologi (asal usul bahasa).Selepas itu, wujud pula pengkaji

bahasa yang lebih terkemuka seperti Ferdinand deSaussure, Leonard

Bloomfield, Reymond Firth dan Noam Chomsky. Ferdinand DeSaussure

dimasukkan ke dalam golongan tradisional dan golongan moden. Beliau

telahmengasingkan dua istilah terpenting di dalam kajian bahasa, iaitu

langue (bahasa) danparole (pertuturan). Hasil kajian beliau yang

terkenal ialah Course of GeneralLinguistics. Bloomfield pula terkenal

dengan karangannya yang berjudul Languagepada tahun 1933 yang

terkenal dengan analisis ayat. Reymond Firth dan Malinowski

pulamenghasil teori makna juga tentang keperihalan keadaan atau

(Context). Firth telahmenggunakan kesempatan yang sedia ada untuk

mengkaji ciri-ciri prosidi, tekanan, nadasuara, intonasi, dan

sebagainya.Tidak lama kemudian muncul pula Noam Chomsky yang

mengasaskan kajian tatabahasa. Di negara kita jugabanyak ahli bahasa

yang menyetujui pendapat Chomsky. Tatabahasa TG ini

telahberkembang dengan pesat dan ekorannya lahirbanyak pengikut

setia Chomsky yangmengkaji aspek aspek fonologi, morfologi, sintaksis

dan semantik

ZAMAN YUNANI

Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam

bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamadun Yunani merupakan

satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Orang-orang Yunani ialah

manusia yang pertama dalam sejarah Eropah yang mempunyai catatan-catatan

tentang kegiatan dan minat mereka terhadap bahasa. Mereka telah mengkaji bahasa

sejak kira-kira tahun 500 SM. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek

seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik.

Page 6: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 6

Orang Yunanilah yang mula-mula mengatakan bahasa ialah satu alat

perhubungan yang sistematik. Bagi mereka, bahasa itu ialah sesuatu yang

melambangkan tamadun yang tinggi dan dikaji bagi menerangkan segala kejadian

alam. Oleh sebab seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian

mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah.

Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum

masihi.

Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang

menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu. Antara perkara yang disentuh

oleh mereka ialah hal-hal mengenai asal-usul perkataan,keterangan-keterangan

mengenai gejala bahasa dan huraian-huraian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang

berlandaskan kepada bahasa bertulis. Dalam pengkajian tentang bunyi,orang-orang

Yunani tidak menggunakan mana-mana dialek yang dituturkan. Namun, selain

tentang asal-usul perkataan, antara aspek yang dibincangkan dengan hebatnya pada

ketika itu ialah konsep semula jadi dan kebiasaan terhadap gejala bahasa dan

hubungan antara perkataan dengan makna.

Pada zaman Yunani, antara sarjana yang memainkan peranan penting dalam

mengkaji ilmu linguistik ini ialah Plato, Aristotle, dan Thrax. Mereka ini telah lama

mengkaji ilmu falsafah secara keseluruhannya. Abdullah Hassan (1978:4-5)

menjelaskan bahawa oleh sebab orang Yunani itu lebih mementingkan falsafah, maka

mereka lebih suka mengkaji apa yang dianggap sebagai etimologi iaitu pengkajian

tentang bagaimana kata-kata terbentuk.Perbincangan ini mewujudkan dua pendapat

yang mengatakan sama ada perkataan-perkataan terbentuk dengan cara semula jadi

ataupun dibentuk oleh manusia melalui kebudayaan.

Plato (427 – 347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan

menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang

berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi

berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis dan naturalis yang disebut

PHUSEI yang mempercayai bahawa bahasa berada di luar pengaruh manusia, iaitu

ciptaan Tuhan, bersifat semula jadi (alamiah), natural (nalar) dan logik (logis) dengan

kumpulan anomalis atau Konvensenis yang disebut THESEI pula berpegang kepada

kepercayaan bahawa bahasa bukan natural (nalar) sepenuhnya tetapi wujud secara

konvensyen.

Page 7: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 7

Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama

berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan

masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang logos (ayat) yang berupa rentetan kata

yang membezakan antara onoma (kata nama) dengan Rhema (kata kerja). Plato telah

meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai

penerangan kepada perbuatan. Bagi Plato kesimbolikan memang wujud. Contoh yang

diberi ialah bunyi [ r ] menunjukkan gerak, manakala bunyi [ l ] menunjukkan

kehalusan dan kelancaran.

Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 – 322

sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian pada Pluto, iaitu

Syndesmoi (kata hubung) . Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran

tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana

yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa

Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai

alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu

sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi

subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia

yang menjadi subjek logika.

Seterusnya diteruskan oleh tokoh yang bernama Dionysius Thrax yang

mana beliau tinggal di Alexandria. Beliau menjalankan kajian berdasarkan kepada

bahasa yang betulseperti yang digunakan oleh pemuisi Homer dalam puisinya.

Beliaumengajar di Rhodes dan Rom. Sepanjang kerjayanya mengajar,

beliaumenghasilkan buku tatabahasa Yunani iaitu Techne Grammatike. Bukuini

menjadi buku tatabahasa pegangan untuk bahasa Yunani hinggasekarang. Asas-asas

tatabahasa inilah yang menjadi asas penulisan buku-buku tatabahasa bahasa-bahasa

Eropah pada hari ini. Dalam buku tatabahasanya, beliau menggolongkan kata kepada

lapan jenis iaitu kata nama, ganti nama, kata kerja, kata adjektif, kata adverba, kata

sendi, kata partikel dan kata seru

Page 8: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 8

KAUM STOIK

Pada zaman Romawi, berkembang pula kebudayaan Yunani yang disebut

Hellenisme. Pengaruh Hellenisme berkembang di daerah Alexandria sebagai pusat

pengetahuan dan ajaran kaum Stoik. Sumbangan kaum Stoik terhadap linguistik

bahasa antara lain

• Membuat perbezaan antara bentuk dan makna

• Membuat sumbangan terhadap nahu tradisi dan membuat garis-garis kasar

dalam tatabahasa tradisi

• Membuat pembahagian kepada lima golongan kata iaitu kata nama, kata kerja,

kata penghubung dan artikel(kata nama khas dan ganti nama)

• Memperkenalkan klasifikasi unsur-unsur fleksi (girl: girls)

• Memperkenalkan kategori kasus (keadaan yang sebenarnya atau khusus)

dalam bahasa

Secara umumnya, kita dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era

Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian

mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik Zaman Yunani.

Kelebihan

Pelopor sejarah perkembangan kajian ilmu linguistik menganggap bahasa ialah

lambang ketinggian tamadun dan dikaji untuk menerangkan segala

kejadian alam.

Kekurangan

Menganggap bahasa Yunani itu adalah termulia dan semulajadi, jadi harus

dipatuhi oleh setiap penuturnya jika inginkan taraf dan kemuliaan dalam

kehidupan mereka. Akibatnya bahasa itu dianggap tetap, tidak boleh berubah

dan tidak perlu diperbaiki.

Page 9: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 9

ZAMAN ROMAWI

Setelah runtuhnya kegemilangan Yunani, pusat pengkajian berpindah ke

Romawi. Sarjana bahasa Romawi tidak banyak menghasilkan karya asli terutama

dalam perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Namun demikian, mereka juga

ada membuat sumbangan besar kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada

semua pengkaji bahasa selepas zaman itu. Sumbangan mereka terdiri daripada

usaha menyadur teori-teori bahasa Yunani dan disesuaikan kepada bahasa Latin

yang agak lengkap oleh ahli-ahli ilmu bahasa seperti Varro, Priscian dan lain-lain lagi.

Karya inilah yang dikatakan hasil mereka yang agung iaitu dengan menyusun nahu

Latin berdasarkan nahu Yunani. Antara ahli bahasa Romawi yang terkenal ialah

Varro, dan Priscian.

Pada zaman romawi ini, perhatian terhadap bahasa Romawi sangat besar

seiring dengan kebesaran kekuasaan Romawi di Eropah. Bahkan penguasaan

bahasa Romawi dengan baik merupakan salah satu ciri keintelektualan seseorang

pada saat itu. Tokoh Romawi yang membahas linguistik bahasa Latin adalah

Terrentius Varro (116-27 SM). M. Terrentius.Varro hidup sezaman dengan Thrax M.

Beliau dianggap sebagai ahli tatabahasa Romawi paling tulen dalam bahasa Latin

dalam kalangan sarjana bahasa walaupun cara penghuraiannya pernah dikritik

sebagai tidak menarik. Beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul De Lingua

Latina yang terdiri dari 25 jilid. Dalam buku tersebut Varro telah merumuskan :

a.Bahasa itu seragam secara semula jadi.

b.Bentuk fleksi dan terbitan mempengaruhi bunyi dan makna.

c.Penggunaan kategori morfologi, sintaksis dan etimologi

Selain itu, ahli linguis Romawi yang lain juga terkenal ialah Priscian yang

bermaustautin di Romawi Timur, iaitu Istambul. Melalui buku tatabahasa karyanya yang

bertajuk InstitutionesGrammatikae, dan tebalnya adalah 1000 halaman dan

mengandungi 18 jilid. Buku ini lengkap membincangkan pembentukan kata dan ayat.

Daripada segi linguistikmoden, memang dapat dikatakan kaedah yang

digunakannya tidakkonsisten kriteria formal atau bentuk kata dan kadang-kadang

semantikatau makna.Namun tatabahasa yang beliau hasilkan masih dijadikan asas

tatabahasa Latin hingga ke hari ini.

Page 10: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 10

Hasil kajian yang dibuat oleh Prisian tentang aspek-aspek tertentu bahasa Latin

dianggap lebih sistematis berbanding dengan kajian yang dibuat oleh Thrax. Walau

bagaimanapun, dari segi penggolongan kata yang dibuat oleh beliau adalah sama

dengan Thrax kerana masing-masing telah menggolongkan perkataan kepada lapan

jenis.. Dalam bidang morfologi, Priscian telah membincangkan perihal pembentukan

kata sebagai gabungan yang mengandungi imbuhan dan sebagainya.

Kelebihan

Menggiatkan kajian tatabahasa dalam bahasa Latin dan karya yang dihasilkan

menjadi pegangan asas penulisan tatabahasa Latin hingga ke hari ini.

…………………………..

Kelemahan

Hanya menyambung sahaja usaha Yunani sebelumnya seperti mengubahsuai dan

membuat pengertian semula khususnya dalam konteks istilah falsafah. Cara

penghuraian tokohnya pernah dikritik sebagai tidak menarik (Varro)

dan penghuraian Priscian dikatakan tidak konsisten, kriterianya bercampur aduk di

antara yang formal dengan yang bersifat semantik

ZAMAN ARAB

Arbak Othman (1983:38) mengatakan bahawa ilmu linguistik berkembang

dengan agak pesat di negara Arab. Kajian mereka sudah agak maju, merangkumi

penghuraian fonetik yang agak lengkap dengan tujuan mengekalkan pengucapan Al-

Quran dengan betul.Dalam bahagian tatabahasa, mereka telah menggunakan dasar

paradigma dalam analisis bahasa.Penghuraian bahasa mereka terlalu tertakluk

kepada dasar paradigma sehinggakan mereka tidak memerlukan penggolongan

perkataan dalam bahasa Arab cukuplah klasifikasi bahasa mereka itu dilakukan

dengan merujuk kepada bentuk paradigmanya sahaja.Seperti juga pada mulanya

minat mereka tertumpu dalam bidang perbendaharaan kata, maka mereka

melanjutkan kerja- kerja mereka dalam bidang leksikografi sehingga mereka dapat

menerbitkan kamus yang lengkap dan memuaskan dalam bahasa Arab.

Page 11: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 11

ZAMAN PERTENGAHAN

Menurut Hashim Hj. Musa (1994:93-94) yang mengatakan bahawa oleh sebab

pada zaman pertengahan itu penggunaan bahasa Latin bertujuan untuk

pengajaran,maka aspek pedagoginya lebih ditekankan daripada aspek penyelidikan

yang baharu dan asli.Oleh itu, penerapan tatabahasa yang lama seperti yang

dikemukakan

oleh Priscian dan Donatus lebih dititikberatkan daripada penyelidikan yang

baharu.Namun, satu aliran kajian nahu yang dikenali sebagai speculative

grammar telah muncul pada zaman ini.Kajian ini merupakan hasil daripada

pengintegrasian huraian tatabahasa Latin seperti yang diformulasikan oleh Priscian

dan Donatus kepada satu sistem falsafah ytang dikenali sebagai scholastic

philosophy.

Falsafah ini sebenarnya hasil daripada integrasi antara falsafah aliran Aristotles

dengan teologi Katolik yang cuba mengharmonikan kaedah-kaedah pemikiran dengan

pegangan agama Kristian. Beberapa buah buku tatabahasa Latin yang bersifat

didaktik yang tertulis dalam bentuk syair telah diterbitkan. Ini bertujuan untuk

membantu pelajar-pelajar untuk menghafalnya dan salah satu daripadanya ialah

Doctrinale yang ditulis oleh Alexander of Villedieu sekitar tahun 1200 Masihi.

ZAMAN INDIA

Menurut S. Wojowasito (1959:29-30), pada zaman India, abjad Brahmi terdiri

daripada empat puluh enam huruf manakala abjad Semit hanya mempunyai dua

puluh dua abjad.Maka disebabkan itu, satu jangka masa yang lama diperlukan untuk

mengembangkan huruf yang hanya dua puluh dua itu menjadi empat puluh enam.

Abjad Abjad ini diakui dan diguna oleh Panini dalam bukunya iaitu tatabahasa

Sanskrit. Sejak itu, abjad ini kekal dan tidak berubah sehingga kini.

Abjad itu tidak hanya menggambarkan semua bunyi dalam bahasa Sanskrit,

tetapi juga mempunyai susunan yang bermutu tinggi. Bermula dengan vokal pendek,

panjang, lalu dipotong menjadi vokal rangkap dan akhirnya konsonan.Konsonan-

konsonan ini disusun mengikut jenis- jenisnya yang disesuaikan dengan kedudukan

bibir, mulut, lidah, gigi, hidung, lelangit, dan kerongkong.Sistem tersebut sehingga

sekarang masih belum ada yang dapat menandinginya. Panini merupakan sarjana

India yang yang bukan sahaja menyusun jenis bunyi dengan cara yang sangat teratur

Page 12: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 12

malah telah membuat daftar-daftar teratur berkenaan kata sifat, kata benda, dan kata

kerja.

Piagam acoka dianggap dokumen bertulis yang tertua. Pembelajaran bahasa

digunakan untuk tujuan ritual. Bahasa Sanskrit digunakan untuk mengucapkan doa

dalam buku Veda,. Salah sebuah kitab Veda yang terkenal ialah Rigveda. Abjad

Brahmin telah digunakan sejak abad ke-5 S.M. Abjad ini terdiri daripada 46 huruf dan

diolah dalam rumus bahasa yang dinamakan Sanskrit melalui openyerapan tatacara

empiris.

ZAMAN LINGUISTIK PERBANDINGAN

Para sarjana seperti Jacob Grimm, Hermann Grassman, Karl Verner ini

menjalankan kajian terhadap bahasa dengan menggunakan logik, dan tidaklah

dengan membuat penyelidikan terhadap bahasa itu sendiri. Segala-galanya

diselesaikan dengan membuat kesimpulan yang didasarkan kepada hujah-hujah

logik.Apabila kuasa Eropah mula menjelajah kawasan baharu di luar Eropah, ahli

dakwah agama Kristian mula berusaha mengembangkan agama Kristian ke wilayah-

wilayah penjajahan mereka.Dari situ bermulanya kepentingan menterjemahkan kitab

Injil ke dalam bahasa-bahasa kawasan jajahan tersebut. Ini menyebabkan para

sarjana Eropah mengetahui bahasa-bahasa itu tidak tetap dan sentiasa berkembang.

Mereka membuat kajian perbandingan kata-kata dan melihat banyak

persamaan bentuk kata. Persamaan kata-kata itu dapat dikatakan sama dengan bunyi

yang terdapat dalam bahasa-bahasa Eropah.

Misalnya :

Sarjana-sarjana zaman perbandingan bahasa mengkaji persamaan ini dan

membuat kesimpulan mengenai unsur-unsur yang sama dalam kata-kata tersebut,

iaitu daripada segi pergeseran bunyinya.

Bahasa ‘emak’ ‘dua’ ‘tiga’

Yunani meter duo tries

Latin mater duo tres

Rusia mater dva tri

Inggeris mother two three

Page 13: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 13

Kesimpulan yang dilakukan oleh sarjana bahasa mengenai fenomena bahasa

melalui kajian terhadap ciri-ciri bahasa, maka bolehlah dikatakan suatu aliran baharu

mengenai kajian bahasa bermula. Daripada pengamatan tersebut, mereka dapat

membuktikan bahawa bahasa Sanskrit dan bahasa Eropah berasal daripada induk

iaitu Indo-Eropah.

Menurut Theodora Bynon (Noor Ein Mohd. Noor) (1994) yang memetik kata-

kata Greenberg yang menjelaskan bahawa penggunaan perbandingan kosa kata asas

bukan hanya sebagai permulaan kepada konstruksi semula tetapi sebagai pengganti

baginya yang lebih bersifat kontroversi.

Ada yang berpendapat bahawa kaedah mengkonstruksi (pembinaan sesuatu

atau susunan dan kedudukan kata-kata dalam ayat atau rangkai kata) semula yang

sukar dengan kaedah perbandingan tidaklah perlu untuk menentukan hubungan

salasilah jika perbandingan itu digunakan kepada kosa kata asas bukan sahaja bagi

dua tetapi bagi beberapa bahasa serentak.

Perbandingan beberapa bahasa pada masa yang sama (‘perbandingan

kelompok’) didakwa adalah ujian sahih bagi hubungan sasilah berasaskan hakikat

bahawa kemungkinan apabila dibandingkan beberapa bahasa serentak secara

kebetulan, beberapa bahasa itu menunjukkan sedikit kesamaan makna jika

dibandingkan dengan dua bahasa sahaja.

Abdullah Hassan (1983:8) menyatakan bahawa bahasa boleh menunjukkan

perkataan yang seakan-akan sama sepertimother (Inggeris) danmoeder (Belanda)

yang bermaksud ‘emak atau ‘ibu’’. Persamaan ini mungkin timbul daripada

pinjaman.Tetapi kalaulah pinjaman tidak berlaku, maka agak logik juga bagi kita

menganggap yang bahasa ini berasal daripada satu rumpun.Daripada kajian yang

dibuat, maka teori linguistik perbandingan tercipta untuk menentukan bahasa induk

sesuatu rumpun bahasa.

Page 14: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 14

ZAMAN LINGUISTIK MODEN (ZAMAN ABAD 20)

Pada abad ke-20 penelitian bahasa tidak dikhaskan kepada bahasa Eropah

sahaja, tetapi juga kepada bahasa yang ada di dunia seperti di Amerika (bahasa-

bahasa Indian), Afrika (bahasa-bahasa Afrika) dan Asia (bahasa-bahasa Papua dan

bahasa banyak negara di Asia).

Antara ciri-cirinya ialah :

1. Penelitian meluas ke bahasa-bahasa di Amerika, Afrika, dan Asia.

2. Pendekatan dalam meneliti bersifat strukturalistis, pada akhir abad 20

penelitian yang bersifat fungsionalis juga cukup menonjol.

3. Tatabahasa merupakan bahagian ilmu dengan yang semakin rumit.

Secara garis besar dapat dibedakan atas mikrolinguistik, makro

linguistik, dan sejarahlinguistik.

4. Penelitian teoretis sangat berkembang.

5. Otonomi ilmiah makin menonjol, tetapi penelitian antara disiplin juga

berkembang.

6. Prinsip dalam meneliti adalah diakronik dan sinkronis.

Kaum pemikiran para ahli linguistik abad 20, antara lain Ferdinand de

Saussure. Sarjana ini buka sahaja dikenali sebagai bapa linguistik moden, tetapi juga

merupakan seorang tokoh gerakan strukturalisme. Dalam strukturalisme, bahasa

dianggap sebagai sistem yang berkaitan (system of relation).

Ferdinand de Saussure yang dikenali sebagai pengaruh yang paling besar

dalam perkembangan linguistik moden dalam kurun yang ke-20 ini. Beliau hidup pada

akhir abad ke-19 dan awal ke-20. Menurut David Crystal (1971), dalam pertentangan

terhadap pandangan historikal berkenaan bahasa pada seratus tahun yang lepas,

Ferdinand de Saussure menekankan tentang kepentingan melihat sesuatu bahasa itu

berdasarkan dua perbezaan yang dipanggil sebagai sinkronik dan dikronik

.Perbezaaan itu merupakan satu kekeliruan yang dihadapi oleh ahli kaji bahasa

perbandingan, tetapi bagi Saussure perbandingan itu merupakan sesuatu yang perlu.

Linguistik sinkronik dilihat sebagai sesuatu yang wujud sebagai keadaan pada masa

tertentu.Namun, apabila melihat kembali perkara-perkara berkenaan linguistik

historikal, ini telah menjurus kepada linguistik diakronik.Ini berlaku akibat evolusi

bahasa mengikut zaman, sebagai medium perubahan yang berterusan dan tiada

pengakhirannya berkenaan keadaan sesuatu bahasa itu.

Page 15: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 15

Menurut Kamus Linguistik, Dewan Bahasa dan Pustaka (1997) mendefinisikan

sinkronik itu sebagai perihal kajian yang ditumpukan pada satu masa tertentu.

Contohnya, linguistik sinkronik hanya mengkaji mengenai item pada satu masa

tertentu, seperti bahasa abad ke-17. Manakala Diakronik pula ialah perihal

pengkajian mengenai sistem yang dilakukan pada dua masa yang berbeza. Hal

kedua yang telah dibangkitkan oleh Saussure mengenai perbezaan langue dan

parole.

Gerakan strukturalisme dari Eropah ini berpengaruh sehingga ke benua

Amerika. Kajian bahasa di Amerika pada abad 19 dipengaruhi oleh hasil kerja sarjana

Eropah dengan nama deskriptivisme. Para ahli linguistik Amerika mempelajari

bahasa-bahasa suku Indian secara deskriptif dengan cara menguraikan struktur

bahasa. Orang Amerika banyak yang menaruh perhatian pada masalah bahasa.

Zaman ini merupakan zaman kewujudan semula usaha untuk mempelajari

bahasa Yunani dan Romawi untuk maksud memanifestasikan kesenian, falsafah dan

kesusasteraan. Cendikiawan zaman ini mengagungkan humanisme. Bahasa dan

budaya klasik dipelajari unutk maksud pedagogi dan kajian ilmiah.

Dua perkara penting pada zaman ini ialah :

- Penguasaan tiga bahasa iaitu Yunani, Latin dan Ibrani.

- Perbandingan bahasa itu dengan bahasa manca Eropah.

Penyurihan kekeluargaan bahasa mula mendapat tempat. Hasilnya dikatakan

bahawa terdapat sebelas bahasa induk di Eropah. Empat yang terbesar ialah Yunani,

Jerman, Romawi dan Slavia. Laporan tentang bahasa Asia telah di ketengahkan oleh

penyebar agama Kristian. Antara bahasa yang memainkan peranan penting ialah

bahasa Jepun, bahasa Cina, bahasa India dan bahasa di Nusantara.

Penemuan-penemuan yang telah diteroka oleh Ferdinand de Saussure dalam

bidang pengkajian bahasa telah memberi semangat dan mendorong ilmu linguistik

moden memberikan keutamaan yang jelas kepada bahasa pertuturan berbanding

dengan bahasa tulisan . Sejarah telah membuktikan bahawa sebelum manusia

mengenal tamadun tulisan, manusia sebenarnya terlebih dahulu berbahasa untuk

tujuan berkomunikasi.

Page 16: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 16

Penghuraian bahasa yang memberikan keutamaan kepada bahasa pertuturan

itu telah membuka jalan kepada kajian bahasa sebagai suatu sains yang deskriptif

sifatnya. Linguistik sinkronis yang telah dikemukakan oleh Ferdinand de Saussure

telah melahirkan titik-titik penyimpangan antara dua aliran iaitu :

1. Aliran Tradisional

2. Aliran moden dalam penghuraian bahasa

Aliran baru ini pada hakikatnya membuka jalan kepada konsep bahawa

‘bahasa’ itu ialah ‘struktur’ – dengan maksud manusia berhubung dengan

menggunakan struktur yang dapat didengar.

Page 17: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 17

Page 18: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 18

Kepentingan Hasil Pemikiran Tokoh-tokoh Linguistik dalam Perkembangan Bahasa

Sumbangan Za’ba

Sistem Ejaan Melayu

Salah satu sumbangan Za’ba ialah dalam sistem ejaan Melayu. Minat beliau

terhadap penulisan bermula dalam tahun 1918 lagi semasa menjadi guru Bahasa

Melayu merangkap penterjemah di Maktab Melayu Kuala Kangsar, beliau telah mula

mengumpul senarai perkataan Melayu dalam tulisan Jawi. Dalam tahun 1924 pula,

beliau telah menjemput sebilangan orang Melayu dari kalangan pegawai kerajaan

yang berpendidikan Inggeris datang ke Kuala Lumpur untuk membantu menubuhkan

sebuah "Pan-Malayan Malay Literary Society" yang matlamat utamanya ialah untuk

menyatukan pelbagai kelainan sistem ejaan Melayu, di samping memajukan

perkembangan kesusasteraan Melayu Moden. Nama Pendeta Za’ba juga terukir

sebagai pencipta Sistem Ejaan Baru Bahasa Melayu yang disebut sebagai Sistem

Ejaan Za’ba. Beliau menggubal sistem ejaan dalam tahun 1933 dan menggantikan

sistem ejaan oleh R.J. Wilkinson yang telah digunakan dalam tahun 1914. Oleh sebab

Sistem Ejaan Za’ba digunakan di sekolah-sekolah sejak tarikh penggubalannya

sehinggalah tahun 1972 dengan dilaksanakan Sistem Ejaan Baharu, maka sistem

berkenaan juga dikenali sebagai Sistem Ejaan Sekolah. Walau bagaimanapun, Za’ba

menaruh harapan untuk kemudian kelak menjadikannya sebuah kamus dengan tiap-

tiap perkataan itu diberi tidak sahaja makna tetapi juga contoh ayat memakainya dan

simpulan-simpulan bahasa yang terbit daripadanya, "sebagai membanyak dan

menambah elokkan kamus-kamus kita yang sedia ada". Oleh kerana itulah, beliau

digelar “Bapa Bahasa Melayu Moden” selepas Munsyi Abdullah. Za’ba turut berusaha

memperkembang dan meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu dan turut terlibat

sebagai anggota Lembaga Menggubal Perkataan Melayu bersama-sama Ibrahim

Mahmud, Dato’ Haji Muhammad Said, Abdul Rahim Kajai dan Osman Kalam.

Page 19: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 19

Daftar Ejaan Jawi

Sumbangan Za’ba telah memperkenalkan kaedah ejaan Jawi dalam tahun

1929 dan menerbitkan pula Rahsia Ejaan Jawi dan dalam tahun 1931, sebahagian

daripada buku yang dinamakan Rahsia Ejaan Jawi itu telah dicetak. Ertinya, pada

tahun 1918 beliau memulakan projek pensenaraian kata-kata dalam tulisan Jawi;

pada tahun 1924 beliau mengambil inisiatif menubuhkan sebuah persatuan yang

salah satu matlamatnya ialah untuk menyeragamkan ejaan Jawi. Pada tahun 1931

beliau merumuskan undang-undang ejaan Jawi dalam sebuah buku Rahsia Ejaan

Jawi; dan pada tahun 1938 beliau menyiapkan Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi).

Menurut Za'ba, undang-undang ejaan Jawi yang diberinya dalam buku Daftar Ejaan

Melayu itu "hanyalah ringkasan atau pati daripada apa-apa yang telah dipanjang-

lebarkan di sana sahaja”. Kemuncak yang diimpikannya ialah sebuah kamus lengkap

bahasa Melayu dalam tulisan Jawi. Dalam tahun 1933 hingga 1935, beliau mengubah

rancangan asalnya dengan mengemukakan hanya sebuah daftar ejaan, dan

bukannya kamus, yang susunannya ialah menurut susunan abjad Jawi, dan pada

setiap perkataan dalam ejaan Jawi itu diberi pula persamaan ejaan Ruminya.

Bahasa dan Fikiran

Za’ba jelas berpendirian bahawa bahasa ialah “alat mengeluarkan fikiran”.

Perkaitan di antara kedua-duanya itu sangat erat, dalam erti kata bahasa yang

digunakan itu hendaklah dengan tepat menggambarkan fikiran. Za’ba mengatur

pedoman penggunaan bahasa, khususnya dalam karang-mengarang.

Katanya :

Bahasa itu alat mengeluarkan fikiran supaya dapat diketahui orang dengan

mendengar atau membacanya. Maka jika bahasa yang dipakai itu tidak menepati

betul-betul seperti maksud yang di dalam hati, tentulah orang tersalah faham atau

tiada dapat oleh mereka tujuan yang dikehendakkan itu.(Bab Permulaan, Ceraian 4)

Za’ba mengajar bukan setakat bahasa sahaja, tetapi menanamkan semangat

dan kedudukan Bahasa Melayu itu sendiri. Za’ba juga pernah mengkaji penggunaan

bahasa dalam akhbar pada tahun 1900-1941. Bahasa sekitar tahun ini menggunakan

bahasa mudah, bahasa pengarang dan tersendiri. Ada juga yang cenderung

menggunakan perkataan lama dan ungkapan pinjaman dari Bahasa Arab.

Page 20: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 20

Nahu dan Tatabahasa

Za’ba dengan jelas membezakan pengetahuan nahu dengan kemahiran

bahasa. Pandai menggunakan bahasa tidak semestinya pandai menjelaskan hal-hal

yang berhubung dengan nahu. Untuk belajar bahasa, orang tidak perlu terlebih dahulu

belajar tentang selok belok nahu. Za’ba melihat penggunaan bahasa sebagai satu

kemahiran, dan kemahiran memerlukan latihan. Kemahiran dalam penggunaan

bahasa setiap hari itu dilanjutkan kepada kemahiran mengarang. Fikiran Za’ba

tentang kemahiran bahasa seperti itu tidaklah bermakna beliau tidak menitikberatkan

nahu. Beliau melihat peranan nahu pada dua peringkat pembelajaran, iaitu pada

peringkat bahasa pertama dan pada peringkat bahasa kedua. Pada peringkat bahasa

pertama, nahu berguna untuk mengukuhkan pengetahuan pengguna bahasa tentang

susunan ayat dan fungsi-fungsi perkataan, dan dengan itu nahu boleh menjadi

pedoman dalam penyelidikan mereka. Oleh itu, sumbangan sebuah rumusan besar

nahu Melayu (Pelita Bahasa Melayu (1941) dalam tiga jilid) telah membawa

perubahan yang besar kepada dunia linguistik Melayu.

Menurut Za’ba di dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu Edisi Ejaan Rumi

Baharu, dengan adanya ilmu nahu, pengguna bahasa boleh mendalami lagi hal ehwal

bahasa mereka. Pada peringkat belajar bahasa asing, nahu perlu diutamakan supaya

jangan terikut kaedah nahu bahasa sendiri. Sebenarnya, aspek tatabahasa yang

dikemukakan oleh Za’ba dalam Pelita Bahasa Melayu sebanyak 3 jilid itu dari segi

rangka asasnya sudah lengkap dan menyeluruh sesuai dengan saranannya agar

orang selepasnya menokok-tambah mana-mana yang tidak lengkap. Analisis Za’ba

tentang tatabahasa dapat dibahagi kepada dua komponen utama, iaitu morfologi dan

sintaksis, walaupun beliau tidak menggunakan istilah tersebut. Selaras dengan

pengaruh tatabahasa tradisional yang ketika itu mendominasi disiplin linguistik,

analisis Za’ba ternyata banyak yang terikat oleh pendekatan tersebut. Oleh sebab itu,

istilah-istilah tatabahasa yang digunakannya dan cara beliau menjelaskan sesuatu

konsep tatabahasa seluruhnya berdasar pada makna, iaitu ciri utama linguistik

tradisional.

Page 21: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 21

Karangan Sebagai Sistem Wacana

Za’ba melihat karangan sebagai satu wacana yakni wacana bertulis yang

berbeza dengan wacana lisan. Karya-karya Za’ba dikatakan penting kerana telah

meletakkan asas pengetahuan Bahasa Melayu dari berbagai-bagai segi. Berikut

merupakan antara karangan-karangan Za’ba :-

i) Pelita Bahasa Melayu II (Rumi)

Memberi latihan mengarang bagi darjah rendah.

ii) Pelita Bahasa Melayu III (Rumi)

Bicara mengarang bagi darjah tinggi.

iii) Ilmu mengarang Melayu (Jawi)

Bicara mengarang bagi penuntut-penuntut di kolej.

iv) Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi)

Daftar perkataan-perkataan Melayu dengan ejaan jawi dan rumi serta

undang-undang ejaannya.

v) Kata-kata yang Tidak Tetap dalam Tulisan Melayu Rumi dan Kitab Rahsia

Ejaan Jawi (1930)

vi) Kaedah Karangan Bahasa Melayu terangkum dalam Kitab Pelita

Mengarang (1931)

vii) Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia (1958)

viii) Bahasa Melayu Kelebihan dan Kekurangan (1954)

ix) Bahasa Melayu dengan Tulisannya (1958)

Dari situ kita dapat melihat banyak dan amat besar perjuangan serta

sumbangannya kepada bangsa dan negara kita ini. Pendeta Za’ba serta semua

karyanya adalah sebenar-benarnya Warisan Bangsa yang amat berharga khususnya

di dalam bidang bahasa dan kesusasteraan yang harus dikenang oleh generasi masa

kini dan juga yang akan datang. Dalam perspektif sejarah penulisan tatabahasa

Bahasa Melayu, Za’ba lah satu-satunya ahli bahasa tempatan yang menghasilkan

Page 22: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 22

tatabahasa Bahasa Melayu dalam bahasanya sendiri. Jika dipertalikan dengan cita-

cita Abdullah Abdul Kadir Munshi yang ingin menghasilkan karya tatabahasa Bahasa

Melayu sejak akhir abad kesembilan belas tetapi tidak kesampaian, Za’ba lah yang

menyempurnakan cita-cita tersebut.

Sumbangan dalam Linguistik

Demikian juga jika dikaitkan percubaan Raja Ali Haji menulis tatabahasa

Bahasa Melayu mengikut acuan tatabahasa Bahasa Arab termasuk istilah-istilah yang

digunakan, Za’ba lah juga yang menyempurnakan dengan cara tersendiri

sebagaimana bukti nyata kitab Pelita Bahasa Melayu sebanyak tiga penggal itu.

Selaras dengan semangat yang ditunjukkan oleh Za'ba dalam dunia linguistik Melayu,

maka semua pihak yang mendokong kepentingan Bahasa Melayu perlulah memadu

tenaga untuk tidak menggugat kedaulatan Bahasa Melayu dengan kepentingan kecil-

kecilan yang tidak dapat dipertahankan secara rasional kerana sikap kitalah yang

menjadi punca kita menolak Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Jika, dari segi

rasionalnya, sistem yang disempurnakan itu masih belum sempurna, maka aspek-

aspek yang belum sempurna itu hendaklah dikenalpasti dan penyelesaian ke atasnya

dicari secara rasional pula dan bukannya ditolak begitu sahaja dengan tidak dicari

jalan bersama-sama untuk memperbaiki lagi apa yang telah dicuba-sempurnakan.

Usaha dan sumbangan Za’ba mesti dikaji kerana semuanya itu dapat menyemai bibit-

bibit semangat cintakan negara dan bangsa Melayu untuk bebas dari kongkongan

pemerintah tradisional dan kolonial British khusus kepada generasi muda hari ini yang

jauh dan buta daripada perjuangannya itu kerana perjuangan beliau sentiasa

ditunjangi oleh ketabahan, kecekalan dan keyakinan. Walaupun Za’ba berpendidikan

Inggeris tetapi beliau tetap berjuang gigih untuk memartabatkan Bahasa Melayu,

sama seperti pejuang bahasa pada hari ini. Usaha Universiti Pendidikan Sultan Idris

mewujudkan Kursi Za’ba dalam rangka mengimarahkan dunia kesarjanaan dalam

bidang pengajian Melayu merupakan usaha yang terpuji, bukan sahaja sebagai

mengenang jasa bakti beliau sebagai antara tokoh yang menjadi tonggak Sultan Idris

Training College yang merupakan institusi awal universiti tersebut, malah sebagai

penghargaan yang hak baginya sebagai perintis bahasa Melayu baharu. Demikian

juga usaha kerajaan Negeri Sembilan mewujudkan Teratak Za’ba yang bersifat

muzium tokoh seakan-akan Muzium Hemingway di England; dan tertubuhnya

Yayasan Pendeta Za’ba pada 7 November 1986 oleh Badan Kebajikan Anak-Anak

Melayu Negeri Sembilan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu akan dapat

Page 23: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 23

mengabadikan sumbangan Za’ba dalam melanjutkan tradisi keilmuan di rantau

berbahasa Melayu ini. Bagi Za’ba, bahasa adalah mencerminkan keunggulan budaya

kita dan jati diri bak kata pepatah, “Hilang bahasa lenyaplah bangsa”. Sumbangan

pemikiran beliau kepada bangsanya adalah banyak dan amat bererti. Sumbangan

pemikirannya dalam bidang budi pekerti dan agama, tentang ekonomi dan kemiskinan

orang Melayu adalah banyak dan telah dirakamkan serta dibicarakan dengan luas.

Walau bagaimanapun, sumbangannya yang paling besar ialah dalam bidang bahasa

Melayu. Minatnya dalam bidang ini sungguh besar dan bermula sejak awal-awal lagi.

Keazamannya untuk menulis sebuah buku nahu Melayu telah mula muncul dalam

fikirannya sejak beliau berumur dua belas tahun lagi. Dalam tahun 1918 lagi, sewaktu

bertugas sebagai guru bahasa Melayu di Malay College Kuala Kangsar, beliau telah

mula mengumpul senarai perkataan Melayu dalam tulisan Jawi. Dalam tahun 1924

pula, umpamanya, beliau telah menjemput sebilangan orang Melayu dari kalangan

pegawai kerajaan yang berpendidikan Inggeris datang ke Kuala Lumpur untuk

membantu menubuhkan sebuah "pan-Malayan Malay Literary Society" yang matlamat

utamanya ialah untuk menyatukan pelbagai kelainan sistem ejaan Melayu, di samping

memajukan perkembangan kesusasteraan Melayu moden. Tidak hairanlah kita

melihat bahawa sumbangan beliau adalah juga di dalam bidang ejaan, iaitu ejaan

Jawi, di samping sumbangan sebuah rumusan besar nahu Melayu (Pelita Bahasa

Melayu (1941) dalam tiga jilid), dan kaedah mengarang dalam bahasa Melayu (Kitab

Ilmu Mengarang Melayu (1951)). Adalah juga menjadi hasrat beliau untuk

menyumbangkan kepada bahasa Melayu sebuah kamus Melayu yang lengkap dalam

tulisan Jawi.

Malah ke arah melahirkan kamus Jawi itulah maka, sebagai langkah awal,

dilahirkannya sebuah sistem ejaan Jawi. Ini dinyatakannya sebagai tujuan kedua

penyusunan buku Daftar Ejaan Melayunya. Menurutnya, tujuan kedua itu ialah "...

hendak dibuat daripadanya sebuah kamus Melayu yang lengkap bagi pergunaan hari-

hari di antara ahli-ahli bahasa Melayu". Sehubungan dengan kaedah ejaan Jawi,

dalam tahun 1929, diterbitkannya Kitab Rahsia Ejaan Jawi (Pulau Pinang: The

Jelutong Press) dan dalam tahun 1931, telah dicetak sebahagian daripada buku yang

dinamakannya Rahsia Ejaan Jawi.) Menurut Za'ba, undang-undang ejaan Jawi yang

diberinya dalam buku Daftar Ejaan Melayu itu "hanyalah ringkasan atau pati daripada

apa-apa yang telah dipanjang-lebarkan di sana sahaja". Ertinya, pada tahun 1918

beliau memulakan projek pensenaraian kata-kata dalam tulisan Jawi; pada tahun

Page 24: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 24

1924 beliau mengambil inisiatif menubuhkan sebuah persatuan yang salah satu

matlamatnya ialah untuk menseragamkan ejaan Jawi; pada tahun 1931 beliau

merumuskan undang-undang ejaan Jawi dalam sebuah buku Rahsia Ejaan Jawi; dan

pada tahun 1938 beliau menyiapkan Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi). Kemuncak

yang diimpikannya ialah sebuah kamus lengkap bahasa Melayu dalam tulisan Jawi.

Pengenalan Haron Daud dalam awal pembicaraanya terhadap "Pemikiran dan

sikap Za'ba terhadap bangsa Melayu" mengakui Zainal Abidin Bin Ahmad atau lebih

dikenali ZA'BA adalah seorang pemikir Melayu dan tokoh reformis yang mempunyai

sumbangan yang besar dalam perkembangan dan pembangunan orang melayu.

Pendapatnya berasas merujuk dari usaha Za'ba menangani keadaan orang Melayu

dari aspek kemiskinan, pendidikan dan politik amat jelas dan mengemukakan

beberapa panduan untuk mengatasinya antaranya orang Melayu mesti mempunyai

kesedaran mengubah sikap dan mengutamakan ilmu. Segala telahan Za'ba terhadap

kemunduran dan kemiskinan orang Melayu adalah berdasarkan kepada pemerhatian

semasanya akibat dari pencerobohan British. Namun suasana ini tidak di fahami oleh

seluruh masyarakat dan segala sindirannya disalahertikan menghina bangsanya

sendiri sebaliknya beliau telah berusaha sedaya mungkin untuk kemajuan bangsanya

sama seperti tokoh lain yang sezaman dengannya seperti Syed Syeikh Al Hadi,

Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhammad. Namun membandingkan Za'ba

dengan kelebihan tokoh lain seperti Ishak Haji Muhammmad dan Ahmad Boestamam

dalam memperjuangkan keadaan bangsa Melayu ketika itu adalah tidak adil apatah

lagi jika tidak mengkaji secara teliti dan meluas kehidupan Zaba itu sendiri. Walaupun

mereka hidup sezaman masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk meluahkan

idealisme mereka. Za'ba misalnya memilih cara penulisan dan kegiatan sosial. Yang

pentingnya, dalam hati sanubari Za'ba mengakui dirinya seorang Melayu, beragama

Islam dan perjuangannya ialah untuk memajukan bangsanya didalam setiap lapangan

kehidupan mereka. Keinginannya ini membawa kepada sikapnya yang lebih

cenderung bersikap anti raja dan pembesar Melayu , anti kolonialisme British dan

perjuangan pembebasan untuk bangsa Melayu. Telahan penulis bahawa pendidikan

inggeris dan jawatan yang diperolehi Za'ba menjadi "untaian mutiara" yang

membawanya pro kepada British dan memandang rendah bangsa Melayunya boleh

dipertikaikan. Contohnya telahan Za'ba tidak sesuai mengkritik Inggeris pada ketika itu

adalah relevan iaitu:"....pada masa ini belum sekali-kali layak kita memajukan

perasaan demikian dan tiada faedahnya...". Pertamanya dilihat negeri Melayu ketika

Page 25: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 25

itu kurang pemimpin Melayu benar-benar memahami keadaan orang Melayu ketika

itu. Beberapa tokoh lain juga memperkatakan hal ini antaranya Ishak Haji

Muhammmad, seorang pemimpin Kesatuan Melayu Muda ada menyatakan bahawa:

"kegagalan pergerakan orang melayu sebelum perang adalah disebabkan oleh

ketiadaan pemimpin yang berkaliber" Segelintir sahaja yang berpendidikan seperti

Syed Syeikh Al Hadi memandang masa depan orang Melayu penting manakala yang

ramainya adalah dari golongan atasan atau elit walaupun berpendidikan Inggeris

tetapi secara sedar tidak pernah memahami kesengsaraan dan kekurangan orang

Melayu di luarbandar yang tercicir dari pelbagai aspek ini. Bagi Za'ba golongan raja-

raja dan pembesar adalah kolaborator kolonialisme British di sepanjang zaman

penjajahannya. Peranan sosial dan politik mereka bukannya melindungi rakyat malah

jadi penghalang utama kepada pembangunan pemikiran dan fizikal orang Melayu

sepertimana dalam bidang pendidikan yang menjadi aset penting untuk kemajuan dan

perkembangan sesuatu bangsa terabai. Tanpa ilmu, tidak mungkin seorang itu boleh

berlaku adil walaupun dia cuba berbuat demikian kerana kalaupun dia mahu

melaksanakan keadilan tetapi dia tidak tahu caranya disebabkan ilmunya terbatas .

dia boleh terdedah pada kesilapan secara tidak sedar. Tiada penyediaan mantap

untuk memimpin orang Melayu dan daifnya pemikiran golongan elit jelas dilihat pada

cemuhan Yam Tuan Negeri Sembilan terhadap orang melayu "....i do not like the idea

of the the children of rajas and chiefs sitting side by side with the children of people

who were once our slaves." Sikap golongan elit ini menyebabkan pendidikan terabai,

bahasa Melayu mundur, ekonomi Melayu tercicir di belakang ekonomi orang asing

dan politik Melayu terhina oleh penjajahan. Kesedaran tentang keprihalan ini telah

benar-benar mengesani jiwanya dan sikapnya ini jelas diperlihatkan pada awal

1920an. Oleh itu tidak salah beliau meletakkan segala kemunduran dan kekurangan

orang Melayu disebabkan kebodohan dan kesombomgan golongan raja dan

pembesar Melayu itu sendiri. Keduanya, berdasarkan pengalamanya sendiri samada

dari pengalaman pembacaannya dari luarnegeri seperti Encyclopaedia Of Islam

(1927) serta usahanya menyedarkan orang Melayu dalam bentuk sindiran melalui

penulisan telah mendapat tekanan dari golongan pemerintah tradisional dan kolonial

British contohnya pada tahun 1921 Za'ba dapat amaran lisan dari Raja Sir Chulan,

dituduh cuba menghasut para pembaca akhbar dan majalah melalui tulisan yang

bersifat anti kerajaan, disekat kenaikan gaji tahunannya, ditukar atau terbuang ke

jabatan karang mengarang SITC di Tanjung Malim 1924. Sebegitu juga tokoh yang

lain menerima nasib yang sama dalam suasana yang berbeza seperti Ahmad

Page 26: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 26

Boestamam di tahan beberapa tahun. Sebelum ini timbul persoalan bahawa "setiap

orang melayu yang berfikir dan mempunyai semangat kebangsaan tentu mengetahui

dasar dan sikap penjajah inggeris, tinggal lagi sejauhmanakah kesedaran dan

kesanggupan mereka serta langkah yang diambil untuk berhadapan denagan ranjau

inggeris". Dalam hal ini Za'ba memilih cara dalam bentuk penulisan dan kegiatan

sosial berbanding tokoh lain seperti Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhammad.

Segala penulisannya adalah dari segala pemerhatian dan penelitian yang mendalam

dan bentuk sindiran terhadap bangsanya yang mundur dan kekurangan semasa

kuasa kolonial amat dahsyat adalah alternatif untuk menyedarkan bangsanya kerana

bergerak bertentangan dengan arus yang deras meyebabkan diri kita dan orang lain

hanyut dan lemas. Segala sindirannya itu boleh jadi panduan pada generasi sekarang

sepertimana penyataan Datuk Senu "Jika ciri-ciri negatif ini benar, maka hal itu harus

ditinggalkan dan disingkirkan. Tidak guna kita menafikan atau menunjukkan

kemarahan kita terhadap pendapat dan tuduhan demikian. Sebaliknya biarkan

pendapat demikian mendorong kita mencari apakah sifat yang akan membolehkan

kita bertanding dengan orang lain." Dengan itu perjuangan Za'ba pada tahun 1920an

hingga 1930an adalah lebih kepada banyak bekerja contohnya menulis seberapa

banyak buku yang terdaya olehnya berkaitan dengan orang melayu untuk panduan

pada generasinya yang akan datang daripada banyak bercakap sahaja. Manakala

pujian Za'ba sepertimana juga Syed Al Hadi bahawa Inggeris adalah penyelamat

bangsa Melayu adalah telahan terawal mereka , merasakan British dapat menahan

akan gerak menggelunsur orang Melayu dari terus ketinggalan namun perkembangan

seterusnya tiada siapa dapat menentukan. Za'ba sendiri ada menjelaskan

kemudiannya kekejaman pemerintahan raja dan pembesar Melayu tidaklah berakhir

dengan perubahan pemerintahan kepada pihak British itu. Ini kerana institusi

pemerintahan tradisi dieksploitasi untuk kepentingan British. Oleh kerana itulah Sikap

anti kolonialisme British timbul sejak ia melibatkan dirinya secara serius dalam

penulisan rencana untuk akhbar tempatan pada 1917 dan merasakan orang British

atau orang Barat atau orang Nasrani atau kaum kafir musuh Islam. Penilaian mata

kasar penulis bahawa Za'ba bersekongkol dengan kolonial British berdasarkan

jawatannya sebagai seorang kakitangan di dalam pentadbiran kolonial adalah telahan

mengelirukan kerana sikap Za'ba telah jelas dan tegas iaitu membantu

masyarakatnya untuk mencapai kemajuan hidup di dalam berbagai lapangan sesuai

dengan perkembangan di kurun ke 20 ini. Iaitu berusaha dalam bentuk apa cara

asalkan ianya tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Adanya beliau dalam

Page 27: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 27

pentadbiran kerajaan dapat menyuarakan pendapatnya mengenai orang Melayu

khususnya dalam menyediakan pendidikan. Semuanya dilakukan supaya orang

Melayu dan muslim mempunyai ilmu dan pengetahuan yang sesuai dengan kehendak

Islam dan sesuai dengan tuntutan perkembangan zaman. Dan ianya senjata penting

didalam perjuangan untuk membebaskan orang Islam dari cengkaman penjajahan

Barat. Ingin saya nyatakan di sini bahawa Zaba, Abdullah Munshi, Syed Sheik Al Hadi

dan Ahmad Rashid Talu disifatkan sebagai golongan yang "selamat" tidak mengusik

atau memijak ranjau Inggeris. Gambaran saya mengenai hal ini semata-mata melihat

pengorbanan perjuangan seseorang tokoh berdasarkan tekanan fizikal sahaja seperti

dipenjarakan. Sebenarnya Walaupun Za'ba tidak dipenjarakan berbanding tokoh yang

lain tetapi beliau juga mengalami tekanan peribadi sepanjang perjuangannya seperti

penulisannya sentiasa diawasi oleh pihak kolonial, gaji dan jawatannya di tahan dan

ditukar kerja. Namun peluang ini diguna sebaik mungkin oleh Za'ba menyumbangkan

ideanya dalam bidang penulisan dari aspek bahasa Melayu khususnya. Dalam hal ini

tidak dinafikan sama sekali peranan tokoh seperti Ahmad Boestamam Dan Ishak Haji

Muhammad dalam perkembangan perubahan orang Melayu contohnya Ahmad

Boestamam telah terlibat secara langsung dalam banyak kegiatan politik tanah

Melayu pada tahun 1946-1948 seperti dalam PKMM, API, PUTERA dan AMCJA.

Manakala Za'ba tidak bergiat aktif dalam poltik pada tahun 1947 dan menjelaskan

bahawa:"Saya tidak percaya politik cara yang dijalankan dalam dunia sekarang akan

boleh atau pernah jadi lurus, bersih dan jujur, kebolehan istimewanya adalah

cenderung menulis dan mengarang keadaan fikiran dan ilmu pengetahuan. Namun

begitu beliau berjaya tubuhkan The Malay Literary Association Kuala Lumpur (1923).

Ianya gagal bergerak cergas tetapi ia merupakan satu proses penyatuan di kalangan

anak muda Melayu berpendidikan Inggeris sudah dimulakan oleh Za'ba iaitu

melahirkan Persatuan Guru-Guru Melayu. Adanya Sahabat Pena sehingga 1942

merupakan pertubuhan yang bukan saja tersusun rapi dari segi organisasi malah

tercapai hasratnya untuk melihat orang Melayu dan muslim bersatu berasaskan

konsep setanah Melayu di Semenanjung Melayu. Sukar membandingkan sejauhmana

tokoh ini berperanan kerana mereka bergerak dalam cara yang berbeza. Sekiranya

Za'ba dikatakan bersekongkol dengan kolonial British bagaimana pula hubungan

Ahmad Boestamam dengan Jepun. Beliau telah bekerja dengan Jepun dan dalam

masa yang sama cuba mendapat restu untuk bergiat dalam politik . keadaan ini

digunakan pula untuk menentang Jepun . Dilihat kedua-duanya melakukan yang

terbaik untuk kebaikan orang Melayu ketika itu. Za'ba berjaya meneruskan kegiatan

Page 28: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 28

beliau dengan cara menyesuaikan diri dengan kehendak masa dan keadaan ketika

itu. Antara di SITC mengasaskan pejabat penterjemah. Walaupun Kerja yang

dibuatnya sangat berat tetapi beliau berjaya menerbitkan buku siri buku teks (The

Malay Scholl Series ) terjemah dokumen penting dan sediakan enakmen untuk

pelbagai jabatan. Pada tahun 1929 beliau memulakan kelas bahasa Inggeris secara

sukarela untuk guru-guru muda di SITC dan terbit Buku Ilmu Bahasa ( 1927 ) dan

Rahsia Ejaan Jawi ( 1929 ). Usahanya tidak kenal putus asa walaupun kesihatan

terganggu dan atas nasihat doktor beliau berehat ke Indonesia. Peluang ini digunakan

untuk meneliti keadaan perkembangan orang Melayu misalnya mahukan perubahan

SITC sama seperti Balai Pustaka di Indonesia tetapi pendapatnya di tolak oleh

Winstedt. Begitu juga pemergiannya ke Universiti London pada tahun 1947 dalam

usia 52 tahun bukan bertujuan makan angin sepertimana telahan penulis sebaliknya

dengan ketepikan kesihatan diri semata-mata untuk menambahkan ilmu dalam bidang

bahasa dan khidmatnya kelak amat diperlukan untuk kemajuan pengajian bahasa

Melayu. terbukti kembalinya ke tanahair beliau menjadi satu-satunya tenaga pengajar

di Jabatan Pengajian Melayu dan membentuk Persekutuan Bahasa Melayu Universiti

Malaya 29 Januari 1955. Jelas disini Za'ba berjaya meneruskan kegiatan beliau

dengan cara menyesuaikan diri dengan kehendak masa dan keadaan ketika itu.

Ramai mengakui Za'ba adalah pendeta melayu yang tinggi semangat patriotismenya.

Namun gelaran pendita bukanlah kemahuan nya tetapi penilaian dan pengiktirafan di

atas segala usahanya kepada orang Melayu secara keseluruhannya. Bagi Za'ba : "To

me a man's value is only estimated by grandeur of his ideas and his achievement as

influencing the thought and destinies of mankind for good, not by the gradeur of his

'title' or by his own estimate of himself....." Pada peringkat awal (1916-1923), Za'ba

merupakan idealis yang berani mengkritik kelemahan pemerintah, golongan

pembnesar serta orang melayu secara terbuka melalui media umum. Manakala

Peringkat (1924 -1950), pengawasan yang rapi daripada pihak pemerintah

meyebabkan corak perjuangannya lebih sederhana dan pragmatis.

Walaubagaimanapun bentuk beliau menyemarakkan idea pemikirannya terhadap

bangsa melayu ketika itu tidaklah menjadi persoalan besar, pokoknya usahanya dan

sumbangannya mesti dikaji kerana semuanya itu dapat menyemaikan bibit-bibit

semangat cintakan negara dan bangsa Melayu untuk bebas dari kongkongan

pemerintah tradisional dan kolonial British khusus kepada generasi muda hari ini yang

jauh dan buta daripada perjuangannya itu.

Page 29: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 29

MOHD ASRAF BIN HJ. ABD. WAHAB (11.6.1927 hingga 6.11.1999)

Mohd Asraf bin Hj. Abd. Wahab (Asraf) dilahirkan di Kampung Asam Jawa,

Kuala Selangor. Pendidikan diperolehnya di sekolah Melayu di kampungnya (hingga

1937), High School Klang, Batu Road School, Kuala Lumpur, dan Victoria Institution

(hingga 1949). Beliau pernah menjadi pemberita dan anggota Sidang Pengarang di

Utusan Melayu, Singapura (hingga 1957), kemudian menjadi pengarang, ketua

pengarang, dan pengurus di Oxford University Press. Beliau pernah bertugas sebagai

perunding, pengurus redaksi, dan pengarah eksekutif firma McGraw Hill Far Eastern

Publisher (1973-1977), dan kemudiannya menubuhkan syarikat penerbitan sendiri,

Analekta Sdn. Bhd. (1977).

Asraf mengetuai Asas 50 (1953) dengan konsep “Seni untuk Masyarakat”.

Beliau pernah menjadi Setiausaha Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III (1956)

dan panitia Lembaga Bahasa Melayu Singapura. Beliau dianggap sebagai perintis

kerjasama bahasa Melayu serantau kerana mengusulkan sistem ejaan bersama

Malaysia-Indonesia dalam Kongres itu. Beliau juga mengajarkan tatabahasa dan gaya

bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia dan di Kolej Tunku Abdul Rahman.

Pada awalnya beliau menumpukan perhatian kepada penulisan karya sastera

yang bercorak kreatif, rencana dan kritikan. Pada awal 1970-an, barulah beliau

mengkhusus dalam bidang bahasa. Beliau menghasilkan buku tatabahasa Melayu,

antaranya Mari Kita Belajar Bahasa Buku 1, Kamus Progresif (Inggeris-Melayu), dan

Bahasa Malaysia Baku KBSM. Huraiannya tentang empat pola ayat inti telah diterima

dan dilaksanakan dalam sukatan pelajaran KBSR dan KBSM. Beliau turut terlibat

dengan pembentukan sebutan baku bahasa Melayu (1980-an), menjadi pakar runding

di Dewan Bahasa dan Pustaka, terlibat dengan projek Kamus Pelajar dan Kamus

Inggeris-Melayu Dewan.

Beliau dianugerahi Ijazah Sarjana Sastera Kehormat oleh Universiti

Kebangsaan Malaysia (1983), dan Anugerah Tokoh Pejuang Bahasa Sepanjang

Masa oleh Persatuan Linguistik Malaysia (1997).

Page 30: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 30

Chomsky

Kalau kita menilai pandangan atau teori yang dikemukakan tokoh linguistik

abad ke-20 yang paling berpengaruh, iaitu Noam Chomsky, kita akan menjurus

kepada pandangan yang hampir sama. Kita akui bahawa Chomsky merupakan

seorang ahli linguistik yang memberi fokus kepada sistem formal bahasa, khususnya

komponen sintaksis. Walaupun demikian, dia tidak dapat mengelak daripada

bersetuju bahawa bahasa itu tidak hanya terdiri daripada sistem formal sahaja kerana

bahasa juga harus dilihat daripada aspek psikososialnya atau budaya berbahasanya.

Bahasa tidak dapat lari daripada aspek pengguna dan situasi penggunaannya, dan

apabila proses komunikasi dan pengguna diambil kira, bahasa akan melibatkan juga

aspek parole.

Chomsky menamakan dua komponen pengetahuan atau kecekapan bahasa ini

sebagai kecekapan linguistik dan kecekapan pragmatik. Bagi Chomsky, kecekapan

linguistik merujuk sistem formal sesuatu bahasa dan kecekapan pragmatik merujuk

peraturan sosial atau kemasyarakatan yang harus dipatuhi oleh seseorang pengguna

bahasa semasa menggunakan bahasa dalam situasi yang berbagai-bagai, dan

dengan tujuan yang berbagai-bagai pula.

Noam Chomsky

Page 31: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 31

Widdowson

Seorang lagi tokoh yang ingin dibicarakan di sini ialah Widdowson, iaitu penulis

buku yang bertajuk Teaching Language as Communication yang telah diterbitkan

pada tahun 1979. Pada hemat saya, Widdowson seorang yang penting dalam bidang

linguistik dan pedagogi bahasa. Pandangan atau teori yang telah dikemukakan

olehnya telah dijadikan prinsip atau falsafah yang menunjangi Kaedah Komunikatif

dalam pendidikan bahasa, dan kaedah ini menjadi kaedah utama atau teras dalam

perancangan dan pelaksanaan program pendidikan bahasa. Untuk mendapatkan

gambaran yang lebih lanjut tentang pandangan Chomsky berhubung dengan keduaan

komponen pengetahuan bahasa, sila lihat karya Rudolf P. Botha (1990:75) bertajuk

Challenging Chomsky: The Generative Garden Game.99.

Malaysia, sama ada pendidikan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama atau

pendidikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua, termasuk juga pendidikan bahasa-

bahasa lain.Menurut Widdowson, pengetahuan bahasa dapat ditakrifkan sebagai

terdiri daripada dua jenis pengetahuan yang saling melengkapi, iaitu use dan usage.

Use merujuk pengetahuan tentang aspek-aspek kenahuan yang terdapat dalam

sesuatu bahasa, manakala usage merujuk pengetahuan tentang cara berkomunikasi

yang berkesan dalam situasi penggunaan bahasa yang sebenar. Bagi Widdowson

dan mereka yang mendokong pandangannya, pengetahuan tentang use yang tidak

disertai dengan pengetahuan tentang usage tidak mungkin menjadikan sesorang

pelajar itu pengguna bahasa yang berkesan, iaitu pengguna yang mampu

mengutarakan pandangan atau hasratnya secara berkesan.

Henry G Widdowson

Page 32: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 32

Daripada pelbagai pandangan yang telah dikemukakan dalam bahagian ini

dapat kita merumuskan bahawa sesuatu program pengajaran dan pembelajaran

bahasa akan hanya dapat menjadi program yang berkesan, bermanfaat dan berfungsi

apabila program tersebut merangkumkan kedua-dua aspek pengetahuan bahasa,

iaitu sistem nahunya dan aspek keberkesanan penggunaannya. Ini disebabkan

kedua-dua bentuk pengetahuan bahasa ini diperlukan dalam proses lakuan bahasa

yang berkesan, sama ada dalam proses penghasilan output atau pemahaman input

bahasa.

Pandangan-pandangan yang telah dikemukakan dalam bahagian-bahagian di

atas memperlihatkan kepada kita bahawa kurikulum sesuatu program pendidikan

bahasa yang terbaik ialah sebuah kurikulum yang merangkumkan kedua-dua aspek

pengetahuan bahasa secara utuh dan seimbang. Pada hemat saya, kedua-dua

bentuk pengetahuan ini dapat kita takrifkan sebagai dua bentuk peraturan, iaitu

peraturan sintagmatik dan paradigmatik. Sintagmatik merujuk peraturan penyusunan

bahan bahasa secara linear atau mandatar, manakala paradigmatik pula merujuk

ketrampilan para pengguna bahasa memilih output bahasa yang paling sesuai untuk

digunakan dalam keperihalan keadaan tertentu untuk memenuhi tujuan komunikasi

yang khusus.Bahan pengajaran bahasa yang terbaik ialah bahan yang dapat

menyediakan para pelajar dengan pengetahuan tentang peraturan sintagmatik dan

paradigmatik, iaitu kemahiran nahu dan kemahiran memilih bahan yang bersesuaian

dengan sesuatu suasana komunikasi. Pengetahuan bahasa yang menyeluruh ialah

pengetahuan yang akan memungkinkan seseorang pengguna bahasa membentuk

kata, frasa dan ayat yang gramatis, dan juga kemahiran untuk menentukan pilihan

yang tepat bagi membolehkan seseorang pengguna bahasa menyatakan sesuatu

maksud secara wajar.

Jelaslah kepada kita bahawa program pendidikan bahasa yang terbaik

merangkumkan kedua-dua aspek pengetahuan bahasa. Walaupun pentakrifan ini kita

yakini sebagai benar, dan kita juga meyakini bahawa keperluan kepada kedua-dua

komponen pengetahuan bahasa ini sebagai sine qua non dalam mewujudkan

golongan rakyat Malaysia yang dapat berbahasa Melayu secara jelas dan harmoni,

tetapi usaha ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang dapat memenuhi kualiti

berbahasa yang baik ini masih belum begitu jelas

Page 33: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 33

Kesimpulan

Kepelbagaian dalam kehidupan masyarakat Malaysia hanya diikat oleh satu

kesamaan, iaitu Bahasa Kebangsaan yang sama. Bahasa Melayulah satu-satunya

saham yang kita ada untuk mengekalkan integrasi dan integriti nasional. Dengan

demikian, saya mencadangkan kurikulum pendidikan bahasa Melayu distrukturkan

semula untuk mewujudkan sebuah program yang lebih utuh dan menyeluruh.

Program pendidikan bahasa Melayu harus ditangani secara gestalt. Sumbangan

Za’ba begitu besar kepada orang Melayu sehinggakan beliau sumbangan yang besar

nilainya kepada orang Melayu dalam bidang pendidikan, sosial, ekonomi, bahasabagi

bahasa Melayu, Za’ba jasa dan sumbangan Za’ba dalam bidang bahasa Bahasa,

Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Sumbangan sebuah rumusan besar nahu

Melayu (Pelita Bahasa Melayu (1941) dalam tiga jilid) telah membawa perubahan

yang besar kepada dunia linguistik Melayu. Menurut Za’ba diPeranan Za'ba Dalam

Mengasaskan Teknik Tulisan Jawi Diri, Faktor Waktu Dan Faktor Tempat Bertugas

Dalam Kerjaya Za'ba. Oleh yang demikian bangsa Melayu amat terhutang budi

kepada Pendeta Za’ba atas segala jasa dan ketokohannya. Beliau nyata telah

memberi sumbangan yang cukup besar lagi bermakna terhadap Bahasa Melayu.

Buku mengenai Za'ba yang wujud sekarang adalah untuk menghargai sumbangan

pendita Za’ba untuk mengenang jasa beliau kepada perkembangan Bahasa Melayu.

Ilmu Mengarang Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1965. dan

Perbelanjaan Petani dan Pekerja E Sumbangan Pekerja dan Petani Kepada terbesar

Pendeta Za’ba yang menggabungkan tiga jilid “Pelita Bahasa Melayu” yang sebagai

bapa tatabahasa Melayu moden patut didedahkan kepada murid. Sumbangan besar

Za’bapula dengan pertukaran nama kepada Pakatan Bahasa Melayu.

Page 34: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 34

REFLEKSI

WAN AIZAIDI BIN WAN ZAKARIA

PPG 2011192360193

Pada hemat saya, Widdowson seorang yang penting dalam bidang linguistik

dan pedagogi bahasa. Pandangan atau teori yang telah dikemukakan olehnya telah

dijadikan prinsip atau falsafah yang menunjangi Kaedah Komunikatif dalam

pendidikan bahasa, dan kaedah ini menjadi kaedah utama atau teras dalam

perancangan dan pelaksanaan program pendidikan bahasa, khususnya di Malaysia,

sama ada pendidikan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama atau pendidikan

bahasa Melayu sebagai bahasa kedua, termasuk juga pendidikan bahasa-bahasa

lain.

Menurut Widdowson, pengetahuan bahasa dapat ditakrifkan sebagai terdiri

daripada dua jenis pengetahuan yang saling melengkapi, iaitu use dan usage. Use

merujuk pengetahuan tentang aspek-aspek kenahuan yang terdapat dalam sesuatu

bahasa, manakala usage merujuk pengetahuan tentang cara berkomunikasi yang

berkesan dalam situasi penggunaan bahasa yang sebenar. Bagi Widdowson dan

mereka yang mendokong pandangannya, pengetahuan tentang use yang tidak

disertai dengan pengetahuan tentang usage tidak mungkin menjadikan sesorang

pelajar itu pengguna bahasa yang berkesan, iaitu pengguna yang mampu

mengutarakan pandangan atau hasratnya secara berkesan. Daripada pelbagai

pandangan yang telah dikemukakan dalam bahagian ini dapat saya merumuskan

bahawa sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa akan hanya dapat

menjadi program yang berkesan, bermanfaat dan berfungsi apabila program tersebut

merangkumkan kedua-dua aspek pengetahuan bahasa, iaitu sistem nahunya dan

aspek keberkesanan penggunaannya. Ini disebabkan kedua-dua bentuk pengetahuan

bahasa ini diperlukan dalam proses lakuan bahasa yang berkesan, sama ada dalam

proses penghasilan output atau pemahaman input bahasa.

Namun begitu, saya tidak meremehkan usaha-usaha yang dijalankan oleh pejuang-pejuang bahasa Melayu yang unggul terutamanya Za’ba. Beliau menghasilkan beberbapa buah buku tentang peraturan bahasa Melayu yang dijadikan rujukan utama ahli bahasa selepasnya seperti Ilmu Mengarang Melayu (1934) yang mengandungi 16 bab, memuatkan hal-hal mengarang, gaya bahasa Melayu dan bukan Melayu, pemindahan bahasa, ragam bahasa, peribahasa, puisi dan prosa, kata-kata pinjaman daripada bahasa asing, dan loghat daerah. Selain itu Pelita Bahasa Melayu I (1940) yang membicarakan nahu Melayu dalam tulisan Rumi. Beliau

Page 35: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 35

juga turut mengarang buku Pelita Bahasa Melayu II (1940) yang menghuraikantentang karang-mengarang bagi peringkat rendah. Tambahan pula beliau membuat huraian tentang karang-mengarang bagi peringkat tinggi dalam bukunya Pelita Bahasa Melayu III (1940). Banyak lagi sumbangan beliau yang memberi manfaat kepada kita semua. Ini termasuklah Daftar Ejaan Melayu (1941) yang memuatkan daftar perkataan Melayu dengan ejaan Jawi dan Rumi, serta peraturan ejaannya.

Sesungguhnya kerja kursus ini telah membuka mata saya tentang betapa besarnya sumbangan tokoh-tokoh linguistik terdahulu dalam memartabatkan bahasa terutamanya bahasa Melayu. Selain daripada memberi kesedaran kepada saya, ilmu yang saya peroleh ini akan dikongsikan bersama rakan-rakan yang tidak mengikuti program ini. Kekangan yang saya hadapi sepanjang mengikuti program ini tidak setanding dengan manfaat dan ilmu yang saya peroleh. Saya juga berkeyakinan penuh bahawa pakar-pakar linguistik pada masa kini telah menjadikan tokoh-tokoh yang telah dibincangkan sebagai sumber rujukan. Begitu juga pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah terutamanya dalam mata pelajaran bahasa Melayu kebanyakannya bersumberkan hasil kajian dan dapatan mereka. Akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, rakan sekumpulan dan rakan-rakan sekelas yang saling bekerjasama dalam menyiapkan tugasan ini. Semoga ilmu ini tidak hanya saya pelajari tetapi dipraktikkan di dalam bilik darjah kelak. Sekian, terima kasih.

Page 36: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 36

REFLEKSI

ZAINI BIN MOHD ENDOT

PPG 2011192360199

Kalau kita menilai pandangan atau teori yang dikemukakan tokoh linguistik abad ke-20 yang paling berpengaruh, iaitu Noam Chomsky, kita akan menjurus kepada pandangan yang hampir sama. Saya akui bahawa Chomsky merupakan seorang ahli linguistik yang memberi fokus kepada sistem formal bahasa, khususnya komponen sintaksis. Walaupun demikian, dia tidak dapat mengelak daripada bersetuju bahawa bahasa itu tidak hanya terdiri daripada sistem formal sahaja kerana bahasa juga harus dilihat daripada aspek psikososialnya atau budaya berbahasanya. Bahasa tidak dapat lari daripada aspek pengguna dan situasi penggunaannya, dan apabila proses komunikasi dan pengguna diambil kira, bahasa akan melibatkan juga aspek parole, sepertimana yang telah disebutkan dalam bahgian-bahagian di atas.

Menyedari hakikat ini, Chomsky sendiri terpaksa mengakui bahawa bahasa memang terdiri daripada dua komponen pengetahuan, dan Chomsky menamakan dua komponen pengetahuan atau kecekapan bahasa ini sebagai kecekapan linguistik dan kecekapan pragmatik. Bagi Chomsky, kecekapan linguistik merujuk sistem formal sesuatu bahasa dan kecekapan pragmatik merujuk peraturan sosial atau kemasyarakatan yang harus dipatuhi oleh seseorang pengguna bahasa semasa menggunakan bahasa dalam situasi yang berbagai-bagai, dan dengan tujuan yang berbagai-bagai pula.

Pandangan-pandangan yang telah dikemukakan dalam bahagian-bahagian di atas memperlihatkan kepada kita bahawa kurikulum sesuatu program pendidikan bahasa yang terbaik ialah sebuah kurikulum yang merangkumkan kedua-dua aspek pengetahuan bahasa secara utuh dan seimbang. Pada hemat saya, kedua-dua bentuk pengetahuan ini dapat kita takrifkan sebagai dua bentuk peraturan, iaitu peraturan sintagmatik dan paradigmatik. Sintagmatik merujuk peraturan penyusunan bahan bahasa secara linear atau mandatar, manakala paradigmatik pula merujuk ketrampilan para pengguna bahasa memilih output bahasa yang paling sesuai untuk digunakan dalam keperihalan keadaan tertentu untuk memenuhi tujuan komunikasi yang khusus.

Hasil huraian ini menjadi model penting untuk guru bahasa, iaitu menjadi isi atau bahan pengajaran yang akan disampaikannya kepada pelajar. Guru dapat melengkapkan dirinya untuk menjadi guru bahasa yang berkesan jika ia mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam linguistik kerana ia akan berupaya mengajar struktur-struktur bahasa dengan betul dan dapat mendeskripsi bahasa dengan tepat.

Page 37: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 37

Dengan adanya pengetahuan tersebut, guru akan dapat mengenal pasti segala kesilapan yang dilakukan oleh pelajarnya. Huraian bahasa yang disumbangkan oleh ahli-ahli linguistik teoritis, teori-teori pembelajaran dan manifestasi penggunaan bahasa dalam masyarakat akan membantu guru dalam pengajarannya. Kekangan yang saya hadapi ketika ingin menyiapkan tugasan ini adalah kerana salah seorang daripada ahli kumpulan saya merupakan pelajar dari Kuantan, Pahang dan kami terpaksa berhubung menggunakan telefon dan e-mel bagi menyiapkan tugasan ini. Namun begitu, ia merupakan suatu cabaran dan saya anggap ia sebagai perjuangan yang saya terpaksa hadapi dengan gagah dan cekal. Alhamdulillah, berkat kesabaran kami semua yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna. saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami yang telah memberikan tunjuk ajar sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Semoga ilmu ini dapat saya manfaatkan dengan sebaik mungkin. Sekian,terima kasih.

Page 38: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 38

REFLEKSI

ZUL AZMI BIN SAAD

PPG 2011192360209

Saya begitu tertarik dengan sumbangan salah seorang tokoh linguistik iaitu De Saussure. Beliau telah mentakrifkan pengetahuan bahasa sebagai suatu entiti yang utuh atau menyeluruh, iaitu sebagai entiti yang terdiri daripada dua komponen pengetahuan, iaitu pengetahuan tentang langue dan pengetahuan tentang parole. Langue merujuk pengetahuan tentang sistem formal sesuatu bahasa, iaitu sistem fonologi, morfologi dan sintaksis, manakala parole merujuk pengetahuan tentang cara berbahasa atau cara menyampaikan pandangan dalam keperihalan keadaan yang berbagai-bagai. Dapatlah kita katakan bahawa menurut pandangan atau teori linguistik yang telah dikemukakan oleh De Saussure, pendidikan bahasa yang menyeluruh ialah program pendidikan bahasa yang merangkumi kedua-dua aspek pengetahuan bahasa, iaitu aspek-aspek yang berkaitan dengan peraturan formal atau sistem formal sesuatu bahasa, dan juga aspek-aspek yang berkaitan dengan peraturan penggunaan bahasa dalam situasi yang berbagai-bagai.

Namun begitu saya juga mengagumi ketokohan Za’ba. Banyak sumbangan

yang telah beliau taburkan dalam memperkembang bahasa Melayu khususnya. Oleh

yang demikian bangsa Melayu amat terhutang budi kepada Pendeta Za’ba atas

segala jasa dan ketokohannya. Beliau nyata telah memberi sumbangan yang cukup

besar lagi bermakna terhadap Bahasa Melayu. Buku mengenai Za'ba yang wujud

sekarang adalah untuk menghargai sumbangan pendita Za’ba untuk mengenang jasa

beliau kepada perkembangan Bahasa Melayu.

Berdasarkan kenyataan di atas, dapatlah kita katakan bahawa bahan

pengajaran bahasa yang terbaik adalah bahan yang dapat menyediakan para pelajar

dengan pengetahuan tentang peraturan sintagmatik dan paradigmatik, iaitu kemahiran

nahu dan kemahiran memilih bahan yang bersesuaian dengan sesuatu suasana

komunikasi. Pengetahuan bahasa yang menyeluruh ialah pengetahuan yang akan

memungkinkan seseorang pengguna bahasa membentuk kata, frasa dan ayat yang

gramatis, dan juga kemahiran untuk menentukan pilihan yang tepat bagi

membolehkan seseorang pengguna bahasa menyatakan sesuatu maksud secara

wajar.

Page 39: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 39

Daripada pandangan-pandangan yang telah dikemukakan dalam bahagian-bahagian di atas, jelas kepada kita bahawa program pendidikan bahasa yang terbaik merangkumkan kedua-dua aspek pengetahuan bahasa. Walaupun pentakrifan ini kita yakini sebagai benar, dan kita juga meyakini bahawa keperluan kepada kedua-dua komponen pengetahuan bahasa ini sebagai sine qua non dalam mewujudkan golongan rakyat Malaysia yang dapat berbahasa Melayu secara jelas dan harmoni, tetapi usaha ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang dapat memenuhi kualiti berbahasa yang baik ini masih belum begitu jelas. Sine qua non ialah frasa daripada bahasa Latin. Ia bermaksud, sesuatu faktor itu merupakan syarat utama yang harus ada, dan kalau syarat atau faktor itu tiada, perkara yang dihajati tidak akan berlaku.Pelbagai kekangan yang saya hadapi sepanjang menyiapkan tugasan ini saya tempuhi dengan tabah. Antaranya membahagikan masa dengan tugas rasmi saya di sekolah sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Pengalaman menyiapkan tugasan ini telah membuka mata saya terhadap tokoh-tokoh linguistik terdahulu. Semoga saya dapat menggunakan apa yang saya belajar di sini di dalam bilik darjah kelak. Sekian, terima kasih.

Page 40: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 40

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS.

NAMA PELAJAR : WAN AIZAIDI BIN WAN ZAKARIA

PPG 2011192360193

NAMA PELAJAR : ZAINI BIN MOHD ENDOT

PPG 2011192360199

NAMA PELAJAR : ZUL AZMI BIN SAAD

PPG 2011192360209

SEMESTER : EMPAT

KUMPULAN : BMJ

KURSUS : BMM 3107 ( PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU )

PENSYARAH : DR ABD MURAD BIN SALLEH

TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN KOMEN TANDATANGAN

20.02.13 Berbincang tentang pembahagian

tugas.

Ketiga-tiga orang ahli

bersetuju dan

bersepakat dengan

agihan tugas yang

telah diberikan.

26. 02.13 Menelefon rakan-rakan dalam

kumpulan untuk bertanyakan

tentang perkembangan tugasan

yang telah diberikan.

Ketiga-tiga rakan yang

dihubungi

memaklumkan

bahawa mereka

sedang mencari

maklumat.

03.03.13 Meminta pandangan rakan-rakan di

dalam kelas ini tentang cara menulis

refleksi.

Menerima pelbagai

pendapat dan

pandangan daripada

rakan-rakan sekelas.

20.3.13 Menghantar e-mel untuk

bertanyakan pendapat rakan-rakan

tentang hasil kerja yang telah siap.

Rakan-rakan

sekumpulan telah

berpuas hati dengan

hasil kerja yang telah

siap.

Page 41: Bmm3107 pengantar linguistik

BMM 3107 Page 41

Bibiliografi

Asmah Haji Omar. 2002. “Pengenalan” Ilmu Mengarang Melayu Edisi Ejaan Rumi

Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. 2004. Sumbangan Pemikiran Za’ba Dalam Pelanjutan Tradisi

Linguistik Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azeman Ariffin. 1990. Mempelopori Persuratkhabaran Melayu Moden. Kuala Lumpur:

Utusan Malaysia.

Bakiah Haji Thani. 1985. Imbuhan Pasif BM: Masalah Penggunaan Dan Cara-Cara

Mengatasi . Serdang: Jabatan Bahasa, Fakulti Pengajian Pendidikan,UPM.

Buku Cenderamata Sempena Majlis Jamuan Makan Malam dan Perasmian Seminar

Kebangsaan Memartabatkan Warisan Pendeta Za’ba.2004. Petaling Jaya: Yayasan

Pendeta Za’ba.

Dharmawijaya & Kamaruzaman Kadir. 2004. “Perjuangan Za’ba Memartabatkan

Bahasa Melayu”. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Memartabatkan Warisan

Pendeta Za’ba (15-16 September 2004), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Ismail Salleh. 2001. Sejarah Bahasa: Tatabahasa Za’ba Dalam Perspektif Sejarah

Penulisan Tatabahasa Bahasa Melayu. Seremban: Lembaga Muzium Negeri

Sembilan.

Pendeta Za’ba (15-16 September 2004), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,

hlm.80.

Persatuan Penulis Negeri Sembilan. 1990. Biografi Penulis Negeri Sembilan Darul

Khusus: Edisi Pertama. Seremban: Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri

Sembilan.

Taib Osman & Wan Abu Bakar Wan Abas. 2004. “Penghayatan Karya Pendeta Za’ba:

Ilmu Mengarang Melayu”. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Memartabatkan Warisan

Pendeta Za’ba (15-16 September 2004), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Zainal Abidin Ahmad. 1958. Pelita Bahasa Melayu Penggal I: Permulaan Nahu

Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.