penghantar linguistik

25

Upload: api-3740802

Post on 07-Jun-2015

8.284 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penghantar Linguistik
Page 2: Penghantar Linguistik

1© Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif

www.karyanet.com.my BAHASA

IBahasa

Apa itu bahasaBahasa adalah satu fenomena penting dalam hidup kita.Kebanyakan kita hanya menganggap kebolehan bertutur itusebagai salah satu kebolehan asasi manusia tanpamempersoalkan sama ada ia merupakan kebolehan semula jadimanusia ataupun yang dipelajari. Sebenarnya kebolehanbertutur itu adalah satu keanehan. Berbeza dengan kebolehanberjalan, manusia bertutur dipengaruhi oleh masyarakat yangberada disekelilingnya. Sekiranya masyarakat itu dihapuskan,kanak-kanak itu akan terus berjalan tetapi tidak bertutur.Sekiranya ia diletakkan dalam satu masyarakat lain, ia akanterus berjalan dan seterusnya menuturkan bahasamasyarakatnya yang baru itu. Ini menunjukkan bahawa berjalan

BAB

Page 3: Penghantar Linguistik

PENGANTAR LINGUISTIK AM www.karyanet.com.my

© Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif2

adalah fungsi biologi tubuh badan secara naluri, tetapi pertuturanadalah fungsi kebudayaan yang harus dipelajari.

Jika diteliti akan cara orang bertutur tentang bahasa, kitasering mendapati bahawa bahasa itu sering dianggap sebagaisuatu alat yang boleh dipunyai, diperoleh malah dihalangi. Ahli-ahli linguistik pula sering memperkatakan mengenai bahasasebagai sesuatu yang berlaku seolah-olah ia suatu objek sepertijam loceng yang mempunyai struktur dalaman yang bolehdikaji. Anggapan sebegini tidaklah tepat kerana bahasa ituseringkali dirujuk sebagai organisma yang hidup.

Mengikut Pit Corder dalam bukunya Introducing AppliedLinguistic:

“We speak about the birth of the language,

of its growth, development and decline. Lan-

guage have periods of blossoming and flower-

ing; they are related to each other in families,

or descended from each other. They are living

or dead. They also have physical and moral

qualities; they are beautiful, ugly, vulgar,

based or decadent”.

Petikan di atas bermaksud, ‘Bahasa itu dikatakan lahir,tumbuh, berkembang dan merosot. Ada masanya bahasa itumenguntum, dan berbunga, berkeluarga dan berketurunan sertamempunyai kualiti moral dan fizikal seperti ia cantik, buruk,kasar, rendah atau lapuk’.

Di samping itu, bahasa juga dianggap unik kerana bolehdigunakan untuk menulis, membaca dan berkomunikasi. Inimemberi pengertian bahawa bahasa dianggap sebagai satukelakuan mahir (skilled behaviour) yang terpaksa dipelajari.

Page 4: Penghantar Linguistik

3© Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif

www.karyanet.com.my BAHASA

Manusia tidak lahir dengan kebolehan bertutur danmemahami bahasa. Sebaliknya manusia harus mempelajariuntuk menguasainya. Adalah jelas bahawa kelakuan bahasaadalah suatu kemahiran yang kompleks yang sukar dikuasai olehseorang bayi dalam satu tempoh masa yang singkat. Mengikutahli bahasa dan ahli psikologi, manusia dilahirkan dengan satukebolehan belajar khusus yang ditentukan secara genetic. Adajuga yang berpendapat bahawa kebolehan menguasai bahasaitu hanyalah satu fungsi dari kapasiti-kapasiti kognitif ammanusia yang memungkinkan mereka belajar.

Bahasa yang digunakan dalam pertuturan merupakan satualat perhubungan penting dalam kehidupan manusia seharian.Walaupun ia merupakan satu alat yang begitu kompleks, bahasadapat digunakan dengan kod-kod tertentu sahaja. Ia tidak pulamenjadi satu-satunya sahaja cara manusia berhubung. Manusiaboleh berhubung melalui gerak-geri simbol atau kod telegraf,muzik dan lain-lain, tetapi yang paling sempurna sekali ialahmelalui perantaraan bahasa. Bahasa menggunakan bunyi suara.Daripada bunyi suara itulah pula diterbitkan lambang-lambangvisual berlainan yang boleh digambarkan di atas kertas dan lain-lain seperti tulisan dan isyarat.

Untuk memahami apa itu bahasa, kita perlu jugameninjaunya dari segi fungsinya sebagai fenomena sosial.Menguasai apa yang diakui sebagai alat yang kompleks tidakberguna sekiranya penilaian dan penggunaannya tersendiri tidakdiambil peduli oleh masyarakat sekelilingnya. S. Pit Cordermenjelaskan ‘People sometimes even actually call language atool’. Maksudnya ia digunakan untuk menghubungkan seseorangindividu dengan individu yang lain dalam sesebuah masyarakat.Seseorang penutur akan bersikap bersahaja atas sebab audiennyatidak mendapat tindak balas. Ini terjadi sekiranya si penutur

Page 5: Penghantar Linguistik

PENGANTAR LINGUISTIK AM www.karyanet.com.my

© Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif4

tidak memperhitungkan sifat-sifat dan kelakuan si pendengarbiarpun kedua-duanya menggunakan bahasa.

Bahasa daripada pendekatan yang kedua ini menjadikannyasuatu peristiwa sosial. Ia tidak akan dapat dihuraikan sepenuhnyasekiranya pihak yang terlibat di dalam bidang ini iaitu mengenaikeperibadian, kepercayaan, sikap-sikap, pengetahuan tentangdunia perhubungan antara satu sama lain, status sosial, aktivitiyang sertai, tentang apa yang diperkatakan dan peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelumnya, secara linguistik dan secarabukan linguistik, apa yang berlaku selepasnya, di mana merekaberada dan sejumlah fakta-fakta lain dan mengenai situasi itutidak diambil kira.

Bahasa adalah keupayaan sesuatu kumpulan. Ini bermaksudbahawa kita hanya boleh berhubung dengan orang lain jika kitaberkongsi suatu set cara-cara berkelakuan yang ‘dipersetujui’.Lebih jelas lagi, bahasa boleh dikatakan satu alat perhubunganantara seseorang itu dengan orang lain. Inilah salah satu fungsibahasa yang diperkatakan oleh S. Pit Corder dalam bukunyaIntroducing Applied Linguistic:

“Language is a means of communication: by

which man communicates; a system of com-

munication; for the purpose of communica-

tion”.

Bahasa juga adalah satu alat perhubungan yang mempunyaisifat-sifat yang universal. Bahasa merupakan milik manusia yangterpenting dan ia jugalah yang membezakan di antara manusiadengan makhluk yang lain. Manusia menggunakan bahasa sebagaialat untuk berhubung, melahirkan pandangan, perasaan danpendapat, menyampaikan ilmu pengetahuan dan sebagainya

Page 6: Penghantar Linguistik

5© Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif

www.karyanet.com.my BAHASA

dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Bahasa itu seringdianggap sebagai alat yang boleh dipunyai, diperoleh dan bolehjuga terhapus.

Bahasa diketahui lahir dan berkembang melalui masa.Perkembangan sesuatu bahasa itu pula bergantung kepadapenggunaan dan usaha memperkayakannya. Satu bahasa, jikatidak berkembang dan maju, bolehlah dianggap sudah pupus.Satu ketika dahulu bahasa-bahasa seperti bahasa Yunani Kuno,bahasa Latin dan bahasa Sanskrit merupakan bahasa yangdikagumi pada peringkat awal tamadun manusia tetapi tidakdigunakan lagi pada masa kini.

Terdapat pelbagai pendapat telah diperkatakan tentangbahasa. Malah pendapat-pendapat di kalangan ahli bahasa jugadidapati berbeza-beza tetapi pada maksud dasarnya masihsama. Bahasa dianggap oleh ahli-ahli bahasa sebagai sistemlambang-lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alatperhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Ianyabermaksud, bahasa tidak lain merupakan alat yang digunakanoleh sesebuah kumpulan atau kelompok masyarakat dengantujuan untuk berhubung.

Bahasa yang digunakan oleh kelompok masyarakat itu pulaberbeza di antara satu dengan yang lain. Apabila dua orangberkomunikasi, mereka akan menggunakan bahasa yang samasebagai alat untuk berhubung. Oleh sebab bahasa itu digunakan,alat-alat artikulasi memainkan peranan yang penting untukmengeluarkan bunyi bahasa secara sistematik dan dalam linguistikbunyi-bunyi ditafsir sebagai lambang. Ini kerana bunyi tidakmenghasilkan maksud atau makna kecuali setelah dituturkandalam bentuk unit bahasa yang terkecil iaitu kata. Bunyi-bunyiyang digunakan juga tertakluk pada perubahan-perubahan yangdibenarkan oleh bahasa dan perubahan-perubahan itu sangat

Page 7: Penghantar Linguistik

PENGANTAR LINGUISTIK AM www.karyanet.com.my

© Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif6

sistematis. Keseluruhan organisasi bunyi itu dipanggil sistembunyi atau sistem lambang-lambang bahasa. Dengan maksudyang sama Edward dalam bukunya An Introduction to the Studyof Speech mendefinisikan bahasa sebagai suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang digunakan oleh manusia secara arbitrariuntuk tujuan menyampaikan fikiran dan perasaan.

Ahli-ahli psikologi pula menganggap bahasa itu sebagaialat untuk melahirkan perasaan, menyampaikan ilmu, menciptakeindahan, menurunkan ilmu kebudayaan peradaban dan untukberkomunikasi (Raja Mukhtaruddin Mohd Dain, 1982:29). Pendapatahli-ahli psikologi ini ada benarnya dalam beberapa perkara.Apabila seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan bahasasebagai alat menyatakan perasaannya seperti suka, kasih sayang,marah, benci dan lain-lain. Dalam hal ini penggunaan nadasuara itu penting seperti intonasi, tekanan dan jeda. Pada aspekkeindahan pula, seseorang itu menggunakan bahasa untukmenyampaikan nyanyian, puisi, pantun dan sebagainya dalambahasa yang puitis. Bagi menyampaikan ilmu, bahasa memerlukanalat yang berkuasa merakamnya. Sesungguhnya ilmu yang kitamiliki dan peroleh itu adalah melalui perantaraan bahasa.

Sultan Takdir Alisjahbana mula melihat bahasa sebagaiucapan fikiran dan perasaan manusia yang teratur denganmemakai alat bunyi (S.Takdir Alisjahbana, 1964:7). Bertolakdaripada pengertian yang sama, bahasa boleh dibahagikankepada dua bahagian. Bahagian pertama berupa isi iaitu fikirandan perasaan, bahagian kedua pula berupa bentuk iaitu bunyiyang teratur. Bentuk bahasa yang dituturkan itu meliputi segalaaspek yang tersusun dan berperingkat-peringkat iaitu bermuladari peringkat perkataan, frasa, ayat, bunyi, intonasi hinggalahke peringkat wacana.

Di antara pendapat ahli bahasa tentang definisi bahasa,

Page 8: Penghantar Linguistik

7© Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif

www.karyanet.com.my BAHASA

pendapat Block & Trager merangkumi segala maksud yangterkandung dalam bahasa sebagai alat perhubungan manusia.Dalam bukunya yang berjudul Outline to Linguistic Analysis,mereka menyatakan ‘Bahasa ialah suatu sistem lambang-lambangpertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh anggota-anggotasesebuah masyarakat untuk berhubung’. Berdasarkan definisiyang diberikan oleh Block & Trager itu, maka apa juga bahasadi dunia ini mempunyai ciri-ciri umum seperti berikut:

1. Bahasa terdiri daripada bunyi-bunyi.2. Bahasa dilambangkan secara struktur.3. Bahasa mempunyai sistem.4. Bahasa mempunyai erti.5. Bahasa adalah arbitrari.

Menurut Edward Sapir dalam bukunya An Introduction tothe Study of Speech:

“Language is a purely human and non-instinc-

tive method of communicating ideas, emotions

and desires by means of a system of voluntarily

produce symbols”.

Yang bermaksud:

“Bahasa adalah satu cara tulen yang non-

instingtif yang digunakan oleh manusia untuk

menyampaikan buah fikiran (ide), perasaan

dan hasrat dengan menggunakan suatu sistem

simbol-simbol atau lambang yang dihasilkan

secara arbitrari”.

Page 9: Penghantar Linguistik

PENGANTAR LINGUISTIK AM www.karyanet.com.my

© Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif8

Henry Sweet pula berpendapat:

“Language is the expression of speech, sounds

into words. Words are combined into sen-

tences. This combination answering to that of

idea into thought”.

Yang bermaksud:

“Bahasa adalah peluahan atau penyataan buah

fikiran dengan bunyi suara digabungkan dalam

bentuk perkataan. Perkataan pula digabung-

gabungkan menjadi ayat. Gabungan inilah

melahirkan maksud ‘buah fikiran’ itu”.

Fromkin dan Rodman mendefinisikan bahasa sebagai

‘Satu sistem yang mengaitkan bunyi dengan

makna’.

Sarjana Melayu terkenal, Asmah Hj. Omar pula melihatbahasa itu dari segi fungsinya iaitu:

“Sistem yang menyatakan akal fikiran dan isi

hati manusia dan juga bahasa sebagai alat

perhubungan antara manusia dan harus

berkembang selaras dengan perkembangan

masyarakat pemakai bahasa itu. Dengan

perkataan lain bahasa yang mendukung akal

fikiran itu harus dapat mengejar dan mengatasi

keperluan masyarakatnya”.

Page 10: Penghantar Linguistik

9© Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif

www.karyanet.com.my BAHASA

Daripada definisi-definisi yang telah diberikan tadi, dapatdibuat kesimpulan bahawa bahasa adalah satu sistem lambangpertuturan arbitrari yang digunakan oleh anggota masyarakatuntuk berkomunikasi sesama mereka. Tetapi tidak semuakomunikasi antara manusia menggunakan bahasa. Misalnya,senyuman, marah, kerlingan dan sebagainya tidak tergolongdalam pengertian bahasa. Ahli-ahli bahasa membataskan bahasakepada komunikasi manusia yang melibatkan sistem vokal ataupertuturan. Oleh itu, bunyi-bunyi lain yang dihasilkan olehmanusia tidak tergolong dalam bahasa. Bunyi-bunyi ini tidakdigunakan untuk menyampaikan maklumat seperti juga halnyadengan bersin, batuk, berdengkur dan sebagainya. Bunyi yangdihasilkan itu bukan arbitrari. Oleh sebab itu, bahasa merupakansatu perlakuan yang dikawal dan dimiliki bersama dalam kadaryang tertentu oleh semua penutur dalam sesebuah masyarakat.

Bahasa adalah sistemTiap-tiap bahasa mempunyai susunan tertentu, sama ada dalambentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, nahu ataupunbentuk sintaksis. Dalam bahasa terdapat beberapa unit tertentuyang dicantumkan menjadi satu susunan yang sempurna mengikutstrukturnya. Percantuman unit-unit itu pula terjadi menurutdasar-dasar tertentu. Daripada bilangan unit yang begitu banyakdalam sesuatu bahasa, percantuman tidak boleh terjadisembarangan tetapi dengan tatacara dan peraturan yangtertentu. Percantuman menurut cara dan peraturan tertentuinilah yang dikatakan ‘bersistem’.

Bahasa dikatakan mempunyai sistem kerana mempunyaiaturan-aturan atau rumus-rumus tertentu yang pasti dan teratur.Tanpa sistem pada bahasa tentunya manusia mengalami kesulitanuntuk mempelajarinya. Selain daripada itu, bahasa juga tidak

Page 11: Penghantar Linguistik

PENGANTAR LINGUISTIK AM www.karyanet.com.my

© Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif10

akan berkembang. Dalam pertuturan terkandung bentuk-bentukbahasa yang terdiri daripada kumpulan bunyi yang berupaperkataan, rangkai kata dan ayat-ayat. Tiap-tiap bahasamempunyai set atau sistem tertentu yang menjadi asas kepadapengguna untuk menuturkannya. Tiap-tiap bentuk mempunyaisistem tingkah laku yang tersendiri. Bahasa Melayu misalnyamempunyai sistem atau peraturan-peraturannya yang tersendiridalam menghasilkan sesuatu urutan bunyi dan mempunyaihukum-hukumnya yang membentuk perkataan, rangkai kata danayat-ayat.

Bunyi-bunyi yang dikeluarkan itu ada peraturan. Bahasamempunyai sistemnya tersendiri yang meliputi kata, frasa,klausa, ayat dan wacana. Contohnya dalam bahasa Inggeristerdapat bunyi konsonan yang diwakili oleh lebih dari satu hurufdalam perkataan seperti ‘wh’ pada perkataan what, which,who, spring, dan bunyi ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu.Sebaliknya bunyi konsonan ‘ny’ dan ‘ng’ berulang kali timbuldalam perkataan-perkataan seperti yang terdapat pada perkataannyamuk, nyanyi, nyanyuk, mengantuk, nganga, dan mengambilyang tidak terdapat dalam bahasa Inggeris.

Menurut Bolinger D. Sears dalam bukunya Aspect ofLanguage:

“Bahasa adalah satu sistem komunikasi yang

melibatkan pertuturan dan pendengaran hasil

interaksi dengan pengalaman pengguna-

penggunanya dengan menggunakan simbol-

simbol yang konvensional yang terdiri daripada

unit-unit bunyi bersifat arbitrari dan disusun

mengikut peraturan-peraturan yang telah

ditetapkan”.

Page 12: Penghantar Linguistik

11© Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif

www.karyanet.com.my BAHASA

Pernyataan ini cuba menerangkan bahawa tiap-tiap bahasamempunyai sistem atau peraturan-peraturannya tersendiri yangberupa set dan ini menjadi asas kepada pengguna untukmenuturkan bahasa tersebut.

Sebagai contoh, dalam bahasa Melayu kita mempunyaistruktur frasa ‘buku itu’, dan ‘tiga buah buku kuning’. Dalambahasa Inggeris strukturnya berlainan sebab sistemnya berbeza-beza. Frasa-frasa nama dalam bahasa Inggeris seperti:

that book (buku itu) (itu buku)three yellow books (tiga buah buku kuning) (tiga kuning buku)

Dalam bahasa Mandarin pula:

na ben shu (buku itu)san ben huang se de shu (tiga buah buku kuning)

Contoh-contoh itu membuktikan bahawa struktur bahasaberlainan dalam sesuatu bahasa kerana sistemnya berbeza-beza.

Bahasa adalah linearRonald Wardhaugh di dalam bukunya Introduction to Linguistics,memberi definisi yang sama dengan Sapir tetapi menekankanpenggunaan bahasa sebagai alat untuk manusia berkomunikasi.Beliau melihat bahasa dari aspek gramatikal yang lebih jelasdan praktikal. Di dalam buku beliau yang berjudul Languageand Its Structure, beliau menggambarkan bahasa sebagai satuset ayat-ayat yang tidak terhad yang bercirikan makna danbunyi.

Bagaimana yang dikatakan ‘Bahasa adalah linear’? Walaupundalam bahasa Melayu istilah ‘linear’ bermaksud mendatar,

Page 13: Penghantar Linguistik

PENGANTAR LINGUISTIK AM www.karyanet.com.my

© Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif12

kelinearan bahasa merupakan satu sifat yang abstrak. Bahasadikatakan linear apabila bahasa yang dituturkan oleh seseorangditurunkan menurut urutan mendatar, satu demi satu mengikutiyang lain, dengan satu lambang mewakili satu bunyi. Apabilaseseorang itu bertutur, bunyi-bunyi bahasa dihasilkan satupersatu, atau sekelompok demi sekelompok, yakni sejajardengan pergerakan alat pertuturan. Misalnya untuk menyebutperkataan ‘nasi’, bunyi-bunyi yang dihasilkan ialah [ n ], diikutioleh [ a ], [ s ], dan [ i ]. Begitu juga dengan pengucapanyang lebih panjang seperti frasa dan ayat. Dalam ayat ‘sayamakan nasi’, satu kelompok lambang yang mewakili sekelompokbunyi ‘saya’ mendahului kelompok bunyi ‘makan’ dan kedua-duanya mendahului pula kelompok bunyi ‘nasi’.

Charles F. Hockett di dalam bukunya Refurbishing OurFoundations pula mengatakan bahawa bahasa adalah linearapabila bahasa yang dituturkan bersifat satu arah dan satudimensi. Beliau mengatakan bahawa bahasa dituturkan mengikutsatu arah iaitu yang terdahulu hingga yang terkemudian. Beliaujuga menyifatkan pertuturan bersifat satu dimensi sebabpertuturan hanya boleh didengar tetapi tidak boleh dilihat.Bunyi hanya boleh didengar semasa berlakunya pertuturan,mengikut aturan dari yang terdahulu hingga yang terkemudiandan selepas selesainya penuturan itu, bahasa tidak dapatdidengar lagi.

Dari aspek sintaksis pula, John Lyons di dalam bukunyaIntroduction to Theoretical Linguistics mengatakan bahawasemua ayat di dalam suatu bahasa mempunyai satu strukturlinear. Sesungguhnya setiap ayat dalam sesuatu bahasa ituboleh diterangkan dari sudut gramatikal sebagai satu pertaliankonstituen (atau perkataan-perkataan). Pertalian konstituen inimempunyai susunan yang tertentu. Dalam kebanyakan bahasa,

Page 14: Penghantar Linguistik

13© Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif

www.karyanet.com.my BAHASA

susunan adalah dari kiri ke kanan. Contohnya ‘saya makan nasi’.Jika susunan ini diubah, ayat tersebut akan menjadi sama adatidak bermakna atau akan memberi makna yang lain. Sebagaicontoh, ‘saya nasi makan’, adalah ayat yang tidak jelasmaknanya, manakala ayat ‘nasi makan saya’ mempunyai nilaiyang tidak bermakna berbanding dengan ayat ‘saya makannasi’.

Susunan perkataan dalam pertuturan boleh diterangkanoleh hukum kelinearan sintaktik seperti berikut. Jika terdapatdua perkataan, A dan B, hanya ada dua kemungkinan yang akanterjadi iaitu sama ada A mendahului B atau B mendahului A.Perkataan mana yang mendahului perkataan yang satu lagiadalah faktor penting yang menentukan makna sesuatu frasaatau ayat.

Contohnya:

air mata : mata airkuda lumba : lumba kudaAli melihat Halimah : Halimah melihat Ali

Sebagai kesimpulan, apabila bahasa dikatakan linear,maksudnya merujuk pada bentuk pengucapan. Jika diimbaskembali sejarah masa yang lampau, pada abad yang ke-18,ramai ahli falsafah Perancis, bermula dengan Condillac pernahmenekankan bahawa kelinearan pertuturan merupakan faktorpenting yang memaksa seseorang itu menyusun fikiran. PendapatCondillac ini disokong oleh Saussure, Lashley dan Vygotsky.Bagaimanapun, menurut Hockett, pendapat ini kurang tepat.Ini kerana, kelinearan pertuturan tidak membawa kepadakelinearan dalam berfikir. Kelinearan pertuturan tidakmenyempitkan dimensi interpretasi dan kefahaman orang yang

Page 15: Penghantar Linguistik

PENGANTAR LINGUISTIK AM www.karyanet.com.my

© Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif14

mendengar. Ini disebabkan orang yang mendengar itu akanmemproses maklumat yang didapatinya dengan berbagai-bagaicara.

Bahasa bersifat arbitrariTerdapat keterangan yang menyebut arbitrari bermaksud‘sewenang-wenangnya’. Secara sosialnya, dikatakan bahawalambang bahasa dicipta sesuka hati. Secara linguistik pula,apabila satu lambang, contohnya ‘sekolah’ apabila disebut, iatidak membayangkan murid-murid, meja, kerusi, guru dan lain-lain. ‘Sekolah’ hanya berfungsi sebagai lambang semata-mata.Ringkasnya, tiada perhubungan atau perkaitan yang wujud diantara bunyi atau lambang dengan maksud/makna lambang,malahan bahasa digunakan sebagai alat berhubung untuk maksudsosial dan bukannya maksud penghayatan.

Dalam menjelaskan konsep arbitrari ini, Wardaugh menulis,‘...We cannot predict exactly which specific features we willfind in a particular language if we are unfamiliar with thelanguage or with a related language’ yang bermaksud, kitatidak boleh mengandaikan dengan tepat fitur-fitur khusus manayang akan kita temui dalam bahasa tertentu jika kita tidakarif tentang bahasa itu ataupun bahasa yang berkaitan. Tidakterdapat sebarang cara untuk meramal maksud sesuatu perkataandengan hanya mendengar sebutannya.

Menurut De Saussure, bahasa dikatakan arbitrari dariaspek ia dihasilkan dengan tidak dimotivasikan, tidak terdapathubungan semula jadi di antara penunjuk dengan apa yangditunjuknya dan sebarang perkara yang ditunjukkan bolehdinyatakan oleh sebarang penunjuk. Sama sekali tidak bolehdijangkakan di dalam kebanyakan sifat-sifat bahasa dan hampirwujud perkaitan antara simbol dan objek (Wells, 1968) apabila

Page 16: Penghantar Linguistik

15© Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif

www.karyanet.com.my BAHASA

mereka bertutur. Dengan perkataan lain, bunyi bahasa yangdiucapkan itu tidak semestinya ada hubungan penghayatan diantara bunyi yang dilafazkan dengan benda atau objek atauperistiwa yang dimaksudkan (Arbak, 1986).

Oleh sebab sifat yang arbitrari itulah, maka bahasamewujudkan perkataan-perkataan lain dalam pelbagai bahasauntuk menerangkan atau melambangkan maksud yang sama.Sebagai contoh:

Bahasa Kata nama

bahasa Melayu bulanbahasa Inggeris moonbahasa German mondbahasa Greek menbahasa Arab Al-gamar

‘bulan’ , ‘moon’, ‘mond’, ‘men’, dan ‘Al-gamar’ merupakanurutan bunyi yang berbeza tetapi mempunyai satu makna yangsama. Oleh sebab sifat arbitrari itu juga, bahasa-bahasa yangberlainan dapat mengenali lambang yang bermaksud ‘bulan’dalam bahasa Melayu dengan perkataan-perkataan yang diciptasewenang-wenangnya (secara arbitrari itu).

Satu lagi aspek bahasa yang bersifat arbitrari ialah ono-matopoeia yang sering diubahsuai kegunaannya menjadi katakerja. Sebagai contoh, ‘kambing itu mengembek dengan kuat’,perkataan ‘embek’ itu merupakan bunyi kambing yang berperanansebagai kata kerja dalam ayat tersebut. Dalam bahasa Inggerispula, bunyi onomatopoeia ini boleh menjadi kata adjektifmisalnya, ding dong bell atau kata kerja contohnya the catmeowed dan the clock ticks.

Sebagai kesimpulan, bahasa-bahasa di dunia ini telahdicipta sewenang-wenangnya tanpa memperlihatkan perkaitan

Page 17: Penghantar Linguistik

PENGANTAR LINGUISTIK AM www.karyanet.com.my

© Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif16

yang jelas di antara makna dan bunyi/lambang. Namun begitu,ini tidak bermakna bahawa semua bahasa tidak boleh dijangkaatau diramal sepenuhnya dalam sistem masing-masing. Jika inibenar, unsur-unsur seperti kata nama, kata kerja, ganti nama,konsonan dan vokal tidak dapat dibincangkan oleh sesiapa pun.Walaupun sifat-sifat spesifik bagi tiap-tiap bahasa adalah arbitraridan tidak terjangkakan, mereka mempunyai satu sistem undang-undang bahasa yang tertentu. Yang penting, dengan wujudnyabahasa, manusia dapat berhubung dan bertukar-tukar maklumatantara satu sama lain dan memudahkan berbagai-bagai urusan.

Bahasa sebagai kodUntuk mengenal bahasa, ada yang mengatakan supaya kitamengenal maksud ‘kod’. Bagaimanakah dapat kita menjelaskankonsep bahawa bahasa itu merupakan suatu ‘kod’.

Pandangan yang menentang fikiran tentang bahasa itudikatakan kod ialah hakikat bahawa bahasa tidak wujud dalamkeadaan abstrak, sebaliknya bahasa digunakan oleh orangsehari-hari untuk menyatakan segala hal yang berlakudisekelilingnya melalui pertuturan atau pengucapan sebenar,dan bahawa setiap mesej yang dipindahkan dalam pertuturanatau tulisan perlu ada permulaannya, walaupun titik permulaanitu tidak diketahui tempatnya.

Jawapan yang mudah untuk itu ialah otak dan sistem sarafseseorang dan bagaimana pengucapan itu dirangkaikan bukanlahtugas ahli bahasa tetapi merupakan tugas ahli psikologi atauahli neurologi, atau seseorang yang mengkhusus dalam bidangpermasalahan extra-linguistik kerana ini melibatkan penerbitanidea atau fikiran. Ada pihak yang menjawab persoalan inidengan mudah dan mengatakan bahawa manusia mengumpulkantanda-tanda linguistik di dalam otak dan sistem sarafnya

Page 18: Penghantar Linguistik

17© Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif

www.karyanet.com.my BAHASA

sebelum menggunakannya. Sebaliknya, jika kenyataan itu adalahbenar, maka kenapa pula terjadi keadaan kita mengalamikesusahan untuk mengungkap perkataan yang sesuai dalamperistiwa berbahasa. Kenapa kadang-kadang kita berupayamemilih perkataan daripada stok item yang dianggap sesuaidan menolak apa yang kita tidak gemari? Apa yang kita lakukanseolah-olah ialah memilih item-item daripada stok yang adapada kita yang difikirkan sesuai dan menolak yang tidak sesuaidigunakan.

Sehubungan dengan pemilihan ini, ada pihak mengatakanbahawa yang memilih pengucapan ialah keperihalan keadaan(context of situation), iaitu keadaan yang menyebabkanterjadinya penggunaan bahasa. Ini kerana suatu peristiwapengucapan biasanya tidak berlaku tanpa sebab. Dalam bahasaInggeris misalnya, pengucapan The gonfalons ticklish entropycherishes too heavy gossamer concrete merupakan ayat yangcukup ‘gramatis’ kerana ia dibawakan oleh pola sintaksis yanglazim di kalangan penutur natif bahasa Inggeris, walaupun ayatitu tidak dapat dianggap ayat yang pernah diucapkan sebelumini, kerana konteks untuk pengucapannya tidak pernah wujudsebagai bermakna. Dalam hubungan dengan anggapan ini, teoritanda (the theory of signs) dapat menerangkan hal di manasituasi memilih pengucapan.

Kita menggunakan bahasa melalui pembelajaran.Pembelajaran pula berlaku secara perlahan, iaitu untuk seseorangmenguasai cara bahasa digunakan memerlukan tahap kematanganyang akan mengambil masa. Oleh itu, pembelajaran kita untukmenerima correspondences di antara pola-pola sebutan dengansensasation dan pengamatan kita tentang sesuatu, terbina dantersimpan dalam ingatan kita yang meliputi seluruh item dansusunannya dalam bentuk pola yang lazim. Manakala daripada

Page 19: Penghantar Linguistik

PENGANTAR LINGUISTIK AM www.karyanet.com.my

© Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif18

ingatan itu tadi, item-item dapat dikeluarkan secara sedardengan tidak perlu adanya penggerak luaran (external stimuli)untuk mengatur pengucapan.

Pemisahan pola sebutan daripada pengertian (sensasation)dan pengamatan yang berkaitan, dengan mengosongkan danmengisi semula secara konstan pola-pola bentuk tersebutdengan ingatan yang berbeza tentang sebutan yang berbeza(yang kemudiannya apabila kita belajar membaca dan menulismenggunakannya sebagai simbol grafik) merupakan ciptaanjentera linguistik yang dapat pula mendorong secara sedarpemilihan item-item yang berbeza-beza maknanya bagimendapatkan pola-pola yang sesuai. Ini dilakukan denganpengamatan yang terdapat pada pengalaman seseorang sertalambang-lambang bahasa yang berkaitan. Seseorang itu dapatmengeluarkan bahan bahasa yang dikehendaki daripada ingatanpada masa-masa yang diperlukan untuk mengisi pola-pola yangdiingati itu.

Seperti yang telah kita ketahui, bahasa merupakan bentukisyarat (signalling) yang telah berkembang pada tahap tertinggidalam kelompok haiwan. Cuma bezanya manusia daripadahaiwan ialah kebolehan menggunakan tanda-tanda atau isyaratbunyi yang membolehkan manusia mengetahui maksud oranglain iaitu melalui perhubungan. Masalahnya ialah bagaimanadan bila manusia mula bercakap? Masalah ini menjadi tugasahli etologi (ahli dalam hal tingkah laku binatang) dan tugasahli psikologi yang berkemungkinan hingga sekarang pun belumlagi selesai.

Ahli bahasa menganggap tugas tersebut sebagai bidangtugas di luar dunia linguistik tulen. Mereka lebih gemarmengetahui bahasa sebenar yang digunakan oleh manusia danbukan ramalan tentang bagaimana bahasa bermula. Dari aspek

Page 20: Penghantar Linguistik

19© Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif

www.karyanet.com.my BAHASA

‘bagaimana’ bahasa itu terjadi masih menjadi tanda tanya,lebih-lebih lagi ahli bahasa tidak berminat pada aspek sepertiitu, tetapi dari aspek ‘mengapa’ bahasa digunakan telahditeroka dan hakikatnya jelas. Besar kemungkinan bahasa muladiungkapkan kerana manusia perlu bekerjasama di antara satusama lain untuk mereka menjalani hidup, dan kerjasama inimemerlukan komunikasi yang efisien.

Bahasa akhirnya digunakan untuk membezakan maklumatyang bersifat fakta dengan bentuk-bentuk arahan yang perludisampaikan. Inilah yang dikatakan fungsi arahan pada bahasaatau dengan lebih mudah dikatakan ‘percakapan yangmemberitahukan’. Bahasa juga dapat digunakan untukmenyampaikan perasaan dan emosi, iaitu fungsi ekspresif bagibahasa atau percakapan ragam. Aspek bahasa ini tidakberkembang baik berbanding percakapan pemberitahuan. Inikerana manusia dapat menyampaikan perasaannya melaluijeritan, grants, sobs, isyarat-isyarat dan sebagainya.

Dalam komunikasi terdapat sejenis bahasa yang digunakanuntuk ‘cakap-cakap kosong’ di kalangan sahabat handai, rakankenalan yang dianggap pengungkapan yang tidak bererti dalamkehidupan sehari-hari seperti ‘Hai, bagaimana kau hari ini’?,‘Ponteng kerja ke’? Pengungkapan sosial di kalangan rakantaulan seperti ini dipanggil bahasa taulan (Phatic Communion).

Terdapat juga beberapa fungsi bahasa yang tidak berapapenting dari kaca mata ahli bahasa, iaitu golongan yangberminat pada bahasa sebagai alat penyampai maklumat yangtepat. Seseorang boleh menggunakan bahasa untuk tujuanpemupukan kesenian. Dalam penulisan puisi, misalnya, seseorangpandai bermain kata-kata seperti mana juga pandainya seorangpelukis bermain dengan berus untuk menghasilkan sebuahlukisan iaitu maksud yang ternyata atau terkandung dalam puisi

Page 21: Penghantar Linguistik

PENGANTAR LINGUISTIK AM www.karyanet.com.my

© Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif20

itu boleh berbeza-beza, sedikit sebanyak bergantung padatafsiran seseorang untuk menafsirkan maksud pelukismenghasilkan lukisannya itu.

Bahasa boleh juga digunakan dengan cara yang tersendiriuntuk menyampaikan perasaan tegang, kemarahan dankekecewaan yang dihadapi oleh seseorang. Pengungkapan inidianggap bahasa wacana atau pengungkapan komunikatif yangberdasarkan situasi atau keperihalan keadaan dalam peristiwabahasa. Bidang ini dianggap juga bidang di luar dunia linguistik.Banyak faktor yang terlibat dalam pengungkapan seperti ituseperti penutur, topik, daftar, situasi, orang yang dilawanbertutur, mesej dan sebagainya. Di kalangan ahli bahasa, faktoryang berbeza-beza mempengaruhi penggunaan bahasa yangberbagai-bagai ragam dan bentuknya itu dianggap bidang stilistik,iaitu bidang yang mengkaji bahasa dari sudut sosiolinguistik.

Bahasa selalu berubahSemua bahasa selalunya berubah. Salah satu kekuatan bagibahasa ialah hakikat bahawa bahasa dapat mengatasi situasi-situasi besar dengan cara membentuk perkataan dan gabungan-gabungan perkataan baru. Ini tidak pula bermakna bahawabahasa sentiasa berada dalam perubahan yang berterusan. Olehsebab unsur-unsur bahasa saling bergantung antara satu denganyang lain, perubahan pada satu unsur boleh mendatangkankesan kepada unsur-unsur lain.

Dalam bahasa, sering terjadi sentuhan perubahan padaunsur-unsur yang lain dan ini berlaku dengan sendirinya apabilasalah satu atau beberapa unsur bahasa mengalami perubahan.Semasa perubahan berlaku, unsur-unsur baru yang mengalamiperubahan itu boleh menduduki tempat tertentu dalam polayang ada atau pola baru terbentuk sesuai dengan perubahan

Page 22: Penghantar Linguistik

21© Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif

www.karyanet.com.my BAHASA

yang berlaku itu. Apa pun yang terjadi, bahasa tetap wujuddalam keadaan berpola, jika tidak, perhubungan akan terjejas.Kejadian pola inilah membolehkan manusia mengingati begitubanyak item dan bercakap tentang begitu banyak hal. Manusiatidak mungkin mengingati kekeliruan oleh beribu-ribu item yangberubah tanpa landasan berpola.

Oleh sebab keadaan bahasa yang sentiasa berubah, pola-pola bahasa menjadi tidak sempurna atau sentiasa tetap.Kekecualian tetap berlaku di sana sini tetapi dalam keadaanyang minimum gejalanya. Maksud ini selari dengan kata EdwardSapir bahasa ‘semua tatabahasa bocor’.

Perubahan dan kebocoran yang konstan membuatkan banyakperkara menjadi sukar di kalangan ahli bahasa. Mereka mestilahmenganggap bahasa sebagai sistem yang terikat kuat dalamsatuan yang bertindak sendiri, di samping pada masa yang samamengakui bahawa sistem yang dipercayai bertindak sendiri itujuga mengalami liku-liku dan sentiasa berubah (sekalipunperlahan-lahan). Apa yang tidak boleh sama sekali dilakukanoleh ahli bahasa ialah perbuatan (dengan sikap positif manasekalipun) mencipta rumus atau mewujudkan bentuk-bentukpengucapan yang tidak pernah diungkapkan oleh penutur natifbahasa itu. Mereka juga tidak ada bidang kuasa untukmenghapuskan kekecualian yang wujud secara natural dalambahasa atau menimbulkan sebarang kekecualian baru yangdipaksa ke atas penutur atau pengguna bahasa yang berkenaan.Demikianlah objektifnya sikap ahli bahasa dalam kajiannya,walaupun pada masa yang sama mengakui bahawa bahasa selaluberubah. Di kalangan para pengkaji bahasa, termasuklah ahlibahasa yang menghuraikan gejala bahasa secara saintifik,istilah ‘dinamik’ digunakan untuk maksud perubahan yangberlaku pada bahasa. Justeru itu, salah satu sifat bahasa yang

Page 23: Penghantar Linguistik

PENGANTAR LINGUISTIK AM www.karyanet.com.my

© Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif22

universal ialah ‘bahasa itu dinamik’.

Skop linguistikLinguistik umum meliputi bidang topik yang luas sekali dan sukarjuga untuk mendefinisi batas dan had-hadnya. Gambar rajah dibawah ini menggambarkan ruang lingkup yang diliputi olehlinguistik.

Rajah: 1.1

MORFOLOGI FONOLOGIFONETIK

SINTAKSIS

SEMANTIK

Gambar rajah yang berbentuk roda di atas meletakkanfonetik pada pusat bahasa iaitu kajian tentang bunyi-bunyibahasa manusia. Pengetahuan yang lengkap tentang fonetikperlu bagi seseorang ahli bahasa. Malahan pengetahuan inimerupakan pengetahuan latar belakang asas untuk memahamilinguistik berbanding bahagian-bahagian lain dalam kajianlinguistik itu sendiri. Seperti perlunya kita belajar membacasebelum mengkaji kesusasteraan, begitu juga perlunya kitamempunyai pengetahuan tentang fonetik sebelum mengkajilinguistik.

Ahli fonetik mengetahui sifat-sifat fizik bunyi yangmerupakan bahan mentah bagi bahasa yang diucapkan itu.

Page 24: Penghantar Linguistik

23© Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif

www.karyanet.com.my BAHASA

Mereka mengkaji kedudukan lidah, gigi dan pita suara semasabunyi-bunyi bahasa dihasilkan, selain mencatat dan menganalisisgelombang bunyi. Manakala ahli bahasa lebih berminat padacara pola-pola bahasa dinyatakan. Mereka menganalisis bentukpola-pola ini berbanding unsur fizikal yang membentuk kesatuan-kesatuan (unit-unit) bahasa.

Ahli bahasa Swiss yang terkenal Ferdinand de Saussure,menyatakan perbezaan yang jelas apabila membandingkanbahasa dengan permainan catur (chess game). Ahli bahasaberminat pada beberapa pergerakan yang dilakukan oleh buahcatur serta cara kedudukan buah catur itu ditempat dan diaturdi atas papan catur. Daripada apa buah catur dibuat, sama adadaripada keju atau gading, tidak penting kerana yang diambilkira ialah unsur-unsurnya yang tidak boleh merubah peraturanpermainan. Kalau buah-buah catur itu dianggap unsur dalampermainan catur, demikian pula kesatuan-kesatuan bahasa yangdianggap unsur dalam pola-pola ayat tidak mampu merubahperaturan bahasa tetapi sebaliknya digunakan mengikut peraturanatau rumus dalam sesuatu bahasa itu.

Walaupun fonetik dan linguistik kadang-kadang dirujukbersama sebagai ‘sains linguistik’, fonetik bukanlah bahagianutama daripada linguistik umum sebagai kajian pola-pola bahasa.Atas alasan ini, maka fonetik khususnya mengendali tentangcara (yang melibatkan perhubungan alat-alat tutur, dan sifat-sifat bunyi yang melibatkan sifat-sifat arus udara yang terlibatserta dari mana arus itu bergerak, datang dan melalui bahagiantertentu di ruang mulut dan sebagainya) sesuatu bunyi itudikeluarkan dari dalam mulut manusia.

Fonologi (fungsi bunyi), tatabahasa dan semantik (kajianmakna) merupakan asas kajian bahasa (linguistik). Semantikterletak di luar fonologi dan tatabahasa oleh kerana hubungannya

Page 25: Penghantar Linguistik

PENGANTAR LINGUISTIK AM www.karyanet.com.my

© Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif24

yang rapat dengan dunia luar yang melibatkan hal-hal yangmujarad dan tafsiran. Dalam pada itu, semantik dapat jugadianggap bidang kajian yang khusus apabila bahasa itu dianggapterbentuk oleh unsur-unsur makna yang pengucapannya itumenjadi cara menyampaikan makna dan maksud dalamperhubungan. Kini kelihatan jelas bahawa semantik telah berdirisebagai suatu disiplin yang berjalan seiring dengan linguistik.

Mengelilingi bidang-bidang utama (seperti yang tergambardi dalam gambar rajah 1.1) ialah beberapa cabang linguistikyang juga berkembang pesat hingga sekarang. Bidang-bidangitu ialah psikolinguistik, sosiolinguistik, linguistik antropologi,linguistik falsafah, linguistik matematik, linguistik komputer,dan stilistik manakala pengajaran bahasa yang mendapat manfaatdaripada linguistik dianggap tergolong dalam bidang ‘linguistikgunaan’. Ada pula yang berpendapat bahawa kesemua disiplinyang tersenarai itu dikira sebagai bidang ‘linguistik gunaan’.Hasil-hasil kajian linguistik dianggap bahan bantu bagi kajianyang tujuannya untuk mengetahui perkara-perkara yang beradadi luar bidang, walaupun ada kaitannya, seperti nilai budayasesuatu masyarakat, status pengguna bahasa dalam masyarakat,struktur pemikiran, penterjemahan, proses pembelajaran danmetodologi pengajaran.