bab insurans

Upload: roslinah18

Post on 08-Jan-2016

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PERDAGANGAN T5

TRANSCRIPT

BAB 2: INSURANS

SPM 2005 1 .Puan Aminah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Beliau ingin membuat tuntutan ganti rugi

Apakah prosedur yang betul dalam membuat tuntuan tersebut?I Insurer menjalankan siasatanII Membuat laporan polis danmemaklumkan kepada insurerIII Menerima ganti rugi mengikut perjanjian dalam insuransIV Mendapatkan borang tuntutan daripada insurer.

A II, I, IV dan III C IV, II, I dan IIIB II, IV, I dan III D IV,I,IIdan III

SPM 20062. Apakah peranan insurer kepada insured ?A member pertolonganB membayar pampasanC Memberi keuntunganD Membayar komisen

3. Apakah prinsip penuh percaya mutlak?A Insured tidak boleh membuat tuntutan daripada pihak lain setelah menerima gantirugi.B Insured mesti memberi maklumat yang benar semasa mengisi borang cadangan.C Insured menerima ganti rugi setakat kerugian yang dialami sahaja.D Insured tidak boleh menginsuranskan harta orang lain.

4. Maklumat berikut berkaitan seorang pembeli polisi insurans.

Encik Ali memiliki sebuah rumah bernilai RM 90000. Beliau membeli polis insurans kebakaran daripada syarikat A, Syarikat B dan Syarikat C. Rumah tersebut terbakar, nilai kerosakan adalah sebanyak rm 15 000.

Berapakah amaun pampasan yang akan dibayar oleh syarikat A kepada Encik Ali.A RM 5000B RM 15 000C RM 45 000D RM 90 000

SPM 20075. Pilih kombinasi yang betul tentang jenis insurans.Insurans AmInsurans Hayat

AInsurans motorInsurans kesihatan

BInsurans liability awamInsurans pendidikan

CInsurans KebakaranInsurans hayat seumur hidup

DInsurans EndowmenInsurans hayat sementara

6. Rajah 3 menunjukkan langkah yang perlu diambil untuk membuat tuntutan ganti rugi setelah berlaku sesuatu kemalangan

Apakah x?A Melaporkan kepada pihak polis.B Mengenal pasti tiada penipuan berlakuC Menentukan semua syarat dalam polisi dipatuhi.D Memastikan jumlah tuntutan adalah jumlah kerugian yang sebenar.

SPM 2008

7. Pernyataan yang manakah benar mengenai insurans?I Amalan tolong-menolong apabila mengahadapi risiko.II Cara mudah mengatasi risiko yang tidak diingini.III Mengurangkan risiko bencana melalui bayaran ganti rugi.IV Meminimumkan kerugian apabila ditimpa risiko.

A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV

8. Perbezaan yang manakah benar antara Risiko Boleh Insurans dengan Risiko Tidak Boleh Insurans?

RisikoBolehInsuransRisikoTidakBolehInsurans

A

B

C

D

Kekerapan kejadian jarang berlaku di sesuatu tempat.

Kejadian sukar diramal kerana tiada maklumat terdahulu.

Kerugian yang dialami boleh dijangka secara statistic.

Anggaran bayaran premium sukar dikira.Kekerapan kejadian sering berlaku di sesuatu tempat

Kejadian sukar diramal kerana ada maklumatTerdahulu.

Kerugian yang dialami sukar dijangka secara statistik.

Anggaran bayaran premium lebih mudah dikira.

9. Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis insurans.

Encik Kassim berhasrat menyediakan perlindungan insurans kepada keluarganya.Walaupun berpendapatan rendah, beliau sanggup membayar premium yang kecil sehingga meninggaldunia.

Apakah jenis insurans yang perlu beliau miliki?A Insurans Liabiliti AmB Insurans hayat sementaraC Insurans Kemalangan peribadiD Insurans Hayat seumur hidup

10. Encik Mathan telah mengupah seorang juruwang di kedai runcitnya.

Apakah jenis insurans yang yang perlu diambil bagi melindungi risiko ketidakjujuran pekerja tersebut?A Insurans kecurianB Insuransliabiliti amC Insurans jaminan setiaD Insurans liability majikan

SPM 2009

11. Situasi manakah yang merupakan risiko boleh insurans?A Rumah Puan Lily ditenggelami banjir.B Pakaian ciptaan Butik Aza tidak mendapat sambutan pelanggan.C Tanaman Encik Maniam musnah akibat musim kemarau.D Kedai Encik Kamal dirompak.

12. Situasi berikut berkaitan dengan satu tuntuan ganti rugi.

Puan Julia telah kehilangan sebuah kereta dan syarikat insurans membayar gantirugi kepadanya. Apabila kereta tersebut dijumpai semula, Puan Julia cuba menuntut kereta itu kembali tetapi ditolak oleh syarikat insurans.

Apakah prinsip yang digunakan oleh syarikat insurans untuk menolak tuntutan Puan Julia?A SubrogasiB SumbanganC Penuh percaya mutlakD Doktrin sebab hampiran

13. Maklumat berikut berkaitan dengan satu polisi insurans.

Melindungi kerugian yang dialami oleh insured.Melindungi insured daripada tuntutan pihak lain.Kerugian berpunca akibat kemalangan jalanraya

Apakah jenis polisi insurans tersebut?A Insurans liabiliti amB Insurans liability majikanC Insurans motor komprehensifD Insurans kemalangan peribadi

14. Pernyataan manakah yang menerangkan tentang kepentingan boleh insurans?A Menginsuranskan harta benda milik pemohon polisiB Memberikan keterangan yang benar semasa membuat permohonanC Menerima ganti rugi sekiranya risiko yang diinsuranskan berlakuD Mendapat pampas an berdasarkan jumlah kerugian yang dialami

15. Antara faktor berikut, yang manakah diambil kira dalam pengiraan premium insurans hayat?I Kesihatan insuredII Jantina InsuredIII Harta insurerIV Pendapatan Insurer

A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV

16. Puan Rabiatul diwajibkan mengambil insurans gadaian semasa menandatangani perjanjian pinjaman perumahan di sebuah bank.

Mengapakah pihak bank berbuat demikian?A Melindungi bank sekiranya rumah tersebut dirompakB Insurer membayar baki hutang sekiranya Puan Rabiatul meninggal duniaC Insurer membayar pampas an sekiranya berlaku kebakaranD Menghalang Puan Rabiatul daripada menjual rumahnya

17. Apakah persamaan antara insuran skonvensiona ldengan takaful?A Mengelakkan insured daripadamengalamirisikoB Menguntungkan insured apabilagantirugidibayarC Melindungi insured sekiranyamenghadapirisikoD Mengamalakanprinsipurusniagatanpariba

SPM 2010

18. Situasi manakah yang merupakan risiko tidak insurans kepada seorang pengeksport?A Ketida kseimbangan kadar pertukaranmatawangasingB kecederaan pekerja semasa berkerjaC Kehilangan barang dalam perjalananD Ketidakjujuran pekerja yang menguruskankewangan

19. Situasi berikut berkaitan dengan prinsip insurans yang gagal dipatuhi oleh Datin Mary, seorang pembeli polisi insurans.

Datin Mary tidak memaklumkan penyakit jantungnya apabila mengisi boring cadangan insurans hayat dan menyebabkan polisinya terbatal.

Apakah prinsip insurans tersebut?A SumbanganB Penuh percaya mutlakC Doktrin sebab hampiranD Subrogasi

20. Encik Kadasamy mengalami kecederaan tulang belakang yang parah semasa membeli-belah di Pasar Raya Mewah. Kecederaan tersebut berpunca daripada keadaan lantai yang licin.

Apakah jenis insurans yang melindungi pemilik Pasar Raya Mewah daripada tuntutan Encik Kandasamy?A Insurans kemalangan peribadiB Insurans jaminan setiaC Insurans liabiliti amD Insurans Endowmen

21. Rajah diatas berkaitan dengan insurans hayatApakah X?A Insurans gadaianB Insurans kesihatanC Insurans kemalanganD Insurans endowmen

SPM 2011

22. Apakah prinsip insurans yang perlu dipatuhi semasa mengisi boring cadangan?A IdemnitiB SubrogasiC Penuh percaya mutlakD Doktrin sebab hampiran

23. Encik Robert membeli polisi insurans kebakaran daripada Syarikat Insurans Bumi bernilai RM 50 000 dan Syarikat Insurans Asia bernilai RM 70 000 untuk melindungi rumahnya.

Jika rumahnya terbakar dan nilai kerugian adalah RM 60 000 ,berapakah pampasan yang akan diterimanya?A RM 50 000B RM 60 000C RM 70 000D RM 120 000

24. Doktrin sebab hampiran adalah perkara yang diambilkira dalam prinsip idemniti.Pernyataan manakah yang menerangkan doktrin tersebut?A Insured dibayar ganti rugi jika kerugian yang dialaminya disebabkan secara langsung oleh risiko yang diinsuranskan.B Insurer mengambilalih hakmilik harta selepas ganti rugi dibayar kepada insuredC Insurer memerlukan maklumat benar dalam borang cadanganD Insured akan dibayar ganti rugi mengikut jumlah kerugian walaupun asset yang sama diinsuranskan kepada tiga syarikat insurans.

SPM 201225. Apakah jenis polisi insurans bagi melindungi majikan daripada ketidakjujuran kerani kewangannya?A Insurans jaminansetiaB Insurans liabiliti amC Insurans kecurianD Insurans gadaian

26. Antara yang berikut, unsure manakah yang dibenarkan dalam prinsip takaful?I MaisirII GhararIII SubrogasiIV Sumbangan

A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV

27. Apakah ikatan perjanjian antara insured dengan insurer?A Polisi insuransB Dana InsuransC PampasanD Premium

SPM 201328. Bagaimanakah syarikat insurans membantu peniaga?A Mengukuhkan kedudukan kewanganB Menyediakan kemudahan pembayaranC Membayar ganti rugi selepas risiko berlakuD Menjamin perniagaanny aselamat daripada risiko

29. Situasi di bawahmenunjukkan keadaan di mana prinsip insurans tidak diamalkan.

Puan Fatimah telah menginsuranskan kedainya daripada risiko kebakaran. Dalam kejadian banjir kilat yang lalu, kedainya telah mengalami kerosakan . Beliau telah membuat tuntutan ,tetapi ditolak insurer

Apakah prinsip insurans tersebut?A Doktrin sebab hampiranB Penuh percaya mutlakC SumbanganD Subrogasi

30. Situasi di bawah berkaitan sejenis insurans.

Encik Robin merupakan pemilik taman tema terbesar di Terengganu. Beliau telah mengambil polisi insurans liabiliti am.m.

Apakah yang boleh dilindungi oleh sejenis insurans tersebut?A Pelanggan yang terjatuh semasa bermain roller coasterB Pembekal rasa teraniaya kerana hutangnya tidak dibayar.C Pekerja terkena renjatan elektrik semasa membaiki buaian gantung.D Pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

SEMOGA ANDA SEMUA MENDAPAT A PERDAGANGAN SPM 2015