bab i gani

59
BAB I PENGENALAN 1.1 Pengenalan Di Malaysia, bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pengantar ilmu sejak negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diwartakan dalam Perlembagaan Persekutuan manakala kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi pula diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu pula diwartakan dalam Akta Pendidikan dan kemudian dalam Akta Pendidikan 1996. Kedudukan istimewa yang diberikan kepada bahasa Melayu ini berkaitan erat dengan proses pembinaan negara Malaysia sebagai “Negara Baharu”. Proses pembinaan negara ini bermaksud proses pewujudan negara bangsa yang berasaskan jati diri setempat dan perpaduan rakyat berbilang kaum. Dalam konteks ini, bahasa Melayu 1

Upload: wan-noryatini-mahmood

Post on 30-Jul-2015

40 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab i gani

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Di Malaysia, bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa

rasmi, dan bahasa pengantar ilmu sejak negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun

1957. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diwartakan dalam

Perlembagaan Persekutuan manakala kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa

rasmi pula diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Kedudukan bahasa

Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu pula diwartakan dalam Akta Pendidikan dan

kemudian dalam Akta Pendidikan 1996. Kedudukan istimewa yang diberikan kepada

bahasa Melayu ini berkaitan erat dengan proses pembinaan negara Malaysia sebagai

“Negara Baharu”. Proses pembinaan negara ini bermaksud proses pewujudan negara

bangsa yang berasaskan jati diri setempat dan perpaduan rakyat berbilang kaum.

Dalam konteks ini, bahasa Melayu dijadikan unsur pembinaan jati diri rakyat

Malaysia dan juga sebagai unsur perpaduan semua kaum.

Peranan yang dimainkan oleh bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan amat

penting dalam memelihara kestabilan masyarakat dan negara. Bahasa Melayu bukan

sahaja berperanan sebagai alat komunikasi tetapi juga sebagai alat untuk menyatu

padu dan mengharmonikan hubungan antara pelbagai kaum di negara ini. Hal ini

pernah ditegaskan oleh Asmah (1982 : 22):

1

Page 2: Bab i gani

Banyak faktor boleh dinyatakan bagi pembentukan rakyat yang bersatu padu, seperti

agama, budaya dan bahasa. Daripada yang tiga ini bahasa adalah dan telah

terbukti sebagai faktor yang paling berkesan.

Tanpa satu bahasa rasmi yang sama-sama difahami secara jitu dan menyeluruh,

perpaduan dalam kalangan rakyat berkemungkinan besar sukar untuk dicapai.

Bahasa Melayu bukan sahaja berperanan sebagai wahana komunikasi, tetapi juga

sebagai penentu dalam menjamin keharmonian masyarakat dan negara. Oleh yang

demikian, bahasa Melayu yang menjadi wahana perhubungan rakyat sewajarnya

dikuasai oleh semua rakyat Malaysia. Kemajuan ekonomi yang telah dan bakal

dinikmati akan menjadi hambar dan sia-sia tanpa perpaduan yang kukuh dalam

kalangan rakyat.

Dalam melaksanakan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan, proses

pembinaan bahasa dan penggunaannya oleh masyarakat menjadi matlamat

terpenting. Bahasa Melayu yang telah dikembangkan tidak bererti apa-apa selagi

tidak digunakan oleh ahli masyarakatnya. Oleh yang demikian, tidak hairanlah

perancang bahasa Melayu di Malaysia telah mengadakan usaha yang tegas untuk

meluaskan penggunaannya kerana dalam masyarakat yang berbilang bahasa, peranan

bahasa Melayu perlu dipermantap lebih-lebih lagi dalam bidang pendidikan.

Selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Malaysia, bahasa Melayu dijadikan

bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar di semua sekolah kerajaan.

Hal ini bermakna bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar dalam sistem

pendidikan di Malaysia selain menjadi satu mata pelajaran tunggal yang diwajibkan

2

Page 3: Bab i gani

lulus untuk mendapat sijil penuh dalam peperiksaan awam. Menyedari hakikat ini,

semua pelajar di sekolah menengah perlu menguasai bahasa Melayu supaya mereka

lulus mata pelajaran ini pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kegagalan

dalam mata pelajaran ini akan menyebabkan calon gagal memperoleh sijil penuh.

Sehubungan itu, tidak hairanlah dunia pendidikan di negara ini mengalami

perkembangan pesat, terutama dalam era reformasi pendidikan, kemajuan teknologi

maklumat, globalisasi, revolusi pengetahuan, revolusi pengurusan, k-ekonomi, dan

sebagainya menyebabkan pendekatan bersepadu pendidikan bahasa Melayu

dijadikan sebagai terjemahan serta realisasi falsafah pendidikan negara diberi

tumpuan utama. Pengurusan pendidikan dan profesion keguruan dalam konteks ini

menghadapi pelbagai cabaran yang memerlukan perubahan “mindset,” sikap, dan

nilai, pengetahuan dan kemahiran serta kualiti ke arah pembangunan manusia dan

bertanggungjawab untuk merealisasikan matlamat serta kehendak negara.

Matlamat pendidikan negara telah dijelaskan dalam kurikulum mata pelajaran bahasa

Melayu bagi sekolah rendah dan menengah oleh Bahagian Perancangan Kurikulum,

Kementerian Pelajaran Malaysia. Kurikulum tersebut menggariskan bahawa

pengajaran yang lengkap, iaitu aspek kenahuan dan kecekapan berbahasa ditafsir dan

diajar sebagai dua aspek kebahasaan yang saling melengkapi. Matlamat program

pengajaran bahasa Melayu adalah untuk mewujudkan golongan pelajar yang

berketrampilan dalam penggunaan bahasa Melayu, sama ada dari segi kemampuan

menghasilkan output bahasa ataupun dari segi ketepatan dalam pemahaman input

3

Page 4: Bab i gani

bahasa ataupun dari segi ketepatan dalam pemahaman input ( Zulkifley Hamid,

2005: 2).

Dalam melaksanakan dasar negara, pendidikan dan profesion keguruan memikul

tanggungjawab memberi pendidikan berkualiti, membentuk masyarakat

berpengetahuan, dan produktif sesuai dengan kemajuan dalam era teknologi

maklumat. Justeru, pendidik perlu bersedia mengikuti dan mempelajari pelbagai ilmu

pengetahuan untuk membolehkan mereka menjalankan peranan sebagai agen

perubahan dalam masyarakat yang sedang maju dan berubah. Inovasi dan idea

baharu yang kreatif lagi inovatif yang berlaku dalam sistem pendidikan supaya guru

dapat mempelajari, mengaplikasi, dan mengembangkannya sebagai asas untuk

membina serta mengembangkan potensi minda pelajar.

Salah satu aspek yang penting dalam pembelajaran bahasa Melayu adalah kemahiran

menulis. Kemahiran ini merupakan salah satu unsur dalam perkembangan bahasa.

Selain dari ungkapan verbal bahasa juga disebarkan melalui tulisan. Oleh sebab itu,

kemahiran menulis dalam bahasa Melayu dipelajari sejak pra sekolah sehingga

kepada peringkat yang paling tinggi kerana masalah menulis berlaku dalam setiap

medium usia dan tahap pendidikan. Kajian-kajian tentang penulisan juga turut

menyentuh kesalahan-kesalahan penulisan yang dilakukan oleh siswa pengajian

tinggi.

Penekanan terhadap aspek kemahiran penulisan seperti yang diterap dalam KBSM

bermula pada tahun 1988 bagaimanapun tidak menjamin pelajar benar-benar

menguasai aspek penulisan bahasa Melayu. Penguasaan penulisan sebenarnya juga

4

Page 5: Bab i gani

dipengaruhi oleh cara mereka berfikir (Mohd.Nashuha Jamidin, 1999). Oleh yang

demikian , penguasaan penulisan yang kurang memuaskan dalam kalangan pelajar

perlu ditangani segera demi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin

melahirkan warganegara yang berkualiti demi memenuhi aspirasi negara menjelang

tahun 2020.

1.2 Latar Belakang Kajian

Kepentingan kemahiran mengarang bukan sahaja untuk untuk tujuan akademik

seperti menjawab soalan peperiksaan, menulis laporan, dan tugasan tetapi juga untuk

memenuhi keperluan dalam kehidupan seharian dan profesional di tempat kerja.

Dalam usaha Malaysia untuk menjadi sebuah negara industri, guna tenaga mahir

amat diperlukan. Penggunaan tenaga mahir ini bukan sahaja dalam konteks sains dan

teknologi tetapi juga kemahiran bahasa khususnya kemahiran menulis..

Dengan hal yang demikian, murid sekolah masa kini, harus diberi latihan yang

membolehkan mereka mempelajari dan menggunakan kemahiran tersebut sejak awal

lagi. Justeru, bentuk pengajaran yang sesuai perlu diamalkan oleh guru agar

kemahiran mengarang dapat diajar dengan lebih berkcsan kepada pelajar di sekolah.

Di Amerika Syarikat, teori dan amalan pengajaran kemahiran mengarang telah

mengalami perubahan dalam tempoh 25 tahun yang lalu. Ekoran daripada dapatan

kajian tentang proses mengarang pelajar yang berbentuk rekursif (Emig 1971;

Mischel 1974; Stallard 1974) dan bukan linear (Rohman and Wlecke 1964),

5

Page 6: Bab i gani

pendekatan pengajaran juga turut berubah. Peralihan pendekatan pengajaran

kemahiran mengarang berlaku iaitu dari yang berfokuskan hasil karangan kepada

proses mengarang. Sejak kajian Emig (1971), proses mengarang tidak dilihat sebagai

satu proses yang statik dan bergerak dalam bentuk berurutan; langkah demi langkah.

Sebaliknya, proses mengarang merupakan satu proses yang dinamik yang

memperlihatkan pergerakan berulangan dan bertindanan antara satu proses dengan

satu proses yang lain (Flower and Hayes 1980, ]981). Ekoran dari dapatan itu juga,

pengajaran kemahiran mengarang disyorkan supaya memberi tumpuan yang lebih

kepada proses yang perlu dilalui semasa mengarang dan bukan kepada hasil

karangan semata-mata.

Dalam pengajaran kemahiran mengarang, proses mengarang yang melibatkan

penggunaan strategi dan teknik mengarang menjadi tumpuan guru. Ini menunjukkan

kepentingan penyelarasan bentuk pengajaran guru dengan bentuk proses mengarang

di kalangan pelajar.

Pengalaman mengajar bahasa Melayu di tahap 2 selama lebih 10 tahun menyedarkan

penyelidik bahawa murid yang bermasalah dalam bidang penulisan adalah

disebabkan mereka tidak mengetahui cara menulis dan menterjemahkan idea dengan

betul. Ada pendapat yang mengaitkan kegagalan seseorang murid itu menulis dengan

ketiadaan bakat. Sepanjang pengalaman penyelidik sebagai pendidik, ada murid yang

memiliki bakat menulis tetapi keputusan peperiksaannya terutama dalam aspek

penulisan agak mengecewakan. Ada juga murid yang tiada bakat menulis tetapi

berkat ketekunan dan kerajinan yang tinggi, pelajar terbabit berjaya mendapat

keputusan yang cemerlang dalam peperiksaannya. Ahmad Khair Mohd. Nor (2005)

6

Page 7: Bab i gani

menyatakan penguasaan kemahiran menulis bukan hanya bergantung kepada bakat

semata-mata malah dipengaruhi juga oleh pengajaran menulis yang bersistem dan

berkesan. Pada pendapat penyelidik, semua murid boleh menulis dan harus tahu

menulis dalam hidup mereka dengan syarat mereka tahu teknik menulis dan

mengaplikasikan pengetahuan tersebut untuk menulis.

Kemahiran menulis ini boleh diperoleh jika murid tahu cara-cara yang mudah untuk

menulis. Pengetahuan mengenai teknik menulis ini boleh menjadi asas kepada murid

untuk menjelaskan sesuatu perkara dengan lebih baik menerusi tulisan. Sudah pasti

murid yang memiliki bakat menulis mempunyai kelebihan tetapi harus kita sedar

bahawa bakat sahaja belum cukup untuk membawa kejayaan dalam aspek penulisan

kerana ada pelbagai aspek lain yang turut mempengaruhi kejayaan pelajar dalam

penulisannya. Antara aspek lain yang penting untuk memahirkan seseorang itu

menulis ialah:

(1) Kemahiran untuk memikir secara kritikal sesuatu topik itu.

(2) Semangat yang tinggi untuk berlatih menulis.

(3) Kesanggupan untuk melakukan kesilapan ketika menulis.

(4) Membaca dengan meluas.

Murid juga ramai gagal menulis kerana mereka tidak mempunyai keyakinan menulis.

Setiap kali murid ingin menulis sudah pasti setiap kali itu juga perasaan tidak yakin

akan kemampuan mereka timbul lalu sikap negatif ini menjadi satu kelaziman yang

menghalang perkembangan pelajar untuk memahirkan diri mereka menulis dengan

baik.

7

Page 8: Bab i gani

Sebenarnya, murid harus menanam keyakinan menulis dalam diri mereka terlebih

dahulu. Setiap kali mereka berasa malas atau tidak suka menulis, murid harus

meneriakkan kata-kata perangsang yang mendalam dalam jiwa mereka bahawa

mereka akan menulis kerana yakin mereka mampu menyiapkan satu karangan

dengan sebaiknya. Suara keyakinan inilah yang membentuk jiwa murid untuk

meminati penulisan lalu akan menjadi mahir pada suatu masa nanti tanpa mereka

sedari.

Hampir semua kertas peperiksaan di negara ini memerlukan murid menjawab dalam

bentuk tulisan dan ada juga yang memerlukan jawapan yang panjang lebar dalam

bentuk ayat. Keadaan ini menyebabkan seseorang murid yang tidak memiliki

kemahiran menulis yang baik sering menghadapi masalah untuk menjawab soalan

bukan kerana diri mereka tidak bijak tetapi mereka tidak memiliki kemahiran untuk

meluahkan kebijaksanaan mereka itu dalam bentuk tulisan.

Tugas menulis merupakan aktiviti yang kompleks oleh sebab menulis dalam apa jua

bahasa pun merupakan aktiviti mental yang kompleks dan melibatkan kemahiran

menyelesaikan masalah serta kebolehan berkomunikasi. Tambahan pula, penulisan

melibatkan kemahiran menulis untuk pelbagai tujuan dan konteks. Ia bukan hanya

setakat mempelajari struktur dan perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu sahaja.

Apabila kanak-kanak menulis, mereka bukanlah penerima bahasa yang pasif (passive

receptors) tetapi berperanan sebagai interaktor aktif (active interactors) yang saling

bertindak dengan bahasa yang digunakannya (Allen 1991). Menulis memerlukan

kemahiran bahasa seperti bertutur, membaca, mengeja dan seterusnya (Tindal &

8

Page 9: Bab i gani

Marston 1990). Penulisan juga memerlukan integrasi pelbagai peraturan, kemahiran

dan proses seperti tingkah laku kompleks yang lain (Johnson & Grant 1989). Ramai

pakar bidang penulisan bahasa berpendapat bahawa menulis adalah satu kemahiran

yang memerlukan penulis mengeluarkan ide, merancang dan menyiapkan teks

penulisan mengikut peratusan lazim penulisan standard (Graham 1982; Graham &

Harris 1989; Graham, Harris & Sawyer 1987; Graham, Harris, MacArthur &

Schwartz 1991; MacArthur & Graham 1987).

Pelbagai definisi penulisan telah diutarakan oleh pakar penulisan dan bahasa

antaranya melihat penulisan sebagai satu cara melahirkan bahasa manusia melalui

simbol-simbol yang dapat dilihat (Barnow 1989). Penulisan memerlukan kemahiran

memahami apa dan bagaimana komunikasi berlaku di kalangan ahli masyarakat.

Penulis menulis untuk komuniti dengan menggunakan peraturan penulisan khas.

Pengajaran dan pembelajaran penulisan di sekolah pula memperlihatkan

kecenderungan kebudayaan masyarakat dominan. Menulis adalah satu aktiviti

kehidupan harian. Bagi tujuan itu, murid sekolah haruslah mencapai suatu tahap

literasi yang sesuai untuk memenuhi kedua-dua fungsi berkenaan.

Kemahiran menulis sebenarnya merupakan kemahiran berbahasa tertinggi yang

berkembang selari mengikut perkembangan otak dan pengalaman berbahasa

seseorang. Sebagai kemahiran bahasa, fungsinya ialah untuk tujuan berkomunikasi

dan menyelesaikan pelbagai urusan dalam aktiviti harian yang meliputi bidang

pendidikan, sosial, dan pekerjaan.

9

Page 10: Bab i gani

Kemahiran menulis dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat pertama

peringkat prapenulisan, peringkat kedua peringkat mekanis dan peringkat ketiga

peringkat pelahiran.

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat,

dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu

pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran

menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang

betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Manakala konsep menulis

pula adalah kemahiran menulis yang melibatkan murid-murid supaya berfikir,

menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dijelmakan dalam bentuk wacana

yang lengkap. Murid-murid juga perlu menguasai struktur karangan seperti tahu

menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan.

Peringkat menulis pelahiran merupakan peringkat yang ketiga dalam kemahiran

menulis. Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran

seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan mengeja. Mereka sudah boleh

menulis pelbagai jenis karangan. Guru boleh memulakan pengajaran menulis pada

peringkat ini dengan jenis-jenis penulisan terkawal, berpandu, separa terkawal, dan

separa berpandu. Kemudian murid boleh didedahkan dengan penulisan bebas dan

kreatif. Pada peringkat ini, murid-murid dapat melahirkan idea dan pendapat tentang

pengetahuan serta pengalaman yang telah dilalui. Dalam masa yang sama mereka

akan menggunakan kemahiran tatabahasa dan ejaan yang telah mereka kuasai. Murid

juga akan merancang penulisan mereka dengan menggunakan bentuk-bentuk grafik

yang sudah dipelajari.

10

Page 11: Bab i gani

Pendekatan berpandu merupakan salah satu pendekatan yang sering digunakan dalam

mempelajari kemahiran menulis peringkat pelahiran. Kaedah ini menekankan kepada

pembelajaran menulis yang ditetapkan hasilnya. Berikut merupakan beberapa contoh

aktiviti pembelajaran menulis peringkat pelahiran yang menggunakan pendekatan

berpandu;

1. Isi karangan telah diberikan oleh guru

2. Murid-murid membina ayat berdasarkan perkataan atau rangkai kata yang

telah diberikan oleh guru.

3. Murid-murid mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan mereka

sendiri bagi melengkapkan perenggan.

4. Kad-kad imbasan dan kad perkataan digunakan bagi membantu murid-murid.

5. Murid mengolah isi berdasarkan pendahuluan atau pengakhiran cerita yang

telah diberikan oleh guru.

6. Kesalahan yang minima dapat dielakkan daripada dilakukan oleh murid-

murid.

7. Latihan memadankan ayat boleh diberikan terlebih dahulu kepada murid-

murid.

8. Murid-murid yang pandai diberikan aras latihan yang lebih mencabar.

9. Penulisan karangan boleh dilakukan dalam bentuk grafik sebelum ditulis

dalam bentuk wacana yang lengkap.

Melihat kepada permasalahan menulis dalam kalangan murid dan kepentingan

kemahiran menulis dalam pembelajaran maka satu kajian dilakukan dengan tajuk

11

Page 12: Bab i gani

‘Mempertingkatkan Kemahiran Menulis Peringkat Pelahiran (Surat Kiriman Rasmi)

Menggunakan Pendekatan Berpandu’. Tujuan kajian ini adalah untuk mengesan

masalah murid dalam penulisan surat rasmi dan mengkaji keberkesanan pendekatan

berpandu dalam meningkatkan kemahiran menulis peringkat pelahiran (surat rasmi)

dalam kalangan murid tahun lima.

1.3 Masalah Kajian

Responden yang dipilih dalam kajian ini merupakan murid dari kelas berpencapaian

sederhana. Kebanyakan responden yang dipilih mempunyai pencapaian di antara 40

hingga 60 peratus dalam bidang penulisan. Terdapat juga murid yang tidak tahu

membaca dan tidak dapat menulis karangan. Situasi ini akan menyukarkan pengkaji

untuk memilih responden yang sesuai. Menurut Hj Abd Razak Dali, Kelemahan

membaca dipandang sebagai penghalang kepada usaha untuk menjadikan anak-anak

kita sebagai pelajar berpengetahuan dan cemerlang dan masyarakat kita sebagai

masyarakat yang berilmu dan maju.

Pengkaji juga mendapati, perbezaan individu yang ketara dalam kalangan pelajar

kelas lima C dan Lima D. Terdapat murid yang aktif dalam pembelajaran dan ada

yang terlalu pasif. Selain itu juga pencapaian dalam akademik dalam kalangan

mereka mempunyai jurang pencapaian yang ketara terutama di antara murid kelas C

dengan murid kelas D. Perbezaan individu yang jauh ini menyebabkan pengkaji

menyediakan instrumen pembelajaran yang mengikut tahap kemahiran murid.

Menurut Gainen dan Locatelli (1995), pencapaian seseorang pelajar dipengaruhi oleh

12

Page 13: Bab i gani

interaksi antara tiga faktor iaitu ciri pelajar, hasil pembelajaran yang ingin dicapai

dan persekitaran pembelajaran.

Perbezaan atau variasi seseorang individu dengan norma kumpulan, sama ada dalam

sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat sememangnya

wujud dalam sesebuah kumpulan (Santhi Suppiah, 1998; Dunn dan Dunn, 1978).

Perbezaan dalam diri individu boleh dikesan berkait dengan aspek perkembangan

fizikal, mental, emosi dan sosial. Akibatnya setiap individu pelajar mempunyai

kepelbagaian dan kecenderungan gaya belajar yang berbeza, strategi belajar yang

berbeza dan kadar pembelajaran yang berlainan. Ada di antara individu ini

mempunyai gaya pembelajaran yang dominan, dan ada pula yang menggunakan gaya

belajar yang berbeza disesuaikan mengikut persekitaran.

Murid tahun lima merupakan pelajar yang akan menduduki Ujian Pencapaian

Sekolah Rendah pada tahun berikutnya. Pihak sekolah sudah pasti telah

menyediakan rancangan atau jadual program peningkatan pencapaian akademik.

Oleh sebab itu, penyelidik mungkin menghadapi kesukaran untuk menentukan masa

kajian dijalankan. Penyelidik perlu mengadakan perbincangan dengan pentadbiran

sekolah bagi tujuan kajian ini.

Untuk menentukan sesuatu kajian mendapat hasil yang baik dan mempunyai

kesahkan. Semua responden yang dipilih haruslah terlibat dalam semua aktiviti yang

dirancang. Sekiranya terdapat responden yang tidak hadir dalam satu-satu kelas

pembelajaran, sudah tentu ianya akan mengganggu kesahan data yang diperolehi.

13

Page 14: Bab i gani

Antara faktor yang mempengaruhi minat murid untuk belajar adalah faktor

persekitaran kelas yang kondusif. Kelas pembelajaran yang kotor dan usang akan

menyebabkan minat murid untuk belajar terhakis. Mengikut Hussein (1993)

pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana sekolah yang tenteram, kerana

ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang baik di kalangan

pelajar. Kewujudan suasana sekolah yang positif dari segi kemudahan sekolah,

pengajaran guru, kedudukan sekolah dari aspek pengangkutan pelajar dan

pelaksanaan disiplin yang efektif menjamin pembelajaran yang berkesan dan

mengurangkan kes-kes salah laku pelajar.

Oleh sebab itu, penyelidik perlu memastikan faktor persekitaran tidak mempengaruhi

hasil kajian. Antara langkah yang boleh diambil adalah dengan mengadakan aktiviti

yang menarik minat murid mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang diadakan.

1.4 Soalan Kajian.

Kajian ini dilakukan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut;

1. Apakah kelemahan-kelemahan kemahiran menulis peringkat pelahiran

(surat kiriman rasmi) yang dilakukan oleh murid?

2. Adakah murid dapat menulis surat rasmi dengan betul selepas menggunakan

pendekatan berpandu?

14

Page 15: Bab i gani

3. Adakah mutu tulisan murid bertambah baik selepas kajian ini?

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk;

1. Mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang dilakukan oleh murid semasa

menulis surat rasmi.

2. Murid dapat menulis surat rasmi dengan betul.

3. Mengukur hasil tulisan murid selepas proses pembelajaran yang

menggunakan pendekatan berpandu.

1.6 Batasan Kajian

Kajian ini akan dilakukan di sebuah sekolah yang terletak 7 kilometer dari bandar

Tawau. Seramai 30 orang murid akan dipilih sebagai responden. Untuk memilih

responden ini, pengkaji tidak melibatkan murid dari kelas yang mempunyai

pencapaian yang baik dalam penulisan kerana hasil kajian yang diperolehi akan lebih

menjurus kepada input yang baik dan tidak mempunyai kesahan yang tinggi.

15

Page 16: Bab i gani

Responden yang hendak dipilih juga perlu diberikan ujian untuk membolehkan

pengkaji memilih responden yang sesuai untuk tujuan ini. Soalan-soalan yang

dikemukakan haruslah menjurus kepada penulisan peringkat pelahiran (surat rasmi)

kerana kajian ini hanya khusus untuk melihat mutu surat kiriman rasmi yang ditulis

oleh responden selepas menggunakan pendekatan berpandu.

Pengkaji juga hanya akan melakukan kajian ini selama 3 bulan. Oleh sebab itu,

pengkaji perlu merancang aktiviti yang sesuai dengan mengambil kira faktor masa

yang dirancang. Sekiranya hasil kajian yang diperolehi tidak mencapai objektif

selepas tamat masa kajian penyelidik perlu mengesan kelemahan-kelemahan yang

dilakukan semasa kajian.

Pengkaji juga hanya akan menggunakan pendekatan pembelajaran yang dipilih.

Oleh sebab itu pengkaji perlu merangka dan membina rancangan pengajaran harian

yang meggunakan pendekatan berpandu. Sekiranya terdapat masalah yang timbul

hasil menggunakan kaedah ini seperti penglibatan murid, penyelidik tidak boleh

menggunakan pendekatan yang lain kerana ianya akan menyebabkan hasil kajian

tidak menjurus kepada matlamat yang dikaji.

Semasa menjalankan kajian ini, penyelidik juga tertakluk kepada kerjayanya sebagai

seorang guru. Oleh sebab itu, penyelidik perlu merancang masa kajian yang sesuai.

Penyelidik juga perlu memaklumkan pihak pentadbir tentang tujuan kajian ini.

16

Page 17: Bab i gani

1.7 Definisi Istilah

1.7.1 Surat Kiriman Rasmi

Surat kiriman rasmi merupakan karangan yang berbentuk penulisan surat berformat

untuk tujuan rasmi seperti surat untuk jabatan dan agensi kerajaan atau pihak yang

berkaitan dengan pentadbiran. Surat ini ditulis menggunakan format-format tertentu.

Dalam buku Nota Penulisan Surat Rasmi dan Memo Berkualiti keluaran Institut

Tadbiran Awam Negara (INTAN) surat rasmi dimaksudkan sebagai alat komunikasi

yang ditulis aleh jabatan-jabatan kerajaan, badan berkanun, swasta atau individu

untuk berhubung secara rasmi di antara satu sarna lain.

1.7.1 Pendekatan Berpandu

Satu pendekatan pembelajaran yang merujuk kepadan menulis karangan berdasarkan

panduan guru. Contoh pendekatan ini adalah seperti di bawah.

1. Menulis semula cerita/petikan yang dibaca.

2. Menulis karangan berdasarkan soalan-soalan berurutan mengenai sesuatu

tajuk.

3. Menulis karangan dengan memindahkan bentuk daripada dialog kepada

karangan penceritaan atau sebaliknya

17

Page 18: Bab i gani

1.7.2 Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat,

dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu

pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran

menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang

betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

Deuel (1995) berpendapat, kemahiran menulis adalah asas kepada pendidikan yang

lebih baik bagi murid menguasai kemahiran asas 3M. Guru perlu peka terhadap

bagaimana dan apakah mekanisme yang boleh membantu murid bermasalah dalam

menulis. Ini adalah kerana terdapat perkaitan antara menulis dengan bagaimana

proses motor halus dan psikologikal murid itu sendiri.

Kemahiran menulis sebenarnya merupakan kemahiran berbahasa tertinggi yang

berkembang selari mengikut perkembangan otak dan pengalaman berbahasa

seseorang. Sebagai kemahiran bahasa, fungsinya ialah untuk tujuan berkomunikasi

dan menyelesaikan pelbagai urusan dalam aktiviti harian yang meliputi bidang

pendidikan, sosial, dan pekerjaan. (Hashim Othman,2005)

1.7.3 Peringkat Pelahiran

Peringkat pelahiran merupakan peringkat ketiga dalam kemahiran menulis. Pada

peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti kemahiran

18

Page 19: Bab i gani

mendengar, bertutur, membaca dan mengeja. Mereka sudah boleh menulis pelbagai

jenis karangan.

1.8 Kepentingan Kajian

Secara khususnya, hasil kajian ini akan memberikan manfaat kepada murid-murid

tahap 2 dalam mempelajari kemahiran menulis surat kiriman rasmi. Kajian ini

dilakukan berdasarkan kepada hasil penilaian penyelidik terhadap pencapaian

akademik dalam penulisan bahasa Melayu peringkat Ujian Penilaian Sekolah

Rendah. Pendekatan berpandu dipilih berdasarkan pengalaman penyelidik mengajar

penulisan bahasa Melayu tahap 2 di sekolah lamanya. Melalui kaedah ini dipercayai

akan memberikan peluang kepada murid mempelajari kemahiran penulisan surat

rasmi dengan pendekatan yang sesuai.

Hasil kajian ini juga boleh dijadikan panduan oleh guru-guru bahasa Melayu tahap 2

dalam mengajar penulisan karangan di sekolah. Masalah penulisan karangan bahasa

Melayu sememangnya boleh dianggap runcing kerana bahasa Melayu merupakan

bahasa pertama dalam konteks negara kita. Guru-guru ada kalanya keliru dalam

memilih pendekatan pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu di

sekolah. Keadaan ini berlaku apabila pencapaian kemahiran menulis karangan

bahasa Melayu tidak meningkat dan rendah pencapaian. Hasil kajian ini boleh

dirujuk sebagai salah satu pendekatan yang rasional sekiranya objektif kajian dapat

dicapai.

Hasil kajian ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan oleh pengkaji-pengkaji

seterusnya terhadap kemahiran menulis karangan. Kajian yang dilakukan oleh

19

Page 20: Bab i gani

penyelidik menggunakan instrumen-instrumen yang mempunyai kesahan.

Pendekatan yang dipilih juga merupakan pendekatan pilihan dalam bidang penulisan.

Walaupun begitu, instrumen kajian yang digunakan dalam kajian, dibina berdasarkan

kepada faktor murid dalam kelas. Masalah-masalah murid dalam penulisan peringkat

pelahiran mungkin tidak sama dengan murid sekolah lain. Oleh itu, pengkaji lain

perlulah membina instrumen berdasarkan bedasarkan kepada murid di sekolah yang

dipilih.

1.9 Rumusan

Dalam bab pengenalan ini, penyelidik telah mengatakan tentang maksud tajuk kajian,

latar belakang kajian, masalah kajian, kepentingan kajian, persoalan dan objektif

kajian.

Berdasarkan kepada kepentingan menulis dan masalah yang dihadapi oleh murid

dalam penulisan surat rasmi, maka kajian ini dilakukan dengan harapan masalah

penulisan surat rasmi dapat di atasi.

20

Page 21: Bab i gani

BAB II

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengesan keberkesanan pendekatan

berpandu dalam mempelajari kemahiran menulis peringkat pelahiran (surat kiriman

rasmi). Bab 2 ini akan membincangkan tentang kemahiran menulis, peringkat

peringkat kemahiran menulis, tujuan dan kepentingan menulis, pedagogi kemahiran

menulis pendekatan berpandu dari segi istilah dan konsep, keberkesanan pendekatan

berpandu berdasarkan kepada kajian-kajian terdahulu.

2.2 Sorotan Kajian

2.2.1 Kemahiran Menulis

Penekanan terhadap aspek kemahiran penulisan seperti yang diterap dalam KBSM

bermula pada tahun 1988 bagaimanapun tidak menjamin pelajar benar-benar

menguasai aspek penulisan bahasa Melayu. Penguasaan penulisan sebenarnya juga

dipengaruhi oleh cara mereka berfikir (Mohd.Nashuha Jamidin, 1995). Oleh yang

demikian, penguasaan penulisan yang kurang memuaskan dalam kalangan pelajar

21

Page 22: Bab i gani

perlu ditangani segera demi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin

melahirkan warganegara yang berkualiti demi memenuhi aspirasi negara menjelang

tahun 2020. Abdul Rashid Jamian (2008) mentakrifkan kemahiran menulis sebagai

suatu budaya intelek yang saling melengkapi antara kemahiran membaca dengan

menulis. Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat

mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu mengambil kira matlamat,

penggunaan bahasa, audiens, dan gaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan

menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah.

Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran menulis pasti dapat

meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata

pelajaran tertentu.

Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran bahasa yang turut ditekankan

dalam Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah iaitu kurikulum lama

yang disemak semula pada tahun 2002 dan dilaksanakan bermula pada tahun 2003.

Kepentingan penulisan karangan tergambar dalam kurikulum Bahasa Melayu sebagai

mata pelajaran tersendiri (Roselan Baki, 2003). Selain itu, sukatan pelajaran Bahasa

Melayu yang mula dilaksanakan pada awal 2003 juga mengandungi tiga bidang

kemahiran baru, iaitu komunikasi interpersonal, berfikir dan nilai. Menurut Abdullah

Hassan (2004) sukatan pelajaran lama yang terdahulu tidak memberi tekanan kepada

tiga kemahiran baru ini. Murid hanya diajarkan tatabahasa dan terpulanglah kepada

murid tersebut menggunakan bahasa menurut tafsiran sendiri.

22

Page 23: Bab i gani

Dalam kurikulum baru, kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran penting

yang perlu dikuasai oleh murid-murid kerana ia merupakan kemahiran yang paling

kompleks. Roselan Baki (2003) berpendapat, menghasilkan penulisan merupakan

suatu proses yang kompleks. Oleh sebab itu, penulisan perlulah dilaksanakan

mengikut tahap-tahapnya secara sistematis.

Yahya Osman (2005) pula mentakrifkan kemahiran menulis sebagai suatu budaya

intelek yang saling melengkapi antara kemahiran membaca dengan menulis.

Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal

dan disalurkan secara bersistem iaitu mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa,

audiens, dan gaya penulisan.

Menurut Ann Raimes (1983:3) in Techniquesin Teaching Writing, kemahiran

menulis dapat:

a. Merangsang dan memahirkan tatabahasa, idea, perbendaharaan kata dan perasaan.

b. Memberi peluang kepada pelajaruntuk menerokai bidang bahasa.

c. Memperluas pengetahuan kepada pelajar untuk melahirkan idea dan menggunakan

seluruh anggota mekanis (mata, tangan, akal dan lain-lain) untuk merangsang

pembelajaran.

2.2.2 Kepentingan Kemahiran Menulis Kepada Murid

23

Page 24: Bab i gani

Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang harus dikuasai oleh murid kerana

dalam setiap proses pemmbelajaran murid tidak boleh lari dari menulis. Menurut

Noorazman Mahat (2009), murid perlu mahir menulis kerana hampir semua kertas

peperiksaan di negara ini memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan dan ada

juga yang memerlukan jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat. Murid yang

tidak menguasai kemahiran menulis yang baik sering menghadapi masalah untuk

menjawab soalan.

Pendapat Noorazman Mahat ini turut disokong oleh Suhaimi Yunus (2009) yang

mengatakan bahawa “ternyata kemahiran menulis dilihat begitu penting dalam

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kerana ia mesti dikuasai oleh murid-

murid untuk menduduki peperiksaan bertulis. Kemahiran menulis yang efektif

amatlah penting untuk kejayaan akademik dalam sistem persekolahan di seluruh

dunia.

Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh

pelajar. Kepentingan menguasai kemahiran ini telahpun dinyatakan dalam Sukatan

Pelajaran Bahasa Melayu (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001). Melalui aktiviti

menulis,pelajar akan dapat merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea,

pengalaman, perasaan, dan maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan

orang lain atau diri sendiri (Kamarudin Hj.Husin dan Siti Hajar Hj.Abd.Aziz, 1997).

Menurut Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Abd Aziz dalam bukunya,

“Penguasaan Kemahiran Menulis” menekankan bahawa kemahiran menulis penting

dalam kalangan pelajar kerana mereka bakal menjadi penulis yang akan mengisi

24

Page 25: Bab i gani

khazanah dan budaya bangsa. Jika kita menganggap penulisan adalah sesuatu yang

mudah dan dapat dilakukan tanpa terikat kepada bentuk disiplin diri, ia akan

mengakibatkan lahirnya penulis santai.

Ishak (1979) pula, menganggap mengarang merupakan sebahagian daripada

kemahiran yang penting dimiliki murid kerana sebahagian besar daripada pendidikan

formal memerlukan kerja-kerja menulis dan mengarang sebagai kaedah untuk

menyampaikan maklumat, idea, perasaan, dan pendapat. Ini bukan sahaja tertumpu

kepada mata pelajaran bahasa Melayu bahkan juga dalam semua mata pelajaran yang

dipelajari di sekolah.

Menulis karangan adalah teknik pengujian yang paling penting digunakan bagi

menguji kemahiran penulisan pelajar. Dalam peperiksaan, menulis karangan

merupakan satu tugasan yang menguji buah fikiran, pengetahuan, kebolehan

menyampai maklumat pelajar. Oleh yang demikian, pelajar perlu cekap dan mahir

dengan teknik-teknik mengarang di samping berkebolehan memahami tajuk atau

kehendak soalan supaya isi yang disampaikan itu tepat dan spesifik.

2.2.3 Masalah kemahiran menulis peringkat pelahiran.

Isi yang tidak mantap merupakan isu utama dalam penulisan karangan pelajar yang

dijadikan subjek kajian. Kegagalan mereka mengembangkan idea berkait rapat

dengan konsep pautan atau runtutan yang tidak dikuasai oleh mereka. Menurut

25

Page 26: Bab i gani

Halliday & Hassan (1976), pautan ialah ciri-ciri linguistik yang membantu

menghubungkan satu urutan ayat sehingga melahirkan sesuatu pengetahuan yang

padu atau memperlihatkan pautannya (Wong, 1993: 307). Pelbagai teknik telah

diperkenalkan bagi membantu pelajar-pelajar menulis karangan yang mempunyai

pautan bagi menjadikan sesebuah karangan itu mantap

Kegagalan menguasai kemahiran menulis dalam kalangan murid akan

mempengaruhi gaya pembelajarannya. Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008),

masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan

tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan

mereka menguasainya. Murid yang tidak menguasai kemahiran menulis akan

menghadapi masalah untuk melontarkan pandangan atau ideanya dalam bentuk

tulisan. Murid yang tidak menguasai kemahiran menulis juga merupakan murid yang

tidak tahu membaca.

2.3 Kajian Tentang Kemahiran Menulis Peringkat Pelahiran

Di Amerika Syarikat, teori dan amalan pengajaran kemahiran mengarang telah

mengalami perubahan dalam tempoh 25 tahun yang lalu. Ekoran daripada dapatan

kajian tentang proses mengarang pelajar yang berbentuk rekursif (Emig 1971;

Mischel 1974; Stallard] 974) dan bukan linear (Rohman and Wlecke 1964),

pendekatan pengajaran juga turut berubah.

Proses mengarang merupakan satu proses yang dinamik yang memperlihatkan

pergerakan berulangan dan bertindanan antara satu proses dengan satu proses yang

26

Page 27: Bab i gani

lain (Flower and Hayes 1980, 1981). Ekoran dari dapatan ilU juga, pengajaran

kemahiran mengarang disyorkan supaya memberi tumpuan yang lebih kepada proses

yang perlu dilalui semasa mengarang dan bukan kepada hasil karangan semata-mata.

Dalam pengajaran kemahiran mengarang, proses mengarang yang melibatkan

penggunaan strategi dan teknik mengarang menjadi tumpuan guru. Ini menunjukkan

kepentingan penyelarasan bentuk pengajaran guru dengan bentuk proses mengarang

di kalangan pelajar.

Dalam pembelajaran karangan bahasa Melayu, guru-guru di sekolah telah banyak

menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan. Walau bagaimanapun, masalah

penulisan karangan dalam kalangan murid masih berlaku terutamanya untuk

melontarkan idea. Menurut Nasirah binti Mohd Ghazali (2009) dalam kajian beliau

yang bertajuk “Melonjakkan Penguasaan Murid Dalam Aspek Pemikiran Dan

Penulisan Melalui Strategi SB3T” beliau mendapati sebahagian besar murid (80%)

Tingkatan 4 kurang berminat dan kurang aktif dalam melontarkan dan mengupas

idea semasa perbincangan meskipun guru telah memberi pendedahan tentang

penggunaan alat-alat bantu berfikir seperti Alat-alat CoRT1, Polisosek (Politik,

Sosial dan Ekonomi) dan KEDiMaSNA (Keluarga, Ekonomi, Diri, Masyarakat,

Sekolah dan Negara). Hanya segelintir murid sahaja (5%) yang tekun mencatat

maklumat hasil daripada perbincangan dan pembentangan rakan walaupun telah

beberapa kali diingatkan oleh guru.

2.4 Kajian Tentang Keberkesanan Kaedah Berpandu

27

Page 28: Bab i gani

Kaedah berpandu merupakan kaedah pembelajaran penulisan karangan yang belum

pernah dikaji oleh mana-mana pengkaji sebelum ini. Keadaan ini berlaku disebabkan

kewujudan kaedah ini berdasarkan kepada salah satu bentuk pengujian kemahiran

penulisan karangan iaitu karangan berpandu. Kaedah ini telah digunakan oleh

pengkaji dalam kelas pembelajaran yang dijalankannya sebelum ini. Hasil

pemerhatian pengkaji, penggunaan kaedah berpandu dalam kelas pembelajaran yang

dilakukannya telah berjaya meningkatka kemahiran murid menulis surat kiriman

tidak rasmi.

Sebelum penggunaan kaedah ini dalam pembelajaran surat kiriman, pengkaji

mendapati hasil penulisan murid tidak mempunyai hala tuju, kekurangan isi

kandungan, terdapat pengulangan isi, kesalahan format dan tidak mempunyai

krolonogi penceritaan maksud. Setelah menggunakan kaedah ini, masalah-masalah

hasil penulisan sebelum ini dapat dikurangkan dengan kadar yang tinggi.

Kaedah berpandu yang cuba dikaji oleh pengkaji ini mempunyai ciri-ciri dan langkah

pengajaran yang khusus mengikut pengamatan pengkaji. Ciri-ciri tersebut adalah

seperti berikut;

1. Format surat kiraman disediakan sebagai panduan melalui garisan-garisan

kosong.

2. Isi surat kiriman dipandu menggunakan soalan-soalan yang tertentu.

3. Penggunaan kartun berdialog untuk panduan pemahaman isi surat.

4. Penyambungan ayat-ayat dalam perenggan

5. Penulisan berperingkat.

28

Page 29: Bab i gani

6. penyambungan idea seperti melengkapkan cerita.

7. Pemilihan perkataan

8. Penggunaan Peta Minda

Langkah-langkah pengajaran berpandu mengikut penglaman pengkaji pula adalah

seperti berikut;

1. Penerangan guru terhadap soalan

2. Panduan untuk menulis surat kiriman seperti format, gambar, dialog dan

pemilihan perkataan hanya digunakan dalam dua aktiviti penulisan.

3 Penuilisan tanpa panduan dilakukan sebanyak dua kali selepas penulisan

berpandu untuk melihat kesan penggunaan karangan berpandu.

4. Murid membina panduan penulisan.

Corak pembelalajaran kaedah berpandu ini dapat

2.4 Rumusan

Berdasarkan kepada kajian-kajian terdahulu yang dilakukan oleh penyelidik-

penyelidik tentang kemahiran menulis, dapatlah diketahui bahawa kemhiran menulis

merupakan salah satu cabang bahasa yang bersifat kompleks. Kepentingan

menguasai kemahiran membaca dalam kalangan murid amatlah dititikberatkan

kerana semua bentuk ujian bahasa dalam penilaian akademik melibatkan kemahiran

menulis.

29

Page 30: Bab i gani

Berdasarkan kepada hasil-hasil kajian ini, penyelidik akan melaksanakan kajian ini

berpandukan kepada cara-cara kajian mereka dilakukan terutamanya dalam

membina instrumen kajian.

BAB III

METHODOLOGI KAJIAN

30

Page 31: Bab i gani

3.1 Pengenalan

Dalam bab ini, penyelidik akan menerangkan tentang reka bentuk kajian, populasi

dan persampelan, instrumen kajian, kajian rintis, cara pengumpulan data dan cara

data dianalisis.

3.2 Reka bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini berupa eksperimen kuasi. Reka bentuk eksperimen kuasi

digunakan untuk melihat pencapaian dua kumpulan yang berbeza iaitu kumpulan

kawalan dan kumpulan rawatan hasil analisis data melalui skema pemeriksaan

karangan.

Seramai 20 orang murid dari kelas tahun lima dipilih sebagai responden selepas

penyelidik memperolehi keputusan peperiksaan sampel kajian. Penyelidik akan

memilih responden berdasarkan pencapaian dalam penulisan bahasa Melayu. Tujuan

penyelidik adalah untuk memastikan faktor responden yang dipilih tidak

memberikan kesan kepada dapatan kajian.

Sebelum kajian dilakukan, penyelidik akan mengedarkan borang maklumat

responden bagi tujuan rujukan dan pemfailan. Borang maklumat ini mengandungi

beberapa maklumat asas responden seperti nama, kelas, nama ayah dan ibu, nombor

telefon dan maklumat pekerjaan ibu bapa. Maklumat-maklumat ini juga penting

31

Page 32: Bab i gani

dalam menjalankan kajian kerana melalui maklumat ini, penyelidik akan mengetahui

latar belakang responden.

Kedua-dua kumpulan rawatan akan diberikan ujian pra untuk mengenal pasti

kemahiran menulis responden sebelum kajian dijalankan. Hasil analisis pencapaian

responden dalam kajian ini membolehkan penyelidik merancang aktiviti

pembelajaran yang menggunakan pendekatan berpandu untuk kumpulan rawatan.

Responden dari kumpulan kawalan akan mempelajari kemahiran menulis surat

rasmi secara pembelajaran biasa. Untuk mengelakkan ralat dalam kajian ini, proses

pembelajaran kemahiran kumpulan kawalan akan dilakukan sendiri oleh penyelidik.

Kumpulan rawatan pula akan mempelajari kemahiran menulis surat rasmi

menggunakan pendekatan berpandu. Sepanjang aktiviti menulis karangan oleh

responden, penyelidik akan membuat perhatian dan pertanyaan bagi tujuan mengesan

kelemahan murid semasa menulis surat rasmi. Untuk tujuan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dalam kajian ini, penyelidik akan menggunakan masa pembelajaran

penulisan bahasa Melayu selama 2 bulan.

Setelah proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan pendekatan

berpandu selesai dalam tempoh yang dirancang, penyelidik akan mengadakan ujian

pasca bagi membolehkan penyelidik melihat hasil pendekatan pembelajaran yang

digunakan.

32

Page 33: Bab i gani

Peringkat terakhir yang dilakukan oleh penyelidik adalah mengedarkan borang kaji

selidik untuk melihat respon responden terhadap proses pengajaran dan pembelajaran

yang dijalankan. Maklum balas responden terhadap pembelajaran yang

menggunakan pendekatan berpandu juga merupakan salah satu instrumen untuk

menilai keberkesanan pendekatan berpandu dalam mempertingkatkan kemahiran

menulis surat rasmi.

3.3 Persampelan

Populasi kajian ini merupakan pelajar tahun 5 di sekolah yang dipilih. Sampel pula

terdiri dari 56 orang murid dari dua kelas yang dipilih. Markah peperiksaan sampel

akan dianalisis mengikut tahap pencapaian. Kumpulan yang berpencapaian

sederhana akan dipilih sebagai responden. Tujuan pemilihan cara begini adalah untuk

mengelak pengaruh faktor responden terhadap dapatan kajian. Sampel yang

mempunyai pencapaian tinggi sudah tentu boleh menulis surat rasmi dengan baik.

Responden akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan

kumpulan rawatan. Setiap kumpulan terdiri dari 10 orang responden.

3.4 Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, sebanyak 5 instrumen digunakan iaitu borang maklumat murid, set

ujian pra, set ujian pasca, borang skema pemarkahan karangan bahasa Melayu, dan

borang kaji selidik.

33

Page 34: Bab i gani

Borang maklumat murid merupakan borang yang mengandung maklumat asas

responden untuk rujukan dan panduan penyelidik. Maklumat asas murid ini

membolehkan penyelidik mengenali latar belakang responden.

Set ujian pra dan pasca merupakan satu set ujian penulisan surat kiriman rasmi.

Kedua-dua soalan ini terdiri dari 3 bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Dalam

bahagian A, responden dikehendaki melengkapkan ayat dalam surat kiriman rasmi.

Bahagian B pula, responden dikehendaki menulis surat rasmi dalam format yang

disediakan manakala bahagian C pula responden dikehendaki menulis surat rasmi

berdasarkan tajuk soalan yang diberi.

Borang Skema Pemarkahan Karangan Bahasa Melayu pula merupakan borang yang

mengandungi aspek-aspek yang perlu ada dalam karangan, Borang ini menggunakan

skala likert sebagai hasil pencapaian responden. Rajah 3.1 menunjukkan contoh

borang skema tersebut.

Jadual 1: Kandungan Skema Karangan Tahap II

Komponen/

SubkomponenKecekapan

a) Sosiolinguistik

34

Page 35: Bab i gani

Tujuan

l. Menulis karangan berorientasikan maklumat / pembaca/

penulis

2. Menghuraikan maklumat mengikut konteks dan situasi

3. Menjelaskan idea utama dan idea-idea sokongan

4. Memujuk pembaca dalam helaian

5. Melahirkan perasaan/pengalaman penulis

Pembaca

6. Menggunakan kata panggilan yanq sesuai untuk khalayak

7. Memahami latar belakang khalayak

8. Berinteraksi dengan pembaca

b) Wacana

Pertalian

(koheren)

9. Mempunyai idea kawalan

10. Mengembangkan idea berasaskan hubungan sebab-akibat

11. Mengemukakan isu-isu yang berkaitan dengan tajuk

12. Menghurai idea berdasarkan idea kawalan

13. Menggunakan gaya penulisan yang tepat

14. Membuat kesimpulan yang sesuai dengan tajuk

Pefiautan

(kohesi)

15. Membina pertautan dengan kata hubung yane sesuai

16. Membina pertautan dengan menggunakan perkataan yang

sesuai (pengulangan kata, sinonim. antonim dll)

17. Mengglnakan penanda wacana yang sesuai

18. Membina wacana yang sempurna bagi karangan

c) Tatabahasa

19. Menggunakan sistem eiaan bahasa Melayu dengan betul

20. Menggunakan tanda baca yang sesuai

21. Menggunakan huruf kecil besar dengan betul

35

Page 36: Bab i gani

Mekanis 22. Memerenggankan karangan dengan rapi

23. Menggunakan format karangan yang betul

Morfologi

24. Menggunakan kosa kata yang luas

25. Menggunakan kata dengan betul

26. Menggunakan imbuhan dengan betul

27. Menggunakan rangkai kata/ungkapan densan betul

28. Menggunakan laras bahasa yang sesuai

Sintaksis

29. Menggunakan ayat yang betul strukturnva (lengkap)

30. Membina ayat yang.ielas maknanya

31. Menggunakan pelbagai ragam ayat dalam wacana

Skala : 1 – Sangat Lemah 2 – Lemah 3 – Sederhana 4 – Baik 5 – Sangat Baik

Rajah 1

Borang kaji selidik merupakan borang yang mengandungi 10 soalan berkaitan hasil

pembelajaran dan pendekatan yang digunakan. Murid akan menentukan jawapan YA

atau TIDAK dalam soalan yang disediakan.

3.5 Kajian Rintis

Kajian rintis merupakan satu kajian awal yang dilakukan sebelum kajian sebenar

dijalankan. Tujuan kajian rintis adalah untuk menilai instrumen kajian dan cara

kajian dilakukan.

36

Page 37: Bab i gani

Kajian ini dilakukan ke atas beberapa murid yang dijadikan sebagai responden.

Jumlah responden yang dipilih adalah sedikit bilangannya berbanding kajian sebenar.

Walaupun begitu, jumlahnya adalah setara.

Dalam menjalankan kajian rintis, semua instrumen kajian akan digunakan. Aktiviti

dan program yang dirancang dalam kajian sebenar juga turut diaplikasikan. Melalui

kajian rintis ini, penyelidik akan dapat mengenal pasti kelemahan-kelemahan

instrumen yang dibina. Selain itu juga, penyelidik juga dapat mengesan kelemahan-

kelahan aktiviti atau program yang dijalankan.

Semua kelemahan yang dikenal pasti hasil kajian rintis ini akan dibaiki dan

dimurnikan untuk memastikan instrumen yang digunakan mempunyai kesahan yang

tinggi.

3.6 Prosedur Pengumpulan Data

Proses pengumpulan data dimulakan dengan menganalisis pencapaian sampel dalam

penulisan bahasa Melayu tahun lima bagi tujuan pemilihan responden. Markah-

markah sampel akan disusun 4 peringkat kumpulan iaitu Kumpulan cemerlang (80 –

100 markah), kumpulan lulus ( 60 – 79 markah), kumpulan sederhana (40 – 59

markah) dan kumpulan lemah( 0 – 39 markah).

Peringkat seterusnya, penyelidik akan mengumpul borang maklumat murid dan

memproses maklumat tersebut bagi tujuan rujukan latar belakang responden. Ini

37

Page 38: Bab i gani

disebabkan faktor latar belakang juga merupakan faktor yang boleh mempengaruhi

hasil kajian.

Untuk merancang aktiviti yang sesuai dan berupaya menarik minat murid mengikuti

sesi pembelajaran, penyelidik akan menganalisis hasil ujian pra yang dijalankan.

Untuk menganalisis instrumen ini, penyelidik akan menggunakan borang skema

pemarkahan sebagi menentukan tahap kemahiran responden,

Untuk menguji keberkesanan pendekatan yang digunakan, ujian pasca akan

dilakukan. Pada peringkat ini semua data yang diperolehi akan dianalisis

menggunakan borang skema yang disediakan.

Peringkat akhir pengumpulan data ialah menganalisis hasil dapatan borang kaji

sedilik.

3.7 Cara Pemprosesan Data

Data-data yang diperolehi melalui ujian pra dan pasca akan dianalisis menggunakan

skala likert yang terdapat dalam borang skema karangan. Skala 1 menunjukkan

pencapaian yang sangat lemah oleh murid, skala 2 menunjukkan pencapaian lemah,

skala 3 menunjukkan pencapaian sedehana, skala 4 menunjukkan pencapaian baik

dan skala 5 menunjukkan pencapaian yang sangat baik.

Hasil tulisan murid akan dinilai berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan dalam

borang skema karangan. Setiap kriteria akan mengandungi 5 pilihan tahap oleh

38

Page 39: Bab i gani

pemeriksa. Hasil pilihan tahap ini akan dianalisis menggunakan kiraan peratus untuk

menentukan hasil kajian.

3.8 Rumusan

Melalui bab ini, penerangan tentang kaedah-kaedah kajian dilakukan dengan

menjelaskan reka bentuk kajian, instrumen kajian, persampelan, prosedur

pengumpulan data dan cara data diproses.

39