tajuk 2 prinsip asas fotografi -...

19
12 4- TAJUK 2 Prinsip Asas Fotografi Cuba anda fikirkan Sejauh manakah fotografi penting dalam proses pembinaan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran. Pada asasnya kamera sama saja, sama ada dari jenis yang murah mahupun yang mahal. Secara kasarnya kamera adalah sebuah kotak yang mempunyai lubang untuk mengawal cahaya pada satu bahagian dan mempunyai ruang untuk meletakkan filem dibahagian yang lainnya. Lubang ini membolehkan cahaya masuk ke dalam kotak dan menyinari filem yang telah sedia dimasukkan untuk membentuk imej. Ada beberapa jenis kamera yang terdapat di pasaran. Antaranya ialah kamera piring (disk), kamera segera (instant), kamera katrij ( cartridge), kamera pembalikan (reflects) dan kamera format besar (large format view). Semakin kompleks binaan/struktur sesebuah kamera, semakin lengkap mekanismanya. Kelengkapan serta kecekapan mekanisma ini akan turut memberi kesan terhadap hasil fotograf yang dihasilkan. Untuk menghasilkan kerja yang sempurna, sesebuah kamera mestilah mempunyai : a. Satu alat memandang yang membolehkan pengguna mengarahkan kamera itu kepada sasarannya. Bahagian ini dinamakan tingkap penilik pandang. b. Lubang yang dipanggil aperture untuk membolehkan cahaya masuk ke dalam kamera. c. Lensa untuk menerima cahaya dan memancarkan imej ke atas filem. d. Alat penutup dan pembuka lensa yang boleh diubahsuai dinamakan shutter. e. Satu punat yang dinamakan pelepas shutter, yang apabila ditekan, akan dibuka sekejap, cukup untuk membolehkan cahaya masuk bagi membuat imej ke atas filem. f. Filem dengan permukaannya yang sensitif mengadap lensa. g. Alat untuk menggulung filem.

Upload: others

Post on 01-Dec-2020

53 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK 2 Prinsip Asas Fotografi - jezxmo.weebly.comjezxmo.weebly.com/uploads/3/7/5/5/37558407/tajuk_7_ps_prinsip_as… · Prinsip Asas Fotografi Cuba anda fikirkan Sejauh manakah fotografi

12 4-

TAJUK 2 Prinsip Asas Fotografi

Cuba anda fikirkan

Sejauh manakah fotografi penting dalam proses pembinaan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran. Pada asasnya kamera sama saja, sama ada dari jenis yang murah mahupun yang mahal. Secara kasarnya kamera adalah sebuah kotak yang mempunyai lubang untuk mengawal cahaya pada satu bahagian dan mempunyai ruang untuk meletakkan filem dibahagian yang lainnya. Lubang ini membolehkan cahaya masuk ke dalam kotak dan menyinari filem yang telah sedia dimasukkan untuk membentuk imej. Ada beberapa jenis kamera yang terdapat di pasaran. Antaranya ialah kamera piring (disk), kamera segera (instant), kamera katrij ( cartridge), kamera pembalikan (reflects) dan kamera format besar (large format view). Semakin kompleks binaan/struktur sesebuah kamera, semakin lengkap mekanismanya. Kelengkapan serta kecekapan mekanisma ini akan turut memberi kesan terhadap hasil fotograf yang dihasilkan. Untuk menghasilkan kerja yang sempurna, sesebuah kamera mestilah mempunyai :

a. Satu alat memandang yang membolehkan pengguna mengarahkan kamera itu kepada sasarannya. Bahagian ini dinamakan tingkap penilik pandang.

b. Lubang yang dipanggil aperture untuk membolehkan cahaya masuk ke

dalam kamera.

c. Lensa untuk menerima cahaya dan memancarkan imej ke atas filem.

d. Alat penutup dan pembuka lensa yang boleh diubahsuai dinamakan shutter.

e. Satu punat yang dinamakan pelepas shutter, yang apabila ditekan, akan

dibuka sekejap, cukup untuk membolehkan cahaya masuk bagi membuat imej ke atas filem.

f. Filem dengan permukaannya yang sensitif mengadap lensa.

g. Alat untuk menggulung filem.

Page 2: TAJUK 2 Prinsip Asas Fotografi - jezxmo.weebly.comjezxmo.weebly.com/uploads/3/7/5/5/37558407/tajuk_7_ps_prinsip_as… · Prinsip Asas Fotografi Cuba anda fikirkan Sejauh manakah fotografi

13 4-

h. Mekanisma fokus untuk mengubah lensa ke belakang dan ke depan supaya ia dapat memancar imej dengan terang.

2.1 Jenis-jenis kamera

Kamera Fokus Tetap Kamera jenis ini tidak mempunyai mekanisma fokus. Yang ada hanya sebuah penilik pandangan yang kedudukannya jauh sedikit dari lensa. Kebanyakan kamera jenis ini mempunyai aperture tetap dan tak boleh diubahsuai. Tetapi ada juga kamera jenis ini yang mempunyai aperture pelaras yang mudah yang ditandakan dengan lambang-lambang seperti berikut:

Rajah 2.1 : Kamera Fokus tetap

Untuk mengambil gambar dalam cahaya matahari terang dan bayang- bayang yang nyata.

Untuk mengambil gambar dalam cahaya terang bermega dengan bayang-bayang samar

Untuk mengambil gambar dalam cahaya mendung dengan sedikit bayang-bayang

Page 3: TAJUK 2 Prinsip Asas Fotografi - jezxmo.weebly.comjezxmo.weebly.com/uploads/3/7/5/5/37558407/tajuk_7_ps_prinsip_as… · Prinsip Asas Fotografi Cuba anda fikirkan Sejauh manakah fotografi

14 4-

Rujuk cakera padat yang dibekalkan

Klik start dan cari program fotocop dan klik fotografi kemudian pilih menu utama fotografi dan lihat penjelasan mengenai jenis-jenis kamera dan sejarah ringkas mengenai kamera. Kemudian anda bincangkan dengan rakan anda jenis-jenis kamera yang terdapat di pasaran masa kini. Kamera Pencari Jarak Padu

Kamera ini mempunyai mekanisma fokus pada lensa dan bentuknya hampir sama dengan kemara fokus tetap. Mekanisma f okus membolehkan jurufoto mengubahsuai lensa untuk menda pkan imej yang jelas dan tajam. Rajah 2.2 : Kamera Pencari Jarak Padu Kamera Satu Lensa Refleks (SLR) Kamera SLR tidak mempunyai tingkap penilik pandang disebelah depannya. Ia hanya mempunyai tingkap menenang di s ebelah belakang. Imej yang dilihat pada tingkap penilik p andangan masuk melalui lensa yang memancarkan imej ke filem. Ia d ilengkapkan dengan sistem lensa yang boleh ditukar ganti. Lensa boleh ditukar walau pun kamera sudah diisi filem, tanpa merosakkan filem. Ia juga boleh menggunakan lensa telefoto, lensa sudut luas ( wide angle lens), lensa mikro ( micro lens), dan alat tambahan lain.

Page 4: TAJUK 2 Prinsip Asas Fotografi - jezxmo.weebly.comjezxmo.weebly.com/uploads/3/7/5/5/37558407/tajuk_7_ps_prinsip_as… · Prinsip Asas Fotografi Cuba anda fikirkan Sejauh manakah fotografi

15 4-

Rajah 2.3 (i),(ii), (iii) : Kamera Satu La nsa Refleks Sumber : Sharifah Alwiah Alsagoff (1992)

Page 5: TAJUK 2 Prinsip Asas Fotografi - jezxmo.weebly.comjezxmo.weebly.com/uploads/3/7/5/5/37558407/tajuk_7_ps_prinsip_as… · Prinsip Asas Fotografi Cuba anda fikirkan Sejauh manakah fotografi

16 4-

Kamera Format Sederhana Kamera jenis ini menggunakan filem saiz 120 atau 22 0 yang mempunyai ukuran bidang 60 mm x 60 mm. Bentuk kamera adalah besar dan berat. Ia boleh terdapat dalam jenis SLR dan TLR ( Twin Le ns Reflex). Jenis TLR mempunyai dua kanta serupa yang dipasang di ata s satu sama lain. Kanta teratas digunakan sebagai pemidang tilik dan kanta dibawahnya bertugas sebagai kanta objektif. Rajah 2.4 : Kamera Format Sederhana Sumber : Razali Nor (1996 ) Rajah 2.5 : Kamera Format Sederhana Sumber : Razali Nor (1996)

Page 6: TAJUK 2 Prinsip Asas Fotografi - jezxmo.weebly.comjezxmo.weebly.com/uploads/3/7/5/5/37558407/tajuk_7_ps_prinsip_as… · Prinsip Asas Fotografi Cuba anda fikirkan Sejauh manakah fotografi

17 4-

Kamera Format Besar Kamera format besar ialah kamera yang menggunakan f ilem yang lebih besar daripada 120/220. Oleh kerana bentuk kameran ya besar, maka kamera jenis ini selalunya digunakan oleh jurugamba r profesional dalam studio untuk mendapatkan kualiti gambarfoto y ang maksimum. Kamera Format Besar Rajah 2.6 : Kamera Format Besar

Rehat

Syabas! Anda telah mempelajari beberapa jenis kamera. Bincang dengan rakan anda kelebihan-kelebihan yang ada pada setiap jenis kamera.

Page 7: TAJUK 2 Prinsip Asas Fotografi - jezxmo.weebly.comjezxmo.weebly.com/uploads/3/7/5/5/37558407/tajuk_7_ps_prinsip_as… · Prinsip Asas Fotografi Cuba anda fikirkan Sejauh manakah fotografi

18 4-

Kamera Segera Kamera jenis ini boleh menghasilkan foto dan slaid dalam jangka masa yang singkat, iaitu antara satu hingga dua minit sa haja. Permukaan filem khas untuk kamera ini disaluti oleh satu bent uk bahan kimia yang dapat memproseskan imej menjadi positif dengan capa t.

Rajah 2.7 : Kamera Segera ( Polaroid) Sumber : Sharifah Alwiah Alsagoff (1992)

Latihan 2.1.

Berdasarkan bacaan anda, nilaikan sejauh manakah terdapat perbezaan antara fungsi-fungsi kamera format sederhana dengan kamera format besar?

Page 8: TAJUK 2 Prinsip Asas Fotografi - jezxmo.weebly.comjezxmo.weebly.com/uploads/3/7/5/5/37558407/tajuk_7_ps_prinsip_as… · Prinsip Asas Fotografi Cuba anda fikirkan Sejauh manakah fotografi

19 4-

2.2 Bahagian- bahagian kamera

Kanta Kanta digunakan untuk membentuk imej yang jelas di atas permukaan filem di dalam kamera. Ciri utama sesebuah kamera ialah jarak fokusnya. Kanta yang berlainan jarak fokus digunak an untuk membentuk imej yang berlainan saiz di atas filem. Jarak fokus kanta disukat dalam unit mm. Jarak fokus normal akan mem bentuk satu saiz imej biasa pada mana-mana jenis kamera yang digunak an. Jarak fokus normal adalah berbeza mengikut saiz filem masing-ma sing:

Saiz filem Jarak fokus normal 110 25 mm

126/127 45 mm 35 50 mm 120 75 mm

Jenis-jenis kanta a. Lensa Bidang Luas ( Wide Angle Lens)

Ukurannya 6 mm – 45 mm. Digunakan untuk pengambaran pemandangan atau tempat-tempat keluasannya terhad b agi jurukamera. Pemandangan jauh yang luas.

b. Lensa biasa ( Standard/ Normal Lens)

Ukurannya 43 mm – 50 mm. Paling banyak digunakan. Sudut pandangan disesuaikan dengan pandangan biasa mata.

c. Lensa Foto Jauh ( Telefoto)

85 mm – 120 mm Untuk gambar potret. 135 mm – 200 mm Sesuai untuk sukan 300 mm – 600 mm pergerakan, alam semulajadi, penghi dupan

liar

d. Lensa Zoom

Lensa zoom ialah kanta yang mengandungi gabungan be berapa jenis kanta pada satu unit sama ada gabungan sudut luas ke normal ataupuan normal ke sudut jauh. Kanta zoom b erguna pada subjek-subjek yang berubah dengan cepat dan ju rugambar tidak ada masa untuk menukarkan kepada kanta-kanta yang berlainan pada kameranya. 28 mm - 50 mm sudut luas ke normal 50 mm – 100 mm normal ke sederhana 70 mm – 200 mm normal ke jauh 135 mm – 300 mm sederhana ke jauh

Page 9: TAJUK 2 Prinsip Asas Fotografi - jezxmo.weebly.comjezxmo.weebly.com/uploads/3/7/5/5/37558407/tajuk_7_ps_prinsip_as… · Prinsip Asas Fotografi Cuba anda fikirkan Sejauh manakah fotografi

20 4-

Rajah 2.8 : Lensa Zoom Sumber : Cakera padat Pengatup / shutter

Penngatup atau shutter adalah sebuah tingkap yang m enutup permukaan filem daripada terkena cahaya. Tingkap p engatup akan hanya dibuka untuk jangka masa dedahan tertentu yan g sesuai untuk mendapatkan gambarfoto yang baik. Indeks kelajuan pengatup ditunjukkan dengan nagka-a ngka B, 1, 2, 4, 6, 15, 30, 60, 125, 250, 500, 1000 dan 2000 yang membe ri maksud setiap tanda 1 menunjukkan kecepatan 1/1 saat kelajuan pen gatup untuk membenarkan cahaya daripada apertur masuk ke adalam filem. Lebih besar indeks kelajuan maka lebih singkat masa dedah an dibenarkan dan lebih kecil indeks kelajuan pengatup maka lebih lama dedahan dibenarkan.

Rajah 2.9 : Pelepas shutter/Kelajuan pelapas

Page 10: TAJUK 2 Prinsip Asas Fotografi - jezxmo.weebly.comjezxmo.weebly.com/uploads/3/7/5/5/37558407/tajuk_7_ps_prinsip_as… · Prinsip Asas Fotografi Cuba anda fikirkan Sejauh manakah fotografi

21 4-

Apertur ( Dedahan Cahaya)

Apertur ialah gegelang yang boleh membesar dan men gecil, berfungsi untuk mengawal kemasukan cahaya yang akan menuju ke filem. Skil di gelang apertur ini berukuran / ditanda dengan f ata u f/stops. Skil pada gegelang akan ditanda dengan 2.8/3.8, 4, 5.6, 8, 11 , 16, 22. Skil bergantung kepada lensa yang digunakan. Nombor yan g kecil saiz bukaannya besar, sementara nombor yang besar (f22) zaiz bukaannya kecil.

F2.8/3.8 f4 f5.6 f8 f11 f16 f22 Rajah 2.10 : Aperture (Dedahan Cahaya)

Rajah 2.11 : Skala Apertur Fokus Fokus adalah satu proses untuk mengubah jarak kanta dari permukaan filem supaya satu imej subjek yang jelas akan terbe ntuk di atas permukaan filem. Proses ini dilakukan dengan cara memutar pelaras fokus kanta ke kiri atau ke kanan, sambil jurugamba r melihat subjek pada pemidang tilik. Jenis imej bertindan akan men unjukan dua imej sekiranya kanta berada di luar fokus. Imej akan me njadi satu apabila fokusnya tepat.

Page 11: TAJUK 2 Prinsip Asas Fotografi - jezxmo.weebly.comjezxmo.weebly.com/uploads/3/7/5/5/37558407/tajuk_7_ps_prinsip_as… · Prinsip Asas Fotografi Cuba anda fikirkan Sejauh manakah fotografi

22 4-

Rajah 2.12 : Skala Fokus

Filem Filem adalah kepingan plastik khas yang mempunyai s atu permukaan bahan kimia peka cahaya. Bahan kimia tersebut akan membentuk imej apabila cahaya dibiarkan jatuh ke atasnya. Kepekaa n filem disukat berdasarkan beberapa skala seperti ASA ( American S tandard Association), JIS ( Japan Industrial Standards), DI N ( Deutche Industrie Norme) dan ISO ( International Standards organisati ons). Rajah 2.13 : Jenis Filem

Page 12: TAJUK 2 Prinsip Asas Fotografi - jezxmo.weebly.comjezxmo.weebly.com/uploads/3/7/5/5/37558407/tajuk_7_ps_prinsip_as… · Prinsip Asas Fotografi Cuba anda fikirkan Sejauh manakah fotografi

23 4-

Jenis-jenis Filem Filem hitam-putih Negatif hitam putih membuat

gambar hitam putih Filem Warna Negatif warna untuk membuat

gambar foto berwarna warni atau hitam putih

Filem Slaid Juga dipanggil filem Positif. Untuk mendapatkan slaid berwarna dan boleh dicetak.

Kepekaan Filem Filem sangat peka kepada cahaya. Kadar kepekaan fi lem yang berlainan ukuran adalah tidak sama. Semakin nomborn ya tinggi kepekaannya semakin tinggi dan sebaliknya sekirany a nombor kecil kepekaannya semakin rendah. Jika mengambil gambar dalam cahaya matahari terang/ terik, filem yang mempunyai kadar kepekaan yang rendah atau sederhana adalah sesuai. Filem ASA 100, 125 atau kurang adalah sesuai. Jika mengambil gambar dibilik gelap, cahaya lampu b iasa ( lilin, pelita, lampu warna atau mengambil gambar dengan cahaya imb asan bagi pementasan, filem dengan kepekaan tinggi perlu digu nakan. Misalnya Filem ASA 400 hingga 1000 1000 500 250 125 64 32 16 8 4 ASA ISO 31 28 25 22 19 16 13 10 7 DIN

Kelajuan Tinggi Kelajuan rendah Rajah 2.13 : Kekaan Filem

Page 13: TAJUK 2 Prinsip Asas Fotografi - jezxmo.weebly.comjezxmo.weebly.com/uploads/3/7/5/5/37558407/tajuk_7_ps_prinsip_as… · Prinsip Asas Fotografi Cuba anda fikirkan Sejauh manakah fotografi

24 4-

Meter Dedahan Cara yang tepat untuk menentukan pendedahan ialah d engan menggunakan jangka cahaya. Jangka cahaya ialah ala t yang kecil yang terdiri dari sel fotoelektrik, skala cahaya dan ska la pelaras kamera. Rajah 2.14 : Meter Dedahan

Sumber : Sharifah Alwiah Alsagoff 2.3 Teknik mengambil gambar

Terdapat pelbagai jenis teknik pengambaran gambar f oto. Antaranya ialah Rajah 2.15 : Teknik Jarak Dekat (Close-up)

Page 14: TAJUK 2 Prinsip Asas Fotografi - jezxmo.weebly.comjezxmo.weebly.com/uploads/3/7/5/5/37558407/tajuk_7_ps_prinsip_as… · Prinsip Asas Fotografi Cuba anda fikirkan Sejauh manakah fotografi

25 4-

Rajah 2.16 : Fokus Jarak Sederhana Rajah 2.17 : Fokus Jarak Jauh

Page 15: TAJUK 2 Prinsip Asas Fotografi - jezxmo.weebly.comjezxmo.weebly.com/uploads/3/7/5/5/37558407/tajuk_7_ps_prinsip_as… · Prinsip Asas Fotografi Cuba anda fikirkan Sejauh manakah fotografi

26 4-

Rajah 2.18 : Teknik Panning Rajah 2.19 : Teknik Panning

Page 16: TAJUK 2 Prinsip Asas Fotografi - jezxmo.weebly.comjezxmo.weebly.com/uploads/3/7/5/5/37558407/tajuk_7_ps_prinsip_as… · Prinsip Asas Fotografi Cuba anda fikirkan Sejauh manakah fotografi

27 4-

Rajah 2.20 : Teknik Perspektif Rajah 2.21 : Teknik Perspektif

Page 17: TAJUK 2 Prinsip Asas Fotografi - jezxmo.weebly.comjezxmo.weebly.com/uploads/3/7/5/5/37558407/tajuk_7_ps_prinsip_as… · Prinsip Asas Fotografi Cuba anda fikirkan Sejauh manakah fotografi

28 4-

Rajah 2.22 : Teknik Pembekuan Rajah 2.23 : Teknik Sepertiga

Page 18: TAJUK 2 Prinsip Asas Fotografi - jezxmo.weebly.comjezxmo.weebly.com/uploads/3/7/5/5/37558407/tajuk_7_ps_prinsip_as… · Prinsip Asas Fotografi Cuba anda fikirkan Sejauh manakah fotografi

29 4-

Rajah 2.24 : Teknik Simetri

Sila rujuk cakera padat yang dibekalkan untuk mendapatkan gambar yang jelas

Pastikan anda melihat cakera padat untuk mendapat kejelasan gambar dan teknik yang betul dalam pengabaran gambar.

Latihan 2.2

Anda dikehendaki mengambil gambar dengan menggunakan teknik B-Stop, Imej tindanan, Fokus sederhana, Fokus jauh dan fokus dekat. Pastikan anda berbincang dengan rakan anda untuk memudahkan anda mempelajari kaedah pengambilan gambar.

2.4 Rumusan

Pembelajaran fotografi adalah penting dikalangan guru khasnya kerana kita dapat mendokumentasikan hasil sejarah ataupun aktiviti harian kita supaya dapat dimanafaatkan kemudian hari. Sejauhmana jenis kamera digunakan adalah tidak penting tetapi yang paling penting ialah mutu dan mekanisma gambar yang jelas. Modul ini akan membantu anda mempelajari secara asas pengenalan dan teknik fotografi.

Page 19: TAJUK 2 Prinsip Asas Fotografi - jezxmo.weebly.comjezxmo.weebly.com/uploads/3/7/5/5/37558407/tajuk_7_ps_prinsip_as… · Prinsip Asas Fotografi Cuba anda fikirkan Sejauh manakah fotografi

30 4-

2.5 Bacaan Asas

Rasali Nor (1995). Teknologi pendidikan : media unjuran dan media elektronik. Kuala Lumpur :Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Safian bin Abd. Rashid (2002). Pengurusan sumber : Kompenan teknologi

pendidikan.

2.6 Rujukan

Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D., & Smaldino , S.E. (1996). Instructional media and technologies for learning 5 th ed. New Jersey : Printice-Hall.

Poh Swee Hiang, Mokhtar Affandi Amran & Tajuddin H assan (1996). Pengurusan sumber pengajaran pembelajaran 2. Kuala Lumpur :Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1987). Teknologi pengajaran. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka

2.7 UNIT 4 : Soalan Tutorial

1. Menyediakan satu cerita dengan menggunakan slaid berdasarkan langkah-langkah penghasilan papan cerita dan masa p engajaran 30 minit. Teknik fotografi hendaklah digunakan. Bi ncangkan dengan tutor anda untuk penerangan yang lebih lanju t.

2. Menggunakan teknik-teknik mengambil gambar yang betul dengan menggunakan kedua-dua jenis kamera.