bab 2

5
BAB 2 : FOKUS KAJIAN 2.0 PENDAHULUAN Kepentingan kemahiran membaca terutamanya mengeja bukan sahaja untuk tujuan akademik seperti menjawab soalan peperiksaan, membaca karangan atau petikan tetapi juga untuk memenuhi keperluan dalam kehidupan seharian murid itu sendiri. Dalam usaha negara kita sedang menuju untuk menjadi sebuah negara industri, guna tenaga mahir amatlah diperlukan. Guna tenaga mahir ini tidak hanya bersandarkan kepada kemahiran dari aspek sains dan teknologi semata-mata tetapi juga kemahiran berbahasa terutamanya kemahiran membaca. Kajian ini memfokuskan kepada Keberkesanan Penggunaan Kad berwarna Untuk Meningkatkan Penguasaan

Upload: mny-mira

Post on 16-Feb-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BAB 2

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 2

BAB 2 : FOKUS KAJIAN

2.0 PENDAHULUAN

Kepentingan kemahiran membaca terutamanya mengeja bukan

sahaja untuk tujuan akademik seperti menjawab soalan peperiksaan,

membaca karangan atau petikan tetapi juga untuk memenuhi keperluan

dalam kehidupan seharian murid itu sendiri. Dalam usaha negara kita

sedang menuju untuk menjadi sebuah negara industri, guna tenaga

mahir amatlah diperlukan. Guna tenaga mahir ini tidak hanya

bersandarkan kepada kemahiran dari aspek sains dan teknologi

semata-mata tetapi juga kemahiran berbahasa terutamanya kemahiran

membaca.

Kajian ini memfokuskan kepada Keberkesanan Penggunaan

Kad berwarna Untuk Meningkatkan Penguasaan Ejaan Perkataan

Berimbuhan meN- dalam Kalangan Murid Tahun Empat. Kajian ini

melibatkan seorang guru Bahasa Melayu iaitu pengkaji sendiri dan 6

orang murid yang terlibat. Murid-murid ini juga adalah murid-murid yang

tidak melepasi Ujian Pasca ProTIM dalam penguasaan menulis. Walau

bagaimanapun murid-murid ini dapat membaca secara sederhana

Page 2: BAB 2

lancar tetapi masih lemah menguasai kemahiran menulis terutama

perkataan berimbuhan me- bagi kata akar yang bermula dengan huruf

p, t, k, dan s.

2.1 TINJAUAN MASALAH

Respondan yang telah dipilih oleh pengkaji untuk dijadikan

sampel kajian ini merupakan murid dari kelas 4 Mutiara di Sekolah

Kebangsaan Jerlun, Kedah Darul Aman. Daripada seramai 26 orang

murid di dalam kelas tersebut, pengkaji hanya memilih 6 orang sahaja

murid untuk dijadikan sampel kajian. Pemilihan ini adalah berdasarkan

kepada pencapaian yang diperolehi keenam-enam orang murid

tersebut di dalam latihan lembaran kerja yang telah dijalankan di dalam

kelas. Walaupun hanya terdapat jumlah pelajar yang sedikit, namun

tidak dinafikan terdapat juga beberapa masalah yang timbul dalam

pelajaran yang telah dikenal pasti oleh pengkaji. Banyak kesalahan

yang berkaitan dengan tatabahasa yang telah dikenal pasti, namun

kajian ini hanya memfokuskan terhadap satu masalah sahaja. Fokus

kajian pengkaji ialah membantu meningkatkan penguasaan ejaan

perkataan berimbuhan meN- yang lebih difokuskan kepada kata akar

yang bermula dengan huruf p, t, k, dan s terhadap enam orang murid

Tahun 4 Mutiara yang dikenal pasti melalui penggunaan kad berwarna.

Selain daripada itu, bagi menentukan kajian yang dijalankan ini

mendapat hasil yang baik dan mempunyai keesahannya, semua murid

Tahun 4 Mutiara Sekolah Kebangsaan Jerlun, Kedah Darul Aman telah

menjalani satu ujian pra. Hasil daripada ujian pra tersebut juga

Page 3: BAB 2

mendapati 6 orang murid yang terpilih itu sahaja menghadapi masalah

menguasai kemahiran mengeja perkataan yang berimbuhan meN-.

Bertitik tolak daripada dapatan tersebut, satu kerangka aktiviti

dirancang dan dilaksanakan bagi memperbaiki serta meningkatkan

penguasaan kedua-dua murid tersebut dalam kemahiran mengeja

perkataan berimbuhan meN- bagi kata akar yang bermula dengan

huruf p, t, k, dan s.

Selain aktiviti yang telah dirancang, pengkaji juga memastikan

persekitaran kelas untuk aktiviti rawatan berada dalam keadaan yang

kondusif. Kelas pembelajaran yang tidak teratur, kotor dan serba

kekurangan akan mengakibatkan murid menjadi hilang minat untuk

meneruskan aktiviti pembelajaran mereka. Pembelajaran yang

berkesan datangnya dari suasana kelas yang tenteram. Ini kerana

ketenteraman tersebut amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang

baik di kalangan murid. Suasana sekolah yang positif dari segi

kemudahan, pengajaran guru, kedudukan sekolah dan aspek

pengangkutan serta pelaksanaan disiplin yang efektif menjamin

pembelajaran yang berkesan. (Hussein : 1993).

Bagi mengatasi semua masalah tersebut, selain penggunaan

kad berwarna untuk meningkatkan penguasaan ejaan perkataan

berimbuhan meN-, pengkaji juga telah memastikan kesemua sampel

yang menjadi respondan pengkaji terlibat dalam semua aktiviti yang

dijalankan. Pengkaji juga telah mengambil langkah proaktif dengan

menyusun atur kembali kedudukan meja murid di dalam kelas, selain

memastikan suasana kelas dalam keadaan bersih, ceria dan

Page 4: BAB 2

menyeronokkan. Hal ini diharapkan dapat membantu mereka

menguasai kemahiran menulis dengan tepat dari segi ejaan yang

melibatkan imbuhan meN- bagi kata akar yang bermula dengan huruf p,

t, k, dan s serta lulus dengan baik dalam peperiksaan. Keadaan ini juga

pasti akan meningkatkan nilai gred purata sekolah.

2.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

Dapatan daripada analisis tinjauan masalah yang dijalankan

telah mengenal pasti 6 orang murid yang mengalami masalah untuk

mengeja perkataan berimbuhan meN- melibatkan kata akar yang

bermula dengan huruf p, t, k, dan s dengan tepat dalam kalangan murid

Tahun 4 Mutiara Sekolah Kebangsaan Jerlun, Jerlun Kedah. 6 orang

murid ini telah menghadapi masalah untuk mengeja dan menulis

perkataan berimbuhan tersebut dengan tepat. Murid tidak dapat

mengeja perkataan yang berimbuhan tersebut daripada kata akar

bermula dengan huruf p, t, k, dan s yang disediakan dengan tepat

sehingga menyebabkan berlakunya kesalahan ejaan ketika

menggunakan imbuhan meN-. Justeru, teknik kad berwarna telah

dihasilkan oleh pengkaji sebagai intervensi bagi membantu murid-murid

tersebut meningkatkan kemahiran mereka mengeja perkataan yang

mempunyai imbuhan meN- dengan tepat. Instrumen yang telah dipilih

bagi menjalankan kajian adalah ujian pra, analisa dokumen, temu bual,

pemerhatian, latihan lembaran kerja dan soal selidik.