bab 1 full

15
BAB 1: PENGENALAN SOSIOLOGI PENDIDIKAN PENGERTIAN SOSIOLOGI Mengikut Ottoway(1964) di dalam buku yang ditulis oleh Sharifah Alwiah Alsagoff ( 1985 ), Sosiologi Pendidikan , sosiologi adalah satu bidang sains kemasyarakatan .Sosiologi pendidikan ialah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang pendidikan dalam sesebuah masyarakat .Dalam erti kata lain sosiologi pendidikan melihat kepada pendidikan dari perspektif sosiologi. 1.1 PERKEMBANGAN ILMU SOSIOLOGI PENDIDIKAN Sosiologi merupakan kajian saintifik tentang masyarakat manusia dan tingkah laku sosial manusia. Tujuan sosiologi adalah untuk menyelidik, mengetahui dan memahami struktur asas masyarakat manusia, faktor- faktor yang menyatukan dan melemahkan kumpulan dan untuk mempelajari keadaan-keadaan yang mengubah kehidupan masyarakat. Ilmu sosiologi juga tertumpu kepada kelompok masyarakat. Sosiologi meneliti pembentukan dan corak perhubungan sosial manusia dalam kelompoknya. Sosiologi ialah sains kemasyarakatan yang termuda. Sosiologi asal perkataan Latin sosio bermaksud berkongsi. Sosiologi digunakan oleh Auguste Comte di Perancis di dalam karya bertajuk Positive Philosophy (Falsafah Positif) 1842. Auguste Comte berpendapat bahawa sains kemasyarakatan harus berdasarkan autotiti serta spekulasi. Pada tahun 1876, Herbert Spencer di England menerbitkan karya Principles of

Upload: faizah-baharin

Post on 21-Jan-2015

448 views

Category:

Education


7 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 1 full

BAB 1: PENGENALAN SOSIOLOGI PENDIDIKAN

PENGERTIAN SOSIOLOGI

Mengikut Ottoway(1964) di dalam buku yang ditulis oleh Sharifah Alwiah Alsagoff ( 1985 ),

Sosiologi Pendidikan , sosiologi adalah satu bidang sains kemasyarakatan .Sosiologi

pendidikan ialah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang

pendidikan dalam sesebuah masyarakat .Dalam erti kata lain sosiologi pendidikan melihat

kepada pendidikan dari perspektif sosiologi.

1.1 PERKEMBANGAN ILMU SOSIOLOGI PENDIDIKAN

Sosiologi merupakan kajian saintifik tentang masyarakat manusia dan tingkah laku sosial

manusia. Tujuan sosiologi adalah untuk menyelidik, mengetahui dan memahami struktur asas

masyarakat manusia, faktor-faktor yang menyatukan dan melemahkan kumpulan dan untuk

mempelajari keadaan-keadaan yang mengubah kehidupan masyarakat. Ilmu sosiologi juga

tertumpu kepada kelompok masyarakat. Sosiologi meneliti pembentukan dan corak

perhubungan sosial manusia dalam kelompoknya.

Sosiologi ialah sains kemasyarakatan yang termuda. Sosiologi asal perkataan Latin sosio

bermaksud berkongsi. Sosiologi digunakan oleh Auguste Comte di Perancis di dalam karya

bertajuk Positive Philosophy (Falsafah Positif) 1842. Auguste Comte berpendapat bahawa

sains kemasyarakatan harus berdasarkan autotiti serta spekulasi. Pada tahun 1876, Herbert

Spencer di England menerbitkan karya Principles of Sociology ( Prinsip-Prinsip Sosiologi).

Karya Herbert Spencer menggunakan teori evolusi kemasyarakatan yang kini sudah tidak

Page 2: Bab 1 full

diterima lagi. Namun begitu, Herbert Spencer telah mengerakkan sosiologi sebagai suatu

bidang pengkajian. Ahli sosiologi abad ke 20 merupakan pembaharuan sosial.

Kebanyakannya bekas paderi atau anak-anak paderi dan hampir semuanya berasal dari luar

bandar. Perbandaran dan perindustrian menyebabkan pelbagai masalah sosial dan mereka

cuba mencari jalan penyelesaian saintifik. Karya-karya mereka diterbitkan di dalam The

American Journal Of Sosiology 1895. Jilid ini mengandungi syor-syor penyelesaian masalah

sosial tetapi sedikit sekali tentang penyelidikan yang menguji sama ada syor-syor tersebut

dapat dilaksanakan.

Di Amerika Syarikat, Lester F.ward menerbit karya Dynamic Sociology (Sosiologi

Dinamik 1895) yang menyeru agar kemajuan sosial dibuat secara perbuatan sosial yang

cerdik dan pakar-pakar sosiologi harus memberi panduan . Pelapor sosiologi terdiri daripada

ahli-ahli falsafah sosial. Mereka membentuk sistem-sistem pemikiran yang begitu luas, tetapi

tidak begitu membuat penyelidikan dan tidak menguji bukti serta mengukur sistem-sistem

tersebut. Mereka tidak mengumpul dan mengelaskan fakta dan kemudian membentuk teori-

teori mereka daripada fakta itu. Sebaliknya, pelapor-pelapor ini memikirkan teori-teori dan

kemudian mencari fakta untuk menyokong teori mereka. Mereka menyeru agar penyelidikan

dibuat, tetapi tidak begitu membuat penyelidikan sendiri. Mereka memulakan langkah

pertama kerana suatu sains sosiologi perlu wujud terlebih dahulu sebelum sains sosiologi

dapat dibina seterusnya.

Sosiologi pendidikan lahir daripada penyatuan di antara sosiologi dan pendidikan. Bidang

sosiologi pendidikan berkembang secara berasingan oleh para pendidikan dan ahli sosiologi.

Disiplin sosiologi pendidikan telah menempuhi beberapa masalah di dalam usaha

menetapkan satu identiti. Sosiologi pendidikan telah lebih dipengaruhi oleh para sosiologi

seperti Auguste Comte, Emile Durheim, Herbert Spencer, Edward Ross, Charles Cooley,

Page 3: Bab 1 full

Albion small dan Lester Ward jika dibandingkan dengan pengaruh para pendidik seperti

Horace Mann , John Dewey dan Franklin Bobbit. Pada mulanya bidang ini telah dikaji

sebagai Educational Sociology dan merupakan suatu bahagian kajian pendidikan. Pada awal

abad iaitu di antara 1914-1926, kajian Educational Sociologi telah berkembang dengan

begitu pesat sekali.

Pada tahun 1930an, jurnal-jurnal sosiologi telah banyak mengandungi penyelidikan. Sejak

itu sosiologi mula menjadi suatu bidang pengetahuan saintifik dengan teori-teori yang

berdasarkan pemerhatian saintifik dan tidak lagi berdasarkan syor-syor yang dibuat tanpa

penyelidikan. Namun begitu kira-kira pada tahun lima puluhan , sosiologi pendidikan tidak

begitu hangat lagi, malah menjadi terlalu dingin. Hakikat ini disebabkan oleh kurang minat

dan perbalahan di antara para pendidik dan para sosiologi.

Kini, beberapa isu telah membawa kesan pendidikan sosial bersama. Hal ini telah

membangkitkan minat dan kepentingan sosial pendidikan menjadi lebih hangat semula jika

dibandingan dengan awal abad dahulu. Isu-isu penting ini membuka jalan untuk para

sosiologi dan para pendidik membincangkan semula. Perkara yang sering dikaji ialah isu

tentang kebangkitan birokrasi dan teknologi, peranan kerajaan di dalam pendidikan, jenayah,

dadah dan delinkuensi, pertumbuhan metropolis, kelas sosial, bangsa, etnik,kemajmukan

kebudayaan pencapaian murid, kecerdasan akal , ketidaksamaan sosial dan sebagainya.

Perhubungan di antara sosiologi dan pendidikan diakui dan dikukuhkan lagi. Begitu juga

dengan minat di kalangan para sosiologi tentang bidang sosiologi pendidikan sebagai

pengetahuan yang bersatu telah dibangkitkan juga.

Page 4: Bab 1 full

Pada masa ini,kajian sosiologi pendidikan sangat aktif. Bidang sosiologi pendidikan tidak

mungkin diambil alih sepenuhnya oleh pendidik seperti masa dahulu. Isu-isu pendidikan kini

dapat dianalisa dan diterangkan dengan lebih baik dan lebih bermakna dengan menggunakan

pengetahuan sosiologi dan pengetahuan pendidikan .Hal ini akan menyebabkan sosiologi

pendidikan terus mantap dan berkembang pada masa akan datang .

1.2 PENDEKATAN KAJIAN DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN

Pendekatan kajian dalam sosiologi pendidikan terbahagi kepada dua aspek iaitu pendekatan

mikro dan pendekatan makro. Pendekatan makro berkait rapat dengan teori-teori dalam

sosiologi pendidikan iaitu teori fungsionalisme dan teori konflik manakala pendekatan mikro

pula berkait rapat dengan teori interaksionisme.

PENDEKATAN MAKRO

Ahli sosiologi mengkaji peristiwa yang berlaku dalam masyarakat dengan mengkaji secara

makro iaitu bagaimana perlakuan sosial manusia dipengaruhi oleh masyarakatnya. Sebagai

contoh kajian ini meninjau tentang pandangan pengguna perpustakaan di Negara Malaysia.

Kajian jenis ini memerlukan responden yang mewakili keseluruhan pengguna perpustakaan.

Maka pengumpulan data perlu dijalankan secara makro untuk melihat sejauh mana

perpustakaan menolong pengguna dan adakah perpustakaan menyediakan keperluan

pengguna dan apakah halangan penggunaannya. Ia melibatkan soalan kaji selidik

(questionnaire).

Page 5: Bab 1 full

Teori Fungsionalisme

Masyarakat selalu dianggap seperti tubuh badan manusia yang mempunyai bahagian-

bahagian dengan fungsi-fungsi yang tersendiri. Teori fungsionalisme memberi penjelasan

mengenai organisasi sosial dan menerangkan bagaimana sesuatu organisasi itu dipertahankan.

Menurut teori ini, struktur-struktur sosial akan menentukan keharmonian masyarakat.

Pengkaji-pengkaji telah merumuskan tiga andaia iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti

merupakan kriteria penilaian utama untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat

dapat dikekalkan. Harmoni menunjukkan bagaimana semua bahagian dalam

masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya. Evolusi pula menggambarkan

perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui proses yang diadaptasikan

daripada struktur sosial kepada pembaharuan. Maka, tidak dapat dinafikan lagi bahawa ibu

bapa, pihak sekolah, rakan sebaya dan media massa mesti memainkan peranan yang penting

dalam mengatasi masalah jenayah yang wujud di kalangan remaja pada masa kini untuk

memastikan suasana di dalam dan di luar sekolah lebih harmoni. Teori ini biasanya

digunakan secara survey atau tinjauan yang telah disediakan berdasarkan kaji selidik

(questionnaire). Teori ini banyak digunakan di institusi atau sekolah-sekolah di Malaysia.

Teori Konflik

Apa yang tidak boleh dijawab oleh teori fungsionalisme akan dijawab oleh teori konflik.

Teori konflik ini menganggap bahawa akan berlaku permasalahan di antara individu dan

kumpulan-kumpulan di mana mereka akan cuba untuk mempertahankan idea atau pendapat

masing-masing. Melalui pendekatan ini , pengkaji dapat mengkaji secara tinjauan (survey)

yang akan ditanya berdasarkan soalan kaji selidik (questionnaire) yang telah disediakan.

Terdapat beberapa konflik yang selalu menjadi masalah di sesebuah institusi iaitu sebagai

contohnya guru diarah melakukan kerja-kerja pentadbiran pada masa yang sama mereka

perlu menjalankan tugas mengajar. Maka timbullah konflik di antara tugas mendidik dan

Page 6: Bab 1 full

tugas sampingan yang di arah. Manakala bagi pelajar pula mereka di tekan oleh ibu bapa dan

guru untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan ini telah merampas sebahagian usia

kanak-kanak. Mereka masih ingin bermain dengan rakan sebaya. Maka tercetuskan konflik

ke atas jiwa kanak-kanak tersebut. Jadi , dengan menggunakan pendekatan makro ini , para

pengkaji dapat mengetahui apa masalah yang selalu timbul dalam jiwa masyarakat.

PENDEKATAN MIKRO

Ahli sosiologi mengkaji peristiwa yang berlaku ke atas individu dalam masyarakat dengan

berasaskan sudut pandangan individu tersebut. Pendekatan ini digunakan dalam teori

interaksionisme. Kajian yang menggunakan pendekatan mikro selalunya menggunakan

kaedah berbentuk kualitatif iaitu melalui pemerhatian dan temu bual secara individu. Sampel

kajian selalunya kecil dan terdiri dari sebuah darjah dan sebuah sekolah sahaja.

Teori Interaksionisme

Lebih memfokuskan kepada proses di mana pengkaji akan mengkaji seorang responden

sahaja dan hanya di sebuah sekolah yang dipilih sahaja. Pendekatan mikro merupakan sistem

yang bukan dipaksa kerana ia mempunyai kebebasan tersendiri terutamanya dalam

menginterpretasikan pendapat sendiri dalam sesuatu situasi. Mana – mana kumpulan bebas

menyuarakan pendapat masing – masing. Teori ini menekankan pendapat responden dan

bukan dari pendapat pengkaji itu sendiri. Temu bual ini dijalankan secara mendalam dan

lebih terperinci(face-to-face) bersama responden yang dipilih tersebut. Pendekatan mikro ini

jarang digunakan di institusi dalam mengatasi masalah-masalah di sesebuah institusi kerana

setiap institusi lebih menekankan kepada pendekatan makro. Terdapat beberapa aspek yang

boleh dititikberatkan dalam menggunakan pendekatan mikro iaitu simbol, perkataan dan

Page 7: Bab 1 full

bahasa. Dalam teori interaksi simbol, pendekatan yang digunakan berkaitan dengan individu

dan emosinya. Kajian mendapati individu, emosi, perlakuan dan tindak balas mereka di

analisa melalui interaksi sesama individu dalam proses sosial mereka. Interaksi yang dilalui

hari – hari dapat menjana pemahaman dan peranan individu itu kerana dalam interaksi

mereka banyak menggunakan simbol – simbol, tanda – tanda, isyarat dan kata – kata. Melalui

interaksi simbol ini, individu akan memperlihatkan emosi sama ada suka atau duka, gelisah

atau tenang (melalui perlakuan fizikal), mimik muka dan kata – kata. Kemudian mereka

mengintepretasi situasi, bertindak dan mencipta serta mengubah sesuatu situasi itu kepada

situasi yang mereka kehendaki. Dari aspek perkataan contohnya, simbol atau simbolik itu

dipenuhi dengan kiasan. Kadangkala terlalu banyak kiasan boleh menimbulkan kekeliruan

dan konflik dalam masyarakat kerana tidak semua perkataan bentuk kiasan di fahami, dinilai

dan diterima secara saksama antara individu dalam satu situasi itu. Seperti contoh untuk

menerangkan suatu kesalahan itu, guru berkias agar pelajar tidak berasa sakit hati dengan

teguran guru. Namun begitu tidak semua pelajar akan beranggapan begitu. Dari aspek bahasa

pula, boleh dikatakan Bahasa Melayu menggunakan banyak simbol dan simbolik

terutamanya dalam Bahasa Melayu klasik, di dalam puisi, dalam ceritera dan hikayat Melayu

klasik dan kitab – kitab lama. Simbol – simbol dalam interaksi banyak digunakan dalam

sekolah kerana ia digunakan untuk menganalisa secara terperinci mengenai individu pelajar

dan emosi mereka agar perlakuan dan tindak balas pelajar mengenai sesuatu situasi itu boleh

diramal.

Page 8: Bab 1 full

1.3 TEORI-TEORI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN

Perspektif teori digunakan oleh saintis untuk menyediakan penghuraian yang logik

mengapa kejadian-kejadian berlaku dan bagaimana ianya boleh berlaku (Ballantine

1989).Teori menjadi pemandu untuk meneliti bagaimana dunia sosial beroperasi.Interpretasi

teori mungkin berlainan dalam membincangkan data-data yang sama.Teori-teori umum

sosiologi pendidikan masih terbahagi kepada makro dan mikro dan terdapat tiga aliran yang

utama iaitu:

*Teori struktul fungsionalisme

*Teori konflik

*Teori interaksionisme

1)TEORI FUNGSIONALISME

Ia menjelaskan bahawa ahli masyarakat dan intitusi dalam sesebuah komuniti itu saling

bergantung antara satu sama lain.Contoh yang kita dapat lihat ialah, pelajar akan bergantung

pada guru untuk mendapatkan ilmu,guru bergantung pada kurikulum yang akan mereka

gunakan untuk mengajar dan kurikulum ini dibentuk oleh mereka yang bertugas di Jabatan

Kurikulum.Ia berfungsi untuk memastikan masyarakat itu bergerak.Tujuan ia adalah untuk

mencapai keharmonian dalam masyarakat untuk kestabilan negara.Pendekatan

fungsionalisme boleh disamakan seperti bahagian anggota badan yang mempunyai peranan

masing-masing dan setiap anggota itu bergantung di antara satu sama lain untuk berfungsi.

Page 9: Bab 1 full

Ahli sosiologis, iaitu Durkheim (1858-1917),adalah orang yang pertama mula

mengaplikasikan teori ini dalam kajian yang berkaitan dengan pendidikan.Beliau

mementingkan tentang bahagian-bahagian dalam masyarakat yang masing-masing

mempunyai struktur dan fungsi tertentu untuk perpaduan dan kepaduan di antara mereka dan

ia akan menggerakkan masyarakat tradisi kepada masyarakat moden.

*Andaian teori fungsionalisme

-Segala yang dilakukan oleh sekolah dipersetujui oleh semua pihak dalam

masyarakat.Melalui persetujuan inilah wujud keadilan dan keharmonian dalam sistem

persekolahan,hubungan baik di antara murid dan guru, dan ibu bapa dan sekolah.

-Semua pihak yang terlibat dengan pendidikan akan berkejasama untuk mencapai kestabilan

dan keharmonian masyarakat.

*TEORI FUNGSIONALISME DALAM PENDIDIKAN

- Fungsi utama sekolah ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan tingkah laku yang

dikehendaki untuk memastikan kesejahteraan ahli masyarakatnya.

- Mengikut teori ini,tugas utama pendidikan ialah untuk mensosialisasikan kanak-kanak

dengan norma, nilai-nilai dan peraturan yang terdapat dalan sesebuah masyarakat.Sebagai

Page 10: Bab 1 full

contoh Durkheim dalam bukunya Moral Education (1961) mengaitkan fungsi sekolah dan

hubungannya dengan masyarakat.

-Menurut beliau nilai moral merupakan asas peraturan sosial dan masyarakat yang disemai

dalam kanak-kanak melalui sistem pendidikannya.

-Setiap pihak dalam masyarakat perlu berganding bahu menolong dan menyokong antara satu

sama lain untuk memastikan fungsi dan peranan setiap pihak berjalan dengan lancar supaya

matlamat yang ditetapkan boleh tercapai bersama.

-Teori fungsionalisme seterusnya menekankan kepada aspek memilih dan melatih.Mengikut

teori ini semua kanak-kanak akan mendpat peluang yang sama untuk menyumbang kepada

perkembangan masyarakatnya.Mereka yang berjaya akan mendapat kedudukan paling tinggi

dalam hierarki masyarakatnya.

-Teori ini juga menekankan kepada struktur dan fungsi organisasi.Sebagai contoh,dalam

sesebuah sekolah kita dapat melihat bagaimana struktur sekolah dibentuk dan bagaimana

setiap ahli dalam sekolah berfungsi untuk memastikan sekolah mencapai visi dan matlamat

yang telah ditetapkan.

2) TEORI KONFLIK

Teori konflik ini menganggap bahawa akan berlaku ketegangan di antara individu dan

kumpulan-kumpulan dalam sesebuah masyarakat untuk bersaing mendapatkan kepentingan

masing-masing.Mengikut Karl Marx terdapat kumpulan “berada” dan “tidak berada” dalam

masyarakat yang sering bertelagah.Keadaan ini berkemungkinan akan berlakunya perebutan

di mana golongan atasan akan menguasai kuasa,kekayaan,kebendaan,kehormatan dan

berpengaruh.Manakala pihak bawahan akan sentiasa mencabar pihak atasan untuk

mendapatkan bahagian mereka.

Page 11: Bab 1 full

*ANDAIAN TEORI KONFLIK

-Konsep dialektik bermaksud evolusi bukan merupakan proses utama kepada perubahan sosial

tetapi sebab utama yang menghasilkan perubahan sosial ialah konflik.

-Determinisme ekonomi pula bermaksud asas kepada perubahan sosial adalah ditentukan oleh

persaingan-persainagan ekonomi.

-Aktivisme sosial bermaksud tugas utama analisis sosial adalah kritikan

*TEORI KONFLIK DALAM PENDIDIKAN

-Max Weber (1964-1920) adalah orang yang mengaitkan teori konflik dengan

pendidikan.Beliau mengaskan bahawa fungsi utama sekolah ialah untuk mendidik pelajar

tentang status budaya.Hubungan di antara kuasa dan kepentingan akan menimbulkan konflik

di antara individu dan kumpulan, ia akan mempengaruhi sistem pendidikan dalam masyarakat

tersebut.

-Beliau juga menyatakan bahawa dalam sekolah terdapat “orang dalam” yang mana status

budayanya diperkukuhkan melalui pengalaman sekolah,manakala “orang luar” berdepan

dengan halangan untuk mencapai kejayaan mereka di sekolah.

-Sekolah berfungsi memberi latihan tentang sikap,tingkah laku,kemahiran,intelektual dan

sosialisasi.

-Mengikut ahli yang mengkaji teori konflik jawatan berstatus tinggi dalam masyarakat akan

dikuasai oleh mereka yang berasal daripada keluarga sosioekonominya tinggi manakala

jawatan berstatus rendah pula dipegang oleh mereka yang datang daripada keluarga yang

tahap ekonominya rendah.

Page 12: Bab 1 full

-Teori konflik menunjukkan bahawa wujudnya pelajar adalah untuk mengisi susun lapis

masyarakat.Susun lapis ini wujud mengikut kedudukan sosioekonomi keluarga mereka.

-Randal Collins ( Collins, 1971) fokus kepada masyarakat hari ini yang mementingkan

“credential” iaitu satu alat pengukur untuk mencapai kedudukan tinggi dalam

masyarakat.Mereka yang datang daripada keluarga yang berpengaruh pasti akan menikmati

keistimewaan ini untuk mendapat jawatan tinggi dalam masysarakat.

-Konflik sering berlaku dalam sekolah di antara ahli-ahlinya.Contohnya guru diarah

melakukan kerja-kerja pentadbiran pada masa yang sama mereka perlu menjalankan tugas

mengajar.Maka timbulah konflik di antara tugas mendidik dan tugas sampingan yang di

arah.Manakala bagi pelajar pula mereka di tekan oleh ibu bapa dan guru untuk mendapat

keputusan yang cemerlang dan ini telah merampas sebahagian usia kanak-kanak.Mereka

masih ingin bermain dengan rakan sebaya.Konflik yang tercetus dalam jiwa kanak-kanak hari

ini telah menbuat mereka terpaksa menerima tekanan dan sekiranya gagal mereka dilabelkan

sebagai pemalas dan lembap.

3) TEORI INTERAKSIONISME

Teori interaksi simbolik adalah teori yang bersifat mikro.Perspektif teori ini mengkritik

teori fungsionalisme dan konflik kerana terlalu bergantung kepada pendapat bahawaa

manusia keseluruhannya dibentuk oleh sistem sosial.Bagi teori interaksionisme, manusia

tidak pasif dan menekankan bahawa interaksi sosiallah yang menbentuk realiti.Teori ini telah

diperkenalkan oleh seorang pengkaji yang bernama George Herbert Mead (1863-

1931).Manakala ahli yang menerapakn teori ini dalam pendidikan ialah David Hargreaves

dalam bukunya yang berjudul “Intepersonal Relation And Education”.

Page 13: Bab 1 full

Teori ini lebih menfokuskan kepada meneliti makna-makna yang dibentuk oleh

masyarakat yang terlibat terutamanya guru dan murid.Mereka juga melihat kepada aspek

organisasi sekolah yang membentuk realiti sosial dan tidak melihat bagaimana masyarakat

mempengaruhi sekolah.Contohnya,mereka akan mengkaji bagaimana murid mempunyai

perangai tidak baik di sekolah dengan melihat cara murid berinteraksi dengan guru.Kelakuan

tidak baik itu tidak dikaitkan dengan latar belakang kelas sosial dalam masyarakat.

Blackledge dan Hunt (1985) telah menggalurkan beberapa andaian yang selalu digunakan

oleh perspektif mikro. iaitu:

Aktiviti harian: Kita mesti melihat aktiviti harian kerana semua aspek kehidupan manusia

melibatkan aksi-aksi kehidupan seharian.Sistem pendidikan dihidupkan oleh aktivit-aktiviti

yang dilakukan setiap hari oleh guru-guru,murid-murid,pentadbiran dan

seumpamanya.Perubahan dalam pendidikan adalah hasil daripada aktiviti harian.

Kebebasan : Aktiviti harian bukan merupakan sesuatu yang dipaksakan oleh masyarakat

tetapi aktiviti-aktiviti yang kita lakukan masih mempunyai autonomi dan kebebasan yang

tersendiri.

Makna: Setiap perlakuan manusia mempunyai makna yang tersendiri kepada si

pelakunya.Makna bukan diberi oleh budaya tetapi dibentuk daripda budaya oleh si

pelakunya.

Interaksi : Aktiviti harian jarang merupakan aksi persendirian semata-mata tetapi ianya

melibatkan interaksi dengan orang lain.Misalnya apabila guru menyoal,murid mungkin

mengangkat tangan untuk menjawab.Guru perlu menginterpretasi makna angkat tangan

tersebut,sama ada murid mengangkat tangan ingin menjawab soalan,tidak faham,ingin

mengelak diri atau tidak mahu dianggap bodoh.

Page 14: Bab 1 full

Rundingan: Makna dan interpretasi bukanlah sesuatu yang statik dan tidak berubah.Manusia

selalu mengubahsuai pandangan mereka.Mereke selalu berkongsi pemahaman.Perkongsian

ini diperolehi melalui proses rundingan.

Pendekatan subjektif: Kita perlu menginterpretasi sesuatu aktiviti atau perlakuan mengikut

kaca mata si pelaku itu sendiri.

Berdasarkan apa yang telah saya baca, memang terdapat perbezaan yang jelas antara teori-

teori.Sebagai perbandingan didapati bahawa perkara yang diutamakan oleh ahli-ahli

fungsionalisme dan konflik ialah bagaimana cara untuk menyatukan masyarakat dan

bagaimanakah perubahan sosial berlaku.Manakala ahli-ahli teori interaksionisme simbolik

lebih menumpukan proses hubungan bersemuka individu dalam konteks kehidupan

sosial.Dengan kata lain penganalisisan mereka berbeza daripada aspek makro dan mikro.

RUJUKAN:

Amir Hasan Dawi (2002) penteorian sosiologi dan pendidikan (edisi kedua). Tajung

Malim : Quantum Books

Amir Hasan Dawi, 2006,Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan Edisi ketiga, Quantum

Books,Tanjong Malim

Ballantine, J.H. (2001). The Sociology of Education: A Systematic Analysis. New

Jersey: Practice Hall

Banks, O. (1968) . The sociology of Education . New York. Schocken Books.

Brookover, W.B. (1949). Sociology of Education: A definition. American

sociological Review

Sharifah Alwiah Alsagoff. ( 1985 ). Sosiologi Pendidikan Petaling Jaya , Selangor :

Heinemann Educational Malaysia.

Page 15: Bab 1 full