full bab 1 to 5
TRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN
Menurut Haslinda Binti Ismail dalam blog Rasmi Jabatan Peguam Negara (March 30th,
2010) Keselamatan dan kesihatan pekerjaan meruapakan satu bidang yang bertujuan melindungi
keselamatan dan kesihatan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di
dalam sesebuah organisasi syarikat. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah perlu dengan
memperkenalkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 pada 25 Februari 1994.
Menurut Keberkesanan Latiha Keselamatan Dan Kesihatan dalam
Mengurangkan Kemalangan Di Tempat Kerja yang ditulis oleh Mustazar Mansur & Ho Shu
pegertian Keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah dua perkara yang berbeza tetapi
saling berkaitan di antara satu sama lain.Iaitu, keselamatan bermaksud tiada bahaya. Fokus
keselamatan pekerjaan ialah penghapusan keadaan atau situasi yang berpotensi untuk
menyebabkan berlakunya kecederaan. Kesihatan pekerjaan pula merupakan satu cabang
perubatan pencegahan yang menghubungkan kesihatan pekerja dengan pekerjaan dan kesan
kerja terhadap kesihatan dan kebajikan pekerja.
Antara faktor yang membawa kepada pengenalan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994 adalah kerana terdapatnya banyak kelemahan di dalam Akta Kilang dan Jentera 1967 dan
statistik kemalangan di tempat kerja yang tinggi. Sebagai contoh, insiden letupan kilang mercun
di Sungai Buloh yang berlaku pada 1994 yang mengakibatkan berpuluh-puluh pekerja
terperangkap dan terkorban di dalam insiden tersebut.
Di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994, ianya merupakan salah satu
tanggungjawab majikan untuk mengambil berat tentang keselamatan dan kesihatan para pekerja
ketika bekerja dan juga orang lain yang turut berada di kawasan tersebut.
Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian
Sumber Manusia dan dibahagikan kepada limabelas bahagian iaitu Permulaan (Preliminary),
Perlantikan Pegawai (Appointment of Officers), Majlis Negara bagi Keselamatan & Kesihatan
(National Council for OSH) , Kewajipan Am Majikan & Orang Yang Bekerja Sendiri (General
Duties of Employers and Self-Employed Persons), Kewajipan Am Perekabentuk, Pengilang &
Pembekal (General Duties of Designers, Manufacturers and Suppliers), Kewajipan Am Pekerja
(General Duties of Employees), Organisasi Keselamatan & Kesihatan (Safety and Health
Organizations), Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan
Pekerjaan & Penyakit Pekerjaan & Siasatan (Notification of Accidents, Dangerous Occurrence,
Occupational Poisoning and Occupational Diseases and Inquiry), Larangan Terhadap
Penggunaan Loji atau Bahan (Prohibition Against Use of Plant or Substance), Tataamalan
Industri (Industry Codes of Practice), Penguatkuasaan & Penyiasatan (Enforcement and
Investigation), Liabiliti bagi Kesalahan (Liability for Offences), Rayuan (Appeals), Peraturan-
peraturan (Regulations), dan Pelbagai (Miscellaneous).
Artikel ini akan membincangkan tentang keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dengan
merujuk kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994.
Kajian Literature
1.0 Definasi
Menurut Keberkesanan Latihan Keselamatan Dan Kesihatan dalam Mengurangkan
Kemalangan Di Tempat Kerja yang ditulis oleh Mustazar Mansur & Ho Shu pegertian
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah dua perkara yang berbeza tetapi saling berkaitan di
antara satu sama lain.Iaitu, keselamatan bermaksud tiada bahaya. Fokus keselamatan pekerjaan
ialah penghapusan keadaan atau situasi yang berpotensi untuk menyebabkan berlakunya
kecederaan. Kesihatan pekerjaan pula merupakan satu cabang perubatan pencegahan yang
menghubungkan kesihatan pekerja dengan pekerjaan dan kesan kerja terhadap kesihatan dan
kebajikan pekerja.
TAKRIF HAZARD, RISIKO DAN BAHAYA
Pengenalan
Apabila seseorang memperkatakan tentang risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, dia
memperkatakan tentang kebarangkalian kecederaan berlaku dan impaknya kepada pekerja akibat
hazard yang terdapat di tempat beliau bekerja. Kebarangkalian adalah pengukuran frekuensi
berlakunya kemalangan. Oleh kerana kebarangkalian berlakunya kemalangan dan impak
kemalangan boleh dikawal, maka risiko boleh diurus sehingga ia boleh diminimumkan dan
diterima.
Terdapat tiga perkataan asas tetapi penting yang kerap digunakan di dalam pengurusan risiko
keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Perkataan tersebut ialah hazard, risiko dan bahaya.
Hazard
Hazard adalah apa sahaja secara sendirian atau bersalingtindak antara satu dengan lain mampu
mengakibatkan kemudaratan. Kemudaratan ini berbeza-beza ketenatannya, daripada yang
mengakibatkan kematian sehinggalah kepada kecederaan kecil. “Occupational Safety and Health
Assessment Series 18002” (OHSAS 18002) dan ISO/IEC Guide 51:1999 mentakrifkan hazard
sebagai punca atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan kemudaratan dalam
konteks kecederaan dan penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda, kerosakan sekitaran
tempat kerja, atau gabungannya. Bahan kimia, sinaran, elektrik, biohazard, sistem kerja tidak
selamat adalah beberapaa contoh-contoh hazard.
Risiko
Menurut OHSAS 18002, risiko adalah gabungan kemungkinan (kebarangkalian) dan akibat
sesuatu peristiwa berhazard berlaku. Risiko juga boleh ditakrifkan sebagai gabungan-gabungan
faktor-faktor kebarangkalian berlakunya peristiwa malang, dedahan dan impak kemalangan
tersebut. Kebarangkalian di sini bermaksud cansa kemalangan itu berlaku.
Bahaya
Bahaya lebih menerangkan dedahan relatif seseorang kepada hazard. Perkataan ini lebih bersifat
perkataan yang menerangkan atau menunjukan sesuatu keadaan risiko. Misalnya, seseorang yang
sentiasa terdedah kepada hazard berada di dalam keadaan lebih berbahaya berbanding dengan
seseorang yang tidak terdedah kepada hazard.
Perhubungan di antaras hazard, risiko dan bahaya
Perhubungan di antara hazard, risiko dan bahaya lebih mudah diterangkan dengan menggunakan
contoh. Asid hidroklorik pekat adalah hazard kimia kerana sifat intrinsik korosifnya yang
berpotensi mengakibatkan kemudaratan kepada kesihatan manusia dan kerosakan kepada
sesetengah bahan. Risiko percikan asid ke muka pekerja adalah tinggi bagi mereka yang tidak
memakai perisai muka berbanding dengan mereka yang memakainya. Bahaya jika mempipet
asid dengan hidroklorik dengan mulut.
Soalan
1.Bagaimanakah Encik mentakrifkan keselamatan dan kesihatan ?
2.Hazard dan risiko merupakan perkataan yang sering kita Nampak di sekitar tempat
kerja.Menurut Encik,bagaimanakah Encik mentakrifkan hazard,risiko, dan bahaya?
2.0 Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (JKKP)
Menurut Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994, Seksyen 30 Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 menghendaki setiap majikan tempat kerja yang mempunyai tidak
kurang dari 40 orang pekerja, atau majikan yang diarahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di tempat kerja yang berkenaan.Akta juga menghendaki majikan
berunding dengan jawatankuasa dalam proses membuat dan melaksanakan perkiraan yang akan
membolehkan majikan dan pekerja-pekerja bekerjasama dengan berkesan dalam penggalakan,
pembangunan dan penilaian keberkesanan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan di tempat
kerja.
Fungsi JKKP
Menurut Seksyen 31,Akta Keselamatan dan kesihatan Pekerja 1994, fungsi utama Jawatanakuasa
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah :
(a) sentiasa mengkaji semula lagkah yang diambil untuk memastikan keselamatan dan kesihatan
orang di tempat kerja,
(b) menyiasat perkara yang tidak selamta atau sihat yang dibanngkitkan oleh pekerja
(c) menyelesaikan maslah pekerja yang dirujuk dan jika tidak berjaya memohon Ketua Jabata
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaanbagi membuat siasatan.
Manakala,Peraturan 11 (Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1996) telah
menyeneraikan beberapa lagi fungsi-fungsi lain Jawatakuasa Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan.Antaranya adalah :
1. membantu dalam pembentukan program dan kaedah keselamatan dan kesihatan dan
sistem kerja yang selamat.
(b) mengkaji semula keberkesanaann program keselamatan dan kesihatan
(c) menjalankan kajian keatas ternd kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian merbahaya,
keracunan atau penyakitpekerjaan yang berlaku ditempat kerja.
(d) memberitahu atau melaporkan kepada majikan tentnag sebarang jenis amalan dan keadaan
yang tidak selamat dan sihat.
(e) mencadangkan cadangan pemulihan untuk amalan dan keadaan tidak selamat.
(f) megkaji dan menyemak semula dasar / polisi keselamatan dan kesihatan di tempat kerja serta
membuat cadangan kepada majikan bagi penyemakan dasar / pollisi berkenaan.
Soalan
1. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 menghendaki setiap majikan tempat kerja
yang mempunyai tidak kurang dari 40 orang pekerja, atau majikan yang diarahkan oleh Ketua
Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, untuk menubuhkan satu Jawatankuasa
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di tempat kerja.
Menurut pandangan Encik apakah peranan jawatankuasa tersebut?
3.0 Faktor-faktor berlaku kemalangan di tempat kerja
Definasi
Menurut Prof. Madya Ir. Lt. Kol. Hazani Bin Shafle ,Prof. Madya Dr. Mohd. Ridzuan Bin
Nordin , Tan Chee Fa1 , dan Ralhanl Blntl Md. Kaslm Dalam Kajian Hubungkait
Kemalangan Industri Dengan Kurikulum Kejuruteraan mentakrifkan Kemalangan industri
adalah urutan peristiwa yang tidak dijangka atau dirancang berlaku melalui gabungan beberapa
sebab yang mengaki batkan kecederaan fizikal dan mental kepada individu, kerosakan harta
benda, kemalangan nyaris,kehilangan, kejadian merbahaya atau gabungan kesan di atas. Takrif
kemalangan mengikut istilah penyiasatan adalah satu peristiwa yang tidak diduga atau dirancang
berlaku secara urutan melalui kombinasi sebab-sebab yang mengakibatkan kecederaan termasuk
penyakit kepada individu atau kerosakan harta benda, atau kemalangan nyaris atau kehilangan
atau gabungan kesan tersebut .
Sebab-sebab berlaku kemalangan
Menurut Prof. Madya Ir. Lt. Kol. Hazani Bin Shafle ,Prof. Madya Dr. Mohd. Ridzuan Bin
Nordin , Tan Chee Fa1 , dan Ralhanl Binti Md. Kaslm dalam Kajian Hubungkait Kemalangan
Industri Dengan Kurikulum Kejuruteraan faktor-faktor berlaku kemalangan boleh dibahagikan
kepada dua jenis.Pertama Penyebab Am dan keduanya Penyebab Biasa.
Penyebab am boleh dikategorikan kepada tiga.Iaitu kesilapan manusia,kesilapan teknikal,dan
factor luaran.Kesilapan manusia adalah kesilapan yang dubuat oleh operator,pekerja
penyelenggaran,pekerja pengurusan,pereka da pengeluar.Kesilapan teknikal pula adalah yang
disebabkan oleh penyelenggaraan,lebihan muatan,penggunaan peralatan yang tidak mengikut
sesuatu prosedur.
Penyebab yang biasa menyebabkan berlaku kemalangan di tempat kerja adlah berpunca daripada
keadaan organnisasi,latihan keselamatan dan kesihatan dan arahan yang tidak mencukupi pada
operator,dan akhirnya keselamatan dari segi teknikal dan penyelenggaran diabaikan.
Antara sebab musabab yang menyebabkan berlakunya kemalangan adalah berkait rapat dengan
tingkahlaku dan kesesuaian manusia dan kerja, persekitaran tempat kerja atau peralatan kerja
yang tidak selamat, sedikit atau tiada latihan diberikan kepada pekerja, komunikasi, pemantauan
dan arahan yang tidak berkesan, prosedur isu OSH yang tidak berkesan, tiada peraturan
keselamatan dan tatacara kerja yang bertulis, pekerja tidak mematuhi peraturan keselamatan dan
tatacara kerja, pemantauan peralatan kerja dan 'housekeeping' yang tidak berkesan, kekurangan
alat perlindungan diri (PPE) dan jumlah tenaga buruh yang tidak bersesuaian dengan kerja yang
perlu diselesaikan.
Cara-cara mengatasi kemalangan di tempat kerja
Menurut Hapriza bt. Ashani dalam jurnal kemausiaan yang bertajuk “ keselamatan dan kesihatn
tanggungjawap siapa? ” berkata, di bawah comman law,majikan bertanggungjawab untuk
memastikan sistem kerja yang selamat,tempat kerja yang selamat,rancangan dan peralatan kerja
yang selamat serta penyeliaan dan arahan yang jelas dan munasabah.Akta keselamatan dan
kesihatan pekerja 1994 telah mengkanunkan prinsip comman law tersebut dengan
memperuntukkan di bawah seksyen 15 kewajipan majikan.
Majikan hendaklah melindungi kesihatan,keselamatan dan kebajikan orang-ornag yang bekerja
untuk mereka khususnya dengan mereka dan menyenggara loji dan system kerja yang
selamat.Penyusunan langkah-langkah juga perlu dibuat bagi menjamin keselamatan dan
kesihatan dalam pengunaan,penyimpanan dan pengangkutan loji dan bahan.dalam konteks
AKKP 1994,loji bermaksud apa-apa jentera,kelengkapan,peralatan,alat dan apa-apa komponenya
manakala bahan bererti apa-apa bahan semulajadi atau buatan samada dalam bentuk
pepejal,cecair,gas,wap atau gabungan.
Soalan
1.Pernakah berlaku kemalangan di tempat kerja Encik? Menurut Encik,apakah faktor-faktor
berlaku kemalangan di tempat kerja?
4.0 PERANAN MAJIKAN DALAM PENCEGAHAN KEMALANGAN
Majikan atau pihak pengurusan atasan merupakan tonggak utama dalam memastikan kejayaan
sesuatu program pencegahan kemalangan di tempat kerja. Ianya berkait rapat dengan
pengetahuan tentang aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, sikap, komitmen, harapan
dan peruntukan yang dilaburkan.
Pihak pengurusan di setiap peringkat perlu memahami tentang kepentingan pencegahan
kemalangan dimana ia merupakan sebahagian daripada tugas utama. Majikan perlulah
berpengetahuan tentang aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta mampu memantau
aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
TANGGUNGJAWAB MAJIKAN
1.Menyediakan dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara bertulis mengenai dasar am
mengenai keselamatan dan kesihatan, organisasi, perkiraan, langkah-langkah keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja.
2.Menubuhkan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan bagi organisasi yang mempunyai 40
orang pekerja atau lebih.
3.Menggaji atau melantik seorang pegawai yang kompeten untuk bertindak sebagai Pegawai
Keselamatan dan Kesihatan bagi organisasi tertentu seperti yang telah ditetapkan dalam
Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan) 1997,
atau apabila diarahkan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
4.Menyediakan maklumat, arahan dan penyeliaan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan
terjamin.
5.Menyedia dan menyelenggara tempat dan sistem kerja supaya selamat dan sihat.
6.Mengatur perolehan, penggunaan, pengendalian, penyimpanan, pengangkutan dan pelupusan
bahan-bahan secara selamat.
7.Menyediakan kemudahan kebajikan kepada pekerja seperti bilik rehat pekerja, tempat makan
yang sesuai dan kemudahan kecemasan.
8.Mengadakan pengawasan (surveillance) perubatan untuk pekerja yang terdedah kepada hazard
tertentu di tempat kerja.
9.Mengadakan latihan induksi dan latihan dalam perkhidmatan dari masa ke semasa.
10.Melaporkan kejadian kemalangan dan penyakit pekerjaan kepada pihak yang berwajib.
11.Menyediakan rekod-rekod keselamatan dan kesihatan.
12.Membekalkan kelengkapan atau pakaian perlindungan peribadi (PPE) yang sesuai dan
berkesan.
Soalan
1.Encik,Apakah peranan majikan dalam mengatasi masalah kemalangan di tempat kerja?
3.0 Metadologi Kajian
A) How you get access?
Kami mendapat maklumat mengenai syarikat SYABAS melalui carian secara atas talian. Kami
menjumpai laman sesawang syarikat yang dikaji pada alamat www.syabas.com.my Setelah itu,
kami menghubungi Pengurus Sumber Manusia syarikat tersebut bagi mendapatkan kebenaran
melakukan satu temubual bersama Pegawai Keselamatan dan Kesihatan syarikatnya. Satu
temujanji telah dibuat pada 1 Julai 2013 jam 14.30 petang di Pejabat Syabas.
B) How your interviews?
Kajian ini menggunakan kaedah temuduga secara bersemuka dengan Pegawai Keselamatan dan
Kesihatan syarikat SYABAS tersebut. Kami memilih kaedah ini disebabkan soalan dapat
diajukan dengan lebih jelas dan komunikasi dua hala dapat dilakukan secara lebih efisyen.
Temuduga telah dilakukan dengan jayanya. Kami mendapat maklumbalas yang positif daripada
Pegawai tersebut dan dapat menjalinkan perhubungan yang baik dengan mereka. Semua soalan
yang diajukan terjawab dan jawapan yang diberikan oleh Pegawai tersebut amat membantu
pengkaji. Soalan beserta jawapannya dihuraikan pada topik yang seterusnya.
SESI TEMURAMAH BERSAMA PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN SYABAS
(DIALOG / VERBAL TYPE)
Individu yang dihubungi:
FARID AZWAN BIN MOHD YUSOF EXECUTIVE HEALTH,SAFETY AND ENVIRONMENT SECTION HUMAN RESOURCE DEPARTMENT
Temujanji :
1 JULAI 2013, 14.30 PETANF, PEJABAT SYABAS
Soalan-soalan:
1.Bagaimanakah Encik mentakrifkan keselamatan dan kesihatan ?
2.Hazard dan risiko merupakan perkataan yang sering kita Nampak di sekitar tempat
kerja.Menurut Encik,bagaimanakah Encik mentakrifkan hazard,risiko, dan bahaya?
3. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 menghendaki setiap majikan tempat kerja
yang mempunyai tidak kurang dari 40 orang pekerja, atau majikan yang diarahkan oleh Ketua
Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, untuk menubuhkan satu Jawatankuasa
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di tempat kerja.
Menurut pandangan Encik apakah peranan jawatankuasa tersebut?
4. Pernakah berlaku kemalangan di tempat kerja Encik? Menurut Encik,apakah faktor-faktor
berlaku kemalangan di tempat kerja?
5. Encik,Apakah peranan majikan dalam mengatasi masalah kemalangan di tempat kerja?
4.0 Analisis Kajian
Soalan 1
Bagaimanakah Encik Farid mentakrifkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja?
Keselamatan kesihatan kita dibahagikan kepada dua.Iaitu keselamatan dan kesihatan.Kesihatan
adalah lebih kepada fizikal dan kesihatan adalah perkara-perkara yang disifatkan sebagai kronik
dan juga “equite”.Kronik means 10 tahun 20 tahun akan dating baru ada effect.Dan perkara-
perkara “equite” yang adalah yang immediate effect,atau sakit terus,terus ada effect pada time
itu.and than keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah berkaitan dengan apa-apa sahaja kaitan
dengan hazard yang timbul daripada aktiviti-aktiviti kerja.it means apa-apa sahaja yang
dikerjakan dia akan menimbulakan,kita sebut sebagai hazard ataupun bahaya.sebenarnya bahaya
dan hazard adalah dua perkara yang berbeza.
Soalan 2
Hazard dan risiko merupakan perkataan yang sering kita Nampak di sekitar kawasan
tempat pekerjaan.Menurut Encik Farid apakah takrifan bagi hazard,risiko dan
Hazard itu sendiri adalah perkara yang sesuatu yang boleh mendatangkan kemudaratan
kepada ,dia ada tiga sebenarnya.satu mendatangkan kemudaratan kepada orang iaitu pekerja,dua
boleh mendatangkan kemusnahan kepada hartabenda yang ketiga adalah kemusnahan kepada
alam sekitar.
Risiko something yang kita boleh sebut sebagai kebarangkalian berlaku sesuatu kejadian.dan
bila berlaku itu ia aka nada dia punya effect.effect dia itu kita sebut kecederaan ataupun
kerosakkan itu kita sebut sebagai keterukkann.so risiko define adalah gabungan antara
kebarangkalian berlaku dan berapa teruk kalau berlaku.so bila berlaku dua perkara ini dia akan
dapat satu nilai.because,ini kita ada setengah itu dikata sebagai semi-quantitative punya
methods,satu lagi dipanggil yang memang fully quantitative yang kita memang boleh kira berapa
risiko di dalam hazard berkerja.
Soalan 3
Akta Keselamartan dan Kesihatan Pekrjaan 1994 menghendaki setiap majikan tempat
kerja yang mempunyai lebih daripada 40 pekerja atau majikan yang diarahkan oleh
Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,untuk menubuhkan satu
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di tempat kerja.
Menurut Encik Farid apakah peranan JKKP?
Ok first sekali fungsi JKKP kalau ikutkan daripada seksyen 30 is,pertama adalah kaji
keberkesanaan dan langkah-langkah keselamatan.dia kena tengok acam mana dia,kita buat
program kita buat satu langkah untuk mengkuragkan risiko dan ahli jawatankuasa ini perlu
mengkaji efektif or not.kedua ialah menyiasat perkara-perkara yang dibangkitkan oleh
pekerja.kadang-kadang kalau you masuk meeting ,so nanti dia akan berbangkitkan,I mean ada
problem dengan tempat kerja yang berkaitan dengan safety.so dia akan raise lah.dan yang ketiga
is bincang dengan committee dan buat keputusan tentang masalah yang berkaitan tadi.so itu
peranan penting JKKP yang utama.
Dan fungsi JKKP yang lain adalah yang pertama dia kena membuat pemeriksaan di tempat
kerja.kalau kita mengikut syabas,kita pun ada KPI lar.every month dia kena buat safety
inspection.kita syaratkan setiap section dua kali sebuulan.yang kedua ialah menyiasat apa-apa
kejadian and kemalangan.kalau kejadia kemalangan ini macam-macam sebenarnya.kemalangan
yang jadi kemalangan nyaris kemudian akan ada lagi berkaitan dengan kejadian
berbahaya.macam tumpahan bahan kimia kemudian ada lagi yang kalau ada penyakit pekerjaan
kita panggil sebagai dangerous occurance.so perkara itu,jawatankuasa kena siasat.
Soalan 4
Pernakah berlaku kemalangan di tempat kerja Encik Farid?Menurut Encik apakah
factor-faktor berlaku kemalangan di tempat kerja?
ok,setakat ini kalau you nak kata,kita ada beberapa level of accident.paling tinggi adalah
kematian.kemudian kita sebut sebagai major,minor accident dan escape kes.Kalau kata daripada
semua ini yang teruk kita pernah jadu dua kes.kejadian yang mati melibatkan kontraktor.yang
pertama accident dalam ruang terkurung.ini berlaku disebabkan kekurangan oxygen.ia berlaku
pada tahun 2009.kejadian kedua adalah berlaku di Kuala Selangor.kontraktor kita tengah
membuat pembaikkan di tepi jalan dan kena langgar oleh public juga berlaku pada tahun 2009.
Kalau sebut factor,factor adalah kekurangan pemantauan ,supervision daripada pihak
majikan.than sebab tiada latihan yang secukup bagi pekerja.yang penting adalah
knowledge.pekerja tidak begitu bersiap awal dan kurang berpengetahuan sebelum melakukan
sesuatu pekerjaan.
Soalan 5
Menurut Encik Farid,apakah pernan majikan dalam mangatasi masalah keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja?
ok,kalau kita lihat langkah-langkah,majikan kena mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerja.Majikan juga kena memastikan pekerja selamat semasa berada di kawasan
pekerjaan.employer kena pasti tempat kerja adalah sentiasa selamat.dan perlu mengadakan
arahan dan latihan secukupnya sebelum seseorang pekerja melakukan sesuatu kerja.majikan juag
kena membuat satu system kerja yang selamat.sistem penyeliaan yang baik,dan pentingnya
adalah memperbanyakkan latihan kepada pekerja.
5.0 Kesimpulan
Kesimpulanya, keselamatan dan kesihatan merupakan satu aspek yang penting dalam sesuatu
organisasi. Kesihatan dan keselamatan pekerjaan merupakan satu bidang yang bertujuan
melindungi kesihatan, keselamatan dankebajikan pekerja. Ia merupakan salah satu
tanggungjawab majikan di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia
untuk mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan para pekerja ketika bekerja di dalam
sesebuah syarikat. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari
Kementerian Sumber Manusia.
Menurut Dr,Zakir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohammad Hasun, keselamatan dan kesihatan
merupakan fungsi pengurusan sumber manusia yang semakin mendapat perhatian dalam
organisasi masa kini. Kemalangan yang berlaku kesan daripada kecuaian organisasi terhadap
aspek keselamatan dan kesihatan telah menyebabkan banyak pembaziran dan kesan negatif
kepada organisasi.
Pada pendapat saya , pihak organisasi perlu peka terhadap isu keselamatan dan kesihatan pekerja
untuk meyakinkan setiap pekerja-pekerja di dalam organisasi.Pihak majikan dan pekerja
haruslah bekerjasama dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan
di tempat kerja bagi setiap pekerja di Malaysia. Perkara ini bertujuan agar untuk memastikan
keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan setiap pekerja dalam setiap organisasi akan lebih
terjamin. Selain daripada itu , juga berpendapat dengan mewujudkan badan yang mengawal dan
memantau aktiviti OSHA, ini akan dapat menghasilkan dan menunjukkan kesan positif ke arah
keselamatan dan kesihatan organisasi. Disamping itu, kesedaran keselamatan dan kesihatan
pekerjaan perlu sentiasa ditingkatkan dan diteruskan tanpa sekatan dan batasan masa.
Selain itu,Jawatankuasa keselamatan dan Kesihatan juga merupakan satu badan yang memainkan
peranan penting dalam sesuatu organisasi.Peranan jawatankuasa tersebut dalam melindungi
pekerja adalah salah satu peranan yang penting dimana manfaatnya boleh dirasai oleh pekerja
dan pihak majikan.Jawatankuasa ini juga mengurangkan kerja majikan dalam hal ehwal
keselamatan da kesihatan pekerja di tempat kerja.Oleh itu,setiap majikan perlu berkerjasama
dengan jawatankuasa ini dalam semua hal yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan
pekerja bagi menjamin kesihatan dan keselamatan pekerja di tempat kerja.
kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerja adalah berkaitan dengan imej organisasi, di mana
imej organisasi juga akan dapat ditingkatkan kesan daripada usaha organisasi ke arah
meningkatkan keselamatan dan kesihatan dalam organisasi.
Rujukan
1. http://agc-blog.agc.gov.my/agc-blog/?p=145
2. http://www.bharian.com.my/articles/Programkeselamatan_kesihatanpekerjaanperludiperluaskesekolah/Article/
3. http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemIV/PERKEM2009-2-25.pdf
4. http://www.bharian.com.my/articles/Kemalanganditempatkerjamasihtinggi_MTUC/Article
5. http://oshpolimas.blogspot.com/2010/12/artikel-keselamatan-pekerjaannoor.html
6. http://thestorytellingmyworld.blogspot.com/2011/07/keselamatan-dan-kesihatan-pekerjaan.html
7.http://eprints.utm.my/12135/1/HaprizaAshari2004_KeselamatandanKasihatanPekerjaanTanggungjawabSiapa.pdf (important)
8.http://library.utem.edu.my/index2.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=1118&Itemid=113 sebab2 berlaku kemalangan di tempat kerja
9. http://oshpolimas.blogspot.com/2011/02/kemalangan-disebabkan-kecuaian.html sebab2 berlaku kemalangan di tempat kerja
10. http://sharinasubir.blogspot.com/2012/05/keselamatan-dan-kesihatan-pekerja.html sebab2 berlaku kemalangan di tempat kerja
11. http://keselamatandankesihatanpekerja.blogspot.com/2010/07/bab-4-hazard-dan-risiko.html (used at 3.definasi)
12. http://safetykkip2011.wordpress.com/2012/07/20/peranan-dan-tanggungjawab-majikan-dalam-pencegahan-kemalangan/ (used peranan majika.)
13. http://sharinasubir.blogspot.com/2012/05/keselamatan-dan-kesihatan-pekerja.html