full jawapan makro bab 10 (1)

12
2)Jawapan: Fahaman klasik mengutamakan 2 perkara berikut: -kepentingan faktor benar untuk menentukan kekayaan negara -pasaran bebas beroperasi tanpa kawalan kerajaan.Ini bererti sistem ekonomi kapitalis memang digalakkan tanpa gangguan kerajaan. Berdasarkan perkara diatas,analisis ekonomi klasik adalah bersifat analisis benar,yang bermaksud bahawa pertumbuhan ekonomi sesebuah negara bergantung kepada faktor benar yang terdiri daripada pertambahan stok faktor pengeluaran dan kemajuan teknologi.Ini bererti bahawa ekonomi klasik adalah: -suatu analisis yang bukan bersifatanalisis wang.Wang hanya berperanan sebagai alat untuk memudahkan urusniaga,iaitu sebagai alat perantaraan pertukaran. -suatu analisis yang tidak percaya kepada campur tangan kerajaan dalam ekonomi.Ia percaya kepada keharmonian dan kepentingan individu dan negara apabila pasaran tidak diganggu oleh peraturan kerajaan. -wang tidak mempunya nilai instrinsik(nilai sebenar).Wang hanya dipegang untuk membeli barang (perantaraan pertukaran) dan sebagai alat memajukan aktiviti ekonomi. Dua ciri utama ekonomi klasik ialah: -menekankan faktor benar,bukan faktor monetari atau wang untuk menentukan pembolehubah seperti output dan guna tenaga. -menekankan kecenderungan pelarasan kendiri dalam ekonomi.Dasar kerajaan(campur tangan kerajaan) tidak diperlukan untuk menjamin permintaan yang mencukupi bagi mengatasi masalah yang timbul dalam ekonomi.

Upload: qamas-basir

Post on 12-Oct-2015

335 views

Category:

Documents


22 download

DESCRIPTION

makroekonmomi bab 10

TRANSCRIPT

2)Jawapan:Fahaman klasik mengutamakan 2 perkara berikut:-kepentingan faktor benar untuk menentukan kekayaan negara-pasaran bebas beroperasi tanpa kawalan kerajaan.Ini bererti sistem ekonomi kapitalis memang digalakkan tanpa gangguan kerajaan.Berdasarkan perkara diatas,analisis ekonomi klasik adalah bersifat analisis benar,yang bermaksud bahawa pertumbuhan ekonomi sesebuah negara bergantung kepada faktor benar yang terdiri daripada pertambahan stok faktor pengeluaran dan kemajuan teknologi.Ini bererti bahawa ekonomi klasik adalah:-suatu analisis yang bukan bersifatanalisis wang.Wang hanya berperanan sebagai alat untuk memudahkan urusniaga,iaitu sebagai alat perantaraan pertukaran.-suatu analisis yang tidak percaya kepada campur tangan kerajaan dalam ekonomi.Ia percaya kepada keharmonian dan kepentingan individu dan negara apabila pasaran tidak diganggu oleh peraturan kerajaan.-wang tidak mempunya nilai instrinsik(nilai sebenar).Wang hanya dipegang untuk membeli barang (perantaraan pertukaran) dan sebagai alat memajukan aktiviti ekonomi.Dua ciri utama ekonomi klasik ialah:-menekankan faktor benar,bukan faktor monetari atau wang untuk menentukan pembolehubah seperti output dan guna tenaga.-menekankan kecenderungan pelarasan kendiri dalam ekonomi.Dasar kerajaan(campur tangan kerajaan) tidak diperlukan untuk menjamin permintaan yang mencukupi bagi mengatasi masalah yang timbul dalam ekonomi.

8b) Dengan mengunakan rajah upah nominal (upah wang), terangkan mengapa keluk penawaran agregat dalam model ekonomi Klasik berbentuk menegak, iaitu selari dengan paksi harga atau berbantukan rajah upah nominal, terangkan bagaimana keluk penawaran agregat dalam model Ekonomi Klasik diterbitkan

Upah wang (W) SL (P1)

W1e1 SL (P0)

W0e0DL (P1)

DL (P0)0 Buruh (L) L0Harga (P)AS P1 e1

P0 e0

0 Y0Pendapatan negara (Y) Berdasarkan rajah upah wang nominal, katakan pada harga P0, dengan upah wang (W0), keseimbangan dicapai pada titik e0, dengan jumlah buruh atau guna tenaga ialah L0, ini bererti output negara ialah Y0. Apabila tingkat harga umum diandaikan meningkat ke P1, keluk permintaan terhadap buruh beralih ke kanan kerana nilai keluaran sut buruh telah meningkat pada kadar upah nominal yang sama. Peralihan keluk permintaan terhadap buruh ke kanan boleh juga diterang oleh pertambahan nilai keluaran sut buruh yang berlaku kerana kenaikan tingkat harga umum. Keluk penawaran buruh pula beralih ke kiri apabila tingkat harga umum meningkat. Ini kerana kenaikan tingkat harga umum telah menyebabkan kadar upah benar menurun.Ini menyebabkan penawaran buruh dikurangkan pada setiap tingkat harga umum. Pada tingkat harga umum yang meningkat ke P1, keseimbangan tercapai pada e1 dengan tingkat guna tenaga kekal pada L0 juga, tetapi upah wang meningkat ke W1. Keadaan ini ditunjukkan dalam rajah upah wang nominal. Ini bererti output negara tidak berubah, iaitu kekal pada Y0. Dari segi upah pula, kenaikan upah wang ke W1 tidak mengubah nilai upah benar kerana kadar kenaikan upah wang adalah sama dengan kadar kenaikan tingkat harga umum. Ini menyebabkan upah benar tidak berubah iaitu (W0/P0) = (W1/P1). Apabila gabungan tingkat output dengan tingkat harga umum ini diplotkan dalam rajah berpaksikan tingkat harga umum (P) dengan output negara (Y), iaitu gabungan (P0,Y0), dan (P1,Y0), kemudian disambungkan titik-titik gabungan itu,maka keluk penawaran agregat (AS) akan diperoleh. Bentuk keluk penawaran agregat (AS) ini adalah menegak. Ini merupakan satu ciri keluk AS klasik, yang mana perubahan harga barang tidak mempengaruhi tingkat guna tenaga dan output negara. Keadaan ini disebabkan oleh andaian upah sangat luwes dan semua unit ekonomi,iaitu majikan dan pekerja adalah berpengetahuan sempurna. Ini menyebabkan keadaan ekonomi sentiasa berada dalam keadaan guna tenga penuh.

16. Teori kuantiti wang adalah teori implisit bagi AD output dalam system klasik. Kita boleh menggunakan teori kuantiti wang untuk membina keluk AD klasik seperti rajah ini. Katakana M=300, k=1/4 (bernilai konstan), atau V=4. Dengan menggunakan persamaan Cambridge : M=Md=kPy atau persamaan fisher (MV=Py), maka MV=300 x 4= 1200. Oleh itu,1200 mesti sama dengan pendapatan nominal, iaitu Py=1200. Dengan menggunakan Py=1200 kita boleh bina keluk AD dengan mengubah P dan mencari nilai y.

p=4, maka y=300P=3, maka y=400P=2, maka y=600

harga

4

32

Yd=(M=300)=ADPendapatan Negara benar300 400 500Penerbitan Keluk Permintaan Agregat Klasik

19 a) Keluk permintaan dana boleh pinjam (penawaran bon)Keluk permintaan dana boleh pinjam menunjukkan hubungan songsang antara pelaburan (I) dengan kadar bunga (r). Ia diplot bersama sama dengan G yang dibiayai dengan penjualan bon, iaitu sama dengan penawaran bon. Penawaran bon kerajaan adalah eksogen dan penawaran bon perniagaan adalah bersamaan dengan tingkat pelabuaran. Penawaran bon firma (I) berhubungan negative terhadap kadar bunga dan juga dipengaruhi alihan eksogen dalam jangkaan keuntungan projek berkenaan.b) Keluk penawaran dana boleh pinjam (permintaan bon)Keluk peawaran dana boleh pinjam menunjukkan hubungan positif antara tabungan (S) dengan kadar bunga (r).Tabungan ini menyediakan permintaan terhadap bon dan merupakan penawaran dana boleh pinjam. Perlakuan tabungan disifatkan sebagai kos lepas pengangguran semasa untuk mendapatkan barang barang perkhidmatan masa depan. Dalam perkataan lain, ada tukar ganti antara penggunaan kini dengan penggunaan depan. Oleh itu, apabila kadar bunga meningkat penggunaan masa depan lebih menguntungkan. Ini kerana tabungan rm1 sekarangakan mendatangkan faedah yang lebih tinggi kepada penabung dan seterusnya lebih tinggi penggunaan masa depan. Oleh itu, ahli ekonomi klasik berpandangan, individu akan menabung lebih banyak jika kadar bunga tinggi.c) Bagaimana kadar bunga ditentukan dalam teori makroekonomi klasik.Kadar bunga merupakan bayaran kepada perkhidmatan modal. Perbelanjaan ke atas modal dipanggil pelaburan. Dari segi permintaan, pelaburan merupakan sebahagian daripada komponen permintaan komoditi atau permintaan agregat. Ia adalah penting untuk menentukan kadar bunga keseimbangan, iaitu kadar bunga yang menjamin bahawa perubahan eksogen dalam komponen permintaan komoditi tertentu tidak memberi kesan kepada AD komoditi.Kadar bunga keseimbangan juga adalah kadar yang menyamakan jumlah dana yang individu beri pinjaman dengan jumlah dana yang individu lain ingin membuat pinjaman.

Soalan 22

Keseimbangan output dan harga dalam model Klasik dicapai apabila permintaan agregat sama dengan penawaran agregat paada tingkat harga P0 , pendapatan Negara Y0. Apabila penawaran wang bertambah, keluk permintaan agregat beralih ke kanan , iaitu pada keluk AD0 ke AD1. oleh kerana keluk penawaran tidak beralih , dan kekal dengan keadaan yang menegak, maka output Negara kekal pada Y0 , manakala harga meningkat pada Y1 , iaitu suatu keadaan yang emamng diduga apabila penawaran meningkat dalam model Klasik . harga meningkat 100% keranan penawaran wang meningkat 100% . ini merupakan satu teori kuantiti wang .

27)Berbantukan gambar rajah, terangkan kesan ke atas kadar bunga mengikut teori makroekonomi klasik apabila berlaku a) pertambahan perbelanjaan kerajaan melalui penjualan bon. Apabila berlaku pertambahan (g) maka wujud keadaan (g-t)>0 sebanyak g. Pertambahan ini menyababkan keluk beralih ke kanan Pertambahan perbelanjaan kerajaan (g) menimbulkan peningkatan permintaan dana boleh pinjam Ini mewujudkan lebihan peminjam pada r=ro. Kesannya meningkatkan kadar bunga. Peningkatan r menimbulkan dua kesan iaitu i) tabungan meningkat ii) pelaburan berkurangan Perbelanjaan swasta berkurang kerana kadar bunga meningkat .

b) pertambahan tabungan masyarakat. Tabungan merupakan suatu permintaan terhadap bon. Keluk tabungan diplot dengan keadaan berhubungan positif dengan r. Tabungan ini menyediakan permintaan terhadap bon dan merupakan penawaran dana boleh pinjam. Pelaburan pula berhubungan negative dengan r. Ia diplot bersama dengan (G-T) yang dibiayai dengan penjualan bon, iaitu sama dengan penawaran bon. Dalam istilah klasik, ini adalah permintaan terhadap dana boleh pinjam.

30)Jawapan:a)Teori kuantiti wang adalah teori implisit bagi AD output dalam sistem klasik.Kita boleh menggunakan teori kuantiti untuk membina keluk AD klasik.Katakan M=300,k=1/4(bernilai konstan) atau V=4.Dengan menggunakan persamaan cambridge:M=Md=kPy atau persamaan fisher: (MV=Py),maka MV=300 x 4 = 1200.Oleh itu, 1200: mesti sama dengan pendapatan nominal,iaitu Py=1200.Dengan menggunakan Py=1200,kita boleh membina keluk AD dengan mengubah P dan mencari nilai y.Dengan nilai pasangan ini,kita boleh menerbitkan keluk AD,iaitu dengan memplotkan titik-titik tersebut dan kemudian menyambungkannya untuk mendapat keluk AD.Oleh kerana Py tetap,maka AD berbentuk hiperbola.b)Keluk penawaran agregat ialah keluk yang menghubungkan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan(P) dengan tingkat keluaran negara atau output negara(Y).Keluk ini boleh diterbit daripada rajah keseimbangan pasaran buruh.Untuk menerbitkannya,kita perlu andaikan bahawa terdapat beberapa tingkat harga umum(P).c) Keluk penawaran agregat akan beralih kekanan apabila berlaku perkara berikut:-pertambahan sumber ekonomi,seperti bahan mentah,bilangan buruh dan modal.Faktor ini akan meningkatkan output walaupun tingkat teknologi tidak berubah.-peningkatan kemajuan teknologi,yang akan meningkatkan produktiviti sumber yang ada seperti buruh.Faktor ini akan membawa kepada peningkatan output negara.-peningkatan produktiviti buruh melalui pengalaman kerja dan latihan.Faktor ini akan meningkatkan output negara/keluaran negara/pendapatan negara.Semua faktor ini akan menyebabkan keluk AS beralih kekanan dengan bentuk yang masih sama,iaitu tegak,selari dengan paksi harga.keadaan ini ditunjukkan dalam rajah,yang mana output negara telah meningkat ke Y1.Perlihan kekiri keluk penawaran agregat klasik akan berlaku sekiranya terdapat kemunduran teknologi,pengurangan sumber dan kemerosotan produktiviti buruh.

31) Berbantukan rajah, huraikan bagaimana keluk penawaran agregat (AS) Klasik diterbitkan berdasarkan nilai upah benar.

Upah benar (W/P) SL= e1

DL

0 L0 Buruh (L)Harga (P) AS

P1e1

P0 e0

0Pendapatan negara (Y)Y0 Berdasarkan rajah upah benar di atas, katakan pada harga P0, dengan upah benar (W0/P0), keseimbangan dicapai pada titik e0, dengan jumlah buruh atau guna tenaga pada L0. Ini bererti output negara ialah Y0. Apabila tingkat harga umum diandaikan meningkat ke P0, upah benar turun ke (W0/P1). Ini menyebabkan permintaan terhadap buruh melebihi penawaran buruh. Keadaan ini menyebabkan upah wang akan meningkat dengan kadar yang sama dengan kenaikan harga,hingga menyebabkan upah benar tidak berubah, iaitu (W1/P1) = (W0/P0). Keseimbangan juga tercapai pada e0 dengan tingkat guna tenaga L0 juga. Keadaan ini ditunjukkan dalam rajah nilai upah benar. Ini bererti output negara tidak berubah, iaitu kekal pada Y0. Apabila gabungan tingkat output dengan tingkat harga umum diplotkan dalam rajah berpaksikan tingkat harga umum (P) dengan output negara (Y), iaitu gabungan (P0,Y0), dan (P1,Y0), kemudian disambungkaan titik gabungan itu, maka keluk penawaran agregat akan diperoleh. Keadaan ini ditunjukkan dalam rajah keluk penawaran agregat seperti di atas. Bentuk keluk penawaan agregat adalah mengak. Ini merupakan satu ciri keluk AS klasik, yang mana perubahan harga barang tidak mempengaruhi tingkat guna tenaga dan output negara. Keadaan ini disebabkan oleh andaian upah sangat luwes dan semua unit ekonomi, iaitu majikan dan pekerja adalah berpengetahuan sempurna. Ini menyebabkan keadaan ekonomi sentiasa berada dalam keadaan guna tenaga penuh.

33.rS

GR1E1R0E0I1I0

Dana boleh pinjam i0 i1

Berdasarkan rajah diatas, keseimbangan tercapai pada titik e1 dimana keluk S bersilang dengan keluk I pada kadar bunga keseimbangan ialah pada r0 dan pelaburan keseimbangan pada i0. Perbelanjaan kerajaan sama dengan cukai(T).Andaikan berlaku pertambahan perbelanjaan kerajaan (G) yang dibiayai oleh penjualan bon. Oleh itu apabila berlaku pertambahan G maka wujud keadaan dimana G melebihi T dan G-T > 0 sebanyak G. Pertambahan ini menyebabkan keluk pelaburan beralih ke kanan secara selari dari I0 ke I1. Kesannya, Permintaan dana boleh pinjam bertambah dan kadar bunga keseimbangan meningkat dari r0 ke r1. Peningkatan r menyebabkan tabungan meningkat dan pelaburan berkurang. Proses ini berterusan sehingga keseimbangan klasik tercapai. Kesimpulannya walaupun G bertambah, pemintaan agregat (AD) tidak berubah. Oleh kerana G tidak mengubah AD maka peningkatan G melalui penjualan bon tidak mempengaruhi tingkat harga.

Soalan 34

Keluk penawaran agregat merupakan keluk yang menghubungkan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan engan tingkat keluaran Negara atau output Negara. Keluk ini diterbit daripada rajah keseimbangan pasaran buruh . andaikan pada harga p0 , dengan upah wang w0, keseimbangan dicapai pada titik e0 , dengan jumlah buruh atau guna tenaga L0. Ini bererti output Negara ialah Y0, apabila tingkat harga umum diandaikan meningkat ke P1, keluk permintaan terhadap buruh beralih ke kanan kerana nilai keluaran sut buruh telah meningkat pada kadar upah nominal yang sama . peralihan keluk permintaan terhadap buruh kekanan boleh juga diterangkan oleh pertambahan nilai keluaran sut buruh yang berlaku kerana kenaikan tingkat harga umum . keluk penwaran pula beralih kekiri apabila tingkat harga umum meningkat . ini kekrana kenaikan tingkat harga umum telah menyebabkan kadar upah benar menurun . ini menyebabkan penawaran buruh dikurangkan pada setia tingkat harga umum . pada tingkat harga umum yang meningkat ke p1, keseimbangan tercapai pada e1, dengan tingkat gguna tenaga kekal pada l0, tetapi upah wang meningkat ke p1 . apabila gabungan tingkat output dan tingkat harga umum ini diplotkan , maka keluk penawaran agregat diperoleh .

SOALAN 35a. i. Terangkan ciri keluk permintaan agregat klasik. Teori kuantiti wang digunakan untuk membina keluk AD Klasik Menggunakan persamaan Cambridge: M=Md=kP atau persamaan Fisher: (MV=P) Apabila penawaran wang bertambah, keluk permintaan agregat AD akan beralih ke kanan.

ii. Terangkan ciri keluk penawaran agregat klasik. Menghubungkan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan (P) dengan tingkat keluaran negara/output negara (Y). Diterbitkan daripada rajah keseimbangan pasaran buruh Keluk penawaran agregat akan beralih ke kanan apabila berlaku perkara berikut: -Pertambahan sumber ekonomi -Peningkatan kemajuan teknologi -Peningkatan produktiviti buruh melalui pengalaman kerja dan latihan

b. Huraikan kesan terhadap harga dan pendapatan negara dalam model makroekonomi klasik apabila secara serentak berlaku pertambahan penawaran wang (bekalan wang) dan peningkatan teknologi. Apabila pertambahan penawaran wang dan peningkatan teknologi berlaku secara serentak, kedua-dua keluk permintaan agregat (AD)dan keluk penawaran agregat (AS)akan beralih ke kanan. Apabila penawaran wang bertambah, M bertambah, pendapatan Negara benar juga akan bertambah dengan andaian pemboleh ubah lain tetap. Oleh kerana Py tetap, maka AD juga berbentuk hiperbola Apabila berlaku peningkatan teknologi, yang akan meningkat kan produktiviti sumber yang ada seperti buruh. Factor ini akan membawa kepada peningkatan output Negara. Keluk AS akan beralih ke kanan dengan bentuk masih sama iaitu tegak selari pada paksi harga.