aturan urusa mesyuaran t - parlimen.gov.my · (atm) sejak septembe 2002r setela, diberh jaminai n...

11
MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT http://www.parlimen.qov.my HARI KHAMIS, 3 JULAI 2003 PUKUL 10.00 PAGI Bil. 15 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN (PM #33311 v1) 1. Tuan Wan Nordin bin Che Murat minta MENTERI KEWANGAN menyatakan selain daripada mewujudkan lebih banyak perpustakaan awam dalam menggalakkan masyarakat terhadap budaya ilmu dan membaca, adakah pihak Kerajaan tidak berhasrat untuk memberikan subsidi terhadap pembelian buku-buku ilmiah yang diimport seperti subsidi petrol agar lebih ramai masyarakat berupaya untuk memiliki buku- buku akademik dan ilmiah yang mahal harganya ini. (PM #33308 v1) 2. Tuan Benedict Bujang Tembak minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai Jsbatan-jabatan Kerajaan di mana ramai pegawainya telah gagal menjalankan tugas mereka sepertimana yang dilaporkan di beberapa surat khabar baru-baru ini. (PM #33141 v1) 3. Dato" Lau Yin Pin @ Lau Yen Beng minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilakah Kerajaan akan melaksanakan sepenuhnya di peringkat kebangsaan sistem penilaian berasaskan sekolah. Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan tidak berlaku penyalahgunaan kuasa di mana markah itu diberi mengikut perasaan, sentimen dan emosi seseorang guru atau pentadbir sekolah. (PM #33125 v1) 4. Puan Safinah binti Jusoh minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan adakah pihaknya telah menyediakan satu bentuk modus operandi yang benar-benar mantap dalam menangani masalah pengedaran bahan-bahan cetak rompak dan juga VCD lucah. Jika ya, adakah operasi tersebut dijalankan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak atau hanya tertakluk di kawasan-kawasan tersebut.

Upload: others

Post on 29-Aug-2019

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · (ATM) sejak Septembe 2002r setela, diberh jaminai n oleh pucuk pimpina n kaum-kaum lain sert, masalaa yan dihadaphg ketik pengambilai

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

http://www.parlimen.qov.my

HARI KHAMIS, 3 JULAI 2003 PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 15 1

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

(PM #33311 v1) 1. Tuan Wan Nordin bin Che Murat minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan selain daripada mewujudkan lebih banyak perpustakaan awam dalam menggalakkan masyarakat terhadap budaya ilmu dan membaca, adakah pihak Kerajaan tidak berhasrat untuk memberikan subsidi terhadap pembelian buku-buku ilmiah yang diimport seperti subsidi petrol agar lebih ramai masyarakat berupaya untuk memiliki buku-buku akademik dan ilmiah yang mahal harganya ini.

(PM #33308 v1) 2. Tuan Benedict Bujang Tembak minta PERDANA MENTERI

menyatakan senarai Jsbatan-jabatan Kerajaan di mana ramai pegawainya telah gagal menjalankan tugas mereka sepertimana yang dilaporkan di beberapa surat khabar baru-baru ini.

(PM #33141 v1) 3. Dato" Lau Yin Pin @ Lau Yen Beng minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan bilakah Kerajaan akan melaksanakan sepenuhnya di peringkat kebangsaan sistem penilaian berasaskan sekolah. Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan tidak berlaku penyalahgunaan kuasa di mana markah itu diberi mengikut perasaan, sentimen dan emosi seseorang guru atau pentadbir sekolah.

(PM #33125 v1) 4. Puan Safinah binti Jusoh minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM

NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan adakah pihaknya telah menyediakan satu bentuk modus operandi yang benar-benar mantap dalam menangani masalah pengedaran bahan-bahan cetak rompak dan juga VCD lucah. Jika ya, adakah operasi tersebut dijalankan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak atau hanya tertakluk di kawasan-kawasan tersebut.

Page 2: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · (ATM) sejak Septembe 2002r setela, diberh jaminai n oleh pucuk pimpina n kaum-kaum lain sert, masalaa yan dihadaphg ketik pengambilai

2 AUM DN 03/07/2003 (PM #33368 v1)

(PM #33228 v1) 5. Tan Sri Dato1 Seri Dr. Abdullah bin Ayub minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk membayar imbuhan separuh bulan pencen kepada pesara-pesara Kerajaan sepertimana pekerja-pekerja Kerajaan yang dibayar separuh bulan gaji mengikut Pakej Rangsangan Ekonomi yang dilaksanakan baru-baru ini.

(PM #33157 v1) 6. Tuan Sinniah a/I Raju minta MENTERI TENAGA, KOMUNIKASI DAN

MULTIMEDIA menyatakan adakah Kementerian mengawasi penyiaran iklan-iklan di stesen-stesen radio swasta. Pada masa ini terdapat iklan-iklan berbanding dengan program lain. Adakah Kementerian mengawasi bayaran yang dikenakan bagi iklan dan juga kandungan iklan seperti apa yang diiklankan adakah betul atau menyalahi undang-undang.

(PM #33248 v1) 7. Puan Mariah binti Haji Abdullah minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan memandangkan hasrat Kerajaan untuk mencapai matlamat 'satu rumah satu komputer', adakah Kerajaan akan mengkaji semula skim pembelian komputer melalui pengeluaran caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah ditamatkan kerana masih ramai ibu bapa yang benar-benar mahu mengeluarkan caruman KWSP untuk membeli komputer anak-anak mereka.

(PM #33190 v1) 8. Datuk Agnes Shim Tshin Nyuk minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan langkah-langkah yang sedang atau akan diambil oleh pihak Kerajaan untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan di bandar-bandar di Sabah yang kini terdapat banyak anak-anak pendatang tanpa izin (PTI) yang terbiar setelah ditinggalkan oleh ibubapa mereka yang telah ditangkap dan dihantar pulang ke negara asal mereka dalam Ops Nyah Bersepadu II. Kehadiran anak-anak PTI ini kini mengancam keselamatan dan ketenteraman penduduk tempatan di mana kehadiran anak-anak PTI ini kini mengancam keselamatan dan ketenteraman penduduk tempatan.

(PM #33331 v1) 9. Tuan Haji Abdul Rahman bin Palit minta MENTERI PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN menyatakan langkah-langkah terkini Kementerian untuk memulihkan "imej buruk" pegawai penguatkuasa majlis-majlis tempatan. Mungkinkah Kementerian ini memerlukan satu Pusat Latihan untuk menguatkuasa bagi tujuan ini.

(PM #33383 v1) 10. Dato' Hamzah bin Zainudin minta MENTERI PERDAGANGAN

ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh MATRADE untuk mewujudkan program promosi besar-besaran bagi produk-produk Umat Islam.

Page 3: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · (ATM) sejak Septembe 2002r setela, diberh jaminai n oleh pucuk pimpina n kaum-kaum lain sert, masalaa yan dihadaphg ketik pengambilai

3 AUM DN 03/07/2003 (PM #33368 v1)

(PM #33302 v1) 11. Datuk Nor Azah binti Awin minta MENTERI KEWANGAN menyatakan

apakah kriteria yang membolehkan Kementerian Kewangan mendaftarkan sesebuah syarikat itu sebagai syarikat bertaraf bumiputera.

(PM #33163 v1) 12. Tuan Wee Kok Tiong minta MENTERI KEBUDAYAAN, KESENIAN

DAN PELANCONGAN menyatakan adakah industri pelancongan di Malaysia khasnya di negeri Sarawak terjejas teruk akibat wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

(PM #33100 v1) 13. Datuk Yaakob bin Hj. Mohammed minta MENTERI PEMBANGUNAN

LUAR BANDAR menyatakan daripada maklumat terkini, didapati jurang pendapatan penduduk iuar bandar dan bandar melebar dari RM1 ke RM2:-

(a) apakah program rangsangan untuk penduduk Iuar bandar agar jurang ini dapat dikecilkan; dan

(b) adakah kurangnya kegiatan-kegiatan ekonomi seperti kawasan industri dan seumpamanya di Iuar bandar menjadikan punca jurang ini berlaku.

(PM# 33208 v1) 14. Tuan Hassan bin Haji Shukri minta MENTERI KEBUDAYAAN,

KESENIAN DAN PELANCONGAN menyatakan kos penyelenggaraan ierhaaap Istana Budaya dan Balai Seni Lukis Negara bagi tahun 1998 hingga 2002 dan apakah aktiviti-aktiviti utama yang dijalankan di kedua-dua tempat berkenaan dalam tempoh tersebut.

(PM #33252 v1) 15. Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan perancangan pihak Kementerian dalam masa yang terdekat ini untuk menambah jumlah bilangan Kereta Peronda Polis mengikut nisbah kepadatan kependudukan dan kesesuaiannya dalam bandar-bandar dan pekan-pekan di seluruh negara. Keadaan ini boleh mempengaruhi peningkatan indeks kesalahan jenayah dan lalulintas (yang dilapor dan yang tidak dilapor) kerana lazimnya kekerapan rondaan itu sendiri boleh menjadi 'deterrent' kepada niat dan aksi salahlaku penjenayah dan pesalah lalulintas yang kini semakin berleluasa.

(PM #33256 v1) 16. Dato' Dr. S. Vijayaratnam minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

apakah sebab had laju untuk bas ekspres iaitu 90 km/jam, masih tidak dipatuhi di lebuhraya-lebuhraya di negara ini.

Page 4: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · (ATM) sejak Septembe 2002r setela, diberh jaminai n oleh pucuk pimpina n kaum-kaum lain sert, masalaa yan dihadaphg ketik pengambilai

4 AUM DN 03/07/2003 (PM #33368 v1)

(PM #33556 v1) 17. Datuk Christine Tibok-Vanhouten minta MENTERI PERTANIAN

menyatakan program-program yang diadakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dalam mempertingkatkan lagi industri perikanan di Malaysia dan khususnya di Sabah. Apakah jenis-jenis bantuan sumber kewangan yang ada untuk nelayan kita memajukan lagi industri ini.

(PM #33178 v1) 18. Dato' Lim Sing @ Lam Kam Sang minta MENTERI PERDAGANGAN

ANT ARAB AN GS A DAN INDUSTRI menyatakan syarat-syarat pinjaman bagi sesetengah tabung atau dana perusahaan kecil dan sederhana (SME) adalah terlalu ketat dan apakah tindakan-tindakan Kerajaan untuk melonggarkan syarat-syarat tersebut ke tahap yang lebih melegakan.

(PM #33087 v1) 19. Dato Mohamad Taha Ariffin minta PERDANA MENTERI menyatakan

adakah rancangan Kerajaan untuk menambahkan cuti hari Sabtu untuk kakitangan awam seperti yang diamalkan sekarang memandangkan Malaysia mempunyai banyak hari kelepasan umum kerana perayaan dan sebagainya apakah kajian sudah dibuat oleh Kementerian tentang produktiviti dan daya saing negara berbanding dengan negara lain di rantau ini.

(PM #33092 v1) 20. Tuan Poh Mok Hua @ Poh Bak Hoe minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan di kawasan perumahan manakah yang memerlukan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Adakah Kementerian sedia untuk mendirikan sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang baru atau memindahkan SRJK yang kekurangan murid-murid ke kawasan perumahan yang memerlukan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

(PM #33075 v1) 21. Dato* Hj. Arzmi bin Hj. Abdul Hamid minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan 'Pengurusan Dana Harta Nasional Berhad (Danaharta) yang menumpukan memulih dan mengutip pemilikan pinjaman tidak berbayar (NPL). Sejak ditubuhkan, berapakah jumlah kutipan dan pemulihan yang diperolehi dan sehingga tahun 2005 ini berapakah sasaran dan jangkaan yang dapat dikutip.

(PM #33098 v1) 22. Dato' Dr. Chin Fook Weng minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan

sama ada dasar tentang rancangan 3 + 0 itu akan terjejas memandangkan sudah ada beberapa IPTS yang telah ditawarkan untuk menaikkan taraf mereka kepada kolej universiti dengan kebenaran untuk menawarkan ijazah sendiri.

Page 5: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · (ATM) sejak Septembe 2002r setela, diberh jaminai n oleh pucuk pimpina n kaum-kaum lain sert, masalaa yan dihadaphg ketik pengambilai

5 AUM DN 03/07/2003 (PM #33368 v1)

(PM #33110 v1) 23. To' Puan Wan Seri @ Wan Asiah binti Ahmad minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) berapa ramaikah pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Amerika Syarikat dan United Kingdom masa kini; dan

(b) adakah Kerajaan akan terus menghantar pelajar ke negara-negara tersebut.

(PM #33185 v1) 24. Datuk Agnes Shim Tshin Nyuk minta MENTERI PERTANIAN

menyatakan apakah kemajuan yang telah dicapai semenjak pelaksanaan Dasar Pertanian Negara memandangkan bidang pertanian di negara kita agak ketinggalan jika dibandingkan dengan negara ASEAN yang lain contohnya Thailand.

(PM #33179 v1) 25. Dato' Lim Sing @ Lam Kam Sang minta MENTERI TENAGA,

KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan kekerapan (statistik) berlakunya gangguan bekalan elektrik ke tapak-tapak perindustrian luar bandar dan apakah tindakan-tindakan Kerajaan untuk mengurangkan insiden-insiden demikian.

(PM #33225 v1) 26. Datuk Dr. Hj. Haris bin Hj. Salleh minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan jumlah rakyat Malaysia yang telah mendapat kerakyatan dan status penduduk tetap mengikut negara terbabit daripada tahun 1975 hingga 2002, dan jumlah mereka yang telah ditarik. balik kerakyatan Malaysia dalam jangka waktu tersebut.

(PM #33232 v1) 27. Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani minta MENTERI

PERTAHANAN menyatakan memaklumkan statistik kemasukan bangsa lain daripada Melayu ke dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak September 2002, setelah diberi jaminan oleh pucuk pimpinan kaum-kaum lain, serta masalah yang dihadapi ketika pengambilan anggota baru dibuat.

(PM #33268 v1) 28. Puan Jaya Partiban minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah

langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kementerian:-

(a) untuk menggalakkan pemakanan seimbang termasuk memperbanyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pemakanan harian di kalangan rakyat kita; dan

(b) menasihati pihak penganjur majlis-majlis rasmi khususnya agensi Kerajaan supaya berhati-hati semasa menyediakan "menu" berasaskan "Dietetic Righteousness".

Page 6: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · (ATM) sejak Septembe 2002r setela, diberh jaminai n oleh pucuk pimpina n kaum-kaum lain sert, masalaa yan dihadaphg ketik pengambilai

6 AUM DN 03/07/2003 (PM #33368 v1)

(PM #33288 v1) 29. Dato' Ghazi @ Hasbullah bin Haji Ramli minta PERDANA MENTERI

menyatakan butir-butir terperinci berkenaan penubuhan Majlis Peguam Syarie seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang bakal memberi dimensi baru dalam sistem pentadbiran keadilan Islam di negara ini. Nyatakan butiran terperinci dalam mengenalpasti kepentingan hukum Syariah terhadap kemajuan negara, serta tindakan yang boleh membantu dalam memenuhi kehendak dan perkembangan semasa terutamanya dalam mengenal dan mengendalikan kes-kes di mahkamah syariah semakin bertambah dengan begitu pesat sekali.

(PM #33127 v1) 30. Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Haji Ahmad Raffae minta

MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Tisu Manusia 1974 yang melarang pembedahan pemindahan organ melibatkan penderma masih hidup, ekoran kes kematian akibat larangan tersebut.

(PM #33210 v1) 31. Tuan Hassan bin Haji Shukri minta MENTERI KEBUDAYAAN,

KESENIAN DAN PELANCONGAN menyatakan berapakah jumlah Pusat Penerangan Pelancongan Malaysia di seluruh dunia dan berapakah kos penyelenggaraannya bagi tahun 2000 hingga 2002.

(PM #33216 v1) 32. Datuk William Lau Kung Hui minta MENTERI PENGANGKUTAN

menyatc kan:-

(a) sejak berlakunya penyakit SARS kelihatan suatu penurunan mendadak ketibaan penumpang di KLIA, berapakah jumlah ketibaan penumpang setakat 31 Mei 2003; dan

(b) Kementerian mengurangkan bayaran lapangan terbang bagi penerbangan asing, berapakah jumlah kerugian hasil berikutan pengurangan tersebut dan adakah langkah tersebut akan menggalakkan syarikat penerbangan asing menambah atau meneruskan penerbangan ke KLIA.

(PM #33338 v1) 33. Tuan Haji Abdul Rahman bin Palit minta MENTERI PERDAGANGAN

DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan langkah-langkah kawalan inflasi untuk permintaan domestik dipertingkatkan dan kejayaan Kerajaan untuk membolehkan rakyat menikmati kemampuan memiliki barang-barang pengguna meningkat apatah lagi keperluan domestik untuk rakyat Malaysia.

Page 7: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · (ATM) sejak Septembe 2002r setela, diberh jaminai n oleh pucuk pimpina n kaum-kaum lain sert, masalaa yan dihadaphg ketik pengambilai

7 AUM DN 03/07/2003 (PM #33368 v1)

(PM #33290 v1) 34. Dato' Ghazi @ Hasbullah bin Haji Ramli minta MENTERI TANAH DAN

PEMBANGUNAN KOPERASI menyatakan butir-butir terperinci langkah dan pendekatan yang diambil dalam melaksanakan dasar penswastaan FELCRA dalam memastikan tugasnya untuk membantu penduduk luar bandar tidak menyimpang dari matlamat asal penubuhannya.

(PM #33152 v1) 35. Puan Hajah Che Jam binti Haron minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan terdapat rungutan di kalangan kontraktor kelas 'A' mengenai unsur "favouritisme" dalam pemberian tender Kerajaan di mana ada yang berjaya memperoleh tender dan ada yang gagal memperolehi tender sehingga hanya menumpang dengan kontraktor lain sebagai "Sub-Kontraktor". Apakah tindakan Kementerian dalam menangani isu pengagihan tender ini.

(PM #33142 v1) 36. Dato' Lau Yin Pin @ Lau Yen Beng minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan membekalkan data keciciran murid-murid selepas tamat persekolahan rendah dan keciciran pelajar-pelajar selepas PMR dalam tahun 2000, 2001 dan 2002 mengikut negeri dan jenis sekolah.

(PM #33242 v1) 37. Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani minta MENTERI

PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan tentang langkah-langkah dan tindakan yang diambil bagi membanteras peminjam wang haram yang sentiasa aktif mengedarkan kad-kad perniagaan mereka di merata-rata tempat termasuk rumah-rumah serta pejatat-pejabat.

(PM #33306 v1) 38. Datuk Nor Azah binti Awin minta MENTERI PERDAGANGAN

ANT ARAB AN GS A DAN INDUSTRI menyatakan sama ada terdapat langkah-langkah yang telah diambil agar skim taraf perintis diubah daripada 'time-oriented' kepada 'goal-oriented'.

(PM #33337 v1) 39. Tuan Haji Abdul Rahman bin Palit minta MENTERI PERDAGANGAN

DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah langkah untuk meningkatkan operasi dan penyerbuan VCD haram dan lucah di premis-premis perniagaan dan di kawasan terbuka dan mohon penjelasan daripada Kementerian tentang langkah tambahan yang disediakan dari segi undang-undang terhadap pegawai penguatkuasa dari Kementerian ini.

Page 8: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · (ATM) sejak Septembe 2002r setela, diberh jaminai n oleh pucuk pimpina n kaum-kaum lain sert, masalaa yan dihadaphg ketik pengambilai

8 AUM DN 03/07/2003 (PM #33368 v1)

(PM #33319 v1) 40. Tuan Wan Nordin bin Che Murat minta MENTERI LUAR NEGERI

menyatakan apakah polisi dan pendirian negara yang telah dibentuk berhubung dengan keadaan dan isu semasa serantau iaitu isu Acheh dan Myanmar kerana di dalam isu Acheh kita menghormati hak Indonesia tetapi di dalam masa yang sama kita memperjuangkan hak asasi manusia, dan di dalam isu Myanmar pula kita mengambil dasar tidak mencampuri hal dalaman sesebuah negara ASEAN tetapi dalam pada masa yang sama setelah menghantar salah seorang perwakilan menerusi perwakilan PBB untuk meninjau perkara tersebut.

(PM #33209 v1) 41. Tuan Hassan bin Haji Shukri minta MENTERI PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dikenalpasti terlibat dalam pelbagai penyelewengan mengikut jenis kesalahan.

(PM #33238 v1) 42. Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani minta MENTERI

PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan kesan terhadap operasi membanteras pengeluaran serta penjualan VCD haram dan lucah serta langkah-langkah yang akan diambil bagi memastikan masalah ini akan dapat dibanteras sepenuhnya.

(PM #33289 v1) 43. Dato* Ghazi @ Hasbullah bin Haji Ramli minta MENTERI

PENERANGAN menyatakan secara terperinci langkah-langkah dan peranan yang telah dan baka! dilaksanakan da!am memastikan badan Penyiaran dapat menyalurkcn maklumat yang jelas dan terkini terutamanya berkenaan wabak SARS agar masyarakat dapat mengambil langkah-langkah yang sepatutnya dalam memperlengkapkan diri mereka dalam mengharungi keadaan seperti sekarang.

(PM #33384 v1) 44. Dato' Hamzah bin Zainudin minta MENTERI PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah peranan utama pihak berkuasa tempatan selain penguatkuasaan. Bagaimana peranan asal mereka terhadap menjaga keperluan dan kemudahan asas rakyat walaupun sebahagian peranan mereka telah diswastakan.

(PM #33320 v1) 45. Tuan Wan Nordin bin Che Murat minta MENTERI LUAR NEGERI

menyatakan apakah langkah segera yang telah diambil oleh Kerajaan dalam memastikan kedua-dua isu serantau ini tidak akan menjejaskan sebarang kepentingan negara sama ada dari segi perdagangan dengan negara-negara jiran dan pelaburan Iuar ataupun langkah pencegahan bagi memastikan isu-isu ini tidak akan memberi tempias kepada perkembangan politik, ekonomi dan sosial tanahair.

Page 9: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · (ATM) sejak Septembe 2002r setela, diberh jaminai n oleh pucuk pimpina n kaum-kaum lain sert, masalaa yan dihadaphg ketik pengambilai

9 AUM DN 03/07/2003 (PM #33368 v1)

(PM #33077 v1) 46. Dato' Hj. Arzmi bin Hj. Abdul Hamid minta PERDANA MENTERI

menyatakan kejadian memporak-perandakan, pecah belah di masjid seperti perebutan Imam, sembahyang dua imam, pulau-memulau dalam kariah adalah perbuatan memalukan umat Islam khususnya. Adakah Kerajaan mengenal pasti punca-punca ini berlaku.

(PM #33060 v1) 47. Tuan K.R.A. Naidu minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-

langkah dan strategi yang diambil oleh Kerajaan untuk meninggikan ekuiti kaum India dari 1.5% ke 3% menjelang tahun 2010 seperti yang terdapat dalam Rancangan Malaysia Kelapan.

(PM #33140 v1) 48. Dato' Lau Yin Pin @ Lau Yen Beng minta MENTERI BELIA DAN

SUKAN menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil mengenai pengambilan balik padang-padang rekreasi oleh Kerajaan Negeri untuk pembangunan kerana perkara ini akan menyebabkan kekurangan tempat-tempat bersukan dan rekreasi kaum belia yang tinggal di taman-taman perumahan.

Page 10: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · (ATM) sejak Septembe 2002r setela, diberh jaminai n oleh pucuk pimpina n kaum-kaum lain sert, masalaa yan dihadaphg ketik pengambilai

10 AUM DN 03/07/2003 (PM #33368 v1)

(D.R. 14/2003)

(D.R. 21/2003)

(D.R. 20/2003)

(D.R. 17/2003)

(D.R. 27/2003)

ATURAN URUSAN MESYUARAT

Rang Undang-undang Perlembagaan Bacaan Kali (Pindaan) 2003 Yang Kedua

Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2003 - Menyambung semula Perbahasan atas masaiah "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang". [2 Julai, 2003]

Rang Undang-undang Lembaga Bacaan Kali Akreditasi Negara (Pindaan) 2003 Yang Kedua

Rang Undang-undang Latihan Khidmat Negara 2003

Rang Undang-undang Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 2003

(D.R. 18/2003) Rang Undang-undang Arkib Negara 2003

Page 11: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · (ATM) sejak Septembe 2002r setela, diberh jaminai n oleh pucuk pimpina n kaum-kaum lain sert, masalaa yan dihadaphg ketik pengambilai

11 AUM DN 03/07/2003 (PM #33368 v1)

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

TAHUN RISALAT/DOKUMEN TARIKH 2003 DIBENTANGKAN

ST. 88 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 3 Julai 2003 Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) tahun 2000. %

ST. 113 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 3 Julai 2003 Jemaah Pemasaran Lada Hitam (JPLH) tahun 2000.

ST. 115 Perintah Audit (Pindaan Jadual Pertama) 3 Julai 2003 2003.

ST. 120 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 3 Julai 2003 Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) tahun 2001.