kaum temiar

25
MASYARAKAT ORANG ASLI DISEDIAKAN OLEH AHMAD FAIZ BIN MOHD YUSOFF (PISMP PS/PJ/BM SEM. 5/2013)

Upload: faiz-yusoff

Post on 03-Jan-2016

330 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

slide kaum temiar

TRANSCRIPT

Page 1: Kaum Temiar

MASYARAKAT ORANG

ASLI

DISEDIAKAN OLEH AHMAD FAIZ BIN MOHD YUSOFF (PISMP PS/PJ/BM SEM. 5/2013)

Page 2: Kaum Temiar

ETNIK ORANG ASLIMELAYU PROTO NEGRITO SENOI

ORANG KANAQ ORANG KUALA ORANG SELETAR JAKUNSEMELAITEMUAN

KENSIU KINTAK LANOH JAHAI MENDRIQ BATEQ

TEMIAR SEMAI SAMOQ BERI JAHUT MAH MERI CHE WONG

Page 3: Kaum Temiar

A photograph of all the young Temiar people in Assam, Kelantan 1971. Photograph taken by Andy Hickson.

Etnik Temiar

Page 4: Kaum Temiar

PENGENALAN• Kaum Temiar tergolong di dalam suku kaum

orang asli Senoi. • Kebiasaannya mereka tinggal di lereng –

lereng bukit terutamanya di banjaran Titiwangsa, di negeri Perak, Kelantan, Selangor dan Pahang. – CTH – Pos Kuala Mu, Lasah.

• Orang Temiar adalah antara masyarakat peribumi yang terawal mendiami negara Malaysia ini.

Page 5: Kaum Temiar

PEMILIHAN PENEMPATAN

• Penghulu membuat pemilihan tempat tinggal dengan cara “berhalaq” (jampi) atau mimpi.

• Syarat pemilihan tempat penempatan :-- jauh dari tanah perkuburan- bebas dari adanya kayu keras. Cth – Merbau.- kawasan yang tidak berpaya (takungan air) – ditakuti berpenunggu.- kawasan air terjun/sungai besar – ditakuti ada puteri sungai’lata menunggu.

Page 6: Kaum Temiar

PENGHULU • Jawatan penghulu diwarisi mengikut keturunan.• Kuasa Penghulu terikat dengan adat resam dan pantang

larang suku kaumnya. • Peranan penghulu :-

- boleh mengarahkan anak buahnya membuat kerja- merestui perkahwinan.- peranan sebagai hakim, penasihat dan penghubung dengan orang luar.- mempunyai kebolehan sebagai bomoh.

• Perpecahan kuasa Penghulu boleh berlaku sekiranya ada di antara keluarga yang tidak bersetuju dengan kepimpinannya.

• Kuasa Penghulu juga akan gugur jika beliau mengasingkan diri dengan berpindah ke petempatan baru.

Page 7: Kaum Temiar

Adat Perkahwinan

1) Adat Menunggu (meyakinkan bakal mertua)

2) Merisik

Bakal menantu lelaki perlu dapat meyakinkan mertua akan kewibawaannya dengan menawarkan diri untuk

menguruskan kerja-kerja seharian. Ini bererti beliau mempunyai kesanggupan menanggung bakal keluarganya.

Adat ini dikenali sebagai "Adat Menunggu".

Kedua-dua belah pihak mengadakan perbincangan dan mendapatkan persetujuan

daripada kedua-dua pasangan. Kemudian kedua-dua pihak berjumpa Penghulu untuk

mendapatkan restu dan seterusnya menetapkan tarikh perkahwinan.

Page 8: Kaum Temiar

3) Perkahwinan • Majlis perkahwinan diadakan pada waktu malam. Kedua-dua pihak membawa pengiring daripada ahli keluarga masing-masing.

• Pihak perempuan menyediakan sebuah bilik khas bagi kedua-dua pengantin tidur bersama.

• Pengiring akan memerhatikan gerak laku pengantin baru dan akan melaporkan kepada kedua belah pihak.

• Majlis jamuan akan diadakan pada malam kedua.

• Pada malam itu juga mereka membakar kemenyan dan menabur bertih agar rumahtangga yang dibina sentiasa bahagia dan dijauhi daripada penyakit serta perkahwinan ini juga direstui oleh penduduk kampung.

•Majlis ini kebiasaannya akan diikuti dengan tarian sewang di dewan / tempat khas yang disediakan.

Page 9: Kaum Temiar

• Ibu ditempatkan di sebuah bilik khas (biasanya di bahagian dapur).

• Tempat tidur disediakan dalam kedudukan condong 20 darjah untuk memudahkan ibu bersalin.

• Suami dan saudara-mara terdekat(perempuan) boleh turut sama duduk di sisi.

• Tok Bomoh dan Bidan dipanggil untuk menjampi dan membantu ibu bersalin. Mereka ini memainkan peranan sebagai 'tuhad' (penyelamat).

• Bidan akan menolong dan mengurut ibu sehingga bayi dilahirkan.

• Bidan akan balik setelah ibu 'buka pantang' iaitu seminggu selepas bayi dilahirkan.

• Uri bayi akan digantung di pokok dipercayai tiada gangguan.

KELAHIRAN

Page 10: Kaum Temiar

PANTANG LARANG

SEBELUM KELAHIRAN• Suami tidak memegang alat

menangkap ikan kerana dikhuatiri bayi yang dilahirkan itu nanti terlekat uri.

• Tidak boleh memancing ikan kerana dipercayai tali pusat bayi akan putus semasa bersalin.

• Memotong buluh/tebu mesti mengikut ruas untuk mengelakkan bayi dalam kandungan dalam keadaan songsang.

• Tidak boleh makan kijang, ayam hutan dan ikan yang mempunyai sengat ditakuti bayi terkena 'kenan' dan menghidap sakit 'sabat'(sawan).

• Tidak boleh makan buruan yang telah ditembak kerana dipercayai kandungan akan gugur.

Page 11: Kaum Temiar

Selepas kelahiran• Selepas bersalin ibu dan bidan akan berpantang selama

seminggu. • Mereka tidak boleh makan semua jenis binatang dan garam. • Begitu juga kepada suami jika dia menyentuh bayi tersebut

ketika dilahirkan.• Untuk mengadakan majlis ini persiapan kenduri disediakan

oleh kedua pihak keluarga.• Ibu dan bidan akan dihidangkan dengan makanan khas yang

berlainan dari tetamu. • 'Tuhad', ibubapa, mertua dan bidan akan berbincang untuk

memberi nama bayi.

Page 12: Kaum Temiar

ADAT ISTIADAT(SEWANG)

• Sewang adalah upacara menurun untuk mendapatkan ilham. • Seni kata lagu sewang diperoleh oleh Tok Halaq melalui mimpi.• Upacara ini dilakukan pada malam hari dan berjalan selama 3

hingga 7 hari berturut-turut bergantung kepada makanan yang ada.

• Mereka menari dengan cara bergerak sekeliling penetas secara berpusing.

• Terdapat dua jenis sewang iaitu Sewang Pantang dan Sewang Umum.

• Setiap sewang memakan masa selama 15 minit yang dijalankan oleh 'Juru Sewang'. Juru Sewang akan berdendang hingga tidak sedarkan diri (pengsan). Mereka akan dipulihkan oleh Tok Halaq.

Page 13: Kaum Temiar

JENIS SEWANGSEWANG KELAHIRAN

• Upacara Sewang Kelahiran dilakukan dengan memuja bayi dengan harapan bayi tersebut mendapat kebaikan apabila dewasa kelak.

• Bayi dijamu dengan bertih padi/jagung dan diletakan bau-bauan supaya kehidupan bayi sentiasa harmoni dan aman damai.

SEWANG KEMATIAN• Upacara ini dimulakan oleh Tok Halaq

dengan membuka pantang melalui nyanyian(gabak) iaitu memuja roh si mati sambil mengetuk buluh centong dengan kedudukan ruasnya ke bawah.

• Dalam upacara ini hanya kaum keluarga yang terdekat dibenarkan bersewang bersama Tok Halaq.

• Selepas upacara buka pantang selesai barulah majlis sewang dibuka kepada tetamu/orang ramai.

• Sewang Kematian diadakan selepas tamat tempoh berkabung (selepas 40 hari) selama 3 hingga 4 malam berturut-turut bergantung kepada bekalan makanan.

Page 14: Kaum Temiar

Sewang sebelum dan selepas membuka pantang Sewang Berubat

• Tok Halaq akan bersewang untuk memohon daripada penunggu supaya menyembuhkan penyakit.

• Pesakit terpaksa mematuhi beberapa pantang-larang yang telah ditetapkan oleh Tok Halaq.

Ia dimulakan dengan nyanyian Tok Halaq memohon agar

tanaman mereka mengeluarkan hasil yang

memuaskan.

Selepas menuai diadakan pula sewang tanda kesyukuran

kerana hasil padi yang memuaskan dan terus bertambah pada tahun

hadapan.

Page 15: Kaum Temiar

KEPERCAYAANKarei / Engku

Ia dipercayai makhluk yang besar dan berkuasa yang tinggal di

angkasa. Karei akan marah dengan menurunkan bala jika mereka

melanggar pantang dan melakukan perbuatan keji.

Penunggu

Masyarakat Temiar percaya, tempat seperti lubuk, lata, teluk, gua, bukit dan gunung ada penunggunya maka ia harus dihindari dan tidak diganggu. Mereka

dilarang menegur atau berkata sesuatu di tempat tersebut kErana ia akan disampuk oleh penunggu

terutama bagi mereka yang lemah semangat.

Page 16: Kaum Temiar

Kayu Merbau

Mereka percaya bahawa teras kayu merbau boleh memanah

dan kemungkinan terkena sesiapa sahaja yang lalu di situ. Terutama pada waktu

subuh, senja dan ketika hujan panas serta ada pula pelangi.

Pantang HarimauPertemuan di antara dua orang yang telah berjanji untuk

bertemu harus ditunaikan.Jika salah seorang mungkir janji, dipercayai 'Jelmaan harimau' akan datang mengganggu

orang itu.

Kempunan (Selantap)

Suku kaum Temiar juga percaya jika sesuatu keinginan/niat tidak tercapai maka mereka akan kempunan. Kempunan

bermakna mereka akan ditimpa bala/kesusahan.

Bunga Pakma

Bunga Pakma tidak boleh dipetik kecuali "Tok Halaq". Jika terjatuh dan bergolek ketika membawanya, dipercayai ia

boleh bertukar menjadi harimau (ruai).

Page 17: Kaum Temiar

Buah-buah Hutan

Buah Perah dan buah-buahan lain di dalam hutan hendaklah dipetik dalam sesuatu musim dengan satu

upacara bergotong-royong untuk dibuat kenduri. Selepas itu baru ia boleh diambil. Jika mereka

melanggar pantang berkenaan dipercayai 'ruai' buah-buahan akan mengarahkan harimau mengganggu

orang lain.

Suara Burung

Apabila burung 'Chiap Chereyet' berbunyi, ini bermakna menegur roh simati yang sedang

berkeliaran. Sesiapa yang mendengar bunyi ini hendaklah mengasap badan dengan asap supaya 'badi'

tidak mengganggu atau merasuk keluarga mereka.

Page 18: Kaum Temiar

AMALAN SOSIAL

ADAB BERTANDANG• Tetamu hendaklah pastikan ada orang dirumah sebelum

bertandang. Tanpa memakai kasut tetamu boleh naik ke rumah setelah dijemput.

•Tetamu mesti menegur ketua rumah terlebih dahulu dan bertanyakan khabar.

•Tetamu selalunya menghadiahkan sesuatu kepada ketua rumah seperti rokok atau tembakau.

•Tetamu akan minta diri untuk balik dan bertanyakan pesanan untuk dibawa kepada penghulunya (jika tetamu dari kampung lain)

Page 19: Kaum Temiar

Adab Bercakap Dengan Mertua

Menantu lelaki tidak boleh bertentang mata dengan ibu

mertua dan menantu perempuan tidak boleh

bertentang mata dengan bapa mertua semasa

bercakap.

Mereka boleh bercakap melalui orang tengah (Orang

Perantaraan).

Page 20: Kaum Temiar

ALAT MUZIK TRADISIONAL

Alat muzik tradisonal masih digunakan dalam majlis sewang dan untuk hiburan . Di antara alat muzik tradisonal mereka ialah:* Siol(Seruling Buruh)* Gooh(Buluh Centong)* Genggong (Ranggot)* Bateq(Gendang)* Kerep(Guitar Buluh)

Page 21: Kaum Temiar

KEMATIAN• Apabila berlaku kematian, Tok Halaq akan megesahkan

kematian tersebut. • Berita kematian akan diberitahu kepada penghulu dan

seterusnya kaum keluarga terdekat.• Mayat tidak boleh dimandikan atau dibersihkan. Ia

dipakaikan pakaian baru dan diselimutkan dengan kain baru, kemudian digulung dengan tikar baru dan diikat.

• Selepas itu, ia diletakkan di atas pengandar(usungan) yang dibuat dari buluh cincang.Sebelum mayat dikebumikan, unggun api dinyalakan di bahagian kaki atau kepala simati untuk mengelakkan roh simati mengganggu ahli keluarganya.

• Nyanyian 'Chinchemm'(lagu sedih) dinyanyikan semasa mengiringi mayat ke tanah perkuburan.

Page 22: Kaum Temiar

• Tanah perkuburan biasanya terletak di seberang sungai untuk mengelakkan hantu yang membawa kematian, balik.

• Liang dikorek lebih kurang sedalam dua meter. Semua harta kepunyaan simati akan ditanam bersama-sama mayat sementara barang-barang lama dan rumahnya dibakar.

• Sekiranya 'Tok Halaq' meninggal dunia, mayatnya tidak terus ditanam sebaliknya diletakkan di dalam bilik khas di rumahnya. Kaum keluarganya akan menyalakan unggun api di bawah rumah tersebut selama tujuh hari untuk mengelakkan mayat daripada diganggu oleh binatang buas.

• Kaum keluarga akan berpindah ke tempat baru.

• Dalam tempoh berkabung selama 40 hari semua aktiviti dalam bentuk hiburan diharamkan.

• Setelah selesai berkabung barulah majlis kenduri diadakan.

Page 23: Kaum Temiar

BAHASA TEMIARContoh bahasa temiar :-1) Saya: E (jika dipermulaan ayat), Yek (jika ditengah ayat)

Contoh: E cen ma hak: saya mahu sama kamu2. Kamu (Ha (permulaan ayat) atau Hak (akhir ayat)Contoh: Ha cen ma yek (kamu mahu sama aku)3. Dia (Na)Contoh: Na cen ma yek (Dia suka sama aku)4. Hak Mej (kamu baik)5. Selamat datang : Selamat tibak/hu wal6. Apa khabar : Elok gah?7. Khabar baik : Gah meje8. selamat pagi = Selamat Yehyak / Selamat malam = Selamat Lagyek9. Selamat Jalan = Selamat Cebcib10. Nama Kamu Siapa? = Ilok Kenek Hak?11.Kamu Tinggal Di mana? = Hak Gel Enlok?12. Marok Umor ? (berapa umur?)12. Saya Suka Kamu = Yek Icin Mahak13. Yek sayek Nyok (saya sayang kamu)

Asas memahami bahasa temiar – sila layari http://nassuryibrahim.blogspot.com/2009/03/asas-memahami-bahasa-temiar.html

Page 24: Kaum Temiar

Foto-foto kaum Temiar Kampung Tohoi, perkampungan Orang Asli Suku Temiar, Gua Musang, Kelantan

Sumber :http://kota-city.blogspot.com/2009/10/blog-post.html

Page 25: Kaum Temiar

Anak-anak suku kaum temiar Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia (JHEOA), Nisra Nisran Asra Ramlan