kaum penan.doc

38

Click here to load reader

Upload: norazura-zura

Post on 12-Jan-2016

277 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

Page 2: kaum penan.doc

Sarawak yang terkenal dengan nama jolokannya Negeri Bumi Kenyalang mempunyai rakyat yang terdiri dari pelbagai suku kaum. Terdapat kira-kira 30 kumpulan etnik di Sarawak. Kaum Iban merupakan suku kaum yang terbesar di Sarawak, diikuti oleh kaum Cina, Melayu, Bidayuh, Melanau dan kaum-kaum etnik yang lain. Sebagai sebuah negeri yang mempunyai pelbagai bangsa dan suku kaum, sudah pasti terdapat pelbagai kebudayaan dan adat resam yang diamalkan. Bagi masyarakat Sarawak, adat resam merupakan satu warisan tradisi yang begitu dititikberatkan dan telah sebati dengan kehidupan seharian mereka. Maklumat berkaitan adat resam masyarakat etnik Sarawak dalam laman web ini akan difokuskan kepada tiga aspek utama iaitu kelahiran, perkahwinan dan kematian yang hanya merujuk kepada tiga suku kaum utama di Sarawak iaitu masyarakat Iban, Melanau dan Bidayuh.

IBAN

Masyarakat Iban merupakan golongan majoriti di negeri Sarawak. Terdapat pelbagai suku kaum masyarakat Iban seperti Balau, Sebuyau, Lemanak dan lain-lain. Masyarakat Iban masih kuat berpegang dengan identiti tradisi mereka di samping mengamalkan pelbagai jenis adat resam yang unik. Dari segi geografi, kebanyakan masyarakat Iban mendiami beberapa kawasan pedalaman yang tertumpu di tengah-tengah negeri Sarawak dan sebilangan kecilnya menetap di kawasan-kawasan bandar. Maklumat berkaitan adat resam dan kebudayaan yang diamalkan oleh masyarakat Iban berikut akan memfokuskan tiga aspek utama dalam kehidupan mereka iaitu kelahiran, perkahwinan dan kematian.

MELANAU

Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik yang terdapat di Sarawak. Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Adat resam atau amalan ini diwarisi sejak zaman berzaman dan masih diteruskan hingga ke hari ini.

BIDAYUH

Masyarakat Bidayuh merupakan masyarakat etnik Sarawak yang rata-ratanya mendiami kawasan bukit di luar bandar Kuching. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bidayuh dan masing-masing mengamalkan pegangan serta adat resam yang tersendiri. Kebudayaan dan adat resam ini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur ritual dan kepercayaan yang mereka anuti. Berikut dipaparkan adat resam masyarakat Bidayuh berkaitan kelahiran, perkahwinan dan kematian secara ringkas dan menyeluruh.

MELAYU SARAWAK

Masyarakat Melayu merupakan 21% daripada keseluruhan populasi masyarakat di Sarawak. Kebanyakan mereka bekerja sebagai nelayan. Pada masa sekarang, ramai masyarakat Melayu sudah berpindah ke bandar di mana mereka telah melibatkan diri dalam pelbagai profesion sama ada di sektor awam atau swasta.

Kebanyakan rumah di perkampungan Melayu Sarawak diperbuat daripada kayu dan kebanyakannya masih terletak di tepi sungai yang jauh daripada bandar atau pekan. Mereka masih bergantung kepada industri tradisional seperti mengukir kayu, perak dan membuat tenunan kain songket.

Masyarakat Melayu Sarawak adalah beragama Islam di mana Islam telah dibawa ke Asia sejak 1000 tahun dahulu. Agama Islam banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu Sarawak terutama aspek kebudayaan dan kesenian. Bagi aspek pembinaan,

Page 3: kaum penan.doc

kebanyakan rumah atau bangunan mempunyai simbol atau ciri-ciri keislaman. Begitu juga dengan adat resam perkahwinan yang sememangnya berlandaskan Islam.

 

Indahnya Bumi Kenyalang

Sarawak yang terkenal dengan nama jolokannya Negeri Bumi Kenyalang mempunyai rakyat yang terdiri daripada pelbagai suku kaum. Terdapat kira-kira 30 kumpulan etnik di Sarawak. Kaum Iban merupakan suku kaum yang terbesar di Sarawak, diikuti oleh kaum Cina, Melayu, Bidayuh, Melanau dan kaum-kaum etnik yang lain. Sebagai sebuah negeri yang mempunyai pelbagai bangsa dan suku kaum, sudah pasti terdapat pelbagai kebudayaan dan adat resam yang diamalkan.

Bagi masyarakat Sarawak, adat resam merupakan satu warisan tradisi yang begitu dititikberatkan dan telah sebati dengan kehidupan seharian mereka. Bagi Etnik Sarawak flora dan fauna adalah sebahagian daripada keperluan asas penyediaan pakaian untuk kegunaan harian. Apabila berkata tentang busana Sarawak, keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragam hias yang mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragam hias pasa pakaian membentuk motif-motif etnik sama ada daripada tenunan, jalinan manik dan labuci. Perhiasan diri daripada perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya. Baju Melayu Cekak

Page 4: kaum penan.doc

Musang merupakan pakaian tradisional lelaki Melayu. Baju ini dipadankan dengan samping songket tenunan Sarawak. Wanita Melayu pula memakai Baju Kurung dan kain sarung songket serta tudung kerengkam. Lelaki Melanau pula memakai baju satin hitam yang digandingkan dengan samping Broked dan hiasan kepala kopiah Jawa. Wanitanya memakai Bajau Baban lengan lebar berwarna hitam dan kain songket Sarawak serta hiasan diri daripada emas dan daripada perak juga.

Pakaian Istiadat suku kaum Iban. Biasanya. Kaum lelaki memakai Baju Burung dan sirat serta tali pinggang lampit dan manik-manik. Pada bahagian kepala, hiasannya ialah pemakaian setapok tunjang dan bulu kenyalang. Wanita memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan marek empang. Perhiasan diri daripada perak seperti ringgit gobeng, gelang kelunchong dan sugu tinggi. Kuching merupakan tempat yang sangat sesuai untuk mendapatkan lukisan, ukiran, kraf tangan dan barang-barangan Borneo. Antara barang istimewa di sini adalah seperti Pua Kumbu kaum Iban, ukiran kayu kenyalang yang digunakan dalam upacara-upacara, dan barang-barang perhiasan daripada perak, anyaman bakul kaum Bidayuh, kraf tangan manik dan ukiran kayu Orang Ulu, dan tikar dan sumpit kaum Penan.

Setiap masyarakat semestinya mempunyai sistem masyarakat tradisional. Kini, kebanyakan sistem masyarakat telah mengalami banyak pembaharuan. Fenomena ini merupakan satu kemajuan dan ketamadunan yang dicapai ekoran dan pembaharuan kemajuan masyarakat itu sendiri. Namun, sesetengah sistem masyarakat tradisional masih diamalkan dalam kalangan masyarakat pada hari ini, terutamanya dalam aspek kebudayaan dan agama bagi penduduk Sabah dan Sarawak.

Page 5: kaum penan.doc

Perubahan sistem masyarakat ekoran campur tangan orang luar terutamanya penjajah yang meninggalkan sistem masyarakatnya atas negeri jajahan. Ada juga disebabkan hubungan ekonomi. Penduduk tempatan akan meniru unsur-unsur luar yang dibawa masuk oleh pedagang-pedagang yang datang ke Borneo. Namun begitu, tidak semua perubahan sistem masyarakat ini mendatangkan kesan negatif. Sesetengah perkara memberikan kesan positif contohnya, ke atas sistem ekonomi dan politik. Masyarakat dapat menyusun sistem politik dengan lebih teratur, serta memajukan sektor ekonomi. Masyarakat di Sabah dan di Sarawak juga akan hidup bersatu padu dan tidak terikat dengan satu kaum sahaja.

Masyarakat peribumi di Sabah dan Sarawak memang patuh akan adat dan mempercayai adat resam dengan mendalam. Setiap kaum mempunyai adat masing-masing. Di Sarawak juga mengamalkan adat-adat tertentu. Bagi kaum Malanau yang ingin mendirikan rumah terlebih dahulu tapak tanah perlu disemah (jamuan kepada hantu atau orang halus). Caranya ialah menggali sebuah lubang dan memasukkan seorang perempuan serta dengan hiasan manik yang berharga untuk dijadikan korban. Barulah boleh ditanam tiang, tujuannya untuk menghalau hantu daripada mengganggu penghuninya. Bagi orang Iban pula, seseorang pemuda yang ingin berkahwin perlu melakukan “pekerjaan” sebelum masuk meminang. Kerjanya ialah menyembelih kepala orang dan kepala tersebut diberikan kepada bakal mertua ataupun bakal isteri, barulah pinangan akan diterima. Tujuan adat dan kepercayaan ini adalah untuk menunjukkan keberanian dan kegagahan seseorang pemuda. Adat sangat penting dalam kaum Iban sebagai jaminan kaum lelaki itu mampu menjaga keselamatan keluarganya.

Page 6: kaum penan.doc

Sebagai penutup wacana, sehingga sekarang sesetengah adat dan kepercayaan dalam kalangan kaum bumiputera di Sarawak masih kekal. Namun, adat-adat yang melibatkan kematian jarang berlaku dan tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, adat yang berbentuk pemujaan dan patang larang tertentu masih diamalkan terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman. Sepanjang lima hari di Bumi Kenyalang, saya banyak mempelajari dan menimba ilmu di sana. Semoga suatu hari nanti, saya dapat bercuti, bukan bekerja di sana. Bagi saya, bercuti di sana menjanjikan pemandangan asmaraloka dan kehidupan yang kurang stress pasti didambakan oleh semua penduduk jagatraya. Percutian di Sarawak seyogianya lebih diberi perhatian oleh masyarakat di semenanjung Malaysia kerana banyak lagi kehijauan bumi yang belum dieksploitasi dan dicemari. Secara keseluruhan, peribahasa "tak kenal maka tak cinta" menjelaskan segala-galanya. Jom ke Sarawak!Pada Pukul 09:34 Dimuatnaikkan oleh CIKGU TAN CL

Page 7: kaum penan.doc

Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan. Adat yang merangkumi seluruh aspek bermula dari kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut.

Tarian ayam didik

Pengenalan Kebudayaan

Kebudayaan adalah keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalam untuk kesejahteraan hidup.

MEMAHAMI KEBUDAYAAN SECARA UMUM

Dalam pengertian yang paling umum, kebudayaan merupakan seluruh cara hidup sesuatu masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkahlaku manusia yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain melalui proses pembelajaran.

Tetapi dalam pertuturan sehari-hari, kebanyakan daripada kita membuat pengertian kebudayaan atau mengaitkan dengan fenomena-fenomena seperti bentuk tarian dan muzik,

Page 8: kaum penan.doc

makanan, fesyen pakaian sahaja. Jadi pengertian di sini adalah terlalu sempit dan terhad. Tetapi bagi ahli sains sosial, pengertian kepada konsep kebudayaan ini lebih luas.

Dari perspektif sosiologi kebudayaan membawa pengertian segala hasil dan idea yang dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam sebuah masyarakat. Ini termasuklah segala kepercayaan, nilai-nilai politik, adat resam, undang-undang, moral, institusi sosial, seni lukis, bahasa dan bahan-bahan material.

Edward B.Taylor telah memberi satu takrif yang klasik mengenai konsep kebudayaan.

"..kebudayaan merupakan satu keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat."

(Rujukan sumber dari buku Seminar Kefahaman Budaya, terbitan kementerian Kebudayaan, kesenian dan pelancongan Malaysia - Disember 1999)

Tarian Klasik India

Bagi masyarakat India tarian adalah gabungan antara unsur pemujaan dan luahan perasaan yang mendalam dalam diri seseorang manusia. Asalnya Tarian India ini dari pertengahan zaman purbakala. Tarian India yang bersifat keagamaan ini dikaitkan juga dengan tarian tradisi yang dipersembahkan di kuil. Terdapat 'devadasis', yang dianggap suruhan tuhan, yang menarikan sejenis tarian memuja dikenali sebagai Bharata Natyam Mahari. Pengasas Odisi tradisional dan Maribi Manipuri juga berasal dari kuil.

Page 9: kaum penan.doc

Tarian

Tarian Musim Bunga

  Berdasarkan nama tarian ini dapat dikatakan bahawa ia dipersembahkan pada musim bunga.

Tarian Cinta Bertemu  Tarian penuh gemalai yang menggambarkan cinta, kerinduan dan keinginan. Perjalanan

seorang wanita muda dalam menemui kekasihnya.

Tarian Menyambut Tahun Baru  Menyambut Tahun Baru adalah saat yang paling gembira bagi tahun berkenaan. Musim

inilah yang ditunggu oleh kebanyakan masyarakat dan kegembiraan ini digambarkan dalam tarian.

Tarian Payung  Tarian Payung merupakan tarian rakyat yang sangat popular semasa Dinasti Han di Negeri

China.

Tarian Bunga Teratai  Tarian ini diilhamkan daripada lukisan dinding yang terdapat di Wilayah Don Huang di

Negeri China. Ia memaparkan sekumpulan kanak-kanak bermain di tepi sebuah kolam teratai yang merupakan identiti kebudayaan Cina. Penari mempersembahkan dalam suasana riang-ria seperti di zaman dahulu.

Tarian Kegembiraan  Tarian ini merupakan tarian perayaan Cina. Suasana yang bising dan riuh-rendah

mewujudkan suasana kegembiraan ketika menyambut musim perayaan Cina. Pada masa ini dimainkan muzik dihasilkan dengan mengetuk gong dan canang (gembereng).

Tarian Bunga  Tarian ini adalah untuk merayakan keamanan dan kegembiraan dunia. Seperti tarian-tarian

Cina yang lain, tarian ini dipersembahkan oleh wanita-wanita Cina dengan lemah lembut. Pergerakan tarian ini menggambarkan wanita cantik bergerak dengan aman, kasih sayang dan harmoni.

Tarian di malam Bulan Penuh  Tarian yang romantik ini adalah disampaikan oleh seorang kekasih. Waktu bulan penuh

adalah menggambarkan cinta dan asmara. Tarian ini memaparkan seorang gadis menunggu ketibaan kekasihnya.

Tarian Hadrah  Asal tarian ini dari negeri Parsi. Tarian hadrah terdapat di negeri Perlis dan Kedah.

Tarian Hala  Tarian Hala popular di Negeri Kelantan dan dikaitkan dengan semangat sawah padi.

Tarian Asli   Tarian Asli merupakan kumpulan tarian yang dicipta berasaskan lagu-lagu asli Melayu.

Wujud daripada rentak dan irama lagu Dondang Sayang tetapi Tarian Asli tidak diiringi dengan adegan berbalas pantun seperti dalam Dondang Sayang.

Page 10: kaum penan.doc

Tarian Asyik  Tarian Asyik merupakan satu tarian klasik (daerah) Kelantan dan dipersembahkan di istana

(Raja-Raja Kelantan).

Tarian Ayam Didik  Ayam Didik menjadi masyhur di kalangan masyarakat terutama di Perlis, Kedah, Pulau

Pinang dan bahagian utara Perak.

Tarian Barongan  Barongan adalah kesenian yang berasal dari Jawa, menggambarkan kisah-kisah di zaman

Nabi Allah Sulaiman dengan binatang-binatang yang boleh bercakap.

Tarian Calok (Sumpah-Sumpah)  Pada ketika dahulu tarian ini ditarikan untuk meraikan pengantin ketika upacara bersanding,

berinai dan juga ketika upacara mandi sampat yang turut melibatkan pengantin.

Tarian Ceracap Inai  Tarian ini ada hubungannya dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, semasa baginda

mudik ke hulu Sungai Muar. Tarian ini terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga di Daerah Muar.

Tarian Cik Siti Wau Bulan  Pada musim menuai di negeri-negeri sebelah Pantai Timur sering diadakan permainan

seperti main gasing, main wau, rebana ubi, rebana kertuk, rebana kayu dan lain-lain lagi. Bersempena dengan permainan wau maka satu tarian yang diberi nama Cik Siti Wau Bulan telah dicipta.

Tarian Cinta Sayang  Tarian Cinta Sayang berasal daripada satu tarian asli yang bernama 'Zikir Rahmat'. Ia

termasyhur di negeri Kedah lazimnya ditarikan oleh nelayan-nelayan di negeri-negeri Pantai Barat Malaysia.

Tarian Dabus  Dabus adalah tarian tradisional di Perak bercorak kepahlawanan.

Tarian Gayong Otar  Sebagai sebuah tarian pahlawan, Tarian Gayong Otar ditarikan berpasang-pasangan (lelaki

sahaja). Di samping pedang, penari juga membawa sebuah perisai yang digantung padanya loceng-loceng kecil.

Tarian Ikan  Ia merupakan sebuah tarian unik dalam mana secara artistik menggambarkan keadaan ikan

yang berenang ke sana ke mari menikmati kebebasan di laut biru.

Tarian Inang  Tarian Inang

Tarian Jala Ikan  Tarian Jala Ikan adalah sebuah tarian yang dicipta dengan cara meniru gerak-geri nelayan

Melayu bekerja.

Tarian Joget

Page 11: kaum penan.doc

  Tarian Joget dipercayai berasal daripada tarian Kaum Portugis iaitu Branyo. Ketika itu Joget diiringi lagu-lagu seperti Jingkling Nona tetapi sekarang banyak lagu-lagu dihasilkan seperti Joget Serampang Laut, Joget 106, Joget Johore Sport Club dan lain-lain.

Tarian Kuda Kepang  Kuda Kepang menampakkan pengaruh Jawa dan Islam. Pengaruh Jawa terlihat pada

pakaian penari-penari, sedangkan pengaruh Islam tersimpul dalam cerita tariannya. Ia mengisahkan peristiwa peperangan pada zaman Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabatnya dengan penuh kegagahan memperjuangkan Islam.

Tarian Labi-Labi  Tarian ini dikatakan berasal dari Endau, Rompin dan kian berkembang. Tarian ini berasal

dari peniruan gerak labi-labi yang memakan umpan seorang pengail. Tarian ini ditarikan sebagai hiburan untuk petani kerana tarian ini melucukan dan akan menghilangkan penat petani tersebut.

Tarian Lagu Anak Indung  Tarian Anak Indung merupakan persembahan ritual masyarakat Ulu Tembeling yang

berhubung rapat dengan alam pertanian khususnya sawah padi dan padi huma.

Tarian Lesung Indik Beras Bertampi  Tarian ini berasal dari kawasan Ulu Cheka, Jerantut. Tarian ini berpandukan kepada

pergerakan orang menanam dan menuai padi. Tarian ini berdasarkan penggunaan lesung yang dinamakan lesung indik.

Tarian Lilin  Asal usul Tarian Lilin adalah dari Sumatera. Kononnya seorang gadis telah ditinggalkan

oleh tunang yang pergi berdagang mencari harta.

Tarian Mak Inang   Tarian Mak Inang disebut juga sebagai Tarian Si Kembang Cina sangat popular ditarikan di

istana Sultan-Sultan Melaka.

Tarian Masri Kercing  Tarian Masri Kercing berdasarkan kepada muzik berentak 'Masri'. Ciri-ciri Arab tergambar

pada gerak tari, irama muzik dan juga Kostium penari.

Pelanduk Dance  Tarian ini berasal daripada Bukit Bentung, Kuala Lipis. Tarian ini biasanya dipersembahkan

untuk majlis-majlis tertentu.

Tarian Piring  Diperkenalkan dari Sumatera, khususnya dari daerah Rawa. Pada kebiasaannya tarian ini

dipersembahkan dalam acara majlis perkahwinan, majlis menyambut pembesar negeri, keramaian atau pesta kampung.

Tarian Randai  Randai berasal dari perkataan merandai yang bererti mengarang atau melingkar suatu

kawasan lapang untuk mencari sesuatu yang hilang. Terdapat pelbagai versi sebenarnya tentang asal usul randai ini. Struktur persembahan randai berkonsepkan gerak tari silat diselangi nyanyian berunsur lagu rakyat serta diiringi muzik caklempong, rebana, salung dan gong.

Page 12: kaum penan.doc

Tarian Zapin Lenga  Tarian ini berunsurkan 'Timur Tengah' dan diiringi muzik berirama Padang Pasir. Berkaitan

rapat dengan Islam yang berkembang di persisiran Pantai Barat Semenanjung. Oleh kerana itu Tarian Zapin Lenga ini ditarikan oleh Penari-penari Lelaki sahaja. Tarian ini juga terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga di Daerah Muar. Tarian ini ditarikan di majlis-majlis keramaian dan di majlis perkahwinan bagi menyerikan lagi suasana. Ditarikan oleh 4 - 8 orang penari lelaki.

Tarian Zapin Pekan  Dipercayai berasal dari Tanah Arab dan mula diperkenalkan di daerah Pekan pada tahun

1930-an oleh seorang tukang songkok yang dipercayai seorang perantau dari Sumatera bernama Adam. Dikenali sebagai Zapin Pekan kerana mula dipopularkan oleh penduduk kawasan tersebut. Tarian ini amat popular di majlis kenduri kahwin selain turut dipersembahkan di istana. Tarian ini agak cepat gerak tarinya tetapi kurang bunga tarinya. Perbezaan tarian ini dengan zapin biasa ialah dari segi rentak dan gerak langkah yang bertolak dari tiga langkah manakala gerak tari dari sebelah kiri, bukannya dari sebelah kanan. Tarian ini ditari oleh dua hingga enam pasangan antara lelaki dan perempuan yang memakai baju gombang Pahang yang bersampingkan kain songket tenun dan bersongkok untuk lelaki dan baju kurung yang ditenun sebagai pakaian yang sesuai untuk tarian ini.

Tarian Saba   Tarian ritual ini boleh dilihat di Ulu Terengganu, Terengganu. Bahan seperti pucuk kelapa

(Saba) yang dijadikan bahan utama, bertih, kemenyan dan berjenis alat yang penuh dengan semangat digunakan dalam tarian ini. Penari-penari akan menari dalam jelmaan binatang-binatang. Selalunya temasya ini diadakan selepas musim menuai, sembuh dari penyakit, menyambut tetamu datang dan bila cukup tahun.

Tarian Sarah  Dengan iringan muzik berirama Padang Pasir yang rancak, Tarian Sarah, ditarikan dalam

suasana riang gembira. Tarian ini terkenal di kalangan Masyarakat Johor yang berketurunan Arab di Daerah-daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar. Di Johor, Tarian ini kebiasaannya ditarikan oleh Pasangan Lelaki sahaja. Mereka menari beriringan dengan gerakan yang sama dan dalam satu tempo lagu berirama Samrah, pasangan penari dapat menari secara bergantian dan ini membolehkan pasangan pertama tadi berehat dan diganti dengan pasangan berikutnya dan demikianlah seterusnya. (Tarian ini boleh juga ditarikan oleh penari wanita tetapi di ruang yang berasingan dan tertutup dan dikhaskan untuk penonton wanita sahaja). Tarian ini juga ditarikan di majlis-majlis keraian dan di majlis-majlis kekeluargaan seperti majlis kesyukuran dan perkahwinan. Tarian ini juga ada kalanya berlarutan hingga jauh malam.

Tarian Seweng  Merupakan tarian tradisi semua Orang Asli yang ditarikan oleh 18 orang penari lelaki dan

perempuan atau lebih yang akan diketuai oleh seorang lelaki yang berusia yang bertindak sebagai penyanyi utama. Penari yang lain akan mengulangi baris nyanyian penyanyi utama dan bergerak sambil menghentakkan kaki ke lantai. Semasa menari, mereka akan diiringi alat muzik tradisional yang dinamakan Buluh Cetong yang dihentak di atas kayu beluti oleh lima wanita di belakang. Tarian ini biasanya ditarikan untuk upacara tradisi dan juga untuk pesta-pesta keramaian. Jika ditarikan di upacara bersunat, tarian ini dinamakan Tarian Ajok. Semasa menari mereka akan memakai hiasan yang diperbuat dari pucuk kelapa di mana sesudah menari, hiasan ini akan dikeringkan dan kemudian dibuang jauh dari tempat laluan orang. Adalah menjadi pantang hiasan ini dilangkahi atau dibakar. Sekiranya berlaku dipercayai orang yang melakukannya akan menjadi gila atau jatuh sakit.

Page 13: kaum penan.doc

Tarian Siti Payung  Perkataan Siti Payung adalah Siti, anak gadis orang bangsawan yang sangat dikasihi.

Penari-penari lelaki akan cuba mendekati penari wanita dan penari wanita akan cuba menjauhkan diri. Tarian ini dimulai dengan penari lelaki cuba mempelawa penari wanita dengan melambai-lambai selendang yang tersilang dibahunya. Penari wanita akan datang dan menari dengan penari lelaki.

Tarian Tempurung   Tarian tempurung ini berasal daripada Pulau Tawar Pahang. Tarian ini ditarikan oleh kaum

lelaki sahaja di majlis-majlis perkahwinan. Biasanya saiz tempurung yang digunakan adalah lebih kecil supaya mudah dibawa dan ia mempunyai nada apabila membuat ketukan. Bunga tari yang sedia ada tidak boleh diubah suai atau pun ditukar kerana ia akan mengubah pergerakan Tarian Tempurung ini. Pada awal dan akhir tarian penari akan membuka sembah.

Tarian Upih  Merupakan tarian yang diangkat dari pengubatan tradisional. Dipercayai penonton yang

hadir ke upacara ini akan ikut sama menari iaitu berdasarkan ketahanan “semangat��? yang berada di dalam diri penonton. Tarian ini merupakan tarian ritual untuk mengubati pesakit di mana pesakit akan bangun bersama-sama dan menyatakan dari mana sakitnya datang. Pergerakan tarian ini tidak ditentukan aturan tapaknya kerana ketiga-tiga penari akan menari di luar kawalan di mana semakin jauh keluar dari diri, semakin lembutlah tarian tersebut. Jampi mentera akan dibaca oleh bomoh sambil memegang mayang pinang yang diikat dengan upih kering. Apabila mayang diketuk ke upih kering tersebut, ianya akan ikut sama mengeluarkan bunyi.

Tarian Zapin   Zapin merupakan tarian Melayu yang berasaskan kesenian Arab-Parsi yang telah

disesuaikan dengan kesenian Melayu. Zapin bermaksud 'gerak kaki' daripada perkataan al-Zafn. Tarian Zapin bercorak persembahan atau pertunjukkan. Gerak tarinya berasaskan kaki penari-penarinya. Banyak tarian Melayu ciptaan baru mengambil rentak Zapin sebagai irama tarian.

Tarian Zapin Arab  Kedatangan pedagang-pedagang Arab ke Johor pada masa silam bukan sahaja

memperkenalkan hasil dagangan mereka tetapi juga dibawa sarna dengan seni budaya warisan asal mereka. Zapin Arab (lafin Arab) bukan sahaja terkenal di kalangan penduduk-penduduk berketurunan Arab di Johor tetapi juga telah dikembangkan lagi setelah sebahagian daripada mereka berkahwin dengan penduduk tempatan. Diamalkan oleh masyarakat Johor berketurunan Arab khasnya di Daerah Johor Bahru, Pengerang, Kota Tinggi, Batu Pahat dan Muar, di majlis-majlis keraian, perkahwinan dan kekeluargaan. Ragam tarinya tidak begitu banyak dan lebih kepada sifat individu. Kebiasaannya hanya pasangan lelaki yang akan menari tarian ini. Penari akan menari bersilih ganti. Pasangan lain akan masuk menari dan pasangan yang asal akan keluar bagi memberi laluan kepada pasangan yang ingin menunjukkan kebolehan mereka. Alat muzik iringan utama bagi Tarian Zapin Arab ini ialah Gambus, Maruas, Gendang dan Akordian.

Tarian Zapin Johor  Tarian zapin ini berasal dari Kampung Gelang Patah, Johor. Gerak tarinya seperti

membongkok dan merendahkan badan. Berunsurkan keislaman tetapi telah diubahsuai. Oleh kerana itu penari lelaki akan keluar bersilih ganti dengan penari wanita. Namun demikian pada akhir persembahan penari lelaki dan penari wanita diketemukan sebagai tanda penghormatan kepada tetamu. Tarian Zapin Johor ini ditarikan di majlis-majlis

Page 14: kaum penan.doc

keraian dan keramaian. Kebiasaannya ditarikan oleh 4 - 6 orang Penari lelaki dan 4 - 6 orang penari wanita.

Tarian Zapin Tenglu  Tarian Zapin Tenglu ini diamalkan oleh Penduduk-penduduk di kawasan Tenglu,

Mersing.Pergerakannya pantas dan sesuai dengan cara hidup kaum nelayan beserta dengan irama muzik dan iringan lagunya yang juga rancak dan beralun. Asas tarinya sama dengan Zapin Melayu Johor tetapi gerak gerinya agak berbeza di mana penari membebaskan lengan kedua belah tangannya semasa menari. Juga dikenali sebagai 'Permainan lapin' ditarikan sewaktu berehat selepas menunaikan solat Isyak dan juga di majlis-majlis kenduri-kendara dan majlis perkahwinan. Penarinya terdiri daripada penari lelaki sahaja dan bilangan penarinya terdiri daripada 4 atau melebihi 8 orang penari lelaki.

Tarian Bhrata Natyam  Tarian ini berasal dari Negeri Tamil Nadu di Selatan India. Kebiasaannya, Bharata Natyam

dipersembahkan oleh penari wanita secara solo. Keseluruhan persembahan tarian mengandungi enam peringkat iaitu, Alanippu, Gatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Kesemua peringkat ini menggabungkan elemen Naritta atau, tarian tulin dan Nritya mengandungi Adarus atau unit tarian asas.

Tarian Khatak  Tarian Kathak berasal dari negeri Uttar Pradesh dan Prajasthan. Pada asalnya ia ditarikan

oleh masyarakat yang dipanggil tukang cerita (penglipurlara). Kathak juga dikenali sebagai Braj Raas. Tarian ini diadakan selepas berdoa kepada Tuhan Ganesha (Ganesha Vandana). Ia dipersembahkan oleh kaum lelaki dan perempuan. Muzik digubah berasaskan lirik seperti Thumri, Dadra, Ghazal dan Kavita.

Tarian Klasik India  Bagi masyarakat India tarian adalah gabungan antara unsur pemujaan dan luahan perasaan

yang mendalam dalam diri seseorang manusia. Asalnya Tarian India ini dari pertengahan zaman purbakala. Tarian India yang bersifat keagamaan ini dikaitkan juga dengan tarian tradisi yang dipersembahkan di kuil. Terdapat 'devadasis', yang dianggap suruhan tuhan, yang menarikan sejenis tarian memuja dikenali sebagai Bharata Natyam Mahari. Pengasas Odisi tradisional dan Maribi Manipuri juga berasal dari kuil.

Tarian Gidda  Ia merupakan tarian rakyat masyarakat Punjabi tetapi hanya dipersembahkan oleh penari-

penari wanita. la diseumpamakan seutas tali atau rantai yang berpusar dengan rentak dan warna yang terkandung dalam Giddha. Selalunya dipersembahkan pada malam hari perkahwinan di mana Giddha dianggap perantaraan yang tepat bagi wanita-wanita untuk meluahkan perasaan mereka. Dengan ayunan tangan yang gembira, mereka saling berhubung melalui Bolian (rangkaian lagu rakyat) dan memaparkan selendang yang cantik.

Tarian Bhangra  Tarian Bhangra adalah tarian menyambut musim menuai dan berasal dari Punjab, India.

Setiap pergerakan kepala atau tangan menyampaikan maksud yang istimewa dan merupakan gerakan artistik. Penari lelaki dan wanita selalunya memakai pakaian yang berwarna terang dan berseri-seri.

Tarian Berunsai  Berunsai adalah tarian tradisional suku Bajau di daerah Kota Belud, Sabah. Penari-penari

yang terdiri dari lapan orang akan belakang membelakangi dan bergerak ikut pusingan bulatan ke kanan. Mereka menyanyikan lagu tradisional beramai-ramai.

Page 15: kaum penan.doc

Tarian Anding  Tarian Anding sebenarnya berasal daripada sejenis tarian asli orang Brunei tetapi

kemudiannya telah menjadi tarian tradisi yang popular di kalangan suku Kadayan Sipitang, Sabah. Sambil menari, nyanyian turut disulamkan dalam persembahan. Alat muzik tradisi yang mengiringi tarian ini adalah biola, rebana, tangkong dan kuritik

Tarian Buluh  Tarian Buluh boleh dilihat ditarikan oleh gadis-gadis kaum Kwijau dari Keningau Sabah.

Tarian Sumazau  Tarian Sumazau adalah sebuah tarian dengan gerakan perlahan dan lemah-Iembut.

Ditarikan oleh penari-penari lelaki dan perempuan. Penari lelaki dan perempuan berhadap-hadapan dan menggerakkan kaki dengan 1 langkah kecil dan tumit kaki di angkat dan diturunkan mengikut muzik. Tangan mereka pula dikepak keluar dan diturun-naikkan seperti burung terbang.

Tarian Datun Julud  Tarian dari Sarawak ini boleh ditarikan secara berseorangan atau berkumpulan. Ia

merupakan tari bersama suku kaum Dayak Kenyah yang tinggal di Bulungan, Kutai, Berau dan Pasir iaitu kawasan persempadanan antara Sarawak dan Kalimantan Timur.

Tarian Ngajat  Tarian Ngajat sangat popular di kalangan Orang Ulu di Sarawak. Ngajat bagi orang-orang

Iban adalah tarian yang melatih orang-orang Iban berperang. Penari-penari akan memakai kain merah yang yang diikat pada bahagian pinggang hingga ke paras lutut. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Di tubuhnya dipakaikan sejenis baju yang dibuat dari bulu-bulu burung tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.

Tarian Koncong  Tarian Koncong terdapat di Sarawak, ditarikan dengan tujuan mengubat si sakit dan kedua

untuk menghibur si malang. Tarian ini ditarikan oleh tiga orang penari wanita dengan iringan nyanyian seorang atau dua orang lelaki. Mereka menari dalam bulatan dan di sebelah tangan kanannya memegang sapu tangan dalam gerakan seolah-olah menyerupai burung terbang.

Tarian paying

Page 16: kaum penan.doc

Tarian asyik

Tarian Barongan

Pakaian

Page 17: kaum penan.doc

Tarian Ceracap inai

Tarian Cik Siti Wau Bulan

Pada musim menuai di negeri-negeri sebelah Pantai Timur sering diadakan permainan seperti main gasing, main wau, rebana ubi, rebana kertuk, rebana kayu dan lain-lain lagi. Bersempena dengan permainan wau maka satu tarian yang diberi nama Cik Siti Wau Bulan telah dicipta. Dahulu tarian ini mengisahkan anak muda bermain-main wau di musim menuai. Kemeriahan tarian ini tergambar dalam gerak-geri penari-penari yang terdiri daripada anak

muda lelaki dan perempuan.

Page 18: kaum penan.doc

Tarian kuda kepang

Kuda Kepang menampakkan pengaruh Jawa dan Islam. Pengaruh Jawa terlihat pada pakaian penari-penari, sedangkan pengaruh Islam tersimpul dalam cerita tariannya. Ia mengisahkan peristiwa peperangan pada zaman Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabatnya dengan penuh kegagahan memperjuangkan Islam. Kononnya Kuda Kepang dicipta di negeri Jawa sempena usaha sembilan orang wali (Wali Songo) yang menyebarkan agama Islam.

 

Tarian lilinTarian Mak Inang

Tarian Mak Inang disebut juga sebagai Tarian Si Kembang Cina sangat popular ditarikan di istana Sultan-Sultan Melaka. Ada kalanya penari-penari membawa selendang bagi meraikan tarian ini. Lagu Mak Inang yang khas telah dicipta bagi mengiringi tarian ini dengan perintah

Page 19: kaum penan.doc

Sultan Mahmud Shah. Hari ini Tarian Mak Inang telah menjadi tarian rakyat dan ditarikan di majlis-majlis sosial.

Tarian Randai

Randai berasal dari perkataan merandai yang bererti mengarang atau melingkar suatu kawasan lapang untuk mencari sesuatu yang hilang. Terdapat pelbagai versi sebenarnya tentang asal usul randai ini. Struktur persembahan randai berkonsepkan gerak tari silat diselangi nyanyian berunsur lagu rakyat serta diiringi muzik caklempong, rebana, salung dan gong. Randai sering di persembahkan pada pesta menuai padi, upacara perkahwinan dan adat istiadat lain.

Tarian Zapin

Zapin merupakan tarian Melayu yang berasaskan kesenian Arab-Parsi yang telah disesuaikan dengan kesenian Melayu. Zapin bermaksud 'gerak kaki' daripada perkataan al-Zafn. Tarian Zapin bercorak persembahan atau pertunjukkan. Gerak tarinya berasaskan kaki penari-penarinya. Banyak tarian Melayu ciptaan baru mengambil rentak Zapin sebagai irama tarian.

Page 20: kaum penan.doc

Tarian Bhangra

Page 21: kaum penan.doc

Tarian Bhangra adalah tarian menyambut musim menuai dan berasal dari Punjab, India. Setiap pergerakan kepala atau tangan menyampaikan maksud yang istimewa dan merupakan gerakan artistik. Penari lelaki dan wanita selalunya memakai pakaian yang berwarna terang dan berseri-seri. Lagu-lagu untuk tarian ini adalah rangkaian lagu-lagu rakyat yang diiringi oleh alat muzik tradisional seperti tholl dram, harmonika, tamborin dan musical clapper. Tarian Banghra di Malaysia sangat popular dalam mana ia juga dipersembahkan untuk majlis perkahwinan, hari-jadi dan majlis kekeluargaan.

Tarian Khatak

Tarian Kathak berasal dari negeri Uttar Pradesh dan Prajasthan. Pada asalnya ia ditarikan oleh masyarakat yang dipanggil tukang cerita (penglipurlara). Kathak juga dikenali sebagai Braj Raas. Tarian ini diadakan selepas berdoa kepada Tuhan Ganesha (Ganesha Vandana). Ia dipersembahkan oleh kaum lelaki dan perempuan. Muzik digubah berasaskan lirik seperti Thumri, Dadra, Ghazal dan Kavita.

Tarian Sumazau

Tarian Sumazau adalah sebuah tarian dengan gerakan perlahan dan lemah-Iembut. Ditarikan oleh penari-penari lelaki dan perempuan. Penari lelaki dan perempuan berhadap-hadapan dan menggerakkan kaki dengan 1 langkah kecil dan tumit kaki di angkat dan diturunkan mengikut muzik. Tangan mereka pula dikepak keluar dan diturun-naikkan seperti burung terbang

Tarian Ngajat

Page 22: kaum penan.doc

Tarian Ngajat sangat popular di kalangan Orang Ulu di Sarawak. Ngajat bagi orang-orang Iban adalah tarian yang melatih orang-orang Iban berperang. Penari-penari akan memakai kain merah yang yang diikat pada bahagian pinggang hingga ke paras lutut. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Di tubuhnya dipakaikan sejenis baju yang dibuat dari bulu-bulu burung tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.

Busana Kaum India

  Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya pemakaian dari benua India khususnya di kalangan Hindu-Ceylonese-Tamil juga keturunan Punjabi-Singhs. Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna-warna terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas, perak, labuci juga batu-batu permata.

Busana Sabah  Gelaran “Negeri di Bawah" Bayu" membayangkan kedudukan negeri Sabah bukan sahaja

dari sudut geografi tetapi juga keindahan yang tersirat di sebalik negeri yang kaya dengan adat tradisi, budaya, sejarah dan rupa buminya yang kehijauan serta luas mata memandang.

Busana Kedah  Kedah juga dikenali dengan nama "Kadaram" dan "Kataha". Pengasas kerajaan Kedah ialah

Raja Merong Mahawangsa yang juga memerintah Patani, Perak dan Siam.

Busana Perlis  Perlis sebuah negeri yang kecik dari segi keluasan tetapi kaya dari segi adat dan budaya.

Busana tradisional seperti Kebaya Labuh dipadan dengan kain songket diikat kuncup dengan kepala kain diletak di depan dipadankan juga kain sutera mahupun batik. Tambah anggun dengan dokoh bertingkat dan cucuk sanggul.

Busana Perak  Seluar Acheh sutera bertenun benang emas, berkain samping diikat di pinggang dengan tali

pinggang dan pending, berbaju leher cekak musang diserikan dengan selendang panjang dilampaikan di bahu kanan dan hujung selendang yang sebelah lagi disangkutkan di lengan kiri merupakan persalinan terkenal Puteri Perak.

Busana Selangor  Busana bangsawan Bugis banyak mempengaruhi busana tradisional rakyat Selangor. Kain

sarung Bugis terkenal sebagai busana kaum wanita yang dipakai dengan Baju Kebaya

Page 23: kaum penan.doc

Labuh. Manakala kaum lelaki pula bergaya dengan Baju Sikap sut padanan lima dilengkapi tengkolok, baju, seluar, bengkung dan kain samping tenunan Bugis bergarus atau bertelepuk perada emas warisan keluarga bangsawan Bugis.

Busana Wilayah Persekutuan  Sesuai dengan status dan terdiri dari bandaraya Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya,

Wilayah Persekutuan menyaksikan kepelbagaian pakaian masyarakat Malaysia. Meskipun dimeriahi dengan masyarakat majmuk yang dikelilingi arus pembangunan pesat dan menjadi kebanggaan Malaysia, namun pakaian tradisional masih kekal segar diwarisi masyarakatnya sehingga ke hari ini.

Busana Melaka  Jika setiap kaum mempunyai identiti pakaian yang tersendiri, maka negeri Melaka tempat

terhimpunnya budaya pelbagai kaum. Kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan kosmopolitan di abad ke-15 menerima bukan sahaja barangan emas, tetapi bahan tekstil seperti sutera dan broked juga mendapat perhatian.

Busana Johor  Kedudukan Johor sebagai pusat perdagangan menyaksikan percikan pengaruh luar seperti

dari Bugis, Minangkabau, Aceh dan Jawa bergabung menjadi teras budaya berpakaian Kerajaan Melayu Johor-Riau. Reka bentuk Baju Melayu Teluk Belanga dan cara memakai samping dagang luar dan dagang dalam menonjolkan ciri-ciri khas gaya berbusana Melayu Johor.

Busana Pahang  Riau dan pahang dua buah negeri yang berjauhan namun Bajau Riau Pahang menyingkap

pertalian sejarah antara kedua negeri tersebut. Perhubungan politik dan sosio budaya yang terjalin sewaktu zaman kerajaan Melayu Melaka terserlah dengan terciptanya potongan pakaian Baju Riau Pahang yang dikenali juga sebagai Baju belah atau Baju Kebaya Turki. Potongan baju ini begitu unik dan istimewa. Berbeza dengan pesak Baju Kurung, kedua-dua bahagian tepi baju berpesak kembang yang disambungkan kekek gantung. Baju berkolar tinggi ini amat menarik sekali dipakai dengan tujuh atau sembilan butir butang.

Busana Kelantan  Legenda Cik Siti Wan Kembang, seorang Raja Perempuan yang memerintah negeri

Kelantan di dalam kurun ke-17 menyaksikan keindahan pakaian yang tetap anggun dan manis dipakai oleh kaum wanita Kelantan. Menggunakan tiga helai kain, sehelai kain sarung songket dipakai di pinggang, sehelai kain sutera panjang dibelit di dada sebagai kemban, sehelai selendang songket panjang dilampaikan di bahu dan diperindah pula dengan perhiasan gerek seperti cucuk sanggul, dokoh, pending, tali pinggang dan gelang tangan.

Busana Sarawak  Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragamhias yang

mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragamhias pasa pakaian membentuk motif-motif etnik samada dari tenunan, jalian manik dan labuci. Perhiasan diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya.

Busana Negeri Sembilan  Budaya Minangkabau terserlah indah pada busana tradisional Negeri Sembilan. Sejarah asal

usul kaum Minang di Negeri Sembilan yang berhijrah dari Pagar Ruyung pada kurun ke-15 di zaman kesultanan Melayu Melaka memungkinkan adat istiadat dan budaya berpakaian dari Sumatera Barat kekal segar dalam masyarakat Negeri Sembilan sehingga kini.

Page 24: kaum penan.doc

Busana Pulau Pinang  Pulau Pinang negeri yang kaya dengan warisan sejarah ini mempamerkan percikan

pengaruh budaya yang diterima. Sejarah juga menyaksikan orang-orang asing seperti dari China dan India sebagai pedagang dan mencari kehidupan. Sehingga ke hari ini suasana budaya dan adat tradisi masyarakat Pulau Pinang dimiliki oleh tiga kaum terbesar di Pulau Mutiara itu iaitu kaum Melayu, Cina dan India.

Busana Terengganu  Terengganu sebuah negeri di Panatai Timur, terkenal dengan pembuatan songket selain dari

kaya dengan hasil laut juga perusahaan logam seperti tembaga dan perak. Di sinilah berhimpunnya seniman-seniman Melayu dahulu yang mencurahkan kreativiti dan kemahiran dalam menghasilkan kraftangan orang Melayu yang amat membanggakan.

Busana Kaum Cina  Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagi pusat

perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kula Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama bukan sahaja barangan dagangan untuk tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan.

Page 25: kaum penan.doc

Lelaki memakai Kurta Pyjama, pakaian yang terkenal di India, manakala wanita memakai sari sutera bersempadan benang perak.

Baju Melayu polos berpotongan jaket, bersamping pelikat dan bersongkok. Wanita berbaju Kurung Kedah kain baldu dipadankan kain tenun dan selendang

Page 26: kaum penan.doc

Lelaki menggayakan Baju Sikap dan bersamping dan seluar songket. Wanita menggayakan Baju Kebaya Labuh songket bunga tabur, berhias dokoh berantai dan selendang sifon

Pakaian diraja ini dibuat dari songket bunga tabur sedondon. Lelaki memakai Baju Melayu Cekak Musang, tengkolok, bengkung dan ikatan samping Perak. Wanita memakai pakaian Puteri Perak berseluar panjang songket jong sarat

Lelaki menggayakan Baju Melayu Cekak Musang, samping sutera tenun dan bengkung. Wanita memakai Baju Kebaya Labuh, pakaian bangsawan wanita dari sutera. Kebaya dipadankan dengan kain songket dan selendang renda

Busana Melaka

Page 27: kaum penan.doc

Jika setiap kaum mempunyai identiti pakaian yang tersendiri, maka negeri Melaka tempat terhimpunnya budaya pelbagai kaum. Kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan kosmopolitan di abad ke-15 menerima bukan sahaja barangan emas, tetapi bahan tekstil seperti sutera dan broked juga mendapat perhatian.

Busana tradisional masyarakat Melaka amat unik dan menarik kerana pengaruh dari Portugis, China, India juga dari Kepulauan Melayu. Pakaian Baba dan Nyonya menyerlahkan pertembungan budaya Melayu dan China bermula semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan lagenda Puteri Hang Li Po.

Lelaki memakai Baju Kurung potongan moden dengan samping dan ikat kepala. Wanita pula memakai Baju Kurung Teluk Belanga sutera yang dipadankan dengan kain sarung tapak catur

Page 28: kaum penan.doc

Lelaki memakai Baju Sikap sebagai pakaian pembesar dilengkapi samping dan tengkolok broked. Wanita pula berbaju Kurung Teluk Belanga broked yang dipadankan dengan kain sarung satin. Dada dihiasi sibar layang dari baldu bertekad manik dan labuci. Kepala memakai sanggul lintang

Busana Kaum Cina

Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagi pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kula Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama bukan sahaja barangan dagangan untuk tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan.

Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di dalam majlis dan upacara. Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri China menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragamhias benang emas dan perak.

Page 29: kaum penan.doc

Pakaian tradisi pasangan Cina yang diubah suai.

Page 30: kaum penan.doc

Lelaki memakai jubah labuh Ming moden dari satin dan wanita memakai Baju Shanghai yang berbelah di depan.