aturan urusa mesyuaran t - parlimen · perpaduan negar da pembangunaan masyarakan t ... dari pusa...

9
MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT http://www.parlimen.qov.mv HARI iSNIN 18 NOVEMBER, 2002 PUKUL 10.00 PAGI Bil.22 MENGANGKAT SUMPAH PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN (PM #28188 v1) Datuk Dr. Haji Haris bin Haji Salleh minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan impak ke atas ekonomi Malaysia jika berlaku peperangan di Timur Tengah (serangan Amerika ke atas Iraq) dan apakah langkah-langkah persediaan awal untuk mengatasi kesan-kesan buruk ke atas ekonomi Malaysia akibat daripada peperangan tersebut. (PM #27964 v1) Datuk William Lau Kung Hui minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian sedar kenaikan kadar bayaran yang dilakukan oleh segelintir pengendali-pengendali pelabuhan dan Iain-Iain perkhidmatan logistik tanpa berunding awal-awal dengan pihak-pihak yang terbabit. Adakah pada masa hadapan pihak Kementerian akan mewajibkan kepada semua pengendali-pengendali pelabuhan dan Iain- lain perkhidmatan logistik supaya memberikan justifikasi sebarang kenaikan kadar bayaran supaya para pengilang Malaysia tidak menghantar kargo-kargo mereka ke Singapura. (PM #27892 v1) Tuan Benedict Bujang Tembak minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan tindakan-tindakan yang telah diambil ataupun akan diambil terhadap penulis Sri Lanka, Rohan Gunaratna yang telah jelas memburukkan nama BN apabila penulis tersebut mendakwa BN mempunyai hubungan dengan rangkaian pengganas Al-Qaeda.

Upload: others

Post on 24-Jan-2020

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ATURAN URUSA MESYUARAN T - Parlimen · PERPADUAN NEGAR DA PEMBANGUNAAN MASYARAKAN T ... dari Pusa Rahmat dat bilangan ken yans telag diselesaikah menurun t pecahan kaum. 7 . 4 AU

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

http://www.parlimen.qov.mv

HARI iSNIN 18 NOVEMBER, 2002 PUKUL 10.00 PAGI

Bil.22

MENGANGKAT SUMPAH

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

(PM #28188 v1) Datuk Dr. Haji Haris bin Haji Salleh minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan impak ke atas ekonomi Malaysia jika berlaku peperangan di Timur Tengah (serangan Amerika ke atas Iraq) dan apakah langkah-langkah persediaan awal untuk mengatasi kesan-kesan buruk ke atas ekonomi Malaysia akibat daripada peperangan tersebut.

(PM #27964 v1) Datuk William Lau Kung Hui minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian sedar kenaikan kadar bayaran yang dilakukan oleh segelintir pengendali-pengendali pelabuhan dan Iain-Iain perkhidmatan logistik tanpa berunding awal-awal dengan pihak-pihak yang terbabit. Adakah pada masa hadapan pihak Kementerian akan mewajibkan kepada semua pengendali-pengendali pelabuhan dan Iain-lain perkhidmatan logistik supaya memberikan justifikasi sebarang kenaikan kadar bayaran supaya para pengilang Malaysia tidak menghantar kargo-kargo mereka ke Singapura.

(PM #27892 v1) Tuan Benedict Bujang Tembak minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan tindakan-tindakan yang telah diambil ataupun akan diambil terhadap penulis Sri Lanka, Rohan Gunaratna yang telah jelas memburukkan nama BN apabila penulis tersebut mendakwa BN mempunyai hubungan dengan rangkaian pengganas Al-Qaeda.

Page 2: ATURAN URUSA MESYUARAN T - Parlimen · PERPADUAN NEGAR DA PEMBANGUNAAN MASYARAKAN T ... dari Pusa Rahmat dat bilangan ken yans telag diselesaikah menurun t pecahan kaum. 7 . 4 AU

2 AUM DN 18/11/2002 (PM #28422 v1)

(PM #28159 v1) Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Jabatan Perkhidmatan Awam telah atau akan mengkaji semula kandungan surat arahan Bil. JPA 63/4/12 (A) Kit. 6/(19) bertarikh 19/09/84 yang membenarkan pesara kakitangan Kerajaan seperti pesara polis hanya untuk membuat tuntutan elaun perjalanan dan elaun makan sahaja, tetapi tidak ada memperuntukkan elaun penginapan walaupun terdapat keperluannya kerana berada di luar kawasan apabila menghadiri perbicaraan mahkamah sebagai saksi Kerajaan.

(PM #27927 v1) Datuk Christina Tibok Vanhouten minta MENTERI KESIHATAN menyatakan tentang statistik penyakit HIV/AIDS di Malaysia pada masa ini mengikut Negeri. Apakah tindakan-tindakan Kementerian untuk mengawal penyakit ini daripada meluas lagi.

(PM #28034 v1) Tuan K.R.A. Naidu minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah terjadi kepada wang pusingan RM10 juta yang diperuntukkan semasa Perdana Menteri Allahyarham Tun Razak untuk rancangan perumahan pekerja-pekerja ladang.

(PM #28146 v1) Dato' Dr. Chin Fook Weng minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah cadangan Y.A.B. Perdana Menteri supaya satu skim insuran perubatan nasional dilaksanakan untuk mengatasi kos perubatan yang makin mahal itu akan menjadi dasar Kerajaan dan kalau ya, apabila ianya akan dilaksanakan dan apakah implikasinya kepada rakyat jelata.

(PM #28109 v1) Datuk Hajah Puizah @ Faezah binti Haji Abu Kassim minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status gadis Lim Ai Lin, 19 tahun yang masih berada di Thailand sama ada berkerakyatan Malaysia atau pun bukan dan mengapakah proses penentuan kerakyatan tersebut mengambil masa yang agak lama.

(PM #28407 v1) Tuan Kee Ah Kau minta MENTERI SAINS, TEKNOLOG! DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk memperluaskan pemeliharaan burung layang-layang di kawasan luar bandar.

(PM #28356 v1) Datin Dr. Hajah Nik Azizah bt. Haji Nik Yahya minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah akan berlakunya perbezaan harga yang ketara serta persaingan hebat di antara industri pengeluaran automotif tempatan dan luar negara setelah AFTA dilaksanakan kelak dan langkah-langkah awal yang telah dan akan diambil bagi membantu sektor tempatan industri tersebut.

Page 3: ATURAN URUSA MESYUARAN T - Parlimen · PERPADUAN NEGAR DA PEMBANGUNAAN MASYARAKAN T ... dari Pusa Rahmat dat bilangan ken yans telag diselesaikah menurun t pecahan kaum. 7 . 4 AU

3 AUM DN 18/11/2002 (PM #28422 v1)

(PM #28172 v1) Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Haji Ahmad Raffae minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada Kerajaan bercadang menghantar bantuan anggota bomba atau mengawal api melalui udara ke Indonesia untuk membantu mengawal kejadian kebakaran yang telah menyebabkan pencemaran udara di rantau Asia Tenggara.

(PM #28077 v1) Datuk Long bin Jidin minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR menyatakan fenomena cuaca negara ini adakah benar suhu terus meningkat dan kalau ya kenapa dan apakah ramalan musim tengkujuh pada tahun ini.

(PM #27913 v1) To' Puan Wan Seri @ W. Asiah binti Ahmad minta MENTERI PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT menyatakan apakah tindakan Kerajaan dalam menjaga kesejahteraan warga tua Islam dalam persediaan menghadapi hari tua.

(PM #28214 v1) Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan kriteria yang digunapakai untuk pengambilan murid-murid ke sekolah-sekolah berasrama penuh. Adakah Kementerian bercadang untuk mengkaji semua kriteria tersebut.

(PM #27862 v1) Dato' Hj. Arzmi bin Hj. Abdul Hamid minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bahawa parti pembangkang Pas banyak menimbulkan kekeliruan dengan kenyataan pemimpin mereka seperti Tuhan samseng, Tuhan mencarut, undi Pas masuk syurga, kafir-mengkafir sesama Islam, wanita cantik tidak boleh bekerja, terdapat ada ahli mereka terlibat dalam Kumpulan Militan (KMM). Adakah Kerajaan melihat perkara ini sebagai satu punca kepada ancaman merbahaya kepada perpaduan dan keselamatan negara.

(PM #28004 v1) 16. Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani minta MENTERI

PENERANGAN menyatakan penjelasan setakat mana keberkesanan pembelian drama swasta yang dibuat melalui tender atau sebut harga. Apakah rancangan RTM supaya dapat melahirkan lebih ramai usahawan-usahawan bumiputera yang berjaya dalam pembekalan filem dan drama.

(PM #28209 v1) 17. Puan Jaya Partiban minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

menyatakan setakat ini berapa ramai telah berdaftar memohon bantuan dari Pusat Rahmat dan bilangan kes yang telah diselesaikan menurut pecahan kaum.

7

Page 4: ATURAN URUSA MESYUARAN T - Parlimen · PERPADUAN NEGAR DA PEMBANGUNAAN MASYARAKAN T ... dari Pusa Rahmat dat bilangan ken yans telag diselesaikah menurun t pecahan kaum. 7 . 4 AU

4 AUM DN 18/11/2002 (PM #28422 v1)

(PM #28399 v1) Datuk Yaakob bin Hj. Mohammed minta MENTERI TANAH DAN PEMBANGUNAN KOPERASI menyatakan difahamkan pihak Felda kini sedang rancak untuk menjadikan generasi kedua di tanah-tanah rancangannya sebagai waris kesinambungan generasi pertama bagi memajukan ladang:-

(a) adakah pihak Felda sedar masalah yang dihadapi oleh peneroka generasi pertama seperti di Felda Pengeli Timur di Johor untuk menanam semula yang dibincangkan tiga tahun lalu belum selesai lagi; dan

(b) benarkah pendapatan peserta-peserta di rancangan tersebut memperolehi pendapatan RM 2,393.58 setahun pada tahun 2000, RM 3,190.65 setahun (2001).

(PM #28323 v1) Puan See Too Mee minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan bilangan lesen teksi yang telah dikeluarkan kepada pengusaha berbentuk syarikat dan perseorangan hingga setakat ini. Adakah Kerajaan merancang untuk mengeluarkan lesen teksi kepada pengusaha berbentuk syarikat sahaja pada masa-masa akan datang demi meningkatkan mutu perkhidmatan teksi yang sedia ada.

(PM #28133 v1) Datuk Haji Rosli bin Mat Hassan minta MENTERI PERUSAHAAN UTAMA menyatakan jenis ladang hutan yang diusahakan oleh Kerajaan dan benarkan dakwaan perusahaan ladang hutan yang diusahakan di negara ini tidak ekonomi dan menemui kegagalan.

(PM #28118 v1) Tuan Ratnam a/I Muthiah minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan berapa ramaikah bilangan Sahabat India yang lulus di dalam skim Khas Ibu Tunggal Amanah Ikhtiar Malaysia.

(PM #27897 v1) To' Puan Wan Seri @ W. Asiah bints Ahmad minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah strategi dan mekanisme tindakan yang akan diambil untuk memastikan pengutipan cukai sama ada individu atau syarikat dengan cara yang lebih efisyen untuk menambah pendapatan negara. ^

Page 5: ATURAN URUSA MESYUARAN T - Parlimen · PERPADUAN NEGAR DA PEMBANGUNAAN MASYARAKAN T ... dari Pusa Rahmat dat bilangan ken yans telag diselesaikah menurun t pecahan kaum. 7 . 4 AU

5 AUM DN 18/11/2002 (PM #28422 v1)

(PM #27971 v1) 23. Tuan Hassan bin Haji Shukri minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan tentang status sekolah bestari dan sekolah wawasan sekarang ini. Adakah Kerajaan bercadang untuk meneruskan projek sekolah bestari dan sekolah wawasan ini.

(PM #27978 v1) 24. Puan Hajah Jamilah binti Ibrahim minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan adakah benar kenyataan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), bahawa hanya 20% daripada keseluruhan pekerja asing di Malaysia mempunyai permit sah sebelum Program Pemutihan, mengapa dan bagaimana keadaan tersebut boleh berlaku.

(PM #28058 v1) 25. Datuk Hajah Hazizah binti Mohd. Sultan minta MENTERI

PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan berapa ramaikah bilangan keluarga rakyat termiskin di negara ini pada masa sekarang mengikut negeri-negeri dan mengikut unjuran pihak Kerajaan bilakah golongan rakyat termiskin ini dapat dihapuskan secara keseluruhannya.

(PM #28183 v1) 26. Dato' Hamzah bin Zainuddin minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR

BANDAR menyatakan bagaimana rakyat luar bandar khususnya yang termiskin boleh mendapatkan manfaat sosio-ekonomi daripada pakatan strategik dengan Kementerian Pertanian.

(PM #28262 v1) 27. Dato' Ghazi @ Hasbullah bin Haji Ramli minta MENTERI

PERTAHANAN menyatakan langkah-langkah yang akan dan telah diambil oleh pihak Kementerian dalam meningkatkan lagi penyertaan golongan bukan Bumiputera dalam lapangan Angkatan Tentera serta sejauh manakah penggunaan teknologi dalam ketenteraan digunakan untuk membendung masalah kekurangan lebih kurang 80,000 anggota tentera pada masa kini.

(PM #28246 v1) 28. Dato' Haji Ahmad bin Ismail minta MENTERI BELIA DAN SUKAN

menyatakan apakah Kementerian sedar bahawa terdapat pemimpin persatuan sukan yang terlalu lama memegang jawatan serta tidak lagi mampu menyumbang kepada kecermelangan dan pembangunan atlit menjadi punca merosotnya mutu sukan negara.

(PM #28316 v1) a h i i i i i

29. Tuan Haji Abdul Rahman bin Palit minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan setakat manakah program dan dasar baru yang diperkenalkan oleh Kementerian untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam perniagaan peruncitan dan pemborongan. Bilangan yang terlibat sehingga kini.

Page 6: ATURAN URUSA MESYUARAN T - Parlimen · PERPADUAN NEGAR DA PEMBANGUNAAN MASYARAKAN T ... dari Pusa Rahmat dat bilangan ken yans telag diselesaikah menurun t pecahan kaum. 7 . 4 AU

6 AUM DN 18/11/2002 (PM #28422 v1)

(PM #28307 v1) Tuan Yew Tuan Chiew @ Yew Tuan Siew minta MENTERI PERTANIAN menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan untuk menghapuskan ikan ternakan hiasan yang dilepaskan oleh pihak ternakan yang tidak bertanggungjawab dengan banyaknya ke dalam parit-parit dan sungai-sungai. Jikalau bilangan ikan tersebut tidak terkawal, ia akan menjejaskan persekitaran semulajadi.

(PM #28100 v1) Tuan Haji Karim bin Salleh minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimanakah kedudukan ekonomi negara sekarang dan usaha-usaha memulihkan syarikat awam yang menghadapi masalah.

(PM #28271 v1) Tuan Zakaria bin Arshad minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kesan-kesan kepada ekonomi Malaysia apabila Amerika Syarikat mengalami kemerosotan pertumbuhan ekonominya boleh menjejaskan eksport kita ke luar negara terutama ke negara Amerika Syarikat dan apakah kesan langsung yang dialami oleh Malaysia atas peristiwa serangan pengganas ke WTC New York pada 11 September 2001.

(PM #28033 v1) Tuan K.R.A. Naidu minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah penyakit demam denggi mengikut negeri dari tahun 1997 hingga 2001 serta peratus yang meninggal dunia pada setiap tahun tersebut.

(PM #28379 v1) Tuan Krishnan a/I Maniam minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan mutu sukan bola sepak di negara ini yang lama umpama peribahasa "hidup segan mati pun tak mahu". Walaupun telah berhabis berjuta-juta ringgit kononnya untuk meningkatkan mutu bola sepak tetapi di manakah pulangannya dan apakah langkah jangka pendek dan jangka panjang.

Page 7: ATURAN URUSA MESYUARAN T - Parlimen · PERPADUAN NEGAR DA PEMBANGUNAAN MASYARAKAN T ... dari Pusa Rahmat dat bilangan ken yans telag diselesaikah menurun t pecahan kaum. 7 . 4 AU

7 AUM DN 18/11/2002 (PM #28422 v1)

(PM #27941 v1) 35. Datuk William Lau Kung Hui minta MENTERI PENGANGKUTAN

menyatakan:-

(a) berapakah Pegawai-pegawai JPJ di Sarawak yang terlibat dalam pemalsuan rekod-rekod JPJ sehingga 30 September 2002, telah didakwa dan disabitkan. Sama ada Kerajaan berhasrat menggunapakai Akta Kediaman Terhad ke atas pesalah-pesalah ini, memandangkan kesukaran mendapatkan bukti dalam sesetengah kes; dan

(b) berapakah kes-kes pemalsuan yang telah dikesan dan jenis pemalsuannya di JPJ, dan sama ada Kerajaan berhasrat memberi pampasan kepada pemilik kenderaan yang menanggung kerugian dalam pemalsuan itu akibat salah laku pegawai-pegawai JPJ yang terbabit.

(PM #28243 v1) 36. Dato' Haji Ahmad bin Ismail minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan setakat ini berapakah jumlah kontraktor bumiputera yang telah ditarik balik taraf bumiputera kerana terbukti menjual projek kepada kontraktor lain melalui konsep 'AH Baba'.

(PM #28291 v1 37. Dato1 Ghazi @ Hasbullah bin Haji Ramli minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan secara terperinci tentang status terkini dan menerangkan tujuh bidang kritikal yang telah dikenal pasti serta apakah perkembangan dan status terkini Pelan Induk Ekonomi Berasaskan Pengetahuan (K-ekonomi). Disamping itu, bagaimanakah tujuh bidang kritikal ini dapat digerakkan untuk mencapai visi membentuk ekonomi berintensifkan pengetahuan pada kadar purata pertumbuhan sebanyak 7 peratus.

Page 8: ATURAN URUSA MESYUARAN T - Parlimen · PERPADUAN NEGAR DA PEMBANGUNAAN MASYARAKAN T ... dari Pusa Rahmat dat bilangan ken yans telag diselesaikah menurun t pecahan kaum. 7 . 4 AU

8 AUM DN 18/11/2002 (PM #28422 v1)

ATURAN URUSAN MESYUARAT

1. (D.R. 30/2002) Rang Undang-undang Perbekalan 2003 Bacaan kali yang kedua

2. (D.R. 31/2002)

3. (D.R.32/2002)

4. (D.R.33/2002)

5. (D.R.35/2002)

6. (D.R.36/2002)

7. (D.R. 37/2002)

8. (D.R. 38/2002)

a I (D.R. 34/2002)

10. (D.R. 39/2002)

11. (D.R. 40/2002)

Rang Undang-undang Majlis Amanah Rakyat (Pindaan) 2002

Rang Undang-undang Syarikat Amanah Labuan (Pindaan) 2002;

Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2002;

Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) (No.2) 2002;

Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) (No.2) 2002;

Rang Undang-undang Cukai Jualan (Pindaan) (No.2) 2002;

Rang Undang-undang Eksais (Pindaan) (No.2) 2002;

Rang Undang-undang Timbang dan Sukat (Pindaan) 2002;

Rang Undang-undang Peguam Bela (Sabah) (Pindaan) 2002; dan

Rang Undang-undang Peguam Bela (Sarawak) (Pindaan) 2002.

Page 9: ATURAN URUSA MESYUARAN T - Parlimen · PERPADUAN NEGAR DA PEMBANGUNAAN MASYARAKAN T ... dari Pusa Rahmat dat bilangan ken yans telag diselesaikah menurun t pecahan kaum. 7 . 4 AU

9 AUM DN 18/11/2002 (PM #28422 v1)

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

TAHUN RISALAT/DOKUMEN TARIKH 2M2 DIBENTANGKAN

CMD. 20 Laporan Tahunan Suruhanjaya 18 November, 2002 Pasukan Polis Tahun 2002.

ST. 150 Laporan Tahunan dan Penyata 18 November, 2002 Kewangan Lembaga Lebuh Raya bagi tahun 2000.

ST. 175 Laporan Tahunan dan Penyata 18 November, 2002 Kewangan Lembaga Pelabuhan Bintulu bagi tahun 2000.

ST. 176 Laporan Tahunan dan Penyata 18 November, 2002 Kewangan Bank Pertanian Malaysia bagi tahun 2000.

ST. 177 Perintah Kolej Universiti Kejuruteraan 18 November, 2002 Utara Malaysia (Pemerbadanan) 2002.

ST. 178 Laporan Tahunan dan Penyata 18 November, 2002 Kewangan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Semenanjung bagi tahun 2001.

ST. 179 Laporan Tahunan dan Penyata 18 November, 2002 Kewangan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah bagi tahun 2001.

ST. 180 Laporan Tahunan dan Penvata 18 November, 2002 Kewangan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak bagi tahun 2001.

ST. 181 Laporan Tahunan Perbadanan Tabung 18 November, 2002 Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tahun 2000.