aturan urusa mesyuaran t - parlimen.gov.my · /t * malaysia dewan negara aturan urusa mesyuaran t...

9
/ T * MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA 8 JULAI 2003, PUKUL 10.00 PAGI Bil.17 1 PERTANYAAN -PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN (PM #33298 v1) 1. Dato 1 Ghazi @ Hasbullah bin Haji Ramli minta MENTERI KEWANGAN menyatakan dengan jelas tentang cadangan YAB Perdana Menteri/Menteri Kewangan mengeriai kegunaan matawang euro dalam urusan perdagangan dan bagaimanakah kaitannya dengan rancangan Kerajaan untuk menggunakan dinar emas dapat menjadi saingan hebat kepada matawang dolar US. (PM #33559 v1) 2. Datuk Christine Tibok-Vanhouten minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan lokasi jalan-jalan kampung, bekalan elektrik dan air di kawasan luar bandar Inanam, Menggatal dan Telipok, Sabah yang termasuk dalam kawasan Parlimen Gaya yang telah dibina ataupun diperbaiki bagi tahun 2001-2003. (PM #33108 v1) 3. To' Puan Wan Seri @ Wan Asiah binti Ahmad minta MENTERI PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah Rukun Tetangga membantu masyarakat setempat dalam menangani masalah sosial setempat. (PM #33131 v1) 4. Dato' Lau Yin Pin @ Lau Yen Beng minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan semenjak program mendorong warganegara Malaysia yang mempunyai kepakaran yang bermastautin di luar negara untuk kembali ke Malaysia berkuatkuasa semenjak 1 Januari 2000, berapakah bilangan permohonan yang diterima dan yang telah diluluskan oleh Kementerian. Sila kategorikan kelulusan mengikut negara dan jenis- jenis kepakaran.

Upload: donga

Post on 02-Apr-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · /t * malaysia dewan negara aturan urusa mesyuaran t hari selasa 8 julai 2003, puku l 10.00 pagi bil.17 1 pertanyaan -pertanyaan bag jawai

/ T

*

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA 8 JULAI 2003, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.17 1

PERTANYAAN -PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

(PM #33298 v1) 1. Dato1 Ghazi @ Hasbullah bin Haji Ramli minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan dengan jelas tentang cadangan YAB Perdana Menteri/Menteri Kewangan mengeriai kegunaan matawang euro dalam urusan perdagangan dan bagaimanakah kaitannya dengan rancangan Kerajaan untuk menggunakan dinar emas dapat menjadi saingan hebat kepada matawang dolar US.

(PM #33559 v1) 2. Datuk Christine Tibok-Vanhouten minta MENTERI PEMBANGUNAN

LUAR BANDAR menyatakan lokasi jalan-jalan kampung, bekalan elektrik dan air di kawasan luar bandar Inanam, Menggatal dan Telipok, Sabah yang termasuk dalam kawasan Parlimen Gaya yang telah dibina ataupun diperbaiki bagi tahun 2001-2003.

(PM #33108 v1) 3. To' Puan Wan Seri @ Wan Asiah binti Ahmad minta MENTERI

PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah Rukun Tetangga membantu masyarakat setempat dalam menangani masalah sosial setempat.

(PM #33131 v1) 4. Dato' Lau Yin Pin @ Lau Yen Beng minta MENTERI SUMBER

MANUSIA menyatakan semenjak program mendorong warganegara Malaysia yang mempunyai kepakaran yang bermastautin di luar negara untuk kembali ke Malaysia berkuatkuasa semenjak 1 Januari 2000, berapakah bilangan permohonan yang diterima dan yang telah diluluskan oleh Kementerian. Sila kategorikan kelulusan mengikut negara dan jenis-jenis kepakaran.

Page 2: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · /t * malaysia dewan negara aturan urusa mesyuaran t hari selasa 8 julai 2003, puku l 10.00 pagi bil.17 1 pertanyaan -pertanyaan bag jawai

2 AUM DN 08/07/2003 (PM #33374 v 1)

(PM #33270 v1) 5. Puan Jaya Partiban minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan

apakah benar bahawa kursus-kursus kemahiran melalui Institut Kemahiran Belia Negara tidak dapat disertai oleh golongan remaja yang pernah terlibat dalam aktiviti jenayah, walaupun sudah melalui proses pemulihan kerana mereka mempunyai rekod polis dan apakah langkah alternatif untuk melengkapkan mereka ini dengan kemahiran tertentu.

(PM #33274 v1) 6. Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas AlHabshee minta PERDANA

MENTERI menyatakan pembelian ICT Petronas melebihi 800 juta ringgit setahun. Apakah rasional rancangan Petronas menswastakan tanpa tender semua urusan ICTnya kepada syarikat iPerintis Sdn. Bhd. yang merupakan sebuah syarikat yang baru ditubuhkan dan tidak mempunyai pengalaman di dalam bidang tersebut.

(PM #33156 v1) 7. Tuan Sinniah a/I Raju minta MENTERI PEMBANGUNAN WAN IT A DAN

KELUARGA menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dan agensi-agensi untuk mengurangkan masalah kaum wanita India yang menjadi mangsa keganasan seksual di negara ini.

(PM #33186 v1) 8. Datuk Agnes Shim Tshin Nyuk minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan punca kewangan untuk membiayai Pakej Rangsangan Ekonomi sejumlah RM7.3 bilion dan daripada peruntukan tersebut berapakah yang diuntukkan untuk tujuan pertanian di negara kita.

(PM #33257 v1) 9. Dato" Dr. S. Vijayaratnam minta MENTERI PERTANIAN menyatakan

mengapakah sayur-sayuran yang dilarang akan penjualannya oleh Kerajaan Singapura kerana mempunyai kandungan racun serangga yang tinggi dibenarkan pula untuk di jual di pasar raya di negara ini.

(PM #33165 v1) 10. Tuan Wee Kok Tiong minta MENTERI PERDAGANGAN

ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan:-

(a) adakah benar, pada 28hb. Mei 2003, Kementerian akan menetapkan duti "provisional anti-dumping" antara 7.91 hingga 43.24 peratus ke atas media cetak yang berasal atau diimport dari negara Kanada, Indonesia, Filipina, Korea Selatan dan Amerika Syarikat; dan

(b) jika benar, terangkan mengapa tindakan tersebut tanpa notis dijalankan kerana tindakan sedemikian menjejaskan industri media tempatan akibat kenaikan kos pengeluaran sehingga memaksa masyarakat membayar harga yang tinggi untuk memperoleh saluran media tersebut.

Page 3: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · /t * malaysia dewan negara aturan urusa mesyuaran t hari selasa 8 julai 2003, puku l 10.00 pagi bil.17 1 pertanyaan -pertanyaan bag jawai

3 AUM DN 08/07/2003 (PM #33374 v 1)

(PM #33227 v1) 11. Datuk Dr. Hj. Haris bin Hj. Salleh minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI

DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah kesan ke atas kehidupan manusia dan ekonomi negara akibat kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia dan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Malaysia dan negara-negara ASEAN untuk membantu mengatasi masalah kebakaran tersebut.

(PM #33062 v1) 12. Tuan K.R.A. Naidu minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama

ada Kementerian bercadang untuk melebarkan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dari 2 lorong ke 3 lorong setiap perjalanan memandangkan kesesakan Lebuh Raya Utara-Selatan khususnya pada hujung minggu, cuti am dan di musim-musim perayaan.

(PM #33247 v1) 13. Puan Mariah binti Haji Abdullah minta MENTERI PENERANGAN

menyatakan adakah Kementerian akan mengenakan sekatan tertentu terhadap artis-artis tempatan seperti pelakon drama, penyanyi dan selebriti lain yang membuat persembahan secara keterlaluan dan menjolok mata di kaca TV, radio, pentas hiburan umpamanya dengan menggantung atau menghadkan persembahan mereka dalam program-program terbitan stesen-stesen TV dan Radio khasnya di RTM.

(PM #33171 v1) 14. Tuan Krishnan a/I Maniam minta MENTERI PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN menyatakan:-

(a) apakah tindakan Kerajaan untuk membanteras kegiatan ceti haram; dan

(b) bagaimanakah cara Kerajaan akan membantu peminjam atau keluarga peminjam yang telah dikesan terlibat dengan pinjaman ceti haram tersebut.

(PM #33103 v1) 15. Datuk Yaakob bin Hj. Mohammed minta MENTERI TANAH DAN

PEMBANGUNAN KOPERASI menyatakan:-

(a) adakah Kerajaan bercadang untuk terus membuka tanah-tanah rancangan Felda. Jika ada berapakah jumlah keluasan tersebut dan perancangannya untuk di negeri-negeri mana; dan

(b) adakah masih terdapat permohonan dari rakyat untuk menyertai Rancangan Tanah Felda dan jika ada berapakah jumlah permohonan mereka mengikut negeri-negeri.

Page 4: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · /t * malaysia dewan negara aturan urusa mesyuaran t hari selasa 8 julai 2003, puku l 10.00 pagi bil.17 1 pertanyaan -pertanyaan bag jawai

4 AUM DN 08/07/2003 (PM #33374 v 1)

(PM #33084 v1) 16. Dato* Hj. Arzmi bin Hj. Abdul Hamid minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan bahawa apakah usaha Kementerian untuk mewajibkan pelajar-pelajar di sekolah dan di Universiti membaca buku pengetahuan dan Sejarah Malaysia selain daripada buku teks sekolah dan silibus yang diajar untuk melahirkan rakyat yang tinggi minat membaca.

(PM #33344 v1) 17. Tuan Yew Teong Look minta PERDANA MENTERI menyatakan

mengapa Bajet DBKL tahun 2003 tidak diumumkan kepada wargakota walhal transparensi kegunaan 'tabung awam' adalah amat penting.

(PM #33386 v1) 18. Dato' Hamzah bin Zainudin minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan

apakah perlu disemak semula Akta Universiti dan Kolej Universiti setelah Kerajaan kini berpuas hati dengan sikap dan peranan mahasiswa agar mereka turut terlibat menyampaikan mesej Kerajaan.

(PM #33312 v1) 19. Tuan Wan Nordin bin Che Murat minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan statistik setakat ini terhadap berapakah jumlah kewangan yang telah disalurkan terhadap skim-skim mahasiswa menganggur serta program pembangunan usahawan mahasiswa, dan apakah skim-skim tersebut benar-benar efektif dalam menyelesaikan isu mahasiswa menganggur kini dengan melihat perangkaan mahasiswa yang mendapat pekerjaan selepas mengikuti sesuatu skim yang ditawarkan.

(PM #33239 v1) 20. Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan keberkesanan peranan Pusat Serenti dan agensi-agensi Penguatkuasa dalam menjalankan tugas mereka kerana masih ramai penagih dadah yang baru atau bekas penagih yang berkeliaran di merata tempat.

(PM #33214 v1) 21. Datuk William Lau Kung Hui minta MENTERI PENERANGAN

menyatakan berikutan kenyataan oleh Menteri Penerangan bahawa satu undang-undang yang berkaitan akan digubal di negara ini bagi memastikan penyaluran maklumat dalam dunia tanpa sempadan tidak akan menjejaskan batas-batas budaya serta melanggar undang-undang negara, setakat manakah ianya akan memberi kesan kepada perakuan yang diberi oleh YAB. Perdana Menteri bahawa laman web negara ini tidak akan dikenakan tapisan. Bagaimanakah pertimbangan akan dilakukan terhadap perkara tersebut.

Page 5: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · /t * malaysia dewan negara aturan urusa mesyuaran t hari selasa 8 julai 2003, puku l 10.00 pagi bil.17 1 pertanyaan -pertanyaan bag jawai

i

5 AUM DN 08/07/2003 (PM #33374 v1)

(PM #33109 v1) 22. To' Puan Wan Seri @ Wan Asiah binti Ahmad minta MENTERI

TENAGA, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan berapa ramaikah tenaga penghantar surat (posmen) di seluruh Negeri Terengganu dan mengikut daerah.

(PM #33083 v1) 23. Dato" Hj. Arzmi bin Hj. Abdul Hamid minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan setelah operasi membanteras VCD lucah dijalankan apakah kejayaan dicapai dan adakah Kerajaan bercadang menggubal undang-undang yang membolehkan pembuat, pembekal dan pembeli dikenakan hukuman lebih berat hukuman mandatori atau sebatan.

(PM #33174 v1) 24. Dato' Lim Sing @ Lam Kam Sang minta MENTERI KEBUDAYAAN,

KESENIAN DAN PELANCONGAN menyatakan statistik-statistik perbandingan aliran masuk pelancong asing ke negara ini setelah serangan SARS bermula dan apakah bentuk tindakan yang telah diambil oleh Kementerian untuk melawan kelesuan industri pelancongan akibat serangan SARS.

(PM #33254 v1) 25. Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan masalah sebenar banyak kerja-kerja peningkatan taraf dan pembaikan jalan raya, sama ada jalan Persekutuan ataupun jalan negeri, tidak diurus dengan sempurna tergendala atau terbengkalai ataupun lambat disiapkan. Umpamanya jalan-jalan Klang ke Banting, Klang ke Kuala Selangor, Tanjong Karang ke Teluk Intan, Mentakab ke Jerantut dan sebagainya. Adakah masalah-masalah ini berpunca dari kelemahan dan kurang kemampuan pihak kontraktor ataupun peruntukan tidak mencukupi dan tindakan Kementerian untuk mengatasinya.

(PM #33180 v1) 26. Dato' Lim Sing @ Lam Kam Sang minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan prinsip-prinsip penetapan kadar kutipan tol bagi lebuhraya-lebuhraya bertol dan apakah tindakan-tindakan Kerajaan untuk memastikan kadar kutipan tol bagi Lebuhraya Pantai Timur yang bakal siap dibina tidak membebankan para pengguna.

(PM #33295 v1) 27. Dato' Ghazi @ Hasbullah bin Haji Ramli minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan khidmat "one-stop centre" di Jabatan-jabatan Pendaftaran bagi memudahkan rakyat menambah semua 6 atau 8 jenis perkhidmatan yang terdapat dalam kad pintar "My Card". Bagaimanakah Kerajaan bercadang untuk menyelesaikan masalah hampir 1/2 juta kad pengenalan baru yang tidak dipungut oleh pemunya yang terbabit.

Page 6: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · /t * malaysia dewan negara aturan urusa mesyuaran t hari selasa 8 julai 2003, puku l 10.00 pagi bil.17 1 pertanyaan -pertanyaan bag jawai

6 AUM DN 08/07/2003 (PM #33374 v 1)

(PM #33276 v1) 28. Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas AIHabshee minta PERDANA

MENTERI menyatakan sejauh manakah pelan jangka pendek dan panjang yang telah dirangka oleh pihak Kerajaan dalam mencegah daripada berlakunya kejadian banjir kilat seperti yang kerap berlaku di Bandaraya Kuala Lumpur yang mana ianya telah mengakibatkan banyak kerosakan harta benda dan boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

(PM #33297 v1) 29. Dato' Ghazi @ Hasbullah bin Haji Ramli minta PERDANA MENTERI

menyatakan dengan lebih jelas mengenai cadangan Malaysia mengadakan Sekretariat Ulama Sedunia yang ada hubungkaitnya dengan cadangan mengadakan Multaqa Ulama Sedunia dari 9 hingga 12 Julai 2003 yang akan datang.

(PM #33283 v1) 30. Dato" Ghazi @ Hasbullah bin Haji Ramli minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan butir-butir terperinci berkenaan keberkesanan langkah mewujudkan dasar meritokrasi sehingga kini. Apakah kriteria-kriteria yang boleh digunakan bagi mengukur sejauh mana langkah ini dapat memanfaatkan bidang pendidikan nasional bagi melahirkan masyarakat yang berwibawa dan berakhlak tinggi.

(PM #33213 v1) 31. Tuan Hassan bin Haji Shukri minta MENTERI BELIA DAN SUKAN

menyatakan peratusan pertubuhan belia mengikut kategori aktif, kurang aktif dan tidak aktif serta apakah faktor-faktor yang menyebabkan sebahagian besar pertubuhan belia kurang aktif dan tidak aktif.

(PM #33263 v1) 32. Dato' Dr S. Vijayaratnam minta PERDANA MENTERI menyatakan

adakah Kerajaan berpuashati dengan fungsi Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU) yang harus mengawasi kesemua projek-projek Kerajaan untuk kemudahan rakyat jelata.

(PM #33362 v1) 33. Tuan Tan Cheng Tee minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah

tindakan yang telah dan akan diambil oleh pihaknya bagi meningkatkan lagi bilangan bukan Bumiputera di dalam sektor perkhidmatan Awam di negara ini memandangkan pihak Kerajaan ada menyatakan hasrat dalam Rancangan Malaysia Ke-8.

(PM #33341 v1) 34. Tuan Haji Abdul Rahman bin Palit minta MENTERI PEMBANGUNAN

USAHAWAN menyatakan apakah langkah penyediaan kemudahan kredit mikro mampu mempertingkatkan kemampuan Bumiputera dalam bidang usahawan dan mengurangkan pergantungan mereka kepada "Ceti Haram" yang masih beroperasi.

Page 7: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · /t * malaysia dewan negara aturan urusa mesyuaran t hari selasa 8 julai 2003, puku l 10.00 pagi bil.17 1 pertanyaan -pertanyaan bag jawai

«

7 AUM DN 08/07/2003 (PM #33374 v 1)

(PM #33184 v1) 35. Datuk Agnes Shim Tshin Nyuk minta PERDANA MENTERI menyatakan

apakan tindakan yang telah dan akan diambii oleh pihaknya bagi memastikan sejumlah graduan yang memperolehi Ijazah Perubatan dan Kedoktoran daripada Universiti-universiti di Taiwan dan China mendapatkan pengiktirafan daripada Kerajaan.

(PM #33356 v1) 36. Tuan Ismail bin Kassim minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh

manakah pihak Kerajaan memantau aktiviti-aktiviti wakil rakyat sama ada di peringkat Persekutuan ataupun Negeri-negeri benar-benar boleh melaksanakan dan menjalankan tugas demi kemajuan bangsa, agama dan negara Malaysia yang dicintai ini.

(PM #33231 v1) 37. Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani minta MENTERI

PERTAHANAN menyatakan menerangkan sama ada bakal pesara tentera diberi kaunseling terhadap pemilihan jurusan kursus di PERHEBAT serta keberkesanannya setelah mereka bersara dari perkhidmatan.

(PM #33145 v1) 38. Dato1 Lau Yin Pin @ Lau Yen Beng minta MENTERI PEMBANGUNAN

USAHAWAN menyatakan jumlah pemborong yang berdaftar serta jumlah yang berjaya mendapat kontrak dari Kerajaan dan jumlah kontrak yang ditawarkan mengikut kategori Kelas PKK dan klasifikasi untuk Bumiputera dan bukan Bumiputera bagi tahun 2000, 2001 dan 2002.

(PM #33146 v1) 39. Puan Hajah Che Jam binti Haron minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan daripada 252,514 orang pelajar tingkatan 3 yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam, seramai 20,950 orang didapati gagal/ memahami dan mendapat pangkat E. Begitu juga seramai 28,877 orang pelajar gagal dalam peperiksaan S.P.M dalam mata pelajaran yang sama. Apakah langkah Kementerian dalam menangani masalah ini.

Page 8: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · /t * malaysia dewan negara aturan urusa mesyuaran t hari selasa 8 julai 2003, puku l 10.00 pagi bil.17 1 pertanyaan -pertanyaan bag jawai

8 AUM DN 08/07/2003 (PM #33374 v 1)

ATURAN URUSAN MESYUARAT

(D.R. 17/2003) Rang Undang-undang Latihan Khidmat Negara 2003 -Menyambung semula Perbahasan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang". [7 Julai, 2003]

(D.R. 21/2003) Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2003 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang". [2 Julai, 2003]

(D.R. 20/2003) Rang Undang-undang Lembaga Bacaan Kali Akreditasi Negara (Pindaan) 2003 Yang Kedua

(D.R. 27/2003) Rang Undang-undang Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 2003

(D.R. 18/2003) Rang 2003

Undang-undang Arkib Negara

Page 9: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · /t * malaysia dewan negara aturan urusa mesyuaran t hari selasa 8 julai 2003, puku l 10.00 pagi bil.17 1 pertanyaan -pertanyaan bag jawai

9 AUM DN 08/07/2003 (PM #33374 v 1)

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

TAHUN RISALAT/DOKUMEN TARIKH 2003 ~ DIBENTANGKAN

ST. 135 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 8 Julai 2003 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tahun 2002.