assingment - masyarakat dan tamadun

29
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN KOD KURSUS: HBEF1503 SEMESTER SEPTEMBER 2011 TAJUK: MASYARAKAT DAN TAMADUN ___________________________________________________ _________ Disediakan Oleh: MOHD IMRAN BIN NORDIN No. Matrik 820109035949001 No. Kad Pengenalan 820109035949 Email : [email protected] No. Telefon : 014-8111311

Upload: bambee255

Post on 12-Dec-2015

278 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

PJK

TRANSCRIPT

Page 1: Assingment - Masyarakat Dan Tamadun

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

KOD KURSUS: HBEF1503

SEMESTER SEPTEMBER 2011

TAJUK: MASYARAKAT DAN TAMADUN

____________________________________________________________

Disediakan Oleh:MOHD IMRAN BIN NORDIN

No. Matrik 820109035949001

No. Kad Pengenalan820109035949

Email :[email protected]

No. Telefon :014-8111311

Tarikh Hantar: 13 November 2011

Page 2: Assingment - Masyarakat Dan Tamadun

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 Sains Dalam Dunia Keilmuan Islam I

2 Dasar Sains Islam 2 - 3

3 Etika Islam Dalam Sains 4

4 Kepentingan Etika Islam Dalam Sains 5

5 Kesan Pengabaian Etika Dalam Sains dan Teknologi 6

6 Isu-isu Etika Dalam Sains 7-8

8 Cabaran Sains Ke Atas Umat Islam 9

9 Rumusan 10

10 Rujukan 11

Page 3: Assingment - Masyarakat Dan Tamadun

Tamadun manusia terbina sesudah kebudayaan manusia itu melalui tempoh

tertentu setelah mengalami pelbagai rintangan atau cabaran serta peningkatan dalaman

dan luaran. Maka budaya mempunyai pertalian dalam pembentukan sesuatu tamadun itu.

Perkataan tamadun berasal dari perkataan Arab iaitu Maddana yang bererti kehalusan

budi bahasa dan kesopanan tingkahlaku. Ia juga membawa maksud membuka bandar.

Dari perkataan maddana, terbit pula perkataan madinah yang bermaksud bandar dan juga

madani iaitu orang yang berkelakuan seperti orang bandar yang bersifat halus dalam

berbudi bahasa dan beradap sopan dalam tingkah laku. Teuku Iskandar mencatatkan

pengertian tamadun sebagai kebudayaan, peradaban dan kemajuan sopan santun dan

sebagainya ( Kamus Dewan ).

Abu Bakar Hamzah dalam bukunya Sejarah dan Kebudayaan Islam menjelaskan

bahawa perkataan tamadun berasal daripada perkataan Arab yang telah diterima sebagai

sebahagian dari pembendaharan kata bahasa Melayu. Tamadun itu sendiri lahir serentak,

seiring dan sejalan dengan perkembangan kehidupan manusia dari masa ke semasa dalam

bentuk pemikiran dan kebendaan.

Mahmood Mohd Taib al Najmi dalam bukunya Sejarah Tamadun Islam

mendefinisikan tamadun sebagai peraturan masyarakat yang dapat membantu manusia

menambah hasil pengeluarannya samada dari segi pemikiran atau kebendaan.

Jurji Zaidan pula menyatakan maksud tamadun ialah tahap perkembangan yang

tinggi bercirikan bentuk negara dengan pentadbiran yang tersusun rapi, kehidupan

bandar, sains, teknologi, pendidikan yang mencapai perkembangan, arkitektur yang

membina monumen dan bangunan besar dan aktiviti kesenian yang berkesan.

Ibnu Khaldun dalam kitabnya al- Muqaddimah menggunakan istilah umran dalam

abad 14 yang menyamai dan menepati maksud perkatan tamadun. Selain itu, Ibnu

Khaldun juga pernah menggunakan perkataan hadharah pada abad ke 20 yang sama

Page 4: Assingment - Masyarakat Dan Tamadun

makna dengan umran yang bermaksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu

tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian.

Daripada huraian yang tersebut di atas, dapat disimpulkan bahawa tiga istilah

pernah digunakan untuk menghuraikan tamadun iaitu kebudayaan, peradaban dan

tamadun. Walaupun kata-kata itu berbeza dari segi sebutannya tetapi ia membawa satu

maksud iaitu pencapaian manusia di dalam segala aspek kehidupan samada dari aspek

pemikiran, kerohanian, kebendaan, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak,

tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok

manusia yang membentuk sesebuah masyarakat atau negara bangsa.

1. Konsep Budaya

Manakala budaya atau kebudayaan berasal daripada perkataaan Sanskrit buddayah yang

merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal, se-

cara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Sukukata Bu mem-

bawa pengertian asli, pertama atau sejati. Manakala Daya bermaksud mengandungi akal,

jalan fikiran atau penciptaan. Secara umumnya, budaya boleh didefinisikan sebagai

segala hasil akal dan pemikiran manusia yang asli (Kamus Dewan).

Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat. Menurut Melville J. Her-

skovits dan Bronislaw Malinowski, segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah

masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki

masyarakat itu sendiri. Fahaman ini dikenal di kalangan ahli antropologi (kajian manusia)

sebagai fahaman determinisme (atau penentuan) budaya. Herskovits seterusnya meman-

dang budaya sebagai sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi

seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau (atau ringkasnya superor-

ganik).

Sementara itu, menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian,

nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain

Page 5: Assingment - Masyarakat Dan Tamadun

penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat.

Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Budaya adalah keseluruhan

kompleks yang merangkumi pengetahuan, kepercayaan, seni, sikap, undang-undang, adat

resam dan kebolehan lain dan tingkah laku yang diperolehi oleh manusia sebagai ahli

masyarakat (Edward B. Taylor ; Primitive Culture ). Ahli antropologi dari alam Nusan-

tara, iaitu Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi pula memegang kebudayaan sebagai

alat penghasilan karya seni, rasa dan penciptaan di dalam masyarakat.

Menurut Ralph Linton,1947 dalam bukunya The Cultural Background of

Personality, budaya ialah susunan perlakuan yang dipelajari dan hasil daripada perlakuan

ini digunakan bersama dalam masyarakat. Selain itu budaya sebagai unsur

pengorganisasian antara individu dan membentuknya menjadi satu kelompok. (Ruth

Benedict,1947)

Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau diker-

jakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan

atau boleh diubah oleh manusia. Di dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut sebagai

culture, yang berasal daripada perkataan Latin colore yang bermaksud menanam atau

mengerjakan.

Daripada kesemua pengertian ini, kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan

cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak

rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok

masyarakat

Page 6: Assingment - Masyarakat Dan Tamadun

PERKEMBANGAN TAMADUN MANUSIA

Sejarah telah membuktikan akan kewujudan tamadun-tamadun besar yang

masyur seperti tamadun Mesir, tamadun India, tamadun Cina, tamadun Yunani dan

tamadun Islam. Kesan sejarah telah memperlihatkan kepada kita tentang ciri-ciri tamadun

yang sebenar. Setiap tamadun yang masyur mempunyai kemahiran daya reka cipta bagi

menyempurnakan lagi keselesaan hidup serta menyumbang kepada kemajuan teknologi.

Setiap tamadun juga mempunyai sistem pemerintahan yang teratur dalam sistem nilai

serta moral yang berwibawa bagi mengatur perlakuan masyarakatnya dalam kegiatan

kehidupan.

Sistem urbanisasi terancang juga merupakan ciri utama tamadun. Kewujudan

penempatan masyarakat dari beberapa penempatan disatukan dan membentuk bandar dan

kota. Setelah masyarakat tidak lagi hidup secara nomad atau berpindah randah dan mula

hidup dalam satu kelompok masyarakat maka terhasillah sistem organisasi yang teratur

seperti insitusi sosisl dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang

sempurna.

Budaya dan kesenian juga tidak lari dari menjadi salah satu ciri utama sesebuah

tamadun. Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dalam menghayati falsafah,

kesenian, kesusasteraan dan nilai estitika yang dimiliki oleh setiap tamadun membuktikan

lagi penyataan ini. Untuk Untuk melengkapi jurang komunikasi bahasa maka lahirlah

satu bahasa serumpun dan sistem tulisan yang tersendiri bagi setiap tamadun. Kemajuan

bahasa dan tulisan menjadi perantaraan komunikasi, perakaman, penyampaian dan

pewarisan khazanah tamadun dalam pelbagai bidang ilmu.

Cara hidup akan melahirkan budaya (contohnya daripada aktiviti harian) yang

melambangkan tamadun bangsanya sendiri yang membentuk jati diri dan identiti sesuatu

tamadun. Malahan sesuatu tamadun itu melambangkan bangsa, agama dan budaya.

Walaubagaimanapun, pertembungan antara tamadun telah memperkayakan lagi nilai-nilai

yang ada pada sesuatu tamadun.

Page 7: Assingment - Masyarakat Dan Tamadun

Mari kita cuba memahami perhubungan antara tamadun dan kebudayaan dan

kesenian dengan melihat kepada tamadun dan budaya dan kesenian Melayu. Sebenarnya

tamadun melayu dapat dilihat dari dua dimensi iaitu rumpun bangsa (kelompok

Austronesia-Nusantara) dan kawasan atau wilayah (Kampuchea, Myanmar, Pattani,

Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Sulawesi, Maluku, Sulu, Mindanao dan

kepulauan kecil yang lain). Namun saya akan cuba menerangkan dalam konsep dimensi

kawasan dan wilayah.

Ketamadunan Melayu adalah merupakan peradaban manusia yang sangat unik

kerana budaya dan tamadun Melayu telah mencapai tahap kematangan akibat daripada

adunan dan pengaruh berbagai-bagai tamadun dunia seperti India, Islam dan Barat hasil

dari interaksi perdagangan, perkahwinan dan penjajahan.

Tamadun melayu mempunyai sistem politik sejak zaman kesultanan Melaka,

sistem ekonomi yang bersifat trdisional dan sara diri, kepercayaan primitif dan agama

Hindu, Buddha dan Islam. Bahasa dan kesusasteraan(Peribahasa, pantun, syair) dan juga

budaya dan kesenian yang lahir dari cara hidup masyarakat tamadun Melayu. Sebagai

contohnya (dari aspek seni persembahan melayu) masyarakat melayu dapat diselami

melalui keindahan hasil karya seni persembahan.

Kebanyakan lahir dari kepercayaan primatif seperti Mak yong. Melihat dari sudut

cara hidup masyarakat Melayu tradisional yang bertamadun mereka mempunyai sistem

kepercayaan primatif yang mempercayai kepada benda ghaib, semangat, penunggu dan

sebagainya yang boleh membawa kesan baik dan buruk kepada mereka. Mak yong

asalnya merupakan ritual menyembah semagat dan roh. Walaupun kini aspek ritual dalam

seni persembahan mak yong telah tiada namun nilai estitika yang terdapat pada mak yong

bukan sahaja melambangkan falsafah budaya dan kesenian Melayu malah ianya mampu

menjadi satu wakil kepada kesenian melayu yang serba lengkap kerana persembahanya

merangkumi teknologi pembuatan pakaian yang sangat indah, kemahiran penggunaan

alat muzik yang merdu, bahasa dan kesusasteraan yang halus yang terdapat pada setiap

cerita, lagu dan lawak yang dipersembahkan.

Page 8: Assingment - Masyarakat Dan Tamadun

CIRI-CIRI KEBUDAYAAN

Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007), budaya dapat dibahagikan kepada

dua jenis iaitu budaya bersifat kebendaan dan budaya yang bersifat bukan kebendaan.

Budaya kebendaan adalah seperti peralatan yang dapat memberi simbol dan makna

kepada orang lain dalam erti kata yang lain bersifat konkrit. Manakala, budaya bukan

kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Masyarakat yang yakin

kepada budayanya akan menunjukkan rasa hormat dan patuh kepada amalan dan larangan

yang terdapat dalam budaya tersebut. Justeru, amalan positif atau negatif masyarakat

tersebut bergantung kepada sejauh mana sistem budaya yang dilaksanakan dan kekuatan

unsur-unsur yang terdapat di dalam budaya.

Terdapat lapan ciri-ciri kebudayaan yang telah di senaraikan (Ferraro,2006) iaitu:

1) Budaya di kongsi

2) Budaya dipelajari

3) Budaya “tidak kelihatan”

4) Budaya mempengaruhi proses-proses biologi

5) Budaya saling berubah

6) Kesejagatan budaya

7) Budaya adaptif dan maladatif

8) Budaya bersifat intergratif

Budaya Dikongsi

Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat.Perkongsian ini bermaksud yang

setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan manusia iaitu mereka yang berkongsi

sesuatu budaya masing-masing maklum tentang maksud sesuatu objek, idea atau perlakuan dalam

konteks budaya tersebut.. Sebagai contoh, nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerana masyaarakat

menggemarinya, manakala

bahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan

seharian.

Page 9: Assingment - Masyarakat Dan Tamadun

Masyarakat melayu mengamalkan adap bersopan santun. Menberi salam dan amalan menziarahi rumah

orang lain merupakan salah satu budaya yang dikongsi. Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan

manusia tidak termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat.

Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.

Budaya Dipelajari

Budaya tidak lahir secara lansung tetapi perlu dipelajari dan melibatkan banyak unsur

seperti asimilasi dan adaptasi. Budaya tidak diturunkan secara bilogis atau pewarisan

melalui unsur genetik.Budaya itu dipelajari ketika kita berinteraksi dengan persekitaran

melalui proses enkulturasi.

Budaya Tidak kelihatan

Budaya tidak kelihatan adalah bermaksud budaya yang telah sebati dalam diri dan jiwa

kita yang mana kita tidak sedar bahawa tindak tanduk dan pemikiran kita sebenarnya

dipengaruhi oleh budaya. Ini kerana ia telah menjadi tabiat yang dilakukan secara

automatik. Sebagai contoh dalam melakukan rutin harian seperti gosok gigi, kita tidak

perlu mengarahkan diri kita untuk melakukan demikian.

Budaya mempengaruhi proses-proses biologi

Sebagai insan biologi, kita semua mempunyai kehendak-kehendak biologi yang sama

iaitu makan, minum, tidur, berlindung, berkumuh dan sebagainya. Budaya mempengaruhi

proses-proses biologi ini dalam memenuhi kehendak dan keperluan kita. Sebagai insan

sosial, kita merujuk kepada budaya untuk melaksanakan proses- proses biologi menurut

norma-norma yang diterima pakai oleh masyarakat kita. Sebagai contoh,

masyarakat Melayu sangat mementingkan sama adamakanan mereka halal atau

tidak. Oleh itu, jika seseorang yang berbangsa cina mengadakan rumah

terbuka dan ingin menjemput rakan-rakan berbangsa Melayu, dia seharusnya

Page 10: Assingment - Masyarakat Dan Tamadun

memastikan bahawa makanan yang dihidangkan sesuai menurut kepercayaan agama

mereka.

Budaya Saling Berubah

Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang tidak

mengalamiperubahan. Perubahan ini dikajidaripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang

berlaku.rumah beratap gentingtelah digantikan dengan rumah beratap rumbia. Dalam sejarah

tamadunmanusia, perubahan budaya bukan kebendaan dapat dilihat dengan jelas sepertiperubahan sistem

ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun,perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah.

Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku.

Perubahan ini disebabkan beberapa faktor seperti:

1) pertambahan bilangan anggota masyarakat

2) pertambahan keperluan dan keinginan manusia

3) penemuan dan penciptaan teknologi baru

4) pertembungan budaya

5) konflik yang berlaku

6) perubahan alam sekitar.

Kesejagatan Budaya

Budaya itu bersifat sejagat. Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok

manusia. Tidak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan. Walaubagaimanapun, budaya yang

sejagat itu berbezaantara masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian

anggota.

Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu:

i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia

ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.

iii. sistem sosial.

iv. Bahasa

v. Kesenian

vi. sistem pengetahuan.

Page 11: Assingment - Masyarakat Dan Tamadun

vii. agama dan kepercayaan.

(Budaya dan tamadun sinonim terutama dalam tradisi keilmuan Barat; eg.Hutington etc.)

Budaya adaptif dan maladatif

Sifat adaptif adalah salah satu ciri budaya yang memastikan kelangsungan masyarakat

manusia. Manusia primitif pada masa dahulu, perlu mendapatkan sumber-sumber dari

alam semula jadi untuk terus hidup. Budaya memungkinkan manusia mengawal dan

menggunakan alam persekitarannya untuk kepentingan diri sendiri. Sebagai contoh,

manusia telah mencipta peralatan untuk memburu binatang dan sebagainya. Sifat adaptif

inilah yang memastikan manusia terus kekal dan dominan di muka bumi. Berlainan pula

dengan budaya maladaptif iaitu tidak menyumbang kepada kelangsungan masyarakt

manusia. Dalam jangka masa panjang, aspek negatif boleh membawa kepada

kehancuran masyarakat manusia. Misalnya, tabiat merokok yang merupakan satu

budaya yang diterima secara global. Namun demikian, merokok merupakan budaya

maladaptif kerana ia boleh menjejaskan kesihatan dan turut mencemarkan udara.

Budaya bersifat intergratif

Pelbagai aspek yang saling berkait rapat antara satu sama lain adalah merupakan budaya

yang sebenar. Budaya terdiri daripada aspek-aspek seperti ekonomi, pendidikan,

keluarga, agama, kerajaan, kepimpinan teknologi, keluarga, sistem perubatan, seni

hiburan dan keupacaraan. Aspek ini saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Sesuatu perubahan kepada mana-mana aspek budaya akan mencetuskan perubahan pada

aspek-aspek yang lain. Sebagai contoh, negara yang mengalami kemelesetan ekonomi

akan turut menjejaskan aspek-aspek budaya yang lain. Institusi keluarga mungkin akan

goyah akibat tertekan dengan kebimbangan kehilangan sumber pendapatan.

Page 12: Assingment - Masyarakat Dan Tamadun

FUNGSI BUDAYA DALAM MASYARAKAT

Sebagaimana yang dinyatakan kebudayaan adalah sistem tingkahlaku yang telah diatur ,

pemikiran dan nilai-nilai yang mempunyai beberapa fungsi untuk mengawal dan

mengatur kehidupan individu dan masyarakat. Terdapat beberapa fungsi budaya dalam

kehidupan iaitu:

1) Memenuhi keperluan hidup

Semua manusia memerlukankeperluan asasi untuk terus hidup. Oleh yang demikian, manusia

menggunakan air untuk kegunaan pertanian, kayu-kayan untuk pembinaan rumah danseba-

gainya. Keutamaan pengeluaran produk bergantung kepada keutamaan keperluan dan aktiviti

oleh masyarakat. Sebagai contoh, jika masyarakat itu mewarisi ilmu pelayaran, maka akan dib-

ina kapal

2) Panduan bertingkahlaku

Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupanmanusia. Manusia

memperolehi keperluannya hasil dari tuntutan daripadaagama. Budaya mempunyai peranan

memberikan panduan kepada anggotamasyarakat dalam bertingkahlaku dalam memberikan

panduan,meliputi:

i. perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan.

ii. perlakuan yang patut dan tidak patut.

iii. perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan.

3) Mengatur hubungan manusia

Dalam masyarakat Malaysia, budaya mendidik kita agar menghormati jiran,tetamu dan sahabat.

Dalam masa yang sama kita dilarang menyakitkan hati rakan yang mana sesuai dengan ajaran

Islam. Ini bermakna dalam menjalani kehidupan seharian, kebudayaan memainkan peranan

mengatur hubungan sesama manusia.

4) Galakan manusia mencipta

Page 13: Assingment - Masyarakat Dan Tamadun

Dalam mempengaruhi pembinaan peradaban manusia, budaya memainkan per-

anan penting dalam menggalakan dinamiknya budaya tersebut. Budaya meng-

galakkan dan mencetus idea mencipta dalam diri manusia. Manusia mencipta

sesuatu yang baru bagi memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Sebagai con-

toh manusia mencipta kapal untuk berhubung dengan suatu tempat yang lain.

5) Alat penyatuan dan pengenalan indentiti

Budaya ialah pencorak yang membentuk imej luaran dan dalaman sesuatu

masyarakat. Budaya mempunyai dua peranan iaitu yang pertama membina imej

negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti dan yang kedua memupuk

kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan,

spiritual dan mental (Shamsul Amri Baharuddin,2007:14).

KEPELBAGAIAN BUDAYA

Budaya dan masyarakat itu didapati berbagai-bagai, diversiti dalam dimensi masa dan

ruang. Oleh kerana terdapat diversiti dalam budaya itu maka didapati berbagai-bagai

usaha untuk mengkelasifikasikannya; misalnya pembahagian seperti “barat” dan “timur”;

primitif dan moden; tradisi dan moden, berdasarkan sekitaran alam, kawasan budaya dan

ke dalam kulturkreise. Pembahagian itu berasaskan pada masa atau ruang. Dalam proses

mengkelasifikasikan budaya terdapat berbagai-bagai kritik, tentangan dan terdapat pula

berbagai-bagai sokongan dan ulasan.

Merujuk kepada Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas, Melville J.

Herskovits menyebutkan kebudayaan memiliki 4 unsur pokok, iaitu alat-alat teknologi,

sistem ekonomi, keluarga dan kekuasaan politik. Manakala, Bronislaw Malinowski

mengatakan ada 4 unsur pokok yang meliputi sistem norma sosial yang memungkinkan

kerja sama antara para anggota masyarakat untuk menyesuaikan diri dengan alam

sekelilingnya, organisasi ekonomi, alat-alat dan lembaga-lembaga atau petugas-petugas

untuk pendidikan (keluarga adalah lembaga pendidikan utama) dan organisasi kekuatan

Page 14: Assingment - Masyarakat Dan Tamadun

(politik). Terdapat beberapa elemen atau unsur yang menunjukkan kepada kepelbagaian

budaya iaitu:

1) Bangsa

2) Struktur Masyarakat

3) Kepercayaan dan agama

4) Bahasa

5) Adat Resam

6) Jantina

7) Keseniaan

Bangsa

Menurut Kamus Dewan (1999), bangsa merupakan sekumpulan orang yang mempunyai

ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama. Kamus Pelajar (1993) pula memberi

takrifan bangsa sebagai kumpulan manusia yang sama asal usulnya serta serupa sifatnya.

Bangsa merupakan suatu kelompok manusia yang dianggap memiliki identiti bersama,

yang bersatu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut.

Contohnya, Melayu, Cina dan India di Malaysia yang hidup bersama sejak dahulu dan

telah membetuk identiti Malaysia yang ada kini.

Struktur Masyarakat

Masyarakat merupakan sekelompok besar manusia yang hidup saling berhubungan dan

bergantungan berasaskan satu budaya serta bidang tertentu dan mempunyai matlamat

yang sama. Struktur masyarakat atau kelas sosial berperanan untuk mewujudkan

perpaduan dalam kalangan masyarakat. Pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam

satu masyarakat juga akan menentukan pola kehidupan masyarakat. Contohnya, murid

golongan bawahan dapat bergaul dan berinteraksi dengan murid golongan atasan tanpa

mengira budaya dan masyarakat lain. Hubungan yang baik juga dapat memupuk nilai

persahabatan, kerjasama dan toleransi dalam bilik darjah yang menjamin kesejahteraan

dan keharmonian murid. Secara langsung, satu suasana pembelajaran yang kondusif

akan terbentuk.

Page 15: Assingment - Masyarakat Dan Tamadun

Kepercayaaan

Menurut Kamus Dewan (1994), kepercayaan merupakan keyakinan atau akuan mengenai

kebenaran berlakunya sesuatu perkara. Seseorang yang menaruh kepercayaan akan

berasa pasti terhadap sesuatu perkara yang berkenaan. Kepercayaan juga adalah sesuatu

yang dipercayai dan diterima dalam kehidupan masyarakat. Sebagai contoh, masyarakat

Melayu banyak meninggalkan pelbagai kepercayaan yang mengandungi pelbagai pantang

larang, tunjuk ajar dan nasihat yang berguna kepada anak cucunya yang masih mentah

dalam kehidupan harian. Kepercayaan dan pantang larang tersebut bertujuan untuk

mendidik tetapi disampaikan seara halus supaya tidak menyinggung perasaan mereka

yang ditegur malah dapat memperkayakan adat dalam masyarakat. Antara contoh

kepercayaan masyarakat Melayu adalah seperti kepercayaan kepada pawang, dukun dan

bomoh. Manakala, contoh pantang larang masyarakat Melayu adalah melarang anak

duduk di atas bantal, menjahit di waktu senja, tidak boleh bersiul atau menyanyi di

dapur dan banyak lagi. Masyarakat Cina juga turut mempercayai alam semesta dikuasai

oleh semangat yang kekuatannya adalah luar biasa. Semangat yang berada dan hidup di

dalam fenomena alam seperti langit, matahari, tanah, air, tumbuhan, gunung dan

fenomena lain. Begitu juga dengan masyarakat India yang mengaitkan dewa dewi, unsur

alam, unsur jahat seperti hantu, roh dan penunggu serta kesan negatif.

Nilai dan kepercayaan adalah saling berkaitan. Kepercayaan memberi halatuju

manusia tentang kehidupan. Manakala, nilai merupakan prinsip-prinsip yang

menentukan apakah yang sesuai dan bermoral dalam sesebuah masyarakat. Nilai dalam

masyarakat boleh mempengaruhi norma masyarakat tersebut. Terdapat beberapa nilai

masyarakat, antaranya adalah etnosnetrik iaitu menilai budaya masyarakat lain

berpandukan nilai, kepercayaan dan norma sendiri. Kedua, relativisme iaitu sesuatu

budaya tidak boleh dinilai secara arbitari dengan menggunakan nilai, kepercayaan dan

norma sendiri. Dan ketiga, xonsentrisme iaitu anggapan bahawa budaya masyarakat

lain adalah lebih baik daripada masyarakat sendiri.

Page 16: Assingment - Masyarakat Dan Tamadun

Bahasa

Cole (1998) berpendapat bahasa adalah satu set simbol dan aturcara-aturcara yang

disusun bersama dengan kaedah yang bermakna dengan sistem komunikasi yang

kompleks. Melalui bahasa kita dapat membentuk identiti kelompok dan penyatuan dalam

masyarakat. Bahasa dikatakan menjadi alat komunikasi untuk manusia bekerjasama,

melestarikan kebudayaan dan penerusan pemikiran. Bahasa juga berfungsi untuk

memenuhi pelbagai tujuan bagi menggambarkan suasana atau menyampaikan maklumat

penutur dengan pendengar (fungsi komunikatif) supaya pendengar menyambut (fungsi

apelatif), untuk menyatakan perasaan (fungsi ekspresif) atau menaakul kebijaksanaan

(fungsi kognitif). Dalam kumpulan yang menggunakan bahasa sebagai alat komunikas,

terdapat pula unsur dialek yang mempengaruhi bahasa yang digunakan. Sebagai contoh

di Malaysia, orang Melayu bertutur dalam bahasa Melayu tetapi dialek antara negeri

membezakannya. Orang India bertutur dalam bahasa Tamil yang diambil dari negeri

Tamil Naidu. Orang Cina Pulau Pinang dan Melaka menggunakan Hokkein, sementara

orang Cina Kuala Lumpur, Ipoh dan Seremban berbahasa Hakka.

Adat Resam

Adat resam adalah sesuatu cara yang telah ditentukan untuk melakukan sesuatu

yang telah diakui oleh masyarakat. Adat juga adalah piawai iaitu adapat atau kelaziman

yang diharapkan daripada anggota masyarakat, turu mempunyai kesan (isbat) kepada

pelaku sama ada positif atau negatif. Di Malaysia, setiap masyarakat Melayu, Cina dan

India mempunyai adat resam masing-masing. Contohnya bagi masyarakat Melayu, adat

dapat dilihat pada tiga aspek iaitu adat resam kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat

resam kelahiran seperti melenggang perut diamalkan ketika wanita hamil tujuh bulan dan

cukur jambul setelah bayi dilahirkan. Bagi adat perkahwinan, meminang dan bertunang

bertujuan untuk mengenali pasangan dengan lebih mendalam sebelum dinikahkan.

Manakala, adat kematian pula adalah kenduri arwah atau tahlil yang diadakan dan diurus

oleh waris atau saudara untuk disedekahkan kepada arwah. Setiap kaum masing-masing

mempunyai adat resam dalam kelahiran, perkahwinan dan kematian dan ianya berbeza

mengikut anutan dan kepercayaan kaum tersebut. Masyarakat Cina pula lebih

mementingkan anak lelaki dan nama terdiri daripada tiga perkataan dengan dimulai

Page 17: Assingment - Masyarakat Dan Tamadun

dengan nama keluarga. Masyarakat India pula mempunyai adat resam yang

mengamalkan adat Valaikaapu iaitu adat ketika wanita India mengandung sulung

menjangkau usia tujuh hingga sembila bulan, dipakaikan sebentuk gelang tangan yang

dinamakan Suulkaappu. Tujuannya juga untuk memberi nama kepada bayi yang baru

dilahirkan.

Jantina

Kepelbagaian budaya juga boleh dilihat dari aspek jantina (gender). Menurut

Butler dan Manning (1998), “the term gender describes masculinity and feminity – the

thoughts, feelings and behavior that identify one as either male or female”. Walaupun

ada persamaan antara lelaki dan perempuan, masih terdapat perbezaan ketara di antara

mereka. Lelaki secara fitrahnya bersikap keras dan agresif berbanding perempuan yang

lebih bersopan santun dan berhemah. Perempuan lebih cepat matang tetapi pada satu

tahap umur tahap kematangan adalah sama. Campuran jantina di dalam bilik darjah

memberi peluang murid-murid dari segi jantina serta meluaskan lagi ruang persefahaman

dan toleransi.

Kesenian

Kesenian atau seni boleh dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu :

Seni Suara

Seni Gerak

Seni Rupa

Permainan Tradisional

Menurut Kamus Dewan Seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yang

dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan.

Manakala kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan

(kehalusan). Seni suara boleh dibahagikan kepada dua iaitu seni vokal dan lagu dengan

iringan muzik. Contoh seni vokal adalah nazam atau marhaban manakala contoh lagu

dengan muzik pula ialah dikir, ghazal dan seni muzik.Seni gerak mengandungi segala

gerakan tubuh badan yang mempunyai unsur – unsur keindahan . Seni ini dapat dilihat

Page 18: Assingment - Masyarakat Dan Tamadun

pada gerakan tangan , kaki , badan , mata dan anggota badan yang lain. seni gerak orang

melayu dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu seni tari dan seni drama. Contoh seni

tari dalam kebudayaan ialah tarian kuda kepang, zapin dan Makyong. Seni rupa pula

dalam masyarakat melayu merupakan ciptaan yang megandungi unsur-unsur seni yang

dihasilkan oleh orang melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan

sebagainya. Seterusnya adalah permainan rakyat.Dalam tradisi lisan, permainan ini yang

dikenali juga sebagai pemainan masa lapang atau sukan rakyat termasuk dalam kategori

"folk games". Permainan ini bukan sahaja berfungsi sebagai alat hiburan tetapi juga

berperanan dalam aktiviti sosial untuk menyerikan majlis-majlis keramaian, perkahwinan

dan sebagainya. Contoh permainan rakyat ialah wau bulan dan gasing.

Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun

temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih

terserlah dan dikenali ramai. Kementerian Kebudayaan dan Kesenian telah mengambil

pebagai inisiatif bagi memantapkan dan memperkembangkan lagi kebudayaan

masyarakat Melayu. Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai unik dan

menarik.

Page 19: Assingment - Masyarakat Dan Tamadun

KESIMPULAN

Kesimpulanya, sesebuah tamadun lahir hasil daripada interaksi manusia atau

masyarakatnya yang melahirkan satu cara hidup. Masyarakatnya mampu berkembang

daripada pelbagai sudut sosial dan sains. Melalui perkembangan sosial dan sains,

masyarakat sesebuah tamadun mewujudkan kesatuan budaya dan kesenian yang

mewakili ketemadunan mereka sendiri. Ketamaduan setiap kumpulan manusia atau

masyarakat mempunyai identiti yang melambangkan jati diri dan falsafah kehidupan

yang maju dan selari dengan pegangan agama dan norma-norma masyarakat.

“masyarakat yang tidak mempunyai budi pekerti dan sopan santun yang tinggi adalah

masyarakat yang tidak bertamadun kerana ia meruntuhkan ketemadunan mereka sendiri”

Dalam penyelidikan antropologi budaya memerlukan satu proses yang kompleks bagi

memahami perhubungan dan interaksi individu dalam sesuatu masyarakat itu. Perlakuan

itu harus mencerminkan budaya yang menjadi tumpuan kajian itu. Budaya itu dapat dili-

hat dari aspek perlakuan dan hasil perlakuan anggota-anggota masyarakat. Perlakuan

manusia didorongkan oleh berbagai-bagai aspek lain, seperti norma, nilai, peraturan, adat

resam, kepercayaan, undang-undang dan sebagainya. Perlakuan ini adalah hasil dari

berbagai-bagai proses dan ini juga yang melahirkan berbagai-bagai peralatan budaya.

Sesuatu sistem itu merupakan perlakuan individu dan gabungan dengan alat-alat yang di-

hasilkan.

Fungsi budaya dalam kehidupan adalah untuk memenuhi keperluan hidup,

sebagai panduan untuk bertingkah laku, mengatur hubungan manusia, sebagai galakan

manusia mencipta dan sebagai alat penyatuan dan pengenalan identiti. Dalam kehidupan

masyarakat terdapat pelbagai kebudayaan. Kepelbagaian budaya ini boleh dilihat dari

segi bangsa, struktur masyarakat, kepercayaan, bahasa, adat resam dan jantina.

Diakhir tugasan ini dapat disimpulkan bahawa kebudayaan memainkan peranan

penting dalam pembentukan sesebuah tamadun itu. Budaya mencerminkan corak dan

melambangkan indentiti mesyarakat dalam tamadun tersebut.

Page 20: Assingment - Masyarakat Dan Tamadun

RUJUKAN:

1. Abd Shukor Mohd Ali,Muhammad Yusuf ; Tamadun Islam Dan Peradaban Manusia; Universiti kebangsaan Malaysia.

2. Azhar Hj Mad Aros (2000). Titas Kertas 2. Petaling Jaya : Fajar Bakti3. Ismail Hussein, A. Aziz Deraman dan Abd. Rahman Al-Ahmadi (1993). Tamadun

Melayu jilid Satu. Kuala Lumpur : DBP.

4. Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur : DBP.

5. Lucy Mair (1989). Antropologi Sosial Permulaan. Terjemahan Azemi Salim. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

6. www.yabina.org/artikel/A'02_46.htm 7. http://www.scribd.com/doc/10302206/Hubungan-Etnik-Di-Malaysia-Secara-

Umum8. http://www.scribd.com/doc/51286438/Hubungan-Etnik-2011-Konsep-Asas9. http://www.searchinpdf.com/Fungsi-fungsi-Budaya# 10. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kebudayaan_Malaysia

.