terapi assingment

18
PKB 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS KONSEP TERAPI Terapi merupakan satu cara atau kaedah bagi mengubah pemikiran ,perasaan dan tingkah laku yang mana terapi boleh di bahagikan kepada tiga aspek utama iaitu terapi kognitif ,terapi psikodinamik dan terapi tingkah laku .sebagai contohnya terapi kognitif bermula dengan pemikiran individu bagi mengubah perasaan dan tingkah laku, terapi psikodinamik pula member penekanan kepada perasaan. Konsep terapi dalam Pendidikan Khas Konsep terapi dalam pendidikan khas adalah berasaskan kepada konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Murid-murid berkeperluan khas terdiri daripada mereka yang memiliki ketidakupayaan, kecacatan halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Sehubungan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan yang tersebut di atas.Terapi dalam pendidikan khas adalah salah satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti- aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi. DEFINISI TERAPI Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya.Menurut kamus

Upload: mohd-nazari-mohd-said

Post on 20-Nov-2015

384 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

PKB 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

KONSEP TERAPI Terapi merupakan satu cara atau kaedah bagi mengubah pemikiran ,perasaan dan tingkah laku yang mana terapi boleh di bahagikan kepada tiga aspek utama iaitu terapi kognitif ,terapi psikodinamik dan terapi tingkah laku .sebagai contohnya terapi kognitif bermula dengan pemikiran individu bagi mengubah perasaan dan tingkah laku, terapi psikodinamik pula member penekanan kepada perasaan.

Konsep terapi dalam Pendidikan Khas Konsep terapi dalam pendidikan khas adalah berasaskan kepada konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Murid-murid berkeperluan khas terdiri daripada mereka yang memiliki ketidakupayaan, kecacatan halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Sehubungan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan yang tersebut di atas.Terapi dalam pendidikan khas adalah salah satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi.

DEFINISI TERAPI Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya.Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan sebagai rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit dengan tujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal. Dalam konteks pendidikan pula, terapi dapat didefinisikan sebagai kaedah untuk membantu seseorang individu untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran-kemahiran tertentu.

1.TERAPI SENI VISUALDEFINISI

Terapi seni sebenarnya satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku,ianya juga merupakan terapi yang bersifat batiniah untuk merawat mental dan jiwa melalui kaedah kognitif,psikomotor dan efektif. Menggunakan seni visual sebagai instrument dapat membantu pelajar mengatasi kekeliruan dan kecelaruan emosi serta tekanan bertindan bukan sahaja dalam menghadapi proses pengajaran malahan dalam kehidupan harian.Terapi seni menggunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas untuk menghasilkan produk.

Kepentingan terapi seni Terapi seni dapat membantu dalam menyelesaikan konflik emosi serta meningkatkan kesedaran dan semangat kendiri murid, ianya turut membina kesedaran sosial dan seterusnya mengubah tingkah laku murid.di samping itu terapi seni dapatmembantu murid membina strategi penyelesaian masalah mereka sendiri dan seterusnya mampu meningkatkan kemahiran penguasaan hidup Kepentingan seni dalam kehidupan dan pendidikan seni merupakan pengalaman pandangan melalui imaginasi dan perasaan ianya juga adalah pengalaman yang berlaku sepanjang hari. Aktiviti seni adalah pengalaman universal serta tidak idak terhad kepada individu tertentuFungsi seni dalam pendidikan

Aktiviti seni dapat menggalakkan perkembangan fizikal, mental dan estatik serta menyumbang kepada kepuasan diri dan penyelesaian masalah ianya turut mempengaruhi perkembangan personalit murid dan sebagai salah satu alat bagi membantu pertumbuhan kanak-kanak

Kepentingan seni visual kepada murid bermsalah pembelajaranTerapi seni juga dapat meningkatkan keupayaan berinteraksi murid dengan alam sekitar serta sebagai satu medium bagi pelajar meluahka perasaan serta mampu menguatkan daya imaginasi di samping dapat menguatkan motor kasar dan motor halusAktiviti terapi seni yang boleh dilakukan Catan Kolaj dan asemblaj Reka bentuk Anyaman Kraftangan

2.TERAPI PERTUTURANDEFINISI TERAPI PERTUTURAN Kamarudin Hj Husin (1987) menyatakan bahawa pertuturan ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat pertuturan(artikulator). Ia juga merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana bahasa manusia. Pertuturan juga boleh bermaksud bercakap, hasil daripada percakapan, apa yang dituturkan, bahasa sesuatu negara atau bangsa ataupun dialek tersendiri sesebuah wilayah atau tempat. Terapi pertuturan adalah masalah dan gangguan pertuturan yang dihadapi oleh seseorang individu. Terapi pertuturan juga adalah kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Menurut Encyclopedia Britannica terapi pertuturan ialah satu rawatan untuk memperbaiki kecacatan pertuturan. Ia mungkin berpunca dari otak, telinga, sepanjang peti suara yang menjejaskan suara, alat artikulasi, perkembangan dan kesukaran bercakap selepas penguasaan bahasa. Terapi pertuturan dilakukan adalah untuk membantu seseorang menguasai pertuturan atau komunikasi dengan lebih baik

Kepentingan terapi pertuturanMelatih murid menguasai kemahiran tertentu ,terapi pertuturan turut membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa meningkatkan kefungsian kognitif, emosi dan sosial individu serta meningkatkan tahap keupayaan murid.

Strategi pemulihan Aktiviti intervensi bahasa Terapi artikulasi Terapi motor lisan

Aktiviti yang boleh dilakukan Menggerakkan lidah ke atas, ke bawah, ke kiri an ke kanan Membunyikan vokal dengan panjang Aktiviti senaman muka dan mulut (menguap, mengunyah) Meniup belon Tiup bola ping pong dalam bekas berisi air

3.TERAPI MUZIK DEFINISI Menurut Dr. Sharol Lai Sujak (2008), terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental dan fizikal.Objektif terapii. Pengurusan tingkah lakuii. Tingkatkan penglahiran perasaaniii. Tingkatkan harga diriiv. Tingkatkan keupayaan akademikv. Kembangkan emosivi. Mudahkan komunikasi interpersonaldan intrapersonalvii. Latih pertuturanJenis peralatan muzik a) Peralatan muzik tradisional Melayu - Di palu (rebana, beduk, kompang) - Di petik (rebab, gambus, kecapi) - Di tiup (serunai, seruling, tetuang) - Di goncang (angklung)

b) Perlatan muzik Barat - Perkusi tidak berpic (tamborin, kerincing, kastenet) - Tiup dan bras (rekoder, seksofon, trompet) - Bertali (piano, biola, mandolin)

Langkah-langkah bermain alat muzik Terdapat beberapa langkah yang perlu diberi perhatian semasa mengajar murid bermasalah pembelajaran bemain alat muzik. a) memperkenalkan peralatan muzik b) guru membuat demonstrasi c) aktiviti warming up yang sesuai d) teknik bermain yang betul e) postur badan yang betul f) membunyikan pola ritma g) memainkan corak ritma h) bermain mengikut giliran i) membuat pergerakan yang sesuai h) bermain secara keseluruhan

Pemilihan muzik sebagai satu rawatan muzik adalah suatu fenomena yang boleh memberi kesan kepada semua manusia. Ia memberi kesan gerakbalas pada fizikal, kognitif dan emosi serta perhubungannya dengan pemikiran dan tubuh badan. muzik memberi kesan interaksi antara dan sesama individu. ia boleh mendorong dan menstruktur sesuatu aktiviti dan pencetusan idea. muzik merupakan sumber kepada keseronokan, memperkembangkan penghargaan diri dan menggalakkan interaksi yang positif.

Kepentingan terapi muzik murid terencat akal dapat meningktkan kemahiran sosial dan emosi serta dapat meningkatkan kemahiran komunikasi , meningkatkan kemahiran psikomotor murid bermasalah komunikasi meningkatkan kelancaran pertuturan membetulkan masalah suara meningkatkan keyakinan diri dan luahan emosi murid autistic meningkatkan pertuturan dan bahasa komunikasi meningkatkan kemahiran sensorimotor menggalakkan interaksi sosial

Aktiviti terapi muzik Membuat pergerakan mengikut lagu Menulis lirik lagu Bermain berlatar belakangkan muzik Mengenal dan membuat latihan menggunakan alat muzikLatihan praktikal guna alat muzik

4.TERAPI FISIODEFINISI Fisio terapi adalah terapi yang dilakukan untuk membantu kanak-kanak mengembangkan kemampuan motor kasar. Kemampuan motor kasar meliputi otot-otot besar pada seluruh tubuh yang memungkinkan tubuh melakukan pelbagai fungsi seperti berjalan, melompat, berlari, menendang, mengangkat, dan melempar bola.

Terapi fisio membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapainya Terapi fisio boleh didefinisikan sebagai rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorang individu dgn menggunakan agen-agen fizikal dan kaedah berikut : mengurut manipulasi latihan teraputik penyejukan dan pemanasan terapi hidro rangsangan menggunakan elektrik rangsangan menggunakan cahaya

-Kesemua kaedah di atas adalah sebagai satu cara memulihkan pesakit dan mengekalkan fungsi normal selepas mengalami sesuatu kecederaan atau penyakitAktiviti fisio terapi- Terapi fisio kerap dilakukan oleh pakar perubatan yang terlatih. Aktiviti terapi fisio yang dilaksanakan di adalah bergantung kepada permasalahan psikomotor yang berbeza pada seseorang individu.-Terdapat beberapa kaedah aktiviti yang dapat dilaksanakan seperti : Latihan berpusatkan motor halus- memotong-menggunting- mencabut- meramas- menguli- merenyuk- mencubit- memicit

Latihan yang berpusatkan psikomotor kasar -Membaling- Menolak- Memukul- Melambung- Menyambut Latihan imbangan-Berdiri dengan sebelah kaki- Membawa buku di atas kepala- Berdiri di atas kerusi Latihan koordinasi-memasukkan jarum ke dalam lubang manik -melambung dan menyambut bola berbagai saiz

KEPENTINGAN DAN FAEDAH AKTIVITI TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Aktiviti terapi di wujudkan bertujuan bagi membantu individu yang mempunyai masalah-masalah dari segi fizikal, mental,emosi serta sosial. Pelbagai jenis terapi telah di reka khas mengikut masalah masalah yang di alami oleh seseorang yang mana pada akhirnya akan menjurus kepada perubahan atau lebih tepat lagi kepada pemulihan dari segi kognitif,psikodinamik, serta tingkah laku mereka. Penglibat murid-murid berkeperluan khas dalam sesi-sesi terapi adalah di haruskan kerana ia mendatangkan banyak faedah serta kepentingan kepada mereka dan kepentingan itu dapat dilihat apabila terapi turut di masukkan dalam di dalam persediaan mengajar guru. Di antara kepentingan terapi kepada kanak-kanakkhas adalah ianya dapat membantu murid-murid mengembangkan kemahiran oto- otot mereka. Dari segi fizikal kanak-kanak khas dan kanak-kank normal terdapat sedikit perbezaan ,namun dari sudut penggunaan fungsinya masih sama kerana manusia di cipta mempunyai ketulan otot-otot yang terdiri dari otot besar dan kecil. Melalui otot besar kita dapat melatih kemahiran motor kasar apabila kita menggunakan terapi fizikal atau lebih di kenali sebagai fisioterapi, sebagai contoh aktiviti terapi fisio adalah berlari,berjalan melompat dan sebagainya. Manakala bagi otot-otot kecil pula dapat kita bantu melalui dengan cara mengembangkan kemahiran motor halus mereka seperti memasukkan benang di dalam straw ,menggunting, menampal. Melipat kertas atau pakaian, membutang baju, menjahit dan lain-lain yang memerlukan mereka melakukan kawalan terhadap penggunaan otot-otot besar dan otot-otot kecil untuk melakukan pergerakkan berfungsi pada tahap mudah. Kepentingan dan faedah terapi kepada kanak-kanak berkeperluan khas yang seterusnya adalah membantu mereka menghilangkan tekanan. Kekurangan yang terdapat pada mereka menyebabkan masyarakat sekeliling memandang rendah kepada kanak-kanak khas ini.serta mengambil pendekatan menjauhi kanak-kanak ini.perkara sebegini mendatangkan tekanan kepada kanak-kanak ini dari segi emosi dan mempengaruhi tingkah laku mereka terapi yang merupakan cara yang terbaik bagi kanak-kanak ini melepaskan tekanan adalah terapi bermain dan terapi seni. Melalui permainan murid akan merasa seronok dan melupaka masala serta tekanan yang sedang mereka hadapi. Begitu juga dengan terapi seni . Kepentingan dan faedah terapi selain daripada yang dinyatakan di atas adalah, terapi turut membantu dala kawalan diri, mengurus diri ,sebagaimana yang kitaa tahu kanak kanak khas memiliki kekurangan serta kelemahan dalam motor halus dan motor kasar yang mana kordinasi tubuh , kordinasi tangan dan mata mereka lemah. Melaui sesi terapi yang di jalankan kepada mereka mereka dapat melatih dan mengembangkan fungsi mereka ketahap yang paling tinggi mereka mampu capai.. Selain itu ,terdapat lebih banyak lagi kepentingan dan faedah terapi kepada kanak-kanak khas seperti membina keyakinan dalaman diri murid, meransang pertuturan dan meningkatkan pertuturan serta komunikasi serta meningkatkan kesabaran murid dan melatih daya konsentrasi.

LAPORAN KELEMAHAN MURID YANG MEMERLUKAN TERAPI Saya telah memilih empat jenis terapi iaitu terapi seni visual, terapi cara kerja terapi pertuturan dan terapi muzik untuk di aplikasikan ke atas pelajar yang di pilih bagi membantu memulihkan kemahiran motor halus, emosi,serta masalah pertuturan pelajar. Di samping itu ianya turut dapat membantu pelajar dalam membina sosial serta keyakinan diri. Muhammad Arif Hilman berusia 7 tahun merupakan pelajar pendidikan khas di SK Gunong. Beliau mengalami masalah autisma setelah didiagnose oleh pakar perubatan. Berdasarkan pemerhatian terhadap pelajar ini ,didapati pelajar ini bermasalah dari segi pertuturan ,emosi, motor kasar dan motor halus. Pendekatan terapi ini di gunakan bagi membantu arif menguasai kemahiran tersebut.dan seterusnya membantu arif dalam menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh arif

Maklumat murid

Nama : Muhammad Arif Hilman Bin Ismail Umur : 10 Tahun No OKU : LD140011000154 Kategori : Autisme Tarikh Lahir : 20 julai 2006 PERANCANGAN EMPAT SESI TERAPI Hasil dari perbincangan dengan rakan sekerja di sk gunong serta perolehan sumber mengenai terapi dari bahan bacaan melalui internet , buku saya telah memilih empat jenis terapi yang bersesuaian dengan masalah yang di alami oleh adik arif . empat terapi yang saya pilih itu adalah

JENIS TERAPIALATANAKTIVITI YANG DI RANCANG

Terapi Seni Visual

Kertas lukisan,kertas warna,dan gamMengoyak kertas,membina kreativiti dan imaginasi melalui aktiviti kolaj

Terapi Fisio/fizikal

Tali, objek berlubangMemasukkan tali kedalam lubang (latihan kordinasi)

Terapi pertuturan

Mangkuk berisi air, bola ping-pongMeniup bola ping-pong di atas permukaan air

Terapi muzik

Kompang /gendang , radioMemukul gendang mengikut irama lagu.

AMALI SESI TERAPI TERAPI SENI VISUALTarikh : 3 September 2013Tempat :kelas MutiaraAktiviti : Mengoyak kertas,membina kreativiti dan imaginasi melalui aktiviti kolajAlatan : Kertas lukisan,kertas warna,dan gam Bagi sesi terapi yang pertama iaitu terapi seni visual saya telah menyediakan beberapa peralatan seperti kertas lukisan ,kertas warna serta gam bagi tujuan supaya pelajar dapat membuat aktiviti seni kolaj . tujuan aktiviti ini adalah bagi mengalakkan pelajar membina kreativiti serta tumpuan di samping meningkatkan daya imaginasi pelajar. Di samping itu aktiviti ini turut dapat membantu pelajar memahirkan kemahiran motor halus.

AMALI SESI TERAPI- ( TERAPI PERTUTURAN)Tarikh : 3 September 2013Tempat :kelas MutiaraAktiviti : Meniup bola ping-pong di atas permukaan airAlatan : Mangkuk berisi air, bola ping-pongSesi terapi pertuturan kepada arif pula saya menggunakan peralatan mangkuk berisi air dan bola ping pong. . aktiviti ini bertujuan bagi membantu arif yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Di samping itu aktiviti ini tirit membantu dalam pengawalan pernafasan.Saya mendapati aktiviti ini menyeronokkan bagi arif dan seterusnya boleh membantu arif dalam menjalani terapi ini dengan lebih berkesan.

AMALI SESI TERAPI- ( TERAPI MUZIK )Tarikh : 3 September 2013Tempat :kelas MutiaraAktiviti : Memukul gendang mengikut irama lagu.Alatan : Kompang /gendang , radio Sesi terapi muzik yang di jalankan terhadap arif mampu meningktkan kemahiran sosial dan emosi serta dapat meningkatkan kemahiran komunikasi arif, meningkatkan kemahiran psikomotor murid seperti arif yang bermasalah komunikasi meningkatkan kelancaran pertuturan membetulkan masalah suara meningkatkan keyakinan diri dan luahan emosi murid autistic meningkatkan pertuturan dan bahasa komunikasi meningkatkan kemahiran sensorimotor menggalakkan interaksi sosial. Arif di minta untuk memukul gendang mengikut rentak yang di ajar mengikuti irama muzik yang di mainkan.

AMALI SESI TERAPI- ( TERAPI FISIO )Tarikh : 4 September 2013Tempat :kelas MutiaraAktiviti : Memasukkan tali kedalam lubang (latihan kordinasi)Alatan : Tali, objek berlubangTerapi ini merupakan satu latihan kordinasi mata dan tangan bagi arif memandangkan terdapat kelemahan pada otot tangan atau motor halus arif , disamping itu terapi ini turut membantu fokus serta tumpuan arif terhadap sesuatu. Perkara