assingment segak

25
PENGENALAN SEGAK Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia ( SEGAK ) ini telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Gaya hidup masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari. Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa berasa letih dan lesu. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur. SEGAK mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat. Rekod penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid. Ujian yang dijalankan secara sistematik perlu diadakan dua kali setahun dan diharap dapat memotivasikan murid mengamal gaya hidup sihat. Murid akan lebih bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kesejahteraan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020. DEFINISI KECERGASAN FIZIKAL Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan daripada ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya.Falls, 1980

Upload: wmh-hanel

Post on 18-Aug-2015

133 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assingment segak

PENGENALAN SEGAK

Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia ( SEGAK ) ini telah dirancang

selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah.

Gaya hidup masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari. Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam

melaksanakan aktiviti harian tanpa berasa letih dan lesu. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu

dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian dan dinilai mengikut norma yang telah

ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur.

“SEGAK” mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan

sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara

peperiksaan berpusat.

Rekod penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid. Ujian yang dijalankan secara sistematik

perlu diadakan dua kali setahun dan diharap dapat memotivasikan murid mengamal gaya hidup sihat. Murid akan lebih

bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kesejahteraan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020.

DEFINISI KECERGASAN FIZIKAL

“Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai

memberi individu perlindungan daripada ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung,

kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu

untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya.”

Falls, 1980

Page 2: Assingment segak

MATLAMAT

1. Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap

kecergasan fizikal yang optimum.

OBJEKTIF

Murid dapat :

1. mengetahui kepentingan kecergasan fizikal;

2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah;

3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu;

4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan aktiviti kecergasan secara

sistematik; dan

5. pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.

KOMPONEN-KOMPONEN YANG DIUJI DALAM SEGAK

1. Naik Turun Bangku ( 3 minit )

2. Tekan Tubi ( 1 minit )

3. Ringkuk Tubi Separa (1 minit )

4. Jangkauan Melunjur

Ukuran antropometrik untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan ujian ini.

Ujian yang dicadangkan ini boleh digunakan sebagai aktiviti latihan kecergasan. Ujian ini perlu dilaksanakan dua kali setahun pada

bulan Mac dan Ogos. Bagi murid yang tidak sihat, guru boleh menjalankan ujian pada hari yang lain pada bulan yang sama.

Page 3: Assingment segak

Aktiviti Memanaskan Badan

Murid mesti melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan ujian kecergasan ini seperti;

1. Regangan otot bahu, tangan, pinggang dan kaki.

2. Lari setempat, lompat, skip atau turun naik bangku.

Aktiviti Menyejukkan Badan

Murid mesti melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas melakukan ujian kecergasan seperti;

1. Berjalan perlahan-lahan selama 3 minit.

2. Regang otot bahu, tangan, pinggang dan kaki perlahan-lahan.

Pelaporan

1. Murid perlu merekod hasil ujian mereka.

2. Guru mengesahkan ujian yang telah dilakukan oleh murid.

3. Guru melaporkan hasil ujian dalam laporan Penilaian Kendalian Sekolah.

Nama Ujian:

Indeks Jisim Badan (BMI-for-age)

Tujuan:

Menilai komposisi badan

Tahap:

Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Page 4: Assingment segak

Jantina:

Lelaki dan Perempuan

Alatan dan kemudahan:

1. Pengukur tinggi

2. Penimbang berat

3. Borang skor

Pengurusan dan organisasi:

Pengukuran ini hendaklah dilaksanakan sebelum ujian kecergasan bermula.

Prosedur:

1. Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran kilogram dan mengukur ketinggian dalam meter.

2. Kira indeks jisim badan berdasarkan formula berikut:

Indeks Jisim Badan = Berat badan (kg)

Tinggi (m) x Tinggi (m)

3. Rujuk jadual di bawah untuk mengenal pasti komposisi berat badan

Page 5: Assingment segak

Lelaki

Umur (Tahun) Kurang berat Normal

Berisiko Berat Berlebihan

Berat berlebihan

9 <14.0 14.0 - 18.6 >18.6 - 21.0 >21.010 <14.2 14.2 - 19.4 >19.4 - 22.2 >22.211 <14.6 14.6 - 20.2 >20.2 - 23.2 >23.212 <15.0 15.0 - 21.0 >21.0 - 24.2 >24.213 <15.4 15.4 - 21.8 >21.8 - 25.2 >25.214 <16.0 16.0 - 22.6 >22.6 - 26.0 >26.015 <16.6 16.6 - 23.4 >23.4 - 26.8 >26.816 <17.2 17.2 - 24.2 >24.2 - 27.6 >27.617 <17.8 17.8 - 24.8 >24.8 - 28.2 >28.2

Perempuan

Umur (Tahun) Kurang berat Normal

Berisiko Berat Berlebihan

Berat berlebihan

9 <14.8 14.8 - 19.2 >19.2 - 21.8 >21.810 <14.0 14.0 - 19.9 >19.9 - 22.9 >22.911 <14.4 14.4 - 20.8 >20.8 - 24.0 >24.012 <14.8 14.8 - 21.6 >21.6 - 25.2 >25.213 <15.3 15.3 - 22.5 >22.5 - 26.2 >26.214 <15.8 15.8 - 23.2 >23.2 - 27.2 >27.215 <16.3 16.3 - 24.0 >24.0 - 28.0 >28.016 <16.8 16.8 - 24.5 >24.5 - 28.8 >28.817 <17.3 17.3 - 25.2 >25.2 - 29.6 >29.6

(Rujukan: National Centre For Chronic Disease Prevention And Health Promotion 2000)

A ) Nama Ujian:

Page 6: Assingment segak

Naik Turun Bangku 3 minit

Tujuan:

Menilai Daya Tahan Kardiovaskular

Tahap:

Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina:

Lelaki dan Perempuan

Alatan dan kemudahan:

1. Bangku - Ketinggian 30.5 cm

2. Jam Randik

3. Borang Skor

4. Rakaman atau Metronome

Pengurusan dan organisasi:

1. Aktiviti dijalankan berpasangan.

2. Letakan bangku di atas lantai yang rata dan selamat.(Pastikan bangku tidak bergerak semasa ujian dijalankan.)

3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit.

Prosedur:

1. Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai.

2. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (yang mana sesuai) diletakkan di atas bangku.

3. Penguji akan memberikan isyarat ‘mula’.

Permulaan Naik Turun Bangku

Page 7: Assingment segak

4. Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan turun diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik

atau sebaliknya).

5. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit.

6. Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta.

7. Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan dengan kiraan dilakukan oleh guru atau menggunakan Polar Heart Rate

Monitor.

8. Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit.

9. Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid ini dibatalkan.

B ) Nama Ujian:

Ujian Tekan Tubi

Tujuan:

Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu.

Tahap:

Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina:Lelaki

Alatan dan kemudahan:

1. Kawasan lapang dan rata.

2. Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar).

3. Jam Randik.

Page 8: Assingment segak

Pengurusan dan organisasi:

1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.

2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.

Prosedur:

1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan

diluruskan.

2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.

3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.

4. Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit atau murid tidak berupaya meneruskannya.

5. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3.

6. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A.

Bersedia Lakuan Bengkok Siku Lakuan Lurus Tangan

Kiraan Satu Ulangan Lakuan

Page 9: Assingment segak

C )Nama Ujian:

Ujian Tekan Tubi Suaian

Tujuan:

Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu.

Tahap:

Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina:Perempuan

Alatan dan kemudahan:

1. Kawasan lapang dan rata.

2. Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar ).

3. Jam randik.

Pengurusan dan organisasi:

1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.

2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.

Prosedur:

1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan lutut yang bengkok.

Kaki bersilang. Badan diluruskan.

2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.

3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.

4. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya.

5. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3.

6. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A.

Page 10: Assingment segak

Bersedia Lakuan Bengkok Siku Lakuan Lurus Tangan

Kiraan Satu Ulangan Lakuan

D ) Nama Ujian:

Ringkuk Tubi Separa ( partial curl-up) 1 miniT

Tujuan :

Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen

Tahap :

Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina :

Lelaki dan perempuan

Page 11: Assingment segak

Alatan dan kemudahan :

1. Pita lekat bersaiz 2.5 cm

2. Pita ukur

3. Jam randik

Pengurusan dan organisasi:

1. Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan. Jarak antara pita adalah 10 cm.

Prosedur :

1. Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai.

2. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki sentiasa menyentuh lantai.

3. Buka kaki seluas bahu.

4. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat pertama.

5. Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat

kedua.

6. Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal (ulang prosedur 4) sebelum melakukan

ulangan yang seterusnya.

7. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 50 detik seminit selama 1 minit.

8. Murid B mengira ulangan perlakuan.

9. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A :-

9.1 Berasa tidak selesa.

9.2 Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua.

9.3 Tumit diangkat.

Page 12: Assingment segak

Panduan guru

Lakuan ringkuk yang tidak sempurna:

1. Bahagian bawah/belakang badan tidak menyentuh lantai.

2. Tumit diangkat.

3. Badan/ bahu senget.

4. Punggung terangkat.

5. Lutut tidak bersudut 90 darjah (tegak).

Arahan /Teguran untuk perlakuan ringkuk yang tidak betul.

1. Rapatkan belakang ke lantai.

2. Bahu sentuh lantai.

3. Rapatkan tumit ke lantai.

4. Seimbangkan bahu/badan.

5. Buka kaki.

6. Bengkokkan lutut.

Sedia Ringkuk Kedudukan Asal

Page 13: Assingment segak

E ) Nama Ujian:

Jangkauan Melunjur

Tujuan:

Mengukur fleksibiliti

Tahap:

Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina:

Lelaki dan perempuan

Alatan dan kemudahan:

1. Alat pengukur jangkauan

2. Borang skor.

Pengurusan dan organisasi:

1. Gunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan.

Prosedur:

1. Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki di letak di belakang penanda 23 sentimeter.

2. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut.

3. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari tengah hendaklah sama.

4. Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur.

4. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap.

5. Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang

terhampir. Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan.

6. Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menganggu pelaku.

Page 14: Assingment segak

Sedia Jangkau Rehat

Page 15: Assingment segak

STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN ( SEGAK )SK PUSAT, KEMAMAN TERENGGANU.

2012

TAHUN : 6 FATANAH BILANGAN PELAJAR : 30 ORANG

BIL NAMA NAIK TURUN BANGKU

TEKAN TUBI

BANGKIT TUBI

JANGKAUANMELUNJUR

SKOR GRED

1 ARIANI NAJIHAN BT ALI 85

( 4 )

23

( 5 )

19

( 5 )

40

( 5 ) 19 A

2 NUR ADLIN SYAHIRAH BT FAIZAL 84

( 4 )

21

( 5 )

18

( 5 )

38

( 5) 19 A

3 NUR AIN ADLINA BT JAFRI 80

( 5 )

18

( 4 )

15

( 5 )

36

( 5 ) 19 A

4 NUR AINA NADHIRAH BT RASHID 83

( 4 )

20

( 4 )

14

( 3 )

36

( 5 ) 16 B

5 NUR SHUHAIBAH BT KAMRO 80

( 5 )

22

( 5 )

18

( 5 )

40

( 5 ) 20 A

6 NURUL FATIHAH BT AL-FAIZAN 87

( 4 )

14

( 3 )

14

( 3 )

35

(4 ) 14 B

7 FARAH WAHEEDA BT AZMAN 90

( 4 )

19

( 4 )

17

( 4 )

28

( 3 ) 15

B

8 RADHIA HANIFA BT AZAM 86

( 4 )

20

( 4 )

13

( 3 )

37

( 5 ) 16 B

9 SH NUR ILYA ZAHRA BT SY.ALI 82 16 15 35

Page 16: Assingment segak

( 5 ) ( 4 ) ( 4 ) ( 4 ) 17 A

10 SH.NUR IRDINA BT SY.IDRIS 85

( 4 )

18

(4 )

17

( 4 )

34

( 4 ) 16 B

11 W.QURRATU AINI BT W ROSDI 83

( 5 )

10

( 2)

10

( 2 )

30

(3 ) 12 C

12 NUR AIN BT AZMAN 89

( 4 )

19

( 4 )

15

( 4 )

24

( 2 ) 14 C

13 NOR YUS AMIRAH BT FADZILAH 85

( 4 )

24

( 5 )

18

( 5 )

37

( 4 ) 18 A

14 NUR FARIHAH AISYAH BT HARUN 84

( 4 )

15

( 3 )

14

( 3 )

24

( 2 ) 12 C

15 MURNI AMIRAH BT KAMIL 78

( 5 )

10

(2 )

15

( 4 )

23

( 2 ) 13 C

16 MOHD RIDHUAN B M NOR 72

( 5 )

16

( 4 )

15

( 3 )

38

( 4 ) 16 A

17 MOHD YUSUF FIRDAUS B ZUL 68

( 5 )

13

( 3 )

23

( 5 )

35

( 4 ) 17 A

18 MOHD ADAM SAFWAN B HARUN 60

( 5 )

15

( 4 )

16

( 4 )

38

( 4 ) 17 A

19 MOHD SYAMEER B ALI 76

( 5 )

24

( 5 )

23

( 5 )

34

( 4 ) 19 A

20 MOHD SYAMEEN B ALI 80

( 4 )

13

( 3 )

19

( 4 )

28

( 4 ) 15 B

21 MOHD HAZIQ B AB HADI 78

( 4 )

15

( 4 )

14

( 3 )

26

( 3 ) 14 C

Page 17: Assingment segak

22 MOHD AZIM IRFAN B AZAM 80

( 4 )

14

( 3 )

14

( 3 )

34

( 4 ) 14 C

23 SY.SULAIMAN B SY MOHD 65

( 5 )

17

( 4 )

18

( 4 )

35

( 4 ) 17 A

24 MOHD AQIF IRFAN B RIZUAN 66

( 5 )

10

( 2 )

14

( 3 )

30

( 3 ) 13 C

25 MOHD LUQMAN B ABDULLAH 89

( 4 )

14

( 3 )

13

( 3 )

11

( 1 ) 11 D

26 MOHD HAZIM B AZMAN 89

( 4 )

12

( 3 )

15

( 3 )

20

( 2 ) 12 C

27 ABDUL RAZAK B ABDULLAH 77

( 5 )

10

( 2 )

19

( 4 )

26

( 3 ) 14 C

28 M IZZUL AZIM B NASSIR 60

( 5 )

16

( 4 )

15

( 3 )

25

( 3 ) 15 B

29 MUHAIMIN B KHUSHAHSEE 70

( 5 )

14

( 3 )

14

( 3 )

27

( 3 ) 14 C

30 MOHD SYAZWAN B RAZALI 89

( 4 )

11

( 3 )

18

( 4 )

15

( 2 ) 13 C

ANALISA PENCAPAIAN UJIAN SEGAKKELAS : 6 FATANAH ( 2012 )

GRED JUMLAHA 11 ORANG

Page 18: Assingment segak

B 7 ORANGC 11 ORANGD 1 ORANG

JUMLAH PELAJAR LULUS = 90%

JUMLAH PELAJAR GAGAL = 10%

MIN = HASIL SEMUA NOMBOR DIBAHAGI DENGAN BILANGANNYA.

= 461/30

= 15.36

JULAT = NILAI CERAPAN TERTINGGI – NILAI CERAPAN TERKECIL

= 20 – 11

= 9

SISIHAN PIAWAI = √∑ (X−μ )2

n

= √∑ (461−15.36 )2

n

Page 19: Assingment segak

RUMUSAN ( SEGAK ) TAHAP KECERGASAN MURID 6 FATANAH

RAMAI LULUS DENGAN CMERLANG KERNA MURID YG AKTIF DALAM OLAHRAGA, PERMAINANSUKAKAN AKTIVITI LASAK DAN OUTDOORLATAR BELAKANG KELLUARGA YG BERSUKANIBUBAPA MEMBERI SOKONGAN

PENGIRAAN KADAR NADI ATLET SEKOLAH

BUTIRAN PERIBADI ATLET

1. NAMA : ARIANI NAJIHAH BT ALIUMUR : 12 TAHUNNO S/B : AQ 24589JANTINA : PEREMPUANKNR : 70 DENYUTAN/MINIT

Page 20: Assingment segak

INTENSITI : 60%KNM : 220 – UMUR ( 208 )KNL : KNR + X% ( KNM –KNR ) KNL = KNR + 60% ( KNM-KNR )

= 70 + 60/100 ( 208 - 70 )= 70 + 0.6 X 138= 70 + 82.8= 152.8 DENYUTAN /MINIT

2. NAMA : NUR ADLIN SYAHIRAH BT MOHD FAIZALUMUR : 12 TAHUNNO S/B : AR89877JANTINA : PEREMPUAN KNR : 65 DENYUTAN / MINITINTENSITI : 60%KNM : 220 – UMUR ( 208 )KNL : KNR + X% ( KNM-KNR )KNL = KNR + 60% ( KNM – KNR )

= 65 + 0.6 X 208 – 65 = 65 + 0.6 X 143 = 65 +85.8= 150.8 DENYUTAN / MINIT

3. NAMA : NUR AIN ADLINA BT JAFRIUMUR : 12 TAHUNNO S/B : AR89677JANTINA : PEREMPUAN KNR : 70 DENYUTAN / MINITINTENSITI : 60%KNM : 220 – UMUR ( 208 )KNL : KNR + X% ( KNM-KNR )KNL = KNR + 60% ( KNM – KNR )

Page 21: Assingment segak

= 70 + 0.6 X 208 – 70= 70 + 0.6 X 138= 70 + 82.8= 152.8 DENYUTAN / MINIT

4. NAMA : MOHD RIDHUAN BIN MOHD NORUMUR : 12 TAHUNNO S/B : AS66675JANTINA : LELAKI KNR : 73 DENYUTAN / MINITINTENSITI : 80%KNM : 220 – UMUR ( 208 )KNL : KNR + X% ( KNM-KNR ) KNL = KNR + 80% ( KNM – KNR )

= 73 + 0.8 X 208 – 73= 73 + 0.8 X 135= 73 + 108= 181 DENYUTAN / MINIT

5. NAMA : MOHD YUSUF FIRDAUS BIN ZULKIFLIUMUR : 12 TAHUNNO S/B : AL 23255JANTINA : LELAKI KNR : 55 DENYUTAN / MINITINTENSITI : 80%KNM : 220 – UMUR ( 208 )KNL : KNR + X% ( KNM-KNR ) KNL = KNR + 80% ( KNM – KNR )

Page 22: Assingment segak

= 55 + 0.8 X 208 – 55= 55 + 0.8 X 153= 55 + 122.4= 177.4 DENYUTAN / MINIT

6. NAMA : MOHD ADAM SAFWAN BIN HARUNUMUR : 12 TAHUNNO S/B : AQ67317JANTINA : LELAKIKNR : 65 DENYUTAN / MINITINTENSITI : 80 %KNM : 220 – UMUR ( 208 )KNL : KNR + X% ( KNM-KNR ) KNL = KNR +80% ( KNM – KNR )

= 65 + 0.8 X 208 – 65= 65 + 0.8 X 143= 65 + 114.4= 179.4 DENYUTAN / MINIT