majlis pengetua-pengetua malaysia cawangan … · dengan merujuk kepada tamadun mesir purba,...

41
SULIT * MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLIS PENGETUA-PENGETUA MALAYSIA CAWANGAN NEGERI MELAKA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA Arahan kepada calon : Jawab empat soalan sahaja : dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B ___________________________________________________________________ Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak © Majlis Pengetua-pengetua Malaysia Cawangan Negeri Melaka 2010 STPM 940/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. [ Lihat sebelah SULIT* STPM 2010 940/1 SEJARAH KERTAS 1 ( TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 ) ( Tiga jam )

Upload: ngominh

Post on 03-Mar-2019

261 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SULIT * MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA

MAJLIS PENGETUA-PENGETUA MALAYSIA CAWANGAN NEGERI MELAKA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN

SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA

Arahan kepada calon :

Jawab empat soalan sahaja : dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B

___________________________________________________________________

Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak © Majlis Pengetua-pengetua Malaysia Cawangan Negeri Melaka 2010

STPM 940/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[ Lihat sebelah

SULIT*

STPM 2010 940/1

SEJARAH

KERTAS 1

( TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 )

( Tiga jam )

SULIT 2

Bahagian A Jawab dua soalan sahaja. 1. Organisasi sosial merupakan salah satu daripada ciri penting dalam ketamadunan manusia.

Dengan merujuk kepada tamadun Mesir Purba, huraikan organisasi sosial masyarakat dalam tamadun tersebut. [25]

2. Takrifkan konsep negara kota dan jelaskan ciri-ciri negara kota dalam Tamadun Mesopotamia. [25] 3. Huraikan sebab yang membawa kepada berlakunya peperangan dalam tamadun awal

manusia. [25] 4. Takrifkan konsep ekonomi kapitalisme dan jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada

perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Eropah dari tahun 1400 hingga 1700 Masihi. [25] 5. Huraikan dasar pendidikan negara kota Athens dan Sparta pada abad ke 5 Sebelum Masihi. [25] 6. Bincangkan sistem perundangan dalam Tamadun China pada Zaman Dinasti Shang hingga

Zaman Dinasti Ching. [25]

7. Huraikan faktor-faktor yang mendorong kegiatan penjelajahan dan penerokaan bangsa Portugis serta aktiviti penjelajahan dan penerokaan mereka pada abad ke 15 Masihi.

[25] 8. Jelaskan sumbangan Tamadun China dalam bidang seni ukir pada zaman klasik. [25]

Bahagian B Jawab dua soalan sahaja. 9. Jelaskan konsep kejadian manusia menurut pandangan barat dan Islam serta tujuan

manusia dijadikan menurut Al Quran. [25] 10. Huraikan peranan yang dimainkan oleh golongan Ansar dan Muhajirin dalam perkembangan

Islam semasa zaman Nabi Muhammad s.a.w. [25] 11. Huraikan tindakan yang diambil oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz sehingga beliau dianggap

sebagai khalifah yang teragung selepas pemerintahan Khulafa Al Rasyidin. [25] 12. Bincangkan faktor-faktor termenterinya Perjanjian Hudaibiyah dan implikasinya.

[25]

13. Huraikan perkembangan dan peranan matawang Islam dan peranannya sehingga abad ke 18 masihi.

[25] 14. Jelaskan kaedah pendidikan Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w ketika berada di

Makkah dan Madinah. [25] 15. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kemunculan mazhab dalam Islam dan kesannya. [25] 16. Huraikan tujuan penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam serta sumbangan tokoh

pelayar Islam terulung Ibn Battutah. [25]

KERTAS SOALAN TAMAT

Kod Kertas: 940/1

MAJLIS PENGETUA-PENGETUA MALAYSIA CAWANGAN NEGERI MELAKA

STPM 2010

SKEMA PEMARKAHAN

SEJARAH KERTAS 1

( TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 )

PERINGATAN :

Skema pemarkahan ini adalah khas untuk kegunaan pemeriksa dan tidak boleh dikemukakan kepada pihak yang tidak berkenaan.

Skema ini terdiri daripada 38 halaman bercetak.

© Hakcipta Majlis Pengetua-pengetua Malaysia Cawangan Negeri Melaka 2010

SULIT

2

1. Organisasi sosial merupakan salah satu daripada ciri penting dalam ketamadunan manusia. Dengan merujuk kepada tamadun Mesir Purba, huraikan organisasi sosial masyarakat dalam tamadun tersebut.

Pengenalan (3 M) 1. Definisi tamadun 2. Konsep organisasi sosial 3. Latar belakang tamadun Mesir

Isi-Isi Penting (5 isi x 4M = 20 M) 1. Raja dan Kerabat Diraja

a. Raja mempunyai kedudukan tertinggi dan dianggap sebagai Tuhan yang melindungi rakyat.

b. Raja ialah sumber kekuasaan dan berperanan sebagai ketua pendeta, ketua pentadbir dan ketua hekim negara.

c. Raja ialah lambang kebenaran dan keadilan (maat) yang memperkenalkan peraturan dan undang-undang untuk memelihara keamanan dalam negara.

d. Putera-putera raja menerima pendidikan daripada guru yang dilantik untuk mengajar matematik, seni bina, astronomi, kesenian dan sains.

e. Setelah dewasa, putera-putera raja akan menerima latihan ketenteraan dan mengambil bahagian dalam ekspidisi ketenteraan.

f. Putera raja akan berkahwin dengan adik kandung atau sepupunya sewaktu kanak-kanak untuk mengekalkan kesucian keturunan.

2. Golongan Bangsawan dan Paderi

a. Pegawai tinggi kerajaan dilantik dari kalangan anggota keluarga diraja atau golongan bangsawan.

b. Jawatan penting di peringkat pusat termasuk pengurus, pegawai penguasa, pendeta dan pekerja.

c. Raja dibantu oleh wazir untuk menjalankan pentadbiran diperingkat wilayah. d. Golongan pendeta mempunyai hierarki sendiri dan mempunyai tugas dalam

bidang keagamaan. e. Pendeta juga mempunyai pengaruh dalam bidang khususnya dalam soal

pelantikan raja. 3. Anggota tentera

a. Semasa pemerintahan Dinasti Kelapan, sebuah angkatan tentera yang besar dan mempunyai struktur organisasi yang tersusun telah ditubuhkan.

b. Pekebun-pekebun kecil, golongan artisan, dan kumpulan profesional sederhana menyertai angkatan tentera untuk meningkatkan status dan taraf hidup mereka.

c. Anggota tentera yang berjaya dalam kempen peperangan dibenarkan memiliki pembantu rumah, diberikan harta rampasan perang, ganjaran , pangkat, dan tanah estet diraja.

4. Buruh Raja

a. Selain golongan serf yang bekerja dalam bidang pertanian, buruh raja terdiri daripada pekerja lombong emas, tembaga turquoise, pekerja kuari, pekerja binaan, dan tukang membuat tembikar dan pengangkut air.

b. Tugas utama golongan ini adalah untuk membina candi-candi diraja. Mereka bekerja hampir sepanjang tahun dan dibayar dalam bentuk gandum dan barli.

c. Golongan ini mempunyai rumah berhala sendiri dan tribunal untuk menyelesaikan masalah.

3

5. Petani

a. Pada zaman Kerajaan Lama, golongan petani ditindas oleh tuan tanah. Para petani terikat kepada tuan tanah dan apabila tanah dijual, mereka akan menjadi milik tuan tanah baru.

b. Para petani yang berkhidmat atas tanah raja diberi sedikit kebebasan dan mereka dikehendaki bekerja sebagai buruh paksa dalam pembinaan candi.

c. Pemberontakan yang berlaku pada Zaman Kerajaan Pertengahan menyebabkan pemerintah Dinasti ke –11 dan ke –12 mengurniakan piagam yang liberal kepada estet-estet pertanian.

d. Pada zaman Pemerintahan Kerajaan Baharu, petani diberi kebebasan dan tanah oleh raja. Tanah tersebut boleh diwarisi , tetapi tidak boleh dipindah milik.

6. Hamba

a. Golongan hamba tidak mempunyai kebebasan dan terdiri dariada orang asing, khususnya tawanan perang.

b. Pada zaman Pemerintahan Kerajaan Baharu, hamba memainkan peranan penting dalam bidang ekonomi dan sosial. Mereka bekerja sebagai buruh di ladang yang dimiliki oleh raja atau rumah berhala.

c. Pada zaman pemerintahan Ramses III, golongan hamba terdiri daripada tawanan perang dari Syria yang dipaksa bekerja dalam sektor pembinaan.

Kesimpulan (2 M) Apa-apa sahaja yang berkaitan.

4

2. Takrifkan konsep negara kota dan jelaskan ciri-ciri negara kota dalam Tamadun Mesopotamia.

Pengenalan (3 M)

- Tamadun Mesopotamia diasaskan oleh orang Sumeria sekitar tahun 3500 S.M. dilembah Sungai Tigris dan Euphrates. Petempatan-petempatan awal terdiri daripada kampung-kampung kemudiannya berkembang menjadi bandar dan seterusnya muncul sebagai negara kota.

- Negara kota muncul sebagai unit politik dan agama yang menguruskan dan mengawal pentadbiran.

- Negara kota muncul sebagai satu unit politik dan agama untuk menguruskan dan mengawal kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan terusan.

- Antara negara kota yang muncul di Sumeria pada zaman dinasti awal ialah Sippar,Kish,Nippur,Ur,Eridu,Lagash,Uruk,Assur dan Mari.

Isi-Isi Penting (5 isi x 4 M = 20 M) A. Konsep Negara Kota ( 5M)

- Negara kota merupakan tahap awal pembentukan negara. Setiap negara kota terletak di kawasan tertentu dan mempunyai sistem pentadbiran dan undang-undang.

- Setiap negara kota juga merupakan kerajaan yang berdaulat dan mempunyai unit politik tersendiri.

- Negara kota sering berperang untuk meluaskan wilayah. Penduduk mempunyai kesedaran tentang perjuangan kepentingan bersama dan semangat patriotisme terhadap negara kota masing-masing.

B. Ciri-ciri Negara Kota Mesopotamia

1. Ciri-ciri fizikal negara kota Mesopotamia (5M)

- Setiap Negara kota mempunyai ciri-ciri fizikal yang tersendiri. - Kawasan utama dalam negara kota ialah pusat kota,tembok kota,luar kota, dan

pelabuhan. - Di dalam negara kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, kedai dan

pasar. Di luar kota pula terdapat kawasan pertanian dan penternakan. - Negara kota juga mempunyai kubu pertahanan dan pintu gerbang yang menjadi

lambang kekayaan sesebuah kota. - Pelabuhan memainkan peranan penting sebagai pusat perdagangan yang

mempunyai kemudahan seperti tempat penginapan, setor dan tempat berjual-beli. - Negara-negara kota juga mempunyai jalan-jalan yang lebar dan lurus serta

mempunyai ukuran yang standard. - Tembok-tembok didirikan untuk mempertahankan negara daripada serangan musuh. - Negara-negara kota mempunyai keluasan yang berbeza. 2. Ciri-ciri politik negara kota Mesopotamia (5M) Raja - Setiap negara kota ditadbir oleh raja yang mempunyai kuasa mutlak. Raja dianggap

wakil rakyat yang dipilih oleh tuhan untuk menjalankan pentadbiran Negara kota. - Raja memainkan peranan sebagai panglima tentera, ketua hakim dan ketua pendeta. - Dalam menjalankan pentadbiran, raja dibantu oleh ketua pendeta, pesuruhjaya,

ketua penyelia, penyelia, jurutulis dan pekerja. - Dalam bidang keagamaan, raja memainkan peranan dalam pembinaan dan

pengurusan rumah berhala, perlantikan pendeta dan menjalankan perayaan keagamaan.

5

- Dalam bidang ketenteraan, raja berperanan merangka kempen ketenteraan dan mengetuai pasukan tentera dalam medan peperangan.

- Sebagai ketua hakim, raja harus memastikan semua lapisan masyarakat mendapat keadilan dan layanan yang sewajarnya.

Dewa Negara Kota - Negara kota terletak di bawah naungan dewa negara kota yang dikenali sebagai city

gods. - Negara kota Lagash dinaungi oleh Dewa Ningirsu manakala negara kota Ur dinaungi

Dewa Nanna. Ketua Pendeta

- Dibantu oleh pesuruhjaya

Pesuruhjaya

- Dikenali sebagai agrig, dibantu oleh penyelia yang mengawasi pegawai bawahan. Penyelia dan jurutulis

- Mengawasi golongan pekerja dan buruh yang bertugas di bawah mereka. Buruh dan Pekerja

- Dibahagikan kepada badan-badan awam yang berlainan dan mempunyai organisasi yang tersendiri.

3. Ciri-ciri sosial negara kota (5M)

- Dari segi struktur sosial,masyarakat di negara kota Mesopotamia dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu golongan atasan, golongan pertengahan dan golongan bawahan.

- Golongan atasan terdiri daripada raja dan golongan bangsawan. - Raja mempunyai kuasa tertinggi dan menduduki tangga teratas dalam struktur sosial

masyarakat. Berperanan sebagai wakil dewa negara kota yang mentadbir negara dengan adil dan saksama.

- Golongan bangsawan terdiri daripada panglima tentera, ketua pendeta, pembawa alatkebesaran diraja, penguasa istana dan gabenor provinsi.

- Golongan kelas menengah terdiri daripada golongan profesional seperti pengusaha bank,pedagang, doktor, jurutulis dan artisan. Mereka memainkan peranan penting dalam bidang ekonomi, mempunyai kesatuan sekerja bagi menjaga kebajikan mereka.

- Golongan bawahan terdiri daripada rakyat biasa dan hamba. Dikenali sebagai Hupshi. Golongan yang paling rendah kedudukannya dalam organisasi sosial Mesopotamia ialah hamba yang terdiri daripada tawanan perang dan orang berhutang.

4. Ciri-ciri ekomomi negara kota (5M) - Kegiatan ekonomi negara kota terdiri daripada pertanian, perdagangan dan

perindustrian. - Pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama negara kota Mesopotamia. - Tanah pertanian dimiliki oleh raja , golongan bangsawan dan pegawai tentera.

Ladang besar dimiliki oleh rumah berhala dan diusahakan oleh kakitangan rumah berhala.

- Tanah pertanian dibahagikan kepada tiga kategori iaitu tanah milik tuan tanah yang diusahakan penduduk negara kota. Tanah makanan iaitu hasil tanah diagihkan oleh kakitangan rumah berhala. Tanah sewa iaitu hasil sewa digunakan oleh kakitanganrumah berhala atau diagihkan kepada rakyat.

- Perdagangan juga kegiatan ekonomi yang penting dan mewujudkan hubungan perdagangan antara negara kota dengan negara kota lain.

6

- Kegiatan perdagangan bulu dan kulit binatang merupakan sumber ekonomi penting. - Perindustrian. Industri tekstil dikendalikan oleh rumah-rumah berhala dan istana.

Kesimpulan (2 M)

- Kesimpulannya,Negara kota Mesopotamia mempunyai ciri-ciri fizikal, sosial,politik dan ekonomi.Kemunculan negara kota melambangkan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat Mesopotamia dalam bidang politik, sosial dan ekonomi .

- Negara kota menjadi asas kepada kelahiran empayar di Mesopotamia sekitar tahun 2350 S.M.

7

3. Huraikan sebab-sebab yang membawa kepada berlakunya peperangan dalam tamadun awal manusia.

Pengenalan (3 M)

- Peperangan boleh ditakrifkan sebagai konflik di antara kumpulan-kumpulan pesaing dengan menggunakan taktik kekerasan, termasuk pemberontakan bersenjata dan perang saudara. la bersifat konflik yang terancang untuk mencapai objektif-objektif tertentu dan dikatakan bermula dengan munculnya manusia bertamadun.

- Adalah suatu fenomenon sejagat yang menggariskan sejarah tamadun awal sejak Mesopotamia kuno Mesir sehingga masa kini. Berhubung rapat dengan proses perubahan masyarakat manusia dan negara. Kemajuan sosial, politik, ekonomi dan budaya sesuatu negara adalah dipengaruhi oleh peperangan oleh kerana peperangan biasanya merupakan titik perubahan dalam sejarah tamadun dunia.

- Pandangan positif terhadap peperangan ialah mencapai kemajuan manusia seperti dalam bidang teknologi dan industri manakala pandangan negatif, menurut manusia seperti dalam bidang teknologi dan industri manakala pandangan negatif, menurut Toynbee dalam Study of History, ialah punca kemerosotan dan kejatuhan sesuatu tamadun manusia.

Isi-Isi Penting (7 isi x 3M = 21 M) 1. Pembentukan dan perluasan empayar

- Peperangan selalunya ditujukan kepada kepentingan menguasai negara-negara jiran, sumber-sumber alam, tenaga manusia atau kawasan-kawasan yang dianggap strategik bagi imperialis.

- Berdasarkan konsep bahawa negara yang kuat haruslah memimpin negara yang lemah seperti yang dikatakan oleh Pericles, seorang pemimpin Yunani pada kurun ke 5 SM. Imperialisme dan pembinaan empayar adalah bertujuan memperkukuhkan kedaulatan dan kuasa politik sesuatu monarki pada peringkat awal tamadun manusia.

- Luasnya empayar dianggap sebagai kayu ukur untuk menguatkan kegemilangan sesuatu sistem pemerintahan serta meningkatkan kemegahan dan kemuliaan seseorang raja yang dapat diperoleh melalui keberanian dalam medan perang.

- Sesebuah kerajaan bukan sahaja bergantung kepada agama seperti hak ketuhanan, raja tetapi juga proses penaklukan untuk mengesahkan pemilihan kuasa politiknya ke atas rakyat bawahan.

- Peperangan adalah perlu untuk menyatukan kesemua kelompok penduduk yang berlainan bangsa, kepercayaan dan adat, agama, dan bahasa. Contohnya ialah Chandragupta Maurya yang mewujudkan empayar pertama dalam sejarah India. Dari pusat kuasanya di Bihar, kuasa Maurya telah dikuatkuasakan ke atas penduduk-penduduk di Lembah Indus dan Deccan. Dasar imperialisme juga dapat disaksikan dengan penaklukan Iskandar Zulkarnain yang berjaya meluaskan empayar Yunani ke Asia dan akhirnya melahirkan suatu sistem kebudayaan yang dikenali kebudayaan Hellenistic. Dasar imperialisme juga nyata sekali dalam pembinaan empayar Rom.

2. Masalah sempadan

- Peperangan juga dilakukan untuk menjamin keselamatan dan kedaulatan negara daripada diceroboh oleh musuh-musuh. Fenomena ini selalunya berpunca daripada ketiadaan sempadan yang tetap tetapi sentiasa berubah-ubah akibat pengembangan atau pengecutan kuasa sesuatu kerajaan.

- Oleh sebab sempadan-sempadan tidak didasarkan persetujuan politik tetapi ditentukan oleh faktor-faktor geografi atau keperluan sesuatu unit politik, maka perselisihan kerap kali timbul yang membawa kepada pencetusan peperangan.

8

- Contoh-contoh ialah tamadun Mesopotamia kuno di mana peperangan berlaku di kalangan negara kota yang disebabkan ketiadaan sempadan yang jelas.

- Sempadan-sempadan negara China sejak Dinasti Chou juga menghadapi serangan-serangan orang gasar (Hsiung-nu) dan Kerajaan Chin terpaksa mencantumkan semua tembok pertahanan untuk mempertahankan negaranya daripada musuh-musuh . Tembok ini dikenali sebagai Tembok Besar China yang panjangnya hampir 2250 batu.

- Di empayar Rom tekanan-tekanan dalaman seperti pertambahan bilangan penduduk juga mencetuskan peperangan di kawasan sempadan-sempadan.

3. Menguasai Sumber Ekonomi

- Peperangan juga merupakan suatu saluran untuk memperoleh sumber-sumber ekonomi yang penting untuk kepentingan rakyat dan asas kekuasaan kerajaan.

- Persaingan selalu tercetus untuk merampas atau menguasai sumber-sumber bahan mentah seperti logam mendapatkan tanah-tanah yang subur untuk pertanian, mendapatkan tenaga perburuhan; tenaga hamba untuk mengerjakan ladangladang besar yang dikenali Latifundia di Semenanjung Itali dan Afrika Utara.

- Di Mesopotamia, negara-kota sering berperang untuk mengawal sumber air daripada sungai Tigris dan Euphrates.

4. Persaingan dalam bidang ekonomi, politik dan wilayah.

5. Mengatasi pemberontakan

- Kadangkala peperangan dilancarkan untuk membendung semangat memberontak demi kepentingan mengekalkan kestabilan rejim diktator.

- Sparta, misalnya, menakluk negara kota jirannya iaitu Messenia dan penduduk-penduduknya dipaksa mengusahakan tanah pertanian untuk rakyat Sparta yang hanya berperanan sebagai askar. Tentera Sparta biasanya melakukan kekerasan untuk menghambakan orang-orang Messenia dan memecahkan semangat penentangan.

6. Melindungi Ekonomi Perniagaan

- Kekerasan dan peperangan untuk melindungi ekonomi perniagaan di dalam negara/empayar dan juga di luar negara.

- Perdagangan antarabangsa dan jalan perdagangan biasanya meliputi beberapa kawasan yang luas dan perlu dilindungi untuk menjamin eksport dan import.

- Rom, misalnya berperang dengan Carthage untuk mengekalkan monopoli perdagangan di seluruh Lautan Meditteranean.

7. Faktor Agama

- Kemenangan Athens ke atas Parsi dalam Perang Parsi seperti yang ditulis oleh Herodotus adalah disebabkan oleh faktor agama. Parsi (beragama-theist) dengan Athens (atheist).

Kesimpulan (1 M) - Peristiwa peperangan adalah suatu fenomena sejagat. Objektif-objektifnya adalah

berbeza mengikut perbezaan tamadun dan jangka waktu. - Pada asasnya peperangan timbul daripada sifat manusia yang cenderung untuk

menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu konflik. - Akhirnya, peperangan merupakan suatu faktor utama yang menentukan corak

perjalanan sejarah dunia.

9

4. Takrifkan konsep ekonomi kapitalisme dan jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Eropah dari tahun 1400 hingga tahun 1700 Masihi.

Pengenalan (3 M)

1. Zaman kemuncak Pertengahan ( 1050 – 1270 ) merupakan zaman berlakunya pelbagai perubahan dari segi ekonomi, politik dan sosial di Eropah Barat. Perubahan tersebut menjadi asas kepada zaman Eropah Moden yang bermula dengan kemunculan gerakan Renaissance di Itali dan kemunculan negara kebangsaan.

2. Perkembangan ekonomi di zaman Pertengahan Akhir ( 1270 ). a. Wujudnya bandar perdagangan seperti Florence, Milan dan Venice. b. Pertambahan kekayaan dan asimilasi pelbagai budaya dan tradisi. c. Kewujudan Kesatuan dagang dan Kesatuan Tukang yang menjadi kepentingan

pedagang dan tukang. Isi-Isi Penting (7 x 3 = 21 M) 1. Takrif Konsep Ekonomi Kapitalisme

a. Sistem yang menggalakkan pengumpulan modal, kebebasan ekonomi, hak milik

persendirian, kebebasan pasaran dan perniagaan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan.

b. Membolehkan individu atau kumpulan individu berusaha menambahkan kekayaan dengan melabur semua keuntungan.

c. Melibatkan sistem pembayaran upah kepada kaum buruh berdasarkan prinsip persaingan perniagaan untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

d. Sistem pengeluaran, pengedaran dan pertukaran secara besar – besaran yang bercorak baru.

2. Faktor perkembangan sistem Kapitalisme

a. Gerakan Renaissance dan Refomasi

- Gerakan Renaissance pada abad ke – 14 Masihi dan refomasi telah

memperkembangkan kapitalisme. - Perkembangan aliran pemikiran Individulisme, humanisme, sekularisme dan

rasionalisme telah melemahkan peranan agama dalam bidang ekonomi dan melahirkan masyarakat yang mementingkan kebebasan dan kekayaan kebendaan.

- Masyarakat di bandar Milan, Venice dan Florence telah mendorong kepada kelahiran sistem ekonomi kapitalisme melalui aktiviti pinjman, pelaburan dan pertukaran wang.

b. Fahaman Calivinisme

- Gerakan reformasi yang dibawa oleh John Calvin dalam pemikiran agama Kristian di

Eropah telah mendorong kepada perkembangan ekonomi kapitalisme. - Ajaran Calvin membenarkan amalan riba dengan tujuan menggalakkan masyarakat

bekerja keras. Fahaman ini menyebabkan negara Protestan mengenepikan Canon Law dan membolehkan pedagang membebaskan diri daripada kawalan paderi dan peraturan lama.

c. Kemunculan Negara bangsa

- Raja-raja negara bangsa merupakan penggerak kepada perkembangan sistem

kapitalisme. Setiap negara bangsa berlumba-lumba untuk mengumpulkan kekayaan.

10

- Untuk tujuan itu, penjelajahan dan penerokaan ke kawasan baru digalakkan. Putera Henry dari Portugal Raja Ferdinand dari Sepanyol telah membiayai dan memberikan galakan kepada aktiviti tersebut.

d. Dasar Merkantalisme

- Revolusi perdagangan melalui campurtangan kerajaan negara-negara bangsa pada

abad ke-16 dan ke-17 telah menggalakkan pertumbuhan kekayaan dalam negara. - Menerusi dasar ini, kerajaan berusaha mewujudkan sektor pertanian dan

perindustrian yang produktif dan pasaran yang luas. - Untuk tujuan tersebut kerajaan mengadakan dasar melindungi pelabur dan

pedagang tempatan. Ratu Elizeberth ( 1558-1603 ) telah memperkenalkan akta seperti Akta Perantis 1563, Undang-undang kemiskinan 1600, Akta Perkapalan 1650.

e. Dasar Kolonisme

- Perluasan dasar merkantalisme membawa kepada penguasaan koloni di kawasan

timur dan Amerika Latin. - Hal ini memperluaskan lagi sistem ekonomi kapitalisme. Kekayaan koloni mengalir

ke Eropah.

f. Perkembangan Institusi Kewangan - Perkembangan Industri bank berlaku setelah amalan riba diterima oleh masyarakat

Eropah . Menerusi institusi ini kemudahan pinjaman dan kredit ( pembayaran melalui cek ) membolehkan pedagang dan pelabur membuat pelaburan modal dengan membesarkan perniagaan mereka.

- Kesannya lahir golongan kapitalisme yang terdiri daripada pemilik kilang, tuan tanah dan pengusaha lombong.

- Di samping itu sistem bank juga merupakan satu perniagaan yang menguntungkan. Keuntungan yang diperolehi melalui pinjaman, pelaburan dan pertukaran wang telah melahirkan golongan kapitalisme.

- Keluarga Fuggers dan Ausgurg dan keluarga Medici merupakan keluarga yang terkenal dalam perniagaan institusi kewangan di Eropah.

g. Perubahan dalam Organisasi Perniagaan

- Pada zaman pertengahan, aktiviti perdagangan dan pengeluaran dimiliki oleh

individu dan keluarga. Kesatuan Tukang dan kesatuan Dagang terikat dengan peraturan adat yang lebih mementingkan kebajikan sosial.

- Bermula pada abad ke-16 berlaku perubahan dalam organisasi perniagaan dengan penubuhan syarikat perniagaan Regulated dan Joint Stock. Ahli PR mengeluarkan modal dan menanggung kerugian.

- JS ialah syarikat yang modalnya disumbangkan oleh pemegang saham awam dan diuruskan oleh badan pengarah.

- Syarikat England ( 1576 ) merupakan syarikat ragulated yang berdagang di laut Baltik. Syarikat Hindia Timur Inggeris ( SHTI ) 1660 merupakan syarikat joint stock yang terkenal.

- Dengan modal yang besar dan kedudukan yang kukuh, membolehkan syarikat menyediakan kemudahan perdagangan dan mendapatkan perlindungan ketenteraan.

- Kewujudan organisasi tersebut memperkukuhkan lagi sistem ekonomi kapitalisme di Eropah.

11

Kesimpulan (1 M)

- Sistem ekonomi kapitalisme semakin penting di Eropah barat apabila berlakunya Revolusi Industri yang bermula pada abad ke-18.

- Menerusi sistem ini negara Eropah menjadi kaya dan menguasai ekonomi dunia.

12

5. Huraikan dasar pendidikan negara kota Athens dan Sparta pada abad ke 5 Sebelum Masihi.

Pengenalan (3 M)

- Dasar pendidikan merujuk kepada objektif pendidikan dalam sesuatu tamadun. - Objektif kebiasaanya berbeza-beza dengan falsafah yang menjadi pegangan

sesuatu tamadun. - Dalam konteks negara kota Athens dan Sparta, amat jelas kedua-duanya

mempunyai dasar pendidikan yang khusus. - Konsep negara kota.

Isi-Isi Penting (20 M)

1. Dasar Pendidikan di Negara Kota Sparta (10 M)

a. Keadaan politik membentuk dasar pendidikan. b. Dalam negara kota Sparta, dasar pendidikannya adalah untuk melahirkan

golongan helot dan individu yang taat setia kepada negara dan pemerintah. c. Melahirkan golongan latihan fizikal yang berkaitan dengan ketenteraan. Aktiviti

sukan yang tidak berkaitan dengan ketenteraan tidak diajar. d. Dalam memenuhi dasar pendidikan Sparta, langkah-langkah berikut telah

dilaksanakan untuk membentuk disiplin individu dan ketahanan negara. Langkah-langkah telah dilaksanakan seperti anak-anak yang dilahirkan dalam keadaan cacat dan tidak berupaya dihapuskan. Kanak-kanak yang berusia 8-18 tahun dan belia dikehendaki tinggal di berek dan mereka dilatih dengan teruk. Latihan mereka termasuklah aktivit sukan dan latihan setiap hari. Apabila kanak- kanak mencapai usia 18 – 20 tahun, mereka diberikan latihan ketenteraan yang profesional. Dalam usia 20 – 30 tahun, mereka ditugaskan diperbatasan. Apabila mencapai usia 30 tahun, mereka dipaksa untuk berkahwin.

e. Mengamalkan dasar pendidikan khusus untuk wanita bagi melahirkan anak yang

sihat seperti menyediakan tempat latihan fizikal.

2. DASAR PENDIDIKAN ATHENS (10 M) a. Dalam negara kota Athens pula, dasar pendidikannya boleh dibahagikan kepada dua

tahap, Tahap Pertama ialah zaman Lama ( sehingga 479 SM ) dan tahap kedua Zaman Baru ( selepas 479 SM ).

b. Pendidikan di Athens Lama.

Pada Zaman Lama, dasar pendidikannya adalah untuk membentuk warganegara dan lahir sebagai pelajar yang bersifat individulistik. Pendidikan akan diselia oleh negara dan tidak wajib. Guru – guru yang mengajar pula adalah persendirian. Pelajar perempuan pula tidak terlibat dalam pendidikan dalam bilik darjah.

c. Dalam memenuhi dasar pendidikan lama Athens, langkah – langkah telah

dilaksanakan.

1. Kanak – kanak yang berusia antara 1 – 8 tahun akan diletakkan di bawah pengawasan ayah/keluarga, ketua kaum atau kuil. Kanak – kanak perempuan pula akan menimba ilmu dari ibu.

13

2. Kanak – kanak yang berusia antara 8 – 16 tahun ke sekolah yang pelbagai. Antaranya ialah sekolah Tatabahasa yang mengajar menulis, membaca dan mengira. Sekolah Muzik mengajar kecapi dan seruling, Sekolah Gimanstik yang menekankna sukan dan permainan. Matlamat akhir pendidikan adalah untuk membentuk individu yang seimbang dalam pertumbuhan minda, jiwa dan fizikal.

3. Mereka yang mencapai usia 16 – 18 tahun pula akan gimanasium dan di situ

mereka diajar atelit dan aspke ketenteraan. 4. Pendidikan Athens Zaman Baru.

Dasar pendidikan di Athens pada zaman Baru adalah untuk melahirkan masyarakat yang lebih terbuka dengan mengamalkan nilai individulisme.

5. Untuk memenuhi falsafah hidup baru ini, pendidikan zaman baru berorganisasikan seperti di bawah ini; a. Sekolah Rendah untuk kanak – kanak berumur 7 – 13 tahun dan penekannan

kepada pembacaan, penulisan, arimetik dan nyayian. Pengajarnya dikenali sebagai Sofis.

b. Sekolah Menengah atau Akademik : untuk kanak – kanak berusia 13 – 16

tahun dan penekannan kepada geometri, lukisan, muzik, tatabahasa dan retorik.

c. Pendidikan Tinggi atau Universiti : selepas usia 16 tahun – subjek diubah dari

ketenteraan kepada kesusasteraan. Tujuannya adalah untuk menyediakan individu kepada kerjaya awam. • Banyak sekolah falsafah dan retorik dibentuk.

• Universiti Athens adalah gabungan sekolah falsafah.

• Pendidikan tinggi berkembang ke Alexanderia dan kawasan – kawasan lain.

6. Pendidikan Zaman Baru dipengaruhi oleh perubahan – perubahan yang berlaku

dalam masyarakat selepas Perang Parsi. Masyarakatnya kini lebih terbuka, warganegara baru yang sukakan kesenangan dan mementingkan perkembangan individulisme.

Kesimpulan (2 M)

- Dasar pendidikan Sparta dan Athens mempunyai perbezaan yang jelas. Pendidikan Sparta hanya bermotifkan untuk melahirkan individu yang lasak untuk berkhidmat dalam ketenteraan.

- Di Athens pula, ia terbahagi kepada dua zaman dengan dasar yang berbeza. Pada Zaman Lama, ia menekankan konsep erete yang memenuhi kehendak minda, jiwa dan fizikal. Kekuasaan intelektual ( intelectual power ) bukan objektif pendidikan zaman ini. Ia hanya menekankan kesederhanaan dalam segala hal dan matlamat akhir adalah untuk berkhidmat dalam negara kota.

- Pada Zaman Baru pula ia lebih bersifat universal dan menekankan penghargaan terhadap keindahan alam, kesenian dan sastera, perkembangan intelektual, pembentukan moral, kebebasan politik dan kemajuan sosial. Pendidikan zaman ini memberi kebebasan untuk menentukan nilai moral, mengutarakan idea – idea agama dan tugas – tugas kebajikan atau hak dan tanggungjawab warganegara.

14

6. Bincangkan sistem perundangan dalam Tamadun China pada Zaman Dinasti Shang hingga Zaman Dinasti Ching.

Pengenalan (3 M)

- Undang-undang dapat didifinisikan sebagai suatu himpunan peraturan berdaulat dalam sesuatu masyarakat menurut sistem kenegaraan yang menentukan bagaimana individu harus bertindak dalam masyarakat tersebut. Pada zaman moden, undang-undang dianggap sebagai suatu himpunan persetujuan yang dibuat oleh manusia dalam masyarakat yang diatur secara politik dan menjadi persetujuan yang mengatur hubungan antara seseorang dengan seseorang yang lain.

- Undang-undang dapat dikesan dalam tamadun China sejak zaman tradisi hingga zaman moden.

- Objektif undang-undang di China tidak bertujuan melindungi rakyat tetapi atas dasar kepentingan negara.

- Latarbelakang Dinasti Shang dan Ching. Isi-Isi Penting (10 isi x 2M = 20 M)

1. Undang-undang China boleh dibahagikan kepada 2, iaitu Undang-undang bertulis

(formal) dan kedua undang-undang adat ( Coustomary law ). Undang-undang formal adalah yang berasaskan kod-kod yang diasaskan dalam setiap dinasti dan sebahagian besar daripada undang-undang bertulis China Sebelum Zaman Moden adalah bersifat undang-undang jenayah. Kos yang terlibat untuk mendapatkan keadilan daripada perundangan formal adalah tinggi dan masyaralat juga perlu ke bandar untuk mendapatkan perundangan formal.

2. Di bawah customary law, Ketua Puak, Ketua Kampung ataupun persatuan

diberikan kebebasan dan kuasa untuk menguruskan hal ehwal tempatan termasuk menyelesaikan perbalahan kecil dengan syarat ianya tidak bertentangan dengan kepentingan negara. Customary law digunakan terutama bagi menyelesaikan perbalahan di peringkat bawahan masyarakat China seperti puak, kampung dan persatuan. Di bawah Customary Law, ketua-ketua persatuan juga diberi kuasa untuk menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan ahli-ahli mereka. Perkara-perkara berhubung dengan persaingan tidak adil, tidak berpegang kepada kontrak, perlindungan perdagangan dan sebagainya dikendalikan oleh ketua-ketua persatuan. Ahli-ahli yang didapati bersalah dikenakan tindakan disiplin oleh persatuan-persatuan ini.

3. Undang-undang tradisional China juga meliputi dua jenis hukuman kolektif

(collective punishment ), pertama hukuman yang berkait rapat dengan sistem keselamatan tempatan yang dikenali sebagai organisasi baaja. Organisasi ini adalah penyatuan 10,100 atau 1000 buah keluarga untuk menyediakan satu rangkaian keselamatan polis dalam sesuatu daerah. Melalui sistem ini, setiap keluarga harus memerhati keluarga lain dan adalah menjadi kesalahan besar sekiranya sesebuah keluarga gagal melaporkan kesalahan ahli keluarga lain.

4. Kesalahan kolektif jenis kedua dikenali sebagai tanggungjawab kolektif yang

dikenakan ke atas ahli keluarga dan saudara mara pesalah bagi beberapa kesalahan besar. Mengikut Qing Code, hukuman tanggungjawab kolektif adalah amat berat. Sebagai contoh: sekiranya seseorang itu didapati melakukan pengkhianatan atau penderhakaan, maka kesemua ahli keluarga dan sanak saudara lelaki pesalah yang berumur 16 tahun ke atas turut dikenakan hukuman mati. Ahli keluarga dan sanak saudara perempuan pesalah berumur 15 tahun dan ke bawah pula akan dijadikan hamba. Terdapat beberapa sebab mengapa hukuman tanggungjawab dikenakan. Pertama,masyarakat China berpendapat bahawa hukuman ke atas pesalah sahaja tidak memadai berbanding dengan kecelakaan yang dialami oleh negara akibat

15

perbuatan pesalah tersebut. Keduanya, mengikut kepercayaan orang-orang China, untuk menghapuskan syaitan yang terkandung dalam pesalah maka ahli keluarganya juga perlu dihapuskan. Ketiga, dengan membunuh ahli keluarga lelaki maka tiada siapa yang akan menuntut bela. Keempat, sebagai pengajaran kepada ahli keluarga kerana gagal mendidik pesalah.

5. Undang-undang bertulis awal di China adalah Fa Jing ( Canon Law ) yang digubal

pada tahun 400 SM. Undang-undang ini terbahagi kepada enam bahagian, iaitu undang-undang mengenai pencurian, jenayah, penahanan, penangkapan dan undang-undang pelbagai dan am.

6. Undang-undang bertulis mencapai kemuncak pada zaman Dinasti Tang dengan penghasilan Tang Code pada tahun 653 M. Ia mengandungi 502 artikel yang terbahagi kepada 12 bahagian seperti berikut.

a. Ming Li ( syarat dan prinsip am ). b. Wei Jin ( Pengawal diraja dan larangan ). c. Zhih Zhih ( Peraturan pentadbiran ). d. Hu Hun ( keluarga dan perkahwinan ). e. Jiu Ku ( Kuda dan Harta ). f. Shan Xing ( Levi kerja wajib yang tidak sah ). g. Zei Dao ( Pencurian dan kekerasan ). h. Dou Song ( Konflik dan aduan ). i. Zha Wei ( Disepsi dan Penipuan ). j. Zalu ( kanun-kanun pelbagai ). k. Bu Wang ( Penawanan dan pelarian ). l. Duan Yu ( Perbicaraan dan pemenjaraan )

7. Tang Code menggariskan lima jenis hukuman utama yang boleh dikenakan kepada pesalah. Hukuman-hukuman ini adalah seperti berikut:

a. Pembunuhan dengan mencekek leher atau pemancungan. b. Dibuang negeri. c. Pengabdian. d. Pemukulan dengan buluh yang berat. e. Pemukulan dengan buluh yang ringan.

8. Perkembangan perundangan dengan objektif yang sama dapat dilihat pada zaman

Dinasti Ming. Usaha-usaha telah diambil untuk membina semula sistem perundangan China sejajar dengan Tang Code dan pengalaman dari Dinasti Yuan. Usaha ini yang berlanjutan selama 30 tahun membawa kepada penggubalan Ming Code pada tahun 1374 M.

9. Sewaktu Zaman Dinasti Yuan, hukuman mencekik leher digantikan dengan

pembunuhan dengan memotong pesalah. Pesalah akan dipotong sebanyak 24, 36 ataupun 120 kali.

10. Pada zaman Dinasti Ching, hukuman mencekik leher dan pemancungan

terbahagi kepada dia, iaitu hukuman mati yang dilakukan serta merta dan yang ditangguhkan. Di bawah hukuman mati ditangguhkan, pesalah akan dipenjarakan sehingga arahan sebenar untuk melaksanakan hukuman mati dikeluarkan.

11. Hukuman buang negeri pula ialah memaksa pesalah berkhidmat dalam tentera di

kawasan yang jauh. Hukuman ini diperketatkan di bawah Dinasti Ching dengan menghantar pesalah berkhidmat di kawasan pendalaman, kawasan penyakit malaria ataupun dihantar menjadi hamba di pusat tentera di Manchuria ataupun Tartar.

16

12. Perlaksanaan hukuman dengan buluh dilakukan mengikut siri 10. Walaubagaimanpun, sewaktu Dinasti Yuan, pemukulan ringan adalah dalam siri 7,17, 27,37, 47 dan 57 manakala pemukulan berat mengikut siri 67, 77, 87, 97 dan 107.

13. Undang-undang di China menjamin kepentingan negara bukan kepentingan

individu yang berkenaan.

Kesimpulan (2 M)

- Dalam Tamadun China, undang-undangnya berasaskan unsur tradisi yang mempunyai matlamat, iaitu untuk melahirkan masyarakat yang patuh kepada undang-undang.

17

7. Huraikan faktor-faktor yang mendorong kegiatan penjelajahan dan penerokaan bangsa Portugis serta aktiviti penjelajahan dan penerokaan mereka pada abad ke 15 Masihi.

Pengenalan (3 M)

- Penjelajahan dapat diertikan sebagai tindakan atau usaha manusia untuk mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat termasuk daerah, wilayah atau dunia. Ia berkait-rapat dengan tindakan atau aktiviti dengan tujuan penyelidikan atau mencari ilmu pengetahuan.

- Penerokaan pula merupakan satu tindakan atau aktiviti untuk mencari sesuatu yang baru. Dalam konteks ini, penerokaan dapat dikaitkan dengan usaha untuk mencari dan membuka kawasan-kawasan yang baru.

- Penjelajahan dan penerokaan kuasa-kuasa barat secara besar-besaran bermula pada abad ke-15 dan ke-16.

- Kuasa barat yang mempelopori kegiatan ini ialah bangsa Portugis. Orang Portugis melakukan banyak pelayaran ke merata tempat pada abad ke-15. Mereka berjaya menyeberangi Selat Gibraltar dan menakluki pantai barat Afrika. Terdapat banyak faktor yang menggalakkan bangsa Portugis melakukan kegiatan penjelajahan dan penerokaan.

Isi-Isi Penting (10 x 2 M = 20 M)

A. Faktor-faktor Penjelajahan dan Penerokaan Portugis ( 5 x 2 M = 10 M)

1. Pengaruh Renaisans - Zaman Renaisans yang bermula pada kurun ke-13 menggalakkan munculnya

semangat inquiry atau ingin tahu terutamanya tentang hal wujudnya tanah-tanah di luar Eropah yang belum diterokai

- Semangat Renaisans juga mengubah pandangan dunia (world view) orang-orang Eropah. Pada dulunya, perspektif mental mereka adalah berdasarkan pandangan bahawa Eropah bertumpu pada Jerusalem dan Lautan Mediterranean.

- Dunia pada masa itu dianggap terdiri daripada Asia, Eropah, dan Afrika yang mengelilingi Lautan Mediterranean.

- Pengetahuan baharu tentang China melalui Marco Polo telah mencetus semangat baru untuk memperluaskan pengaruhnya.

2. Pengetahuan Tentang Dunia Luar - Cerita-cerita mengenai dunia luar oleh peneroka dan pengembara terdahulu seperti

Marco Polo, Odoric Perdanone dan Lidicivo Verthema turut menjadi pendorong. - Maklumat baru misalnya didapati daripada “The Travels of Marco Polo”. Buku ini

diterjemahkan dalam beberapa bahasa seperti Latin, Sepanyol, German dan Inggeris.

- Selain itu, terdapat penyelidikan dalam bidang geografi dan pelayaran yang ditaja oleh raja-raja yang mementingkan penerokaan maritim.

- Muncul juga segolongan ahli kartografi dan hidrografi yang menghasilkan peta nyang jauh lebih tepat daripada peta Ptolemy.

- Mitos tentang Prester John yang diidentifikasikan sebagai Raja Ethopia juga mendorong penjelajahan dan penerokaan Portugis.

3. Memecahkan Monopoli Perdagangan oleh Saudagar Itali dan Islam - Menjelang abad ke-15, permintaan untuk barangan dari timur seperti rempah-ratus,

ubat-ubatan dan kapas melebihi perbekalan. - Pedagang Islam dan Itali menguasai perdagangan dengan timur dan meraih

keuntungan yang besar dengan menjual barangan tersebut pada harga yang tinggi di pasaran Eropah.

18

- Selain itu, penguasaan Turki ke atas Constantinople dan wilayah-wilayah lain di Timur Dekat menyebabkan kota-kota Itali seperti Venice, Genoa dan Pisa kehilangan banyak pangkalan perdagangan. Bekalan barangan timur juga tidak tetap.

- Oleh itu, negara-negara bangsa khususnya Portugal mencari jalan ke timur untuk memperoleh barangan tersebut pada harga yang rendah dan memecahkan monopoli saudagar-saudagar Islam.

4. Menyebarkan Agama Kristian - Penjelajahan dan penerokaan juga didorong oleh hasrat untuk menyebarkan agama

Kristian. - Raja-raja Eropah dan paderi Krisrian bercita-cita untuk mengembangkan agama

Kristian di luar Eropah iaitu Asia, Afrika dan Amerika setelah berjaya menembusi benua Eropah.

- Di samping itu, terdapat juga kepercayaan bahawa Prester John, seorang tokoh lagenda Kristian menubuhkan kerajaan di Asia atau Afrika.

- Pemerintah-pemerintah Eropah menghantar mesej untuk menjalinkan hubungan Prester John dan menyekat penyebaran agama Kristian di timur.

5. Perlumbaan Antara Negara Bangsa - Negara-negara bangsa seperti Portugal, Sepanyol, England dan Perancis bersaing

untuk meneroka kawasan baharu di benua Asia, Afrika, dan Amerika bagi mendapatkan bahan mentah dan pasaran baru barangan siap mereka.

- Para pemerintah juga memberikan galakan berupa gelaran dan hadiah yang lumayan kepada para peneroka.

6. Perkembangan Kapitalisme dan Merkantalisme - Perkembangan ekonomi kapitalisme menggalakkan kegiatan pengumpulan modal,

hak milik persendirian dan persaingan dalam perniagaaan. - Raja-raja negara bangsa mempelopori perkembangan kapitalisme dengan tujuan

mengaut kekayaan dan mengukuhkan kedudukan mereka. - Perkembangan kapitalisme menyebabkan negara-negara bangsa mengamalkan

dasar merkantalisme yang menekankan dasar mengumpul kekayaan, menambah kekuasaan dan menjaga kebajikan penduduk tempatan.

- Oleh itu, raja-raja negara bangsa berlumba-lumba untuk mengumpul kekayaan dan mendapat keuntungan melalui pelaburan di kawasan-kawasan baru dengan cara memberi galakan dan menaja pelayaran ke seberang laut seperti yang dilakukan oleh Putera Henry dari Portugal.

7. Kemajuan dalam Teknologi Pelayaran - Kemajuan dalam penemuan-penemuan baru seperti carta pelayaran(peta), kompas,

reka bentuk kapal dan astrolab juga mendorong penerokaan dan penjelajahan. - Dalam pembinaan kapal, orang Portugis mempunyai kemahiran membina kapal-

kapal jenis Caravel seberat 2000 ton. Kapal-kapal ini juga kuat dan mempunyai keupayaan mengharungi laut luas.

8. Perang Salib - Perang Salib memberi peluang kepada bangsa Eropah mempelajari tamadun dan

kebudayaan timur dalam pelbagai bidang seperti astronomi, matematik, sains dan perubatan dari dunia Islam.

- Keadaan melahirkan bangsa Eropah yang berfikiran terbuka, mempunyai cara pemikiran yang baru seeta gaya hidup yang suka bersiar-siar dan belayar.

- Perang Salib juga membuka Eropah kepada dunia Timur dan memperoleh barangan berharga dari Timur yang dikuasai oleh saudagar-saudagar Arab.

- Penaklukan wilayah Islam di Sepanyol telah menyebabkan ilmu pelayaran Islam sampai kepada masyarakat Eropah dan membantu mereka menjelajah dunia luar.

19

B. Aktiviti Penjelajahan dan Penerokaan Portugis ( 5 x 2 M = 10 M)

1. Putera Henry - Menubuhkan sekolah pelayaran untuk melatih pelayar-pelayar Portugal belayar dan

berjaya menakluki kepulauan Madeira, Azores, dan belayar sepanjang pantai ke selatan benua Afrika.

- Kapten-kapten yang dihantar oleh Putera Henry terlibat dengan perdagangan hamba yang menguntungkan. Menjelang tahun 1460 M Portugis berjaya menguasai pelabuhan-pelabuhan dari Madeira ke Cape Verda.

2. Diego Cam dan Bartholomew Diaz - Diego Cam belayar sejauh 1400 batu sepanjang pantai barat Afrika antara tahun

1482-1484 M. - Pada 1487 M, Bartholomew Diaz memulakan pelayaran dengan tiga buah kapal dan

berjaya mengelilingi Tanjung Pengharapan.

3. Vasco da Gama - Vasco da Gama melancarkan ekspedisi ke Timur dengan empat buah kapal seberat

120 tan dan 180 orang pelaut. - Pada 1497 M, Vasco da Gama berjaya mengelilingi Tanjung Pengharapan dan

belayar sepanjang pantai timur Afrika hingga ke Malindi. - Dari Malindi, beliau merentasi Lautan Hindi dengan bantuan pelayar Arab, Ibnu Majid

dan sampai ke Calicut, India pada 1498 M. Seterusnya beliau kembali ke Lisbon pada 1498 M dengan kapal yang sarat dengan muatan berharga dari timur.

4. Francisco d’Almedia - Pada 1504 M, Francisco d’Almedia dilantik sebagai wizurai Portugis. Beliau telah

memulakan usaha-usaha menguasai jalan perdagangan dan menghapuskan monopoli perdagangan rempah oleh saudagar-saudagar Islam.

5. Alfonso d’Albuquerque - Pada 1505 M, Alfonso d’Albuquerque dilantik sebagai wizurai. Beliau menjadikan

Goa sebagai pusat pentadbiran. Dari Goa, Portugis mengatur gerakan untuk menguasai jalan perdagangan ke Asia Tenggara yang terkenal sebagai pusat pengeluaran rempah.

6. Lopez de Squera - 11 September 1508 M, satu angkatan Portugis yang diketuai oleh Lopez de Squera

tiba di Melaka. Angkatan ini berundur dari Melaka setelah mengetahui rancangan Melaka menyerang mereka atas hasutan pedagang-pedagang Gujerat.

- Pada 1511 M, Portugis berjaya menakluk Melaka. Selepas itu, usaha-usaha dilakukan untuk menguasai kepulauan Maluku.

- Setelah menguasai kepulauan rempah, Portugis tiba di Canton pada 1517 M dan mengasaskan tanah jajahannya di Macau.

- 1542 M, Pertugis berjaya mengasaskan pusat perdagangan di Jepun. - Seterusnya Portugis berjaya menubuhkan pangkalan di Afrika dan Amerika Selatan.

Kesimpulan (2 M)

- Kekayaan dan kemakmuran yang diperolehi oleh Portugis melalui perdagangan dengan Timur menyebabkan kuasa-kuasa Barat lain seperti Sepanyol, Belanda, Perancis dan Inggeris menghantar angkatan tentera mereka ke Timur.

- Kehadiran kuasa-kuasa barat ini telah mengubah lanskap politik, ekonomi dan sosial masyarakat di timur.

20

8. Jelaskan sumbangan Tamadun China dalam bidang seni ukir pada zaman klasik.

Pengenalan (3 M)

- Istilah seni ukir berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud to carve. Dalam semua tamadun, ukiran dibuat daripada kayu, besi , emas, dan tembaga.

- Tamadun China memberi sumbangan besar dalam bidang seni ukir dapa zaman klasik. Terdapat kemajuan yang pesat dalam bidang seni ukir China sejak zaman Shang lagi.

- Antara bidang seni ukir yang mencapai perkembangan pesat adalah seni ukir batu, seni ukir kayu, seni ukir perak, seni ukir gading dan seni ukir jed.

Isi-Isi Penting (5 isi x 4 M = 20 M) a. Seni Ukir Kayu

- Perkembangan seni ukir kayu nerlaku pada zaman perang (Warring States). Pada

peringkat awal, bidang ini berkembang di bawah naungan golongan kelas pertengahan atas.

- Perabot seperti kerusi dan meja yang dihias dengan ukiran bertatahkan emas dan perak dihasilkan.

- Amalan pemujaan roh nenek moyang menyebabkan seni ukir keranda berkembang. - Pada zaman Tang, terdapat ukiran patung-patung Buddha yang besar daripada

kayu. Pada zaman Ming, ukiran bersifat sekular, dicat atau divarnis.

b. Seni Ukir Batu atau Marmar

- Berkembang sejak zaman Shang. Antara ukiran batu yang dihasilkan adalah objek binatang, manusia serta bekas air. Barang-barang yang diukir daripada batu marmar pada zaman Shang ialah kepala lembu, harimau dan kura-kura.

- Ukiran batu nisan, objek berbentuk kuda dan singa dihasilkan pada zaman Han. Ukiran batu Buddha dihasilkan pada zaman Wei Utara di kuil-kuil di provensi Shansi. Pada zaman Tang, ukiran batu berbentuk semula jadi seperti objek unta, penari wanita dan pemuzik dihasilkan.

c. Seni Ukir Batu Jed - Mempunyai kedudukan istimewa dalam masyarakat China. Pada zaman Shang dan

Chou, batu jed digunakan untuk membuat senjata, mahkota, lencana, alat perhiasan dan objek suci. Pada zaman Ching, seni ukir batu jed memperlihatkan ciri-ciri naturalisme seperti bunga, buah dan burung.

d. Seni Ukir Gading

- Dikesan sejak zaman Shang. Ukiran gading abad ke-8 dan ke-9 M memperlihatkan lengkungan asli gading.

- Gading yang lembut membolehkan seni ukir yang halus dihasilkan pada permukaan gading.

e. Seni Ukir Seramik

- Pada zaman Shang, tradisi membuat seramik jenis seledon yang mempunyai lapisan berwarna biru-hijau atau kelabu-hijau dihasilkan untuk golongan pentadbir. Pada zaman Yuan dan Ming, seramik jenis biru-putih dihasilkan daripada tanah liat.

21

Kesimpulan (2 M) - Tamadun China memberi sumbangan besar dalam bidang seni ukir. Kemajuan seni

ukir China jelas terserlah daripada pelbagai jenis ukiran seperti ukiran kayu, ukiran batu, ukiran jed, ukiran gading dan seramik.

- Pengaruh seni ukir China terutama sekali dalam bidang pembuatan barangan tembikar tersebar ke luar negara. Barangan tembikar buatan China dieksport ke negara-negara di Asia Tenggara.

22

9. Jelaskan konsep kejadian manusia menurut pandangan barat dan Islam serta tujuan manusia dijadikan menurut Al Quran.

Pendahuluan ( 3 M / 4 M ) - Manusia merupakan mamalia yang boleh berfikir dan berkata-kata.dalam bahasa

Latin,manusia dikenali sebagai homospiens.

- Berdasarkan kajian arkeologi manusia sudah wujud sejak 500,000 tahun dahulu iaitu pada zaman air batu.

- Terdapat perbezaan terhadap konsep kejadian manusia mengikut pandangan Barat

dan Islam.

Isi-isi penting ( 20 M )

Konsep kejadian manusia menurut Islam (3 isi X 2 M = 6 M) - Istilah manusia dari sudut bahasa/ Islam bermaksud al-Ins, al Insan, al Nas dan al

Basyar yang menyatakan bahawa manusia itu diamanahkan Allah sebagai khalifah

di muka bumi

- Ini dinyatakan dalam dalam surah al Baqarah ayat 30 yang bermaksud “ingatlah

ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat ( Sesungguhnya Aku ingin menjadikan

seorang khalifah di muka bumi”.

- Manusia berasal daripada keturunan Adam yang dijadikan daripada tanah ( al Tin,

alTurab dan al Salsal )

- Terdapat lima elemen kejadian manusia untuk menggerakkan tubuh iaitu jasad, roh,

akal,nafsu dan hati

- Manusia biasa selain Hawa dan Nabi Isa, dijadikan daripada tujuh peringkat iaitu air

mani,segumpal darah,seketul daging,pembentukkan tulang,tulang yang dibalut

daging,lembaga yang lengkap dan ditiupkan roh.

Konsep manusia mengikut pandangan Barat (2 isi x 2 M = 4 M) - Pandangan barat adalah bersandarkan Teori evolusi yang dibawa oleh Charles

Darwin, iaitu manusia berasal daripada monyet

- Teori yang dibawa oleh oleh Charles Darwin (1802 – 1889 ) iaitu seorang Atheis(Anti

tuhan).amat berpengaruh di Eropah dan negara Islam pada abad ke19 dan awal

abad ke 20

- Mengikut teori ini ,mula-mula manusia tinggal di atas pokok,turun ke tanah berjalan

menggunakan kaki dan tangan,kemudian berdiri tegak dan berjalan menggunakan

kaki

Tujuan manusia dijadikan menurut al Quran (5 isi x 2 M =10 M) - Matlamat kejadian manusia ialah untuk beriman dan bertaqwa kepada Allah serta

meninggalkan larangan-Nya

- Menjadi khalifah dimuka bumi dan mengabdikan diri kepada Allah S.W.T

23

- Peranan atau tanggungjawab manusia ialah amal makruf dan nahi mungkar.

Menggunakan akal berlandaskan al Quran dan mengekang nafsu daripada

kesesatan

- Menuntut keredaan Allah sebagai khaliq supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat

- Menjalinkan persaudaraan sejagat,konsep persamaan taraf tanpa mengenal warna

kulit atau darjat seseorang. Ketinggian darjat seseorang diukur melalui ketaqwaan

dan keimanan kepada Allah berdasarkan Surah al Dzaariyat ayat 56 yang

bermaksud “ Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya menyembah

Aku”.

- Memakmurkan bumi serta memelihara bumi daripada kerosakan akibat rakus dan

tamak

Kesimpulan (1 M / 2 M) - Konsep manusia sebagaimana yang disebut dalam al Quran sangat berbeza dengan

fahaman dan pegangan sekular Barat. Menurut Islam manusia tidak boleh

memisahkan antara dunia dengan akhirat bagi mendapatkan keredaan Allah S.W.T

24

10. Huraikan peranan yang dimainkan oleh golongan Ansar dan Muhajirin dalam perkembangan Islam semasa zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Pendahuluan (2 M / 3 M) - Sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w,Madinah atau dikenali dengan nama Yathrib

merupakan sebuah kota yang kecil dengan bilangan penduduk dianggarkan 4,000

orang hingga 5,000 orang penduduk sahaja.

- Majoriti penduduknya adalah orang Yahudi. Sementara yang berketurunan Arab

adalah daripada suku Aus dan Khazraj jumlah mereka hanya seramai beberapa

ratus tidak sampai seribu orang.

- Golongan Islam terdiri daripada dua kelompok utama iaitu golongan Ansar dan

Muhajirin.Golongan Ansar merujuk kepada masyarakat Madinah yang banyak

memberikan bantuan dan perlindungan kepada golongan Muhajirin iaitu orang Islam

dari Mekah yang berhijrah ke Madinah.

- Golongan Muhajirin merujuk kepada penduduk Islam Makkah yang berhijrah

bersama-sama dengan baginda Rasulullah untuk mendapatkan perlindungan

daripada orang Quraisy dan strategi bagi Rasulullah untuk menyebarkan agama

Islam setelah turunnya wahyu daripada Allah S.W.T

Isi-isi penting (10 isi x 2 M = 20 M) Peranan Golongan Ansar dan Muhajirin pada zaman Nabi Muhammad s.a.w dalam perkembangan Islam

- Semasa di Mekah golongan Muhajirin telah diseksa dengan begitu teruk sehingga

ada yang mati syahid contohnya Bilal bin Rabah, Ammar bin Yassir dan keluarganya.

Mereka sanggup mempertahankan iman dan Islam mereka dengan menahan segala

siksaan yang diperlakukan terhadap mereka.

- Dikalangan dermawan dan hartawan Islam seperti Siti Khadijah dan Abu Bakar al

Siddiq telah mengorbankan harta mereka demi perjuangan Islam contohnya sewaktu

golongan Bani Hasyim dipulaukan oleh kaum Quraisy, harta Siti Khadijah dan Abu

Bakar digunakan untuk membantu perjuangan Islam.

- Golongan Muhajirin sanggup meninggalkan kaum keluarga dan harta benda dengan

melakukan hijrah iaitu ke Habsyah dan Madinah untuk mempertahankan keimanan

dan perkembangan Islam

- Rasulullah s.a.w telah menghantar Mus’ab bin Umayr sebagai guru agama dan al

Quran ke Madinah selepas termenterinya perjanjian Aqabah 1.peranan Mus’ab

adalah besar kerana ia menjadi titik tolak kepada perkembangan Islam yang lebih

menyeluruh di Madinah.

- Golongan Ansar turut memainkan peranan penting dalam perkembangan Islam

kerana sanggup memeterai Perjanjian Aqabah 1dan 2 dengan Rasulullah s.a.w

bererti membuka jalan hijrah Rasulullah s.a.w. dan golongan Muhajirin ke Madinah

dan dapat mengurangkan penderitaan golongan Muhajirin yang diseksa oleh kaum

Quraisy.

- Golongan Ansar telah mengeluarkan sebahagian harta mereka untuk diagihkan

kepada golongan Muhajirin sebagai modal sama ada untuk memulakan perniagaan

25

atau bertani. Ada diantara mereka sanggup menceraikan isteri agar harta dapat

diwarisi oleh golongan Muhajirin.

- Golongan Ansar sanggup menerima golongan Muhajirin sebagai saudara mereka

atau dengan kata lain mereka telah membantu Rasulullah merealisasikan konsep

persaudaraan yang dianjurkan oleh baginda Rasulullah.

- Golongan Ansar dan Muhajirin bersama-sama berganding bahu mempertahankan

agama dan negara Islam seperti yang diperuntukkan dalam Piagam Madinah contoh

bersama-sama dalam beberapa siri peperangan seperti Perang Badar,Perang Uhud,

Perang Ahzab dan Perang Tabuk.

- Golongan Ansar dan Muhajirin memainkan peranan penting dalam menggerakkan

jentera pentadbiran kerajaan Islam. Sokongan daripada mereka ini maka lahirlah

Piagaam Madinah yang menjadi Perlembagaan bertulis di Madinah.Contohnya Abu

Bakar al Siddiq, Umar al Khattab, Saad bin Ubadah dan lain-lain.

- Golongan Ansar dan Muhajirin telah dilantik menjadi utusan untuk memperkenalkan

Islam di dalam dan luar Semenanjung Tanah Arab dan menjalinkan hubungan

diplomatik dengan negara-negara lain seperti Amru bin Umayyah ke Habsyah,

Dahiyah bin Khalifah ke Rom dan Abdullah bin Hudhaifah ke Parsi.

- Dalam kalangan para sahabat turut mengorbankan harta dan nyawa demi

mempertahankan negara Islam contoh Uthman bin Affan telah mendermakan

sebanyak 100 ekor unta dan 1000 dinar ketika Perang Tabuk. Ketika Perang Uhud

kira-kira 70 orang telah mati syahidtermasuk bapa saudara Rasulullah iaitu Syaidina

Hamzah.

Kesimpulan (1 M / 2 M)

- Peranan golongan Ansar dan Muhajirin amat bernilai dalam sejarah perkembangan

Islam kerana saling berganding bahu untuk mempertahankan negara dan agama

Islam

- Tetapi selepas wafatnya Rasulullah s.a.w. peranan golongan Muhajirin lebih

terserlah apabila ada dikalangan mereka dilantik sebagai Khalifah untuk memimpin

negara dan umat Islam.

26

11. Huraikan tindakan yang diambil oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz sehingga beliau dianggap sebagai khalifah yang teragung selepas pemerintahan Khulafa Al Rasyidin.

`Pendahuluan ( 3 M / 4 M )

- Nama sebenar Khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz

bin Marwan. Dilahirkan di Hulwan Mesir, ibunya bernama Laila binti Asim bin Umar

bin Al Khattab

- Khalifah yang ke 8 dari Dinasti Bani Umaiyyah selepas Khalifah Sulaiman bin Abdul

Malik. Beliau memerintah dari tahun 99 – 101 Hijrah bersamaan 717 -720Masihi.

Beliau meninggal dunia ketika berusia 39 tahun setelah memerintah selama 2 tahun

lima bulan

- Suka mendampingi golongan ulama dan fuqaha dengan melantik mereka sebagai

penasihat pentadbirannya seperti Urwah bin al Zubair, Abu Bakar bin Abdul Rahman

dan Sulaiman bin Yassar

- Beliau merupakan seorang yang alim dalam ilmu perundangan Islam dan Hadis.

Sifat ini banyak mempengaruhi polisis pemerintahannya sehingga beliau

mementingkan keadilan, keamanan, kerukunan dan kesejahteraan hidup rakyat.

- Kejayaan pemerintahan Umar bin Abdul Aziz adalah kerana beliau banyak

melakukan pembaharuan dalam pentadbirannya dari segi politik, siosial, ekonomi

dan lain-lain lagi.

Isi-isi penting (10 M x 2 M = 20 M)

Tindakan Umar bin Abdul Aziz sehingga dianggap pemerintah yang agung selepas Khulafa al Rasyidin adalah:

A Pembaharuan Politik - Langkah awal adalah membersihkan diri dan keluarganya dari kehidupan mewah

serta mempraktikkan keadilan dan kesederhanaan dalam kehidupan sebagai teladan

kepada rakyat, terbukti dengan kerelaan hati isterinya Fatimah binti Abdul Malik

untuk memilih kehidupan yang sederhana sedangkan pernah hidup dengan penuh

kemewahan di dalam istana.

- Menghapuskan tradisi feudal warisan sistem politik pada akhir pemerintahan Dinasti

Umaiyyah yang membenarkan pemilikan harta kekayaan dengan cara yang tidak

sah.

- Melonggarkan peraturan pejabat Khalifah bagi membolehkan semua lapisan rakyat

menyampaikan rayuan atau aduan. Beliau mendengar aduan rakyat dan

mengadakan hari khas untuk mendengar bantahan dan rayuan dari rakyat.

- Menukar polisi dasar luar negara terutamanya mengenai daasar perluasan kuasa

dan penaklukan. Beliau sedar sebelum ini tentera yang mengepung kota

Constantinopel banyak menanggung keperitan dan penderitaan. Oleh itu beliau

memanggil pulang tentera yang dipimpin oleh Maslamah bin Abdul Malik supaya

dakwah Islam dapat dijalankan dengan aman kerana selama ini penaklukan adalah

untuk mendapatkan keuntungan dunia.

27

- Beliau memecat pegawai yang menindas rakyat di Mesir, Khurasan, Iraq dan Afrika.

Mengetatkan peraturan kepada pegawai supaya lebih bertanggungjawab disamping

menaikan gaji dan sara hidup sebagai imbangan dan bagi mengelakan berlaku

penyalahgunaan kuasa

- Beliau memulihkan hubungan baik sesame umat Islam dengan berusaha

mengurangkan ketegangan hubungan antara golongan Syiah dan golongan Khawarij

dengan memberhentikan dasar penindasan. Memberhentikan cercaan terhadap

Khalifah Ali bin Abu Talib dalm khutbah Jumaat seperti yang dilakukan sejak awal

pemerintahan Muawiyah lagi ini menyebabkan golongan Syiah sangat menghormati

Khalifah Umar bin Abdul Aziz

- Kestabilan politik membolehkan ulama dan ahli fikir seperti Hassan alBasri, al

Syaabi, Abu Bakar Abdul Rahman dan lain-lain lagi tampil semula dan melibatkan

diri dalam pentadbiran Khalifah Umar bin Abdul Aziz

B Pembaharuan Ekonomi - Polisi keadilan politik dan social banyak membantu mengurangkan kepincangan

ekonomi rakyat yang berlaku sebelumnya. Di atas dasar perancangan ekonomi

menyebabkan ekonomi rakyat meningkat dan kemiskinan rakyat awam dapat

dikurangkan kerana dasar kewangan adalah berkonsep jimat cermat contoh

keluarganya sendiri mengamalkan kesederhanaan dalam kehidupan.

- Sistem pungutan cukai dikemaskini dan kadar cukai dirombak bertujuan untuk

menghilangkan kegelisahan dan bebanan rakyat selama ini. Contoh menghapuskan

cukai jizyah keatas orang bukan Islam yang memeluk agama Islam. Cukai kharaj

telah diturunkan kadarnya mengikut kadar zaman Khulafa Al Rasyidin

- Tanah-tanah baru dibuka untuk pertanian disediakan kemudahan tali air , terusan

serta membina pelbagai insfrastruktur bagi memudahkan pengangkutan dan

perhubungan.

- Beliau menolak penggunaan kenderaan Khalifah yang disediakan sebaliknya

menggunakan keldainya sendiri. Peralatan dan perhiasan untuk upacara rasmi

negara yang dianggap mewah dihapuskan dan peruntukannya dimasukkan kedalam

Baitulmal untuk kegunaan rakyat jelata.

- Harta rakyat yang dimiliknegarakan dipulangkan ini membawa kepada semangat

kerja rakyat kembali pulih,hasil bertambah dan pungutan cukai meningkat.

C Pembaharuan Sosial - Beliau berusaha untuk membentuk masyarakat yang sesuai dengan kehendak Islam

oleh itu beliau telah menyamakan taraf orang-orang Islam dengan tidak mengira

seseorang itu berketuranan Arab atau bukan berketurunan Arab

- Rakyat diberi layanan yang saksama tanpa mengira keturunan contoh berketurunan

Arab dengan golongan Mawali begitu juga dengan kadar cukai yang sma untuk

semua rakyat

- Menyediakan rumah tumpangan ( Dar al Dhiyafah) di daerah Islam untuk

kemudahan musafir. Memperbanyakkan sumber bantuan kepada fakir miskin,orang

cacat dan orang sakit serta orang buta diberikan peruntukan khas termasuk bantuan

pemandu ketika diperlukan.

28

- Menyediakan skim bantuan khas iaitu memberikan bantuan kepada para pelajar

dalm bentuk biasiswa dan sara hidup serta lain-lain kemudahan pelajaran

- Banduan diberikan layanan yang wajar, mereka diletakkan dipenjara yang lebih

selesa dan tidak dikenakan sekatan untuk sembahyang dan tidur. Kesihatan mereka

amat diambil berat

- Pembaharuan social adalah diasaskan kepada keadilan social Islam, maka beliau

tidaklah memberi taraf social kepada otrang bukan Islam lebih daripada apa yang

sepatutnya seperti tidak melantik orang bukan Islam untuk menjawat jawatan penting

dalam kerajaan.

- Memperbanyakkan tempat beribadat seperti mendirikan banyak masjid tetapi tidak

mengutamakan keindahan dan kecantikan masjid kerana beliau lebih mementingkan

peranan masjid itu sendiri.

- Mengemaskini system jual beli dipasaran dan membasmi penggunaan buruh paksa.

Dalam mengendalikan kes jenayah beliau tidak mudah menjatuhkan hukuman

kecuali setelah dikaji dan diteliti serta disahkan oleh khalifah barulah hukuman

dijatuhkan. Memperluaskan perkhidmatan pos tidak lagi untuk urusan rasmi tetapi

menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat.

Kesimpulan ( 1 M /2 M )

- Keadilan pentadbiran yang berlangsung selaras dengan ajaran Islam dalam

pemerintahan Umar bin Abdul Aziz terutama keadilan social, ekonomi dan poliitik

menyebabkan negara dan rakyat hidup makmur dan bahagia seperti zaman khulafa

al Rasyidin

- Oleh itu dapat disifatkan bahawa khalifah Umar bin Abdul Aziz merupakan khlifah

yang teragung selepas zaman Khulafa al Rasyidin.

29

12. Bincangkan faktor-faktor termenterinya Perjanjian Hudaibiyah dan implikasinya

Pendahuluan (3 M / 4 M)

- Perjanjian Hudaibiyah merupakan perjanjian damai antara Nabi Miuhammad dan

orang-orang Islam dengan kaum musyrikin Makkah pada tahun 6 Hijrah

- Perjanjian itu lebih menguntungkan kaum Muslimin kerana perjanjian tersebut yang

membawa kepada penaklukan Makkah serta kehancuran kuasa bagi orang-orang

musyrikin Quraisy

Isi-isi penting (20 M) Sebab-sebab yang membawa kepada Perjanjian (4 isi x 2 M= 8 M)

- Pada bulan Zulkaedah tahun 6 Hijrah, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum Muslimin

seramai 1500 orang bertolak dari Madinah menuju ke Makkah untuk mengerjakan

umrah dan keinginan mereka untuk berjumpa dengan kaum keluarga

mereka.Rombongan ini tidak membawa sebarang senjata kecuali unta yang akan

dikorbankan dan pakaian ihram masing-masing dengan gelung besi sebagai tanda

yang unta-unta itu akan dikorbankan

- Perbuatan ini adalah untuk menunjukkan kepada kaum Quraisy Makkah bahawa

kedatangan kaum Muslimin adalah untuk menziarahi kaabah dan mengerjakan

umrah. Tetapi kaum Quraisy enggan menerima kedatangan itu dan cuba

menghalangnya. Mereka menyiapkan satu pasukan tentera berkuda yang diketuai

oleh Khalid bin Al Walid

- Tentera tersebut ditugaskan untuk menyekat serta mengusir Nabi Muhammad s.aw.

serta kaum Muslimin dari Makkah. Melalui perisiknya Nabi Muhammad s.a.w

mendapat tahu tentang gerakan tentera tersebut. Apabila Nabi tahu akan gerakan

tentera tersebut,baginda bercadang mengikut jalan lain, iaitu jalan yang berbukit

bukau dan jarang dilalui orang. Akhirnya mereka tiba di Hudaibiyah dan berhenti di

situ.

- Rasulullah telah menghantar Uthman bin Affan ke Makkah untuk menyatakan tujuan

sebenar kedatangan kaum Muslimin tetapi khabar angin menyatakan Uthman telah

mati dibunuh menyebabkan kaum muslimin mengangkat Baiah Al Riduan dan

menuntut bela di atas kematian Uthman bin Affan.

- Menimbulkan kebimbangan kepada Quraisy Makkah menyebabkan mereka

menghantar wakil mereka untuk berunding dengan Rasulullah maka termenterinya

Perjanjian Hudaibiyah

Kesan/ Implikasi Perjanjian Hudaibiyah (6 isi x 2 M = 12 M)

- Pada mulanya umat Islam tidak bersetuju dengan syarat perjanjian pertama dan

kedua ( umat Islam tidak dibenarkan masuk ke Makkah pada tahun tersebut dan

dibenarkan pada tahun hadapan untuk tempoh tiga hari sahaja ). Selepas

penerangan oleh Rasulullah , mereka menerima kembali syarat tersebut. Keadaan

ini melambangkan Nabi Muhammad s.a.w. ingin berbaik-baik dan menyebarkan syiar

Islam. Berikutan dengan itu jumlah umat Islam bertambah dua kali ganda

30

- Quraisy Makkah telah mengiktiraf BagindaRasulullah sebagai ketua agama dan

ketua Kerajaan Madinah

- Permusuhan antara Islam dengan kaum Quraisy Makkah telah ditamatkan

- Mengerjakan haji pada tahun berikutnya adalah kemenangan kepada Islam kerana

tiada gangguan daripada orang Quraisy, ramai daripada kabilah Arab telah memeluk

agama Islam

- Nabi dapat menumpukan perhatian pada perkembangan Islam dan soal

pemerintahan. Manakala ancaman Yahudi semakin lemah kerana Quraisy Makkah

bekerjasama dengan Islam Madinah

- Perjanjian damai ini membbolehkan orang Islam melakukan persediaan yang lebih

rapi untuk menyebarkan Islam dan membentuk angkatan tentera yang lebih kuat.

- Pembukaan semula kota Makkah sesungguhnya memberi kejayaan yang bukan

sedikit kepada perkembangan agama Islam seterusnya.

Kesimpulan ( 1 M / 2 M )

- Sebab yang membawa kepada termenterinya Perjanjian Hudaibiyah ialah kerana

Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum Muslimin hendak mengerjakan umrah di Makkah

tetapi dihalang oleh orang-orang Quraisy Makkah.

- Oleh kerana kekuatan kedua-dua pihak maka dibuat perjanjian damai untuk tempoh

sepuluh tahun. Dalam masa perdamaian tersebut kekuatan pihak Islam bertambah

dengan banyaknya kerana ramai pahlawan Quraisy memeluk agama Islam

- Perjanjian Hudaibiyah ini juga telah membawa kepada pembukaan semula Kota

Makkah tanpa peperangan pada tahun ke 8 Hijrah.

31

13. Huraikan perkembangan danperanan mata wang Islam dan peranannya sehingga abad ke 18.

Pendahuluan ( 3 M / 4 M )

- Sistem ekonomi Islam diperkenalkan setelah Nabi Muhammad s.a.w. berjaya

mendirikan negara Islam Madinah. Sistem ekonomi Islam adalah mementingkan

keadilan serta agihan kekayaan yang sama rata dan menjauhkan amalan riba dan

penindasan

- Umat Islam akhirnya telah berjaya mencipta mata wang tersendiri dan dapat

menggambarkan kehebatan tamadun Islam.

- Sebelum terciptanya mata wang Islam, umat Islam sekadar menggunakan mata

wang asing khususnya wang Parsi dan Rom

Isi-isi penting ( 20 M ) Sejarah Perkembangan (7 isi x 2 M =14 M)

- Sebelum kedatangan Islam, mata wang yang digunakan adalah mata wang dinar

emas dari Rom dan mata wang dirham perak dari Parsi. Setelah baginda dilantik

menjadi rasul baginda telah mengisytiharkan dinar dan dirham sebagai mata wang

yang sah bagi orang Islam berurus niaga. Baginda juga telah menetapkan kadar 1

dinar bersamaan dengan 10 – 12 dirham.

- Sejarah pembentukan mata wang Islam dipercayai bermula sewaktu pemerintahan

Khalifah Umar bin al Khattab dan dibaharui oleh khalifah Ali bin Abi Talib di Basrah.

Terdapat tiga jenis mata wang iaitu Dirham Balji dari Parsi, Dirham Rumi dari Rom

dan Dirham Tabari dari Asia Tengah

- Semasa Khalifah Ali bin Abi Talib semua wang dirham dicetak dengan huruf khat

kufi, wang pertama yang dikeluarkan adalah pada tahun 660M di Basrah tetapi tidak

mendapat sambutan dan berkualiti rendah

- Pada zaman Bani Umaiyyah semasa pemerintahan Khalifah Abdul Malek bin

Marwan mata wang dinar telah dicipta. Antara cirri mata wang yang digunakan ialah

terdapat catatan tarikh keluaran, nama pujian kepada AllahSWT, nama khalifah dan

tempat dicetak.

- Gabenor-gabenor Wialayah telah mencipta wang dirham perak dan dinar emas,

antaranya al Hajjaj Yusuf al Taqafi (Gabenor Iraq) mencipta mata wang perak di kota

Kufah pada 696M. Gabenor Mesir iaitu Abdul Aziz bin Marwan mengarahkan

pencetakkan mata wang dinar di Fustat.

- Pada zaman Khalifah al Makmum pemerintah Kerajaan Bani

Abbassiyah,pengeluaran mata wang emas diselaraskan oleh kerajaan pusat di Kota

Baghdad. Setiap mata wang tertera nama khalifah yang memerintah.

- Pada tahun 1295M wang emas dihasilkan di samudera, Pasai, dan Acheh. Kerajaan

ini menggunakan mata wang bersaiz kecil dan mempunyai pengaruh Arab. Melaka

juga memperkenalkan wang emas semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (

1445M )

32

- Pada tahun 1527M Kesultanan Johor menghasilkan mata wang emas dan peraka

yang mempunyai inskripsi Arab

- Brunei juga turut menggunakan mata wang Islam yang diimport dari Arab Saudi,

Mesir, Iraq dan Parsi. Buktinya apabila Sultan Brunei iaitu Sulta Nasaruddin(1690-

1710M ) telah tertera nama baginda dipermukaan wang tersebut dengan gelaran

‘malik al Zahir ‘

Peranan mata wang ( 3 isi x 2 M = 6 M ) - Peranan mata wang Islam adalah untuk pembayaran zakat

- Memelihara dan menjamin perimbangan sosial, bertujuan menegakkan keadilan

sosial

- Digunakan sebagai pertukaran dagangan

Kesimpulan ( 1 M / 2 M )

- Sejarah penggunaan mata wang di dunia pada hari ini adalah warisan

keintelektualan Islam semenjak Zaman Rasulullah s.a.w. Mata wang Islam telah

melalui perkembangan evolusi sebelum mempunyai nilai dan teknik yang standard

dan pengeluaran yang mantap

33

14. Jelaskan kaedah pendidikan Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w ketika berada di Makkah dan Madinah

Pendahuluan ( 3 M / 4 M ) - Pendidikan Islam sering kali dikaitkan dengan beberapa istilah iaitu tarbiyyah, tadib,

talim, irsyad dan tadris

- Kesemua istilah ini memiliki maksud tersendiri yang melambangkan taraf dan tahap

pendidikan itu sendiri. Berhubung dengan pendidikan Islam,Dr. Ismail Ali

menjelaskan terdapat enam punca pendidikan Islam iaitu al Quran, Hadis,sahabat-

sahabat Nabi Muhammad s.a.w. permasalahan social, adat istiadat, etika

masyarakat dan pemikir-pemikir Islam.

- Tujuan pendidikan Islam adalah membentuk keperibadian yang sempurna sehingga

sampai ketahap manusia dapat berhubung dengan pencipta. Konsep pendidikan

Islam berasaskan roh, akal dan jasad.

- pendidikan dalam Islam melibatkan pengajaran dalam pelbagai bidang seperti

agama, falsafah, kesenian, dan politik yang dapat memajukan peradaban manusia.

Isi-isi penting (10 isi x 2 M = 20 M )

- Pendidikan pada zaman permulaan Islam bermula selepas turunnya Surah al-Alaq bermula dengan “Bacalah”. Perkataan ini menjadi asas permulaan yang baik dalam proses pembelajaran.

- Pendidikan pada zaman Rasulullah merangkumi tiga perkara asas iaitu pendidikan

akidah, pendidikan akhlak dan pendidikan syariah

A Pendidikan di Makkah - Rasulullah telah menyampaikan ilmu secara sulit kepada ahli keluarga terdekat

seperti isterinya Siti Khadijah, sepupunya Ali bin Abi Talib dan beberapa orang yang

rapat dengan Baginda

- Kaedah yang digunakan ketika menyampaikan ilmu adalah secara lemah lembut

supaya orang ramai tertarik untuk belajar

- Rumah Al-Arqam ialah tempat pendidikan Islam pertama. Baginda dan sahabatnya

sering bermesyuarat bagi mengatur strategi dan kaedah berdakwah

- Hampir selama 3 tahun Baginda menyampaikan ilmu secara sulit lalu diturunkan

wahyu yang meminta Baginda menyampaikanna secara terbuka. Rasulullah telah

menggunakan kaedah berpidato dan berceramahdi tempat-tempat yang menjadi

tumpuan orang ramai seperti pasar Ukaz dan sekitar kaabah di musim haji.

Pendidikan di makkah lebih tertumpu kepada perkara akidah dan akhlak. Akidah

ialah kepercayaan yang menghubungkanseseorang dengan penciptanya. Rasulullah

menyeru manusia agar menyembah Allah s.w.t. tanpa melakukan penyekutuan

terhadap-Nya.

- Perkara lain yang menyentuh akidah adalah kepercayaan pada hari pembalasan,

mempercayai malaikat dan kepercayaan kepada qada dan qadar

- Aspek akhlak yang ditekankan adalah berakhlak mulia kerana akhlak terpuji saja

yang dapat berdampingan dengan Allah. Baginda mengajak manusia ssupaya

34

mengamalkan sifat sederhana, tolong menolong dan bersyukur terhadap nikmat

yang dikurniakan Allah.

B Pendidikan di Madinah - Setelah terbina Masjid Quba dan Masjid Al Nabawi, system pendidikan Islam telah

mengalami perubahan. Masjid telah menjadi sekolah yang pertama dalam system

pendidikan Islam secara tidak formal

- Untuk menampung jumlah pelajar yang bertambah ramai, struktur pengajian yang

lebih sistematik dan formal telah dibentuk dengan mendirikan sebuah serambi yang

bersambungan dengan masjid yang dipanggil ‘al suffah’ atau surau .

- Beberapa orang sahabat telah dilatih untuk menjadi guru dan mengajar beberapa

matapelajaran yang berlainan. Salah seorang sahabat adalah Abu Ubaidah al Jarrah

- Matapelajaran yang diajar ialah kitab al Quran, dasar-dasar Islam, sejarah,

menunggang kuda, bahasa asing, seni khat, dan memanah. Rasulullah

memerintahkan supaya setiap mukmin ynag pandai membaca dan menulis agar

mengajar orang Islam yan lain.

- Para sahabat turut dihantar sebagai pendakwah di kawasan-kawasan baru yang

penduduknya beragama Islam contohnya Rasulullah menghantar 40 orang

sahabatnya untuk menjadi guru kepada masyarakat di luar Madinah

- Konsep pendidikan di Madinah lebih tertumpu kepada perkara ibadat dan syariah

tanpa melupakan soal-soal yang lain. Pada waktu itu umat Islam diwajibkan

mengerjakan solat Jumaat, berpuasa pada bulan Ramadhan(2Hijrah), menunaikan

fardu haji, mengeluarkan zakat, hokum-hukum perkahwinan dan sebagainya

- Pendidikan akhlak di perdalamkan lagi di mana Rasulullah mengajar pendidikan

akhlak dengan membacakan kisah-kisah umat terdahulu dan kisah-kisah al Quran

yang boleh dijadikan iktibar. Baginda Rasulullah juga menunjukkan teladan yang baik

melalui perbuatan dan perkataan yang digunakan.

- Pendidikan terhadap gologan wanita turut diberi perhatian oleh Rasulullah dengan

memperuntukkan sehari dalam seminggu untuk mengajar wanita dalam aspek-aspek

agama dan keduniaan.

- Di Madinah orang yang tahu membaca dan menulis disuruh untuk menuliskan ayat-

ayat al Quran yang di wahyukan.

Kesimpulan (1 M /2 M ) - Pendidikan pada zaman Rasulullah bersumberkan wahyu yang menjadi tonggak

utama perkembangan sistem pendidikan Islam

- Kemajuan dalam pendidikan Islam telah menjadikan orang Islam umat yang terulung

dan dihormati

35

15. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kemunculan mazhab dalam Islam dan kesannya

Pendahuluan ( 3 M / 4 M )

- Sejarah kemunculan mazhab dalam Islam secara rasminya bermula pada akhir

pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan, kewujudan golongan-golongan pemikir

dalam Islam telah pun ada pada zaman Rasulullah s.a.w.

- Terbukti apabila telah wujud perselisihan pendapat di mana jasad Nabi Muhammad

s.a.w. akan dimakamkan, krisis kepercayaan kewafatan Rasulullah dan sebagainya

- Kemunculan golongan-golongan pemikir Islam kian jelas apabila berlaku peristiwa

Tahkim yang membawa kepada kemunculan golongan Syiah dan Golongan Khawarij

- Akibat perkembanagan semasa maka muncul lagi pemikiran atau mazhab-mazhab

lain seperti Muktazilah, Jabariyah, Murjiah dan Ahli Sunnah wa al Jamaah

Isi-isi penting ( 20 M ) Faktor-faktor Kemunculan Mazhab (8 isi x 2 M = 16 M)

- Tafsiran ayat-ayat al Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. yang berbeza-beza antara

pelbagai mazhab dalam Islam.Keadaan ini ditambah dengan keadaan di mana

bukan semua umat Islam hidup sezaman dengan Rasulullah ini membawa kepada

perselisihan pendapat dikalangan umat Islam yang semakin ketara

- Pergeseran politik terutamanya diantara umat Islam contohnya Golongan Syiah

dengan Golongan Khawarij yang membawa kepada kemunculan pro Umaiyyah yang

berhasrat untuk menjatuhkan khalifah Ali bin Abi Talib yang dituduh bersubahat

diatas pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan yang merupakan ahli keluarga Bani

Umaiyyah

- Keadaan bertambah buruk apabila berlaku peperangan saudara seperti Perang

Jamal dan Perang Siffin serta Majlis Tahkim yang membawa kepada kemunculan

golongan Khawarij dan Syiah

- Pengaruh Parsi, Yunani dan Rom di mana selepas berlaku perluasan jajahan takluk

Islam, lahir aliran Murjiah dan Muktazilah. Fahaman Muktazilah dipengaruhi oleh

Yunani yang mementingkan kebebasan berfikir.

- Ekoran daripada fahaman muktazilah maka timbul aliran yang dikenali sebagai Ahli

Sunnah wa al Jamaah

- Sikap taksub terhadap keluarga dan puak, contohnya kelahiran golongan khawarij

berpunca daripada sikap agresif beberapa individu yang enggan mematuhi arahan

pemimpin (Khalifah ). Dikalangan golongan khawarij ini muncul pula beberapa aliran

seperti Azariqah, Najdiyah, al Ibadahriyah dan al Safariyah

- Golongan Syiah pula muncul apabila terlalu mengkagumi dan dan menyanjungi

khalifah Ali bin Abi Talib

- Kesedaran perlunya membetulkan fahaman yang ekstrim turut menyumbangkan

kelahiran mazhab –mazhab dalam Islam Khususnya Ahli Sunnah wa al Jamaah.

Kesedaran membalas hujah Muktazilah, menyebabkan Imam Ahmad bin Hanbal

36

memperkenalkan mazhab ini. Golongan ini banyak menggunakan hadis untuk

berhujah dan menentukan hukum.

Kesan-kesannya (2 isi x 2 M = 4 M)

- Membawa perkembangan positif khususnya aspek ilmu pengetahuan, bertambahnya

bilangan pemikir Islam akibat daripada timbulnya isu-isu baru dalam kelompok umat

Islam contohnya Imam al Ghazali

- Membolehkan umat Islam beramal dengan mudah menerusi ijtihad ulama-ulama

mereka. Contohnya sewaktu menunaikan ibadat haji di Makkah, umat Islam

dibenarkan menukar mazhab semata-mata untuk menyempurnakan ibadat tersebut

tanpa sebarang kesulitan

- Kesan negatif, antaranya kemunculan puak pelampau atau ekstrem boleh

menyebabkan ketidakstabilan kerajaan Islam dan melemahkan perpaduan sesame

umat Islam. Contohnya kemunculan puak Khawarij boleh diibaratkan sebagai duri

dalam daging kerajaan Bani Umaiyyah, begitu juga puak Syiah yang bekerjasama

dengan keluarga Abbassiyah melancarkan revolusi terhadap kerajaan Bani

Umiayyah

Kesimpulan ( 1 M / 2 M ) - Kewujudan pelbagai mazhab dalam Islam bukan sekadar melahirkan pemikir-pemikir

Islam yang kritis malah turut meninggalkan kesan yang amat mendalam khususnya

dalam bidang politik.

- Tidak dapat dinafikan, oleh sebab wujudnya pelbagai mazhablah munculnya

kerajaan silih berganti begitu juga nasib para pemikir mazhab tertentu sekiranya

mazhab yang dipelopori itu tidak disenangi oleh golongan pemerintah.

37

16. Huraikan tujuan penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam serta sumbangan tokoh pelayar Islam terulung Ibn Battutah

Pendahuluan ( 3 M / 4 M ) - Penjelajahan bermaksud pergerakan atau pengembaraan ke sesuatu tempat

dengan tujuan untuk menyelidik tempat berkenaan. Penerokaan bermaksud uasaha-

uasa mengkaji dan menyelidik dengan lebih mendalam kawasan-kawasan yang baru

dijelajah

- Tujuan penjelajahan dan penerokaan dalam Islam ialah untuk membebaskan

manusia daripada cengkaman penjajahan dan kejahilan dengan cara penyebaran

Islam, ilmu serta memakmurkan bumi Allah s.w.t. menerusi ekonomi dan

perdagangan.

- Ibn Battutah atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah al Lawati telah

dilahirkan di Tanger, Maghribi. Memulakan pengembaraannya yang pertama ketika

berusia 21 tahun apabila meninggalkan kampong halamannya untuk menunaikan

fardu haji di Makkkah dan mendalami ilmu pengetahuan khususnya hal ehwal Islam.

Pengembaraan beliau ternahagi kepada 4 peringkat

Isi-isi penting ( 20 M ) Tujuan Penjelajahan dan Penerokaan Tamadun Islam (5 isi x 2 M = 10 M)

- Kerana dorongan al Quran sebagaimana firman Allah s.w.t. yang

bermaksud,”Katakanlah berjalanlah dimuka bumi, maka perhatikan bagaimana

Allahs.w.t. mencipta manusia dari permulaannya. Kemudian Allah

s.w.t.menjadikannya sekali lagi (al Ankabut:20 ). Melalui aktiviti ini ia akan dapat

menambahkan lagi keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah s.w.t. setelah

memerhatikan segala ciptaan-Nyadan proses perlaksanaannya

- Umat Islam dapat mengambil iktibar ke atas masyarakat terdahulu disamping

menghayati peninggalan tamadun Islam. Sebagai contohnya, umat Islam akan insaf

apabila melihat peninggalan kaum Thammud dan ‘Ad serta Laut Mati ekoran tindak

tanduk manusia yang ingkar terhadap ajaran-Nya

- Membolehkan umat Islam melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti perdagangan.

Hal ini bersesuaian dengan sifat masyarakat Arab yang memang suka

belayar.Pertapakan Islam di Alam Melayu menjadi bukti bahawa perdagangan turut

memainkan peranan secara tidak langsung menyebarkan Islam selain memberikan

tumpuan kepada aktiviti perdagangan

- Penyebaran agama Islam juga merupakan salah satu tujuan umat Islam

menjalankan aktiviti penjelajahan dan penerokaan. Usaha dakwah melalui aktiviti ini

berlangsung bukan sahaja kerana utusan para pamerintah semenjak zaman zaman

Rasulullah s.a.w.

- Umat Islam dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang

geografi, astronomi dan pelayaran. Selepas wilayah kekuasaan dan agama Islam

berkembang di China dan India pengetahuan umat Islam mengenai bumi kian

bertambah.

38

- Membawa kemajuan dalam bidang perubatan khususnya pada zaman Bani

Umaiyyah dan Bani Abbassiyah . Banyak ilmu perubatan umat Islam ditimba

terutamanya daripada Parsi, Kristian, Yahudi, Yunani, India dan Mesir.

- Memperkukuhkan politik umat Islam terutamanya setelah berjaya dalam kempen

atau ekspedisi ketenteraan. Pada zaman Bani Umaiyyah sewaktu pemerintahan

Khalifah al Walid bin abdul Malik, Islam telah berjaya bertapak di sempadan China,

India, Asia Tengah, Utara Afrika dan Sepanyol

Sumbangan Ibn Battutah (5 isi x 2 M = 10 M)

- Meninggalkan catatan perjalanan dan pengembaraan beliau yang bertajuk Tuhfat al

Nazar fi Gharaib al Ansar wa Ajaib al Asfar atau Rihlah Ibn Battutah. Sarjana Barat

menyifatkan Ibnu Battutah sebagai ‘The Prince Of Muslim Travellers’. Karya ini telah

mendapat tumpuan para sarjana Barat di seluruh dunia dan diterjemahkan dalam

pelbagai bahasa asing termasuk bahasa Inggeris, Perancis, Belanda, Jerman dan

lain-lain lagi.

- Melalui karya al Rihlah Ibn Battutah , pembaca didedahkan dengan pelbagai aspek

kehidupan seperti agama, politik, social, ekonomi dan kebudayaan masyarakat

khususnya negara-negara di Afrika Barat.

- Karyanya juga telah menggambarkan negara Islam khasnya di Anatolia, India

sewaktu pemerintahan Muhammad Tughluq, Afrika Timur dan Barat serta Maldives

- Kejayaan-kejayaan ekspedidi pelayarannya telah menjadi pendorong kepada kepada

pelayar Islam lain untuk mengikut jejak langkahnya seperti Ibnu Hawqal, Sulayman

al Mahri dan sebagainya

- Karya beliau telah dapat meningkatkan pengetahuan ilmu geografi dan aspek

pensejarahan. Di Constantinople beliau telah mencatatkan keindahan kota ini yang

dilengkapi dengan pasar atau gudang membelii belah, jalanraya yang indah yang

dibina daripada batu dan kewujudan sebuah gereja besar dikenali sebagai Gereja

Sancta Sophia. Pasai pula dicatatkan sebgai kawasan yang subur yang dipenuhi

dengan pokok kelapa, cengkih,gaharu dan lain-lain.

- Kejayaan Ibnu Battutah selama 28 tahun meletakkan beliau setaraf dengan

pengembara atau pelayar terkenal seperti Marco Polo.

Kesimpulan ( 1 M / 2 M )

- Aktiviti penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam telah memberikan nafas

baru dalam proses perkembangan intelektual dan pembangunan masyarakat serta

peningkatan ekonomi umat Islam

- Sumbangan Ibnu Battutah amat besar terhadap dunia pelayaran dan ilmu geografi.

Beliau bolehlah dikatakan sebagai pelopor kepada kegiatan penjelajahan dan

penerokaan umat Islam.

39