tamadun islam dan kepercayaan masyarakat melayu

47
PENGENALAN Tamadun Melayu adalah merujuk kepada peradaban yang dibina oleh sekumpulan manusia yang digolongkan secara luas iaitu orang-orang Melayu yang berada dalam wilayah Nusantara. Tamadun Melayu telah bermula sejak 5000 tahun sebelum Masihi. Selayang pandang, sudut kepercayaan yang dianuti oleh masyarakat Melayu sebelum kedatangan Agama Islam lebih menjurus kepada mitos dan alam khayalan. Dogma kepercayaan yang dipegang pada zaman itu banyak berkisar kepada unsur animisme. Lantaran itu, sebahagian besar daripada proses kehidupan mereka disandarkan kepada dogma kepercayaan yang dianuti. Apabila pengaruh Hindu dan Buddha mulai masuk ke dalam Tamadun Melayu; sedikit-sebanyak ajarannya meresap ke dalam set kepercayaan masyarakat Melayu. Fahaman yang menggabungkan di antara animisme, Hindu dan Buddha disebut sinkretisme. Kemunculan agama Islam ke Kepulauan Melayu telah memberikan impak yang besar ke atas penduduk Kepulauan Melayu. Agama Islam yang mengutamakan konsep universal dan toleransi mudah diterima oleh masyarakat Melayu zaman itu. Islam telah banyak mengubah persepsi masyarakat zaman feudal terutama dari perspektif anutan kepercayaan. Proses Islamisasi ini telah banyak mempengaruhi sistem kerajaan dalam gugusan Kepulauan Melayu. Dalam konteks negara kita,

Upload: awangkuomar

Post on 02-Aug-2015

273 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

PENGENALAN

Tamadun Melayu adalah merujuk kepada peradaban yang dibina oleh sekumpulan manusia

yang digolongkan secara luas iaitu orang-orang Melayu yang berada dalam wilayah

Nusantara. Tamadun Melayu telah bermula sejak 5000 tahun sebelum Masihi.

Selayang pandang, sudut kepercayaan yang dianuti oleh masyarakat Melayu

sebelum kedatangan Agama Islam lebih menjurus kepada mitos dan alam khayalan. Dogma

kepercayaan yang dipegang pada zaman itu banyak berkisar kepada unsur animisme.

Lantaran itu, sebahagian besar daripada proses kehidupan mereka disandarkan kepada

dogma kepercayaan yang dianuti.

Apabila pengaruh Hindu dan Buddha mulai masuk ke dalam Tamadun Melayu;

sedikit-sebanyak ajarannya meresap ke dalam set kepercayaan masyarakat Melayu.

Fahaman yang menggabungkan di antara animisme, Hindu dan Buddha disebut

sinkretisme.

Kemunculan agama Islam ke Kepulauan Melayu telah memberikan impak yang

besar ke atas penduduk Kepulauan Melayu. Agama Islam yang mengutamakan konsep

universal dan toleransi mudah diterima oleh masyarakat Melayu zaman itu. Islam telah

banyak mengubah persepsi masyarakat zaman feudal terutama dari perspektif anutan

kepercayaan.

Proses Islamisasi ini telah banyak mempengaruhi sistem kerajaan dalam gugusan

Kepulauan Melayu. Dalam konteks negara kita, pengaruh agama Islam inilah yang menjadi

tunjang perlembagaan dan pembinaan negara bangsa Malaysia.

Page 2: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

SEJARAH TAMADUN MELAYU

Istilah Melayu didefinisikan sebagai rumpun bangsa dan bahasanya Melayu yang termasuk

dalam cabang Melayu-Indonesia yang mengelompokkan bersama-samanya suku Jawa,

Sunda, Madura, Aceh, Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban, Bajau, Murut, Bugis, Melanau,

Sulu dan sebagainya. Cabang Melayu-Indonesia terangkum pula di dalam Rumpun Bahasa

Austronesia daripada keluarga bahasa sumbernya iaitu Keluarga Bahasa Austric.

Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibina oleh sekumpulan

besar manusia daripada rumpun masyarakat Melayu di Asia Tenggara. Pelbagai panggilan

nama dikaitkan dengan kedudukan geografi alam Melayu ini iaitu Gugusan Kepulauan

Melayu (Malay Archipelago) atau Gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam

Melayu, Tanah Jawi dan sebagainya.

Secara umum, alam Melayu meliputi Negara-negara di Asia Tenggara iaitu gugusan

kepulauan Indonesia, Malaysia dan Filipina. Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan

Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah menggariskan bahawa gugusan rumpun Melayu-

Polinesia dari Pulau Malagasi di sebelah barat dan Pulau Paskah di timur, Pulau Formosa di

utara serta Kepulauan Indonesia dan New Zealand di sebelah selatan.

Dunia Melayu dikenali sebagai ‘Nusantara’. Selain itu alam Melayu juga digelar

sebagai ‘Taman Kesuma Wicitra’ atau Taman Aneka Bunga. Ini adalah kerana muka

buminya yang makmur dan kaya dengan khazanah alam. Sumber ekonomi masyarakat

feudal banyak bergantung kepada bidang pertanian, perikanan dan berkaitan dengan hasil

hutan. Lantaran kedudukan geografi Kepulauan Nusantara yang yang strategik, ia menjadi

laluan perdagangan ataupun lokasi persinggahan bagi pelayar-pelayar pada waktu tersebut.

2

Page 3: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

Sejarah tamadun Melayu Deutro telah bermula sejak 3000 tahun sebelum masihi.

Mengikut pakar arkeologi, tamadun Melayu bermula sejak 5000 tahun sebelum masihi.

Sejarah peradaban Tamadun Melayu melalui tiga peringkat perkembangan, iaitu:

(a) Tamadun Purba atau Pra-Sejarah ( sehingga abad ke-3 Masihi )

(b) Tamadun Hindu iaitu sejak kedatangan pengaruh Hindu dan Arab Jahilliyah

( abad ke-3 Masihi hingga tahun 1200 Masihi )

(c) Tamadun Moden iaitu selepas kedatangan Islam ( 1200 Masihi hingga kini )

Pada peringkat awal, corak kerajaan di Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua

bentuk.

1. Bentuk Agraria

Mengikut konsep agrarian aktiviti yang berteraskan pertanian merupakan penyumbang

utama kepada ekonomi negara. Antaranya ialah empayar Funan dan kerajaan Angkor di

Tanah Besar Asia Tenggara dan Majapahit di Jawa. Kerajaan Funan merupakan negeri

pertama yang menerima pengaruh kebudayaan India (Hindu- Buddha), sejak kurun pertama

Masihi.

2. Konsep Maritim

Kerajaan Maritim lebih memfokuskan bidang yang berkaitan dengan laut. Wilayah Funan

telah berkembang menjadi kerajaan berbentuk maritim, yang menjadikan kegiatan

perdagangan laut sebagai latar belakang ekonomi negara. Pelabuhan yang bersifat

entreport merupakan faktor penyumbang menjadikan ia sebagai pusat persinggahan

pedagang dan pengumpulan dan penyebaran barangan dari Barat ke Timur dan sebaliknya.

Kebiasaanya penduduk tempatan turut berkecimpung dalam dunia pelayaran dengan

3

Page 4: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

menjadikan sektor perikanan sebagai sumber rezeki, ataupun pembinaan dan membaik

pulih kapal-kapal yang datang berlabuh.

Melalui peranan ini, pusat-pusat berkenaan merupakan pintu masuk pengaruh asing

yang melahirkan interaksi antara tamadun. Contoh-contoh pelabuhan-pelabuhan entreport

dan kerajaannya ialah Oc Eo di Funan (kurun ke-2), Ligor dan Singora di Langkasuka (kurun

ke-2), Lembah Bujang di Kedah (kurun ke-4), Kuala Selinsing di Perak (kurun ke-5), di

Sumatra Kan-t'o-li (kurun ke-5), Jambi/Melayu (kurun ke-6/7) yang dicantumkan dengan

Srivijaya di Palembang (kurun ke-7), Surabaya dan Tuban di Jawa Timur (pada zaman

Airlangga kurun ke-11 dan kerajaan Majapahit kurun ke-13).

Sejak kurun ke-7 hingga kurun ke-11, Srivijaya telah menjadi kerajaan maritim

Melayu yang terpenting yang mendominasi seluruh pesisir laut di utara dan barat Sumatara,

Semenanjung Tanah Melayu dan Jawa Barat dan juga perairan Selat Malaka dan Selat

Sunda. Pada peringkat awal, empayar Majapahit adalah sebuah kerajaan berbetuk agraria,

di lembah Sungai Berantas, tetapi melalui dasar peluasan kuasa dan perdagangan ia

bertukar menjadi kerajaan maritim yang penting di Kepulauan Melayu, dari kurun ke-13

hingga ke-15/16. Dengan terbinanya negara-negara kota dan kerajaan pada zaman ini telah

menjadi asas kepada pembinaan dan pembentukan Tamadun Melayu seterusnya.

4

Page 5: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

DEFINISI KEPERCAYAAN

Kepercayaan ditakrifkan sebagai suatu bentuk keyakinan atau akuan yang kukuh dalam jiwa

manusia tentang kebenaran sesuatu. Ia adalah satu tanggungjawab yang harus dipikul oleh

setiap individu sejak turun temurun. Kepercayaan juga merupakan satu fahaman dogmatis

yang terpahat kukuh dalam kehidupan sebilangan suku bangsa terutamanya yang masih

kuat pegangannya ataupun yang berfahaman kuno. Kepercayaan juga berkait rapat dengan

agama yang berasal daripada perkataan bahasa Sanskrit memberi maksud undang-undang,

peraturan-peraturan, upacara-upacara dan pelajaran untuk kebaktian manusia terhadap

Tuhan yang Maha Esa.

Dalam sesebuah institusi masyarakat, kepercayaan yang diamalkan secara turun

temurun dan dianggap sebagai adat. Adat yang diamalkan merupakan implementasi kepada

set kepercayaan yang dianuti oleh kelompok masyarakat tersebut. Kebanyakan adat istiadat

yang dipegang dan diamalkan oleh masyarakat melayu feudal tidak selari dengan ajaran

agama Islam.

Pada pandangan agama Islam, kepercayaan bermaksud keimanan menurut istilah

iaitu mengakui dengan hati dan mengikrarkan dengan lisan serta melaksanakannya dengan

perbuatan. Seseorang individu itu dikatakan beriman apabila hati dan lisannya sudah

mengikrarkan syahadah; iaitu pengakuan bahawa Allah adalah Tuhan yang patut disembah

dan Nabi Muhammad s.a.w adalah sebenar-benarnya pesuruh Allah. Pada dasarnya iman

itu mencakupi akidah, iaitu kepercayaan dan tempat manusia menyandarkan keyakinan.

Persoalan tentang aqidah Islam berkisar kepada Rukun Iman yang enam iaitu iman kepada

Allah s.w.t, iman kepada malaikat- malaikat-Nya, iman kepada kitab-kitab-Nya, iman kepada

rasul-rasul-Nya iman kepada Hari Akhirat dan iman kepada qada dan qadar.Unsur-unsur ini

dibincangkan dalam ilmu yang disebut usuluddin atau ilmu tauhid.

5

Page 6: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

Ilmuan Islam menegaskan bahawa perbincangan tentang aqidah Islam tidak setakat

Rukun iman tersebut sahaja, malah merangkumi tiga masalah pokok yang dihadapi oleh

manusia; tuhan, alam dan manusia sendiri. Konsep yang utama dalam aqidah ialah doktrin

tentang tauhid. Menurut aqidah Salafiyyah, tauhid dalam Islam bukan hanya bersifat

Ubudiyah atau Uluhiyah. Kita bukan hanya dituntut mempercayai adanya Allah s.w.t.

sebagai pencipta, pemelihara atau penguasa alam, malah dituntut agar menyembah-Nya

dengan penuh keyakinan lagi tawaduk. Menurut ajaran Salaf ini, tauhid Rububiyah bukan

sahaja tidak cukup bahkan membawa kepada bahaya syirik, yakni menyukutukan Allah

s.w.t. dengan yang lain-lain.

JENIS-JENIS KEPERCAYAAN

Masyarakat Melayu telah mengalami proses pencarian kepercayaan yang sentiasa berubah-

ubah sejak zaman dahulu.. Anutan mereka berkisar kepada kepercayaan asli dan primitif.

Secara umumnya sebelum kedatangan agama Islam ke Nusantara, masyarakat Melayu

mengamalkan kepercayaan tahyul dan berbentuk khurafat. Kepercayaan yang diamalkan

berkisar dalam dunia mitos iaitu animisme, dinamisme, penyembahan semangat nenek

moyang (hyang), amalan perubatan yang bersandarkan kuasa ghaib (premis) dan

sebagainya. Pemilihan anutan kepercayaan ini ada hubung kaitnya dengan lingkaran

kehidupan mereka yang berinteraksi secara langsung dengan alam sekeliling.

Selepas itu, bermula pada kurun ke-3 Masihi pengaruh Hindu-Buddha meresap

masuk ke dalam kehidupan penduduk di Kepulauan Melayu. Masyarakat mulai

mengasimilasikan kepercayaan asal ini dengan Hindu-Buddha, seterusnya menjadi

pegangan dan kepercayaan yang dianuti untuk sekian lama.

Untuk mengenal pasti sistem kepercayaan masyarakat melayu bolehlah dibahagikan

kepada kepercayaan animisme, kepercayaan berdasarkan agama Hindu-Buddha, dan

seterusnya perubahan iktikad kepada ajaran agama Islam.

6

Page 7: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

1. KEPERCAYAAN ANIMISME

Kepercayaan animisme merupakan anutan yang tertua di Kepulauan Melayu. Animisme

ialah kepercayaan atau penyembahan makhluk-makhluk halus . Dalam animisme mereka

sangat percaya kewujudan hantu, jembalang, syaitan dan penunggu. Masyarakat melayu

primitif meyakini bahawa unsur-unsur seperti jin, jembalang dan hantu ini mempunyai kuasa

ajaib yang boleh menghancurkan manusia. Sehubungan dengan itu, wujudlah pemujaan

atau penyembahan kepada penunggu yang mendiami batu-batu, pokok-pokok, busut-busut,

bukit, sungai-sungai dan fenomena alam yang lain. Kuasa ghaib itu disifatkan sebagai

hantu, jembalang atau jin yang menjadi penunggu objek tersebut (Haron Daud, 1989 : 26).

Sebagai memohon perlindungan dan mengiktiraf kuasa makhluk ini, masyarakat melayu

pada masa itu membawa santapan yang lazat untuk dihadiahkan kepada makhluk halus ini.

Contohnya apabila upacara pemujaan hantu jembalang masyarakat melayu membawa

hidangan pulut kuning, ayam panggang, sekapur sirih dan sebagainya. Kadang-kadang

haiwan peliharaan seperti lembu, kambing dan kerbau dijadikan korban.

Menurut Dr. Harun Nasution, masyarakat primitif menganggap semua objek

mempunyai roh dan kuasa spiritual yang tersendiri. Unsur ini berkait rapat dengan aktiviti

harian dan suasana kehidupan mereka yang bergantung sepenuhnya pada pertanian,

perikanan dan alam sebagai sumber ekonomi. Ibnu Khaldun berpendapat, kehidupan

manusia sering dipengaruhi oleh keadaan persekitarannya seperti udara, iklim dan

sebagainya. Mereka membentuk satu kepercayaan yang kebanyakannya dipengaruhi oleh

faktor persekitaran. Ini telah menjalin hubungan yang erat antara manusia dengan alam

sekeliling. Kepercayaan tentang adanya roh dan semangat pada setiap benda di sekeliling

mereka telah diwujudkan. Penganut kepercayaan animisme juga mempercayai bahawa roh

semua makhluk sesudah mati akan terus hidup. Roh ini akan bertebaran pada tempat-

tempat yang jarang dikunjungi manusia seperti sungai, hutan, gunung, pokok besar dan

sebagainya. Roh-roh ini pula boleh dibahagikan kepada dua jenis.

7

Page 8: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

1. Roh Baik

Roh baik atau ‘good magic’ berasal daripada jasad orang yang sudah mati yang semasa

hayatnya sentiasa melakukan kebajikan. Roh sebegini yang seringkali dipuja untuk

mendapatkan sesuatu benda. Mereka percaya sekiranya berlaku kezaliman atau kejahatan

di sesuatu tempat, roh baik akan berasa marah dan memberi hukuman berupa bencana

alam kepada sesiapa yang terlibat. Ini menyebabkan anggota masyarakt feudal amat takut

melakukan kejahatan kerana bimbang akan ditimpa bencana atau musibah.

2. Roh Jahat

Roh Jahat atau ‘black magic’ berasal daripada jasad orang yang sudah mati yang semasa

hidupnya adalah orang yang selalu berbuat kejahatan. Roh sebegini amat ditakuti oleh

masyarakat zaman dahulu. Kepercayaan mengenai kuasa-kuasa ghaib sememangnya

sudah diketahui wujud bagi masyarakat di Nusantara. Mereka mempercayai bahawa setiap

benda berjiwa dan mempunyai semangat. Akibat daripada itu mereka mengambil iktikad dan

mempercayai bahawa jin, pelesit, penunggu dan sebagainya mempunyai kuasa yang dapat

memberi kebaikan dan keburukan kepada mereka.

Kepercayaan sebegini akan membawa kepada amalan keagamaan seperti

pemujaan dan perhambaan diri kepada benda yang dipuja. Menurut R. O. Windstedt,

penduduk di Nusantara juga mempercayai semangat. Semangat-semangat ini dipercayai

wujud pada benda-benda tertentu di sekeliling mereka seperti anggota badan, nama

seseorang, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Bagi mengelakkan diri daripada gangguan

roh jahat ini, masyarakat mengadakan upacara tertentu.

8

Page 9: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

3. Roh Nenek Moyang (Hyang)

Masyarakat Melayu lama juga mempercayai kekuasaan roh nenek moyang yang dinamakan

hyang. Kadang-kadang ada yang menyebut semangat ini dengan panggilan dengan poyang

atau moyang. Roh nenek moyang ini dipercayai masih berada di kalangan mereka dan

mempunyai tenaga yang kuat yang boleh mempengaruhi kehidupan mereka.

Oleh itu roh nenek moyang itu perlu ditenangkan melalui upacara pemujaan dan

penyajian. Hyang itu juga ada yang dianggap sebagai jelmaan Tuhan yang perlu dipuja dan

disembah, maka timbullah istilah sembahyang iaitu menyembah roh jelmaan Tuhan. Dalam

konteks ini, dukun, pawang, bomoh dan dalang merupakan perantara yang boleh

menghubungi hyang itu melalui upacara- upacara tertentu berbentuk pemujaan atau

penyembahan iaitu jampi, serapah, penyajian, penyembelihan, pewayangan, perbomohan

dan sebagainya.

4. Adat dan Pantang-Larang

Adat adalah suatu perbuatan atau perlakuan menurut kebiasaan masyarakat atau bangsa

yang berkenaan.Masyarakat Melayu menganggap adat sebagai undang-undang hidup.

Mereka mematuhi adat serta menghormatinya dengan keyakinan bahawa melanggar adat

dianggap sebagai suatu sikap atau perbuatan buruk dan akibatnya akan merosakkan diri

dan sekaligus mencemarkan kesejahteraan hidup masyarakat (Asmad, 1990: 4). Adat

resam pula ialah kebiasaan cara hidup individu dan masyarakat yang secara nyata

menggambarkan corak budaya sesuatu bangsa.

Sebelum kedatangan Islam masyarakat Melayu mengamalkan adat tradisi warisan

turun-temurun. Selepas itu adat resam masyarakat Melayu ini turut diresapi oleh pengaruh

Hindu-Buddha dan Arab Jahiliyyah.

9

Page 10: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

Antara kepercayaan-kepercayaan dalam adat-resam dan pantang larang tersebut ialah :

4.1 Adat Membayar Nazar

Terdapat kepercayaan kepada tempat-tempat keramat, perkara-perkara keramat untuk

bernazar dan sembelihan korban kerananya. Sekiranya nazar atau sumpah ini tidak

ditepati, orang yang bernazar itu akan mendapat mala petaka. Biasanya tempat untuk

membayar nazar ini ialah busut, gua, pokok-pokok ataupun di lubuk-lubuk sungai.

4.2 Adat Mandi Membuang Sial

Terdapat kepercayaan kepada sial majal pada sesuatu, termasuk anggota badan manusia

itu sendiri. Untuk membuang kesialan ini, individu tersebut hendaklah menjalankan upacara

mandi yang disusuli dengan ’persembahan’ kepada jembalang dan pelesit.

4.3 Adat Mandi Safar

Kepercayan ini dipengaruhi oleh Arab Jahiliyyah. Terdapat kepercayaan bahawa pada bulan

Safar bala dan musibah akan turun dengan banyaknya pada hari Rabu akhir bulan. Cara

menolaknya dengan iaah dengan mandi Air Safar.

4.3 Adat Melenggang Perut

Budaya ini dipengaruhi oleh kepercayaan agama Hindu. Kepercayaan kepada mudahnya

melahirkan anak dengan upacara melenggang perut. Kepercayaan kepada rezeki dan

kepercayaan kepada hantu boleh merosakkan ibu yang melahirkan anak.

10

Page 11: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

4.4 Adat Merenjis Tepung Tawar

Kepercayaan adanya semangat pada tepung tawar iaitu seri mani dan kepercayaan kepada

keberkatan tepung tawar. Biasanya adat ini dilakukan dalam majlis perkahwinan.

4.5 Adat Memuja Kampung

Terdapat kepercayaan bahawa jin, afrit, hantu dan jembalang yang boleh merosakkan

kampung. Oleh sebab itu penduduk perlu meminta pertolongan daripada jin itu dengan

melakukan pemujaan dan sebagainya.

4.6 Adat Memuja Semangat Padi

Terdapat kepercayaan kepada semangat padi dan rezeki boleh bertambah atau berkurang

dengan pemujaan. Masyarakat Melayu mempercayai bahawa padi ada semangat wanita.

Sebab itu di rumah-rumah padi, mereka menyediakan alat-alat solek seperti sikat rambut,

minyak rambut, bedak dan cermin muka. Mereka menyediakan semua itu agar semangat

yang dipanggil sebagai Sri Danggolami itu sukacita.

Mereka mengadakan bermacam-macam pantang larang, antaranya ialah :

Mengambil padi dari jelapang padi mestilah seorang wanita kerana dia bersifat lemah-

lembut. Kalau tidak dijaga pantang larangnya, maka semangat padi akan kurang dan

seterusnya akan hilang. Bila semangat itu lari maka akibatnya padi cepat habis hasil padi

akan merosot.

11

Page 12: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

Selain itu orang Melayu juga terkenal dengan kepercayaan sial majal serta sangat

fanatik dengannya. Hadis ada menerangkan tentang golongan sebegini. Antaranya daripada

Imam Abu Daud meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda :

“Bukan daripada golongan kami sesiapa yang berasa sial pada dirinya atau meminta

diramalkan kesialannya atau menenung nasib atau minta ditenungkan nasib atau menyihir

atau minta disihirkan”.

Daripada sabdaan ini jelas menunjukkan besar dosanya apabila mengamalkan kepercayaan

khurafat dan bahayanya bukan hanya pada si pengamalnya sahaja malah membabitkan

masyarakat Islam amnya. Selain itu Nabi juga pernah bersabda bahawa :

“Membuat garis-garis ditanah, menganggap sial kerana alamat-alamat, melemparkan

kekiri kerana adanya sesuatu kepercayaan adalah termasuk daripada yang menyembah

Jibti (selain dari Allah) “.

2. KEPERCAYAAN HINDU- BUDDHA

Agama Hindu telah berkembang di India pada 300 tahun sebelum masihi. Pada

permulaannya agama Hindu mempumyai satu tuhan iaitu Brahma. Selepas campur tangan

pendeta-pendeta, kini tuhan agama Hindu terdiri daripada Brahma, Vishnu dan Siva yang

juga dikenali sebagai Trimurthi. Kitab suci mereka pula ialah Veda yang terdiri daripada

empat jenis iaitu Rig, Sam, Yajar, Athar Veda.

Hubungan antara dunia Melayu dengan India telah wujud sejak abad ke-2 Masihi

lagi. Kedatangan orang India ke Nusantara adalah untuk urusan perdagangan. Contoh

kerajaan awal di Nusantara yang menganuti agama Hindu ialah Majapahit, Kediri, Mataram,

Kalingga dan Sundra.

12

Page 13: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

Agama Buddha diasaslkan oleh Sidarta Gautama pada 515 sebelum masihi di

Budimanda. Pada mulanya agama Buddha mempunyai satu tuhan tetapi setelah beliau

mati banyak campurtangan pendita-pendita yang menyebabkan wujud banyak Dewa. Kitab

Buddha ditullis setelah 600-1000 tahun sesudah kematian beliau. Jadi wujud banyak

kekeliruan dan kesangsian mengenai isi kitab tersebut. Atas desakan agama Hindu, agama

Buddha berpindah keluar dari India. Agama Buddha mula bertapak di Nusantara. Dari fakta

yang didapati di Indonesia terdapat 7 buah candi.

Sejurus selepas wujudnya interaksi hubungan perdagangan di antara masyarakat di

Nusantara dengan penganut agama Hindu dan Buddha, ajaran yang terdapat dalam kedua-

dua agama tersebut digabungjalinkan dengan unsur animisme lantas menjadi satu

kepercayaan yang dikenali sebagai kepercayaan Hindu-Buddha. Penggabungjalinan ketiga-

tiga unsur ini mewujudkan fahaman yang disebut ‘sinkretisme’. Hasil asimilasi ketiga-tiga

set kepercayaan ini sedikit sebanyak memberi impak di Nusantara walaupun tidak sehebat

penerimaan masyarakat feudal terhadap animisme. Sebagai contoh, dari sudut

kepercayaan, ajaran Hindu yang diamalkan di negara India adalah berbeza dengan ajaran

Hindu di Pulau Bali.

Agama Hindu lebih cenderung diamalkan oleh golongan raja dan bangsawan.

Walau bagaimanapun amalan yang ditonjolkan lebih banyak berkisar kepada upacara dan

ajaran-ajaran yang membesar-besarkan keagungan dewa-dewa demi kepentingan mereka

sendiri. Ini adalah kerana berdasarkan prinsip dalam agama berkenaan, raja adalah jelmaan

dewa-dewa yang perlu disembah oleh rakyat jelata. Bagi masyarakat umum, mereka turut

menanamkan kepercayaan bahawa golongan raja adalah bayangan Tuhan dan wajib

disembah dan dipatuhi. Engkar kepada titah raja ini adalah dianggap derhaka dan akan

mendapat ketulahan atau mala petaka.

Agama Buddha telah bertapak di dalam tamadun melayu sejak kurun ke-6 lagi.

Walau bagaimanapun kesan yang terhasil daripada agama ini tidak begitu ketara. Di bidang

kesenian, unsur yang dapat ditonjolkan kesan agama Buddha terjelma pada candi

13

Page 14: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

Borobodur. Keterbatasan pengaruhnya bukan sahaja kerana faktor 'dalam diri' agama-

agama tersebut, bahkan juga dibataskan oleh faktor bahasa.

Sebelum kedatangan Islam, bahasa yang dipakai di Sumatera ialah bahasa Melayu

Kuno tulisan Palava (Hindu Kuno) dan di Jawa ialah bahasa Jawa Kuno (Kawi), Walaupun

daripada rumpun bahasa yang sama tetapi bahasa pertuturan adalah berbeza. Faktor ini

yang menyebabkan ajaran Hindu dan Buddha tidak sepenuhnya mewarnai corak kehidupan

masyarakat melayu feudal. Apa yang ada ialah sekadar mengekal dan mengukuhkan lagi

bawaan asli rakyat tempatan yang mementingkan kesenian, metos dan pelbagai bentuk

kehidupan di alam fantasi.

KEDATANGAN ISLAM DI NUSANTARA

Agama Islam mula bertapak di Nusantara pada tahun 1200 Masih. Walau bagaimanapun,

Kepulauan Melayu mulai dikunjungi oleh pedagang Arab sejak dari abad ke-7 hingga abad

ke-13. Menurut Prof. Wang Gungwu, mulai abad ke-9 M, pedagang-pedagang Arab telah

menguasai perdagangan-perdagangan Nanhai (Asia Tenggara). Kapal-kapal mereka

dikatakan telah belayar dari Oman ke Kedah, iaitu pelabuhan kerajaan Srivijaya.

Sebenarnya sekitar 850 M, Kedah adalah sebuah pelabuhan yang terpenting bagi kapal-

kapal Arab. Ibnu Khuzdazbih sendiri menyebutkan bahawa pada tahun 846 M terdapat

pedagang-pedagang Arab di Kedah. Hakikat adanya mereka di sini terbukti dengan

terjumpanya dua keping dirham tempaan Baghdad tahun 848 M, iaitu di zaman khalifah Al-

Mutawakkil bin Al-Muktasim. Wujudnya perhubungan orang-orang Arab dengan kawasan-

kawasan Asia Tenggara sejak abad pertama Hijrah lagi diakui oleh Prof. Thomas Arnold: It

(Islam) may have been carried thither by the Arab traders in the early centuries of the Hijrah,

long before we have any historical notices of such influences being at work.

14

Page 15: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

Secara lebih terperinci terdapat beberapa teori kedatangan agama Islam ke Kepulauan

Melayu. Di antaranya ialah:

1. Teori dari India

Terdapat kenyataan daripada ahli sejarah yang mengatakan bahawa Islam yang muncul di

Nusantara dibawa dari India. Van Ronkel misalnya menganggap yang Islam dibawa dari

India Selatan, dengan alasan bahawa bentuk-bentuk popular Islam seperti ciri-ciri mistik,

sastera roman dan sebagainya di Indonesia itu adalah berasal dari India Selatan. Sebab itu

katanya Islam di Indonesia berasal dari sana, bukannya terus dari Arab. Moquette dan R.A.

Kern pula memilih Gujerat sebagai tempat asalnya Islam. Dalam hujahnya. Moquette

mengemukakan bukti tentang adanya kesamaan batu-batu nisan di Pasai (1428) dan di

Gerisek (1419) dengan batu nisan di Gujerat. Jadi Islam semestinya berasal dari kawasan

Gujerat. Terdapat juga sarjana mengemukakan pandangan bahawa Islam dibawa dari

daerah Bengal ataupun dari daerah Malabar. Namun mereka bersetuju Islam berada di

Nusantara pada kurun ke-13 dari wilayah-wilayah tertentu di India.

2. Teori dari China / Indochina

Menurut Syed Naguib Al-Attas; pemberontakan di Canton pada tahun 877 M yang

mengorbankan kira-kira 120,000 hingga 200,000 pedagang-pedagang yang kebanyakannya

beragama Islam (Arab dan Parsi). Pedagang yang terselamat berhijrah ke Kalah (Kedah),

yang kemudiannya mengambilalih peranan Canton sebagai pelabuhan utama bagi

pedagang-pedagang Arab. Ujar Syed Naguib: This event seems to have marked the

beginning of the coming of Islam in the Archipelago, yakin peristiwa ini menandakan

permulaan kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu. Baru-baru ini pula ditemui Batu

Bersurat di Teluk Cik Munah, Pahang yang tarikhnya dikatakan 419 H, iaitu lebih awal dari

Batu Bersurat di Terengganu yang bertarikh 702 H (1303 M) itu. Bukti terbaru ini dapat juga

menunjukkan bahawa kemungkinan Islam masuk melalui Pantai Timur, yang tentunya

bererti dari China atau Indochina. S.Q. Fatimilah menyebut tentang kewujudan kerajaan

15

Page 16: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

Bani Champa (1000-1471) yang dianggapnya didirikan oleh pelarianpelarian Syiah Alawiyah

dari Damshik. Tetapi akibat serangan kerajaan Annam, orang-orang Islam Alawiyah ini lalu

berpindah ke Makkah dan Acheh. Hujah lain ialah tentang Batu Bersurat di Terengganu

yang bertarikh 1386 (sebenarnya bertarikh 1303 M).

3. Teori dari Arab / Parsi

Di sebalik hujah di atas, terdapat kecenderungan baharu yang mengatakan bahawa Islam

yang bertapak di alam Melayu sebenarnya dibawa terus dari Tanah Arab atau Parsi. Hujah

berkaitan kenyataan ini dapat dilihat dengan meninjau kegiatan pedagang-pedagang Arab di

kawasan Asia Tenggara sejak zaman Arab Jahiliah lagi. Wang Gungwu dan C.A. Majul

mengatakan, sejak pedagang-pedagang Arab memonopoli kegiatan-kegiatan perdagangan

dari India dan Mesir, mereka mula menguasai perdagangan 'Nanhai' (Asia Tenggara). Ini

membawa pengertian bahawa, mereka telah yang menguasai kegiatan perdagangan laut

antara Mesir, India, Asia Tenggara dan China, serta mendirikan penempatan-penempatan di

kawasan-kawasan pantai Nusantara. Semuanya ini berlaku sejak zaman Jahiliah, dan terus

berlaku sepanjang abad pertama Hijrah lagi.

Apabila mengkaji proses Islamisasi di Nusantara pada peringkat awal tersebut, kita

boleh membuat rumusan bahawa orang-orang Arab yang sebenarnya merintis jalan

meskipun dengan agak pasif. Selepas itu baru diikuti oleh mubaligh-mubaligh India pada

abad ke-13, seperti yang sudah dijelaskan. Teori ini dapat dikukuhkan lagi dengan

bersandarkan kenyataan oleh sarjana-sarjana yang terkenal. Di antara sarjana-sarjana yang

paling menonjol dalam teori ini ialah Syed Muhammad Al-Naguib Al-Attas dan Hamka. Dari

segi pandangan sejarah, kata Syed Naguib Al-Attas, sangatlah penting bagi para ahlinya

mengemukakan butir-butir faktanya dengan tepat dan benar, sebab kesimpulan-kesimpulan

yang akan dirumuskan dari butir-butir fakta itu akan mempengaruhi corak perumusan teori

pensejarahan.

16

Page 17: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

KEPERCAYAAN MELAYU SELEPAS KEDATANGAN ISLAM

Kemunculan Islam diterima secara meluas oleh penduduk di Nusantara. Hal ini disebabkan

ole beberapa factor. Ciri-ciri istimewa ini antaranya ialah agama Islam merupakan agama

yang mudah difahami, yang menekankan kesamarataan antara lapisan masyarakat, bersifat

rasional dan logikal, yang mengutamakan akhlak dan kehalusan budi bahasa yang dianggap

serasi dengan budaya orang Melayu.

Kedatangan Agama Islam ke Nusantara telah memberikan impak yang cukup besar

kepada kehidupan masyarakat di kepulauan itu. Tamadun Islam telah berjaya mengubah

corak kepercayaan serta pandangan hidup (worldview) atau Weltanschauung orang-orang

Melayu. Sebelum berkembangnya Islam, masyarakat seringkali dimomokkan kepercayaan

berunsur mitos, fantasi dan kesenian semata-mata. Kini timbullah pandangan yang lebih

mementingkan unsur-unsur rasionalisme dan intelektualisme. Seperti kata Prof. Syed

Naguib Al-Attas, para penyebar Agama Islam mendakyahkan kepercayaan ketuhanan yang

Tunggal, yang kudratNya terhukum pada hikmat-Nya; yang iradat-Nya berjalan selaras

dengan Akal. Prinsip utama yang ditekankan ialah meyakini kewujudan Allah sebagi Tuhan

yang Maha Berkuasa.

Semua kejadian di dunia ini adalah hasil ciptaan Allah dan tidak mampu memberi

mudarat kepada manusia. Walaupun iktikad ini bercanggah dengan anutan selama ini,

masyarakat melayu mudah menerimanya kerana dalil tentang Keesaan Allah adalah

realistik. Tidak seperti mempercayai kuasa hantu jembalang dan penunggu yang

mengehadkan pergerakan mereka mencari rezeki (terpaksa memohon izin atau

mempersembahkan korban). Bahkan agama Islam yang syumul sesuai dengan naluri dan

ftirah mereka agar bekerja kuat memperoleh rezeki di bumi Tuhan yang Maha Kaya ini.

Secara beransur-ansur penyembahan secara animisme mulai ditinggalkanoleh

masyarakat melayu. Ibadat sebaliknya ditujukan kepada Allah yang Maha Khaliq. Ini dapat

dibuktikan dengan pembinaan masjid-masjid sebagai tempat ibadat

17

Page 18: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

Agama Islam juga memasukkan kepercayaan kepada alam akhirat sebagai natijah

atau hasil daripada kehidupan manusia di alam dunia ini. Berbeza dengan kebangkitan roh

dalam unsur animisme, Islam meyakini bahawa kewujudan Alam Barzakh dan Alam Akhirat

sebagai tempat pembalasan amalan manusia sepanjang hidup di dunia yang fana ini.

Konsep pembalasan ini lebih praktikal untuk diterima oleh masyarakat. Lantaran itu

kehidupan masyarakat lebih terpimpin kerana adanya prinsip dosa dan pahala yang akan

mereka terima atas setiap perlakuan, perkataan dan amalan yang dibuat.

Konsep tauhid Islam tentang kejadian alam semesta sebagai ciptaan Tuhan dapat

diterima oleh masyakarat melayu. Islam meletakkan penciptaan manusia sebagai sebaik-

baik kejadian. Sebaliknya sebelum Islam, masyarakat Melayu menganggap makhluk lain

lebih mulia dan dapat mempengaruhi kehidupan manusia. Ini dapat dibuktikan apabila orang

melayu melakukan pemujaan ke atas pokok-pokok besar, busut, bukit, sungai dan semangat

padi. Islam mengangkat darjat manusia ke tahap yang mulia. Bahkan di dalam Islam,

penciptaan khazanah alam, tumbuh-tumbuhan, dan sebagainya adalah untuk dimanfaatkan

oleh manusia, bukannya untuk disembah dan dipuja.

Konsep Kepercayaan kepada Qada dan Qadar dalam Islam juga bercanggah

dengan kepercayaan tradisi masyarakat melayu primitif. Bagi masyarakat pribumi, kejadian

yang berlaku adalah dipengaruhi oleh hantu, jembalang, dan penunggu. Untuk mengelakkan

kejadian yang tidak diingini mereka perlu memohon keizinan makhluk halus tersebut

sebelum melakukan sesuatu. Sebaliknya di dalam agama Islam segala kejadian berlaku itu

adalah atas kehendak Allah s.w.t. Manusia perlu memenuhi tiga prinsip dalam hidup bekerja

iaitu; berusaha bersungguh-sungguh, berdoa kepada Allah semoga beroleh keberkatan dan

bertawakal ataupun berserah kepada takdir yang Allah tentukan. Hal ini berbeza dengan

kehendak animisme yang memerlukan penganutnya memuja ‘tuhan’ mereka,

menghadiahkan santapan yang lazat, memepersembahkan haiwan, waima pada tahap-

tahap tertentu memerlukan pengorbanan nyawa manusia.

18

Page 19: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

Walau bagaimanapun, masih terdapat kepercayaan dan tradisi lama yang

dikekalkan. Sebagai contoh, dapat dilihat pada petikan mantera di bawah: (Samri Sainuddin,

2004 : 38)

”Kabul aku menawar ubat pontianak si anu, Kabul Allah Kabul Muhammad, Kabul

Baginda Rasulullah Kabul berkat guru La ila ha ilallah, Muhammadar

Rasulullah”

Mentera ini masih diamalkan oleh masyarakat Melayu dalam dunia perubatan. Ia tidak

bertentangan dengan ajaran Islam. Apabila masyarakat Melayu mula menganuti ajaran

Islam adat-adat dalam masyarakat Melayu mula diubahsuai supaya tidak bertentangan

dengan ajaran Islam. Adat masyarakat Melayu juga telah mengalami perubahan dengan

kedatangan ajaran Islam di rantau ini. Selain daripada mengubah sistem kepercayaan kita,

Islam juga telah mengenepikan adat yang dianggap bercanggah dengan akidah dan

kepercayaan Islam.

Dalam proses sosialisasi masyarakat Melayu, tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti

dengan adat Islam yang dilakukan sejak individu itu lahir sehinggalah hari kematiannya.

Contoh-contoh Perubahan Adat dan Cara Hidup adalah seperti berikut:

1. Kelahiran bayi disambut dengan persiapan tujuh lapis kain kuning, hiasan katil

berwarna kuning, pulut kuning dan putih. Kelahiran bayi disambut dengan azan dan iqamat.

2. Perkahwinan dilakukan oleh kadi dan dua orang saksi, upacara khatam al-Quran dan

berzanji. Mengadakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat.

3. Membaca ayat-ayat al-Quran untuk mengelak gangguan syaitan

4. Memperingati hari kematian ahli keluarga dengan hari hol (khaul) dengan majlis

bacaan tahlil.

19

Page 20: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

Perubahan yang jelas telah berlaku terhadap masyarakat Melayu dari segi adat resam

dalam kehidupan. Islam telah mengatur kehidupan masyarakat agar kehidupan yang dilalui

itu berlangsung dalam suasana aman dan harmoni. Islam telah merubah adat resam

masyarakat Melayu dengan adat-adat Islam. Tujuannya adalah untuk kesejahteraan dan

keharmonian hidup masyarakat. Kesan daripada perubahan adat ini telah mewujudkan

suasana hidup yang lebih teratur, seperti adat berkeluarga, berjiran tetangga, adat menuntut

ilmu, adat berkampung dan sebagainya. Adat Melayu yang bersendikan agama menjadi

amalan masyarakat Melayu. Contohnya pantun Melayu ada menyebut:

”Bunga cempaka baunya harum Pelbagai kembang digubah indah. Adat bermula

dengan hukum. Hukum bersandar di kitab Allah”

Apabila Islam mengambil tempat di Kepulauan Melayu, ajaran agama ini turut

mempengaruhi corak pemikiran golongan pemerintah dan kerabat bangsawan. Sebelum

kedatangan Islam golongan raja menanamkan kepercayaan kepada rakyat bahawa mereka

adalah keturunan dea-dewa ataupun jelmaan tuhan. Rakyat diwajibkan menyembah dan

mengikrarkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja. Raja mempunyai kuasa

mutlak. Sistem kasta yang dipengaruhi oleh agama Hindu turut meletakkan hijab antara

golongan istana dan rakyat marhaen.

Setelah kedatangan Islam, puak pemerintah sebaliknya bersikap lebih adil dan

bertanggungjawab terhadap rakyat jelata. Islam tidak sahaja membawa kerajaan, bahkan

berjaya pula meninggalkan kesan-kesan di dalam sistem perundangan Melayu, sungguhpun

pada setengah-setengah tempat kita masih dapat mempersoalkannya.

20

Page 21: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

Dalam Hukum Kanun tercatat firman Allah yang menuntut agar orang-orang Mukmin

mentaati Allah dan Rasul-Nya, serta pemimpin-pemimpin di antara kaum (Al-Nisa: 59).

Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu

kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan

kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka

hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah)

RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah

lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah al Nisa’:59).

21

Page 22: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

PENUTUP

Kemunculan Agama Islam ke Nusantara telah membuka dimensi baru dalam Tamadun

Melayu. Hasil interaksi Tamadun Islam ke dunia Melayu telah memberi impak yang cukup

besar dalam pelbagai aspek sama ada politik, sosio ekonomi, pemikiran, kebudayaan dan

pendidikan.

Daripada segi anutan kepercayaan, Islam telah menjadi cahaya penyuluh kepada

nilai animisme yang melingkari kehidupan masyarakat di Kepulauan Melayu. Amalan

berbentuk khurafat dan berunsur mitos telah berubah kepada akidah Islamiyah. Hasil

daripada proses Islamisasi ini, Kepulauan Melayu telah berjaya membentuk peradaban

Islam dalam dimensi Nusantara. Maka lahirlah kerajaan-kerajaan Melayu yang berlandaskan

Islam seperti Perlak-Samudera-Pasai (840) dan kemudiannya kerajaan Islam Aceh (1507),

Minangkabau (1500) di Sumatera, Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511), Kerajaan Johor-

Riau-Lingga (1673), Patani di Selatan Thailand (1500); Brunei (1480), Sambas (1580);

Demak (1450), Bantan (1572), Sunda Kelapa (1527) dan Mataram (1586) di Pulau Jawa,

Makassar (1600), Ternate (1490), Sulu (1450) dan Magindanao (1490) di Indoesia timur.

Manakala di Tanah Besar Asia Tenggara, muncul Campa di Indo-China.

Dalam konteks negara Malaysia, pancaran Islam ke Kepulauan Melayu telah

menjadi asas kepada pembinaan negara bangsa. Kesinambungan corak politik berteraskan

Islam di negeri-negeri Tanah Melayu ini menjadi teras pembentukan perlembagaan Malaysia

sehingga kini.

22

Page 23: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

SUMBER RUJUKAN:

Ahmad Fauzi & Ahmad Tarmizi. Tamadun Islam (1997). Serdang: Universiti Putra Serdang.

Azhar Hj. Mad Aros dll.(2000). TITAS Kertas 1. Shah Alam: Fajar Bakti.

_________________________. TITAS Kertas 2. Shah Alam: Fajar Bakti.

Dr. Aslam Hady, Pengantar Filsafat Agama. Penerbit CV Rajawali Cetakan Pertama 1986

Dr. Nasruddin Razak. Dienul Islam. Cetakan Kelima. Pt. AlMaa’rif 1982

Ismail b. Awang B.A. (Usuluddin) (1984) adat Orang-orang Melayu Yang Bertentangan

Akidah Islam, Pustaka Aman Press Sdn Bhd, Kota Bharu

Kamus Dewan (1993) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian

Pendidikan Malaysia

Mohd. Liki Hamid (2003). Pengajian Tamadun Islam. Edisi ke-2. Kuala Lumpur: PTS

Publication.

Mohd Yunus b. Hj Yatim (1974) Bimbingan Pengetahuan Ugama Islam, Penerbitan Utusan

Melayu (M) Berhad Kuala Lumpur

Mutahhari, Murthada (1986) Masyarakat & Sejarah : Kritik Islam Atas Marxisme & Teori

Lainnya, Bandung, Indonesia

Rasid Muhamad, (1996), Marta Tamadun Islam. Kuala Lumpur: ABIM.

Samri Sainudin (2003). TITAS Tamadun Melayu. Tanjong Malim: Quantum Books.

Sivachandralingam dan Ayadurai. (2006), Tamadun Dunia,- Edisi Semakan, Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Malaya.

23

Page 24: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

Majalah Dewan Agama dan Falsafah, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Majalah Visi. IKIM

http://ctu551.blogspot.com/2008/04/kepercayaan-masyarakat-melayu-sebelum.html

24

Page 25: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

PENGURUSAN GRAFIK

Lampiran A

CIRI-CIRI TAMADUN MELAYU

25

CIRI-CIRITAMADUN MELAYU

Bahasa Austranesia

Bangsa:Jawa, Sunda, Madura, Aceh, Minangkabau,

Sasak, Melanau, Iban, Bajau, Murut, Bugis,

Melanau, Sulu

Lokasi: dari Pulau Malagasi ke Pulau Paskah dari Pulau Formosa

Kepulauan Indonesia ke New Zealand

Perkembangan:Tamadun Purba atau

PrasejarahTamadun Hindu dan

Arab JahiliyahTamadun Moden

Page 26: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

BENTUK KERAJAAN MELAYU LAMA

26

Konsep Agraria

Fokus bidang pertanian

Empayar FunanKerajaan Angkor

Empayar Majapahit

Konsep Maritim

Fokus bidang pelayaran

Ligor dan Singora di Langkasuka

Lembah Bujang di Kedah

Srivijaya di Palembang

Page 27: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

JENIS-JENIS KEPERCAYAAN MASYARAKAT MELAYU

27

JENIS-JENIS KEPERCAYAAN MASYARAKAT

MELAYU

KEPERCAYAAN ANIMISME

KEPERCAYAAN HINDU-BUDDHAAQIDAH ISLAMIAH

Page 28: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

KEPERCAYAAN ANIMISME

28

KEPERCAYAAN ANIMISME

ROH BAIK / JAHAT

HANTU JEMBALANG PENUNGGU

ROH NENEK MOYANG (HYANG)

DINAMISME(SEMANGAT)

ADAT DAN PANTANG LARANG

Page 29: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

ADAT DAN PANTANG-LARANG MASYARAKAT MELAYU

29

ADAT MEMBAYAR NAZAR

ADAT MANDI MEMBUANG SIAL

ADAT MANDI SAFAR

ADAT MERENJIS TEPUNG TAWAR

ADAT MELENGGANG PERUT

ADAT MEMUJA KAMPUNG

ADAT MEMUJA SEMANGAT PADI

Page 30: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

PENGARUH HINDU-BUDDHA DALAM KEPERCAYAAN MELAYU

30

ASIMILASI DENGAN UNSUR ANIMISME

LEBIH POPULAR DI ISTANA

PEMBINAAN PUSAT IBADAT

'SINKRETISME'PERCAYA DEWA-DEWI

RAJA DIANGGAP JELMAAN DEWASENI DAN SASTERA LEBIH MENONJOL

CANDI BORUBODORCANDI LEMBAH BUJANG

Page 31: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

TEORI KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

31

DARI INDIA

Page 32: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

KESAN KEPERCAYAAN MELAYU SETELAH KEDATANGAN ISLAM

32

KESAN KEDATANGAN

ISLAM

PENGHAPUSAN MITOS DALAM PEMERINTAHAN

AJARAN ISLAM DIAMALKAN

MEMBINA MASJID , SURAU, MADARASAH

UNSUR ANIMISMEDIHAPUSKAN

Page 33: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

PERBANDINGAN KEPERCAYAAN MELAYU TRADISIONAL DENGAN ISLAM

33

MELAYU TRADISIONAL

MEMPERCAYAI MAKHLUK HALUS

UPACARA PEMUJAAN DI

BUKIT, POKOK, HUTAN

ROH ORANG YANG MATI HIDUP

SEMULA

TIDAK PERCAYA HARI

PEMBALASAN /KIAMAT

POKOK BATU SUNGAI LEBIH

BERKUASA

ANUTAN BERBEZA MENGIKUT TEMPAT

DAN KAUM

UNSUR PENJELMAAN

SEMULA

RAJA JELMAAN DEWA

AGAMA ISLAM

MENGESAKAN ALLAH

IBADAT DI MASJID DAN SURAU

MANUSIA DIBANGKIT PADA HARI KIAMAT

KONSEP ALAM BARZAKH DAN ALAM

AKHIRAT

MANUSIA MAKHLUK TERBAIK CIPTAAN

ALLAH

AJARAN BERPANDU AL QUR'AN DAN SUNNAH

KONSEP DOSA DAN PAHALA

KESAMARATAAN

Page 34: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

CONTOH-CONTOH KERAJAAN ISLAM DI NUSANTARA

34

PERLAK ( 840 M )

SAMUDERA - PASAI (1042 -1450M)

ACHEH ( ABAD KE-6M)

KESULTANAN MELAYU MELAKA (1400-1511M)

PATTANI (ABAD KE-18 HINGGA 19M)

Page 35: Tamadun Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

Lampiran B

BORANG REKOD KOLABORASI

KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR : AWANGKU OMAR BIN AWANGKU MAHMUD

NO. MATRIK / K.P : 721003-13-5817

KUMPULAN : PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK / PPG

AMBILAN FEBRUARI 2012

MATA PELAJARAN : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

PENSYARAH PEMBIMBING : USTAZ MUHAMMAD ZAWAWI BIN MUHAMMAD ALI

TARIKH PERKARA YANG DI BINCANGKAN

CATATAN NAMA / TANDATANGAN

25/02/2012 Menerima tugasan daripada pensyarah pembimbing

Ust. Muhd Zawawi

17/03/2012 Mendapat bimbingan daripada pensyarah

Ust. Muhd Zawawi

24/03/2012 Perbincangan tugasan

25/03/2012 Mencari maklumat berkaitan tajuk

06/04/2012 Menghantar draf tugasan untuk semakan dan pembetulan

Ust. Muhd Zawawi

08/04/2012 Membuat pembetulan dan mengemaskini maklumat

14/04/2012Menghantar Kerja Kursus untuk perhatian pensyarah pembimbing

Ust. Muhd Zawawi

35