hbef1503 masyarakat dan tamadun

Upload: lindafadhir8456

Post on 04-Apr-2018

333 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Hbef1503 Masyarakat Dan Tamadun

    1/14

    (TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN)

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    SEMESTER 3 / SEPTEMBER 2011

    HBEF1503

    MASYARAKAT DAN TAMADUN

  • 7/30/2019 Hbef1503 Masyarakat Dan Tamadun

    2/14

    HBEF 1503

    1.0PENDAHULUAN

    Seringkali kita berhadapan dengan pelbagai masalah berkaitan dengan kehidupan

    masyarakat . Situasi ini berlaku kerana masyarakat kita tidak peka dan memahami corak

    hidup bangsa lain yang hidup di dalam negara kita. Permasalahan ini berkaitan dengan

    budaya hidup kita. Menurut Kamus Dewan (Edisi Kedua Cetakan Pertama 2003),budaya

    membawa maksud segala-gala yang sudah menjadi kebiasaan atau cara hidup sesebuah

    masyarakat. Ia merujuk kepada amalan,sikap,cara berfikir dan juga benda dan barang yang

    dihasilkan.Istilah budaya juga diertikan sebagai cara hidup yang dikongsi bersama yang

    merangkumi nilai-nilai,kepercayaan dan pantang larang yang dperturunkan dalam sesebuah

    masyarakat daripada satu generasi ke generasi melalui proses pembudayaan.Ia diterapkanke dalam jiwa seseorang secara sedar atau tidak sedar.. Sesebuah masyarakat diiktiraf berjaya

    jika ia bertamadun.Perkataan tamadun membawa erti yang pelbagai.Istilah Tamadun berasal

    daripada perkataan Arab tamaddun yang berakar umbi dari perkataan maddana yang bererti

    membangunkan atau memajukan. Realitinya tamadun adalah ditakrifkan sebagai sejumlah

    pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan,pemikiran dan penciptaan yang baik

    ,halus,sopan-santun bagi pembentukan peribadi ,akhlak,tingkah laku serta budi bahasa yang

    mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah

    masyarakat atau negara bangsa.

    2.0Perbezaan antara tamadun dengan budaya

    Budaya yang dikonsepkan oleh orang ramai kebiasaannya meliputi hal-hal

    kesenian.Sedangkan pengertian budaya dalam penngajian anthtropologi adalah suatu

    jalinan yang kompleks.Perlakuan manusia yang dipelajari adalah menjadi asas kepada

    pertumbuhan budaya.Adakala budaya itu didapati sama ertinya dengan peradaban,tetapi

    peradaban itu adalah sebahagian daripada budaya. Konsep tamadun pula berbeza ,ia

    membawa maksud satu unit budaya yang besar yang mengandungi norma-norma

    sosial,tradisi dan institusi yang dikongsi bersama dan diwarisi dari generasi ke

    generasi(Edward L.Farmers).Profesor Wan Hashim Wan Teh berpendapat bahawa

    perbezaan antara tamadun dengan budaya ialah tahap pencapaiannya.

  • 7/30/2019 Hbef1503 Masyarakat Dan Tamadun

    3/14

    HBEF 1503

    3.0Fungsi budaya

    Pemupukan budaya dalam masyarakat adalah sesuatu yang dapat membentuk

    imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti bangsa yang lebih

    bertamadun.Ini kerana bangsa yang bertamadun adalah bangsa yang menjadikan budaya

    sebagai salah satu alan hidup mereka. Budaya juga berfungsi sebagai salah satu kaedah

    untuk memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bangsa di dalam sesebuah negara

    berdasarkan ciri-ciri kerohanian,kemanusiaan,spriritual dan mental di kalangan

    masyarakat.(Shamsul Amri Baharuddin,2007)

    Masyarakat yang berbudaya ia mampu melahirkan semangat cintakan negara dan

    sayang pada adat dan corak kehidupannya. Fenomena ini jelas dibuktikan melalui

    cara sesebuah masyarakat menjaga dan menghormati perayaan serta adat mereka. Sebagai

    contoh, masyarakat Melayu,masih mengamalkan kaedah bergotong-royong semasa

    mengadakan kenduri.Mereka bersama-sama menyediakan juadah dan segala keperluan

    kenduri.Meskipun cara ini hanya dilakukan di kampung-kampung namun ia telah dapat

    membuktikan kepada dunia luar bahawa adat dan budaya Melayu tidak hilang di dunia.

    4.0Kepelbagaian budaya

    Menurut Kamus Dewan (2005) edisi keempat , kepelbagaian bermaksud berbagai-

    bagai jenis .Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama ada abstrak atau konkrit yang

    boleh diperolehi di sesuatu tempat atau kawasan yang sama. Budaya pula merupakan cara

    hidup manusia yang dibentuk supaya dapat berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan

    masyarakat dan alam sekitar.Melalui budaya sesebuah masyarakat dan bangsa akan

    dinilai berdasarkan di atas kejayaan dan kekuatan tamadun yang

    dibangunkan.Misalnya.kaum Cina di Malaysia merupakan kaum yang berpengaruh dan

    memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara.Fakta ini adalah

    hakikat yang telah membawa kejayaan kaum Cina sejak dari awal penghijrahan mereka

    ke Tanah Melayu pada abad ke -19 (Sheela Abraham,1986)

    Malaysia meupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum yang

    mempunyai budaya , adat resam dan ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri.Kepelbagaian

    budaya ini telah membentuk satu identiti Malaysia yang harmonis dan bersama-sama

    berganding bahu untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan dalam aspek politik

    ,ekonomi dan sosial. Budaya dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu budaya bersifat

    materialistik dan budaya bersifat bukan materialistik.Budaya materialistik merujukkepada peralatan yang dapat memberi simbol dan makna kepada orang lain atau lebih

  • 7/30/2019 Hbef1503 Masyarakat Dan Tamadun

    4/14

    HBEF 1503

    tepat bersifat konkrit.Manakala budaya bukan materialistik adalah kepercayaan,adat-

    istiadat dan undang-undang (Shamsul Amri Baharuddin,2007). Masyarakat yang yakin

    kepada budayanya akan menunjukkan rasa hormat dan patuh kepada amalan dan larangan

    yang terdapat dalam budaya tersebut.Justeru, amalan positif atau negatif masyarakat

    bergantung kepada sejauh mana sistem budaya yang dilaksanakan dan kekuatan unsur-

    unsur yang terdapat di dalam budaya.Pentingnya adat dalam masyarakat Melayu sering

    dikaitkan dengan pepatah biar mati anak ,jangan mati adat.

    Dalam masyarakat Melayu yang mengalami perubahan, berikutan pesatnya

    Proses modenisasi dan urbanisasi nilai-nilai sosial dan pandangan terhadap dunia luar

    turut mengalami perubahan.Budaya rakyat yang tidak sesuai cuba disesuaikan dengan

    arus pemodenan.Unsur-unsur budaya popular memainkan peranan yang semakin penting

    dalam kehidupan masyarakat moden.Contohnya budaya memakai pakaian baju kebaya di

    kalangan masyarakat . Kini pelbagai bangsa dan peringkat umur memakainya. Ia seolah-

    olah satu trend atau fesyen terkini. Walaupun ia dahulunya dimonopoli oleh kaum baba

    dan nyonya namun kini ia menjadi fesyen masa kini.

    Warisan kebaya kaum baba nyonya Digayakan oleh golongan muda

    Generasi muda kini kerapkali memandang rendah terhadap warisan budaya rakyat

    berbanding budaya popular moden. Budaya rakyat yang masih terdapat di kampung-

    kampung selalu dianggap bersifat kekampungan. Misalnya barang-barang hasil

    tangan seperti tikar mengkuang,bakul rotan dan hasil daripada buluh yang dihasilkan

    oleh orang kampung selalu dianggap kurang bermutu,sedangkan hakikatnya hasilan

    mereka lebih asli dan kreatif.

  • 7/30/2019 Hbef1503 Masyarakat Dan Tamadun

    5/14

    HBEF 1503

    c)i ) Sosio-Budaya

    Penduduk Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa. Jumlah penduduk anggaran tahun 2003 ialah

    25.04 juta, yang terdiri dari kaum Melayu 61%, kaum Cina 30%, kaum India 8% dan yang

    lain-lain 1%. Terdapat juga orang Asli, Eropah dan Serani.

    Keunikan Masjid Putrajaya antara tarikan pengunjungke sini.

    Malaysia sebuah negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai kebudayaan. Kebudayaan

    Kebangsaan Malaysia adalah berasaskan kebudayaan orang-orang Melayu sebagai rakyat asal

    rantau ini. Kebudayaan Melayu itu sendiri berteraskan ajaran agama Islam. Kebudayaan

    orang Melayu mengutamakan nilai-nilai sopan-santun, kesederhanaan, keindahan dan

    keharmonian hidup antara ahli-ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat. Sikap tolak

    ansur antara kaum juga menjadi pegangan. Semua bentuk kebudayaan serta agama-agama

    lain adalah sentiasa dihormati. Sambutan hari-hari perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru

    Cina, Thaipusam, Krismas, Gawai dan lain-lain dianggap sebagai perayaan penting.

    Agama

    Malaysia terdiri dari penduduknya yang berbagai keturunan dan menganuti berbagai agama,

    khususnya agama Islam, Buddha, Hindu, Tao dan Nasrani (Kristian), di samping lain-lain

    sistem kepercayaan yang diamalkan oleh berbagai kumpulan etnik yang terdapat di negara

    ini. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi di Malaysia, sementara

    agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan bebas.

  • 7/30/2019 Hbef1503 Masyarakat Dan Tamadun

    6/14

    HBEF 1503

    Tarian Singa adalah sebahagian sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan

    masyarakat Cina.

    Bahasa Rasmi

    Bahasa rasmi yang digunakan di negara ini ialah Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) namun,

    bahasa-bahasa berbagai kaum dan suku kaum yang lain adalah bebas digunakan seperti

    bahasa Cina dan Tamil. Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua dan digunakan dengan

    meluasnya di bidang-bidang perdagangan dan perindustrian. Kerajaan juga telah

    menggalakkan pekerja hotel dan ahli-ahli perniagaan yang berkaitan dengan sektor

    pelancongan dan perhotelan supaya mempelajari lain-lain bahasa antarabangsa.

    Festival Dan Perayaan

    Masyarakat majmuk menjadikan kebudayaan negara ini lebih berwarna-warni. Penduduknya

    yang berbilang kaum menyambut pelbagai perayaan sepanjang tahun. Di negara ini, musim

    perayaan adalah masa untuk bergembira dan menjalin persahabatan serta muhibah antara

    kaum. Setiap kali perayaan, semua rakyat tanpa mengira keturunan, turut serta memeriahkan

    suasana dengan kunjung-mengunjungi antara satu sama lain. Oleh itu, upacara 'rumah

    terbuka' adalah satu suasana yang tidak asing lagi di hari-hari perayaan.

  • 7/30/2019 Hbef1503 Masyarakat Dan Tamadun

    7/14

    HBEF 1503

    Islam

    Bagi umat Islam, tiga perayaan utama diraikan, iaitu Hari Raya Puasa (Aidilfitri), Hari Raya

    Haji (Aidiladha) dan Maulidul Rasul. Hari Raya Puasa diraikan bagi menandakan

    berakhirnya sebulan berpuasa pada bulan Ramadan. Hari Raya Haji (Aidiladha) dirayakan

    pada hari ke-10 bulan Zulhijjah (bulan Islam) ketika umat Islam yang mengerjakan ibadat

    Haji di Mekah berada di peringkat akhir ibadah mereka. Pada pagi hari tersebut umat Islam

    menunaikan sembahyang Hari Raya Aidiladha di masjid-masjid. Mereka yang

    berkemampuan akan mengerjakan ibadat korban. Perayaan Maulidur Rasul pada bulan

    Rabiulawal, dirayakan bagi memperingati perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. Acara-acara

    seperti perhimpunan, syarahan dan bacaan berzanji biasanya diadakan.

    Cina

    Rakyat Malaysia berketurunan Cina merayakan Tahun Baru Cina pada hari pertama di dalam

    bulan pertama kalendar Cina pada bulan Januari atau Februari setiap tahun. Perayaan bermula

    dengan kaum keluarga berkumpul untuk makan malam bersama. Perayaan ini berlanjutan

    selama 15 hari hingga hari Chap Goh Mei yang dirayakan pada malam ke-15. Seperti biasa di

    perayaan ini, pemberian bungkusan merah "angpow" memeriahkan lagi suasana, terutama

    kepada kanak-kanak. Selain itu, terdapat juga perayaan Kuih Bulan yang ada kaitannya

    dengan legenda bidadari dari bulan lapan kalendar Cina. Kuih-kuih bulan dan tanglung-

    tanglung adalah ciri-ciri utama perayaan tersebut.

    Hindu

    Bagi penganut agama Hindu, Deepavali atau perayaan Cahaya pada bulan Aippasi mengikut

    kalendar keturunan Tamil (OktoberNovember) merupakan masa untuk kaum keluarga dan

    sanak-saudara bergembira. la menandakan kemenangan, kecerahan mengatasi kegelapan,

    kebaikan mengatasi kejahatan, kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Perayaan bermula dengan

    upacara sembahyang dan diikuti dengan kunjungan ke rumah sanak saudara. Di waktu

    malam, pelita-pelita dipasang untuk memeriahkan lagi perayaan.

  • 7/30/2019 Hbef1503 Masyarakat Dan Tamadun

    8/14

    HBEF 1503

    Hiasan "kolam" rekaan burung merak merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi.

    Para penganut agama Hindu di Malaysia juga merayakan Hari Thaipusam pada bulan Januari

    sebagai penghormatan kepada Dewa Muruga. Di perayaan tersebutlah, Batu Caves yang

    terletak di Kuala Lumpur menjadi tumpuan para penganut yang membawa persembahan-

    persembahan di atas kavadi untuk dipersembahkan kepada dewa tersebut.

    Buddha

    Bagi para penganut agama Buddha, bulan Mei menandakan tibanya Hari Wesak sebagai

    memperingati tiga peristiwa penting di dalam hidup Buddha, iaitu hari keputeraannya, hari

    mencapai kemantapan fikirannya dan juga hari kemangkatannya. Di perayaan tersebut,

    upacara-upacara bersembahyang dan perarakan diadakan.

    Kristian

    Pada Bulan Disember para penganut Kristian merayakan Hari Krismas sebagai menandakan

    kelahiran Nabi Isa a.s., dengan bersembahyang di gereja-gereja dan menziarahi suadara-mara

    dan rakan-rakan.

  • 7/30/2019 Hbef1503 Masyarakat Dan Tamadun

    9/14

    HBEF 1503

    Perayaan Bagi Kaum-kaum di Sabah dan Sarawak

    Di Sabah dan Sarawak, terdapat pula perayaan-perayaan tradisi orang Kadazan dan Dayak

    yang memperkayakan lagi kebudayaan masyarakat Malaysia. Pada bulan Mei setiap tahun di

    Sabah, orang-orang Kadazan mengadakan Perayaan Menuai yang merupakan satu acara

    penting untuk para petani mereka. Kemuncak perayaan ialah persembahan tarian Sumazau.

    Tamu Besar atau pasar tahunan pula merupakan satu pesta di mana acara-acara sukan

    tradisional diadakan.

    Perayaan-perayaan tradisi orang-orang Dayak di Sarawak pula terdiri daripada Gawai Batu

    (permulaan musim menanam padi), Gawai Burung (perayaan berkaitan dengan sesuatu tanda

    atau mimpi yang tidak baik), Gawai Bersimpan (kesyukuran setelah selesai menuai) dan

    Gawai Antu (perayaan untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia). Paling penting

    ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu. Tarikh 1 jun adalah Hari Gawai di mana beberapa

    gawai dirayakan di negeri tersebut.

    Tarian Sumazau dari suku kaum Dusun

    Cuti Am

    Selain perayaan-perayaan kaum yang dilangsungkan, cuti am juga diisytiharkan bagi

    beberapa acara penting di negara ini. Di antaranya ialah Hari Kebangsaan atau Hari

    Kemerdekaan yang disambut di seluruh negara pada 31 Ogos setiap tahun, Perayaan Hari

    Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari Sabtu minggu pertama

    bulan jun, Hari Keputeraan Raja/Sultan di peringkat negeri bagi negeri-negeri yang

    berkenaan sahaja. Hari Pekerja pada 1 Mei, Maal Hijrah (Awal Muharram) dan perayaan-

    perayaan lain seperti "Good Friday" dan Nuzul Quran yang diraikan di beberapa buah negeri

    yang tertentu sahaja

  • 7/30/2019 Hbef1503 Masyarakat Dan Tamadun

    10/14

    HBEF 1503

    c)Contoh budaya yang baik

    i) Budaya budi bahasa

    Kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni ini merupakan agenda penting kerajaan untuk

    menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai murni ke dalam jiwa

    setiap rakyat Malaysia. Kempen ini diharap dapat memperkukuhkan kembali kekuatan

    peribadi dan jati diri setiap individu. Negara akan menjadi agung jika warganya terdiri dari

    insan-insan yang mengamalkan budaya murni. Tidak ada gunanya jika masyarakat Malaysia

    kaya dari segi kebendaan tapi muflis dari segi keperibadian. Dapat kita rasakan bahawa

    ungkapan first class infrastructure, third class mentality itu tepat menggambarkankerisauan ramai rakyat Malaysia tentang keadaan negara pada masa ini. Ekonomi negara

    terus berkembang pesat; penggunaan teknologi semakin berleluasa; jalan raya

    diperbanyakkan dan diperluaskan; dan banyak kawasan dibangunkan untuk perumahan dan

    perindustrian moden.

    Namun, cara pemikiran kita dan peradaban kita tidak mengalami kemajuan yang sama,

    malah seolah-olah semakin mundur. Kita menghadapi satu senario di mana sifat-sifat luhur

    serta kesantunan budi bahasa yang dulu menjadi kebanggaan masyarakat Malaysia semakin

    terhakis. identiti dan jati diri masyarakat Malaysia semakin luntur. Kepincangan ini telah

    melahirkan beberapa sindrom negatif yang kini dipandang seakan-akan satu kebiasaan di

    kalangan masyarakat Malaysia. Namun, pada hakikatnya, kita telah meletakkan budi pekerti

    sebagai satu asas dan tunjang dalam pelbagai dasar dan falsafah pembangunan negara, dari

    Rukun Negara sehinggalah kepada Wawasan 2020. Jelaslah bahawa aspirasi kita dalam

    bidang pembangunan minda dan rohaniah tidak sejajar dengan realiti kehidupan kita masa

    kini.

  • 7/30/2019 Hbef1503 Masyarakat Dan Tamadun

    11/14

    HBEF 1503

    Dalam kesibukan kita sehari-hari, kita mungkin semakin lupa untuk memupuk ciri-ciri

    keperibadian luhur, baik untuk diri kita sendiri ataupun untuk anak-anak kita. Sebelum

    budaya masyarakat kita merosot lagi, kita harus sedar dan mempelajari serta mempraktikkan

    semula nilai-nilai dan budi bahasa warisan kita. Usaha ini harus dimulakan pada peringkat

    diri sendiri, peringkat keluarga dan pada peringkat masyarakat.

    (ii) Budaya nasihat

    Dalam menempuh kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada melakukan

    kesilapan. Pelbagai faktor boleh dikaitkan dalam melakukan kesilapan, mungkin kerana lupa,

    terlepas pandang, tidak disengajakan atau tidak mendapat maklumat yang cukup.

    Oleh itu, amalan nasihat menasihati dalam kehidupan merupakan salah satu cara untuk

    mewujudkan keharmonian hidup. Amalan hidup nasihat menasihati merupakan tuntutan dan

    beberapa perkara berkaitan perlu diberi perhatian. Dalam memberi dan menerima nasihat,

    kita perlulah bersifat positif, tidak terburu-buru, tidak buruk sangka, sentiasa menyelidik dan

    mengelakkan diri daripada sifat dendam. Seorang ibu bapa tidak boleh tidak untuk sentiasa

    memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ini merupakan satu kewajipan yang perlu dipikul

    dalam mendidik anak-anak kewajipan yang perlu dipikul dalam mendidik anak-anak. Namun

    apa yang tidak disukai oleh anak-anak adalah amalan sikap suka meleter yang tidak

    bertempat.

    Amalkan sikap menjadi pendengar yang teliti dan aktif. Hidupkan suasana dan naluri

    bertanya (dua hala) dan elakkan mencari kesalahan serta carilah perkara yang baik dan

    positif. Dalam keadaan tertentu, bukan semua orang suka mendengar nasihat. Namun sifat

    yang baik apabila diberi nasihat, cubalah jadikan diri sebagai orang positif dalam menerima

    nasihat. Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan

    permasalahan yang timbul. Apa yang penting dalam amalan nasihat menasihati ialah

    semangat dan amalan silaturahim hendaklah terus terjalin.Jangan jadikan nasihat sebagai satu

    kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan

    silaturahim.

    Sumber disunting dari Akhbar KOSMO, 27 Januari 2010

  • 7/30/2019 Hbef1503 Masyarakat Dan Tamadun

    12/14

    HBEF 1503

    (iii) Budaya rakyat dan budaya popular moden

    Perkembangan budaya popular moden terus berkembang dan merupakan sebahagian

    daripada keperluan hidup masyarakat untuk meningkatkan pencapaian ekonomi.

    Pentas bangsawan dijadikan pusat perkembangan muzik dan nyanyian,tarian dan

    jenaka serta drama. Perkembangan itu mulai menunjukkan pembaharuan yang tidak

    lagi terikat kepada tradisi.Bangsawan pula muncul sebagai teater popular yang

    membawa perubahan dalam segi isu, komen dan kritik sosial masyarakat Melayu

    semasa yang sedang mengalami proses perubahan.

    Nilai-nilai sosial, world-view dan falsafah yang terdapat disebalik unsur-unsur budaya

    tradisi tidak dapat dipisahkan daripada kepercayaan warisan. Pembangunan budaya

    popular telah dapat melahirkan golongan profesional dan peluang pekerjaan kepada

    ramai orang terutama dalam industri budaya.

    iv) Budaya Kebangsaan

    Pembinaan budaya kebangsaan amat penting diberikan perhatian dan tumpuan.

    Budaya ini bukan sahaja menyatakan jati diri masyarakat dan negara Malaysia,

    malahan juga penting dalam mempupuk semangat patriotisme dan integrasi kaum di

    negara ini. Melalui budaya kebangsaan itu membolehkan anggota masyarakat

    mengenali sejarah dan membina ikatan emosi kepada masyarakat dan negara.

    Kesedaran tentang pentingnya budaya kebangsaan itu adalah sebahagian daripada

    semangat kebangsaan Melayu yang dipupuk sejak zaman pemerintahan kolonial lagi.

    Kerajaan telah menerima konsep dan prinsip budaya kebangsaan dan usaha

    perancangan serta pelaksanaan yang dimulakan pada tahun 1970. Kerajaan menyedari

    pentingnya pembinaan budaya kebangsaan rentetan daripada Peristiwa 13 Mei

    1969.Konflik yang mengakibatkan peristiwa berdarah dan pembunuhan orang-orang

    yang tidak berdosa. Kerajaan Malaysia telah menggandakan usaha bagi memastikan

    peristiwa 13 Mei tidak berlaku lagi. Usaha ini perlu bagi mengekalkan identiti dan

    imej negara di mata dunia agar pandangan negatif terhadap perpaduan,tolenrasi dan

    keharmonian kaum di Malaysia tidak berulang.

  • 7/30/2019 Hbef1503 Masyarakat Dan Tamadun

    13/14

    HBEF 1503

    5.0Kesimpulan

    Masyarakat hari ini sungguh bertuah kerana masih dapat mengenali budaya warisan dan

    budaya moden yang dibawa oleh dunia luar. Oleh itu selaku ahli msyarakat kita harus

    menjaga dan menghargainya. Budaya adalah satu khazanah yang kita warisi daripada

    generasi lalu dan ia penting untuk dikekalkan agar ketamadunan bangsa dan negara terus

    kekal bersama dan sebati di dalam jiwa setiap warganegara ini. Tanpa budaya kita akan

    terus dianggap sebagai sebuah negara yang kolot dan ketinggalan arus pemodenan.

    Bersyukurlah kita kerana generasi dulu tidak leka dan masih menjaganya. Namun begitu

    ia perlu diubahsuai mengikut predaran zaman agar ia dapat diterima oleh semua lapisan

    masyarakat.Negara kita beruntung kerana terdiri daripada pelbagai kaum dan

    keturunan.Keharmonian hidup dan semangat 1 Malaysia adalah bukti bahawa budaya kita

    boleh diamalkan oleh bangsa lain juga.Pemakaian baju kebaya , pemilihan menu roti

    canai dan upacara persandingan adalah contoh budaya yang telah diterima oleh semua

    masyarakat di Malaysia. Kini dunia luar telah memilih Malaysia sebagai lokasi utama

    untuk majlis perkahwinan dan percutian disebabkan oleh keunikan budaya Malaysia tidak

    ada di negara lain.

    2676 patah perkataan

  • 7/30/2019 Hbef1503 Masyarakat Dan Tamadun

    14/14

    HBEF 1503

    13

    APENDIKS

    RUJUKAN /REFERENSI

    LAMAN WEB

    http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/art. .

    http://zanas.wordpress.com/pembinaan- bangsa-dan-negara-malay.

    http://duniabaca.com/definisi- budaya-pengertian-kebudayaan.

    BUKU RUJUKAN

    Azhar Hj.Mad.Aros,(2004)Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Kertas

    1 dan Kertas 2, Oxford Fajar Sdn.Bhd.

    Prof.Dr.Mohammed Yosuff Ismail,Prof Madya Hazidi Abdul Hamid,Dr.Sarjit

    Singh,Azahar Ahmad Nizar dan Syeikh Faikis Abu Bakar,(Ogos,2011) ,HBEF

    Masyarakat dan Tamadun ,Open University Malaysia.

    http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/arthttp://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malayhttp://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malayhttp://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malayhttp://duniabaca.com/definisi-budaya-pengertian-kebudayaanhttp://duniabaca.com/definisi-budaya-pengertian-kebudayaanhttp://duniabaca.com/definisi-budaya-pengertian-kebudayaanhttp://duniabaca.com/definisi-budaya-pengertian-kebudayaanhttp://duniabaca.com/definisi-budaya-pengertian-kebudayaanhttp://duniabaca.com/definisi-budaya-pengertian-kebudayaanhttp://duniabaca.com/definisi-budaya-pengertian-kebudayaanhttp://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malayhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/art