assingment pbs

18
BIODATA GURU PELATIH NAMA: NURDIANA BINTI YUNUS OPSYEN: PISMP PENDIDIKAN KHAS AMBILAN JUN 2013 NO KAD PENGENALAN: 850428-10-5278 ALAMAT: NO 121, JALAN PUTERI 6/5, BANDAR BARU TANGKAK, JOHOR NOMBOR TELEFON: 019 – 6550987 TEMPAT PBS: SK SAGIL KAMPUNG, JALAN IMAM SA’AT 84090 LEDANG JOHOR TARIKH PBS: 19 – 23 OGOS 2013

Upload: anonymous-dkzoro

Post on 01-Oct-2015

287 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

reflesi pbs

TRANSCRIPT

BIODATA GURU PELATIH

NAMA: NURDIANA BINTI YUNUS

OPSYEN: PISMP PENDIDIKAN KHAS AMBILAN JUN 2013

NO KAD PENGENALAN: 850428-10-5278

ALAMAT: NO 121, JALAN PUTERI 6/5, BANDAR BARU TANGKAK, JOHOR

NOMBOR TELEFON: 019 6550987

TEMPAT PBS: SK SAGIL KAMPUNG, JALAN IMAM SAAT 84090 LEDANG JOHORTARIKH PBS: 19 23 OGOS 2013

PENGHARGAANUcapan syukur saya ucapkan kerana dapat juga saya menyiapkan Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini dengan sempurnanya. Sepanjang tempoh yang diberikan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini iaitu saya ditugaskan untuk membuat pemerhatian di sekolah pilihan saya, saya telah menghadapi pelbagai pengalaman yang bermanfaat dan juga menarik. Sekolah pilihan saya untuk melaksanakan PBS 1 ini ialah Sekolah Kebangsaan Sagil Kampung, tangkak Johor. Setelah selesai meninjau, mengkaji dan melakukan interaksi dengan warga sekolah dan mendokumentasikan semula laporan, akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

1. PENYATAAN PROFESIONAL/ KONTRAK AKTIVITI Pernyataan Sebelum PBSPengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program yang telah diperkenalkan bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Fokus utama program Pengalaman Berasaskan Sekolah 1 ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar tentang alam persekolahan dan peranan guru. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah, pengurusan bilik darjah, prasarana dan pelaksanaan kurikulum di sekolah, melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan komuniti sekolah. Selain itu, tujuannya juga adalah untuk memberikan pendedahan awal pembelajaran murid di sekolah, membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru dan akhir sekali, mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan selanjutnya.Saya telah ditugaskan untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama seminggu yang bermula pada 19 Ogos 2013 sehingga 23 Ogos 2013. Ini merupakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang pertama untuk diri saya sebagai guru pelatih PISMP ambilan Jun 2013. Untuk Pengalaman Berasaskan Sekolah 1 (PBS) ini, saya boleh memilih mana-mana sekolah rendah yang ingin saya hadiri untuk menjalani program ini dan saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Sagil Kampung yang beralamat di Jalan imam saat, Parit 3 Sagil 84090 Ledang Johor . Saya telah memilih sekolah ini sebagai tempat untuk saya menjalani PBS kerana sekolah ini bertempat bersekitaran dengan tempat tinggal saya sendiri dan jaraknya hanyalah empat kilometer dari rumah saya. Sebelum kami menjalani PBS, kami telah diberikan taklimat sebanyak dua kali iaitu semasa orientasi PISMP Semester 1 dan juga semasa taklimat khas PBS yang disampaikan oleh pensyarah unit Praktikum. Pro Forma Kursus serta garis panduan PBS turut diedarkan kepada kami. Hasil daripada taklimat dan bahan-bahan yang telah kami perolehi, saya sedikit sebanyak kami telahpun memahami objektif-objektif PBS ini dijalankan dan juga memahami arahan serta panduan yang akan kami turuti semasa menjalani PBS di sekolah pilihan saya. Selain mengenali budaya sekolah sewaktu menjalankan PBS, kami juga dikehendaki mencari bahan untuk tugasan bagi mata pelajaran Perkembangan Kanak-Kanak dan beberapa tugasan PBS. Sebelum menjalani PBS ini, saya telah merujuk beberapa bahan-bahan bercetak dan juga internet yang berkaitan dengan PBS, pengurusan dan organisasi sekolah serta kandungan kurikulum dan juga kokurikulum di sekolah. Pembacaan dan pemahaman awal ini adalah penting agar saya tidak terburu-buru dan bingung ketika menjalani PBS di sekolah nanti. Berpandukan senarai semak tugasan yang telahpun diedarkan, saya telah menggariskan pekara-pekara yang penting untuk saya cari dan perolehi semasa menjalani PBS nanti. Saya telahpun menyusun beberapa strategi pelaksanaan pada setiap hari agar proses pencarian maklumat berkaitan nanti akan saya perolehi dengan lancar dan berkesan. Saya turut berbincang dengan rakan-rakan dan juga beberapa pensyarah tentang pekara-pekara yang saya kurang jelas dan kurang fahami. Sehari sebelum menjalani PBS itu, saya berasa amat resah kerana ini merupakan pengalaman pertama saya menjalani program ini sebagai seorang bakal guru. Namun, selepas itu saya berjaya meyakinkan diri saya untuk menjalaninya kerana saya merasakan bahawa saya cukup bersedia untuk melaksanakan segala tugasan yang telah diberikan.2.2 Laporan Pelaksanaan Aktiviti SEMASA PBS Hari Pertama: Isnin / 19 Ogos 2013Pada hari pertama, saya tiba ke sekolah pada pukul 7.10 pagi. Pada setiap hari Isnin perhimpunan pagi akan diadakan, semua murid-murid akan berkumpul di dataran perhimpunan bagi mendengar maklumat dan nasihat-nasihat yang hendak disampaikan oleh para guru. Pada perhimpunan pagi tersebut saya telah dijemput oleh guru bertugas untuk berucap bagi memperkenalkan diri dan menceritakan serba sedikit lakar belakang pendidikan dan jurusan yang diambil. Seterusnya, setelah tamat perhimpunan, saya. disambut baik oleh guru penolong kanan satu sekolah tersebut, En Osman Bin Sahidan. Beliau telah banyak memberikan nasihat kepada saya. Beliau juga memberitahu saya akan masalah yang bakal dihadapi oleh bakal guru. Beliau mangalu-alukan kedatangan saya dan meminta pandangan jika terdapat sebarang idea untuk penambahbaikan sekolah tersebut. Beliau juga tidak lokek untuk berkongsi pengalaman yang diperolehinya sepanjang beliau menjalani kehidupan sebagai seorang guru dan pendidik.Dalam pada itu, kami juga diberikan seorang guru pembimbing iaitu Puan Khairul Basyar. Puan Khairul Basyar merupakan ketua panitia Sains di sekolah ini. Beliau merupakan guru yang sangat baik dan mempunyai sifat yang pemurah. Beliau mengambil berat setiap perkara yang berkaitan dengan kami. Beliau akan membantu kami sedaya upaya bagi mendapatkan maklumat sebaik mungkin untuk dimasukan dalam penulisan tugasan yang diberikan oleh pihak institut.Disamping itu, sepanjang lima hari semasa menjalani tugasan pengalaman berasaskan sekolah, saya dan rakan-rakan ditempatkan di pusat sumber sekolah. Pusar sumber sekolah terletak berhmapiran pejabat iaitu di tingkat dua. Pusat sumber sekolah ini dilengkapi dengan bilik akses bagi kemudahan para pelajar. Bilik askses ini diwujudkan bagi menerapkan budaya ICT dalam kalangan murid-murid supaya dapat melahirkan murid-murid yang celik IT. Dalam pada itu, kami tidak melepaskan peluang untuk berkenalan dengan guru pusat sumber iaitu Puan Azurawaty Binti Abu. Beliau seorang guru yang peramah dan mudah mesra dengan guru-guru lain. Beliau juga sangat murah dengan senyuman dan seorang yang ceria.Selain itu, kami juga diberi peluang untuk memerhati keadaan sekitar sekolah dan juga suasana serta iklim pembelajaran dalam sekolah. Kami memerhati dan mendapati sekolah ini hampir lengkap kemudahan prasarananya. Sekolah ini dilengkapi dengan tiga blok untuk kelas, sebuah kantin, sebuah pusat sumber, sebuah bilik tayangan, sebuah makmal komputer, sebuah makmal sains, serta bilik guru untuk guru lelaki dan guru perempuan. Sekolah ini juga menyediakan kelas pra sekolah dan kelas pemulihan.Selain itu, sekolah ini juga mempunyai ciri-ciri 3K yang disarankan oleh kementerian sekarang ini. Antaranya adalah aspek kebersihan, keceriaan dan juga keselamatan. Tiga aspek ini diterapkan melalui suasana pembelajaran yang kondusif, prasarana yang bersih di samping aspek-aspek keselamatan dititikberatkan. Contohnya, sekolah ini mempunyai pondok kawalan keselamatan iaitu di pintu masuk sekolah. Selain itu, sekolah ini juga mempunyai taman herba dan juga pokok-pokok bunga di sekitar sekeliling kawasan sekolah.Hari Kedua: Selasa / 20 Ogos 2013Pada hari kedua, kami telah meninjau keadaan murid-murid di sekolah tersebut. Hari selasa merupakan hari berbahasa Arab. Seawal pagi, guru bertugas akan meminta seorang murid untuk membacakan satu istilah bahasa Arab dengan menggunakan microphone dan akan didengar oleh semua warga sekolah. Guru yang bertugas juga akan meminta murid-murid untuk menyalin perkataan baru bahasa Arab tersebut. Setelah selesai mengumumkan istilah bahasa arab tersebut, guru sekali lagi meminta murid tersebut untuk membaca doa dan doa tersebut akan diaminkan oleh seluruh warga sekolah. Selain itu, beberapa pesanan penting akan disampaikan oleh guru bertugas. Kemudian, semua murid-murid akan beratur dengan kemas sebelum masuk ke kelas masing-masing untuk memulakan sesi P&P mereka.

Setelah menandatangani buku kehadiran guru, saya dan rakan-rakan terus ke kawasan padang untuk memerhati aktiviti pengajaran dan pembelajaran kelas pendidikan jasmani oleh guru kepada murid-murid. Sebelum itu, kami terlebih dahulu meminta kebenaran daripada Encik Mohd Radzi Bin Mohd Wazir untuk menangkap gambar dan memerhati kaedah pengajaran beliau. Bedasarkan pemerhatian yang dibuat saya dapati bahawa semua murid yang menjalankan aktiviti pendidikan jasmani tersebut berasa sangat seronok dan mereka akan bergerak aktif pada waktu pagi, justeru murid-murid tersebut akan sentiasa berasa segar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah pada waktu yang berikutnya. Antara permainan yang dimainkan oleh murid-murid semasa aktivit pendidikan jasmani tersebut adalah permainan bola sepak, bola jaring, bola baling dan juga kriket.Selepas selesai aktiviti pendidikan jasmani. Saya dan rakan-rakan terus menuju ke kawasan kelas pra sekolah. Panorama kawasan kelas pra sekolah sangat ceria dengan tanam-tanaman hiasan, mural yang berwarna warni serta hasil-hasil kraf yang menarik. Semasa lawatan kami ke sana, kanak-kanak pra sekolah sedang bergotong-royong untuk membersihkan kawasan kelas dan menanam pokok-pokok renek. Kelihatan kanak-kanak tersebut sangat teruja dengan kedatangan kami, mereka sangat mesra dan ceria. Mereka juga sangat seronok apabila bergambar bersama-sama kami.Kemudian, setelah bermesra bersama kanak-kanak pra sekolah, saya dan rakan-rakan terus menuju ke makmal komputer yang berdekatan dengan kawasan kelas pra sekolah tersebut. Semasa di makmal komputer kami mengambil peluang untuk menangkap gambar dan melihat dan membaca informasi-informasi yang diletakan pada dinding dan pameran mini. Selain daripada itu, kami juga melihat modul-modul pengajaran ICT yang diajarkan pada murid-murid. Kebanyakan modul ICT yang diajarkan pada murid adalah pengetahuan asas berkenaan komputer dan perisiannya.Pada pukul 10.00 pagi kami terus menuju ke bilik kauseling, disana saya sempat untuk bertemu bual bersama guru bimbingan dan kauseling. Saya berpeluang bertanyakan serba sedikit tentang langkah-langkah yang terbaik yang dilakukan oleh guru tersebut dalam menyelesaikan masalah pelajar. Beliau muarah dengan ilmu dan sangat senang untuk berkogsi berkenaan ilmu kauseling yang diperolehinya semasa beliau menuntut ilmu dahulu.Hari Ketiga: Rabu / 21 Ogos 2013 Pada hari ketiga, kami tetap menjalani aktiviti PBS seperti biasa. Pada hari ini kami berkesempatan untuk membantu guru pusat sumber iaitu Puan Azurawaty untuk menceriakan pusat sumber sekolah. Kami telah bekerjasama untuk mengantung frame gambar di tempat yang sesuai, menyusun perabot dan sebagainya. Selepas itu juga kami berjumpa dengan Puan Khairul Basyar untuk bertanyakan beberapa soalan berkenaan dengan tugasan sains yang diberikan semsa PBS. Beliau memberikan keterangan yang jelas dan berkongsi tips-tips untuk melakukan tugasan tersebut.Hari Keempat: Khamis / 22 Ogos 2013Pada hari keempat, kami diberi peluang untuk memerhati keadaan kelas dan waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Kami telah diberikan peluang untuk memasuki kelas 4 H waktu Sains. Guru yang mengajar kelas tersebut ialah Puan Roziha Binti Dahaman. Semasa beliau mengajar dihadapan saya dan rakan-rakan duduk dibahagian belakang bilik darjah untuk memerhati langkah-langkah, strategi-strategi yang dilakukan oleh guru tersebut untuk dimasukkan dalam penulisan kajian. Hal ini kerana, pada semester ini kami diberikan tugasan subjek major iaitu sains semasa menjalani PBS. Tugasan yang diberikan adalah meminta pelajar untuk memerhati cara atau kaedah penyampaian guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ketika itu, Puan Roziha akan mengajar subjek penyelesaian masalah dengan menggunakan teknologi sains.Selain dari itu, semperna sambutan hari kebangsaan yang ke 54, murid muird diminta untuk menghasilakan poster yang bertemakan Satu Malaysia dan Jalur Gemilang. Kemudian poster yang terbaik akan dipilih untuk dipamerkan di dalam pusat sumber. Kami membantu guru pusat sumber untuk menceriakan pusat sumber dengan menampal poster-poster tersebut di ruangan kosong seperti di rak, atas meja dan sebagainya. Setelah selesai menampal poster tersebut kam berasa sangat gembira kerana keadaan menjadi ceria dengan penuh warna-warna Jalur Gemilang.Setelah selesai membantu guru pusat sumber, kami berjumpa Puan Zahara untuk mendapatkan data-data sekolah seperti bilangan guru, bilangan murid, Gred sekolah dan sebagainya. Puan Zaharah merupakan ketua pembantu tadbir sekolah. Beliau merupakan orang yang peramah dan sangat rajin. Walaupun sibuk dengan urusan kerja, beliau tetap meluangkan masa untuk membantu kami bagi mendapatkan data-data untuk dimasukan dalam laporan PBS.Pada waktu malamnya pula, satu Majlis Solat Hajat dan bacaan Yassin telah dianjurkan oleh pihak sekolah kepada waris murid darjah enam semperna Peperiksaan UPSR yang bakal ditempuh pada minggu hadapan. Hari kelima: Jumaat / 23 0gos 2013 Hari ini merupakan hari terakhir saya menjalani PBS, terasa tidak mahu meninggalkan sekolah ini. Pada hari ini, saya dan rakan tiba di sekolah pada pukul 7.30 pagi. Pada awal pagi, satu taklimat untuk pelajar yang akan menduduki UPSR telah diadakan di dataran perhimpunan. Setelah selesai sesi takilmat, satu majlis bacaan yasin diadakan di surau sekolah. Saya dan rakan mengambil kesempatan ini untuk melihat sendiri bagaimana para guru mengendalikan program sebegini agar dapat dimanfaatkan kelak.Seterusnya, saya telah ke bilik guru bagi mendapatkan maklumat mengenai tutor saya dan bergambar dengan beliau bagi dimuatkan ke dalam tugasan PBS saya. Semasa di bilik guru, saya turut berjumpa dengan guru-guru lain yang antaranya pernah mengajar saya ketika saya bersekolah di sini suatu ketika dulu. Mereka sedikit sebanyak berkongsi pengalaman mereka semasa mengajar di bilik darjah yang dihuni oleh murid-murid yang pelbagai ragam dan telatah. Para guru tersebut juga telah memberi beberapa tips dan nasihat tentang kaedah dan cara yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.Saya kemudian ke pejabat sekolah bersama rakan-rakan lain bagi mendapatkan beberapa tandatangan dan maklumat tambahan yang sepatutnya dari pihak pentadbiran sekolah. Antaranya, saya mendapatkan tandatangan guru penolong kanan pentadbiran bagi mengesahkan kehadiran saya menjalani PBS di sekolah ini selama lima hari. Saya turut mendapatkan beberapa lagi tandatangan antaranya daripada guru pusat sumber, guru panitia sains dan ketua pembantu tadbir. Tempoh berada di sekolah ini saya rasakan amat singkat, banyak lagi perkara belum saya terokai dengan lebih mendalam. Tuntasnya, apa yang boleh saya katakan mengenai sekolah ini, saya dapati sekolah ini amat menitikberatkan keseimbangan dalam diri setiap pelajarnya. Tidak hairanlah sekolah ini memperoleh anugerah kerana peratusan pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR sangat tinggi. Pihak pentadbir menyediakan pelbagai program dan aktiviti bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, antaranya ialah bacaan Yassin dan sebagainya.

REFLEKSI KENDIRIPada 19 hingga 23 Ogos 2013, saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) di Sekolah Kebangsaan Sagil Kampung (SKSK). Pada hari pertama berada di SKSK merupakan hari yang paling mendebarkan diri saya kerana ini merupakan kali pertama saya menjalani PBS dan merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke alam persekolahan walaupun saya mempunyai pengalaman mengajar selama 3 tahun tetapi pengalaman ini berlainan sekali dengan pengalaman dulu.Seawal jam 7.10 pagi saya telah melaporkan diri kepada guru besar SKSK iaitu En. Mohd Nizam Bin Abu Bakar l di pejabat beliau. Beliau sebagai guru besar SKSK begitu mengalu-alukan kehadiran saya disana dan bersedia untuk memberi tunjuk ajar kepada saya dan membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Setelah melaporkan diri, saya dikehendaki mengikuti majlis perhimpunan mingguan sekolah bersama-sama para pelajar dan guru yang lain. Ini merupakan kali pertama saya berada di barisan hadapan sebagai seorang bakal guru yang terlatih dan saya berasa amat teruja sekali. Ketika majlis berlangsung, saya telah diminta untuk memperkenalkan diri saya dihadapan semua guru dan pelajar dan menyatakan serba sedikit tentang tujuan dan beberapa perkara lain lagi.Pada hari pertama ini juga, saya terpegun melihat senario para pelajar dan persekitarannya dimana amat sukar bagi saya melihatnya disekolah-sekolah lain. Para pelajar disini saya lihat begitu berdisiplin dan begitu mengambil berat terhadap kebersihan. Pada awal bagi iaitu seawal jam 7.25 pagi, para pelajar sudah berada di kawasan persekitaran kelas mereka dan mula membersihkan kawasan mereka. Kawasan sekolah begitu ceria dan bersih sekali sehinggakan begitu sukar untuk saya melihat sampah walaupun dikawasan yang agak tesorok.Hari pertama berada di SKSK begitu mengujakan saya. Selepas majlis perhimpunan tamat, saya terlebih dahulu diperkenalkan kepada penyelaras Pendidikan Khas Iaitu Cikgu Esa dan diberikan sedikit taklimat berkaitan dengan sekolah oleh Penolong Kanan 1 iaitu En Osman Bin Sahidan..Selepas habis taklimat saya dibenarkan mengikuti pembelajaran di kelas Pendidikan Khas. Pertama kali saya masuk di kelas tersebut saya telah didatangi oleh beberapa murid untuk bersalam. Saya Begitu seronok melayan kerenah murid-murid khas ini yang mempunyai pelbagai masalah seperti lembam, diklesia, down sindrom, ADHD dan sebagainya.

Walaupun baru hari pertama, saya telah mula menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan kepada saya agar saya tidak kelam kabut pada saat-saat terakhir seterusnya memberi saya lebih banyak masalah lagi. Pada hari ini, saya telah mula bersuai kenal dengan guru-guru disana yang rata-rata begitu ramah dan mudah untuk didekati. Sebagai orang luar, saya begitu menjaga tata tertib dan tingkah laku saya agar tidak mencemarkan maruah saya dan maruah IPGM Kampus Bahasa Melayu. Guru-guru yang terdiri dari pelbagai peringkat umur semuanya mesra dan ini memudahkan saya dalam berkomunikasi dengan mereka.Pada hari kedua berada di SKSK saya begitu bersemangat untuk meneruskan tugasan saya dan pada hari ini saya dikejutkan dengan begitu banyak perkara. Saya telah diberikan tugas oleh penolong kanak 1 untuk menggantikan kelas guru yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana ada program diluar sekolah. Saya begitu terkejut, berdebar dan seronok kerana diberi peluang untuk memasuki kelas dan memudahkan saya dalam menyiapkan tugasan saya iaitu untuk melihat sendiri suasana pelajar belajar dalam kelas.Saya begitu lega sekali kerana berjaya mengawal kelas dengan begitu baik sekali dan segala ilmu yang diberikan oleh guru-guru yang sempat saya temui sebelum memasuki kelas telah saya praktikkan dengan sebaik mungkin. Para pelajar juga saya lihat begitu senang dan mudah untuk saya dekati dan mereka selesa untuk bersama saya dan ini memang memberikan saya satu tanggapan positif terhadap suasana belajar di sekolah ini.Hari ketiga juga penuh dengan aktiviti dan perkara-perkara yang menarik minat saya. Selain menggantikan kelas, saya juga diminta untuk bersama-sama menghadiri mesyuarat sekolah mengenai majlis maulidur rasul yang akan diadakan pada hari khamis ini. Ketika menghadiri mesyuarat itu, saya telah banyak menimba pengalaman dan belajar tentang suasana dan cara bermesyurat dan segala ilmu yang telah saya pelajari telah saya praktikkan. Ketika mesyuarat tersebut, saya telah diberikan tugas untuk menyelia makanan dan minuman untuk guru dan para pelajar. Pada hari ini, saya lebih banyak fokus kepada persekitaran sekolah seperti kantin, taman sains, tapak perkhemahan dan banyak lagi. Antara tempat yang paling menarik minat saya ialah kantin dan taman sains. Kawasan kantin sangat bersih sama ada sebelum, ketika dan selepas waktu rehat pelajar. Ketika di kantin, para pelajar dilihat beratur untuk membeli makanan dan tidak membuat bising. Suasana dikantin juga begitu ceria dan penuh dengan pelbagai input pengetahuan buat para pelajar seperti sifir-sifir diletakkan di atas meja, dan banyak lagi input lain. Ini selaras dengan pendekatan untuk mewujudkan pembelajaran berterusan, menarik, bila-bila masa dan dimana juga.Taman sains SKSK juga merupakan satu tempat yang begitu indah dan penuh dengan ketenangan. Bersesuaian dengan ini, satu tempat untuk para pelajar belajar di kawasan taman telah diwujudkan dan ianya begitu menarik minat para pelajar untuk belajar disana ketika rehat ataupun ketika waktu petang. Terletak bersebelahan dengan pondok belajar didalam taman sains, dua buah kolam ikan air tawar telah dibina dan antara ikan yang dipelihara oleh SKSK ialah ikan keli dan ikan patin. Program ini sungguh menarik dimana para pelajar boleh belajar diluar bilik darjah dan bersesuaian dengan topik atau subjek yang mereka pelajari.Hari keempat berada di SKSK merupakan hari Rabu iaitu hari kokurikulum. Pada hari ini dapat saya lihat semua pelajar dan guru memakai pakaian seragam unit berunifom masing-masing seperti pengakap, tunas puteri dan lain-lain lagi. Oleh kerena tidak memakai pakaian seragam seperti mereka, saya berasa agak tidak selesa untuk bergerak kerana sentiasa menjadi perhatian orang lain. Walaubagaimanapun, saya kuatkan semangat dan lalui hari keempat di SKSK dengan penuh semangat seperti biasa.Pada hari kelima iaitu pada hari terakhir saya berada di SKSK, kami mengadakan marhaban ke rumah pelajar-pelajar yang mengambil bahagian. Ini pengalaman baru yabg saya perolehi. Tujuan marhaban diadakan adalah untuk merapatkan silaturrahim antara pihak sekolah dan ibubapa. Apabila menjalankan aktiviti ini semangat kerjasama antar pelajar dapat dilihat. Walaupun mereka dalah pelajar-pelajar khas, mereka membuktikan mereka boleh berdikari sendiri dan boleh belajar seperti pelajar-pelajar yang lainKetika ini, perasaan sedih mula menyelubungi diri kerana ini bermakna tamatlah PBS saya di SKSK. Saya sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru kerana banyak membantu saya selama saya berada di SKSK dan telah banyak berkongsi pengalaman pahit manis mereka bersama saya. Saya juga berasa sedih untuk melangkah keluar dari SKKB setelah dapat mengenali ramai para pelajar yang baik-baik dan bercita-cita besar dalam meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar.Hari-hari berada di SKSK begitu bemakna dalam hidup saya kerana begitu banyak perkara saya pelajari dan ini memberikan saya satu peluang untuk menjadi seorang guru yang berkaliber. Saya berharap, pada PBS yang seterusnya saya akan dapat menimba lebih banyak ilmu pengetahuan tentang profesion keguruan ini bagi membuat persedian menjadi seorang guru yang terbaik.

3.0 Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan 1. PEMERHATIANKaedah pemerhatian digunakan dalam tugasan ini bagi memerhatian keadaan dan aspek-aspek yang terlibat seperti persekitaran sekolah, suasa sekolah untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas dan mencukupi bagi memenuhi kehendak tugasan. Melalui pemerhatian, gambar atau lakaran boleh dibuat mengikut kesesuian tugasan yang dijalankan contohnya seperti pelan fizikal, sekolah, persekitaran sekolah dan lain-lain.

2. SENARAI SEMAKSenarai semak merupakan salah satu kaedah yang juga digunakan dalam instrument pengumpulan data berhubung dengan tugasan. Senarai semak ini digunakan untuk memastikan data-data yang diperolehi adalah sesuai dengan tugasan yang dijalankan serta memenuhi kriteria-kriteria yang dikehendaki dalam tugasan seperti senarai semak tugasan professional dan senarai semak penyedian portfolio pengalaman berasaskan sekolah.

3. TEMUBUALTemubual juga digunakan sebagai salah satu instrument pengumpulan data dalam tugasan ini bagi mendapat maklumat yang lebih mandalam tentang sesuatu perkara secara jelas, tepat dan boleh dipercayai daripada individu-individu yabg terlibat seperti guru penolong kanan satu, guru pusat sumber dan lain-lain. 4SOAL SELIDIKInstrumen soal selidik juga merupakan instrument yang penting dalam melaksanakan sesebuah tugasan. Dengan soal selidik , maklumat yang diperolehi akan lebih terperinci dan dapat bertanya soalan secara terus kepada pihak yang terlibat berserta dengan bahan yang disediakan seperti soal selidik dengan guru bimbingan dan kaunseling dan murid-murid terlibat.

Lampiran