tamadun pribumi dan kesannya terhadap pembangunan masyarakat di malaysia faqrul

25
OBJEKTIF Tujuan utama tugasan Tamadun Pribumi dan Kesannya Dalam Pembangunan Masyarakat di Malaysia ini dilakukan adalah memenuhi salah satu daripada pentaksiran penilayan berterusan pensyarah modul. Selain itu, melalui tugasan ini, ianya dapat mendedahkan kami kepada masyarakat pribumi yang ada di Malaysia dengan lebih dekat lagi. Di samping itu, ianya dapat membantu dalam pembelajaran dan meningkatkan kefahaman kami. Dengan melakukan tugansan berkumpulan ini juga, secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerjasama dan setia kawan. 1

Upload: bsaaslheaerm

Post on 21-Jun-2015

2.919 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tamadun Pribumi Dan Kesannya Terhadap Pembangunan Masyarakat Di Malaysia Faqrul

OBJEKTIF

Tujuan utama tugasan “Tamadun Pribumi dan Kesannya Dalam Pembangunan

Masyarakat di Malaysia” ini dilakukan adalah memenuhi salah satu daripada pentaksiran

penilayan berterusan pensyarah modul. Selain itu, melalui tugasan ini, ianya dapat

mendedahkan kami kepada masyarakat pribumi yang ada di Malaysia dengan lebih dekat lagi.

Di samping itu, ianya dapat membantu dalam pembelajaran dan meningkatkan kefahaman

kami. Dengan melakukan tugansan berkumpulan ini juga, secara tidak langsung dapat

memupuk semangat kerjasama dan setia kawan.

1

Page 2: Tamadun Pribumi Dan Kesannya Terhadap Pembangunan Masyarakat Di Malaysia Faqrul

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH atas limpah kurnia-Nya dapat kami siapkan

tugasan “Tamadun Pribumi dan Kesannya Dalam Pembangunan Masyarakat di Malaysia”

yang telah di amanahkan kepada kami dengan jayanya . di mana tugasan ini adalah salah satu

daripada pentaksiran penilaian berterusan kami dalm modul “Tamadun Islam dan Tamadun

Asia”. Terutamanya kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami

yang mengajar modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) iaitu Pn. Asmahan bt

Mokhtar yang banyak member tunjuk ajar, idea dan panduan dalam misi menyiapkan tugasan

ini. Tidak lupa juga kepada ahli kumpulan dan sahabat-sahabat seperjuangan yang mana

banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini dari segi pendapat, sokongan dan lain-lain.

Begitu juga kepada pihak Politeknik Sultan Azlan Shah kerana menyediakan perkhidmatan

pemijaman buku, dan perkhidmatan internet, dimana ianya memudahkan kami dalam urusan

mencari maklumat tambahan mengenai Tamadun Pribumi Malaysia.

2

Page 3: Tamadun Pribumi Dan Kesannya Terhadap Pembangunan Masyarakat Di Malaysia Faqrul

TAMADUN PRIBUMI DAN KESANNYA DALAM PEMBANGUNAN

MASYARAKAT DI MALAYSIA.

PENGENALAN

Latar Belakang Tamadun Pribumi.

Istilah masyarakat pribumi dari sudut umum merujuk kepada kumpulan etnik yang

natif kepada wilayah yang dituntut dan dipertahankan sepenuhnya oleh sesebuah negara dan

kumpulan etnik ini telah wujud sebelum negaranya dibentuk. Jika dispesifikasikan,

masyarakat pribumi adalah merujuk kepada penduduk asal negara Malaysia yang terdiri

daripada orang Melayu dan orang Asli semenanjung Malaysia dan pelbagai kumpulan etnik

pribumi di Sabah dan Sarawak. Dan mengikut Perlembagaan Malaysia pula, pribumi atau

bumiputera diertikan sebagai anak watan dan ini merujuk kepada orang Melayu, orang asli

dan pribumi di Sabah dan Sarawak.

Penduduk asal Semenanjung Malaysia dari perspektif ethnolinguistik dapat

dibahagikan kepada dua kelompok yang umum iaitu Melayu dan asli. F.E. Sarasin (1905)

membahagikan orang melayu kepada Proto-Melayu dan Deutero-Melayu (orang Melayu

Islam). Bagi masyarakat asli pula dibahagikan kepada kelompok yang lebih kecil lagi, seperti

Negrito (Semang), Senoi (Sakai) dan Melayu Asli (Jakun). Menurut Peter bellwood pula

membahagikan penduduk asal Semenanjung Malaysia kepada empat kumpulan iaitu Orang

Asli Utara/Negrito (Semang), Asli Tegah dan Selatan/Senoi, Orang-orang

Melayic/Mongoliod Selatan, dan Melayu/mongoloid Selatan. Dan menurut kepada Benjamin

ada dua masyarakat yang asal iaitu pribumi iaitu mereka yang berbahasa Melayu dan

berbahasa Asli. Orang-orang Asli itu khususnya di utara lebih dekat bahasanya kepada bahasa

Austro-asiatik dan orang-orang Melayu lebih dekat kepada dialek bahasa austronesia.

Perubahan dialek bahasa mungkin disebabkan kerana interaksi antara masyarakat di rantau

dunia Melayu iaitu kawasan yang merangkumi malagasi, kepulauan Pasifik dan Asia

Tenggara.

3

Page 4: Tamadun Pribumi Dan Kesannya Terhadap Pembangunan Masyarakat Di Malaysia Faqrul

Penduduk asal di Sabah pula adalah kumpulan etnik berketurunan pribumi seperti

orang Dusun/Kadazan, Murut, Bajau, Sulu, Iranun, Kedayan, Melayu Brunai, Lun Dayeh

Sungai dan kumpulan pribumi lain. Penduduknya tertumpu di kawasan pesisiran pantai, di

muara, lembah sungai dan kawasan bukit di daerah pedalaman. Disebabkan kawasan yang

luas, ianya memisahkan perhubungan antara satu kelompok dengan kelompok yang lain.

Maka setiap kelompok membentuk identiti masing-masing mengikut keadaan alam

sekelilingnya.

Bagi penduduk asal di Sarawak pula tergolong dalam kumpulan etnik Iban, Bidayuh,

Melayu Melanau/Lun Bawang, Kelabit, Kayan, Bisaya, Punan, Penan dan kumpulan kecil

yang lain. Suku kaum Iban adalah yang terbesar dan menduduki disemua bahagian di

Sarawak.

MASYARAKAT PRIBUMI DI MALAYSIA

1. Masyarakat Orang asli.

Orang asli terbahagi kepada tiga bangsa iaitu :

i. NEGRITO

Bangsa Negrito terdiri daripada suku bangsa Kinsui, Kintak, Lanoh, Jahai,

Mendrig, dan Bateq. Mereka mendiami kawasan Banjaran Titiwangsa dan berpusat

terutamanya di kawasan Utara semenanjung. Berikut adalah maklumat sedikit

sebanyak mengenai suku bangsa Negrito.

Kinsui, lokasi penempatan rumpun bangsa Kensiu cuma terdapat di Kampung

Lubok Legong, Kedah. Mereka merupakan kumpulan kedua terkecil dari

kalangan 18 rumpun bangsa Orang Asli. Satu ketika dulu, orang Kensiu suka

berpindah randah untuk mencari bahan-bahan makanan. Kini mereka

mengusahakan tanaman getah yang dubangunkan oleh pihak RISDA sebagai

sumber ekonomi tetap mereka.

4

Page 5: Tamadun Pribumi Dan Kesannya Terhadap Pembangunan Masyarakat Di Malaysia Faqrul

Kintak, sama seperti suku bangsa Kensiu, Orang Kintak suka berpindah randah

untuk mencari bahan makanan. Mereka mendiami kawasan pinggir daerah

Gerik, Hulu Perak. Tumpuan serius yang diberikan oleh pihak Kerajaan terhadap

kalangan masyarakat Orang Asli, telah menyebabkan rumpun bangsa Kintak

mengubah cara hidup mereka untuk menjadi setanding dan separa dengan rakan-

rakan mereka yang lain. Kalangan mereka turut menyertai bidang-bidang

pekerjaan yang dulunya dirasakan mustahil seperti perkhidmatan kolar putih dan

biru.

Lanoh, masyarakat Lanoh (Lano) dulunya turut dikenali sebagai Sabubn.

Namun, kini perkataan Sabubn tidak digunakan lagi oleh sebab-sebab yang

kurang jelas. Penempatan mereka bertaburan di sekitar utara negeri Perak

terutama di daerah Lenggong. Mereka juga satu ketika dulu suka hidup

berpindah randah. Dari sudut linguistik dan budaya, mereka lebih mirip kepada

rumpun Kensiu dan Kintak. Umumnya mereka lebih banyak bertutur dalam

dialek bahasa Temiar.

Jahai, lokasi penempatan rumpun bangsa Jahai terdapat di Banun, Sungai Tiang

dan persisir Empangan Temenggor di Perak. Sementara di Kelantan, mereka

bertumpu di Kampung Sungai Rual dan sekitar Jeli, Hulu Kelantan. Pada amnya,

rupa paras orang Jahai seakan ada persamaannya dengan orang Habsyi atau

Negro di Arika, suku kaum Negrito di Pulau Andaman dan Aeta di Filipina.

Rumah mereka berbentuk pisang sesikat, dibina daripada buluh dan beratapkan

daun bertam dan tepus. Keadaan rumah mereka yang serba ringkas itu adalah

disebabkan amalan mereka yang suka berpindah randah, terutama apabila

berlaku kematian dan bencana selain tujuan untuk mencari keperluan makanan

di kawasan baru. Namun demikian, seperti juga masyarakat Orang Asli yang

lain, mereka kini sudah memiliki penempatan sendiri dan terbela dari segala

sudut kehidupan melalui bantuan-bantuan oleh pihak Kerajaan.

Mendrig, rumpun bangsa Mendrig menghuni di sekitar hulu sungai Kuala Lah,

jajahan Gua Musang, Kelantan. Seperti Jahai, ciri fizikal orang Mendrig lebih

5

Page 6: Tamadun Pribumi Dan Kesannya Terhadap Pembangunan Masyarakat Di Malaysia Faqrul

mirip kepada rupa paras orang Negrito lain di kepulauan Andaman, Filipina dan

Selatan Thai. Tubuh mereka kecil tetapi tegap dan sasa. Mereka dikatakan

sebagai kaum dari tinggalan zaman paleolitik (zaman batu lama) yang

mengunjur dari Semenanjung ke Pasifik. Bahasa suku kaum Mendrig ialah

Austraossiatik. Mereka tergolong sebagai penutur rumpun bahasa Mon-Khmer

tetapi kini telah banyak menerima kemasukan kosa kata Melayu.

Bateq, Taman Negara Kuala Tahan, sekitar bahagian hulu Sungai Tembeling,

Sungai Kechau, Teluk Gunung di Pahang, Sungai Gala, Sungai Chiku, Sungai

Tako, Sungai Lebir dan Sungai Airing di Kelantan serta Sungai Berua, Besut,

Terengganu adalah merupakan penempatan utama masyarakat Bateq. Jika

dahulu mereka turut mengamalkan amalan berpindah randah, tetapi mutakhir ini

mereka memilih untuk menduduki kawasan yang disediakan oleh pihak

Kerajaan ke arah kesejahteraan kehidupan mereka.

Kawasan penempatan suku kaum Negrito.

ii. SENOI

6

Page 7: Tamadun Pribumi Dan Kesannya Terhadap Pembangunan Masyarakat Di Malaysia Faqrul

Terdapat enam suku bangsa yang bernaung di bawah kategori kaum Senoi

iaitu Temiar, Semai, Semoq Beri, Che’ Wong, Jah Hut dan Mahmeri. Kaum Senoi

mendiami kawasan lereng Banjaran Titiwangsa serta juga di sebelah pantai negeri

Selangor. Ianya merangkumi kawasan di pedalaman negeri Perak, Kelantan, Pahang

dan Terengganu. Berikut adalah sedikit sebanyak maklumat mengenai suku bangsa

bagi kaum Senoi.

Temiar, penempatan suku bangsa Temiar yang teramai adalah di daerah Gua

Musang, Kelantan yang menganjur hingga ke sempadan Perak dan Kelantan.

Pada peringkat awal, mereka membuat rumah seperti keadaan rumah panjang

di mana lokasinya ditentukan oleh Penghulu atau Batin melalui kaedah

’berhalaq’. Kemudian mereka akan mula membina kediaman sendiri setelah

sekian lama di rumah panjang tersebut. Mereka menyara kehidupan dengan

bercucuk tanam, berburu dan mencari tumbuhan hutan. Kemajuan negara telah

merubah cara hidup mereka khususnya dalam bidang ekonomi masa kini, di

mana kebanyakannya mengusahakan tanah kebun dan juga bekerja dalam

pelbagai sektor yang lain.

Semai, merupakan masyarakat yang paling ramai populasinya di kalangan 18

suku bangsa Orang Asli. Kebanyakan mereka menetap di sekitar Banjaran

Titiwangsa meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat.

Kehidupan ekonomi mereka ialah berburu, mencari rotan serta buah-buahan

hutan.

Semoq Beri, penempatan suku bangsa Semoq Beri sebahagian besarnya adalah

di kawasan pinggir Pahang iaitu di daerah Jerantut, Maran, dan Kuantan,

manakala selebihnya di daerah-daerah Hulu Terengganu dan Kemaman,

Terengganu. Pada masa lalu, mereka juga menjalani kehidupan ala nomad

untuk mencari bahan-bahan makanan. Namun kini, hasil daripada ledakan

kemajuan negara mereka turut dilimpahi dengan hasil sumber ekonomi yang

dikongsi bersama.

7

Page 8: Tamadun Pribumi Dan Kesannya Terhadap Pembangunan Masyarakat Di Malaysia Faqrul

Che’ Wong, suku bangsa Che wong tinggal di kawasan daerah Raub dan di

Sungai Enggang, Lanchang, Temerloh, Pahang. Mereka juga merupakan

masyarakat yang suka berpindah randah demi untuk mencari kehidupan yang

lebih selesa. Hasil daripada kemajuan negara, kini mereka memiliki

perkampungan mereka sendiri yang makmur dan selesa, sebagai asas dalam

mewujudkan sebuah perkampungan yang menarik lagi menguntungkan.

Jah Hut, pusat kependudukan bagi suku bangsa Jah Hut adalah di sekitar

daerah Temerloh dan Jerantut, Pahang. Kawasan tersebut meliputi Kerdau-

Paya Paleng, Paya Mengkuang, Kuala Krau-Penderas, Mendoi, Seboi, Pasu,

Piau dan Galong, Temerloh. Manakala di daerah Jerantut, Sungai Kiol dan

Kekwel (Kol). Pada waktu lalu, mereka menyara kehidupan melalui kegiatan

mencari rotan dan damar untuk dijual, di samping berburu, menangkap ikan

dan mengusahakan ladang untuk sara diri.

Mahmeri, Mah Meri bermaksud ’Orang Hutan’, manakala dalam istilah, Mah

Meri disebut ’bersisik’. Mereka dikatakan berasal dari pulau-pualu di selatan

negeri Johor. Suku bangsa Mah Meri juga dikenali sebagai ’orang laut’ sesuai

dengan lokasi penempatan mereka yang berhampiran dengan laut. Justeru,

sumber ekonomi utama mereka adalah melalui hasil laut. Mutakhir ini mereka

mula memasuki sektor perladangan di samping kegiatan kebudayaan dan seni

kraftangan yang menjadi identiti rumpun bangsa tersebut.

8

Page 9: Tamadun Pribumi Dan Kesannya Terhadap Pembangunan Masyarakat Di Malaysia Faqrul

Kawasan penempatan suku kaum Senoi.

iii.MELAYU PROTO

Kaum/bangsa Melayu Proto merangkumi suku bangsa Temuan, Semelai,

Jakun, Orang Asli/Kanaq, Orang Melayu-Seletar dan Orang Laut Proto. Pada awalnya

mereka tinggal di kawasan pantai, kuala ataupun kawasan-kawasan lembah. Kini

mereka telah memiliki kawasan perkampungan mereka sendiri dan mengecapi

kehidupan yang lebih selesa hasil daripada pembangunan yang dibawa oleh pihak

Kerajaan. Berikut serba sedikit mengenai suku bangsa bagi kaum Melayu Proto.

Temuan, merupakan suku bangsa keempat besarnya dalam hirerki kaum

Orang Asli. Penempatan mereka hampir keseluruhannya terdapat di negeri

Selangor (kecuali daerah Kuala Langat), Melaka, Negeri Sembilan, Temerloh,

di Pahang dan juga Muar di Johor. Rumpun bangsa Temuan di Negeri

Sembilan mengamalkan adat pepatih di mana keistimewaan Batin adalah

selaku salah seorang daripada ahli dalam perlantikan Undang.

9

Page 10: Tamadun Pribumi Dan Kesannya Terhadap Pembangunan Masyarakat Di Malaysia Faqrul

Semelai, suku bangsa Semelai menghuni kawasan Pahang Tengah iaitu di

Tasik Bera, Sungai Triang, Paya Besar dan Paya Badak hingga melebar ke

sempadan Negeri Sembilan iaitu di Sungai Serting, Sungai Lui dan Ulu Muar.

Mereka memiliki wajah serta fizikal mirip orang Melayu. Mata pencarian

mereka ialah mencari hasil hutan dan juga berladang.

Jakun, suku bangsa Jakun atau disebut juga Orang Ulu dikatakan berasal dari

Yunan, selatan China. Penempatan utama mereka adalah di kawasan pantai

Pahang, Rompin, Pekan dan Johor Utara. Kebanyakan dari mereka masih

mengamalkan kepercayaan animisme yang dipengaruhi oleh alam sekitar

seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu, gua dan sebagainya. Mereka kuat

berpegang kepada pantang larang yang diamalkan sejak lama dahulu.

Orang Asli/Kanaq, merupakan rumpun bangsa Orang Asli yang paling kecil

jumlah populasinya. Penempatan utama mereka adalah di Kampung Sungai

Selangi, Mawai, daerah Kota Tinggi, Johor. Mereka dikatakan berasal daripada

kepulauan Riau, Indonesia yang melarikan diri akibat dari ancaman tentera

Belanda. Bahasa pertuturan mereka seakan orang Melayu dengan lenggok

bahasa yang agak kasar.

Orang Kuala, istilah ’Orang Kuala’ wujud disebabkan lokasi masyarakat itu

sendiri yang kebanyakannya tinggal di kawasan kuala sungai dan persisiran

pantai barat Johor. Mereka dipercayai berasal dari kepulauan Riau-Lingga dan

kawasan yang berhampiran dengan pantai Sumatera, Indonesia. Lokasi

penempatan mereka terdapat di Kuala Rengit, Kuala Senggarang dan Tanjung

Segenting dalam daerah Batu Pahat serta juga di Kuala Benut, Kuala Sungai

Pontian dan Kukup di daerah Pontian, Johor. Menangkap ikan merupakan

salah satu daripada aktiviti ekonomi sara diri mereka. Namun demikian,

terdapat juga pada masa kini mereka-mereka yang telah berjaya dalam bidang

perniagaan, pertanian malah bidang-bidang profesional yang lain. Raut wajah

dan tingkah laku mereka lebih mirip kepada orang Melayu yang secara

tradisinya menjadi jiran turun temurun mereka.

10

Page 11: Tamadun Pribumi Dan Kesannya Terhadap Pembangunan Masyarakat Di Malaysia Faqrul

Melayu-seletar, dikenali sebagai orang Seletar atau ’Sea Gypsies’ pada

awalnya merupakan kumpulan pengembara persisiran pantai yang tinggal

dalam rumah perahu, pulau, persisiran pantai dan kuala sungai. Kawasan

utama pertempatan mereka adalah di sekitar pantai selatan Johor dan utara

Singapura seperti di Kampung Bakar Batu, Johor Baharu. Secara tradisinya

mereka bergantung hidup kepada hasil laut. Keadaan ini menyebabkan mereka

hidup berpindah randah. Walau bagaimanapun, perubahan dalam sosio

ekonomi telah merubah cara hidup mereka. Terdapat mereka yang

mengusahakan kedai makanan laut (seafood). Kini mereka tinggal dan

menetap di kawasan penempatan yang lebih teratur dan tersusun di persisiran

pantai selat Johor.

Kawasan penempatan suku kaum Melayu Proto.

11

Page 12: Tamadun Pribumi Dan Kesannya Terhadap Pembangunan Masyarakat Di Malaysia Faqrul

Orang Asli Semenanjung Malaysia.

2. Masyarakat Pribumi Sarawak.

Bumi Sarawak adalah negeri yang terbesar di Malaysia. Secara kolektifnya,

kumpulan etnik utama di Sarawak dikenali sebagai Dayak, Iban, Bidayuh dan Orang

Ulu serta kumpulan etnik lain seperti Melayu, Kayan, Kenyah, Kelabit, Murut/Lun

Bawang, Punan, Penan, Melanau, Kedayan dan Bisayah. Daripada masyarakat yang

hidup berpindah-randah dan menjalani aktiviti pemburuan seperti orang penan kepada

masyarakat yang bertamadun iaitu tinggal di pesisiran pantai dan di lembah sungai

menunjukkan perkembangan kebudayaan penduduk pribumi Sarawak seperti orang

Melayu, Melanau dan Iban.

Asal usul penduduk pribumi Sarawak boleh dikaitkan dengan gelombang

penghijrahan dari tempat lain di benua Asia dan mereka menuturkan bahasa rumpun

austronesia. Berdasarkan penemuan arkeologi di Gua Niah dan Gunung Subis,

Sarawak telah dihuni sejak 40,000 tahun lalu dan dikatakan penduduknya telah

12

Page 13: Tamadun Pribumi Dan Kesannya Terhadap Pembangunan Masyarakat Di Malaysia Faqrul

berdagang dengan Negara China lebih kurang 600 tahun SM. Berikut adalah serba

sedikit mengenai kumpulan etnik utama di Sarawak.

Dayak, iaitu yang membawa makna ‘hulu’ atau ‘pedalaman’, digunakan

sebagai istilah umum oleh penduduk Islam pinggir pantai bagi merujuk kepada

lebih 200 kumpulan suku peribumi yang tinggal di kawasan pedalaman.

Lazimnya mereka tinggal di rumah panjang, iaitu rumah komuniti tradisional

yang boleh memuatkan antara 20 hingga 100 buah keluarga.

Iban, iaitu kumpulan etnik terbesar Sarawak, kaum Iban merangkumi 30

peratus populasi negeri ini. Kadangkala mereka dikategorikan secara salah

sebagai etnik Dayak Laut kerana kepakaran mereka menggunakan bot,

bagaimanapun, mereka sebenarnya kaum dari hulu sungai di tengah-tengah

Kalimantan. Dahulu kala, mereka adalah pejuang yang sangat gagah berani

dan terkenal dengan ‘ngayau’ atau pemburuan kepala serta aktiviti pelanunan.

Secara tradisi, mereka menyembah tiga Tuhan di bawah kekuasaan Singalang

Burung, Tuhan burung peperangan. Walau kebanyakan mereka kini beragama

kristian, mereka masih mengamalkan amalam tradisi.

Bidayuh, terkenal kerana keramahan budaya mereka, selain menjadikan

kawasan pergunungan negeri ini sebagai tempat kediaman. Ada yang

merupakan peladang, dan pemburu. Mereka juga terkenal kerana minuman

tuak (arak beras). Dahulu, sewaktu zaman pemburuan kepala, hasil pemburuan

tersebut diletakkan di dalam sebuah ‘baruk’. Baruk adalah sebuah rumah bulat

yang dahulu kala menjadi tempat bagi pemuda Bidayuh mengawal kampung

mereka. Ia dibina tinggi, kira-kira 1. 5 meter dari tanah dan berfungsi

memantau pergerakan dari pelbagai arah. Asalnya mereka mengamalkan

ajaran animisme dan kini ramai yang telah memeluk agama Kristian.

13

Page 14: Tamadun Pribumi Dan Kesannya Terhadap Pembangunan Masyarakat Di Malaysia Faqrul

Orang Ulu, Dikenali sebagai kaum hulu sungai Sarawak, mereka kira-kira 5.5

peratus populasi Sarawak dan terdapat lebih 100,000 suku etnik Orang Ulu di

sini. Mereka adalah antara kaum pribumi Borneo yang paling artistic, dengan

penggunaan pelaratan yang dihiasi seni tangan manik yang halus, dan juga

kaum wanita yang berpangkat tinggi turut menghiasi tubuh mereka dengan

seni lukisan tatu.

Pengaruh agama seperti semasa pemerintahan Kesultanan Brunei, ramai

penduduk pribumi di persisiran pantai dan kuala sungai seperti orang Melayu,

Melanau dan Kedayan memeluk agama Islam. Dan semasa Dinasti Brooke,

penyebaran agama Kristian telah digiatkan di daerah pedalaman yang tinggal agak

jauh dari pantai seperti dikalangan orang Iban, Bidayuh, Bisayah, Kenyah, Kelabit dan

orang Melanau.

3. Masyarakat Pribumi Sabah.

Sabah adalah sebuah negeri yang terletak di bahagian utara Kepulauan Borneo

dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak. Seperti pribumi

Sarawak, pribumi Sabah dipercayai berasal dari tanah besar Asia dan bertutur dalam

kelompok bahasa austronesia. Sabah mempunyai 30 kumpulan etnik dengan tidak

kurang 50 kumpulan bahasa dan 90 dialek, yang mana lebih tiga puluh daripada

bahasa itu dimiliki oleh kaum bumiputera seperti Murut, Bajau, Rungus, Latod, Lun

Dayeh, Bisaya, Kedayan, Orang Sungei, Melayu Brunei, Iranun dan Suluk Irranun,

Talantang, Sonsogon, Likabau, Garoh (Kimaragang), Tinagas, Idahan, Sungai dan

Dusun. Menurut Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (1987) Institut Linguistik S.I.L

melaporkan bahasa-bahasa tempatan ini dipercayai termasuk dalam bahasa

Austronesian keturunan Bornean dari keturunan asal Austronesian. Kumpulan etnik

terbesar Sabah adalah Kadazan/ Dusun, Bajau dan Murut. Terdapat juga kumpulan

etnik lain seperti Lun Dayeh, Bisaya, Kedayan, Orang Sungei, Melayu Brunei, Iranun

dan Suluk. Berikut adalah antara beberapa maklumat megenai kumpulan etnik utama

pribumi Sabah.

14

Page 15: Tamadun Pribumi Dan Kesannya Terhadap Pembangunan Masyarakat Di Malaysia Faqrul

Kadazan/ Dusun, kumpulan etnik terbesar Sabah, Kadazan Dusun membentuk

30 peratus populasi negeri itu. Terdiri daripada dua kaum, Kadazan dan Dusun

mereka digabungkan bersama kerana berkongsi bahasa dan budaya yang

serupa. Bagaimanapun, bezanya etnik Kadazan tinggal di kawasan lembah dan

secara tradisi terlibat dalam penanaman padi, sementara etnik Dusun tinggal di

kawasan pergunungan di pedalaman Sabah.

Bajau, adalah kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, kaum Bajau

merangkumi 15 peratus populasi penduduk negeri ini. Mereka asalnya adalah

keturunan pelaut yang menyembah Omboh Dilaut (Tuhan Laut) dan sering

dikenali sebagai gipsi laut. Ada yang telah meninggalkan kehidupan di laut dan

menjadi peladang serta penternak. Mereka pula dikenali sebagai ‘Koboi

Timur’ kerana kepakaran mereka menunggang kuda, yang turut dipamerkan

setiap tahun di festival Tamu Besar di Kota Belud.

Murut, Kumpulan etnik Murut pula adalah ketiga terbesar di Sabah, Murut

merangkumi 3 peratus populasi penduduk negeri ini. Secara tradisi, mereka

menduduki kawasan pedalaman di utara Borneo. Mereka juga adalah antara

etnik Sabah terakhir untuk membuang amalan memburu kepala. Kini, mereka

penanam padi huma dan ubi kayu, sambil memburu menggunakan sumpitan

dan menangkap ikan. Seperti kebanyakan kaum pribumi di Sabah, pakaian

tradisi mereka turut dihiasi dengan hasil seni manik yang menarik.

Penduduk pribumi Sabah tertumpu di kawasan persisiran pantai terutama di

pantai barat dan timur, di muara dan lembah sungai serta di kawasan bukit di daerah

pedalaman. Kedudukan penempatan menaentukan corak ekonomi dan kebudayaan

yang mereka amalkan. Sejarah awalnya tidak begitu jelas dan dipercayai Sabah telah

dihuni sejak zaman batu lagi. Dipercayai juga penghijrahan awal adalah kumpulan

negrito yang kini terdapat di Pulau Banggi. Di sekitar abad ke-7 dikatakan penduduk

pribumi Sabah telah mengadakan hubungan dagangan dengan Negara China.

15

Page 16: Tamadun Pribumi Dan Kesannya Terhadap Pembangunan Masyarakat Di Malaysia Faqrul

Pengaruh agama di Sabah juga seperti di Sarawak, penyebaran agama Kristian

dilakukan secara intensif dan ramai pribumi Sabah yang telah dikristiankan.

Penyebaran agama Kristian juga bertambah aktif pada zaman penjajahan British antara

tahun 1946 hingga 1963.

Budaya Masyarakat Pribumi (Politik, Ekonomi, Sosial, dan Kepercayaan).

Umumnya, masyarakat pribumi adalah masyarakat ‘simple’ yang belum banyak

terdedah kepada perubahan dan masih kuat kepada nilai-nilai tradisi termasuk adat dan

pantang larang. Misalnya, masyarakat orang Asli sangat m’utamakan perkongsian bersama

hasiltangkapan yang diperoleh di hutan. Masyarakat Iban pula meletak nilai yang tinggi ke

atas keberanian dan kejayaan individu (headhunting). Bagi masyarakat Kadazan Dusun pula

masih berpegang kepada adat resam, undang-undang adat yang penuh dengan pantang larang

yang di pusakai daripada nenek moyang mereka.

Dari segi interaksi dan pertembungan dengan tamadun asing, masyarakat pribumi di

Malaysia yang kuat dengan adat dan tradisi tidak terpencil dengan agama dunia. Kemasukan

agama Islam dan Kristian telah menambahkan lagi kepelbagaian dalam adat dan budaya

masyarakat pribumi. Ianya telah merubah sedikit sebanyak aspek amalan kehidupan tradisi

yang biasa di amalkan. Bagi mereka yang telah memeluk agama Islam dan Kristian, banyak

yang meninggalkan aspek-aspek ritual yang mereka lakukan.

Dalam aspek ekonomi, masyarakat pribumi mengamalkan sistem ekonomi semula jadi

iaitu satu keadaan satu tahap pembentukan sosial, di mana pengeluaran dilakukan hanya untuk

memenuhi keperluan pengeluaran sahaja. Antaranya seperti, Meramu (hunting & gathering)

iaitu memungut hasil hutan bagi memenuhi keperluan, Pertanian Pindah (terutama padi, ubi,

jagung dan sebagainya), Pertanian Huma (diamalkan oleh orang Asli seperti kaum Semai),

dan menanam Padi Huma (adat orang Iban/adat kami bumai).

16

Page 17: Tamadun Pribumi Dan Kesannya Terhadap Pembangunan Masyarakat Di Malaysia Faqrul

Program Pembangunan dan Kesannya

Bagi memajukan masyarakat pribumi kerajaan telah menyediakan program-program

pembangunan.kini ramai warga pribumi yang telah terlibat dalam penghasilan tanaman

komersil.mereka menjadi pekebun kecil mengelurkan getah, kelapa sawit, lada dan

sebagainya. Dengan penglibatan mereka dalam pengeluaran tanaman komersil, mereka mula

terangkum ke dalam sistempasaran dunia.pendapatan mereka terikat denga harga pasaran

dunia.dengan itu, pendapatan mereka yang di perolehi telah membolehkan mereka

memperbaiki mutu kehidupan mereka. Dalam pembangunan Malaysia,kemajuan penduduk

pribumi tidak di abaikan .melalui projek –projek pembangunan pertanian pembangunan tanah

dan juga melaui pelbagai bentuk subsidi yang disediakan. Selain itu kerajaan juga telah

meningkatkan kualiti kehidupan mereka,kerajaan juga telah melaksanakan pembangunan

social(menyediakan kemudahan jalan raya dan perhubungan, pendididkan, kesihatan dan

kemudahan asas yang lain).

Pembangunan yang dilaksanakan telah membawa pelbagai bentuk perubahan sosial.

Nilai-nilai baharu mula tersebar ke dalam kehidupan kumpulan warga pribumi ini. Arus

pemodenan yang melanda turut mengubah fikiran dan gaya hidup mereka. Umunya

sebilangan besar warga pribumi ini masih tertingal jauh di belakang berbanding dengan

warga Malaysia yang lain. Pembangunan ini turut menimbulkan kesan-kesan yang negatif

kepada warga peribumi. Pembinaan lebuh raya, empangan, pembukaan tanah pertanian,

pembinaan lapangan terbang dan sebagainya telah menyebabakan warga pribumi dipindahkan

daripada kawasan asal mereka.

Antara kesan negatif daripada program pembangunan ini ialah kehilangan sumber

hidup seperti hilangnya tanah adat /tanah tradisi ,sumber makanan dan utama sebagainya.

Selain itu, sejarah dan identiti mereka yang tersirat bersama kawasn yg diambil itu turut

musnah. Begitu jugan dengan nilai pampasan yang diberikan kerap kali menjadi isu dan

perbalahan antara mereka dan pemaju projek.sehingga kini,belum terdapat undang-undang

yang kuat memberikan perlindungan kepada tanah milik warga pribumi ini.

17

Page 18: Tamadun Pribumi Dan Kesannya Terhadap Pembangunan Masyarakat Di Malaysia Faqrul

Kesenian dan pembangunan masyarakat

Walaupun masyarakat peribumi melalui proses perubahan yang agak pesat,usaha

mereka memantapkan identity mereka melalui penonjolan kesenian kaum trus diusahkan.

Contohnya,masyarakat asli berusaha menonjolkan kesenian tarian sewing mereka yang

diringi oleh paluan muzik daripada buluh yang dihentapkan dan memebuat ukiran-ukiran

patung imejan makhluk ghaib yang mereka bayangkan ,mengekalkan tradisi membuat buluh

sumpitan, anyaman tikar daripada mengkuang dan juga membuat alatan seperti sikat daripada

buluh dan juga alatan lain.

Masyarakat iban juga terkenal dengan tarian ngajatnya serta tenuman kain pua kumpu

serta alat muzik engkromong.ukiran-ukiran yang dibuat sebagai hiasan biasanya berdasarkan

motif yang melambangkan identiti masyarakat mereka dengan masyarakat. Suku kaum kayan

juga di Serawak terkenal dan dikaitkan dengan alat muzik sapenya.

Di sabah, tarian sumazau terkenal dan dikaitkan dengan masyarakat kadazan dan alat-

alat muzik mereka seperti sompoton dimainkan oleh bobohizam (dukun) sewaktu kampung

sedang menghadapi bencana alam. Ia merupakan upecara menghubungi tuhan mereka

kinorohingan untuk memohon pertolongan.

Sekumpulan wanita peribumi

18

Page 19: Tamadun Pribumi Dan Kesannya Terhadap Pembangunan Masyarakat Di Malaysia Faqrul

Cabaran pribumi dan globalisasi (masa depan peribumi)

Arus arus globalisasi yang berlaku telah(mengecilkan )dunia daj juga telah di

perkatakan akan membawa kita kearah dunia tanpa sempadan (borderless world).secara

perlahan-lahan,komuniti manusia di heret ke dalam ape yang dipangil sebagai komuniti

[perkapungan global] yang sering disebutkan.Dalam tahun 1993, pertubuhan bangsa-bangsa

bersatu (PBB) telah mengisytiharkan tahun tersebut sebagai tahun warga peribumi

sedunia.golongan ini sering mendapat publisiti dan nasib mereka kerap kali di perjuangkan

oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan media masa. Contohnya, kes masyarakat penan di

Sarawak, telah menarik perhatian dunia dan kemudianya telah menimbulkan tekanan kepada

kerajaan Malaysia.

Proses globalisasi telah mendedahkan masyarakat peribumi kepada berbagai-bagai

pengaruh yang boleh memperbaiki imej mereka.industri pelancongan di negara ini telah telah

berusaha bersunguh-sunguh untuk mempromosikan budaya dan gaya hidup tempatan

termasuk peribumi.Namun,terdapat juga pengaruh-pengaruh negatif yang bukan saja

memusnahkan identiti warga peribumi,malahan mendedahkan mereka kepada kepentingan

dan tunjukan politik peribadi ataupun politik antarabangsa.

Perkapungan tamadun per

19

Page 20: Tamadun Pribumi Dan Kesannya Terhadap Pembangunan Masyarakat Di Malaysia Faqrul

KESAN KEBAIKAN YANG DAPAT DARIPADA MASYARAKAT PRIBUMI

Perubatan – Kebanyakkan doktor pada masa kini banyak mengambil keadah perubatan cara

tradisional seperti herba, akar kayu, sayur-sayayuran. Kesan daripada masyarakat pribumi ini

dapat kita mengabungkan dengan perubatan tradisional untuk menjadikan ubatan yang lebih

bermutu tinggi.

Antara pokok/akar kayu dalam perubatan.

Muzium – Dengan adanya muzium masyarakat pribumi ini, kita dapat mengenal serba sedikit

peralata yang digunakan, yang di pamerkan di dalam muzium. Seni bina muzium ini dapat

mengambarkan serba sebikit, hasil kraf tangan masyarakat bumiputra ini untuk menjayakan

hasil kretiviti mereka.

Muzium Masyarakat Pribumi.

20

Page 21: Tamadun Pribumi Dan Kesannya Terhadap Pembangunan Masyarakat Di Malaysia Faqrul

Senjata – Masyarakat pribumi ini juga menggunakan peralatan menangkap ikan

seperti,bubu,tube beracun,dan sebagainya untuk mendapatkan tangkapan ikan. Senjata-

senjata lain termasuklah, lembing, panah, supit, pisau, kapak di perbuat daripada batu, dan

bermacam-macam lagi.

Senjata menjadi alat pemburuan masayarakat pribumi.

Pertanian – Kita juga boleh mengambil iktibar daripada masyarakat pribumi, kerana mereka

menjadikan ekonomi pertanian sebagai makanan utama. Kita dapat mengambil serba sedikit

dapripada mereka contoh tanah yang digunakan untuk bercucuk tanam, untuk kesuburan

tanaman. Tanah juga memainkan peranan penting dalam sektor penanaman untuk

mengeluarkan hasil yang bermutu tinggi.

Pertanian Masyarakat Pribumi malaysia.

21

Page 22: Tamadun Pribumi Dan Kesannya Terhadap Pembangunan Masyarakat Di Malaysia Faqrul

Kedudukan masyarakat peribumi pada masa kini

Pada hari ini masyarakat pribumi kini telah jauh berubah, dalam percapaian ini

pribumi Sabah dan Sarawak jauh lebih Maju dan (membangun) berbanding peribumi di

semenanjung. Contohya, di Sabah dan di Sarawak sudah ada ahli masyarakat pribumi yang

menjadi peminpin tertinggi negara, peminpin negeri, pegawai tinggi kerajaan,ahli-ahli

perniagaan yang berjaya dan seumpamanya.

Namun bagi pribumi di semenanjung,,mereka masih perlu belajar dan berusaha lebih

gigih untuk mencapai kedudukan seperti ini, mereka sudah pun meninggalkan corak

kehidupan tradisional tetapi belum lagi sampai ke puncak kemajuan.dalam mengharungi

pembangunan hari ini, orang asli masih lagi dibenlenggu masalah seperti kemiskinan, kurang

pendedahan, keterbatasan peluang-peluang dan seumpamanya,yang menyebabkan mereka

lambat untuk mencapai pembanguan yang ideal.

Masyarkat peribumi masa kini

22

Page 23: Tamadun Pribumi Dan Kesannya Terhadap Pembangunan Masyarakat Di Malaysia Faqrul

KESIMPULAN

Masyarakat pribumi Malaysia secara umunya mempunyai cara hidup,atau adat,yang

bercirikan nilai-nilai peradaban yang tinggi.memandangkan masyarakat-masyarakat pribumi

ini tidak mempunyai sistem tulisan,adat di perturunkan secara lisan dan terpaksa dipelihara

dalam ingatan setiap ahli masyarakat.ketiadaan sistem tulisan juga telah memaksa mereka

menghafal serta menghayati setiap unsure adat,yang akhirnya meletakan sistem pemikiran

mereka seolah-olah seperti sebuah kitab atau teks undang-undang (adat).kesebatian serta

penghayatan ini membolehkan setiap ahli masyarakat mengawal diri,menunaikan kewajipan

dan tanggungjawab ,mematuhi setiap peraturan dan larangan serta menghormati makhluk-

makhluk yang wujud di sekeliling mereka.ciri-ciri peradaban yang tinggi menjadi landasan

utama bagi setiap kelompok peribumi untuk meneruskan kewujudan mereka sebagai sebuah

masyarakat atau komuniti dan seterusnya mengekalkan identiti mereka sehingga kini.

23

Page 24: Tamadun Pribumi Dan Kesannya Terhadap Pembangunan Masyarakat Di Malaysia Faqrul

RUJUKAN

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

http://longsemadoh.wordpress.com/

http://www.sabah.net.my/nurfirdaus/universiti/

http://pkukmweb.ukm.my/

http://www.jkkn.gov.my/

http://www2.jheoa.gov.my/

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2009&dt=0812&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

http://www.keruak.com/

24