assingment fpm

17

Upload: mummy-rayyan

Post on 15-Jul-2015

224 views

Category:

Education


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assingment fpm
Page 2: Assingment fpm

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101

2

Page 3: Assingment fpm

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101

3

PENGENALAN

Pendidikan di Malaysia berkembang dengan pesat sekali. Panduan utama pendidikan

di Malaysia ialah berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK

digubal untuk memberi panduan atau arah tuju untuk menentukan haluan, asas dan

inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Sebagai

negara yang sedang membangun, aspek utama yang ditekankan oleh kerajaan ialah

pembangunan modal insan. Pembangunan modal insan yang seimbang akan menjamin

pembangunan sesebuah negara. Dalam hal ini pendidikan memainkan peranan yang

amat penting bagi merealisasikan hasrat negara untuk menjadi negara maju menjelang

tahun 2020. Penekanan yang diberikan untuk menjana pembangunan modal insan

yang seimbang ialah dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sepertimana yang

terkandung dalam FPK. .

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia

dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Dengan adanya FPK, maka

sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan

dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan

membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga

kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat

pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan

insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi

seorang warganegara yang baik.

Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik,

seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang

paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. FPK melihat individu

dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja

untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan

dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan

keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Page 4: Assingment fpm

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101

4

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat

memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri

manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli

keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak

mulia, dan berbakti. Berikut merupakan perincian yang dihuraikan oleh pengkaji

mengenai FPK.

a) Pendidikan Suatu Usaha Berterusan

Pendidikan merupakan satu proses pemerolehan dan pemindahan pengetahuan, nilai-

nilai murni serta mendapatkan kemahiran. Proses ini berjalan secara berterusan dalam

diri individu sejak lahir lagi. Pendidikan asas kanak-kanak bermula dari rumah dan dari

rumah jugalah sahsiah mereka mula terbentuk dan berterusan. (Kamarudin Hj Husin &

Kamarul Azhar, 1994)

Pendidikan adalah satu bentuk pencarian erti kehidupan yang sentiasa berterusan.

Boleh kita pecahkan pendidikan kepada dua iaitu Pendidikan Tidak Formal dan

Pedidikan Formal. Pendidikan tidak fomal bermula di rumah. Ini bermaksud seseorang

kanak-kanak dari bayi sehingga memasuki alam persekolahan telah mempelajari

pelbagai pelajaran melalui pengalaman dan pemerhatian mereka di persekitaran dalam

dan luar rumah. Pendidikan ini tidak mempunyai sukatan pelajaran dan lebih banyak

mengunakan psikomotor. Jelasnya disini ialah kanak-kanak telah cuba jaya dalam

sesuatu pelajaran yang telah dilakukan olehnya. Sebagai contoh, belajar berjalan,

makan, bercakap dan lain-lain lagi.

Sistem pendidikan formal pula adalah satu pendidikan yang mempunyai sukatan

pelajaran, kelas atau sekolah, mempunyai ujian dan peperiksaan serta lain-lain lagi.

Kebiasaannya pendidikan ini bermula seawal usia lima hingga tujuh belas tahun. Hal ini

boleh kita lihat dari Tadika sehingga Tingkatan Lima nanti. Pembelajaran yang

dinyatakan dalam FPK sebenarnya bukan berhenti di sekolah malahan ianya

berterusan sehinggalah keperingkat yang lebih tinggi dan seterusnya sepanjang hayat.

Terdapat banyak program-program yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi

mewujudkan budaya belajar sepanjang hayat. Antaranya ialah mengalakan golongan

guru untuk belajar ke peringkat yang tertinggi bagi memberi peluang kepada golongan

ini belajar lagi. Program ini telah memberikan kesedaran kepada guru supaya mereka

bukan setakat mempuyai diploma atau ijazah sahaja, malah mereka digalakan untuk

belajar ke peringkat yang paling tinggi.

Page 5: Assingment fpm

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101

5

b) Memperkembangkan Potensi Individu

Setiap individu memiliki keupayaan dan bakat yang tersendiri. Keupayaan dan bakat itu

pula dapat diperkembangkan menerusi aktiviti sosial. Namun begitu tidak semua

kebolehan itu dapat dilihat dengan jelas kerana pendedahan untuk memperkembang

dan mempertingkatkanya agak terhad. Oleh itu pendidikan memainkan peranan penting

dalam memperkembangkan potensi individu dan ia perlu diracangkan terlebih dahulu

dan dilaksanakan dengan teratur dan bersungguh-sungguh. ( Ee Ah Meng, 1988).

Di sekolah, terdapat banyak aktiviti kokurikulum yang telah diwujudkan bagi memberi

keseimbangan dalam akedemik dan aktiviti luar. Kokurikulum ini biasanya dilaksanakan

selepas proses pembelajaran. Penglibatan pelajar boleh kita perhatikan dalam kegiatan

sukan, kelab, persatuan dan pakaian seragam. Dalam aktiviti ini pelajar akan

melakukan sesuatu aktiviti secara berkumpulan. Ada di kalangan mereka yang

mempunyai bakat dalam menjadi pemimpin. Daripada mereka juga akan membentuk

satu kumpulan yang menjadi pengikut kepada ketua mereka. Kesannya, ia akan

mendedahkan pelajar tersebut supaya dapat menampilkan diri mereka yang sebenar

suatu hari nanti.

Daripada kegiatan ini juga, seseorang pelajar akan dapat mengembangkan diri mereka

dalam pelbagai bidang. Contohnya sukan, berpantun, bersajak, menyanyi, menari,

mereka cipta sesuatu benda baru dan lain-lain lagi kebolehan yang dapat ditunjukan

oleh pelajar dalam kegiatan luar. Bakat-bakat ini jika sesebuah sekolah mengunakan

kelebihan pelajar ini sudah semestinya ia akan meningkatkan nama sesebuah sekolah.

Kita ambil contoh sebuah sekolah yang berunsurkan kesenian iaitu Sekolah Seni

Kuching. Di sekolah ini, aktiviti berbetuk kesenian sangat dititikberatkan. Pelajar-pelajar

belajar seperti biasa pada sebelah pagi. Di sebelah petang pula, pelajar akan

dibahagikan beberapa aktiviti yang telah mereka pilih mengikut minat mereka.

Antaranya mereka akan masuk kelas teater, kelas tarian masyarakat, kelas muzik

tradisonal, kelas syair dan puisi, kelas pantun dan lain-lain lagi. Semasa kegiatan ini

dijalankan, mereka akan diasah mengikut kebolehan mereka dengan bimbingan

beberapa guru nanti. Guru akan menjadi petunjuk dalam mencari dan

memperkembangkan bakat pelajar ini (Omardin Ashaari, 1998). Kesannya, pelajar tadi

akan menjadi semakin mahir dalam minat yang telah mereka pilih tadi. Ini akan

memberikan satu impak yang sangat berguna kepada pelajar di sekolah ini apabila

mereka tamat persekolahan nanti.

Page 6: Assingment fpm

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101

6

Jika kita imbas kembali, falsafah pendidikan yang menyentuh tentang

memperkembangkan potensi individu adalah sangat diperlukan oleh pelajar dan

haruslah diteruskan demi menjadikan pelajar negara kita sentiasa mencari kelebihan

mereka dalam bidang yang mereka pilih. Setiap pelajar bijak dan lemah mempunyai

kelebihan mereka masing-masing. Tidak semestinya pelajar yang lemah tidak

mempunyai kebolehan tersendiri, mereka mungkin mempunyai kelebihan dalan sukan

dan lain-lain lagi. Tegasnya di sini, falsafah ini sangat releven pada zaman sekarang.

c) Menyeluruh Dan Bersepadu

Potensi-potensi yang ada pada individu harus dikembangkan secara bersepadu dan

tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Sebagai contohnya potensi dari sudut

intelek tidak boleh dipisahkan dengan potensi kerohanian. Pelajar yang bijak adalah

tidak seimbang tanpa ada norma-norma kemanusiaan seperti kasih sayang sesama

manusia dan menghormati orang lain. Begitu juga dengan potensi lain iaitu potensi

rohani dan jasmani dalam satu-satu aktiviti tidak boleh dipisahkan dengan kemahiran

bersosial semasa bermain secara berpasukan seperti sifat-sifat kerjasama dalam

permainan. Semua potensi ini seharusnya berkembang secara menyeluruh dan

bersepadu untuk membentuk pelajar yang sempurna.

Usaha hendaklah dijalankan untuk menghubungkaitkan perkembangan semua potensi

untuk memenuhi keperluan jasmani, intelek, rohani dan sosial. Antara usaha yang

boleh dilakukan adalah selain memberikan pendidikan keduniaan seperti ilmu akademik

dan jasmani untuk mengembangkan semua potensi secara bersepadu adalah dengan

menerapkan kepercayaan kepada tuhan. Ini akan melahirkan pelajar yang bersahsiah

tinggi selain berilmu. Oleh itu, semua potensi hendaklah dikembangkan melalui

berbagai-bagai aktiviti kehidupan manusia yang berlandaskan nilai-nilai murni dan juga

norma-norma masyarakat yang baik seperti aktiviti ceramah agama dan gotong-royong

selain proses pembelajar dan pengajaran dalam kelas.

Oleh itu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan kurikulum yang

sesuai bagi mencapai hasrat ini. Antaranya adalah mewujudkan bidang mata pelajaran

seperti matematik dan bahasa untuk tujuan komunikasi, bidang Pendidikan Agama

Islam, moral, geografi dan sains untuk mengenali manusia dan alam sekeliling serta

pencipta kita. Bidang Muzik, pendidikan Jasmani dan kesihatan, kokurukulum dan

bidang kemahiran-kemahiran manipulatif untuk memperkembangkan potensi individu

secara bersepadu.

Page 7: Assingment fpm

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101

7

d) Insan Yang Seimbang Dan Harmonis

Insan yang seimbang membawa maksud semua keperluan manusia mencukupi iaitu

pertumbuhan akal, perkembangan rohani, emosi dan jasmani secara sihat dan

bersepadu. Harmonis pula bermaksud unsur-unsur rohani, intelek, emosi dan jasmani

dalam diri manusia adalah dalam keadaan serasi dan sesuai. Keadaan ini akan

membawa hubungan baik antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam

sekitar dan manusia dengan Maha Pencipta.

Insan yang seimbang dan harmonis memiliki dan menghayati ilmu pengatahuan,

berakhlak mulia, mempunyai fikiran dan jiwa yang sihat, tubuh badan yang sihat dan

cergas serta mampu bekerjasama dengan orang lain dan mempunyai keyakinan yang

teguh kepada Tuhan. Ini bermaksud pelajar yang seimbang dan harmonis memiliki

kefahaman tentang tugas dan tanggungjawab dalam pelajaran. Dalam alam pekerjaan

mereka mampu melaksanakan tugas dengan amanah dan baik. Mereka juga begitu

teguh dalam menjalani kehidupan seharian iaitu segala masalah dan cabaran yang

dihadapi dapat di atasi secara profesional dan rasional.

Keseimbangan ini dapat dicapai melalui pendidikan sempurna di sekolah dan rumah. Di

sekolah telah disediakan pendidikan yang sempurna untuk anak-anak. Hasrat ini tidak

akan tercapai jika anak-anak tidak ke sekolah. Oleh itu ibu bapa dan guru harus

bekerjasama bagi memastikan pendidikan ini sampai kepada golongan pelajar untuk

memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

e) Keseimbangan Dari Aspek JERI

Pendidikan di Malaysia suatu usaha berterusan ke arah melahirkan insan atau individu

yang seimbang dari aspek Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani atau lebih dikenali

sebagai “JERI”. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan keharmonian

dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Keseimbangan dalam aspek JERI boleh dicapai dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Unsur Jasmani memberi tumpuan kepada perkembangan angota-angota

tubuh badan dengan cekap dan sihat. Walaupun merujuk tubuh badan, kesihatannya

bukan bergantung pada penjagaan tubuh badan semata-mata, ia juga perlu penjagaan

emosi. Hal ini kerana emosi juga mempengaruhi kesihatan tubuh badan. Oleh itu

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyediakan subjek-subjek yang berkaitan

dalam sistem pendidikan negara. Contohnya subjek Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik serta aktiviti dalam Kelab dan

Page 8: Assingment fpm

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101

8

Persatuan seperti Kelab Kebudayaan yang melibatkan gerakan dan kemahiran. Dengan

unsur jasmani pelajar seharusnya dapat memperkembangkan bakat dan kemahiran

teknikal, memanipulatif dan bersosial. Jasmani yang sihat secara dasarnya bermaksud

memiliki tubuh badan yang sihat. Dengan tubuh badan yang sihat pelajar tentu sekali

dapat menyumbang tenaga dengan baik dan berkesan.

Dengan melahirkan insan atau individu yang sihat sahaja tidak cukup dalam sistem

pendidikan negara. Ia juga perlu melahirkan insan atau individu yang stabil emosi.

Unsur emosi ini diselit bagi menjamin perasaan yang sihat dan matang serta memiliki

kasih sayang untuk mencintai perpaduan serta keamanan dan perasaan positif yang

lain yang dapat menjamin kestabilan individu yang membawa kepada keatabilan

negara. Contohnya, seseorang yang sihat tubuh badan tetapi bila menghadapi cabaran

cepat panas baran, putus asa atau pun bunuh diri. Keadaan ini berlaku kerana tidak

ada emosi yang stabil. Emosi merupakan faktor yang penting dalam kehidupan. Bagi

pelajar yang mempunyai masalah emosi guru kaunseling bertanggungjawab untuk

memberi nasihat dan panduan supaya konflik emosi dalam diri pelajar dapat

diselesaikan dengan baik. Contohnya, Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

juga ditubuhkan di setiap sekolah di mana ahlinya dipilih di kalangan pelajar-pelajar

untuk membantu pelajar-pelajar yang mempunyai konflik emosi dalam diri mereka. Ahli

PRS ini diberi pendedahan yang khas untuk membantu rakan-rakan mereka. Satu buku

panduan yang mencadangkan cara-cara menangani masalah emosi harus diterbitkan

dan diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar terutamanya pelajar sekolah

menengah agar ianya dapat dijadikan panduan oleh mereka apabila mempunyai konflik

emosi kerana sesetengah pelajar malu untuk meluahkan konflik emosi mereka.

Penjagaan emosi adalah penting kerana masalah emosi bukan sahaja boleh

menjejaskan mental malah juga fizikal.

Seimbang daripada aspek jasmani iaitu sihat tubuh badan, emosi yang stabil juga tidak

cukup untuk melahirkan insan yang seimbang, jika tidak ada unsur rohani dalam diri.

Rohani adalah merujuk kepada pembentukan dan pembinaan watak dan kejatidirian

manusia. Sistem pendidikan melahirkan watak dan kejatidirian watak yang sesuai

dengan agama, adat dan sosio-budaya Malaysia, sebagaimana termaktub dalam

Rukun Negara. Unsur rohani ini diselitkan agar setiap individu percaya kepada Tuhan,

sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan serta berakhlak mulia dan

berpegang teguh kepada amalan-amalan yang baik. Jika rohani kosong atau

penerapan nilai-nilai moral tidak ada maka kita tidak dapat melahirkan keperibadian

yang mulia. Oleh itu kerajaan telah memantapkan matapelajaran agama Islam di

sekolah kebangsaan dengan memperkenalkan program Jawi, Quran, Arab dan Fardu

Ain (J-QAF). Bagi pelajar yang bukan Islam pendidikan moral sudah cukup tetapi amali

haruslah diutamakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar ianya dapat

dipraktikan di luar.

Page 9: Assingment fpm

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101

9

Sihat, emosi stabil dan bermoral juga tidak dapat melahirkan insan yang seimbang

tanpa intelek. Intelek bermaksud daya kemampuan berfikir dan memahami

(menganalisis dan sebagainya). Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1990)

insan yang seimbang dan harmonis dapat mengamalkan ilmu pengetahuan, berakhlak

mulia, mempunyai kepercayaan teguh kepada Tuhan, berfikiran tenteram, sihat tubuh

badan, hidup bermasyarakat dan cergas. Intelek merupakan unsur yang sangat

diperlukan.

Keseimbangan dalam aspek intelek dapat diperkembangkan dalam pendidikan. Bagi

rakyat Malaysia intelek diukur di atas kertas ujian. Kebanyakan rakyat Malaysia

menganggap bahawa intelek merupakan lembing kejayaan individu. Perkara ini harus

dihakis, persepsi rakyat Malaysia harus diubah. Aspek intelek sepatutnya dijelaskan

dengan lebih menyeluruh di dalam pendidikan dengan menyatakan kepada individu

bahawa kejayaan intelek bukan bermaksud cemerlang di dalam peperiksaan, malah

kejayaan merangkumi intelek ialah kejayaan yang merangkumi keupayaan berfikir

untuk hidup dan berdikari. Contohnya, apalah guna cemerlang didalam Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) dengan mendapat 18 A1 tetapi tidak mampu hidup berdikari dan

berfikiran rasional untuk membuat keputusan yang bijak bagi menentukan masa

hadapan. Guru-guru harus mengukuhkan keyakinan pelajar dalam setiap subjek yang

diajar supaya murid yang lahir akan menjadi masyarakat Malaysia yang dapat membuat

keputusan yang bernas dan bijak serta tidak mendatangkan masalah pada masa

hadapan. Guru boleh memberi peluang kepada pelajar untuk menambahkan keyakinan

pelajar dengan memberi mereka peluang untuk bercakap di khalayak ramai.

f) Kepercayaan Kepada Tuhan

Kepercayaan kepada Tuhan merupakan satu elemen yang sangat penting dalam

pembentukan identiti negara Malaysia. Pihak kerajaan telah membentuk rukun negara

dengan meletakkan prinsip kepercayaan kepada Tuhan pada tempat yang pertama. Ini

menunjukkan betapa pentingnya prinsip ini kepada pembentukan sesebuah negara

Malaysia yang harmoni di mana masyarakat di negara kita terdiri daripada pelbagai

agama, kaum, budaya, bahasa, dan sebagainya. Dengan adanya kepercayaan kepada

Tuhan oleh masyarakat di negara kita, ini akan mewujudkan satu masyarakat yang

seimbang. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), perkara yang sangat

dititikberatkan adalah berkaitan dengan soal keagamaan iaitu kepercayaan kepada

Tuhan.

Page 10: Assingment fpm

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101

10

Kepercayaan kepada Tuhan adalah elemen yang ketujuh dalam Pembentukan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dimana kalau kita lihat kepentingannya, semua pelajar Islam

diwajibkan mengambil mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam dalam peperiksaan

awam. Sementara itu, pelajar bukan Islam hendaklah diberikan pelajaran Pendidikan

Moral. Kewajipan ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa pelajar-pelajar dapat

mengamalkan konsep kepercayaan kepada Tuhan kerana mereka telah diajar perkara

tersebut di dalam kelas.

Dalam melihat kepada kerelevan kepercayaan kepada Tuhan dalam kalangan pelajar-

pelajar di negara kita berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pengkaji

bersetuju dan berpendapat bahawa ianya begitu relevan dan sesuai mengikut

peredaran zaman dan masa. Hal ini kalau kita lihat secara rasionalnya, individu-individu

pelajar telah mengakui tentang wujudnya Pencipta. Pelajar-pelajar telah mengamalkan

kepercayaan keagamaan masing-masing seperti dalam agama Islam, Kristian, Buddha,

Hindu dan sebagainya. Mereka mengakui bahawa manusia dan alam semesta dijadikan

oleh Pencipta yang disebut sebagai Tuhan. Malah mereka juga mengetahui hukum dan

fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Pencipta. Pelajar-pelajar

juga boleh berfikir dan menyedari bahawa manusia dijadikan adalah untuk

memakmurkan alam dan bertanggungjawab di atas perbuatan yang dilakukan seperti

percaya adanya syurga dan neraka, dosa dan pahala, hukuman dan tindakan dan lain-

lain.

Malah, pelajar-pelajar berusaha untuk meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan di

mana mereka akan hadir ke tempat-tempat beribadat mengikut kepercayaan dan

amalan agama masing-masing. Bagi mengukuhkan amalan, mereka berusaha mencari

ilmu dan mengamalkan ajaran agama. Sebagai contoh, pendidikan tentang agama

bermula dari sekolah rendah dan ramai pelajar memasuki sekolah aliran agama bagi

mendapatkan ilmu pengetahuan agama, mengamalkannya dan menyampaikan ilmu

tersebut kepada orang lain.

Secara realiti dunia pada hari ini, peredaran zaman telah mengubah pelbagai aspek

dalam kehidupan manusia di dunia ini. Tidak terkecuali dalam aspek pendidikan dan

sahsiah pelajar. Di sini kita melihat konteks di negara kita, pegangan agama dalam

kalangan pelajar sejak akhir-akhirnya ini amat membimbangkan. Ramai pelajar pada

peringkat rendah mahupun atasan kurang memahami dan menghayati isi kandungan

apa yang diajar kepada mereka berkaitan aspek keagamaan. Ramai pelajar tidak tahu

membaca al-quran dan tidak menjawab soalan Pendidikan Islam dan moral dalam

peperiksaan.

Page 11: Assingment fpm

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101

11

Pelajar-pelajar yang berjaya dan lulus dalam peperiksaan Pendidikan Islam dan moral

hanyalah sekadar untuk memenuhi syarat mereka untuk memasuki institusi pengajian

tinggi ataupun untuk mencari pekerjaan apabila tamat persekolahan nanti. Kita juga

amat sedih kerana kurangnya dari segi pengamalan keagamaan pelajar-pelajar dan

mempraktikkannya dalam kehidupan harian semasa ilmu-ilmu pengetahuan agama

yang diajar oleh guru-guru di sekolah. Pelajar-pelajar lebih suka pergi ke tempat-tempat

lain seperti pusat beli belah, melepak dijalanan, ke taman-taman rekreasi, tempat

perkelahan dan sebagainya. Mereka jarang untuk pergi ke tempat-tempat beribadat dan

ada sekalipun hanya apabila perlu sahaja. Keadaan ini boleh menimbulkan gejala-

gejala yang tidak sihat dalam kalangan pelajar yang akhirnya mereka boleh terjebak ke

lembah maksiat dan meninggalkan amalan keagamaan seperti kepercayaan kepada

tuhan.

Dunia teknologi maklumat dan globalisasi pada hari ini menyebabkan penyebaran

budaya dan anasir-anasir jahat yang bertentangan dengan agama dan norma

masyarakat. Proses globalisasi yang tiada sempadan memudahkan pihak yang tidak

bertanggungjawab menyebarkan dakyah negatif kepada remaja kita. Contohnya,

amalan Black Metal, Punk, Skin Head, seks bebas, perkahwinan sejenis dan

sebagainya. Perkara-perkara ini bukan sahaja telah disebarkan kepada remaja dan

pelajar-pelajar, malah ada yang telah mengikut dan mengamalkannya. Hal ini amat

membimbangkan semua pihak. Oleh itu, usaha dan langkah-langkah perlu diambil agar

gejala ini tidak meresap ke dalam jiwa remaja dan pelajar-pelajar. Kepercayaan kepada

tuhan yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu ditekannya kepada

pelajar-pelajar agar masalah seperti ini dapat diatasi.

g) Berilmu Pengetahuan

Membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan adalah elemen yang ditekankan

dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Elemen ini menyarankan rakyat yang

memiliki sikap suka membaca, cintakan ilmu pengetahuan serta akan menggunakannya

untuk manfaat diri dan orang lain. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti mencintai ilmu pengetahuan iaitu gemar

membaca, sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan dan berusaha

meningkatkan serta menyebarkan ilmu pengetahuan di samping memanfaatkan ilmu

untuk kebaikan diri dan orang lain serta berfikiran terbuka luas dan mendalam. Selain

itu, dalam pembentukan FPK, ianya juga menekankan penyebaran ilmu pengetahuan

dan memanfaatkan ilmu untuk kebajikan diri dan orang lain.

Page 12: Assingment fpm

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101

12

Secara realiti dalam konteks hari ini, wujud segelintir pelajar-pelajar baik peringkat

rendah mahupun menengah tidak tahu membaca. Hal ini amat membimbangkan para

pendidik kerana zaman moden kalau difikirkan kita memang tidak wujud golongan

pelajar yang tidak pandai membaca. Ini boleh membantutkan perancangan negara

dalam memcapai negara maju pada tahun 2020. Ramai pelajar hanya belajar sehingga

peringkat ijazah dan berhenti setakat itu sahaja demi mencari pekerjaan yang

bersesuaian. Situasi ini berlaku disebabkan terlalu ramai graduan universiti yang

menganggur dan tidak mendapat pekerjaan yang sesuai. Bagi pandangan graduan,

tidak guna belajar pada peringkat yang seterusnya sedangkan tiada peluang pekerjaan

diwujudkan bersesuaian dengan bidang-bidang yang diambil semasa di univerisiti

Selain itu, rakyat Malaysia kurang membaca buku-buku ilmiah berbanding buku-buku

berbentuk hiburan seperti majalah mangga, komik kartun dan sebagainya. Ini juga amat

merisaukan semua pihak. Untuk mencapai hasrat kerajaan dalam FPK, ilmu

pengetahuan yang mendalam perlu ada dalam diri masyarakat. Rakyat Malaysia lebih

mengetahui situasi dan perkembangan isu di negara luar berbanding dalam negara

sendiri. Ini juga merisau pihak kerajaan dalam merealisasikan apa yang terkandung

dalam FPK.

h) Rakyat Malaysia Yang Berketerampilan

Keterampilan membawa maksud bagaimana seseorang dapat berhubung dengan insan

yang lain (Ee Ah Meng, 1990). Ia juga meliputi beberapa aspek seperti pemikiran ,

kepercayaan dan perasaan. Di sini hasrat yang ingin dicapai ialah melahirkan rakyat

Malaysia yang mempunyai kemahiran dan kecekapan dalam menjalankan sesuatu

tugas atau amanah.

Melahirkan individu yang berketerampilan ini penting bagi memastikan keseimbangan

pendidikan dari segi rohani, jasmani dan intelek. Antara ciri-ciri individu berketerampilan

yang ingin dilahirkan ialah yang berilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan

sememangnya kunci bagi kejayaan dalam apa juga bidang yang diceburi. Dalam situasi

perkembangan dunia hari dimana perkembangan teknologi adalah begitu pesat, ilmu

pengetahuan sememangnya amat mudah didapati. Hasrat melahirkan individu yang

berpengetahuan harus disertai dengan mempunyai kemahiran apabila mempraktikkan

ilmu pengetahuan tersebut.

Selain itu, mereka juga harus memiliki kelayakan yang wajar bagi menjalankan sesuatu

tugas. Mempunyai kelayakan membolehkan individu mempunyai keyakinan bagi

menjalankan sesuatu tugas. Apabila mahir serta berkelayakan, maka individu mampu

melaksanakan tugas dengan cekap, tangkas dan sempurna. Dengan ini juga individu

tersebut mampu memberi dan menyampaikan ilmu yang dimiliki kepada orang lain yang

memerlukan.

Page 13: Assingment fpm

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101

13

Dalam pendidikan, kompenan-kompenan yang harus di ambil kira ialah penampilan

secara fizikal dimana seseorang pelajar harus memainkan peranan dalam penampilan

mereka. Sebagai contoh, pakaian pelajar perlu kemas dan mengikut kod etika pakaian

serta harus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Seterusnya, ketrampilan juga

melihat elemen bagaimana pandangan seseorang terhadap diri sendiri dan juga orang

lain. Ia berkaitan dengan aspek positif atau negatif pemikiran seseorang itu terhadap

diri mereka dan orang lain. Akhirnya ia memberi penekanan yang tinggi terhadap

perasaan harga diri dan keyakinan diri.

Rakyat Malaysia Yang Berakhlak Mulia

Sehubungan dengan itu, matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga ingin

melahirkan masyarakat Malaysia yang berakhlak mulia. Masyarakat berakhlak mulia di

sini bermaksud masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai murni seperti bersopan

santun, berbudi bahasa, jujur, amanah, berintergriti dan sebagainya. Unsur ini

merupakan perkara utama yang dituntut agar rakyat Malaysia mampu untuk berfikir,

bertindak dan menilai mana satu yang baik dan mana satu yangg buruk. Kebolehan

berfikir jauh dalam menimbang kesan dan akibat sesuatu perkara dan yakin dalam

perkara murni yang dilakukan merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam rakyat Malaysia

yang berakhlak mulia. Kesemua nilai-nilai murni ini sangat penting dan perlu diterapkan

kepada rakyat Malaysia sejak dari peringkat sekolah lagi supaya ia sebati di dalam jiwa

rakyat Malaysia.

j) Rakyat Malaysia Yang Bertanggungjawab

Selain daripada itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menitikberatkan unsur dan

nilai kebertanggungjawaban di dalam diri setiap rakyat Malaysia. Bertanggungjawab

yang dimaksudkan disini bukanlah bererti bertanggungjawab ke atas tugasan pekerjaan

sahaja malahan ianya meliputi pelbagai aspek tanggungjawab seperti tanggungjawab

terhadap agama dan keluarga, tanggungjawab terhadap perlembagaan undang-

undang, tanggungjawab terhadap keamanan sejagat dan sebagainya. Oleh sebab itu,

nilai ini telah dipupuk dan disemai kepada rakyat Malaysia sejak berada di bangku

sekolah lagi. Dengan mengetahui tugas dan tanggungjawab ini diharapkan agar rakyat

Malaysia mampu untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang

warganegara yang berwibawa, disegani dan dihormati disamping memelihara

perpaduan kaum untuk menjamin keamanan negara diteruskan.

Page 14: Assingment fpm

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101

14

k) Rakyat Malaysia Yang Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri

Seterusnya hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan rakyat

Malaysia yang mampu dan berkeupayaan untuk menikmati kesejahteraan diri.

Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri di sini bermaksud seseorang individu yang

berupaya menangani apa-apa sahaja masalah di dalam hidupnya sebagai contoh.

Mereka juga mampu untuk berfikir secara waras apabila menghadapi sebarang situasi

seperti menilai kesan dan akibat baik dan buruk sesuatu pertimbangan. Di samping itu

juga, keseimbangan mencapai kesejahteraan hidup ini juga meliputi keupayaan

seseorang individu untuk mempunyai tubuh badan sihat dan mempunyai kemahiran

dalam menjalin perhubungan yang baik dengan orang lain.

l) Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

Unsur yang terakhir yang diterapkan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu

rakyat Malaysia yang dapat memberikan banyak sumbangan kepada masyarakat,

agama, dan negara. Dengan wujudnya rakyat Malaysia yang mampu memberi

sumbangan kepada negara, ia sebenarnya telah membantu proses pembangunan

negara ke arah sebuah negara maju. Bukan itu sahaja, harapan untuk melihat ramai

rakyat Malaysia berjaya di dalam memberikan sumbangan terutama sekali sumbangan

kepada keluarga akan menambahkan lagi keharmonian dan kemakmuran di dalam

sesebuah keluarga bahkan juga kepada masyarakat. Tuntasnya disini adalah untuk

melahirkan masyarakat yang berguna kepada keluarga, agama dan bangsa.

Kesimpulannya, bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis,

pencapaian dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani perlulah dititikberatkan

dahulu kerana elemen-elemen inilah yang menjadi pemangkin sebenar dalam

pembangunan modal insan selaras kehendak negara kita bagi mencapai Wawasan

2020.

Page 15: Assingment fpm

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101

15

REFLEKSI

NURDIANA BINTI YUNUS (201119210045)

Alhamdulilah, syukur ke hadrat ilahi, akhirnya tugasan Falsafah dan Pendidikan

malaysia (EDU 3102) ini dapat saya siapkan dengan jayanya walaupun semasa saya

menyiapkan tugasan ini banyak halangan dan cabaran yang terpaksa saya

lalui.pertama kali saya mendapat tugasan ini saya tidak tahu langsung mengenai

falsafah pendidikan kebangsaan mahupun falsafah pendidikan guru Serta system

pendidikan di Malaysia

Saya selalu mendengar dan menghafal FPK DAN FPG ini bagi menghadiri temuduga

semasa saya berkhidmat sebagai guru sandaran tidak terlatih (GSTT). Saya tidak ambil

pusing mengenai FPK dan FPG yang saya saya hafal dan diterima semasa

ditemuduga.akhirnya apabila saya sampai di institu pendidikan guru kampus bahasa

melayu (IPGKBM) saya banyak didedahkan mengenai peranan guru dalam mendidik

anak bangsa.Peranan guru dalam mendidik dan membimbing anak bangsa sangat

penting untuk pembangunan ekonomi negara

Semasa membuat tugasan ini beberapa masalah telah timbul diantaranya berkaitan

dengan sumber rujukan.Tidak banyak buku rujukan yang terdapat di perpustakaan

IPGKBM. Buku rujukan yang ada kebanyakan adalah edisi lama dan kebanyakan isi

tidak menepati keperluan sekarang tetapi masaah ini dapat diatasi dengan bantuan

rakan yang meminjamkan buku rujukan yang beliau ada dan rujukan daripada sumber

laman sesawang.semua maklumat yang diperolehi saya satukan dan dioleh sebaik

mungkin untuk menyiapkan tugasan ini.

Dalam subjek Falsafah dan pendidikan Malaysia ini saya dapat menghuraikan FPK dan

FPG dalam pelbagai segi dan saya akan cuba sedaya upaya saya untuk mencapai

garis panduan untuk menjadi guru seperti yang terdapat didalam FPK dan FPG.dalam

akhir tugasan ini saya dapat membincangkan konsep pendidikan dan peranan

pendidikan dalam pembangunan nasional dan dapat menghuraikan konsep dan

implikas FPK dan FPG.Melalui FPK dan FPG menjadi panduan kita sebagai seorang

guru untuk mendidik pelajar menjadi insan yang cemerlang dari segi

Terdapat banyak implikasi FPG dan FPK yang perlu diketahui dan diikuti untuk menjadi

seorang guru yang berkaliber.dalam tugasan ini banyak kekurangan yang saya dapat

lihat didalam diri saya untuk saya mencapai falsafah FPK dan FPG.saya perlu

menyiapkan diri daya sebelum saya menjadi seorang pendidik diluar sana supaya misi

dan matlamat kementerian pelajaran Malaysia (kpm) akan tercapai untuk melahirkan

seorang guru yang berkaliber dari segi rohani mahupun jasmani

Page 16: Assingment fpm

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101

16

Akhir kata saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada pensyarah

pembimbing iaitu puan Sabariah Binti Yaakub yang banyak memberikan sokongan dan

memberikan kata-kataa motivasi kepada saya untuk saya menyiapkan tugasan ini.Tidak

dilupakan kepada rakan-rakan didalam kelas yang memberikan idea dan buah fikiran

sehingga saya dapat menyiapkan tugasan ini. Jasa baik kalian tidak akan saya

lupakan.kepada keluarga juga yang banyak membantu memberikan kata-kata

semangat dan menjadi sumber inspirasi saya semasa saya berada dalam alam

pengajian.

Page 17: Assingment fpm

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101

17

Bibliografi

Abdul Fatah Hasan. (2007). Mengenal Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd

Lee Keok Cheong, Noriati A. Rashid, Zakiah Noordin dan Zulkufli Mahayudin. (2012)

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd

http://teachersyafa.blogspot.com/2012/08/konsep-falsafah-dan-falsafah-

pendidikan.htmlhttp://www.ieyzartdsyahieyr92.my/2012/08/kepentingan-elemen-

elemen-yang.htmlhttp://ipgmalaysia.blogspot.com/2009/03/elemen-elemen-falsafah-

pendidikan.htmlhttp://treebuilder.blogspot.com/2011/01/elemen-elemen-dalam-falsafah-

pendidikan.html