assingment hari pahlawan

17
PROGRAM K-FORCE SEMESTER SEP 2013 /PART II HUBUNGAN ETNIK (MPU 3123) TUGASAN BERKUMPULAN: HARI PAHLAWAN NORMAYUDI BIN ABU BAKAR (MD1309BD0404) ROSLAND BIN OVON (MD1309BD0218) SEKSYEN: SCHOOL FOUNDATION AND GENERAL STUDIES PENSYARAH: SYED MUHAMMAD SHAHRIZAL BIN SYED OTHMAN TARIKH HANTAR: 21 DIS 2013

Upload: mayudi

Post on 21-Dec-2015

62 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

This assignment can help student to get information about Hari Pahlawan in Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Assingment Hari Pahlawan

PROGRAM K-FORCE

SEMESTER SEP 2013 /PART II

HUBUNGAN ETNIK(MPU 3123)

TUGASAN BERKUMPULAN:

HARI PAHLAWAN

NORMAYUDI BIN ABU BAKAR (MD1309BD0404)ROSLAND BIN OVON (MD1309BD0218)

SEKSYEN:SCHOOL FOUNDATION AND GENERAL STUDIES

PENSYARAH:SYED MUHAMMAD SHAHRIZAL BIN SYED OTHMAN

TARIKH HANTAR:21 DIS 2013

Page 2: Assingment Hari Pahlawan

HARI PAHLAWAN

Pendahuluan

Hari Pahlawan merupakan satu hari khusus untuk memperingati jasa

pahlawan-pahlawan yang mempertahankan tanah air di beberapa negara. Ia

biasanya disambut sempena hari kelahiran seseorang pahlawan, atau hari

kepahlawanannya.

Hari Pahlawan di Malaysia

Hari Pahlawan di Malaysia disambut pada setiap 31 Julai setiap tahun.

Pelbagai acara diadakan sempena menyambut Hari Pahlawan ini bagi mengenang

jasa kesemua pasukan keselamatan tidak kira tentera atau polis sebelum dan

selepas Malaysia merdeka.

Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sempena Hari

Pahlawan, acara letak kalungan bunga oleh pemimpin negara iaitu Yang di-Pertuan

Agong dan Perdana Menteri serta ketua pasukan keselamatan Angkatan Tentera

Malaysia (ATM) bagi ketiga-tiga cabang perkhidmatannya serta Polis Diraja

Malaysia (PDRM) untuk bertafakur selama seminit di hadapan Tugu Negara

berhampiran Panggung Aniversari, Tasik Perdana, Kuala Lumpur.

Acara tradisi ketenteraan dimulai dengan tiupan “Last Post” dan “Rouse” serta

deklamasi sajak juga dilakukan di hadapan tugu tersebut. Acara-acara keagamaan

Page 3: Assingment Hari Pahlawan

seperti majlis bacaan doa selamat, yasin, tahlil dan sebagainya juga diadakan di

Masjid Negara.

Persatuan Bekas Tentera Malaysia pula melancarkan kutipan derma ke

sekolah-sekolah bagi memupuk semangat menderma dan cintakan tanah air. Pada

masa yang sama juga diadakan majlis-majlis rasmi bagi mengutip sumbangan

derma untuk bekas tentera yang uzur dan kemalangan akibat dari konfrantasi pada

masa tersebut.

Kerajaan pada 2010 telah memutuskan lokasi sambutan Hari Pahlawan yang

sering diadakan di Tugu Negara pada setiap 31 Julai akan dipindahkan ke Putrajaya

di sebuah dataran yang berkeluasan dua hingga tiga ekar yang bakal dibina. Namun

buat masa ini sambutan telah diadakan di Dataran Merdeka buat kali pertamanya

tanpa acara meletak kalungan bunga dan bertafakur di depan Tugu Negara seperti

yang sering dilakukan seiring dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Senario Sambutan Hari Pahlawan di Malaysia

Selain dari upacara yang kebiasaan yang diadakan bagi menyambut hari

tersebut, pihak penganjuran iaitu ATM dan PDRM juga turut mengadakan

pertunjukan seperti kawad berirama, tarian perang, serta persembahan pantomen

yang mengisahkan Sejarah Pejuang Negara. Untuk kali ini, pihak pengajuran telah

mengadakan sketsa atau drama yang mengisahkan perjuangan pahlawan negara

yang berlaku semasa konflik pencerobohan di Lahad Datu dan juga kisah

pemberontakan oleh kumpulan Al-Maunah di Sauh.

Page 4: Assingment Hari Pahlawan

Pada era pemerintahan British atau pemerintahan kolonial, hari pahlawan

dikenali sebagai Poppy Day bagi memperingati perjuangan para perjuang pada

ketika itu. Ianya adalah sempena nama bunga poppy.

Pada zaman kini, ianya dikatakan tidak bersesuaian dengan kebudayaan

Malaysia dan kini telah digantikan dengan simbul bunga raya yang telah diilhamkan

oleh isteri bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Datin Seri Jeanne Abdullah.

Pemilihan bunga tersebut adalah sebagai lambang dalam kempen hari

pahlawan amat sesuai kerana ia memenuhi ciri-ciri simbolik kepahlawanan sejati.

Bunga raya yang berwarna merah melambangkan sifat keberanian dan keikhlasan

para pahlawan yang rela berkorban nyawa demi mempertahankan kedaulatan

negara.

Kebanyakan masyarakat kita hari ini tidak begitu mengerti maksud dan tujuan

sambutan Hari Pahlawan. Ada yang beranggapan ia hanyalah istiadat rasmi yang

diraikan setiap tahun di Tugu Negara/Dataran Merdeka di samping meminta

sumbangan untuk bekas tentera.

Jika semangat jati diri, patriotisme dan cintakan negara dapat dipupuk di

kalangan masyarakat, ia dapat memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara

lebih terjamin.

Rakyat seharusnya mempertingkatkan daya ketahanan diri dan tidak mudah

terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang cuba mengganggu perpaduan kaum

dan kestabilan negara.

Page 5: Assingment Hari Pahlawan

Faktor Kurang Kesedaran Rakyat Malaysia

Dewasa ini hasil kemajuan yang dicapai oleh negara banyak memberikan

kesenangan dan keselesaan kepada generasi muda. Mereka lahir dalam keadaan

dimana negara telah mencapai kemerdekaan dan berkembang pesat untuk menjadi

sebuah negara maju. Walhal mereka tidak menyedari bahawa kesenangan dan

kemajuan yang dikecapi adalah hasil usaha pejuang-pejuang atau pahlawan negara

yang sebelum ini telah berkorban jiwa dan raga untuk bebas dari penjajahan dan

konfrantasi untuk merampas tanah air yang tercinta.

Golongan ini tidak merasai pahit dan getir generasi terdahulu terutamanya

pahlawan-pahlawan negara yang telah bermati-matian untuk mempertahankan

tanah air sehingga ada diantaranya yang terkorban dimedan pertempuran.

Menyingkap kisah sejarah yang telah berlaku semasa perang dunia kedua dimana

pahlawan negara iaitu Leftenan Adnan yang berkhidmat di Rejimen Askar Melayu Di

Raja telah terkorban dimedan pertempuran setelah menentang tentera Jepun untuk

mempertahankan Bukit Chandu daripada ditakluki tentera Jepun. Sehinggakan

Page 6: Assingment Hari Pahlawan

tentera Jepun mengakui bahawa sekiranya ada sepeluh lagi seumpama beliau maka

tentera Jepun akan tewas ditangan Askar Melayu.

Begitu juga kisah yang berlaku semasa era keganasan komunis dimana Bukit

Kepong telah diserang oleh sekumpulan pengganas komunis yang mengakibatkan

kesemua pejuang termasuk kaum keluarga telah terkorban didalam pertempuran

tersebut. Tidak ketinggalan juga semasa era penjajahan Inggeris dimana pejuang

sebelumnya seperti Hang Tuah, Mat Kilau, Dol Said, Dato Bahaman, Mat Salleh,

Dato Maharaja Lela dan yang lain-lain juga merupakan pahlawan negara yang telah

berjuang untuk membebaskan tanah air dari penjajah.

Ekoran dari kesenangan yang dinikmati, mereka seperti gagal menghayati

sumbangan pahlawan-pahlawan negara yang telah banyak berkorban demi

mempertahankan tanah air yang tercinta. Semangat para pahlawan harus dihayati

supaya dapat ditamankan sikap cintakan tanah air sendiri. Perkara ini sesuatu yang

amat dibimbangi oleh generasi lama sehinggakan dapat kita lihat pada masa kini

ramai golongan muda yang mudah terpengaruh dengan hasutan pihak yang

berkepentingan untuk menjatuhkan dan menggugat keamanan negara yang selama

ini telah terpelihara.

Kurangnya ditekankan pengetahuan dan maklumat berkaitan sejarah-sejarah

dan kisah-kisah yang telah berlaku dan dilalui oleh para pahlawan negara semasa

perjuangan mereka pada masa tersebut. Sebagai contoh diperingkat pendidikan

sekolah, perkara tersebut ada diajar tetapi tidak secara mendalam dan tidak

ditekankan sebagai salah satu tajuk utama didalam mata pelajaran sejarah.

Selain itu juga peranan media masa juga dilihat kurang memberikan

pendedahan atau maklumat berkaitan kesedaran terhadap peranan atau

sumbangan para pahlawan negara. Baik dari segi promosi, iklan, dokumentari,

drama atau filem yang mengisahkan peranan dan sumbangan yang telah mereka

berikan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat

sepertimana yang kita nikmati pada masa kini.

Page 7: Assingment Hari Pahlawan

Tidak juga dinafikan bahawa, ada segelintir generasi muda yang kurang

berminat dan beranggapan mengapa mereka perlu menghayati sejarah dan kisah

yang telah dialami oleh para pahlawan negara bagi memartabatkan negara, agama

dan bangsa sedangkan mereka kini telah hidup dalam keamanan dan keselesaan.

Mereka beranggapan bahawa perkara yang telah berlalu tidak perlu dikenangkan

dan mereka yang kini hidup dalam kesenangan perlu menikmati sepuas-puasnya.

Hasrat dan Harapan Kepada Rakyat Malaysia

Sebagai mengenangkan jasa dan pengorbanan para pahlawan negara,

pelbagai pihak harus memainkan peranan bagi memupuk kesedaran rakyat

Malaysia bertapa pentingnya para pahlawan ini dikenang dan disanjung terhadap

apa yang telah dicurahkan kepada negara. Media masa contonya, perlu lebih

mempromosikan dan memberi maklumat kepada rakyat Malaysia tentang sejarah,

kisah dan pengajaran apa yang telah dilalui dan dialami oleh para pahlawan negara

melalui iklan, dokumentari, drama, filem, surat khabar, laman sesawang dan

sebagainya.

Hari pahlawan juga perlu disambut seperti hari-hari kebesaran yang lain

sebagai contoh Sambutan Hari Kemerdekaan dan ianya hendaklah mendapat

liputan yang meluas keseluruh negara baik sebelum sambutan mahupun selepas

sambutan. Penajaan dari badan-badan NGO dan swasta diharapkan agar sambutan

yang diraikan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan memberi makna serta kesan

yang mendalam kepada rakyat Malaysia.

Seperti kebiasaan, Tabung Hari Pahlawan diwujudkan bagi membantu

pahlawan-pahlawan yang masih hidup dan ada diantaranya mengalami kecederaan

Page 8: Assingment Hari Pahlawan

atau kecacatan kekal akibat dari kesan yang diterima semasa berjuang dimedan

pertempuran. Bagi pahlawan yang telah guguh dimedan pertempuran, sumbangan

disalurkan kepada waris bagi membantu meringankan beban. Tabung Hari

Pahlawan yang diwujudkan kebiasaannya diadakan disekolah-sekolah atau di

Wisma Kementerian Pertahanan. Adalah dicadangkan agar tabung ini diperluaskan

lagi diseluruh negara seperti disetiap kementerian kerajaan, dipusat membeli belah,

dipusat pengajian tempatan dan sebagainya bukan sahaja semasa menyambut hari

pahlawan bahkan pada sebilang masa dan dipantau oleh Jabatan Hal Ehwal

Veteran ATM.

Peranan kerajaan bagi memastikan nasib para pahlawan negara terpelihara,

kerajaan berbesar hati telah memberikan alaun khas kepada para pahlawan negara

yang sebelum ini telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku dengan

pingat SP (Sri Pahlawan Gagah Perkasa) dan PGB (Panglima Gagah Berani) bagi

mengenang jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan. Baru-baru ini budjet

kerajaan yang telah dibentangkan diparlimen telah menaikkan jumlah elaun tersebut.

Adalah disyorkan disini supaya, elaun ini diberikan juga kepada mana-mana para

pahlawan yang belum diperkenankan oleh Tuanku dengan pingat-pingat tersebut

supaya nasib para pahlawan negara yang lain dipelihara dengan sebaik-baiknya

termasuk waris-waris bagi pahlawan yang sudah meninggalkan kita.

Pendidikan awal disekolah juga harus ditekankan terutama mata pelajaran

sejarah tentang kepentingan para pahlawan kepada negara, kisah yang dilalui

sepanjang perjuangan mereka dan pengorbanan yang telah diberikan kepada

negara. Para pendidikan disekolah boleh mengadakan kempen-kempen kesedaran

kepada para pelajar bertapa pentingnya peranan yang diberikan oleh para pahlawan

negara dan mengadakan pertandingan poster, syarahan dan nukilan tentang hari

pahlawan. Menjemput para pahlawan negara yang masih hidup untuk menceritakan

kisah silam yang dihadapi semasa perjuangan mereka.

Dengan cara itu, para pahlawan ini akan menjadi contoh atau roll model

kepada para pelajar dan daripada situ, anak-anak bangsa telah ditanamkan dengan

sikap cintakan tanah air sendiri dan memelihara keamanan yang sedia ada. Dengan

cara itu juga, anak-anak bangsa kita tidak mudah terpengaruh dengan hasutan jahat

Page 9: Assingment Hari Pahlawan

oleh mana-mana pihak yang berkepentingan untuk mencabuli keamanan yang telah

dikecapi negara.

Kepentingan Nilai Kepahlawanan

Dalam pembentukan anak bangsa yang mencintai tanah air sendiri, nilai

kepahlawanan perlu disemai dari awal iaitu diperingkat bangku sekolah lagi. Dengan

menerapkan nilai-nilai kepahlawanan ianya dapat membentuk semangat patriotisme

kepada anak bangsa. Sekira lunturnya semangat patriotisme dan gagal dihayati

khususnya generasi muda, ianya akan memberi kesan negatif kepada kestabilan

negara.

Nilai patriotisme ini merupakan sebahagian daripada nilai-nilai murni dan

sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin, ianya akan dapat

menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak

mulia. Oleh itu, sangat wajar khususnya generasi muda menjadikan nilai-nilai

patriotisme sebagai amalan atau pegangan serta disemai dalam jiwa segenap

lapisan masyarakat Malaysia demi kelangsungan negara dalam menghadapi era

pasca modenisme dan dikenali sebagai masyarakat majmuk. Nilai-nilai murni

tersebut adalah seperti berikut:

1. Berbangga sebagai rakyat Malaysia:

a. Berakhlak dan berbudi pekerti mulia.

b. Menghormati raja dan pemimpin negara.

Page 10: Assingment Hari Pahlawan

c. Menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera, lagu

kebangsaan, jata negara).

d. Menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara.

e. Menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa.

2. Bersemangat setia negara:

a. Cintakan bangsa dan negara.

b. Taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara.

c. Sedia berkorban untuk bangsa dan negara.

d. Bertanggungjawab kepada bangsa dan negara.

e. Berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan

negara.

f. Peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara.

3. Bersemangat kekitaan:

a. Bersatupadu dan berharmoni.

b. Bertolak ansur dan bertoleransi.

c. Bekerjasama dan tolong-menolong.

d. Hormat-menghormati.

e. Bersefahaman dan bermuafakat.

Page 11: Assingment Hari Pahlawan

f. Muhibah.

4. Berdisplin:

a. Mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara.

b. Mematuhi peraturan dan undang-undang.

c. Berkelakuan sopan dan bertatasusila.

d. Bertanggungjawab.

e. Bertindak dengan wajar.

f. Bersifat amanah dan jujur.

g. Berlaku adil dan bertimbang rasa.

5. Berusaha dan produktif:

a. Rajin dan gigih.

b. Berdikari.

c. Sentiasa mempertingkatkan usaha.

d. Tabah menghadapi cabaran.

e. Menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan

negara.

Nilai-nilai murni, sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin, akan

dapat menyumbang kearah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan

Page 12: Assingment Hari Pahlawan

berakhlak mulia. Justeru, wajar anak bangsa terutamanya di peringkat sekolah

menjadikan nilai kepahlawanan secara tidak langsung nilai patriotisme sebagai

amalan atau pegangan.

Penutup

Sebagai masyarakat Malaysia yang prihatin, kita seharusnya berterima kasih

atas sumbangan yang telah dicurahkan oleh para pahlawan negara untuk

mempertahankan tanah air dari penjajahan kuasa luar dan sekaligus mewujudkan

ketenteraman dan mempertahan keamanan negara sehingga kita hidup dalam

suasana aman dan damai hinggalah ke hari ini. Jasamu para perjuang negara akan

kami kenang hingga ke anak cucu dan ianya tidak ternilai dengan wang ringgit untuk

kami balas. Hidup Pahlawan Negara.

Bibliografi

1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Pahlawan#Malaysia (Wikipedia - Hari

Pahlawan).

2. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp (Utusan Malaysia Online).

3. http://www.umno-online.my (UMNO online- Semangat Patriotisme).

4. Konsep Patriotisme dan Nasionalisme. Abdul Latiff Abu Bakar dalam

Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia.

5. Cik Siti Azizah Abod. 2002. Dasar Pertahanan Negara dan Patriotisme.

6. Mohamed Mustafa Ishak. 2002. Patriotisme dan Bangsa Malaysia.

7. http://www.rmp.gov.my/ (Portal Rasmi PDRM).