assingment h.etnik.docx

27
Soalan Pendidikan di Malaysia adalah untuk membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu dan progresif. Huraikan secara kritis isu-isu pendidikan yang memberi cabaran terhadap pemupukan hubungan etnik yang harmonis. Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun dengan acuannya yang tersendiri. Pelbagai struktur pentadbiran dan rangka perancangan yang amat rapi telah dirancang dalam usaha untuk memastikan proses kemajuan dan pembangunan Ini dilaksanakan dengan sistematik. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan dan kemajuan pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama masyarakat Malaysia itu sendiri. Pelbagai cabaran harus ditempuhi oleh masyarakat Malaysia disebabkan wujudnya konflik dalam masyarakat majmuk ini. Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik, agama, bahasa dan budaya tentu tidak dapat lari dari menghadapi cabaran hubungan etnik. Usaha-usaha untuk menerapkan semangat perpaduan atau kekitaan di kalangan masyarakat sering menghadapi cabaran serta masalahnya. Terlebih dahulu, haruslah diingat bahawa Malaysia telah berjaya keluar daripada kumpulan negara “Mundur” dan kepada negara sedang “Membangun”. Bahkan, Malaysia kini sebenarnya menuju ke arah status negara “Maju”. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam yang telah mencacat keamanan dan keharmonian rakyat yang berbilang kaum di negara ini.Tiada siapa yang dapat menyangka api kebencian tersebut bertukar menjadi tragedi yang sukar dilupakan. Berdasarkan kepada peristiwa 13 Mei, beberapa perkara penting yang perlu dipandang serius dalam membina nagara bangsa yang bersatu padu. Dalam hal ini, ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis

Upload: yvette-boyd

Post on 12-Sep-2015

243 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Soalan

Pendidikan di Malaysia adalah untuk membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu dan progresif. Huraikan secara kritis isu-isu pendidikan yang memberi cabaran terhadap pemupukan hubungan etnik yang harmonis. Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun dengan acuannya yang tersendiri. Pelbagai struktur pentadbiran dan rangka perancangan yang amat rapi telah dirancang dalam usaha untuk memastikan proses kemajuan dan pembangunan Ini dilaksanakan dengan sistematik. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan dan kemajuan pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama masyarakat Malaysia itu sendiri. Pelbagai cabaran harus ditempuhi oleh masyarakat Malaysia disebabkan wujudnya konflik dalam masyarakat majmuk ini. Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik, agama, bahasa dan budaya tentu tidak dapat lari dari menghadapi cabaran hubungan etnik. Usaha-usaha untuk menerapkan semangat perpaduan atau kekitaan di kalangan masyarakat sering menghadapi cabaran serta masalahnya. Terlebih dahulu, haruslah diingat bahawa Malaysia telah berjaya keluar daripada kumpulan negara Mundur dan kepada negara sedang Membangun. Bahkan, Malaysia kini sebenarnya menuju ke arah status negara Maju.Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam yang telah mencacat keamanan dan keharmonian rakyat yang berbilang kaum di negara ini.Tiada siapa yang dapat menyangka api kebencian tersebut bertukarmenjadi tragedi yangsukar dilupakan.Berdasarkan kepada peristiwa 13 Mei, beberapa perkara penting yang perlu dipandang serius dalam membina nagara bangsa yang bersatu padu. Dalam hal ini, ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik. Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yg mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik.Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Ekoran daripada Peristiwa 13 Mei 1969, Jabatan Perpaduan Negara (kini dikenali sebagai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan) ditubuhkan bagi menggerakkan program-program yang boleh memupuk perpaduan dan muhibah dalam masyarakat. Selanjutnya pelbagai program dari RukunTetangga sehingga kepada program Sekolah Wawasan dan Program Khidmat Negara, telah direka dan dilaksanakan sebegitu rupa untuk menangani dan memupuk perpaduan serta integrasi secara lebih menyeluruh.Sekolah wawasanBagi memantapkan lagi perpaduan dan integrasi nasional di kalangan rakyat pelbagai kaum, pihak kerajaan di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memperkenalkan penubuhan Sekolah Wawasan. Sekolah Wawasan bukanlah mengubah dasar pendidikan yang sedia ada secara drastik. Ia hanya menempatkan ketiga-tiga buah sekolah jenis kebangsaan di sebuah kawasan yang sama. Menerusi Sekolah Wawasan, ia membolehkan pelajar berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain sama ada di dalam kawasan sekolah, kantin dan padang permainan.Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri dan masih menggunakan sukatan pelajaran yang diamalkan di negara asal mereka. Pelajar Melayu belajar di sekolah Melayudan menggunakan bahasa Melayu. Orang India pula bersekolah di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Manakala bagi pelajar Cina, mereka bersekolah di sekolah Cina dan menggunakan bahasa Mandarin. Keadaan ini menyebabkan interaksi sesama mereka hanya berkisar dalam kalangan etnik yang sama.Sistem pendidikan pebagai aliran menyebabkan tidak ada acuan khusus yang boleh digunakan untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu . sistem pendidikan pelbagai aliran yang wujud sekarang telah mengakibatkan ibu bapa pelajar memilih aliran mengikut kaum masing-masing. Usaha memupuk perpaduan haruslah dimulakan sejak awal lagi dengan membabitkan murid sekolah rendah dalam acuan yang sama. Dengan itu, sekolah kebangsaan perlu diperkasakan bagi menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai etnik. Justeru, para pelajar dapat dilatih hidup saling bekerjasama dan mempunyai semangat patriotisme serta berakomodatif yang tinggi.Maka, usaha-usaha perlu diambil untuk memperkasakan sekolah kebangsaan dalam sistem pendidikan negara bagi meletakkan landasan yang lebih kukuh ke arah menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini tanpa mengetepikan sekolah rendah jenis kebangsaan yang telah dipersetujui oleh semua golongan etnik di bawah kontrak sosial. Setiap ibu bapa diberi kebebasan menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan. Jika mereka memilih sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil, maka tidak ada sesiapa yang boleh menghalang mereka.Namun begitu, sekolah kebangsaan merupakan institusi pendidikan utama bagi anak-anak Malaysia untuk memenuhi aspirasi dan memiliki jati diri nasional. Sekolah Kebangsaan bukan sahaja berkemampuan untuk mendidik pelajar tetapi membantu menanam nilai-nilai perpaduan dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada palbagai kaum. Sekolah kebangsaan merupakan aliran utama pendidikan untuk semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum.Bagi memupuk semangat perpaduan dan keyakinan terhadap sistem sekolah satu aliran, sekolah kebangsaan perlu dijadikan lebih menarik untuk menarik minat orang bukan Melayu. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, bagi menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan, kualiti pengajaran di sekolah kebangsaan akan diperingkatkan dengan 100 peratus guru di sekolah menengah dan 25 peratus guru di sekolah rendah akan mempunyai kelayakan ijazah pertama menjelang tahun 2010. Semangat perpaduan dalam kalangan pelajar bukan sahaja perlu dipupuk oleh pihak sekolah tetapi juga institusi pendidikan tinggi. Antara langkah yang boleh dijalankan adalah seperti berikut, iaitu:1. Tidak mengetepikan proses penguasaan bahasa ibunda masing-masing dengan memperkenalkan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil.2. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan interaksi antara golongan etnik.3. Mengadakan lebih banyak aktiviti antara golongan etnik4. Mengadakan program interaksi antara sekolah dan memasukkan unsur-unsur interaksi etnik dalam kurikulum serta meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan golongan etnik lain.

agian hal ehwal pelajar melalui persatuan-persatuan dan kelab-kelab hendaklah sentiasa menggalakkan aktiviti dan program yang menjurus kepada perpaduan kaum dalam kalangan mahasiswa. Sebagai contoh, melalui aktiviti Pesta Tanglung, yang bukan sahaja melibatkan mahasiswa Cina dan India, tetapi turut juga disertai oleh mahasiswa Melayu. Menyentuh kepimpinan pelajar, ternyata tidak didominasikan oleh sesuatu kaum sahaja, tetapi turut sama dianggotai oleh pelbagai kaum seperti dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).Kandungan kursus di semua institusi pendidikan harus menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis dalam sesebuah masyarakat pelbagai kaum. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam subjek Kenegaraan, Tamadun Islam dan Asia serta Hubungan Etnik. Maka, adalah penting kurikulum yang ada menguatkan peribadi moral dan sahsiah para pelajar. Hal ini kerana keperibadian yang tinggi menjadi asas kepada segala nilai rohani dan budaya yang akan menyatupadukan generasi muda.Saranan diwujudkan kelab perpaduan atau Kelab Rukun Negara di setiap IPT merupakan satu langkah yang amat baik kerana saranan ini merupakan usaha bagi menyemai kesedaran terhadap kepentingan perpaduan kaum. Justeru, bahagian hal ehwal pelajar sewajarnya menggalakkan para mahasiswa menganggotai kelab perpaduan atau Kelab Rukun Negara dengan memberi beberapa keistimewaan seperti pengecualian kredit dan sebagainya. Pihak university juga perlulah memberi sokongan terhadap aktiviti yang dijalankan baik dari segi material mahupun khidmat nasihat.Aktiviti kokurikulum merupakan bidang pembelajaran yang menekankan pemupukan dan perkembangan diri individu melalui psikomotor, kognitif dan efektif. Justeru, aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti program sukan, kelab, persatuan, pameran, ceramah dan pelbagai lagi haruslah dipergiat dan dipertingkat lagi dalam kalangan mahasiswa pelbagai kaum. Di luar sistem akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan dan badan beruniform. Hal ini akan memberi pengalaman yang sangat berharga dalam memahami bagaimana kehidupan rakyat Malaysia.Manakala aktiviti perpaduan dan khidmat masyarakat mempunyai peranan yang penting dalam menggalakan penyertaan dan pengalaman bersama antara kaum. Oleh itu, galakan kepada aktiviti seperti ini perlu diberikan dengan kerjasama rapat pihak kerajaan dan sektor swasta. Para pelajar juga perlu ditugaskan dalam projek-projek perkhidmatan masyarakat seperti operasi khidmat masyarakat, mahasiswa balik kampung dan sebagainya.Para pensyarah juga perlu diterap dan didedahkan dengan sikap perpaduan antara kaum yang positif. Para pensyarah mestilah diberi pendedahan kepada kursus seperti sosiologi perhubungan kaum atau hubungan etnik untuk menerapkan nilai-nilai yang penting dalam kalangan pelajar bagi memupuk keharmonian kaum. Sesungguhnya para pensyarah mempunyai peranan yang besar sebagai agen penyebar perpaduan dan keharmonian dalam negara pelbagai kaum ini. Mereka merupakan agen integrasi dan perpaduan yang memainkan peranan penting dalam menggalakkan lebih banyak interaksi melalui tugasan dan projek

Read more:http://www.ukessays.com/essays/religion/pendahuluan.php#ixzz393EXTayr

keadaan yang harmoni adalah semua kaum di Malaysia dapat hidup dengan aman dan damai. Kesejahteraan dapat sentiasa dinikmati bersama. Selaras dengan hasrat negara, keadaan harmoni menjadi teras dalam Konsep 1Malaysia. Usaha kerajaan ini perlu disokong oleh semua masyarakat untuk mencapai perpaduan negara.Pendidikan merupakan satu agen penting dalam memupuk perpaduan. Terdapat beberapa perkara yang menjadi asas kepada perpaduan dalam sistem pendidikan iaitu Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar, perlaksanaan kurikulum yang seragam di semua sekolah dan pendidikan yang sempurna kepada semua rakyat.Menerusi Penyata Rahman Talib pada tahun 1959 yang mengkaji perlaksanaan Penyata Razak, telah mengemukakan beberapa cadangan yang membantu dalam membina perpaduan. Antaranya ialah mulai tahun 1962, pendidikan percuma diberikan kepada semua murid sekolah rendah kerajaan. Langkah ini menunjukkan pendidikan diberikan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan keturunan. Selain itu sekolah umum telah ditukar menjadi sekolah kebangsaan dan sekolah jenis umum telah ditukar kepada sekolah jenis kebangsaan bagi memupuk semangat kebangsaan dan perpaduan. Keadaan ini menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil sebagai bahasa pilihan. Penyata Rahman Talib juga turut mencadangkan sekolah rendah yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar hendaklah ditukar kepada Bahasa Malaysia. Ini adalah penting dalam menyemai semangat kebangsaan dalam diri rakyat.Penyata Rahman Talib yang dicadangkan telah diterima dan seterusnya digubal semula pada tahun 1961 dan dinamakan Akta Pelajaran 1961.Dasar pendidikan Kebangsaan yang dilaksanakan mempunyai dua matlamat iaitu mewujudkan persefahaman dan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia yang terdiri pelbagai etnik serta mengkaji masalah keciciran dalam pendidikan. Oleh yang demikian terdapat beberapa langkah digunakan dalam memastikan matlamat yang dibuat dapat dilaksanakan. Antaranya ialah menyediakan sukatan pelajaran yang seragam di semua sekolah, mewajibkan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah serta institusi pengajian tinggi, menggunakan buku-buku teks yang bercirikan Malaysia serta melaksanakan aktiviti kokurikulum iaitu aktiviti diluar bilik darjah.Namun begitu, pada tahun 1974 satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad telah berperanan mengkaji semula dasar yang dibuat. Jawatankuasa tersebut dinamakan Jawatankuasa Kabinet.Matlamat penting yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet ialah pembentukan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih menerusi sistem pendidikan. Oleh itu beberapa perkara telah dilaksanakan bagi mencapai matlamat yang dibuat. Pertama ialah semua sekolah swata hendaklah menggunakan sukatan pelajaran yang sama dengan sekolah kerjaan serta pelajar sekolah swasta hendaklah mengambil peperiksaan yang sama dengan pelajar sekolah kerajaan. Selain itu jawatankuasa ini juga menyatakan bahawa Bahasa Melayu hendaklah menjadi mata pelajaran wajib dalam semua peperiksaan. Di samping itu, penekanan hendaklah ditumpukan kepada aspek-aspek tertentu dalam setiap mata pelajaran serta penekanan hendaklah ditumpukan kepada pendidikan moral, agama, disiplin dan kokurikulum sebagai asas pencapaian perpaduan.Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet juga, satu kurikulum baru telah dibuat dan dilaksanakan di semua peringkat sekolah. Kurikulum tesebut ialah KBSR, Kurikulum Baru Sekolah Rendah serta KBSM, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Langkah ini bertujuan memastikan semua sekolah menggunakan satu kurikulum yang seragam.

Kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha-usaha di peringkat sekolah bagi mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional.Sekolah adalah permulaan yang cukup baik dalam memupuk perpaduan dan integrasi nasional di Malaysia. Ini kerana generasi masa kini yang membawa imej negara pada masa akan datang perlu dilatih dan dididik supaya bersatupadu untuk pembangunan negara kelak.Dalam mencapai matlamat perpaduan di peringkat sekolah, kerajaan telah mengambil beberapa langkah yang sesuai dalam membentuk masyarakat majmuk yang bersatu padu dan bersefahaman. Salah satu cara yang telah dibuat oleh kerajaan ialah Program Latihan Khidmat Negara atau PLKN. Program ini pertama kali telah dibuat pada tahun 2004 yang mewajibkan pelajar-pelajar yang berumur antara 17-18 tahun yang terpilih untuk mengikuti satu program selama tiga bulan di kem-kem yang telah ditetapkan di seluruh Malaysia.Selain dari Program Latihan Khidmat Negara atau PLKN, kerajaan turut menubuhkan Sekolah Wawasan. Walaupun hanya terdapat beberapa buah sekolah sahaja yang merupakan Sekolah Wawasan di Malaysia, namun tetap sebagai langkah untuk membina perpaduan di kalangan rakyat. Konsep Sekolah Wawasan bermaksud dua atau tiga buah sekolah yang berlainan aliran dan pentadbiran, dibina dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan-kemudahan asas seperti padang permainan, dewan, pusat sumber, bilik komputer, kantin dan sebagainya serta melaksanakan secara bersama aktiviti-aktiviti sekolah seperti perhimpunan mingguan, aktiviti kokurikulum, temasya sukan sekolah, hari kecemerlangan pelajar, hari kantin dan sebagainya, Mohd Izhan Haji Mohd Hamzah dan Jamalul Lail Abdul Wahab (2000). Tujuan penubuhan Sekolah Wawasan ialah untuk meningkatkan perpaduan dikalangan rakyat di Malaysia. Antara matlamat-matlamat Sekolah Wawasan ialah mencapai perpaduan dan integrasi nasional melalui perkongsian prasarana, interaksi yang meluas serta penggunaan sumber secara optimum meliputi kepelbagaian pelajar.Terdapat beberapa ciri penting bagi sesebuah Sekolah Wawasan, antaranya ialah setiap sekolah diuruskan oleh seorang Guru Besar dan salah seorang dari Guru Besar tersebut akan bertindak sebagai penyelaras bagi sekolah-sekolah yang terdiri dari pelbagai aliran tersebut. Aktiviviti-aktiviti seperti perhimpunan, dan sukan turut dilaksanakan secara bersama dan yang penting ialah Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di luar bilik darjah.Buat masa ini, hanya lima buah Kompleks Sekolah Wawasan sahaja yang telah beroperasi dengan jayanya iaitu Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak, Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah, Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang, Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor dan Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak.Dalam usaha memupuk perpaduan dan integrasi nasional, kerajaan turut melancarkan satu projek yang berteraskan integrasi iaitu Program e-Integrasi. Projek ini merupakan satu projek yang berasaskan teknologi maklumat yang mana semakin pesat membangun pada hari ini. Program e-Integrasi ini merupakan satu program yang menggalakkan para pelejar dari sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan untuk berinteraksi antara satu sama lain melalui permainan komputer yang direka khas berteraskan tema perpaduan kaum. Ia bermatlamat untuk memastikan mereka mula berinteraksi antara satu sama lain secara maya dan kemdiannya berjumpa untuk mengukuhkan semangat berpasukan yang telah mereka bina melalui permainan komputer itu, Berita Harian (28 April 2004). Namun begitu, Program e-Integrasi ini masih dalam permulaan dan hanya melibatkan 60 buah sekolah di Pulau Pinang.Bukan itu sahaja, masih terdapat banyak cara yang boleh dilaksanakan di peringkat sekolah sebagai langkah untuk memupuk perpaduan di antara kaum di Malaysia. Antara cara yang sesuai dijalankan ialah menambahkan jumlah guru serta guru besar dan pengetua yang bukan berbangsa Melayu, Berita Harian (28 april 2004). Guru-guru yang terdiri dari pelbagai kaum dapat meningkatkan lagi kesedaran terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Ini kerana cara hidup pelbagai etnik adalah berbeza. Dengan ini, persefahaman dapat dibina dan kemudiannya membentuk perpaduan yang teguh dikalangan masyarakat berbilang kaum.Pengisian aktiviti yang dibuat oleh pihak sekolah yang berasaskan perpaduan juga sesuai dilaksanakan di peringkat sekolah. Antaranya ialah Minggu Bahasa Melayu. Seperti kata pepatah Bahasa Jiwa bangsa, merupakan satu ungkapan yang menjelaskan betapa besarnya peranan bahasa dalam membina sesebuah masyarakat. Oleh sebab itu, penggunaan bahasa yang seragam oleh semua golongan masyarakat mampu meningkatkan lagi perpaduan. Dengan perlaksanaan Minggu Bahasa Melayu ini di sekolah-sekolah dapat menggalakkan semua pelajar tidak mengira bangsa Melayu, Cina atau India untuk berinteraksi dalam bahasa kebangsaan. Melaluinya juga persefahaman antara kaum dapat diwujudkan.Langkah seterusnya ialah pendedahan kepada kebudayaan Melayu melalui muzik, drama, teater, puisi dan sebagainya. Sekolah sepatutnya memperbanyakkan aktiviti-aktiviti kebudayaan supaya dapat meransang minat para pelajar terhadap budaya Melayu. Ini merupakan salah satu cara untuk meningkatkan semangat patriotisme dkalangan mereka. Dalam menjayakan matlamat ini, terdapat beberapa langkah yang boleh dijalankan di sekolah seperti mengadakan pertandingan beruisi, mengadakan lawatan ke pentas-pentas persembahan teater terutamya teater-teater klasik melayu lama untuk melihat pementasan teater dibuat serta mengadakan kelas muzik atau menubuhkan persatuan muzik sekolah, dimana semua pelajar dari pelbagai kaum dapat belajar menggunakan alat-alat muzik tradisional melayu lama seperti kompang, rebana dan sebagainya.Sistem pendidikan Sekolah Inggeris, sekolah Melayu, sekolah Cina dan sekolah Tamil. Hubungan kaum baik dalam konteks bercampur tetapi tidak bersatu.Sistem pendidikan kebangsaan dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi berteraskan kepada laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib.

Matlamat utama untuk menyatukan kanak-kanak daripada pelbagai etnik di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa tunggal (Wan Hashim,1983). Akta Pendidikan 1957 bersetuju di atas prinsip sekolah pelbagai aliran dan pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing dibenarkan. Bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan, maka sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar Bahasa Melayu sebagai satu daripada matapelajaran pendekatan dalam matapelajaran sejarah, geografi dan buku teks lain mestilah berteras Malaysia dan bukannya berteraskan negara China dan India (John Lowe,1960). Malaysia sememangnya terkenal dengan keharmonian penduduk berbilang kaumnya yang hidup aman dan damai. Kaum yang terdapat di Malaysia ialah Melayu, Cina, India dan 27 etnik lain Di kawasan Sabah dan Sarawak. Kepelbagaian kaum di Malaysia ini amat unit di bawah satu kerajaan dan pentadbiran serta dasar yang menyatupadukan semua rakyat di negara ini untuk kestabilan yang berterusan. Oleh itu, pelbagai dasar kerajaan telah dan akan dijalankan dalam menjayakan misi negara ini.Perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara di mana setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan mereka. Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara. Sejak, sebelum dan selepas merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan dan mengekalkan perpaduan sediaPENDIDIKAN ASAS PERPADUAN DI MALAYSIAMalaysia sememangnya terkenal dengan keharmonian penduduk berbilang kaumnya yang hidup aman dan damai. Kaum yang terdapat di Malaysia ialah Melayu, Cina, India dan 27 etnik lain Di kawasan Sabah dan Sarawak. Kepelbagaian kaum di Malaysia ini amat unit di bawah satu kerajaan dan pentadbiran serta dasar yang menyatupadukan semua rakyat di negara ini untuk kestabilan yang berterusan. Oleh itu, pelbagai dasar kerajaan telah dan akan dijalankan dalam menjayakan misi negara ini.

Perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara di mana setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan mereka.Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara. Sejak, sebelum dan selepas merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan dan mengekalkan perpaduan sedia.

Dalam membentuk perpaduan kaum, kerajaan telah menjalankan dasar perpaduan supaya rakyat Malaysia menjadikan dasar ini sebagai pegangan mereka dalam mencapai perpaduan kaum yang harmoni. Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu:

1. Dasar Pendidikan : Falsafah Pendidikan Kebangsaan 2. Akta Bahasa Kebangsaan: Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 3. Dasar Kebudayaan Kebangsaan 4. Sukan Sebagai Alat Perpaduan

3

Pada zaman British dahulu, sistem pendidikan kita berpandukan dasar pendidikan British pada abad ke-19. Sistem ini hanya dijalankan di Negeri-negeri Selat (Melaka, Pulau Pinang dan Singapura). Negara kita dahulu terikat dengan pendidikan yang dijalankan oleh penjajah iaitu British yang mementingkan pendidikan untuk kepentingan mereka sendiri. Pada zaman itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan untuk orang Melayu diberikan untuk diberi jawatan rendah kerajaan sama ada sebagai kerani atau guru. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian. Pendidikan ini dikenali sebagai pendidikan vernakular. Dasar pendidikan kerajaan yang mentadbir penting dalam membentuk perpaduan kaum di negara kita. Bermula dengan Laporan Barnes ketika zaman penjajahan British dahulu sehinggalah ke Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dijalankan kini. Berikut merupakan kronologi dasar-dasar pendidikan kerajaan sejak dahulu, iaitu Pada peringkat permulaan, kerajaan British telah memperkenalkan Laporan Barnes pada 1950 sebelum negara ini ingin mencapai kemerdekaan. Tujuannya ialah supaya Tanah Melayu boleh berkerajaan sendiri dengan perpaduan kaum yang berlaku. Tambahan pula, tentangan kuat komunis pada masa itu menyebabkan British khuatir kaum-kaum di negara ini akan terpengaruh dengan komunis sekaligus menyebabkan huru-hara.Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia. Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan.

Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunandan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut, iaituZaman Pramerdeka (sebelum 1957), Zaman Pasca Merdeka (1957-1970), Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) dan Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).4

Zaman Pra Merdeka (sebelum 1957),semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat aliran iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan Laporan Razak (1956) yang meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.

Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) yang menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.Malaysia sebagai negara yang berjaya mewujudkan Hubungan Etnik yang harmonis ditambah pula dengan adanya sistem pendidikan dan persekolahan yang berkonsepkan teknologi maklumat atau ICT akan merancakkan lagi dunia pembelajaran dan perpaduan kaum di Malaysia kerana semua maklumat senang dan cepat diperolehi.Umum mengetahui bahawa terdapat dua kesan dalam pelaksanaan sistem ini terhadap pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Kebaikan pertama ia akan menarik minat pelajar untuk meneroka lebih lanjut pengetahuan sedia ada. Hal ini berbeza dengan sistem lama yang lebih berjurus kepada buku teks semata- mata. Dengan sistem ini pelajar dapat mencari sendiri maklumat- maklumat yang dapat menajamkan pemikiran mereka, menambah ilmu pengetahuan dan mengekalkan asas perpaduan sedia ada antara pelbagai etnik di Malaysia melalui sistem pendidikan yang sama.Sebagai bukti sekolah bestari menggalakkan pengunaan ICT dalam pengajaran. Oleh hal demikian pelajar dapat meneroka lebih banyak maklumat menggunakan internet dan bahan- bahan bercetak yang lain. Dalam menjelaskan perkara ini, Kementerian Pelajaran telah menyediakan prasarana dan kemudahan yang lengkap bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kemajuan internet dihujung jari ini menjadikan murid pelbagai kaum senang memperolehi pelbagai maklumat terutamanya yang melibatkan kaum di Malaysia seperti latar belakang, kebudayaan, adat resam dan keagamaan dengan hanya melayari internet dan suasana pembelajaran yang sama di Malaysia.Sebagai contoh sekolah Seri Bintang Utara di Cheras telah dilengkapkan dengan 470 buah komputer yang boleh digunakan oleh warga sekolah bagi sesuatu masa. Hal ini memudahkan urusan pelajar untuk mencari maklumat tanpa perlu beratur panjang atau menunggu giliran untuk mencari maklumat terutama pada mereka yang sering menggunakan waktu rehat persekolahan untuk pergi ke pusat sumber atau meluaskan masa untuk berehat sambil mencari maklumat. Semua pelajar tanpa mengira kaum dapat berkongsi maklumat dan kemahiran menerusi ICT dalam sisitem pendidikan sekolah yang sama. Keadaan ini dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum sejak awal kanak-kanak lagi.

Proses pembelajaran dan pengajaran akan menjadi lebih menarik kerana pelajar hari ini sudah bersiap sedia dan mempunyai pengetahuan sedia ada yang baik. Hal ini memudahkan tugas guru dalam menyampaikan maklumat kepada proses pembelajaran dan pengajaran disekolah. Pembelajaran akan lebih berpusatkan kepada pelajar dan guru berfungsi sebagai fasilitator semata-mata. Sistem pembelajaran yang berorientasikan teknologi maklumat menarik minat pelajar untuk meneroka pelbagai maklumat baru. Kesan kebaikan lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas ialah had tugasan yang terusun dan sistematik kepada tenaga pengajar dalam mencari pelbagai bahan dan untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran. Semua maklumat tentang kaum, etnik dan akademik senang diperolehi pada bila-bila masa sahaja. Dengan ini masyarakat berbilang kaum akan lebih memahami budaya kaum lain untuk saling menghormati.

Kesediaan pelajar untuk memulakan pelajaran pada tahap yang baik akan meningkatkan motivasi guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Berbanding dengan sekolah harian biasa yang rata- rata pelajarnya belum bersedia untuk memulakan pelajaran dan agak liat untuk berusaha dalam mencari maklumat yang perlu diketahui sebelum memulakan pengajaran. Dengan ini guru perlu menjalankan teknik koperatif bagi memudahkan pelajar berbincang sesama mereka mengenai topik tersebut. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih tersusun dan menarik. Semua pelajar akan belajar dan menguasai proses pembelajaran yang sama tanpa mengira kaum. Hal ini menggalakkan perpaduan kaum terus diamalkan di Malaysia dari semasa ke semasa.CADANGANMEMUPUK KESEPADUAN KAUM DAN ETNIK DI MALAYSIAKementerian Pendidikan Malaysia juga harus mengumpul maklumat dan pendapat rakyat dan masyarakat dan mengumumkan rancangan alternatif mereka selepas itu dengan butir-butir pelaksanaanya dan memberikan masa yang seseuai untuk membolehkan pelbagai lapisan rakyat membicangkannya. Dengan ini rakyat akan memahami pelaksaan rancangan alternatif dengan lebihjelas dan tidak akan terkeliru. Pendidikan masih lagi menjadi objektif utama manakala sistem pentaksiran menjadi sampingannya.

Kementerian Pendidikan Malaysia juga perlu mengadakan satu jadual masa bagi melaksanakan rancangan alternatif yang membolehkan masyarakat membuat persediaan yang cukup ketika melaksanakan rancangan baru, khususnya latihan guru dan peruntukan kursus ke seluruh

11

negara. Reformasi ini harus dilaksanakan secara beransur-ansur dengan Guru Besar diberikan kuasa autonomi untuk melaksanakan disekolah masing-masing.

Guru juga harus lebih profesional dan bijak untuk melaksanakan apa yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Program dan kursus tertentu seperti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) perlu dikaji semula untuk mengelakkan pelatih memilih kerjaya ini kerana terpaksa sebab sukar mendapat pekerjaan lain di luar sana.Sikap tidak minat menjadi guru ini memaksa mereka menjadi guru yang hipokrit dan ini semestinya akan menggagalkan visi dan misi kerajaan dan lebih buruk lagi akan memberi kesan negatif kepada pelajar dan kualiti pendidikan untuk jangka masa yang panjang.

Guru-guru yang kurang meminati kerjaya ini juga mungkin mempunyai prejudis perkauman yang kuat. Pihak Kementerian Pendidikan dan kerjaan juga harus mengadakan satu mekanisme penyingkiran sejak awal dengan memindahkan mereka ke badan-badan kerajaan yang lain untuk memelihara dan meningkatkan profesionalisme peguruan daripada dirosakkan oleh individu bernama guru yang sememangnya tidak berminat dan tidak layak menjadi guru walaupun mereka memiliki pencapaian yang baik dalam penilaian dan peperiksaan.

Berdasarkan prinsip keadilan sosial, maklumat sistem pendidikan nasional ialah untuk mencapai satu masyarakat yang lebih adil, bukan memburukkan ketidaksamaan antara masyarakat. Pengagihan sumber pendidikan harus lebih teliti peluang pendidian kanak-kanak menengah dan rendah termasuklah pengagihan sumber dalaman sekolah seperti cara penyusunan bilik darjah dan pengagihan guru-guru. Keadaan ini memungkinkan wujudnya semangat belajar tanpa mengira kaum dan kebolehan pelajar.

Sistem Pendidikan Nasional harus di desertasikan. Kerajaan perlu meletakkan kuasa pendidikan, menyelaras sistem birokrasi yang rigid di samping mengurangkan simpton ketidak adilan dalam pendidikan. Kementerian Pelajaran tidak harus mempolitikkan dasar tersebut dan menghormati pendapat profesional pendidikan.12 Bagi SJK Cina dan Tamil, merujuk kepada prinsip hak asasi pendidikan, Kementerian Pelajaran perlu menghormati niat ibu bapa komuniti tersebut menjamin bahawa segala perubahan dasar tidak akan mengubah ciri-ciri kebudayaan, bahasa pengantar dan bahasa pentadbiran di SJK Cina dan Tamil.

Pendidikan dan peperiksaan bukan sahaja masalah antara pelajar dan guru ataupun prestasi guru besar dan sekolah, tetapi juga masalah budaya sesuatu masyarakat. Satu pakatan reformasi pendidikan terdiri daripada ahli pakar akademik, pendidik, ibu bapa dan ahli masyarakat duduk semeja membincangkan masalah pendidikan negara dan memantau rancangan pelaksanaan atau pemansuhan sesuatu peperiksaan dalam sistem pendidikan negara hari ini dengan mengkaji dan mengambil kira sistem pendidikan negara sebelum ini. Kementerian Pelajaran dan pelbagai lapisan masyarakat khususnya pertubuhan pendidikan harus mengusulkan konsep pendidikan yang betul. Ini adalah kerana ibu bapa ialah golongan yang paling berpengaruh dalam menjayakan atau mengagalkan sesuatu reformasi pendidikan yang dilaksanakan.Seterusnya,institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian Sains, persembahan maklumat, dan sambutan-sambutan dalam sekolah. Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mangajar, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing demi menzahirkan semangat perpaduan di peringkat sekolah.Di samping itu, pelajar-pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti perpaduan negara. Sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dasar tersebut akan berkuatkuasa mulai tahun 2013. Langkah bijak tersebut diharapkan dapat menyedari anak-anak bangsa tentang kesan akibat kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Antaranya, dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan semasa penjajahan British telah menyukarkan usaha menyatupadukan kaum menjelang kemerdekaan negara. Pada masa yang sama, kita tentulah tidak mengharapkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang dan menggugat kestabilan tanah air. Oleh itu, pelajar perlu mengenali sejarah tanah air agar dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri individu. Ahli falsafah terkemuka, iaitu George Santayana juga menyatakan bahawa sesiapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya 8.0 KESIMPULANPendidikan memberi kesan secara mendalam kepada aktiviti manusia dalam semua bidang kerana ia satu proses berterusan dan inovatif yang membantu membangunkan potensi individu untuk kebaikan dan kemajuan sesebuah negara. Oleh sebab itu misi pendidikan negara seharusnya meningkatkan potensi seseorang individu, mengembangkan kebolehan, menganalisis dan memotivasikan keyakinan dan kebolehan jasmani, rohani dan mental individu yang dunamik,berinisiatif serta memberikan kebaikan kepada individu dan masyarakat. Dari segi keadilan sosial, semua individu dari pelbagai kaum dan bangsa harus diberi peluang pendidikan yang saksama untuk semua rakyat dan bukan untuk sesuatu golongan yang dianggap elit sahaja. Pendidikan sekarang yang berorientasikan peperiksaan semata-mata banyak mengorbankan masa hadapan kebanyakan kanak-kanak di Malaysia tanpa mengira kaum.Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adapt resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain. KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula ke arahmerealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni.

RIMUP diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran. Ia merupakan program yang menggalakkan penglibatan murid, guru dan masyarakat setempat dalam pelbagai aktiviti yang dirancang di sekolah. Program memberi penekanan kepada bidang kokurikulum, sukan dan khidmat masyarakat. Ia bermatlamat melahirkan generasi Malaysia yang berilmu, memiliki jiwa dan peribadi unggul, bersemangat muhibbah serta mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu. Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran, Hj. Mohd Anuar Abdul Hamid berkata, menerusi RIMUP, progran yang berkonsepkan perpaduan dan amalan nilai-nilai murni didedahkan kepada peserta. Antara contoh aktiviti yang boleh dianjurkan ialahProgram Perkhemahan Padu Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan 1 Malaysia, Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan 1 Malaysia. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan untuk mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibbah secara sedar dan terancang. Ia juga bagi melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah.

Perkhemahan Bina Insan bagi pelajar sekolahPerkhemahan merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan beruniform seperti pengakap, pandu puteri, bulan sabit merah dan sebagainya. Tujuan utama aktiviti-aktiviti perkhemahan ini dianjurkan adalah untuk memupuk perpaduan dan membentuk integrasi di kalangan peserta-peserta perkhemahan. Semangat kekitaan akan mula wujud apabila menjalankan aktiviti-aktiviti secara kumpulan dan berkerjasama untuk mengharungi segala cabaran semasa aktiviti. Kerjasama antara satu sama lain dan tolong-menolong akan membentuk sikap bersatupadu. Dengan ini wujudlah perpaduan di antara peserta-peserta perkhemahan yang datang dari sekolah yang berbeza, latar belakang yang berbeza dan kebudayaan berbeza.Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian kakitangan sokongan sekolah. Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak seperti Kerajaan Negeri, Bomba, Polis dan sebagainya. Acara-acara yang dijalankan ialah seperti ceramah motivasi, pembinaan jati diri, kerohanian, kembara, ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan yang dijalankan di luar kawasan sekolah sangat menyeronokkan para pelajar. Selain dari mendapat maklumat dan kemahiran baru, mereka dapat merasai keindahan alam Malaysia, nikmat kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai.Pihak kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif di dalam usahanya untuk memupuk semangat jati diri dan minat seluruh rakyat untuk mewujudkan sebuah bangsa Malaysia menjelang tahun 2020. Antara inisiatif yang diambil ialah dengan memperkenalkan satu sistem persekolahan baru yang dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Sekolah ini akan mengintegrasikan semua keperluan pendidikan setiap lapisan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum di bawah satu bumbung.Sekolah wawasan ini merupakan pemangkin utama di dalam usaha kerajaan di dalam melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang dapat hidup aman dan damai tanpa rasa tertindas di dalam arus kemajuan yang ingin dicapai. Inisiatif ini dilihat sebagai satu inisiatif yang sangat kritikal dan penting kerana semangat dan minat untuk menjadi satu bangsa yang dikenali sebagai bangsa Malaysia haruslah dipupuk di hati setiap lapisan masyarakat yang tinggal di Malaysia ketika usia mereka masih muda. Bersesuaian dengan pepatah Melayu yang menyebut Melentur buluh biar dari rebungnya. KesimpulanHubungan etnik merupakan perkara yang sangat penting bagi masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk. Hubungan etnik ini akan melahirkan masyarakat Malaysia yang harmonis, saling bekerjasama dan bersefahaman dan sentiasa menghayati perjanjian sosial yang telah dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi.Usaha-usaha perlu diambil secara berterusan bagi memastikan hubungn etnik di Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Usaha-usaha ini adalah melibatkan peranan kerajaan, masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan. Apa yang penting dalam memastikan hubungan etnik sentiasa dalam keadaan baik, segala usaha ini perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat.Kepelbagaian budaya dalam negara Malaysia seharusnya tidak menimbulkan masalah perkauman. Setiap kaum ataupun etnik perlu tahu dan memainkn peranan mereka dalam memastikan konflik perkauman seperti peristiwa 13 Mei berulang semula. Perpaduan kaum ini amatlah penting bagi menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.Sehubungan dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Oleh itu, segala kerjasama semua pihak seperti kerajaan, masyarakat dan pertubuhan badan bukan kerajaan amatlah diperlukan untuk meningkatkan hubungan etnik di nagara Malaysia.

Perkataan pendidikan membawa makna yang berlainan bagi setiap individu dan juga sentiasa berubah. Plato (427-347 SM ), berpendapat pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Jean Jacques Rosseau (1712-1778) memandangkan pendidikan sebagai suatu proses yang berterusan dan bermula dari masa kanak-kanak kecil.Sehubungan dengan itu,