assignment sosiologi en rahimi_edited

30
Sosiologi Pendidikan Islam Peranan Keluarga Dalam Pendidikan Pengenalan Keluarga merupakan satu institusi sosial yang wujud hasil dari perhubungan biologi antara lelaki dengan perempuan yang disahkan oleh masyarakat. Keluarga merupakan institusi sosial yang paling asas yang terdiri daripada ibu dan bapa. keluarga mempunyai peranan penting dalam perkembangan dan pembentukan sikap anak-anak apabila anak-anak dibentuk dengan asas didikan yang baik ia akan membesar dgn nilai-nilai yang positif dalam diri. Namun sekiranya mereka dibiarkan tanpa kasih sayang dan didikan yang sempurna ia akan membentuk sikap negatif dalam diri mereka. Anak-anak diibaratkan seperti kain putih yang bersih ibu bapalah yang akan mencorakkanya sama ada menjadi insan berakhlak mulia atau sebaliknya. Definisi keluarga Menurut Kamus Dewan (2005), keluarga bemaksud saudara mara, sanak saudara dan kaum kerabat. Ia juga didefinisikan sebagai sekalian orang yang mempunyai keturunan antara satu sama lain yang terdiri dari suami, isteri, anak serta keluarga angkat. Zunaidi Bin Harun (PGA080201)

Upload: junakelate

Post on 12-Jun-2015

1.268 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Sosiologi en Rahimi_edited

Sosiologi Pendidikan IslamPeranan Keluarga Dalam Pendidikan

Pengenalan

Keluarga merupakan satu institusi sosial yang wujud hasil dari perhubungan

biologi antara lelaki dengan perempuan yang disahkan oleh masyarakat. Keluarga

merupakan institusi sosial yang paling asas yang terdiri daripada ibu dan bapa.

keluarga mempunyai peranan penting dalam perkembangan dan pembentukan

sikap anak-anak apabila anak-anak dibentuk dengan asas didikan yang baik ia akan

membesar dgn nilai-nilai yang positif dalam diri. Namun sekiranya mereka dibiarkan

tanpa kasih sayang dan didikan yang sempurna ia akan membentuk sikap negatif dalam

diri mereka.

Anak-anak diibaratkan seperti kain putih yang bersih ibu bapalah yang akan

mencorakkanya sama ada menjadi insan berakhlak mulia atau sebaliknya.

Definisi keluarga

Menurut Kamus Dewan (2005), keluarga bemaksud saudara mara, sanak saudara

dan kaum kerabat. Ia juga didefinisikan sebagai sekalian orang yang mempunyai

keturunan antara satu sama lain yang terdiri dari suami, isteri, anak serta keluarga

angkat.

Dengan kata lain, sebuah keluarga adalah terdiri daripada suami/bapa, isteri/ibu

dan anak-anak/adik beradik yang mempunyai pertalian darah, perkahwinan (musoharah)

atau angkat.

Keluarga Menurut Perspektif Islam

Zunaidi Bin Harun (PGA080201)

Page 2: Assignment Sosiologi en Rahimi_edited

Sosiologi Pendidikan IslamPeranan Keluarga Dalam Pendidikan

Menurut perspektif Islam, keluarga dibina melalui ikatan perkahwinan yang sah

dari segi syarak seperti firman Allah yang bermaksud:

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan

perempuan) dari keluarga kamu dan orang soleh dari

hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan, jika mereka

miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka

dan limpah kurnianya kerana Allah Maha Luas lagi Maha

Mengetahui.

(Surah al-Nur: 32)

Menurut Abd. Rahman Al-Nahlawi (1995), yang dimaksudkan dengan keluarga

muslim adalah keluarga yang mendasarkan aktiviti kepada pembentukan keluarga yang

sesuai dengan syariat Islam. Menurut beliau tujuan terpenting pembentukan keluarga

adalah seperti berikut:

1. Mendirikan syariat Allah.

Rumahtangga yang dibina hendaklah mengamalkan budaya hidup Islam dan jika

timbul sebarang permasalahan hendaklah ditangani dengan cara yang dianjurkan

oleh Islam dalam semua aspek yang berkaitan dengan rumahtangga. Dengan

kata lain tujuan berkeluarga adalah mendirikan rumahtangga yang bercirikan

kepada perhambaan kepada Allah.

2. Mewujudkan ketenangan jiwa

Maksud firman Allah di dalam Al-Quran :

Dan di antara tanda-tanda kebesaranNya ialah Dia

menciptakan isteri bagi kamu dari diri kamu sendiri dan

agar kamu merasa senang kepadanya.

(surah al-Rum : 21)

Zunaidi Bin Harun (PGA080201)

Page 3: Assignment Sosiologi en Rahimi_edited

Sosiologi Pendidikan IslamPeranan Keluarga Dalam Pendidikan

Jika suami dan isteri bersatu di atas landasan kasih sayang dan

ketenteraman, jiwa yang interaktif akan membentuk suasana gembira dalam

keluarga. Ini akan memberi kesan kepada perkembangan anak-anak dan dapat

menjauhkan anak-anak dari penyakit batin.

3. Memenuhi keperluan kasih sayang anak-anak.

Naluri menyayangi anak merupakan suatu potensi atau anugerah yang

diciptakan oleh Allah semasa penciptaan manusia pertama iaitu Nabi Adam.

Keluarga terutama ibu bapa bertanggungjawab memberikan kasih sayang kepada

anak-anak.

Pertentangan Antara Keluarga Islam Dan Barat

Pasangan yang bersekedudukan tanpa berkahwin walaupun mempunyai anak

tidak boleh dianggap sebagai keluarga menurut pandangan Islam ini kerana

pembentukan keluarga mestilah diasaskan kepada hubungan perkahwinan yang diakui

sah oleh agama, masyarakat atau budaya tempat seseorang itu tinggal. Walau

bagaimanapun orang Barat menerima keluarga jenis ini dan menganggapnya sebagai

sesuatu yang sah dari segi moral masyarakat.

Dasar keluarga Negara

“Negara Malaysia yang telah dibina sejak sekian lama adalah

Negara yang dibina berteraskan kerukunan dan kekukuhan

institusi keluarga. Kerukunan dan keteguhan institusi keluarga di

kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini sentiasa

dipupuk kerana kerajaan negara ini percaya keharmonian dan

kekuatan akan terhasil bilamana institusi keluarga di negara ini

kukuh dan sejahtera......”

Zunaidi Bin Harun (PGA080201)

Page 4: Assignment Sosiologi en Rahimi_edited

Sosiologi Pendidikan IslamPeranan Keluarga Dalam Pendidikan

Berdasarkan kepada petikan Dasar Keluarga Negara di atas

menunjukkan bahawa negara kita Malaysia juga melihat institusi keluarga

sebagai salah satu institusi utama yang menyumbang kepada kemajuan

sesebuah negara. Ini kerana dari sebuah keluargalah lahirnya individu yang

akan berkhidmat kepada negara, Jika individu tersebut berkhidmat dengan

amanah maka negara akan mencapai kemajuan dan keharmonian dan jika

sebaliknya negara akan menjadi porak peranda.

Justeru itu pelbagai usaha yang telah dan akan dilakukan oleh

kerajaan dalam usaha membantu ibu bapa memupuk dan melahirkan individu

yang berhemah dan berketrampilan. Antara usaha kerajaan yang dapat kita

lihat sekarang ialah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Bermatlamatkan semangat cintakan negara diharapkan dapat melahirkan

individu yang berketrampilan yang terhindar dari sebarang tingkah laku sosial

yang tidak baik.

Jenis keluarga:

1. keluarga Asas:

keluarga asas juga sebut sebagai keluarga nuklear, primer dan conjugal. Keluarga

asas adalah keluarga yang terdiri daripada seorang suami bersama seorang isteri dan

anak sendiri/angkat. Keluarga jenis ini adalah jenis keluarga yang paling ramai

terdapat di Negara kita. Berikut adalah gambarajah yang menerangkan tentang

keluarga asas.

2. Keluarga Orientasi dan prokreasi

Zunaidi Bin Harun (PGA080201)

L P

L P

Page 5: Assignment Sosiologi en Rahimi_edited

Sosiologi Pendidikan IslamPeranan Keluarga Dalam Pendidikan

- Keluarga yang berkahwin dan beranak sebenarnya menganggotai dua jenis

keluarga asas pada satu masa. Keterangan lanjut sebagaimana berikut:

Keluarga Orientasi Keluarga prokreasi

3. Keluarga induk-tunggal

Merupakan variasi keluarga asas (single-parent family). Dalam keluarga asas

sebegini hanya terdapat sama ada ibu atau bapa dengan anak atau anak-anaknya.

Dalam kes suami isteri bercerai mereka masih lagi menjalinkan hubungan antara

isteri/suami dengan anaknya.

4. Keluarga gabungan

Keluarga gabungan terbahagi kepada tiga jenis berikut:

i) Keluarga gabungan

ii) Keluarga gabungan Flaternal

Zunaidi Bin Harun (PGA080201)

L P

L P

L

P P

Page 6: Assignment Sosiologi en Rahimi_edited

Sosiologi Pendidikan IslamPeranan Keluarga Dalam Pendidikan

iii) Keluarga Gabungan Sororal

5. Keluarga luas/besar

Zunaidi Bin Harun (PGA080201)

Page 7: Assignment Sosiologi en Rahimi_edited

Sosiologi Pendidikan IslamPeranan Keluarga Dalam Pendidikan

Peranan keluarga Islam

1. Peranan keluarga dalam pembinaan fikrah agama

Sebagaimana yang diketahui bahawa dalam rumahtangga hubungan lelaki dan

wanita adalah melalui hubungan atau perkahwinan yang sah menurut ajaran Islam.

Dalam rumahtanggalah sepasang suami isteri memadu kasih secara suci yang diredai

Allah. Kebahagiaan hakiki dan sejati didapati dalam kehidupan bersama yang diikat oleh

pegangan agama. Kehidupan kekeluargaan yang mengamalkan cara hidup Al-Quran dan

Sunnah Rasulullah yang bermula dari sekecil-kecil perkara hinggalah yang sebesar-

besarnya.

Dalam rumahtanggalah mula-mula diterapkan ajaran agama. Penerapan nilai-nilai

agama berlaku bermula dari suami, isteri dan kemudian kepada anak-anak. Bapa sebagai

orang yang bertanggungjawab ke atas rumahtangga harus memahami dan mengamalkan

ajaran agamanya, kerana suami adalah pemimpin kepada isterinya dalam semua aspek

kehidupan.

Selain bapa, ibu juga merupakan pengemudi rumahtangga dan pendidik anak-

anak. Oleh sebab itu ibu harus juga memahami ajaran agama Islam dan

mengamalkannya. Kalau ibu bapa tidak mengetahui ajaran agama Islam dan tidak pula

Zunaidi Bin Harun (PGA080201)

Page 8: Assignment Sosiologi en Rahimi_edited

Sosiologi Pendidikan IslamPeranan Keluarga Dalam Pendidikan

mengamalkannya maka ada harapan mereka tidak akan dapat membina fikrah agama

dalam diri anak-anak mereka. Oleh sebab itu ibubapa perlu melengkapkan diri dengan

ilmu sebelum menempuh alam rumahtangga.

Pembinaan fikrah agama anak-anak hendaklah dimulai semenjak anak dalam

kandungan iaitu masa perkembangan anak sebelum lahir dan masih berada dalam

kandungan seorang ibu. Masa ini bermula apabila berlakunya pertemuan antara sperma

dengan ovum. Proses ini berkembang sampai anak itu lahir ke dunia yang memakan

waktu lebih kurang 9 bulan.

Setelah seseorang mulai hamil, maka bapa haruslah menyuruh si ibu agar sering

membaca Al-Quran, selalu ingat dan berdoa kepada Allah. Ibu yang sentiasa mengingati

Allah akan membentuk jiwa yang tenteram dan suci. Jiwa ibu yang tenteram semasa dia

hamil besar pengaruhnya kepada pembentukan fikrah bayi yang bakal lahir. Bayi akan

hidup berbekalkan ideologi yang terbentuk dalam fikrahnya. Bekalan ini akan dibawa

sehinggalah bayi ini menjadi dewasa.

Langkah pembinaan fikrah agama sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam

adalah sebagaimana berikut;

1. Anak yang baru lahir kalau ia lelaki hendaklah diazankan di telinga kanannya dan

kalau ia perempuan diiqamatkan di telinga kiri.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:

Dari Husain Bin Ali telah berkata Rasulullah s.a.w:

barangsiapa yang lahir anaknya maka azan ia pada telinga

kanan anak itu dan iqamat ia ditelinga kiri anak itu, anak

itu tidak dimudaratkan oleh Ummu Sibyan (Sejenis Jin

yang membawa penyakit).

(Hadis Riwayat Al-Baihaqi )

2. Mendoakan anak itu agar menjadi anak yang patuh dan taat kepada Allah

Zunaidi Bin Harun (PGA080201)

Page 9: Assignment Sosiologi en Rahimi_edited

Sosiologi Pendidikan IslamPeranan Keluarga Dalam Pendidikan

3. mendoakan kepada Allah agar terhindar dari segala gangguan dan godaan

syaitan.

4. melakukan akikah setelah anak berumur tujuh tahun.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:

Setiap anak yang baru lahir menjadi gadaian sampai di sembelihkan baginya akikah pada hari yang ketujuh dan di hari itu juga hendaklah dicukur rambutnya dan diberi nama.

(Diriwayatkan oleh Abu Daud)

5. mengkhatankannya untuk memastikan kebersihannya sentiasa terjaga.

6. menyuruh anak-anak mengerjakan solat kalau sudah berumur tujuh tahun dan

memukulnya kalau ia tidak mahu solat bila sudah berumur 10 tahun.

Sabda Nabi yang bermaksud:

Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat sewaktu

mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka bila mereka

tidak mengerjakannya sewaktu mereka berumur 10 tahun

dan pisahkanlah tempat tidur antara mereka.

(Hadis Riwayatkan Oleh Abu Daud )

7. Setelah timbul rasa pekanya, ibubapa hendaklah menghantar anak-anak mereka

ke sekolah untuk mengasah kecerdasan otak dan mengisi hatinya dengan

keimanan agar anak tersebut menjadi hamba Allah yang patuh.

8. Disamping perintah bagi anak-anak dalam mengamalkan ajaran Islam, ibu bapa

sendiri juga hendaklah mengamalkan ajaran Islam dalam rumahtangga.

2. Peranan keluarga dalam pendidikan emosi anak-anak

Zunaidi Bin Harun (PGA080201)

Page 10: Assignment Sosiologi en Rahimi_edited

Sosiologi Pendidikan IslamPeranan Keluarga Dalam Pendidikan

Pendidikan emosi yang diterapkan oleh ibu bapa akan dapat menolong anak-anak

untuk:

1. Membentuk kematangan emosi

2. Membentuk pertumbuhan emosi yang sihat

3. Membentuk rasa cinta kepada orang lain

4. Mengasihi orang lemah dan menderita seperti fakir miskin.

5. Membuat penyesuaian diri dengan orang lain di sekelilingnya.

Contoh-contoh emosi ialah kasih sayang, rasa tenteram, harapan, keimanan dan

membezakan antara yang hak dengan yang batil, keadilan, persamaan dan lain-lain.

Ajaran Islam telah memberi tunjuk ajar tentang cara-cara untuk melahirkan semua

contoh-contoh emosi yang dinyatakan ini. Sebagaimana Hadis Rasulullah yang

bermaksud:

Diriwayatkan dari Aishah r.a; telah datang orang kampung kepada Nabi s.a.w dan berkata: Adakah kamu mencium anak-anakmu? Kami tidak menciumnya. Maka Nabi s.a.w bersabda : tidaklah Allah mencabut dari hatimu rasa kasih sayan.

(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a: beliau berkata:

Rasulullah mencium Hassan Bin Ali sedang Al-Aqra’ bin

Habis berada di sebelah baginda lalu berkata: aku

mempunyai sepulu orang anak, belum pernah aku

mencium seorang pun di antara mereka” Rasulullah

memandang kepadanya lalu bersabda: barangsiapa tidak

mengasihani dia tidak akan dikasihi”

(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Zunaidi Bin Harun (PGA080201)

Page 11: Assignment Sosiologi en Rahimi_edited

Sosiologi Pendidikan IslamPeranan Keluarga Dalam Pendidikan

Antara Langkah-langkah yang perlu diambil dalam pendidikan emosi terhadap anak-

anak ialah:

1. ibubapa hendaklah mengetahui peringkat-peringkat perkembangan emosi

anak-anak bermula dari dalam rahim lagi.

2. Ibubapa juga hendaklah berusaha memberikan pendidikan emosi yang

bersesuaian dengan setiap peringkat perkembangan.

3. Mempersiapkan rumahtangga dengan segala macam perangsang intelektual.

Sebagai contoh di alam kanak-kanak permainan dan gambar-gambar adalah

cara yang sesuai untuk dijadikan alat bantu belajar.

3. Peranan keluarga dalam pendidikan Sosial

Pendidikan tidak lengkap jika pendidikan sosial kepada anak-anak diabaikan.

Keluarga perlu mendidik anak-anak dengan didikan sosial yang sesuai dengan akhlak

Islam dengan mengambil kira budaya tempatan sesuatu masyarakat. Keluarga tidak

boleh melihat pendidikan sosial ini sebagai sesuatu yang remeh sehingga

mengabaikan aspek ini dalam pendidikan anak-anak kerana kanak-kanak dalam

tahap permulaan hidupnya belum mempunyai pengalaman sosial yang luas, ia masih

belum mampu berdikari untuk mengalami sendiri suasana dan alam sekelilingnya.

Pendidikan sosial ini melibatkan bimbingan tingkah laku sosial, ekonomi dan

politik dalam rangka akidah Islam yang betul berdasarkan ajaran-ajaran dan hukum

hakam agama dengan harapan dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada

Allah. Dengan keimanan dan ketakwaan itu akan lahir individu menghargai waktu, jujur,

ikhlas dalam perbuatan, adil, kasih sayang, ihsan, mementingkan orang lain, tolong

menolong, setiakawan dan sebagainya yang boleh menyumbang kepada pembentukan

nilai sosial dalam diri anak-anak.

Rasulullah s.a.w menjelaskan pendidikan sosial dalam beberapa sabdanya yang

bermaksud:

Zunaidi Bin Harun (PGA080201)

Page 12: Assignment Sosiologi en Rahimi_edited

Sosiologi Pendidikan IslamPeranan Keluarga Dalam Pendidikan

”cintailah anak-anak dan sayangilah mereka”.

(Hadis Riwayat Imam Al-Tohawi)

”Bukan temasuk golongan kami orang yang tidak

menyayangi anak-anak dan tidak menghormati orang tua”

(Hadis Riwayat Imam Al-Tarmizi)

Rasulullah bersabda kepada Aisyah r.a: ”Hendaklah

engkau bersifat lemah lembut, sebab lemah lembut jika ia

berada pada sesuatu ia menghiasinya, sedangkan jika

meningalkan sesuatu ia merosakkannya”

(Hadis Riwayat Imam Al-Tarmizi)

”Bertakawalah kamu kepada Allah dan berbuat adillah

antara anak-anak kamu”

(Hadis Riwayat Imam Bukhari Dan Muslim )

Cara-cara untuk membentuk tingkah laku sosial anak-anak:

1. Memberi contoh yang baik kepada anak-anaknya dalam tingkah laku sosial

yang sihat berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan nilai agama.

2. Menjadikan rumah itu sebagai medan untuk mendidik tingkah laku sosial

anak-anak melalui hubungan-hubungan sosial yang dipraktikkan antara ahli

keluarga. Hubungan sosial ini penting apabila anak-anak mulai menjalin

hubungan persahabatan dengan rakan-rakan mereka.

3. Menggalakkan mereka mendapatkan kerja yang dapat menolong mereka

berdikari dari segi ekonomi.

Zunaidi Bin Harun (PGA080201)

Page 13: Assignment Sosiologi en Rahimi_edited

Sosiologi Pendidikan IslamPeranan Keluarga Dalam Pendidikan

4. Membiasakan mereka hidup sederhana supaya lebih bersedia menghadapi

kesulitan sebelum terjadi.

5. Bersifat adil antara mereka.

6. Membiasakan mereka dengan akhlak-akhlak Islam dalam tatacara makan,

minum, duduk, tidur, memberi salam, berziarah, masuk rumah yang telah

didiami orang dan lain-lain lagi tingkah laku dalam hidup.

7. Membiasakan anak-anaknya berdikari dan memikul tanggungjawab secara

beransur-ansur serta membimbing mereka dengan cara lembut jika mereka

bersalah.

8. Menjauhkan mereka dari sifat manja dan berfoya-foya dan jangan menghina

dan merendahkan mereka dengan kasar sebab sifat memanjakan dan

kekasaran itu merosak keperibadian anak-anak.

9. Melayan anak-anak dengan lemah lembut.

10. Menghormati anak-anak di depan kawan-kawan mereka.

4. Peranan Keluarga dalam pendidikan jasmani dan kesihatan anak-anak

Keluarga mempunyai peranan penting untuk membantu pertumbuhan dan

perkembangan jasmani anak serta membentuk kesihatan jasmani yang baik.

Peranan keluarga dalam menjaga kesihatan jasmani anak-anak boleh dilakukan

oleh ibubapa ketika anak-anak masih dalam kandungan lagi dengan cara pemeliharaan

terhadap kesihatan dan pemakanan ibu yang baik serta halal selama mengandung.

Pemakanan ibu boleh mempengaruhi pertumbuhan jasmani anak-anak apabila lahir

kelak. Setelah bayi lahir, maka tanggungjawab keluarga terhadap kesihatan anak dan

ibunya meningkat berlipat kali ganda.

Zunaidi Bin Harun (PGA080201)

Page 14: Assignment Sosiologi en Rahimi_edited

Sosiologi Pendidikan IslamPeranan Keluarga Dalam Pendidikan

Ibubapa yang menjaga kesihatan jasmani anak-anak bermakna mereka telah

menunaikan salah satu dari kewajipan yang diwajibkan oleh agama Islam kepada

mereka. A-Quran dan hadis ada menjelaskan tentang cara-cara menjalankan pendidikan

jasmani anak-anak adalah seperti berikut:

Firman Allah yang bermaksud:

Hendaklah kamu besarkan Tuhanmu dan bersihkan pakaianmu.

(Surah Al-Muddasir : 3-4)

Firman Allah yang bermaksud:

Makan dan minumlah dan jangan kamu berlebih-lebihan.

Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang berlebih-

lebihan

(Surah Al-A’raf : 31)

Sabda Rasulullah yang bermaksud:

” cukuplah dosa manusia bahawa ia mensia-siakan orang

yang harus diberikanya makan”

(Hadis Riwayat Imam Muslim)

Antara langkah-langkah yang boleh diambil dalam membentuk kekuatan jasmani anak-

anak adalah seperti berikut:

Zunaidi Bin Harun (PGA080201)

Page 15: Assignment Sosiologi en Rahimi_edited

Sosiologi Pendidikan IslamPeranan Keluarga Dalam Pendidikan

1. Menyusukan bayi dengan susu ibu jika kesihatan ibu mengizinkan. Sebab

pada susu ibu terkandung unsur kesihatan jasmani dan kejiwaan yang tidak

diperolehi pada susu binatang.

2. Menyediakan makanan yang halal dan baik serta penuh gizi dan protein.

3. Memberikan suntikan-suntikan kesihatan.

4. Menjaga kebersihan badan dan kesihatannnya dari udara panas dan dingin

serta serangan nyamuk dan binatang kecil yang lain.

5. Selalu mengadakan pemeriksaan kesihatan bila terdapat sebarang

perubahan pada kesihatan bayi.

6. Memberikan peluang untuk bergerak badan, bermain berehat serta tidur yang

cukup.

7. Menyediakan tempat tinggal yang dapat memenuhi syarat-syarat kesihatan.

8. Mengajarkan teori-teori tentang kesihatan

Isu-isu berkaitan dengan keluarga yang tidak berfungsi

Pengaruh media massa

Zunaidi Bin Harun (PGA080201)

Page 16: Assignment Sosiologi en Rahimi_edited

Sosiologi Pendidikan IslamPeranan Keluarga Dalam Pendidikan

Media massa merupakan alat yang paling berperngaruh dalam pembentukan

peribadi anak-anak. Dewasa ini berbagai-bagai anasir buruk yang dipaparkan di kaca

televisyen, majalah dan internet yang paling membimbangkan ialah anasir yang boleh

menggugat akidah anak-anak remaja sekarang. Paparan budaya barat yang tidak

bersesuaian dikhuatiri akan menjadi ikutan anak-anak orang Islam. Untuk itu ibu bapa

hendaklah mengawasi anak-anak agar menggunakan media massa dengan sebaik

mungkin agar perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Kesibukan

Kehidupan di zaman moden ini menuntut ibubapa keluar mencari rezeki untuk

memenuhi keperluan material keluarga. Justeru dalam mengejar material ini ibubapa

terlupa ada satu lagi tanggungjawab yang perlu dipenuhi yang sama pentingnya dengan

keperluan material iaitu tanggungjawab mendidik anak-anak. Oleh itu ibu bapa perlu

pandai menyeimbangkan tumpuan antara mengejar material dengan pendidikan anak-

anak.

Pengaruh Rakan

Terdapat banyak kajian yang telah dibuat oleh para ahli sosiologi, mereka

mendapati bahawa rakan adalah merupakan orang yang paling berpengaruh dalam

pembentukan sikap anak-anak. Rakan merupakan orang yang paling dekat dengan anak-

anak apabila mecapai umur dewasa. Oleh itu ibubapa hendaklah mengenalpasti rakan

kepada anak-anak mereka denagn mengenal latarbelakang keluarga rakan tersebut. Ini

merupakan tanggungjawab ibubapa bagi memastikan anak-anak membesar dalam

suasana yang solehah. Dengan mengenali latarbelakang rakan kepada anak-anak,

ibubapa dapat mengenalpasti peribadi dan sikap rakan anak-anak mereka.

Dadah

Dadah merupakan musuh utama negara yang perlu dijauhi. Sehingga kini tidak

ada sebarang penawar yang betul-betul boleh menyembuhkan seseorang dari ketagihan

dadah. Pengawasan daripada ibubapa dalam menangani najis dadah ini dapat

Zunaidi Bin Harun (PGA080201)

Page 17: Assignment Sosiologi en Rahimi_edited

Sosiologi Pendidikan IslamPeranan Keluarga Dalam Pendidikan

menghindarkan anak-anak dari terjebak. Fatkor kesibukan dan rakan merupakan faktor

yang paling utama yang mampu mempengaruhi anak-anak kepada penagihan dadah.

Perceraian

Perceraian merupakan salah satu faktor yang memungkinkan terjadinya keluarga

yang tidak berfungsi. Sekali pun anak-anak dididik dengan didikan yang sempurna, jika

berlaku perceraian besar kemungkinan boleh memberi kesan negatif kepada anak-anak.

Walau bagaimanapun perceraian bukan merupakan faktor utama yang menyumbang

kepada pembentukan peribadi anak-anak. Apa yang penting ibubapa perlu memberi

pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak agar dapat menjadi benteng dari

sebarang perkara-perkara negatif.

Berikut dipaparkan satu graf yang berdasarkan satu Kajian Di sekolah-sekolah Di

Langkawi yang dibuat oleh Khairani Bt Zakaria (2004) menunjukkan bahawa faktor

perceraian bukanlah faktor utama yang boleh membawa kesan negatif dalam diri pelajar.

Menurut Hatta Shaharom (1989), beliau telah membahagikan kesan perceraian

kepada dua aspek utama iaitu aspek kehidupan dan aspek psikologi sebagaimana

berikut:

Dalam Aspek Kehidupan:

Hidup terumbang-ambing dan terbiar

Zunaidi Bin Harun (PGA080201)

Page 18: Assignment Sosiologi en Rahimi_edited

Sosiologi Pendidikan IslamPeranan Keluarga Dalam Pendidikan

Berlaku perubahan sikap yang tidak terkawal

Gangguan perlakuan dan Kenakalan juvana

Kekeliruan mencari “role model”

Mudah terpengaruh

Terdedah untuk melakukan jenayah

Keras hati dan suka lepak

Dalam Aspek psikologi:

Tekanan Jiwa

Perkembangan psikologi yang tidak sihat

Gangguan emosi

Implikasi Perceraian Terhadap Pendidikan

Masalah disiplin sekolah

Agresif di sekolah

Hilang tumpuan

Tergendala cita-cita

Kesimpulan:

Sebagai kesimpulan, berikut dipaparkan dua perangkaan iaitu perangkaan

jenayah dan perangkaan cerai dalam bentuk graf:

Zunaidi Bin Harun (PGA080201)

Page 19: Assignment Sosiologi en Rahimi_edited

Sosiologi Pendidikan IslamPeranan Keluarga Dalam Pendidikan

Graf pertama menunjukkan dari tahun 2000-2003 terdapat pengurangan jumlah

jenayah. Manakala graf kedua pula menunjukkan dari tahun 1999-2002 terdapat

pengurangan jumlah kes cerai. Kedua-dua pengurangan ini menunjukkan bahawa

terdapat perkaitan antara krisis rumahtangga dengan kes-kes jenayah.

Zunaidi Bin Harun (PGA080201)

Page 20: Assignment Sosiologi en Rahimi_edited

Sosiologi Pendidikan IslamPeranan Keluarga Dalam Pendidikan

Oleh yang demikian dapatlah dibuat kesimpulan bahawa penekanan Islam kepada

pembinaan keluarga yang utuh mampu membentuk sebuah masyarakat yang maju dan

berakhlak. Ini kerana keluarga merupakan agen sosialisi yang penting yang dapat

mempengaruhi perubahan sosial dalam masyarakat. Oleh sebab itulah Islam amat

menitikberatkan persoalan pembinaan keluarga agar tidak timbul perkara-perkara negatif

dalam masyarakat. Penetapan syarat-syarat dan rukun-rukun perkahwinan yang terdapat

dalam Al-Quran dan Al-Hadis jika diinterpretasikan dengan cara yang baik dalam amalan

kehidupan akan dapat melahirkan umat yang kuat dan maju.

Bibliografi:

Al Sheikh Muhammad Jamaluddin Al Qasimi Ihya Ulumuddin 2006. Intipati Ihya

Ulumuddin Imam Al-Ghazali (terjemahan). Darul Fajr. Kuala Lumpur

Abdul Rahman Al-Nahlawi (1995), Pendidikan Islam Di Rumah, Sekolah Dan

Masyarakat (terjemahan), Gema Insani:Jakarta

Zunaidi Bin Harun (PGA080201)

Page 21: Assignment Sosiologi en Rahimi_edited

Sosiologi Pendidikan IslamPeranan Keluarga Dalam Pendidikan

Bashirah Begun Hj. Mubarak Ali (1990), “Hadhanah: Bahagian II (Hak

Pemeliharaan Anak)”, Kertas Kerja Dibentangkan pada seminar Undang-undang

Keluarga Islam 1990 di Kuala Lumpur.

Nabilah Haji Abdullah (2003). Nafkah Isteri Dan Perkahwinan Dalam Islam.

Latihan Ilmiah, Fakulti Syariah, Akademi Islam, UM.

Abdul Halin Hamid (2003). Mengenali Institusi Sosial. Serdang: Universiti Putra

Malaysia.

Saedah Siraj (2005). Pendidikan Anak-anak. Kuala Lumpur: Alam Pintar

Enterprise.

Khairani Zakaria (2004). Kesan Perceraian Terhadap Kehidupan Remaja

Muslim. Latihan Ilmiah Fakulti Usuluddin : Universiti Malaya.

Noresah Bt. Baharom (2005), Kamu Dewan Edisi keempat, DBP:kuala Lumpur

Zunaidi Bin Harun (PGA080201)

Page 22: Assignment Sosiologi en Rahimi_edited

Sosiologi Pendidikan IslamPeranan Keluarga Dalam Pendidikan

PEMBENTANGAN

Zunaidi Bin Harun (PGA080201)

Page 23: Assignment Sosiologi en Rahimi_edited

Sosiologi Pendidikan IslamPeranan Keluarga Dalam Pendidikan

LAPORANPEMBENTANGAN

Zunaidi Bin Harun (PGA080201)