proposal sosiologi industri

32
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH SAINS SOSIAL SOSIOLOGI INDUSTRI (AA20503) NAMA PELAJAR : MUHAMMAD HARITH ASRI BIN ZULKIFLI (BA11110246) MUHAMMAD IZUAN BIN ZAHIR (BA11160512) MUHAMMAD SAIFUL AMIN BIN RUSLAN (BA11110253) MOHD ATIF BIN JOHARI (BA11110215) ZARUL ANAS FIRDAUS BIN CHE ABAS (BA11110479) PENSYARAH : PROF. DR. ROSAZMAN HUSSIN KUMPULAN : ASAM GELUGOR TAJUK PROPOSAL: Pengeluaran Produk Kraftangan Tenunan Dastar di Kampung Rampayan Laut. 1.0 PENGENALAN Secara dasarnya, penglibatan seni kraftangan di Malaysia bertapak sejak abad ke-19 lagi dimana pengaruh tersebut di bawa masuk melalui pedagang-pedagang dari India, Asia Barat serta China yang

Upload: zarul-anas

Post on 08-Aug-2015

268 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal Sosiologi Industri

UNIVERSITI MALAYSIA SABAHSEKOLAH SAINS SOSIAL

SOSIOLOGI INDUSTRI(AA20503)

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD HARITH ASRI BIN ZULKIFLI (BA11110246) MUHAMMAD IZUAN BIN ZAHIR (BA11160512) MUHAMMAD SAIFUL AMIN BIN RUSLAN (BA11110253) MOHD ATIF BIN JOHARI (BA11110215) ZARUL ANAS FIRDAUS BIN CHE ABAS (BA11110479)

PENSYARAH : PROF. DR. ROSAZMAN HUSSINKUMPULAN : ASAM GELUGOR

TAJUK PROPOSAL:

Pengeluaran Produk Kraftangan Tenunan Dastar di Kampung Rampayan Laut.

Page 2: Proposal Sosiologi Industri

1.0 PENGENALAN

Secara dasarnya, penglibatan seni kraftangan di Malaysia bertapak sejak abad ke-19 lagi dimana

pengaruh tersebut di bawa masuk melalui pedagang-pedagang dari India, Asia Barat serta China

yang kesannya mempengaruhi seni kraf kini. Secara kronologinya, tenunan Dastar adalah

merupakan tenunan asli negeri Sabah dimana merupakan warisan dari zaman Dong-son lagi.

Pada hari ini, kaum Bajau Irranun dan Dusun merupakan pelopor kepada tenunan dastar yang

juga dikenali sebagai kain tubau. Kemahiran menenun kain dastar dipercayai berasal dari Kota

Batu (Cotabato)yang merupakan satu daerah di Filipina dan telah dibawa masuk melalui

Kampung Merabau di daerah Kota Belud, Sabah. Kain tenunan dastar ini digunakan oleh kaum

lelaki Bajau sebagai tanjak (pudong) yang dipakai untuk menghadiri sesuatu upacara kebesaran,

perayaan atau majlis perkahwinan1.

Persatuan Pertanian dan Perkebunan Malaya (MAHA) merupakan salah sebuah

penubuhan dimana merupakan penggerak utama dalam mengenengahkan barangan yang

berunsurkan seni kraftangan pada waktu tersebut. Perananya lebih memberi pendedahan kepada

masyarakat tentang produk yang berasaskan seni kerja tangan. Penularan berkonsepkan kraf

terus berlaku di negeri-negeri lain termasuk negeri Sabah yang berpusat di Kota Belud di mana

pada tahun 1977, kewujudan Pusat Latihan Kraftangan di daerah tersebut dibawah SEDCO

(Sabah Economic Development Corporation) yang mencetuskan kepada pertubuhan Perbadanan

Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah2.

2.0 PENYATAAN MASALAH

Penghasilan seni kraftangan oleh pengusaha tempatan yang berpusat di kawasan luar bandar

merupakan salah satu inisiatif yang diambil bagi membangunkan taraf sosioekonomi masyarakat

setempat. Namun, peghasilan diperingkat tersebut kebarangkalian adalah sangat minimum

berbanding pengahsilannya di kawasan bandar disebabkan sumber-sumber mentah yang sukar

diperolehi serta kos yang tinggi. Hal ini menyebabkan pemasaran produk juga akan mengalami

1 Informasi Kraf Kategori : Tekstil (2012). Informasi Kraftangan Malaysia. Diperolehi daripada http://informasikraf.blogspot.com/2012/04/kain-dastar.html

2 Perbadanan Kraftangan Malaysia, (2012). Sejarah Penubuhan Kraftangan: Kronologi Penubuhan Kraftangan Malaysia Cawangan Saabah. Diperolehi daripada http://www.kraftangan.gov.my/main/content/33/?page_name=Sejarah_Kraftangan_33menuid=52.html/

Page 3: Proposal Sosiologi Industri

kesan sampingan dimana penawaran terhadap produk tersebut adalah terhad serta permintaan

kawasan setempat yang minima. Justeru, penyelidikan yang bakal dilakukan ini adalah untuk

melihat dengan lebih terperinci berdasarkan pembuatan produk kraftangan tenunan oleh

pengusaha Tenunan Dastar di Kampung Rampayan Laut, Kota Belud Sabah.

Penghasilan tenunan dastar di Kampung Rampayan Laut difahamkan sudah bertapak

lama dan diusahakan sendiri oleh masyarakat kaum Iranun di kampung tersebut. Oleh itu, kajian

yang bakal dilakukan ini adalah untuk mengkaji cara-cara penghasilan serta proses-proses

pengeluaran produk tersebut disamping mengenalpasti kekangan ataupun cabaran yang dihadapi

dalam menghasilkan dan memasarkan produk kraftangan tenunan dastar.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

I. Mengkaji proses-proses pengeluaran kraftangan tenunan dastar.

II. Mengenalpasti masalah dan cabaran pengeluaran kraftangan tenunan dastar.

4.0 ANDAIAN KAJIAN

I. Proses penenunan yang halus akan menghasilkan produk yang berkualiti.

II. Penyebaran kemahiran tenunan dalam kalangan generasi muda boleh mempengaruhi

kualiti dalam kuantiti Dastar yang dihasilkan.

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Pelbagai jenis kajian mengenai sosioekonomi pekerja di peringkat industri kecil dan sederhana

(IKS) telah dilakukan. Namun, kajian terhadap sektor kraftangan adalah terhad. Kajian-kajian

lalu hanya lebih tertumpu kepada kalangan pekerja industri perkilangan dan institusi awam yang

lain yang telah membawa sumbangan terhadap perbezaan taraf sosioekonomi dalam kalangan

mereka. Hasil daripada kajian sebelumnya mendapati bahawa sektor industri yang berasaskan

kepada kraftangan tenunan kebanyakkan terdapat dalam masyarakat semenanjung Malaysia,

terutamanya di Kelantan, Terengganu, dan Pahang (Selvanyagam, 1990). Menurutnya lagi, bagi

masyarakat kepulauan Borneo pula, iaitu di negeri Sabah, majoriti yang mengusahakan aktiviti

tenuan adalah meliputi majoriti kaum Bajau dan Rungus. Hal ini disebabkan suatu masa dahulu,

Page 4: Proposal Sosiologi Industri

aktiviti menenun merupakan satu pekerjaan yang amat penting untuk dipelajari terutamanya bagi

kaum wanita disebabkan penghasilannya sebagai kegunaan sendiri (Norwani, 1989).

Justeru, kajian yang ingin dilakukan ini adalah untuk mengetahui seni kraftangan tenunan

dastar yang dimaklumkan bahawa diusahakan oleh kaum Iranun ini benar-benar dipelopori oleh

etnik tersebut serta bertujuan agar perhatian yang lebih serius diberikan terhadap perkembangan

taraf sosial dan ekonomi bagi penggiat dalam industri kraftangan. Hal ini memandangkan

sumbangan mereka terhadap sektor kraftangan di Malaysia telah mendapat perhatian yang jitu

dalam merealisasikan skop pelancongan dan keunikan yang terdapat di negara ini. Selain itu,

kajian yang ingin dijalankan ini adalah untuk memberi maklumat sampingan kepada masyarakat

umum tentang bagaimana kraftangan tenunan tersebut dihasilkan serta penggunaannya dalam

konteks kehidupan semasa. Disamping itu, kajian yang ingin dijalankan ini juga amat penting

bagi mengetahui dan memahami sejauh mana proses pengeluaran kraf berasaskan tekstil iaitu

tenunan bermula daripada tahap pemprosesan bahan mentah iaitu daripada selembar benang

sehinggalah kepada hasil akhir iaitu kepada kain tenunan. Selain itu, dengan kajian ini juga kami

dapat mengenalpasti masalah dan cabaran yang dilalui oleh pengusaha kraf khususnya responden

kajian kami dan secara tidak langsung setiap cabaran dan masalah yang dihadapi oleh mereka

dapat dijelaskan dan difahami secara lanjut.

Hasil daripada kajian yang bakal dilakukan ini juga diharapkan dapat membantu pihak

pengurusan dalam memperbaiki dan meningkatkan prestasi dan mutu pengeluaran barangan

dalam memastikan produk yang dihasilkan menepati kualiti yang diinginkan oleh para pengguna

serta kepuasan dalam menggunakan barangan tersebut. Justeru, hasil maklumat daripada kajian

yang ingin dilakukan ini diharapkan dapat memberi panduan dan rujukan kepada penyelidik lain

yang ingin membuat penyelidikan lanjutan berkaitan dalam permasalahan ini.

6.0 SKOP KAJIAN

Kajian ini dijalankan ke atas pengusaha kraf tenunan di Kampung Rampayan Laut, Kota Belud

Sabah. Pemilihan perusahaan ini dalam kajian adalah disebabkan perusahaan kraf tekstil tenunan

daerah Kota Belud merupakan antara perusahaan kraf tenunan yang terkenal di negeri Sabah dan

sebilangan besarnya di semenanjung Malaysia. Dalam kajian ini akan menerangkan apa yang

dinyatakan sebagai seni kraftangan tenuan Dastar yang sebilangan masyarakat kini tidak

mengetahui kewujudan produk tersebut sehinggakan penghasilannya telahpun mendapat

Page 5: Proposal Sosiologi Industri

pengiktirafan. Kajian mengenai topik ini dijalankan bertujuan bagi menghuraikan proses-proses

penghasilan tenunan daripada bahan mentah yang belum di diperlakukan sehingga ianya menjadi

satu produk yang siap dipasarkan. Apa yang cuba diktengahkan dalam kajian ini adalah

bagaimana tahap penghasilan produk kraftangan yang dinyatakan dengan nilai yang diperlukan

dalam memotivasikan diri sehingga produk tersebut siap sepenuhnya. Selain itu, didalam mana-

mana perusahaan mesti wujud permasalahan yang akan membolehkan pengusaha belajar

daripada kekangan yang dihadapi dalam memajukan lagi industri yang sedia ada. Justeru,

masalah-masalah dan cabaran adalah merupakan salah satu daripada objektif utama kajian demi

untuk mengenalpasti sebahagian besar industri ini membangun sebagai perusahaan kraftangan

yang berjaya mengangkat martabat seni tenunan dastar.

Subjek kajian ini adalah spesifik kepada pengusaha kraftangan tersebut yang

mengusahakan bengkel tenunan Dastar yang bertempat di Kampung Rampayan Laut, Kota Belud

Sabah. Subjek kajian ini juga tidak hanya memfokuskan kepada pengusaha sahaja, tetapi

penglibatan pembantu pengusaha tersebut juga perlu dalam mendapatkan data yang ideal dalam

penerangan yang lebih lengkap lagi proses-proses penghasilan produk kraftangan nanti. Bagi

melengkapkan lagi data yang diperlukan dalam kajian ini, kaedah yang digunakan adalah dengan

pengumpulan data primer dan juga sekunder. Data primer bagi kajian ini adalah terdiri daripada

jurnal, artikel, dan buku-buku yang berkaitan tajuk. Manakala bagi data sekunder, penggunaan

in-depth interview atau kaedah temu bual yang digunakan bagi memudahkan lagi dapatan data

secara sahih.

7.0 LATAR BELAKANG PENGUSAHA DAN PERUSAHAAN DASTAR.

Puan Hajah Pandian bt Sulaiman 59, berasal dari Kampung Rampayan Laut, Kota Belud, Sabah.

Beliau telah menceburi dalam bidang tenunan ini sudah hampir setengah abad. Lahir dalam

keluarga tradisional kaum Irranun, beliau telah banyak didedahkan dengan hasil kraf berteraskan

tekstil ini semasa umur beliau mencecah 10 tahun lagi dan beliau merupakan pewaris ke 6 yang

masih mengekalkan peninggalan moyang beliau secara turun temurun (Sabah Tourism Awards

Special Appreciation, 2009).

Keunikan hasil tenunan yang dihasilkan oleh beliau ialah beliau menggabungkan motif

reka bentuk tradisional etnik Irranun dan kontemporari pada kain Mugak, kain Dastar dan

Sambitan untuk memberikan ia ciri-ciri yang unik dan berinovatif. Walaupun beliau tidak

Page 6: Proposal Sosiologi Industri

mempunyai pendidikan formal dalam bidang ini, beliau telah menghadiri pelbagai kursus dan

bengkel yang dianjurkan oleh Kementerian Negeri Sabah. Beliau juga telah terlibat dalam

pelbagai pameran kebudayaan dan festival kesenian di Sabah dan Kuala Lumpur. Beliau juga

telah dijemput ke luar negara untuk mempromosikan barangan kraftangan Malaysia di persada

dunia. Antara pengiktirafan yang telah diterima oleh beliau ialah pada tahun 2006, beliau telah

diiktiraf sebagai Adiguru Kraf Tenunan Sambitan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan

Malaysia. Malah, pada tahun 2009, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia telah

menganugerahkan kepada beliau ‘Special Recognition Awards Sabah Tourism’ (Sabah Tourism

Awards Special Appreciation, 2009).

8.0 PERSPEKTIF TEORI

Dalam bahagian ini akan membincangkan mengenai bagaimana pengaruh pendekatan yang

diketengahkan oleh McClelland (1963) iaitu teori modenisasi pembangunan dalam

mempengaruhi tahap dan bentuk pembangunan berdasarkan konteks industri kecilan yang

diusahakan. Menurut Rostow (1978), Teori Modernisasi adalah penerangan kepada mengapa

sesebuah negara itu mencapai tingkat pembangunan ekonomi dan sesetengah negara lagi tidak

(Margaret, 2007). Berdasarkan pendekatan yang diketengahkan, terdapat beberapa perkara yang

mempengaruhi sesebuah negara mahupun negeri tidak mencapai tingkat pembangunan yang

seimbang seiring dengan kemajuan yang sedia ada. Justeru, teori ini dajadikan sebagai panduan

dalam kajian yang bakal dilakukan bagi memahami faktor-faktor yang boleh mempengaruhi

individu ataupun komuniti dalam menerajui kemodenan berasaskan perusahaan persendirian.

Selain daripada teori Modernisasi oleh McClelland (1963), pendekatan teori lain juga turut

digunakan iaitu teori pembangunan usahawan dimana boleh dilihat daripada dua dimensi iaitu

pendekatan psikologi dan pendekatan sosiologi. Pendekatan psikologi digunakan oleh

Schumpeter, McClelland dan Kunkel untuk memahami pembangunan usahawan sementara

pendekatan sosiologi digunakan oleh Weber, Cochran dan Young.

8.1 Teori Modenisasi

Teori modernisasi ini diasaskan oleh McClelland (1963) apabila beliau melihat pembangunan

ekonomi sebagai proses dimana masyarakat tradisional menjadi lebih komplek dan wujud

Page 7: Proposal Sosiologi Industri

perbezaan diantaranya. Ramalan teori modernisasi mengatakan sekiranya sesebuah negara ingin

membangun, perkara penting yang perlu dilakukan oleh organisasi adalah mengubah sikap

tradisional, nilai, dan institusi dalam masyarakat. Pencapaian ekonomi adalah dianggap berasal

daripada sikap dan nilai yang menekankan kepada kerja keras, efisen, dan perusahaan (Howard

F.Taylor, 2007). Hal ini secara tidak langsung telah menyatakan perspektif utama kajian iaitu

dalam sesebuah komuniti, individu yang ada didalamnya perlu mempunyai semangat yang rajin,

bersemangat untuk bersaing, kebebasan individu dan nilai positif untuk mencapai tingkat

pembangunan dalam perindustrian. Pendekatan teori ini juga menjelaskan bahawa sikap individu

mempengaruhi corak dan kejayaan terhadap sesuatu perniagaan3.

8.2 Teori Pembangunan Keusahawanan

Menurut Schumpeter, penyertaan individu dalam bidang keusahawanan didorong oleh faktor-

faktor peribadi4. Contohnya, individu yang menjadi usahawan mempunyai tujuan untuk mengaut

keuntungan dan mencari kuasa di mana fenomena ini wujud dalam setiap etnik masyarakat.

Keinginan usahawan ini didorong oleh ciri-ciri khusus seperti kebolehan rasa hati untuk meramal

peluang-peluang masa hadapan, mempunyai keupayaan berfikir secara luarbiasa dan kebolehan

untuk , melakukan sesuatu yang berlawanan dengan norma-norma masyarakat. Keupayaan

usahawan untuk bergerak aktif dalam setiap etnik masyarakat didorong oleh kebolehan mereka

untuk menghadapi halangan-halangan sosial. John Kunkel yang mengemukakan Model Gelagat

(Behavioristic Model) menyatakan bahawa budaya keusahawanan bukan hanya dipengaruhi oleh

struktur sosial dan manipulasi ekonomi. Apabila melihat usahawan dari sudut ekonomi, maka

lebih mudah bagi kerajaan bagi melaksanakan dasar-dasar campur tangan sama ada dalam jangka

pendek dan jangka panjang. John Kunkel menegaskan bahawa usahawan bukan sahaja

dipengaruhi oleh faktor-faktor psikologi dalam menjalankan aktivitinya, tetapi mereka juga amat

memerlukan persekitaran dan dasar yang menyediakan suatu suasana yang kondusif untuk

memastikan kejayaan mereka.

3 Chuanqi He. (2012). Modernization Science:The Principle and Methods of National Advancement. Berlin: Springer Heidelberg Dordrecht.

4 J.A. Schumpeter, “The Theory of Economic Development”, Havard University Press, Cambridge, Edited by Peter Kilby, 1971, Entrepreneurship and Economic Development, The Free Press, New York, pg 67.

Page 8: Proposal Sosiologi Industri

Weber yang mempelopori pendekatan sosiologi menyatakan bahawa usahawan adalah

individu yang mencetuskan inovasi berdasarkan ciri-ciri rasionaliti sebuah syarikat perniagaan.

Menurut Weber, nilai-nilai keagamaan yang universal seperti kejujuran menjadi faktor yang

penting dalam menggerakkan aktiviti keusahawanan. Kepercayaan dalam kehidupan beragama

ini melahirkan sikap tekun dan tanggungjawab dalam bekerja dan menjadi pendorong kepada

pengumpulan aset-aset yang produktif. Jika Weber menekankan aspek-aspek kegamaan, Thomas

Cochran pula menekankan kepada aspek individu yang menjadi model dalam menerangkan

pembentukan usahawan. Thomas Cochran yang mengutarakan ‘Tradisi Parsonian’ menyatakan

bahawa tiga elemen utama dalam pembangunan usahawan iaitu nilai-nilai (a) kebudayaan, (b)

faktor jangkaan dan (c) dorongan masyarakat. Justeru itu, usahawan bukanlah individu yang

memiliki kebolehan luar biasa tetapi berpacaran untuk mewakili masyarakat yang dianggotainya

di mana proses pembentukan mereka turut dipengaruhi oleh zaman kanak-kanak dan budaya

masyarakat (Siti Arni, 1997). Prestasi seseorang usahawan akan ditentukan oleh beberapa faktor

iaitu sikap individu terhadap pekerjaan, harapan masyarakat dan keperluan syarat-syarat

pekerjaan. Faktor-faktor individu terhadap pekerjaan dan faktor-faktor harapan masyarakat

dipengaruhi oleh nilai-nilai masyarakat. Perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat,

teknologi dan aliran akan mewujudkan keperluan-keperluan baru sama ada tanggungjawab

keusahawanan menjadi lebih kreatif atau pun tidak mengalami apa-apa perubahan.

Frank Young (1971), mengemukakan “Mediaton Model” menyatakan bahawa aktiviti

keusahawanan didorong oleh latar belakang peribadi, pengalaman dalam satu-satu struktur

masyarakat dan nilai-nilai kebudayaan masyarakat. Bagaimanapun, Young lebih menekankan

kepada corak perhubungan masyarakat akibat perbezaan struktur sosial sebagai faktor utama

yang mencetuskan budaya keusahawanan. Young (1971) melihat masyarakat sebagai sistem

dinamik dimana ketidakseimbangan sama ada di segi sosial mahu pun ekonomi selalunya

mendorong kepada usaha dan persaingan untuk mempertingkatkan taraf hidup masing-masing5.

Menurutnya, kumpulan-kumpulan dalam masyarakat akan menunjukkan tindakbalas bila berlaku

dua keadaan iaitu (i) kumpulan tersebut berada pada kedudukan masyarakat yang rendah dan

dianggap tidak penting; ii) kumpulan tersebut memiliki sumber-sumber pengeluaran yang lebih

5 F.W.Young “A Macrosociological Interpretation of Entrepreneurship”, edited by Peter Kilby, 1971, Entrepreneurship and Economic Development, The Free Press, New York, pg m.s 139

Page 9: Proposal Sosiologi Industri

berbanding kumpulan-kumpulan lain dalam masyarakat. Hasil tindakbalas oleh kedua-dua

kumpulan masyarakat ini akan mendorong kepada pembentukan budaya keusahawanan.

Perbincangan terhadap beberapa teori yang telah dikemukakan menjelaskan pembentukan

budaya keusahawanan dipengaruhi oleh pelbagai faktor, sama ada yang melibatkan faktor

psikologi, sosiologi, peribadi, sosial dan agama. Justeru itu, pembentukan budaya keusahawanan

merupakan proses evolusi yang memerlukan masa yang panjang dan sokongan pentadbiran

mahupun soskongan infrastruktur daripada pelbagai pihak (Siti Arni, 1997).

9.0 KONSEP-KONSEP UTAMA KAJIAN

9.1 Produk Kraftangan iaitu Dastar.

Penghasilan produk berteraskan tenunan sememangnya memerlukan kreativiti dan kehalusan

dalam setiap aspek pembuatan. Seperti juga kain dastar dimana memerlukan daya kreativiti dan

pengamatan yang teliti dari tukang tenun terutamanya semasa proses-proses penenunan

dijalankan6. Menurut daripada portal Informasi Kraftangan Malaysia, kain Dastar adalah

merupakan seni kraftangan yang dibawa masuk daripada Filipina melalui daerah Kota Belud

pada suatu ketika dahulu. Kain dastar juga dikenali dengan nama lain misalnya kain tubau.

Pelopor kepada seni kraftangan tenunan kain dastar ini adalah merangkumi kaum Bajau Irranun

dan Dusun tetapi sebahagian besar masyarakat Irranun menyatakan bahawa seni tenunan dastar

adalah seni warisan yang diamalkan terlebih dahulu dalam masyarakat mereka. Menurut

kenyataan dalam portal Informasi Kraftangan Malaysia ini juga, penggunaan kain dastar adalah

tidak menyeluruh seperti mana dengan penggunaan kain-kain tenunan yang lain seperti songket.

Justeru penggunannya seperti yang dinyatakan dalam portal rasmi Perbadanan Krafangan

Malaysia, kain tenunan dastar adalah digunakan oleh kaum lelaki Bajau sebagai tanjak iaitu

pudong yang dipakai untuk menghadiri sesuatu upacara kebesaran, perayaan atau majlis

perkahwinan.

9.2 Usahawan Desa Dan Industri Kecil dan Sederhana.

6 Informasi Kraf Kategori : Tekstil (2012). Informasi Kraftangan Malaysia. Diperolehi daripada http://informasikraf.blogspot.com/2012/04/kain-dastar.html

Page 10: Proposal Sosiologi Industri

Perkataaan usahawan berasal daripada perkataan Perancis ‘entreprend’ yang bermaksud

“menanggung”. Richard Cantillon, seorang yang berbangsa Irish mendefinisikan usahawan

sebagai individu yang membeli faktor-faktor pengeluaran pada harga tertentu dan membuat

ciptaan baru daripada faktor pengeluaran tersebut dan menjualnya pada harga yang tidak pasti

pada masa akan datang7. Beberapa dekad kemudian, Jean Baptiste Say pula menjelaskan fungsi

keusahawanan dalam konteks yang lebih luas dengan memasukkan unsur-unsur penyeliaan dan

pengurusan untuk mendefinisikan usahawan. Usahawan bukan sahaja dirujuk kepada aktiviti

ekonomi yang mementingkan keuntungan tetapi aktiviti-aktiviti pengurusan yang

memaksimumkan keberkesanan8. Manakala Donald Kuratko pula mendefinisikan keusahawanan

adalah satu proses inovasi dan perubahan badan-badan perniagaan yang melibatkan empat

dimensi iaitu individu ,organisasi, persekitaran dan proses dengan bantuan kerjasama daripada

kerajaan, pendidikan dan Institusi.9 Idea-idea keusahawanan perlu mengambil kira keperluan

makro dan mikro untuk merebut peluang agar ianya dapat diterjemahkan untuk merebut peluang-

peluang ekonomi. Jelasnya, usahawan perlu dilihat dari pelbagai perspektif kerana kepelbagaian

usahawan itu sendiri yang bertindak sebagai pengusaha, peniaga, pengurus dan sekaligus pemilik

kepada perusahaannya (Siti Arni, 1997).

9.3 Masalah dan Cabaran Usahawan Kecil.

Menurut Malcolm Harper, menjelaskan bahawa masalah yang biasa dihadapi oleh usahawan-

usahawan kecil di negara-negara membangun iaitu kekurangan modal, kekurangan permintaan,

bahan mentah, peralatan, undang-undang dan peraturan-peraturan kerajaan.10 Masalah-masalah

yang berkaitan modal kebanyakannya adalah disebabkan oleh perhubungan di antara institusi

permodalan dengan usahawan-usahawan kecil yang melibatkan hal-hal pentadbiran seperti

7 Basir., Siti Arni (1997) Masalah-masalah yang dihadapi oleh usahawan bumiputera dalam sektor industri kecil dan sederhana (IKS) di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Siti Arni bt. Basir. Masters thesis, University of Malaya, m.s 21

8 Dan Steinboff & John F. Burgess. (6th Eds.). (1993). Small Business Management Fundamentals. New York: McGraw Hill, m.s 35

9 Donald Kurako & Richard M. Hodgetss.(3rd Eds.). (1995). Entrepreneurship: A Contemporary Approach. Florida: The Dryden Press, m.s 30

10 Malcolm Harper. (1984). Small Business In The Third World: Guidelines for Practical Assistance. New York: John Wiley & Sons, m.s 25-32

Page 11: Proposal Sosiologi Industri

penyeliaan dan pemberiaan melibatkan kos yang tinggi. Justeru itu, pihak institusi kewangan

berpendapat peruntukan modal untuk pengusaha kecil kurang menguntungkan berbanding

dengan pengusaha-pengusaha besar. Bagi pengusaha-pengusaha kecil, nilai aset tidak

memungkinkan mereka untuk menyediakan nilai cagaran yang tinggi ataupun untuk tujuan

mengagihkan risiko. Berkenaan dengan kekurangan modal pula, Malcolm Harper menyatakan

kemiskinan rakyat yang menyebabkan daya membeli yang rendah serta mengehadkan mereka

untuk membeli barangan. Dari segi promosi, usahawan-usahawan kecil menghadapi masalah dari

segi pemasaran kerana jaringan hubungan peribadi diganti dengan aktiviti-aktiviti pengiklanan

oleh media massa yang memerlukan kos yang lebih tiggi. Masalah seterusnya yang diutarakan

oleh Malcolm ialah kekurangan bahan mentah. Menurutnya lagi, terdapat di kalangan pembekal

yang tidak mahu memberikan kemudahan kredit dan membekalkan bahan mentah dengan

kuantiti kecil kerana ianya kurang menguntungkan. Menurut Siti Arni (1997) usahawan-

usahawan IKS juga menghadapi permasalahn lain seperti lokasi pemsaran yang terhad,

permintaan yang bergantung kepada musim, kekurangan maklumat pemasaran, rangkaian

pemasaran yang terhad dan kos pengangkutan yang tinggi.11

10.0 SOROTAN KAJIAN LEPAS

Menurut kaian lepas yang telah dilakukan oleh Azmi Arifin et.al (2010 ), yang bertajuk Warisan

Tembikar labu Sayong di Kuala Kangsar, Perak: Sejarah, Perkembangan dan Masa Depan,

mereka meneliti tentang sejarah dan perkembangan kegiatan membuat tembikar labu sayong di

Kuala Kangsar, Perak. Kegiatan membuat tembikar di Perak telah bermula sejak zaman pra-

sejarah lagi dan dianggap sebagai warisan sejarah orang Melayu yang terus bertahan sehingga

sekarang. Namun pada hari ini ia telah mula disaingi oleh kemunculan pembuatan tembikar

menggunakan teknik dan peralatan moden. Perkembangan dan perubahan ini telah menyebabkan

aktiviti membuat tembikar secara tradisional dengan menggunakan tangan mulai terhakis.

Melalui perspektif sejarah dan antropologi, kajian ini cuba menunjukkan bagaimana

proses perubahan dan modenisasi pembuatan tembikar di Perak telah memberi kesan yang amat

11Basir., Siti Arni (1997) Masalah-masalah yang dihadapi oleh usahawan bumiputera dalam sektor industri kecil dan sederhana (IKS) di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Siti Arni bt. Basir. Masters thesis, University of Malaya, m.s 51

Page 12: Proposal Sosiologi Industri

besar dan mempengaruhi kepada kemerosotan industri tradisional itu. Kajian ini mendapati

bahawa sehingga sekarang, kegiatan pembuatan tembikar labu sayong secara tradisional di Kuala

Kangsar, Perak benar-benar telah terancam dan kini hanya tinggal sebuah keluarga sahaja yang

masih mengusahakannya. Kajian ini jelas menunjukkan perlunya dasar-dasar yang lebih

seimbang diambil untuk memastikan bahawa proses pemodenan tidak akan sama sekali

mengancam warisan orang Melayu yang telah wujud ada sejak zaman berzaman itu. Kajian ini

juga menyarankan perlunya suatu usaha yang proaktif dan drastik diambil oleh pihak kerajaan

untuk memastikan bahawa warisan orang Melayu ini akan terus hidup dan berkembang pada

masa depan. Melalui kajian ini juga, pengkaji telah mengetengahkan antara masalah dan cabaran

yang dihadapi oleh pengusaha iaitu kekurangan modal, latihan, promosi dan juga perhatian yang

kurang diberikan terhadap mereka berbanding dengan pengusaha-pengusaha yang sudah berubah

kepada penggunaan teknik pengeluaran secara moden. Pembuatan tembikar secara tradisional

sampai sekarang masih dilihat secara negatif sebagai perusahaan yang susah berubah, kurang

produktif, sukar dan tidak berbaloi untuk dimajukan. Hasil akhir kajian mereka telah

merekodkan bahawa cabaran dan permasalahan yang dihadapi oleh pengusaha sebenarnya dapat

diselesaikan jika setiap pihak mengambil peranan masing-masing.

Selain itu, kajian lepas yang telah dijalankan oleh Muhd Rashid Bin Rajuddin & Fazlee

Bin Alias (1998) dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia yang bertajuk Tahap

Pengurusan Perniagaan Dalam Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) Pengusaha Batik Di Daerah

Kota Bharu, mereka mendapati bahawa pengusaha-pengusaha batik tersebut kurang pendedahan

mengenai cara yang betul dalam mengurus perniagaan mereka . Kajian mereka mendapati,

walaupun tahap pengurusan kewangan dikalangan pengusaha tersebut baik, namun tahap

pengurusan sumber manusia dan pemasaran adalah sederhana dan penggunaan teknologi dalam

pembuatan tersebut adalah lemah. Hasil kajian akhir mereka telah merekodkan bahawa tahap

amalan asas pengurusan perniagaan di kalangan usahawan industri kecil dan sederhana

pengusaha batik berdaftar di daerah Kota Bharu ini adalah berada pada tahap yang sederhana.

Kajian dari Marof Redzuan dan Fariborz pada (2010) telah menunjukkan hasil kajian berkaitan

kemahiran para pengusaha kraftangan daerah yang kurang membangun di Malaysia ini untuk

menguruskan sendiri pengeluaran produk mereka . Hasil kajian mereka mendapati, pengusaha-

pengusaha kraftangan tersebut mempunyai masalah dalam menguruskan cara yang sesuai untuk

Page 13: Proposal Sosiologi Industri

mendapatkan bahan, mempunyai kemahiran professional yang rendah, tidak mahu atau tidak

peka untuk menggunakan teknologi bagi memajukan perniagaan mereka dan tidak mahir dalam

menguruskan kewangan dengan baik

Satu kajian yang lain juga turut dilakukan berkaitan dengan industri jahitan desa yang

dilakukan di daerah Perak Tengah telah dijalankan oleh Zaharah et.al, bertajuk, prospek industri

jahitan desa yang mana kajian mereka lebih memfokuskan untuk mengetahui kebolehan dan

tahap kemahiran kaum wanita dalam bidang jahitan pakaian di daerah terbabit. Terdapat tiga

masalah yang dihadapi oleh industri desa ini iaitu masalah pengurusan, kekurangan teknologi

dan pengetahuan teknikal serta kekurangan tenaga pekerja mahir. Masalah pengurusan timbul

kerana pengusaha industri desa secara realitinya mempunyai tahap pendidikan yang rendah serta

kelayakan atau latihan professional yang terhad. Masalah kekurangan teknologi pula merujuk

kepada industri desa yang mengunakan teknologi lama (tradisional) kerana kekurangan modal

untuk membeli peralatan moden. Manakala, masalah yang terakhir dalam konteks kajian ini ialah

kekurangan tenaga pekerja mahir. Kebanyakan pekerja dan pengusaha dalam industri ini terdiri

daripada golongan tua yang kurang produktif. Kaedah yang digunakan dalam penyelidikan ini

berupa suatu siri ujian jahitan ke atas para responden yang terdiri daripada surirumah yang

menetap di Daerah Perak Tengah. Keputusan analisa data menunjukkan dari segi potensi tenaga

kerja, aktiviti jahitan di kalangan suri rumah dalam daerah Perak Tengah berada pada tahap yang

baik. Berdasarkan keputusan analisa tersebut, penyelidik berpendapat bahawa terdapat potensi

tenaga kerja yang tinggi untuk bidang perindustrian desa pembuatan pakaian di daerah ini.

Potensi tenaga kerja yang tinggi ini tidak boleh disia-siakan. Pihak-pihak berkenaan perlu

mengeksploit peluang ini ke arah kebaikan para penduduk setempat.

11.0 KAEDAH KUTIPAN DATA KUALITATIF

Didalam kajian ini, pendekatan kualitatif telah digunakan bagi mendapatkan maklumat terperinci

untuk kajian yang bakal dilakukan ini. Pendekatan kualitatif yang dimaksudkan iaitu dengan

menggunakan kaedah temu bual secara tidak formal atau tidak berstruktur sebagai cara untuk

memahami atau mentafsir apa yang dinyatakan oleh respondan didalam soalan yang berbentuk

berstruktur. Menurut Chua Yan Piew (2006), kaedah-kaedah pengumpulan data penyelidikan

Page 14: Proposal Sosiologi Industri

bersifat kualitatif yang sering digunakan adalah (a) temu bual, (b) pemerhatian, dan (c) soal

selidik yang berbentuk esei.

11.1 Temu Bual Secara Mendalam (In-Dept Interview)

Populasi kajian terdiri daripada pengusaha kraftangan tenunan dastar di Kampung Rampayan

Laut, Kota Belud serta pegawai pemasaran produk tersebut. Persampelan yang digunakan adalah

persampelan secara rawak. Sinambungan dengan itu, kami akan memilih responden yang berada

di situ seperti pengusaha dan pembantu perusahaan tersebut. Temubual tidak berstruktur ini

digunakan bertujuan untuk mengamati dengan lebih mendalam keadaan responden, dan

memberikan responden peluang untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh pihak kami

dengan lebih tepat.

Soalan yang akan dikemukakan adalah tidak tertakluk kepada sebarang soalan yang telah

dibina dan urutan soalan yang perlu ditanya. Tetapi kesinambungan soalan yang akan ditanyakan

adalah berdasarkan kepada jawapan yang responden berikan berhubung dengan permasalahan

yang diutarakan. Melalui kaedah ini, seseorang pengkaji boelh memperoleh kefahaman yang

meluas dan sempurna dengan cara mendalami sesebuah topik tertentu. Pendekatan yang

dimaksudkan adalah seperti berikut iaitu (a) sampel yang lebih kecil digunakan, (b) pengkaji

boleh memberikan keterangan yang terperinci tentang sebab disebalik jawapan respondan, dan

(c) juga mengizinkan pemerhatian yang lebih lama terhadap respondan (Azizah Hamzah, 2010)

11.2 Pemerhatian.

Dalam memahami lagi aktiviti penghasilan seni kraftangan tenunan dastar ini, pengkaji akan

menggunakan pendekatan yang dimaksudkan sebagai observation iaitu kaedah pemerhatian

dimana pengamatan secara langsung dalam proses penghasilan tenunan bermula dari peringkat

awal sehingga produk tersebut siap sepenuhnya. Sehubungan itu, pemerhatian juga dilakukan

terhadap cara tenunan dengan terperinci disamping tumpuan yang sepenuhnya kepada maklumat

yang diberikan oleh respondan.

Pemerhatian yang fokus adalah perlu di dalam penyelidikan yang bersifat kualitatif

disebabkan ianya maklumat lebih tepat dan berinfomasi berbanding dengan kaedah mendapatkan

maklumat secara ‘armchair’. Hal ini disebabkan gambaran sebenar mengenai sesuatu situasi itu

Page 15: Proposal Sosiologi Industri

dapat dilihat secara mata kasar dan boleh difahami sepenuhnya oleh pengkaji. Sepanjang proses

pemerhatian dalam kawasan kajian, pengkaji akan mencatatkan maklumat diperolehi dalam

sesebuah buku catatan kecil disamping penggunaan kamera juga diperlukan dalam merakamkan

aktiviti pengusaha kraftangan ini yang manaakan dilampirkan bersama-sama dalam hasil kajian

kelak.

11.3 Data Sekunder.

Selain itu, dalam penyelidikan yang bakal dilakukan ini juga, penyelidik akan menggunakan data

sekunder sebagai rujukan pelengkap dalam menguatkan lagi dapatan kajian yang bakal

diperolehi. Data sekunder yang dkatakan adalah data yang telah sedia ada digunakan kembali

untuk kajian yang baru. Pengumpulan data sekunder ini melibatkan kaedah menggunakan

sumber-sumber misalnya (a) dokumentari, (b) Jurnal, (c) majalah, (d) internet, (e) penyelidikan

perpustakaan. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu pengkaji menjawab permasalahan kajian

(Sabitha Marican, 2006).

11.3.1 Jurnal dan Buku.

Penggunaan bahan ilmiah misalnya buku dan jurnal adalah sebagai rujukan tambahan merupakan

perkara yang penting dalam melakukan sebarang kajian. Hal ini disebabkan bahan-bahan

tersebut adalah aspek yang yang penting dalam menemukan jawapan kepada sesuatu persoalan

yang memungkinkan penyelidik dalam melakukan, menyiapkan, serta menghasilkan dapatan

kajian yang berkualiti. Selain itu, hasil daripada pembacaan tersebut juga akan mencetuskan

idea yang memungkinkan seseorang itu berminat dalam melakukan penyelidikan disamping

pengamatan terhadap fenomena yang berlaku. Justeru, bahan-bahan ilmiah yang dinyatakan ini

juga boleh didapati di gedung ilmu seperti perpustakaan serta dewan bahasa dan pustaka.

11.3.2 Surat Khabar dan Majalah.

Sunber yang dinyatakan melalui rujukan seperti majalah dan surat khabar juga perlu dinyatakan

dengan betul. Hal ini kerana maklumat yang terdapat didalamya juga adalah maklumat yang

Page 16: Proposal Sosiologi Industri

dipercayai hasil datanya. Kebanayakan kajian yang dilakukan juga merujuk kepada data

sekunder seperti majalah dan surat khabardisebabkan bagi nencari atau memperolehi contoh-

contoh kes yang berkaitan dengan tajuk kajian yang mana boleh dijadikan sebagai rujukan

tambahan dalam kajian yang bakal dilakukan ini.

11.3.3 Internet.

Internet juga merupakan salah satu daripada data sekunder yang digunakan dalam kajian yang

bakal dilakukan ini. Penggunaannya dalam kaedah untuk mengutip data maklumat yang separ

dan berkesan adala satu faktor penggunaan media internet diperlukan dalam penghasilan kajian

yang bagus. Bahan-bahan yang terdapat di dalam internet dijumpakan melalui pencarian yang

khusus digunakan sebagai rujukan, juga digunakan untuk mencari data-data terkini mengenai

tajuk kajian yang ingin dijalankan.

12.0 ANALISIS DATA KUALITATIF

Analisis data kualitatif digunakan dalam penyelidikan ini untuk memahami atau mentafsir apa

yang dinyatakan oleh responden didalam soalan yang berbentuk terbuka dan tertutup. Disini

penyelidik dapat mengunakan pengetahuan sedia ada bagi meneliti tentang apa yang dikaji

dengan lebih mendalam lagi. Penganalisian data dapat dilakukan dengan berkesan dan temubual

berstruktur dengan responden boleh ditranskripkan ke dalam bentuk dialog dan akan di analisis

hasil daripada perbualan tersebut (Herzog, 1996). Oleh itu, pengkaji akan menggunakan dua

kaedah analisis data dalam memahami maklumat yang diperolehi daripada respondan iaitu (a)

analisis kualitatif, dan (b) menganalisis data.

12.1 Analisis Kualitatif.

Kaedah penganalisian secara kualitatif juga telah digunakan di dalam penyelidikan yang bakal

dilakukan ini. Ianya digunakan untuk memahami atau mentafsir apa yang dinyatakan oleh

respondan di dalam soalan yang berbentuk terbuka. Kaedah-kaedah pengumpulan data

penyelidikan yang sering digunakan oleh penyelidik ialah (a) temu bual berstruktur, (b)

pemerhatian dan (c) soal selidik berbentuk esei (Chua Yan Piaw, 2006).

Page 17: Proposal Sosiologi Industri

Analisis data kualitatif dibuat selepas pengumpulan data telah dilakukan semasa kajian

telah dijalankan. Selepas data telah diperolehi, pengkaji akan membuat pengkelasan data ataupun

membuat tema-tema kecil daripada soalan-soalan temubual untuk dijadikan analisis kandungan.

Pada peringkat akhir analisis data ini, pengkaji akan menjelaskan apa yang diperolehi daripada

data yang telah dikumpul untuk diterjemahkan kepada bentuk yang difahami dan bersangkut paut

dengan apa yang dikaji (Dey, 1993).

12.2 Menganalisis Data.

Akhir sekali pengkaji akan menganalisis kesemua data yang didapati berdasarkan kaedah kutipan

data yang telah dilakukan. Dari kaedah temubual secara mendalam sehinggalah ke kajian

perpustakaan. Hasil daripada analisis tersebut secara sepenuhnya akan dinyatakan maklumat

yang berkaitan dengan tajuk kajian sahaja maklumat yang penting tidak akan tertinggal agar

dapat menjawab persoalan kajian sekaligus memenuhi objektif kajian pengkaji.

13.0 Kesimpulan.

Kajian ini amat penting dalam memahami Proses Pengeluaran Produk Kraftangan Tenunan

Dastar di Kampung Rampayan, Kota Belud Sabah. Proses pengeluaran produk kraftangan ini

akan dikaji dari cara memproses bahan mentah sehinggalah ke proses akhir dimana produk

hampir siap sepenuhnya dan tahap boleh dipasarkan. Permulaan ssumber bahan mentah tersebut

diperolehi sehinggalah bahan yang diperlukan diproses dan seterusnya menampakkan pulangan

modal dan keuntungan. Proses-proses ini amat penting dalam menambahkan pengetahuan dan

pengalaman baru kepada pengkaji dan mampu menggalakkan minat pengkaji lain dalam

meneroka bidang kraftangan sebagai subjek kajian semasa. Hal ini disebabkan produk kraftangan

ini merupakan salah satu kegiatan ekonomi yang menjana pendapatan meliputi masyarakat yang

mengusaha malah dalam peringkat negara. Selain itu, kajian yang bakal dilakukan ini juga akan

memfokuskan kepada cabaran dan potensi yang dihadapi oleh para pengusaha kraftangan dalam

kawasan kajian. Cabaran, masalah dan rintangan yang dihadapi dalam memajukan potensi

perusahaan merupakan satu tanggungjawab yang besar yang perlu dipikul oleh pengusaha dan

hal ini sememangnya perkara yang sinonim dalam dunia keusahawanan. Oleh itu,

pengenalpastian cabaran dan masalah dalam perusahaan seni kraftangan ini mampu untuk

Page 18: Proposal Sosiologi Industri

memberi penanda aras bukan sahaja kepada pihak pengusaha itu sendiri malah kepada bakal

pengusaha-pengusaha lain yang mula berkecimpung dalam industri ini.

14.0 RUJUKAN

Page 19: Proposal Sosiologi Industri

Abdul Rahman Aziz. (2000). Pekerjaan dalam Kehidupan Manusia. Selangor : Pearson Education Malaysia SDN. Bhd.

Basir., Siti Arni. (1997). Masalah-masalah yang dihadapi oleh usahawan bumiputera dalamsektor industri kecil dan sederhana (IKS) di Selangor dan Wilayah Persekutuan KualaLumpur / Siti Arni bt. Basir. Masters thesis, University of Malaya.

Chuanqi He. (2012). Modernization Science:The Principle and Methods of NationalAdvancement. Berlin: Springer Heidelberg Dordrecht.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill

Donald Kurako & Richard M. Hodgetss.(3rd Eds.). (1995). Entrepreneurship: A ContemporaryApproach. Florida: The Dryden Press

Dan Steinboff & John F. Burgess. (6th Eds.). (1993). Small Business Management Fundamentals.New York: McGraw Hill.

David Harisson. (1988). The Sociology of Modernization and Development. New York, NY:Routledge.

Malaysia, Sejarah Penubuhan Kraftangan. (2012, Oktober 14). Kronologi Penubuhan KraftanganMalaysia Cawangan Sabah. Diperolehi daripada Portal Rasmi PerbadananKraftanganMalaysia:http://www.kraftangan.gov.my/main/content/33/?page_name=Sejarah_ Kraftangan_33menuid=52.html/

Malcolm Harper. (1984). Small Business In The Third World: Guidelines for PracticalAssistance. New York: John Wiley & Sons

Margaret L. Anderson, Howard F. Taylor. (2007). Sociology: Understanding a Diverse Society(4th ed.). Belmont, USA: Thomson Higher Education.

Martin, J. K. and Miller, G.A. (1986). Job satisfaction and absenteeism : Organizational,individual, and job related correlates . Work and Occupations.

Mobley, W.H., Griffeth, R.W., & Meglino, B.M., (1979). Review and conceptual analysisof the employee turnover process. Psychological Bulletin.

Norwani Mohd. Nawawi. (1989). Malaysian Songket. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.

Page 20: Proposal Sosiologi Industri

Rohana Yusof. (2004). Penyelidikan Sains Sosial. Bentong, Pahang: Tps Publication &Distributor Sdn.Berhad

Rosazman Hussin. Balakrishnan Parasuraman. (2001). Isu-su Pekerjaan dalam Organisasi Industri dan Perindustrian. Universiti Malaysia Sabah.

Sabitha Marican. (2006). Pentadbiran dan Amalan Kerja Sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka

Selvanayagam, G. I. (1990). Songket: malaysian Woven Treasure. Oxford: Oxford UniversityPress.

Sigmund Wagner- Tsukamoto. (2003). Human Nature and Organization Theory. UK: Edward Elgar Publishing Limited.

Page 21: Proposal Sosiologi Industri

LAMPIRAN 1

RANGKA TEMUBUAL UNTUK PENGUSAHA MENGENAI PROSES-PROSES PENGELUARAN PRODUK KRAFTANGAN TENUNAN DASTAR.

Bahagian A : Maklumat Latar Belakang Responden.Nama :Jantina :Umur :Etnik :Status :Taraf Pendidikan :Jenis Pekerjaan (selain sebagai pengusaha bengkel kraftangan) :

Bahagian B : Cara-Cara Penghasilan Produk.

1. Apakah barang yang diperlukan dalam proses pembuatan?

2. Dari manakah sumber-sumber tersebut diperolehi?

3. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan keperluan/sumber tersebut?

4. Berapa lama/anggaran masa yang diperlukan untuk memperolehi barangan tersebut?

5. Berapakah kos yang diperlukan untuk setiap kali pembelian barang keperluan untuk penghasilan tenunan dastar.

6. Berapakah tahap untuk menghasilkan sesuatu produk tenunan dastar?

7. Apakah proses utama sebelum proses tenunan dimulakan?

8. Berapa lamakah proses awal tersebut diperlukan sebelum proses tenunan dimulakan?

9. Adakah proses tersebut memelukan tenaga kerja yang ramai?

10. Apakah nama/panggilan yang digunakan untuk proses awal tersebut?

11. Adakah tenunan memerlukan keperluan mesin/alat tenunan yang khusus?

12. Apakah nama bagi setiap fungsi alat tenunan yang digunakan?

13. Adakah proses tenunan memerlukan pekerja yang ramai?

14. Berapa banyak jenis benang/benang/warna yang diperlukan untuk menghasilkan setiap satu produk tenunan?

15. Berapa lama/jangka masa yang diperlukan dalam menghasilkan satu-satu produk tenuan dastar?

Page 22: Proposal Sosiologi Industri

16. Apakah proses terakhir yang dilakukan setelah tenunan siap dihasilkan.

Bahagian C : Proses-Proses yang Dilakukan Setelah Produk Siap Dihasilkan.

1. Apakah perkara yang dilakukan setelah produk siap sepenuhnya?

2. Adakah produk yang dihasilkan memerlukan pembungkusan sebelum dipasarkan?

3. Adakah pembungkusan perlu sebelum produk dipasarkan?

4. Berapakah anggaran pengeluaran untuk suatu jangka masa tertentu?

5. Adakah produk diiklankan sebelum dipasarkan?

6. Bagaimana produk tersebut dipasarkan?

7. Adakah penglibatan mana-mana pihak kerajaan dalam membantu dalam pengeluaran produk?

8. Bagaimanakah urusan pemasaran dibuat?

9. Adakah urusan pemasaran melibatkan agensi-agensi lain atau pengurusan sendiri?

10. Bagaimana dengan tempahan/pembelian secara individu. Adakah ianya memerlukan agensi lain untuk membuat tempahan atau tempahan terus kepada pihak pengusaha?

11. Berapakah purata pemasaran bagi jangka masa tertentu?

Bahagian D : Masalah dan Cabaran yang Dihadapi oleh Pengusaha.

1. Apakah permasalahan/rintangan sebelum membuka perusahaan sendiri?

2. Apakah jenis masalah yang dihadapi apabila bergiat dalam industri kraftangan?

3. Sejauh manakah pihak yang berwajib memainkan peranan dalam membantu penggiat industri kraftangan seperti anda?

4. Adakah produk yang dihasilkan menepati citarasa pengguna?

5. Bagaimana dengan penglibatan anak muda dalam perusahaan kraftangan anda?

6. Adakah berlaku persaingan dengan produk tenunan yang lain ataupun produk tiruan yang tenunannya hampir sama dengan tenunan dastar?

Page 23: Proposal Sosiologi Industri

LAMPIRAN 2

RANGKA TEMUBUAL UNTUK PEGAWAI KRAFTANGAN MENGENAI PENGELUARAN PRODUK KRAFTANGAN TENUNAN DASTAR.

Bahagian E : Pengeluaran Produk Kraftangan Tenunan Dastar.

1. Bolehkah Encik/Puan menceritakan serba sedikit dengan tugas dan peranan sebagai seorang

pegawai di Pusat Kraftangan ini?

2. Berapaka kalikah Encik/Puan membuat pemantauan di perusahaan kraftangan?

3. Bagaimanakah pemantauan tersebut dijalankan?

4. Adakah pihak Encik/Puan berpuashati dengan kualiti produk yang dihasilkan oleh perusahaan

kraftangan kini?

5. Adakah pihak Encik/Puan terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses pembuatan

produk kraftangan? Perincikan..?

6. Apakah pendapat Encik/Puan mengenai industri kraftangan di daerah ini?

7. Apakah inisiatif ataupun perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Encik/Puan terhadap

pengusaha-pengusaha kraftangan yang baru menggiatkan diri?

8. Adakah pusat kraftangan menyediakan kemudahan asas yang lain seperti latihan dan bantuan

kepada mereka yang ingin menceburi bidang ini?

9. Apakah pernacangan pihak Encik/Puan dalam memperkenalkan industri ini dalam masyarakat

sekarang?

10. Apakah inisiatif yang diambil oleh pusat kraftangan untuk menggalakkan lagi pengeluaran

produk kraftangan oleh para pengusaha kraftangan di daerah ini?

11. Bolehkah ceritakan serba sedikit mengenai pernacangan jangka panjang dan pendek oleh pihak

Encik/Puan untuk mempromosikan produk kraftangan semasa?

12. Apakah harapan Encik/Puan mengenai industri kraftangan di Sabah khususnya di daerah ini?