assignment penuh teori mentalis

2
ASSIGMENT PENUH TEORI PENDEKATAN 6.2 Teori Mentalis Teori mentalis memandang bahasa sebagai satu aktiviti mental yang merupakan satu kebolehan khas manusia secara semula jadi. Ia menganggap bahasa adalah sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf dan ini boleh berlaku setelah ianya menerima bahan buku dalam bentuk perangsang daripada telinga, mata dan lain-lain alat pancaindera. Perkara yang dikaji ialah proses yang berlaku dalam otak dan saraf itu yang membolehkan pembentukan dan penghasilan bahasa tersebut. Mengikut teori ini, semua bidang penghuraian bahasa mestilah berdasarkan logik, kerana sesuatu yang tidak dapat difahami itu adalah tidak bermakna dan tidak dapat diterima. Dari segi pembelajaran, teori ini menekankan kepada pengetahuan seseorang itu. Teori mentalis juga menekankan beberapa ciri penting iaitu manusia sejak lahir sudah mempunyai kebolehan untuk menguasai 1

Upload: sadai-lasan

Post on 10-Dec-2015

228 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kerja kursus

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Penuh Teori Mentalis

ASSIGMENT PENUH

TEORI PENDEKATAN

6.2Teori Mentalis

Teori mentalis memandang bahasa sebagai satu aktiviti mental yang merupakan

satu kebolehan khas manusia secara semula jadi. Ia menganggap bahasa adalah

sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf

dan ini boleh berlaku setelah ianya menerima bahan buku dalam bentuk perangsang

daripada telinga, mata dan lain-lain alat pancaindera. Perkara yang dikaji ialah

proses yang berlaku dalam otak dan saraf itu yang membolehkan pembentukan dan

penghasilan bahasa tersebut. Mengikut teori ini, semua bidang penghuraian bahasa

mestilah berdasarkan logik, kerana sesuatu yang tidak dapat difahami itu adalah

tidak bermakna dan tidak dapat diterima. Dari segi pembelajaran, teori ini

menekankan kepada pengetahuan seseorang itu.

Teori mentalis juga menekankan beberapa ciri penting iaitu manusia sejak lahir

sudah mempunyai kebolehan untuk menguasai bahasa dan perkara ini adalah

semula jadi. Bahasa juga mempunyai pertalian yang erat dengan pemikiran di

mana penguasaan bahasa ada kaitannya dengan keupayaan mental. Selain itu,

bahasa juga mempunyai ciri-ciri kesejagatan dan kreativiti. Dalam proses

pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek pemikiran, pengetahuan dan makna

adalah ditekankan dan bukan latihan-latihan yang membentuk kebiasaan. Di

samping itu, kesalahan pelajar bukanlah merupakan kegagalan mereka tetapi ia

adalah satu percubaan hipotesis.

1