assignment ctu241

31
Assignment CTU241: Fundamental of Islamic Economics Tajuk: Pengeluaran dan pemasaran barangan yang berkonsepkan halalan toyiban Disediakan untuk: Ustaz Mohamad B. Shuib Disediakan oleh: Syahida Bt Abd Aziz 2008220426 Atikah Saadah Bt Selamat 2008220406 Mira Asmida Bt Mohd Sah 2008274868 Kumpulan: BMD3Bc

Upload: syahida-aziz

Post on 13-Aug-2015

798 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

Pengeluaran dan pemasaran barangan yang berkonsepkan halalan toyiban..

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment CTU241

Assignment CTU241: Fundamental of Islamic Economics

Tajuk:

Pengeluaran dan pemasaran barangan yang berkonsepkan halalan toyiban

Disediakan untuk:

Ustaz Mohamad B. Shuib

Disediakan oleh:

Syahida Bt Abd Aziz 2008220426

Atikah Saadah Bt Selamat 2008220406

Mira Asmida Bt Mohd Sah 2008274868

Kumpulan: BMD3Bc

Julai 2009 – November 2009

Diploma Pengajian Perniagaan

Fakulti Pengurusan Perniagaan

Universiti Teknologi MARA Perlis

02600 Arau, PERLIS.

Page 2: Assignment CTU241

ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan 2

Abstrak 3

Penghargaan 4

Pendahuluan 5

1.0 Pengenalan 6

2.0 Definisi pengeluaran dan pemasaran 7

3.0 Objektif pengeluaran dan pemasaran 8

4.0 Ciri-ciri pengeluaran yang halal dan suci 10

5.0 Ciri-ciri pemasaran yang halal dan suci 12

6.0 Perbezaan antara pengeluar Islam dan pengeluar konvensional 14

7.0 Kesan penggunaan terhadap pengeluaran 16

Kesimpulan 18

Bibliografi 19

Page 3: Assignment CTU241

ABSTRAK

Puji dan syukur yang setinggi-tinggi diucapkan ke hadhirat Illahi Yang Maha Kuasa,

yang telah menciptakan manusia dan memberikan bimbingan kepada manusia berkenaan

dengan sesuatu yang dihalalkan dan diharamkanNya melalui kitabNya dan lisan

RasulNya, Nabi Muhammad s.a.w. Allah s.w.t yang memberi kesempatan kepada kami

untuk menyiapkan kerja sepertimana yang telah diarahkan. Kertas kerja ini

memperkatakan tentang sistem ekonomi Islam iaitu pengeluaran dan pemasaran yang

berkonsepkan halalan toyiban. Aktiviti pengeluaran dan pemasaran yang halal dan suci

adalah dengan menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan dalam menjalankan

kegiatan ekonomi. Kami juga memperkatakan tentang ciri-ciri pengeluaran dan

pemasaran yang halal dan suci sepertimana yang telah dituntut oleh syarak. Selain itu,

kami turut memaparkan tentang perbezaan antara pengeluar Islam dengan pengeluar

konvensional yang jauh menyimpang dari ajaran Islam. Turut disertakan dengan kesan

penggunaan terhadap pengeluaran sesuatu barangan. Pelbagai maklumat yang kami kira

amat berguna dan bermanfaat telah dimuatkan sekali di dalam kertas kerja ini supaya

boleh dijadikan panduan oleh semua umat manusia terutamanya yang melibatkan diri

dalam kegiatan ekonomi. Akhirnya kami berharap, semoga apa yang telah kami paparkan

di dalam kertas kerja ini bermanfaat bagi kami dan bagi kaum muslimin seluruhnya. Dan

usaha sekecil ini semoga dijadikan oleh Allah s.w.t sebagai suatu ibadah disisiNya.

Page 4: Assignment CTU241

PENGHARGAAN

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan hidayahNya,

kami dapat menyiapkan tugasan seperti yang telah diarahkan kepada kami.

Setinggi penghargaan kami lahirkan kepada mu’allim yang kami hormati, Ustaz

Mohamad, pensyarah CTU 151 untuk kumpulan BMD3Bc kerana telah membantu kami

dan memberi panduan kepada kami untuk menyiapkan tugasan yang diberi selain

memberi tempoh yang sesuai untuk menyiapkan tugasan ini. Semoga Allah s.w.t

memberi keselamatan dan kesejahteraan keatasnya atas ilmu yang telah dicurahkan dalam

mendidik anak bangsa menuju jalan keselamatan dan kesejahteraan.

Rasa bersyukur tidak terhingga kerana Allah s.w.t telah mengurniakan kami sahabat-

sahabat yang memahami dan menyenangkan. Mereka telah banyak membantu kami

untuk memilih buku yang sesuai dan sekaligus membantu menyiapkan tugasan ini.

Bantuan anda semua sangat dihargai dan kami doakan mereka akan dikurniakan rahmat

dari Allah s.w.t.

Ribuan penghargaan kepada sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dan tidak

langsung dalam menyiapkan tugasan ini. Semoga kita semua sentiasa diberkati dan

dirahmati Allah s.w.t. Akhirul qalam, semoga kita semua memahami setiap sesuatu yang

telah diturunkan Allah s.w.t kerana tiada sesuatu pun kecacatan pada peraturan-Nya.

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah s.w.t, dan yang buruk itu datang dari kami

sendiri.

Syahida Abd Aziz

Atikah Saadah Selamat

Mira Asmida Mohd Sah

Diploma Pengajian Perniagaan

Fakulti Pengurusan Perniagaan

UiTM Kampus Arau, Perlis

Page 5: Assignment CTU241

PENDAHULUAN

Dunia kini mula memberikan tumpuan kepada Islam untuk menyelesaikan pelbagai

masalah dan kekusutan kehidupan manusia di dunia. Sistem dan ilmu yang terus menerus

diambil dan diolah dari blok Barat dan Timur ternyata tidak banyak menyelesaikan

masalah, sebaliknya menambahkan dan menimbulkan masalah yang lain. Walaupun

sistem ekonomi Islam telah lama wujud, namun ia baru sahaja melalui zaman

kebangkitannya. Ekonomi Islam dijalankan dengan berpandukan segala ketetapan yang

telah ditetapkan oleh syarak seperti tiada menjalankan urusan jual beli terhadap barangan

yang halal dan tiada unsur riba ketika berurusan dengan pengguna. Allah s.w.t telah

mengharamkan riba kerana melalui riba itu ada pihak yang teraniaya. Begitu juga Allah

s.w.t mengharamkan arak, kerana arak itu boleh menjatuhkan manusia ke lembah

kedurjanaan selain daripada menimbulkan kerosakan pada organ tubuh manusia.

Page 6: Assignment CTU241

1.0 Pengenalan

Halal dan haram sudah dikenali di kalangan manusia semenjak dahulu lagi, semenjak

Allah s.w.t mengutuskan manusia ke permukaan bumi. Manusia menjalankan kegiatan

ekonomi berdasarkan tahap keilmuan yang mereka miliki. Mereka menggunakan ilmu

yang mereka ada untuk mencari rezeki di muka bumi ini. Sebagaimana firman Allah s.w.t

yang bermaksud:

"Kamu hanyalah menyembah berhala-berhala Yang diperbuat oleh

orang, tidak menyembah Allah Yang mencipta segala-galanya, dan kamu

hanya mengadakan penyembahan Yang dusta. Sesungguhnya mereka

Yang kamu sembah Yang lain dari Allah itu, tidak berkuasa memberi

rezeki kepada kamu; oleh itu carilah rezeki dari sisi Allah, dan

Sembahlah akan Dia, serta bersyukurlah kepadanya; (ingatlah), kepada

Allah jualah kamu akan dikembalikan.

(Surah Al-Ankabut:17)

Perkataan rezeki (rizq) bermaksud pemberian Allah dan ia meliputi segala yang boleh

dimanfaatkan. Ia mempunyai pengertian yang luas dan merangkumi pemberian

semulajadi sama ada nyata atau yang berpotensi yang boleh diperolehi dengan bekerja

kuat.1 Ringkasnya rezeki bermaksud segala punca pencarian yang perlu untuk kehidupan

manusia.

1 Afzal-Ul-Rahman. (1994). Doktrin Ekonomi Islam (Vol. 1). (M. Kassim, Trans.) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 7: Assignment CTU241

2.0 Definisi Pengeluaran dan Pemasaran

Definisi Pengeluaran:

Begitu banyak pendapat yang menerangkan maksud pengeluaran. Salah seorang aktivitis

Barat, Willis L. Peterson memberi maksud bahawa sebarang kegiatan yang dapat

memenuhi kehendak para pembeli dengan mengeluarkan barangan dan perkhidmatan.

Pengeluaran juga dapat didefinikan sebagai satu aktiviti yang menjadikan sesuatu benda

itu berguna dan boleh member perkhidmatan kepada manusia (Mannan,1980).

Mengadakan sesuatu barangan untuk memberikan kepuasan kepada kehendak manusia

yang terhasil dari sumber-sumber yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada hambaNya.

Secara ringkasnya, pengeluaran adalah mobilisasi sumber iaitu melalui pergerakan dan

penggunaan.

Definisi Pemasaran:

Pemasaran dapat didefinisikan sebagai tempat pertukaran keperluan antara pengguna

dengan pengeluar. Ia berlaku apabila sesuatu barangan hendak dipasarkan dan

diperkenalkan kepada orang awam. Pengeluar memerlukan pasaran bagi mendapatkan

input dan memperoleh wang bagi barang yang dikeluarkan. Dalam pada itu, pengguna

pula memerlukan pasaran bagi mendapatkan barang keperluan dan ganjaran kewangan

bagi khidmat tenaga buruh yang ditawarkan.

Page 8: Assignment CTU241

3.0 Objektif pengeluaran dan pemasaran

Pengeluaran dan pemasaran mempunyai tujuan dan objektif yang tersendiri. Kedua-dua

aktiviti tersebut memiliki tujuan yang hampir sama dalam sektor ekonomi yang mereka

jalankan iaitu berjaya dalam sektor yang mereka ceburi. Objektif atau tujuan yang

mereka impikan akan dapat meningkatkan kehendak pengeluar dan pemasar dalam

mengeluar dan memasarkan barangan atau perkhidmatan mereka.

Salah satu objektif pengeluaran dan pemasaran ialah mendapat keuntungan.

Keuntungannya terbahagi kepada dua iaitu keuntungan ketika hidup di dunia dan

keuntungan ketika Hari Akhirat kelak. Ketika di dunia, keuntungan tersebut diperolehi

dari hasil barangan yang telah dikeluarkan. Manusia akan lebih rajin melakukan

pekerjaan yang telah diamanahkan kepada mereka sekiranya mereka mahukan

keuntungan dalam perniagaannya. Keuntungan yang mereka perolehi ketika Hari Akhirat

kelak ialah balasan baik yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. sepertimana yang telah

termaktub dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Siapakah Yang (berani)

mengharamkan perhiasan Allah Yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-

hambaNya, dan demikian juga benda-benda Yang baik lagi halal dari

rezeki Yang dikurniakanNya?" katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-

nikmat) untuk orang-orang Yang beriman (dan juga Yang tidak beriman)

Dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi

orang-orang Yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah

Page 9: Assignment CTU241

Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang

Yang (mahu) mengetahui.”

(Surah Al-A’raaf : 32)

Berdasarkan ayat di atas, jelaslah bahawa pengabaian terhadap sumber asli atau kekayaan

bumi digolongkan sebagai orang yang ingkar dan kufur dengan nikmat Allah s.w.t yang

telah diberikan kepada mereka. Mereka tidak menguruskan sumber alam dengan sebaik

mungkin. Hal ini juga bahawa pengurusan sangat diperlukan dan dapat mempengaruhi

ruang lingkup kehidupan dan segala kegiatan manusia di muka bumi ini.2

Objektifnya yang lain ialah untuk memenuhi keperluan asas manusia. Manusia amat

memerlukan keperluan asas hidup mereka untuk meneruskan kehidupan. Pengeluaran

dari hasil bumi adalah seperti keperluan hidup. Sebagai contoh, barang makanan, pakaian

dan sebagainya.

Selain itu, pengeluaran adalah sebagai penggerak kepada pemasaran, perdagangan dan

penggunaan. Tanpa aktiviti pengeluaran, maka akan pincanglah semua proses tersebut.

Pembangunan juga tidak dapat dilakukan sekiranya berlaku masalah dalam aktiviti

pengeluaran. Konsep hakiki pembangunan dalam suatu perekonomian Islam akan

berubah menjadi lebih lengkap dengan meliputi aspek moral, rohani dan kehidupan

manusia.3

2 Jawwad, M. A. (2004). Pengurusan yang Profesional menurut Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Jasmin Enterprise.

3 Naqvi, S. N. (1985). Etika dan Ilmu Ekonomi. Bandung: Penerbit Mizan.

Page 10: Assignment CTU241

4.0 Ciri-ciri pengeluaran yang halal dan suci

Pengeluaran yang dikehendaki oleh syarak memiliki ciri-ciri yang tertentu yang

membezakan sama ada barang yang dikeluarkan itu, halal atau haram dan suci atau kotor.

Salah satu ciri-cirinya ialah barang yang dikeluarkan hendaklah halal dan suci dari segi

zatnya dan namanya. Barang yang dikeluarkan diproses menggunakan bahan-bahan yang

dibenarkan oleh Islam, iaitu barangan yang boleh digunakan atau dipakai ketika solat. Isi

kandungan barangan yang halal dapat menyucikan hati sesorang individu. Sebagai

contoh, seorang individu akan bersih jiwanya sekiranya dia menggunakan dan memakai

barangan yang suci kerana barangan tersebut sedikit sebanyak mempengaruhi sikap si

pemakai.

Ciri-ciri pengeluaran yang lain ialah mengeluarkan sesuatu barangan dengan cara yang

sah disisi syarak. Proses-proses yang berlaku sebelum mengeluarkan produk atau

barangan tersebut bebas daripada sebarang unsur yang mengharamkan barangan tersebut.

Sumber asas untuk barangan tersebut hendaklah diperolehi dengan cara yang halal iaitu

tiada unsur pencurian dan perompakan. Adalah menjadi tidak halal bagi sesorang muslim

yang membeli sesuatu yang sudah diketahui, bahawa barang tersebut adalah hasil

rompakan dan curian atau sesuatu yang diambil dari orang lain dengan cara yang tidak

benar.4 Sekiranya dia berbuat demikian, maka samalah mereka dengan membantu

perompak, pencuri dan merupakan juga pelanggar hak untuk merompak, mencuri serta

melanggar hukum Islam. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

4 Qardhawi, S. M. (1980). Halal dan Haram dalam Islam. Singapura: Himpunan Belia Islam.

Page 11: Assignment CTU241

“Barangsiapa membeli barang curian, sedang dia mengetahui bahawa

barang tersebut adalah curian, maka dia bersekutu dalam dosa yang

besar.”

(Riwayat Baihaqi)

Selain itu, ciri-ciri pengeluaran yang halal yang lain ialah barangan yang dikeluarkan bebas

daripada unsur riba’ dan rasuah. Syara’ telah melarang riba’ dengan larangan yang tegas, walau

berapa banyak sekalipun jumlahnya, baik sedikit mahupun banyak. Barangan hasil riba’ jelas-

jelas hukumnya haram.5 Dan tidak seorang pun boleh memiliknya, serta harta itu akan

dikembalikan kepada pemiliknya, jika mereka telah diketahui. Sebagaimana firman Allah s.w.t

yang bermaksud:

“orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri

betul melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan

terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah

disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa Sesungguhnya berniaga itu

sama sahaja seperti riba". padahal Allah telah menghalalkan berjual-

beli (berniaga) dan mengharamkan riba. oleh itu sesiapa Yang telah

sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti

(dari mengambil riba), maka apa Yang telah diambilnya dahulu

(sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya

terserahlah kepada Allah. dan sesiapa Yang mengulangi lagi (perbuatan

mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di

dalamnya.”

(Surah Al-Baqarah: 275)

5 An-Nabhani, T. (2000). Membangun Sistem Ekonomi alternatif perspektif Islam. Surabaya: Penerbit Risalah Gusti.

Page 12: Assignment CTU241

5.0 Ciri-ciri pemasaran yang halal dan suci

Pemasaran yang dikehendaki oleh syarak memiliki ciri-ciri yang tertentu. Ciri-ciri

tersebutlah yang membezakan sama ada barang yang dipasarkan itu, halal atau haram dan

suci atau kotor.

Salah satu ciri-ciri pemasaran ialah memasarkan barangan dan perkhidmatan yang halal.

Contoh barangan yang haram dipasarkan ialah arak, patung, anjing dan daging babi,

manakala contoh perkhidmatan yang diharamkan ialah perkhidmatan melukis tatu di

anggota badan. Ini adalah kerana memasarkan barangan tersebut akan menimbulkan

perkara maksiat, atau menyebabkan orang lain melakukan maksiat. Sehubungan dengan

ini, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah dan RasulNya mengharamkan menjual arak,

bangkai, babi dan patung”

(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Dengan demikian jelaslah bagi kita, bahawa apabila sesuatu itu dihukumkan haram, maka

memasarkannya juga adalah haram.

Ciri-ciri pemasaran yang lain ialah dengan menetapkan harga barangan sehingga tidak

merugikan kedua-dua belah pihak, yakni menetapkan harga sesuatu itu dengan adil dan

saksama, dan jangan sekali-kali membiarkan suatu pihak berlaku zalim terhadap pihak

yang lain dengan meletakkan harga sesuka hati mereka. Pada dasarnya, Islam memberi

Page 13: Assignment CTU241

kebebasan pasaran dan menyerahkannya kepada hukum naluri tetapi jika keadaan pasaran

tidak normal, maka ketika itu hendaklah didahulukan kepentingan umum daripada

kepentingan perseorangan.

Ciri pemasaran yang lain ialah menyukat dan menimbang dengan sukatan dan timbangan

yang tepat. Salah satu cara penipuan yang lazim berlaku, baik di pasar-pasar mahupun di

kedai-kedai, di bandar mahupun di kampung ialah mengurangi sukatan dan timbangan.

Perbuatan ini adalah perbuatan haram yang amat dilarang dalam Islam, sebaliknya Islam

menyuruh manusia menyempurnakan sukatan dan timbangan,6 sebagaimana yang

dilarangkan oleh Allah s.w.t dalam firmanNya yang bermaksud:

“ Kecelakaan besar bagi orang-orang Yang curang (dalam timbangan

dan sukatan), Iaitu mereka Yang apabila menerima sukatan (gantang

cupak) dari orang lain mereka mengambilnya Dengan cukup, dan

(sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang

lain, mereka kurangi. tidakkah mereka menyangka Bahawa mereka akan

dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)? pada hari (kiamat) Yang

amat besar (huru-haranya), hari berdiri manusia untuk mengadap

Tuhan sekalian alam?”

(Surah Al-Muthaffifin: 1-6)

6 Zain, A. H. (2004). Halal dan Haram dalam Kehidupan. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

Page 14: Assignment CTU241

6.0 Perbezaan antara pengeluar Islam dan pengeluar konvensional

Pengeluar Islam adalah sangat berbeza dengan pengeluar konvensional dalam

mengeluarkan dan memasarkan barangan mereka. Perbezaan antara pengeluar Islam

dengan pengeluar konvensional boleh dilihat daripada beberapa aspek. Salah satu

daripada aspeknya ialah dari aspek objektifnya.

Dalam ekonomi Islam, jenis pengeluarannya mematuhi dan menepati tujuan pengeluaran

yang telah diarahkan oleh Allah s.w.t melalui kitabNya. Antara tujuan yang perlu

dipatuhi dalam sistem pengeluaran ekonomi Islam ialah memenuhi tuntutan agama dan

menjamin konsep keadilan dalam Islam.7 Contohnya, keadilan dan tuntutan tersebut ialah

tuntutan menunaikan zakat untuk mendapatkan keredhaan dan ketaqwaan Allah s.w.t.

Selain itu, ia juga sebagai dorongan untuk berkhidmat kepada masyarakat melalui

pengeluaran barangan tersebut mewujudkan sikap prihatin terhadap orang lain. Sejajar

dengan itu juga, untuk mendapatkan keuntungan yang berpatutan tanpa membelakangkan

hukum-hukum Islam.

Dalam ekonomi konvensional, pengeluarnya hanya bermatlamatkan nafsu dan

kepentingan diri sendiri tanpa menghiraukan orang lain sama ada tertindas atau teraniaya

asalkan keuntungan yang dicapai adalah semaksima yang mungkin. Terdapat empat cirri-

ciri yang tidak dihiraukan oleh pengedar konvensional iaitu ciri-ciri kestabilan,

kesinambungan, keadilan dan kepentingan sosial. Kesinambungan ialah hubungan antara

7 Hasan, S. K. (1993). Ekonomi Islam Dasar dan Amalan. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 15: Assignment CTU241

manusia dan Allah s.w.t. Ibadah wajib kepada Allah s.w.t haruslah dilaksanakan tanpa

lalai dan sambil lewa walaupun sedang menjalankan pengeluaran. Yang wajib harus

didahulukan dan kemudian diikuti oleh yang kurang wajib. Kedua-dua ini dilakukan

dengan mengharapkan keredhaan dan ketaqwaan dari Allah s.w.t. Ciri-ciri keadilan pula

bermaksud aktiviti pengeluaran yang tidak mengandungi unsur-unsur penipuan seperti

tipu dalam informasi. Ini merupakan tindakan yang tidak adil terhadap pengguna.

Barangan yang telah dijanjikan haruslah diberikan kepada pengguna mengikut harga dan

masa yang telah dipersetujui ketika urusan jual beli. Kepentingan sosial yang tidak

dihiraukan oleh pengeluar konvensional telah menyebabkan pengguna terasa tertindas

dan tidak dihiraukan akibat dari sikap pengeluar yang tidak mementingkan kepentingan

dan kebaikan terhadap masyarakat malah mereka hanya memikirkan keuntungan mereka

sahaja.

Page 16: Assignment CTU241

7.0 Kesan penggunaan terhadap pengeluaran

Pengeluaran perkhidmatan atau barangan adalah sedikit sebanyak dipengaruhi oleh

penggunaan. Unsur-unsur Islam yang diambil dalam menyesuaikan corak pengeluaran

turut mengubah pengeluaran. Sumber bagi pengeluaran tersebut juga diperuntukkan.

Mengikut Siddiqi, penggunaan yang memberi kesan terhadap corak pengeluaran adalah

berpunca daripada penggunaan Islam.

Antara kesannya ialah, pengguna sudah tidak lagi meminta barang atau perkhidmatan

yang haram dan terlarang, oleh itu, peruntukan sumber dan pengeluaran barangan

tersebut tidak dijalankan lagi dan menjadi kosong. Ini akan menyebabkan segala

barangan yang haram tidak akan ada dipasaran sekaligus meningkatkan ekonomi orang-

orang Islam.

Begitu juga kepada permintaan terhadap barangan mewah telah berkurangan. Permintaan

terhadap barang mewah semakin berkurangan kerana kos pengeluaran dan peruntukan

sumber juga telah berkurang. Oleh yang demikian, barangan mewah semakin kurang

dikeluarkan dan dipasarkan kepada orang awam.

Selain itu, kesan penggunaan terhadap pengeluaran ialah peruntukan sumber dan

pengeluaran bertambah ekoran daripada perkembangan industri keluaran barangan

keperluan asas dan keselesaan yang utama.8 Apabila berlaku pertambahan sumber

8 Hasan, S. K., & Ahmad, S. (1993). Ekonomi Islam Dasar dan Amalan. Selangor: Dawama Sdn. Bhd.

Page 17: Assignment CTU241

ekonomi terutamanya reka cipta buruh dan kebolehan lain, pengeluaran dan juga

perkhidmatan budaya akan tertumpu.

Kesan kepenggunaan yang seterusnya ialah berlakunya penawaran buruh iaitu, tenaga

khidmat bagi kumpulan berpendapatan tinggi akan jatuh. Masalah ini terjadi apabila telah

bertambahnya permintaan terhadap masa lapang, dan kerja di luar bidang pengeluaran.

Selain daripada aspek penggunaan yang menjejaskan pengeluaran, pengambilan dan

pengamalan unsur-unsur Islam di kalangan pengeluar turut menyumbang kesan iaitu

barangan yang mempunyai ciri-ciri seperti membahayakan kesihatan rohani dan jasmani,

merosakkan akidah, akhlak dan kemanusiaan, barangan yang meruntuhkan maruah dan

barangan yang membawa kepada kejahatan tidak akan dikeluarkan dan dipasarkan

kepada orang ramai kerana ia menimbulkan kemudaratan kepada seseorang individu yang

menggunakannya. Hanya barangan yang suci, berkualiti, memberi kebaikan dan

meningkatkan taraf kemanusiaan yang akan dikeluarkan dan dipasarkan kepada orang

awam.

Walaupun kegiatan ekonomi bersifat kebendaan, tetapi bercorak kerohanian. Manusia

bukan sahaja mempunyai hubungan sesama manusia, tetapi juga mempunyai hubungan

dengan Allah s.w.t.9 Kegiatan ekonomi Islam tidak memisahkan kebendaan daripada

kerohanian, kerana ia adalah lumrah fitrah manusia yang sukakan kebendaan.

9 Bakar, M. H. (2003). Apa itu Ekonomi Islam. Kuala Lumpur: Sanon Corporation.

Page 18: Assignment CTU241

KESIMPULAN

Sistem ekonomi Islam merupakan sistem ekonomi yang diatur menurut syariat Islam

secara menyeluruh baik dalam aspek mikro mahupun makro yang mengatur tentang

konsep kepemilikan, tata cara pengelolaan dan pengembangan harta dan tata cara

pemasarannya di tengah-tengah masyarakat. Setiap kegiatan kehidupan kita sama ada

yang kecil atau yang besar akan dinilai oleh Allah s.w.t. Begitu juga dengan kegiatan

ekonomi, akan menjadi ibadat dan diberikan pahala. Oleh yang demikian kita haruslah

menjalankan urusan ekonomi dengan jujur dan amanah serta jauh daripada sebarang

unsur penipuan dan penindasan. Sesungguhnya amanah merupakan tiang dan dasar bagi

setiap amal baik yang bersifat agama ataupun keduniaan dalam setiap urusan yang ada

diantara kita dan Allah s.w.t. hanya orang yang jujur imannya kepada Allah s.w.t yang

menjaga amanahnya. Lemahnya amanah di dalam hati lerana lemahnya iman.

Page 19: Assignment CTU241

BIBLIOGRAFI

Afzal-Ul-Rahman. (1994). Doktrin Ekonomi Islam (Vol. 1). (M. Kassim, Trans.) Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

An-Nabhani, T. (2000). Membangun Sistem Ekonomi alternatif perspektif Islam. Surabaya:

Penerbit Risalah Gusti.

Bakar, M. H. (2003). Apa itu Ekonomi Islam. Kuala Lumpur: Sanon Corporation.

Ghani, B. A., & Ghani, S. A. (2009). Pengurusan Ekonomi Islam. Perlis: Percetakan

Perlis (1990) Sdn Bhd.

Hasan, S. K., & Ahmad, S. (1993). Ekonomi Islam Dasar dan Amalan. Selangor: Dawama Sdn.

Bhd.

Jawwad, M. A. (2004). Pengurusan yang Profesional menurut Islam. Kuala Lumpur: Penerbit

Jasmin Enterprise.

Naqvi, S. N. (1985). Etika dan Ilmu Ekonomi. Bandung: Penerbit Mizan.

Qardhawi, S. M. (1980). Halal dan Haram dalam Islam. Singapura: Himpunan Belia Islam.

Zain, A. H. (2004). Halal dan Haram dalam Kehidupan. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.