bacaan mentalis

27
BACAAN MENTALIS Membaca senyap atau membaca dalam hati (silent reading) ialah kegiatan membaca yang melibatkan ingatan visual (visual memory) dan pengaktifan mata dan ingatan. Tujuan utama membaca jenis ini adalah untuk memperoleh informasi dan pemahaman. Membaca mentalis ialah kunci bagi segala ilmu pengetahuan. Membaca mentalis merupakan aktiviti membaca yang dapat menguasai sebahagian besar hidup kita. Dibandingkan dengan membaca nyaring, dapat dilakukan di mana-mana sahaja. Ketika kegiatan membaca dilakukan, orang lain tidak terganggu. Dalam kehidupan yang sebenar, setiap anggota masyarakat membaca bahan-bahan yang sesuai dengan selera dan pilihan masing-masing. Ini dilakukan tanpa paksaan daripada mana-mana pihak. Membaca secara perseorangan menuntut selera masing-masing dan ini disebut sebagai personalized reading. Pengajaran membaca seperti ini merupakan satu falsafah pengajaran yang melibatkan satu pendekatan terhadap organisasi kelas. Berdasarkan konsep bahawa setiap kanak-kanak harus mencari, memilih, melangkah dan maju sendiri, program membaca perseorangan adalah satu strategi yang amat menarik. Hal ini dipercayai dapat memenuhi keperluan individu tersebut secara berkesan.

Upload: minsarakanna84

Post on 28-Jun-2015

2.527 views

Category:

Documents


33 download

TRANSCRIPT

Page 1: BACAAN MENTALIS

B A C A A N M E N T A L I S

Membaca senyap atau membaca dalam hati (silent reading) ialah kegiatan membaca

yang melibatkan ingatan visual (visual memory) dan pengaktifan mata dan ingatan.

Tujuan utama membaca jenis ini adalah untuk memperoleh informasi dan pemahaman.

Membaca mentalis ialah kunci bagi segala ilmu pengetahuan. Membaca mentalis

merupakan aktiviti membaca yang dapat menguasai sebahagian besar hidup kita.

Dibandingkan dengan membaca nyaring, dapat dilakukan di mana-mana sahaja. Ketika

kegiatan membaca dilakukan, orang lain tidak terganggu.

Dalam kehidupan yang sebenar, setiap anggota masyarakat membaca bahan-bahan

yang sesuai dengan selera dan pilihan masing-masing. Ini dilakukan tanpa paksaan

daripada mana-mana pihak. Membaca secara perseorangan menuntut selera masing-

masing dan ini disebut sebagai personalized reading. Pengajaran membaca seperti ini

merupakan satu falsafah pengajaran yang melibatkan satu pendekatan terhadap

organisasi kelas. Berdasarkan konsep bahawa setiap kanak-kanak harus mencari,

memilih, melangkah dan maju sendiri, program membaca perseorangan adalah satu

strategi yang amat menarik. Hal ini dipercayai dapat memenuhi keperluan individu

tersebut secara berkesan.

Biasanya, membaca dalam hati atau membaca senyap ini melibatkan dua jenis bacaan,

iaitu membaca intensif dan membaca ekstensif. Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang

tersendiri.

Oleh itu, bacaan mentalis ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkan isi

bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan mentalis lebih

pantas daripada bacaan mekanis kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam

bacaan mekanis seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebagainya tidak

diperlukan dalam bacaan mentalis. Bacaan mentalis ini dijalankan sesudah murid-murid

mencapai kemahiran dan kecekapan bacaan mekanis.

Page 2: BACAAN MENTALIS

Tujuan

(a) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri.

(b) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami apa yang

dibacanya,

(c) Untuk melatih murid-murid membaca senyap dengan pantas.

(d) Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk mendapatkan

pengetahuan.

(e) Dapat menggunakan kemahiran membaca mentalis untuk hiburan.

Aktiviti bacaan mentalis

(a) Bacaan ini adalah bacaan untuk kefahaman.

(b) Bahan-bahan yang diajar mestilah berperingkat-peringkat daripada bahan-bahan

yang sedikit dan senang kepada bahan-bahan yang banyak dan susah.

(c) Guru memberi dan menentukan bahan bacaan. Semasa pelajaran dijalankan

guru membantu dan memandu murid-murid yang lemah.

(d) Guru bersoal jawab dan membincangkan perkataan dan rangkai kata yang

susah.

Page 3: BACAAN MENTALIS

\

B A C A A N M E K A N I S ( B E R S U A R A )

Membaca bersuara sering juga memakai nama-nama yang berbeza seperti membaca

mekanis, membaca oral, membaca ulat dan membaca nyaring. Walau apapun nama

yang digunakan, membaca mekanis ini merupakan satu aktiviti membaca yang

disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi, fikiran dan

perasaan seseorang pengarang. Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara yang

menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama

mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Orang

yang membaca harus mempunyai kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang

tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca. Lazimnya, ia harus memiliki kecepatan mata

yang tinggi serta pandangan mata yang jauh. Ia juga harus boleh mengelompokkan

kata-kata dengan baik dan tepat agar jelas maknanya bagi para pendengar.

Page 4: BACAAN MENTALIS

Membaca mekanis merupakan satu ketrampilan yang serba rumit dan kompleks.

Ia menuntut pengertian terhadap aksara di atas halaman kertas dan memproduksi

suara yang tepat dan bermakna. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa,

membaca mekanis yang digunakan lebih tertumpu kepada usaha menganalisis

pengucapan daripada pemahaman. Membaca mekanis adalah satu teknik yang mampu

memenuhi pelbagai ragam tujuan serta mengembangkan sejumlah ketrampilan serta

minat. Oleh sebab itu, dalam mengajarkan ketrampilan ini, guru harus dapat

memahamkan proses komunikasi dua arah. Lingkaran komunikasi belum sempurna

sekiranya pendengar belum dapat memberi tanggapan secukupnya terhadap fikiran

atau perasaan yang diekspresikan oleh pembaca.

Untuk membolehkan penguasaan membaca nyaring atau membaca secara

mekanis ini, pembaca haruslah dapat terlebih dahulu menguasai ketrampilan persepsi

yang melibatkan penglihatan dan daya tanggap yang membolehkannya mengenal,

memahami kata-kata dengan cepat dan tepat. Aspek lain yang sama pentingnya ialah

kemampuan mengelompokkan kata-kata dalam satu kesatuan fikiran serta

membacanya dengan baik dan lancar. Untuk membantu pelajar menangkap serta

memahami maksud pengarang secara berkesan, ia haruslah boleh melakukan perkara-

perkara berikut;

(a) Menyoroti idea baru dengan menggunakan penekanan yang jelas,

(b) Menjelaskan perubahan dari satu idea kepada idea yang lain,

(c) Menerangkan kesatuan-kesatuan fikiran dalam satu kalimat dengan penyusunan

kata yang tepat dan sempurna,

(d) Menghubungkan idea yang bertautan dengan cara menjaga suaranya sehingga

akhir dan tercapai tujuannya,

(e) Menjelaskan klimaks dengan gaya dan daya ekspresi yang baik dan tepat.

Page 5: BACAAN MENTALIS

Oleh itu, bacaan mekanis ialah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan

sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca

yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Bacaan bersuara biasanya

dilaksanakan di kelas-kelas rendah atau pada peringkat kelas permulaan. Gunanya

adalah untuk latihan teknik supaya kanak-kanak dapat menyembunyikan bunyi-bunyi

sebutan dengan sebutan, gaya, dan rentak irama yang sempurna.

Tujuan

Bacaan mekanis mempunyai beberapa tujuan;

(a) Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan

dan intonasi yang betul dan jelas.

(b) Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang betul.

(c) Mengembangkan atau mempelajari unsur bahasa seperti tatabahasa, kosa kata

dan juga apabila menggunakan kamus.

(d) Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula

berhenti pada tempat-tempat berhenti yang betul.

(e) Dapat menggunakan kemahiran bahasa dalam mata-mata pelajaran yang lain.

(f) Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca

bersuara.

(g) Dapat mengenal pasti laras bahasa yang pelbagai.

(h) Menikmati unsur estetik dalam bahan bacaan.

(i) Dapat mengulas isi yang terdapat dalam bahan bacaan.

Page 6: BACAAN MENTALIS

Aktiviti bacaan mekanis

Antara cadangan aktiviti bacaan mekanis;

(a) Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai

dengan kebolehan dan umur murid-murid.

(b) Bersoal jawab dan membantu murid-murid dengan perkataan-perkataan dan

rangkai kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan-

perkataan itu.

(c) Guru membaca sebagai contoh dan murid-murid menyemak bacaan guru.

(d) Guru membaca dan murid-murid mengikut. Boleh dilakukan secara kelas atau

kumpulan.

(e) Guru memandu murid-murid membaca secara individu bergilir-gilir.

(f) Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid-murid mengenai isu bacaan

untuk menguji kefahaman mereka. Ini boleh dilakukan secara lisan dan

bertulis.

Page 7: BACAAN MENTALIS

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

1. Tahun 4 Hijau

2. Tarikh/ Masa 9.40 -11.00 pagi

3. Bilangan Murid 33 orang

4. Mata Pelajaran Bahasa Melayu.

5. Tajuk Kelapa Sawit.

6.

HPU

7.0 Membaca, menaakul dan menghayati kandungan teks yang dibaca.

7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang

tersirat dan tersurat.

ARAS

Aras 2

i. membaca bahan edaran yang diberikan.

ii. menjelaskan maksud petikan yang diberikan.

HPS

9.2 mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca.

10.3 membuat ringkasan daripada bahan yang didengar dan dibaca.

ARAS

Aras 2

i. mencatat nota dalam bentuk grafik.

Page 8: BACAAN MENTALIS

Aras 3

i. menulis ringkasan menggunakan pengurusan grafik.

7. OBJEKTIF

Murid akan dapat:

i. Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersirat dan tersurat.

ii. Menjelaskan maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar dan dibaca

iii. Membuat ringkasan daripada bahan yang didengar dan dibaca.

8. KEMAHIRAN BAHASA

MENDENGAR MEMBACA BERTUTUR MENULIS

9. SISTEM BAHASA TATABAHASA EJAAN SEBUTAN & INTONASI

10. PENGISIAN KURIKULUM

Ilmu Kajian Tempatan

Nilai Murni Berbakti kepada tanah

Kewarganegaraan

Page 9: BACAAN MENTALIS

Peraturan Sosio/Budaya

11.

KEMAHIRAN MENILAI TAMBAH

Kem. berfikir Kem. TMK

Kecerdasan Pelbagai Kem. Konstruktivisme

Kem. Belajar Cara Belajar

Kem. Kontekstual

Kajian Masa Depan

12.

BAHAN BANTU MENGAJAR Kertas mahjong, bahan edaran, borang grafik, bahan visual

13.

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid boleh mengenalpasti maklumat dan dapat menggambarkan pokok kelapa sawit

Page 10: BACAAN MENTALIS

LANGKAH-LANGKAH

Langkah dan Masa

Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi

( 7 minit )

1. Tayangan video

- pertanian

2. Soalan yang diajukan:

- Apakah itu

pertanian?

1. Guru mengimbas

kembali pelajaran

lepas dengan tayang

video.

2. Guru menyoal

pemahaman murid

tentang pertanian.

- bahan visual

KBCB:

- teknik soalan

- Kontekstual:

menghubungkait

si pelajaran

Page 11: BACAAN MENTALIS

- Berikan contoh pokok

yang ditanam secara

ladang?

- Bagamana rupa

pokok kelapa sawit?

3. Guru menerangkan

tajuk pengajaran hari

ini.

dengan

pengalaman

sedia ada

murid.

Langkah 1

(15 minit )

1. Teks bertajuk ’kelapa

sawit’ (lampiran 1)

2. Bacaan kuat – 4

orang pelajar.

3. Sebutan dan intonasi

pelajar

4. Perbincangan antara

guru dan murid –

maklumat tersurat

1. Guru mengedarkan

teks dan minta murid

membaca secara

senyap.

2. Guru minta

beberapa orang

murid membaca

petikan secara kuat.

3. Guru membetulkan

sebutan dan intonasi

semasa murid

membaca.

4. Guru berbincang

dengan murid

tentang isi yang

- Petikan teks

- Teknik bacaan:

mentalis dan

mekanis.

- Kecerdasan

pelbagai: (a) interpersonal

(b) intrapersonal

Page 12: BACAAN MENTALIS

terkandung di

dalam teks.

Langkah 2

( 20 minit )

1. Tetapkan kumpulan-

5 kumpulan.

2. Borang grafik:

(lampiran 2)

3. Tayangan visual

4. Kertas mahjong-lekat

di papan hitam

1. Guru meminta murid

masuk ke dalam

kumpulan masing-

masing yang telah

ditetapkan.

2. Guru menayangkan

semula teks dalam

bentuk visual kepada

murid-murid dan

meminta murid

mencatat maklumat

penting di dalam

borang grafik yang

diedarkan.

3. Guru meminta murid

berbincang tentang

kegunaan kelapa

sawit dan

bahagiannya

- Kemahiran

berfikir

- Kaedah latih

tubi tulisan

- Borang grafik

- Bahan visual:

tayangan video

- Kertas mahjong

Page 13: BACAAN MENTALIS

berdasarkan bahan

visual yang

ditayangkan di dalam

kumpulan – murid

catat hasil

perbincangan

dalam borang grafik

yang diedarkan.

4. Guru mengadakan

pertandingan antara

kumpulan untuk

menyenaraikan hasil

perbincangan pada

kertas mahjong di

papan hitam.

Langkah 3

( 10 minit )

1. Lampiran 3 1. Guru minta murid

menyalin semula

maklumat pada

kertas mahjong di

papan hitam ke

dalam buku latihan.

- Teknik latih tubi

tulisan

- Kemahiran soal

jawab

Page 14: BACAAN MENTALIS

2. Guru edar helaian

soalan tatabahasa

dan bincang bersama

dengan murid

sebagai pengukuhan

pengajaran hari ini.

Langkah 4

( 5 minit )

1. Beri rumusan

peribadi- pilih

beberapa orang

pelajar.

2. Rumusan daripada

guru

1. Guru meminta

murid membuat

rumusan

berdasarkan

maklumat pada

bahan grafik

sebelum guru

memberikan

rumusannya .

- Kemahiran

berfikir

- Kertas mahjong

Penutup

( 3 minit )

1. Nilai-nilai murni yang

boleh didapati:

-berbudi kepada

1. Guru bincang nilai

murni bersama-sama

murid dengan ber -

Page 15: BACAAN MENTALIS

tanah. beberapa contoh

aktiviti yang

melibatkan nilai murni

yang dibincangkan.

Page 16: BACAAN MENTALIS

Pengayaan : Baca petikan berkaitan tanaman lain di pusat sumber dan sumber

bacaan seperti majalah, surat khabar dan sebagainya

Pemulihan : -

Refleksi :

Ulasan guru pembimbing:

Page 17: BACAAN MENTALIS

Ulasan pensyarah pembimbing :

Page 18: BACAAN MENTALIS

LAMPIRAN 1

KELAPA SAWIT

Kelapa sawit ialah sejenis tumbuhan yang banyak kegunaannya. Buah, tandan, batang,

pelepah dan daunnya dapat digunakan untuk menghasilkan pelbagai barangan.

Minyak isirung kelapa sawit dapat digunakan untuk membuat pelbagai jenis makanan ,

misalnya marjerin. Marjerin mengandungi pelbagai vitamin yang diperlukan untuk kesihatan.

Makanan lain yang dapat dihasilkan dengan menggunakan isirung kelapa sawit ialah aiskrim

dan lemak makanan.

Minyak isirung kelapa sawit juga dapat digunakan untuk membuat pelbagai barangan

bukan makanan seperti sabun, asid lemak dan minyak yang menggerakkan enjin. Selain

minyak isirung, tandan kelapa sawit pula diproses untuk dijadikan makanan haiwan, bahan api,

baja, dan bahan semaian untuk cendawan.

Bahagian pelepah dan daun pokok kelapa sawit diproses untuk dijadikan sebagai

makanan untuk haiwan ternakan seperti kambing, lembu dan sebagainya.

Batang pokok kelapa sawit pula dapat dijadikan perabot. Pokok yang tua dan tidak

mengeluarkan buah ditebang, dihancurkan dan kemudian dijadikan papan yang bermutu.

Papan tersebut digunakan untuk menghasilkan perabot yang unik. Batang kelapa sawit yang

telah reput amat sesuai dijadikan baja organik.

Page 19: BACAAN MENTALIS

Ternyata bahawa kelapa sawit banyak memberikan manfaat kepada kita. Oleh itu,

pelaksanaan projek penanaman kelapa sawit secara besar-besaran di negara kita merupakan

tindakan yang amat bijak.

LAMPIRAN 2

KEGUNAAN KELAPA SAWIT DAN BAHAGIANNYA

BUAH

Page 20: BACAAN MENTALIS

DAUN DAN PELEPAH BATANG

Page 21: BACAAN MENTALIS

LAMPIRAN 3

SOALAN PENGUKUHAN

1. Apakah produk yang dapat dihasilkan daripada minyak isirung kelapa sawit?

__________________________________________________________________________________

2. Mengapakah pokok kelapa sawit dikatakan mempunyai banyak kegunaan?

__________________________________________________________________________________

3. Sebelum perabot dihasilkan, batang kelapa sawit diproses sebagai apa?

Page 22: BACAAN MENTALIS

__________________________________________________________________________________

4. Apakah tindakan yang diambil setelah mengetahui kelapa sawit memberikan banyak manfaat kepada kita semua?

__________________________________________________________________________________