assignment mt ibu

Upload: najwazainuddin

Post on 04-Jun-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Assignment Mt Ibu

    1/16

  • 8/13/2019 Assignment Mt Ibu

    2/16

    aktiviti masa lapang, suka bergaul dan bermesra dan berkenaan hal-hal

    kemasyarakatan. Berdasarkan kedua-dua definisi ini, matematik sosial dapatlah

    ditafsirkan sebagai ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan pengiraan yang

    diaplikasikan dalam kehidupan seharian dalam sesebuah masyarakat. Matematik sosial

    mempunyai fungsi yang sangat besar dalam kehidupan bermasyarakat. Antaranya

    ialah:

    Membolehkan sesebuah masyarakat menjalankan proses jual beli secara

    lebih terancang.

    Membolehkan manusia mengurus kehidupan dengan lebih baik dengan

    adanya pengetahuan berkaitan dengan masa dan waktu.

    Untuk membolehkan manusia mengira umur, hari, bulan dan tahun.

    Membolehkan manusia menentukan jangka masa untuk melakukan

    sesuatu.

    Komponen

    Masa dan waktu

    Murid diperkenalkan dengan konsep masa dan menyatakan masa.

    Mereka perlu didedahkan dengan kemahiran menamakan bahagian-bahagian

    dalam sehari semalam iaitu pagi, tengah hari, petang, malam dan tengah malam.

    Pemahaman murid boleh dikukuhkan dengan meminta murid merekodkan

    aktiviti-aktiviti mengikut bahagian siang dan malam.

    Murid juga diperkenalkan dengan muka jam serta fungsi jarum panjang

    dan jarum pendek dan menyatakan waktu dalam pecahan jam seperti

    membahagikan muka jam pada 4 sukuan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan

    adalah menamakan waktu dalam jam dan pecahannya, membuat jadual harian

    dan mendapatkan maklumat daripada jadual sedia ada.

    Murid juga didedahkan dengan kemahiran membaca maklumat dari

    kalendar hari, hari bulan, minggu, bulan dan tahun serta penyelesaian masalah

    yang berkaitan dengan masa dan waktu.

  • 8/13/2019 Assignment Mt Ibu

    3/16

    Wang

    Murid diperkenalkan dengan duit syiling 1 sen, 5 sen, 10 sen dan 50 sen

    serta wang kertas RM1, RM2, RM5 dan RM10. Murid juga diajar perkaitan antara

    duit syiling dengan wang kertas dan cara menulis wang dalam bentuk simbol sen

    dan Ringgit Malaysia. Murid juga didedahkan dengan kemahiran menyatakan

    perbandingan nilai wang. Ini bertujuan supaya murid dapat menggunakannya

    dalam menyelesaikan masalah harian yang melibatkan wang seperti belanja

    harian membeli-belah dan tambang menambang yang menggunakan kiraan sen

    dengan melibatkan jumlah dan baki.

    Ukuran/ sukatan/Timbangan

    Ukuran

    Melibatkan penentuan saiz dan kuantiti benda seperti lebih

    panjang, lebih pendek, lebih besar, lebih kecil, lebih berat, lebih tebal dan

    sebagainya. Peringkat awal pengajaran memberi tumpuan kepada

    perbandingan saiz fizikal, kuantiti dan nilai benda tanpa melibatkan

    pengenalan mengenai unit ukuran serta operasi unit ukuran. Bahan-bahan

    seperti benang, kayu, tangan, kaki, pensel,tuas dan lain-lain untuk

    memahami konsep panjang, pendek dan seterusnya. Skim pengajaran

    awal tentang panjang dan jarak melibatkan jadual peringkat pengajaran

    seperti pengenalan, menjelaskan ukuran panjang, tinggi jarak secara

    mudah, pengenalan kepada unit ukuran standard, keperluan

    menggunakan unit-unit yang lebih ganjil, latihan menggunakan pembaris

    meter dan pita ukur dan kemahiran menggunakan alat-alat ukuran panjang

    dan menukar.

    Timbangan

    Pengajaran awal memberi tumpuan kepada perbandingan

    timbangan antara berbagai-bagai bahan. Perbandingan itu adalah

    secara:

  • 8/13/2019 Assignment Mt Ibu

    4/16

    Kuantiti

    Bilangan atau isipadu yang sama.

    Berat yang sama tetapi isipadu yang berlainan.

    Tujuan nya supaya murid dapat membuat pengasingan pada

    pemikiran mereka bahawa berat dan kuantiti bilangan atau isipadu

    ialah konsep yang berlainan. Skim pengajaran awal tentang berat

    meliputi peringkat pengajaran pengenalan kepada ringan dan berat

    benda-benda, menimbang secara perbandingan, memperkenalkan

    unit timbangan berat, menggunakan neraca spring.

    MASALAH PEMBELAJARAN

    KESUKARAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK BERAYAT

    Pengetahuan matematik boleh dikategorikan dalam lima jenis iaitu fakta,

    algoritma, konsep, hubungan antara konsep dan penyelesaian masalah. Penyelesaian

    masalah merupakan satu aspek yang sangat penting dan merupakan objektif utama

    dalam pembelajaran matematik. Ia juga merupakan bentuk pembelajaran pada tahap

    yang tertinggi (Gagne, 1985). Pelajar diharapkan dapat membina pengetahuan dan

    kemahiran baru melalui proses penyelesaian masalah, menyelesaikan masalah yang

    dihadapi dalam kurikulum matematik serta mengaplikasikan pelbagai strategipenyelesaian masalah matematik dalam konteks yang berbeza. Masalah matematik

    berayat sememangnya merupakan komponen penting dalam kurikulum

    matematik KBSR. Menurut Lim (1982, dalam Lim Beng Tin, 2000) dalam kajiannya

    mendapati pelajar menghadapi kesukaran dalam masalah matematik yang dinyatakan

    dengan perkataan berbanding masalah yang melibatkan simbol dan angka. Kesulitan

    ini mungkin merupakan sebab mengapa mereka kurang berjaya dalam matematik.

    Menurut artikel yang di tulis oleh David Tall dan /mohamad Rashidi Razali (1991),

    kesukaran mempelajari matematik yang dihadapi oleh pelajar yang kurang

    berkebolehan (koordinasi proses mental) adalah lebih tinggi daripada pelajar yang

    berkebolehan (manipulasi konsep mental).

    Segolongan pelajar yang lemah pula tidak dapat menterjemahkan soalan yang

    berbentuk ayat atau maklumat kepada persamaan atau ketaksamaan matematik yang

  • 8/13/2019 Assignment Mt Ibu

    5/16

    betul untuk membuat pengiraan yang selanjutnya. Dalam mempelajari simbol-simbol,

    tata tanda dan istilah-istilah matematik, seseorang pelajar seolah-olah menghadapi

    sesuatu situasi pembelajaran bahasa asing (Radatz, 1979). Sebahagian tata tanda

    matematik telah menimbulkan kesukaran intrinsik. Terdapat juga pelajar yang tidak

    memahami kehendak soalan. Maka ini mengakibatkan mereka menggunakan

    peraturan-peraturan atau strategi penyelesaian yang tidak berkaitan dengan kehendak

    soalan tersebut. Kelemahan daya berfikir menjadi punca kelemahan pelajar bumiputera

    dalam matematik. Tidak dapat di nafikan bahawa mata pelajaran matematik

    memerlukan kuasa pemikiran kognitif yang tinggi dan perlu dimiliki oleh pelajar. Juga

    penguasaan kemahiran matematik adalah penting bagi pelajar menunjukkan inisiatif

    sendiri untuk membuat latihan dan menyelesaikan masalah matematik dari semasa ke

    semasa. Bahasa matematik juga menjadi kesulitan kepada pelajar. Bahasa matematik

    berbeza dengan bahasa biasa kerana ia mempunyai makna yang tersendiri dan di

    gunakan dalam konteks matematik yang tertentu. Di samping itu, banyak istilah

    matematik digunakan dalam kurikulum matematik tidak dapat di fahami oleh pelajar.

    Kekeliruan tentang istilah merupakan satu masalah yang di hadapi oleh pelajar yang

    menyebabkan mereka tidak dapat memahami maksud istilah tersebut.

    Ciri-Ciri

    Masalah ini sering dihadapi oleh pelajar sekolah rendah. Pelajar biasanya

    didapati kurang berminat untuk mencuba soalan penyelesaian masalah yang dianggap

    susah. Sikap negatif ini sering menjadi penghalang kepada pelajar untuk mencapai

    kejayaan dalam matematik. Menurut Polya (1957) penyelesaian masalah lazimnya

    dikaitkan dengan penggunaan matematik dalam situasi di mana prosedur penyelesaian

    tidak begitu nyata atau ketara. Pengajaran matematik di sekolah lebih menekankan

    kepada kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran. Murid-murid yang

    berpencapaian rendah menunjukkan perkembangan yang lambat dalam mendapat danmenggunakan pelbagai kemahiran matematik. Mereka juga mempunyai keupayaan

    yang terhad dalam pencapaian jika di bandingkan dengan rakan-rakan yang sebaya

    dengan mereka. Montague (1993) melaporkan bahawa murid yang berpencapaian

    rendah menghadapi kesukaran untuk memberi perhatian kepada langkah yang terlibat

    dalam pencapaian masalah. Kesukaran ini boleh membawa kepada ketidakupayaan

  • 8/13/2019 Assignment Mt Ibu

    6/16

    murid untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan banyak langkah penyelesaian

    (multi step). Selain itu, murid yang berpencapaian rendah dalam matematik juga

    menghadapi kesukaran mengingat. Ini merupakan ketidakupayaan murid dalam

    menguruskan maklumat untuk penyimpanan. Kesukaran mengingat meghalang murid

    daripada menyimpan fakta dengan lama. Murid yang mempunyai masalah

    pembelajaran juga menunjukkan kesukaran dalam keupayaan visual-ruang. Mereka

    menghadapi masalah menulis dalam garis lurus, menggunakan garis nombor dan

    menentukan arah (Miller dan Mercer, 1997). Terdapat juga antara mereka yang

    menunjukkan kesukaran dalam penggunaan strategi kognitif dan metakognitif (Miller

    dan Mercer, 1997). Murid- murid ini menghadapi masalah matematik menentukan dan

    memilih strategi yang betul dalam menyelesaikan masalah. Mereka juga menghadapi

    masalah menguruskan maklumat, membuat perancangan, membuat pengesanan

    terhadap proses penyelesaian masalah dan membuat generalisasi kepada situasi yang

    serupa.

    Penyebab Kepada Masalah

    Guru-guru matematik di sekolah sering mengatakan bahawa pelajar menghadapi

    kesulitan apabila mereka dikehendaki menyelesaikan masalah matematik berayat

    berbanding soalan matematik berbentuk mekanikal. Adalah menjadi persoalan pula

    sama ada cara pendekatan yang didapati sama dan dapat membantu pelajar untuk

    menghadapi pelbagai penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian dan dalam

    mata pelajaran matematik. Cabaran ini dapat membantu guru-guru dalam merancang

    strategi yang lebih efektif untuk membantu pelajar mengatasi kelemahan mereka dalam

    menyelesaikan masalah penyelesaian masalah di samping menarik minat mereka

    semula. Jika guru dapat mengenal pasti dan mendiagnos kelemahan pelajar di

    peringkat awal maka pemulihan dapat diberikan untuk memperbaiki kelemahan dan

    seterusnya dapat membantu pelajar menguasai kelemahan dan membina keyakinanserta minat mereka terhadap matematik khususnya.

    Cara penyelesaian masalah tidak dapat dihafal seperti sifir atau menyelesaikan

    soalan-soalan bentuk mekanis. Ia perlu dilaksanakan secara sistematik dan

    berperingkat dengan melibatkan kefahaman konsep asas matematik yang dikuasai di

  • 8/13/2019 Assignment Mt Ibu

    7/16

    tahap satu. Salah satu objektif pendidikan matematik sekolah rendah yang dinyatakan

    dalam KBSR ialah untuk membolehkan pelajar menyelesaikan masalah bercerita atau

    penyelesaian masalah dan penekanan diberi secara menyeluruh bagi semua tajuk

    kerana ia merupakan komponen penting dalam Kurikulum Matematik KBSR. Pelajar-

    pelajar telah mula didedahkan dengan unsur-unsur penyelesaian masalah atau

    masalah matematik berayat pada tahap satu.

    Pelajar dikehendaki memilih operasi tambah, tolak, darab dan bahagi bergantung

    kepada arahan soalan yang melibatkan satu langkah penyelesaian sahaja. Kebanyakan

    dapat diperhatikan pelajar cukup berminat dalam mengikuti kelas matematik dan

    prestasi pencapaian pada tahap satu amat membanggakan dan ia mengambarkan

    bahawa mata pelajaran matematik pada saat itu amat menyeronokkan. Tidak lupa juga

    penekanan diberikan terhadap aspek kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis yang

    berteraskan penyelesaian masalah juga dimasukkan dalam sukatan pelajaran

    matematik. Pada tahap dua pula pelajar dikehendaki menyelesaikan masalah yang

    memerlukan lebih daripada satu langkah penyelesaian. Strategi penyelesaian dengan

    memilih operasi yang betul sahaja mungkin tidak menepati arahan soalan kerana ia

    juga mungkin mempunyai dua langkah penyelesaian untuk menghasilkan penyelesaian

    yang sempurna. Maka kebanyakan keseronokan tadi akan berubah apabila minat

    pelajar mula berkurangan terhadap mata pelajaran matematik yang juga menghantui

    pelajar kepada bentuk soalan bertambah sukar bagi mereka. Minat di sini bermaksud

    tertarik kepada matematik atau merasa ingin memberi perhatian kepadanya. Prestasi

    pelajar tahap dua juga kurang memuaskan berbanding dengan tahap satu pelajar

    tersebut. Miller dan Mercer (1997) mengatakan murid yang menghadapi kesukaran

    mengingat akan memberi kesan kepada keupayaannya menyelesaikan masalah

    berayat dengan cara berikut:

    i. Murid tidak berupaya menyimpan fakta-fakta matematik atau maklumat baruii. Murid tidak ingat langkah-langkah algoritma

    iii. Murid-murid menunjukkan kelemahan dalam ulang kaji pelajaran

    iv. Murid-murid menghadapi kesukaran menyatakan masa

    v. Murid-murid menghadapi masalah menyelesaikan masalah yang melibatkan

    lebih dari satu langkah.

  • 8/13/2019 Assignment Mt Ibu

    8/16

    Semua itu memberi kesan kepada kemahiran pengiraan dan penyelesaian masalah.

    Masalah MatematikMasalah matematik perlu diselesaikan mengikut pendekatan yang terancang.

    Penyelesaian masalah dalam matematik adalah suatu situasi pembelajaran iaitu

    matlamat itu tercapai melalui suatu pemilihan proses dan pelaksanaan operasi tersebut.

    Untuk mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam diri murid, guru

    perlu bijak memilih soalan menyelesaikan masalah yang bersesuaian dengan tahap

    murid. Kejayaan murid menyelesaikan sesuatu masalah akan meningkatkan minat

    mereka untuk menyelesaikan masalah yang lain.

    Penyelesaian masalah menggunakan Model Polya.

    Polya(1973) dalam bukunya How to Solve It: Aspect of Mathematical Methode

    menyarankan bahawa dalam proses penyelesaian masalah matematik, murid harus

    mampu berfikir untuk memahami masalah, merancangkan penyelesaian,

    menyelesaikan dan mengaitkan masalah yang sedang didapati dengan pengalaman

    dan pengetahuan yang telah dilalui sebelumnya. Langkah-langkah yang digunakan

    untuk menyelesaikan masalah menurut Polya adalah seperti berikut:

    1. Mulakan di mana? Mula dengan apa yang diketahui.

    2. Apakah yang boleh dibuat? Pandang masalah itu dari beberapa segi dan

    cari kaitan antaranya dengan pengalaman lalu.

    3. Bagaimanakah satu idea menjadi berguna? Ia memberitahu bagaimana

    masalah itu dapat dimulakan serta diselesaikan.

    4. Apakah yang dibuat dengan idea yang kurang lengkap. Pertimbangkan

    idea itu. Kalau ada kebaikan, pertimbangkan seterusnya, kalau tidak

    ketepikan sahaja.

    5. Apakah faedah yang diperoleh jika perbuatan itu berulang? Kalau ideapertama tidak sesuai, fikirkan idea lain. Mungkin idea lain berupaya

    memberi penyelesaian kepada masalah. Walaupun kadang-kadang idea

    yang tidak sesuai memakan masa, tetapi memikirkan pelbagai idea

    merupakan aktiviti yang baik dan mesti digalakkan.

  • 8/13/2019 Assignment Mt Ibu

    9/16

    Untuk lebih jelas, Model Polya dilaksanakan dalam peringkat:

    i) Memahami soalan bermasalah murid dibimbing untuk memahami

    item-item yang terlibat dalam masalah, perkaitan di antara item yang

    dikenal pasti dan item yang hendak dicari atau dijawab

    ii) Peringkat merancang strategi memilih operasi-opersi yang sesuai,

    menggunakan gambarajah, cara analogi, menggunakan kaedah uniter

    dan sebagainya.

    iii) Peringkat melaksanakan strategi menghuraikan langkah

    penyelesaian secara sistematik untuk memndapat jawapan yang betul

    iv) Peringkat menyemak jawapan dan penyelesaiannya bmencari cara

    lain untuk menyelesaikan masalah matematik yang sama atau

    menggunakan cara songsang seperti jawapan yang didapati daripada

    operasi bahagi boleh disemak dengan operasi darab.

    Pengesanan Masalah Menggunakan Kaedah Newman

    Newman (1983), menyatakan masalah utama murid dalam menjawab soalan

    berbentuk perkataan terletak kepada peringkat kefahaman dan transformasi, iaitu

    menukarkan perkataan dalam soalan kepada ayat atau simbol matematik. Cramer &

    Karnowski, 1995) mengungkapkan ;

    Childrens informal language can indicate a readiness to translate to formal abstract

    symbol.For example,when student can talks about their action with manipulatives or

    describe how problems can be solved with manipulatives or describes how story

    problems can be solved with manipulatives or pictures,they are ready to record their

    ideas with written symbols.

    Melalui kemahiran berbahasa dalam matematik murid atau pelajar akan

    berkomunikasi dengan matematik terutamanya dengan kurikulum matematik yang

    menjadi pilihan kepada abad ini dan abad yang mendatang.

  • 8/13/2019 Assignment Mt Ibu

    10/16

    Teori pembelajaran Konstruktivisme

    Menurut faham konstruktivis pengetahuan merupakan konstruksi (bentuk) dari

    orang yang mengenal sesuatu (skemata). Pengetahuan tidak boleh dipindahkan dari

    guru kepada orang lain, kerana setiap orang mempunyai skema sendiri tentang apa

    yang diketahuinya. Pembentukan pengetahuan merupakan proses kognitif di mana

    terjadi proses asimilasi dan akomodasi untuk mencapai suatu keseimbangan sehingga

    terbentuk suatu skema yang baru. Seseorang yang belajar itu bererti membentuk

    pengertian atau pengetahuan secara aktif dan terus-menerus (Suparno, 1997).

    Konstruksi bererti bersifat membangun, dalam konteks falsafah pendidikan,

    Konstruktivisme adalah suatu upaya membangun tata susunan hidup yang berbudaya

    moden. Konstruktivisme merupakan landasan berfikir pembelajaran kontekstual iaitu

    pengetahuan di bangun oleh manusia sedikit demi sedikit, yang hasilnya diperluas

    melalui konteks yang terbatas. Pengetahuan bukanlah seperti fakta-fakta, konsep, atau

    kaedah yang siap untuk di ambil dan di ingat. Manusia harus mengkonstruksi

    pengetahuan itu dan memberi makna melalui pengalaman nyata. Menurut

    Mahmud (2001, dalam Zainal Abidin Bin Zainuddin & Afrinaleni Binti Suardi, 2008 ),

    adalah perlu aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah yang sesuai

    dapat digunakan di kalangan murid-murid yang lemah bagi menarik minat mereka

    dalam mata pelajaran matematik.

    Dengan adanya maklumat ini juga dapatlah guru mengubahsuai kaedah

    pengajaran dan pembelajaran mereka agar pelajar dapat mempelajari matematik

    dengan lebih seronok dan bermakna . Kaedah Konstruktivisme memainkan peranan

    yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, khususnya di sekolah

    menengah. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru

    perlu mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat

    baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat

    mereka, barulah bentuk baru tentang sesuatu ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses

    ini dinamakan Konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme berpendapat bahawa

    pembelajaran bermakna bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada

    murid. Manakala Nik Azis Nik Pa ( 1999 ) menerangkan bahawa Konstruktivisme

  • 8/13/2019 Assignment Mt Ibu

    11/16

    adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia

    membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh

    seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut,

    dan bukan suatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif dari luar.

    Rutherford dan Algren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri

    tentang hampir semua perkara sama ada betul atau salah. Jika kefahaman dan

    pandangan diabaikan dan tidak diatasi, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu

    akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan , mereka memberi jawapan seperti yang

    dikehendaki oleh guru. John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme dengan

    mengatakan bahawa pendidik cekap harus melaksanakan pengajaran dan

    pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara

    berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam

    aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

    Scaffolding

    Scaffolding merupakan pemberian sejumlah bantuan kepada pelajar pada tahap

    awal pembelajaran, kemudian mengurangi bantuan dan memberikan kesempatan untuk

    mengambil alih tanggung jawab yang semakin besar setelah ia dapat melakukannya

    (Slavin, 1997). Scaffolding merupakan bantuan yang diberikan kepada pelajar untuk

    belajar dan memecahkan masalah. Bantuan tersebut dapat berupa petunjuk,

    dorongan, peringatan, menguraikan masalah ke dalam langkah-langkah pemecahan,

    memberikan contoh, dan tindakan-tindakan lain yang memungkinkan pelajar itu belajar

    sendiri. Ini merupakan teknik yang digunakan oleh seseorang yang memiliki kemahiran

    yang lebih untuk membantu seseorang yang kurang berpengetahuan. Pembelajaran

    dengan bantuan scaffolding memberi manfaat kepada pelajar yang lemah. Pendekatan

    melalui scaffolding memberi dua sumbangan, iaitu is menjadikan pelajar berminat untuk

    melibatkan diri dalam tugasan dengan efektif sehingga Berjaya. Pelajar dapatmengembangkan aktiviti-aktiviti dan pengalaman-pengalaman pembelajaran serta

    meningkatkan kadar keupayaan pembelajaran yang perlu di capai. Sumbangan kedua

    ialah ia dapat mengembangkan prestasi dan zon perkembangan proksimal pelajar. Zon

    perkembangan proksimal yang disarankan oleh Vygotsky menghubungkan perbezaan

    antara apa yang boleh dipelajari oleh pelajar tanpa bantuan dengan apa yang boleh

  • 8/13/2019 Assignment Mt Ibu

    12/16

    dipelajari dengan bantuan guru atau rakan sebaya yang berkebolehan. Menurut

    Hartman (2002), tujuan guru mengajar berpandukan scaffolding adalah untuk pelajar

    menjadi seorang penyelesai masalah dan individu pembelajar yang bebas. Pendekatan

    ini mnejurus kepada konstruktivisme sosial yang disebut pendekatan konstruktivisme

    sosial. Pendekatan konstruktivisme sosial memandang kebenaran matematik tidak

    bersifat tepat dan mengidentifikasi matematik sebagai hasil dari pemecahan masalah

    dan pengajuan masalah (problem posing) oleh manusia (Ernest, 1991). Dalam

    pembelajaran matematik, Cobb, Yackel dan Wood (1992) menyebutnya

    dengan konstruktivisme sosio (socio-constructivism), pelajar berinteraksi dengan guru,

    dengan pelajar lainnya dan berdasarkan pada pengalaman tidak formal pelajar

    mengembangkan strategi-strategi untuk memberi respon kepada masalah yang

    diberikan. Pendekatan ini sesuai dengan masalah pembelajaran yang di hadapi pelajar.

    Menurut Roslina Radzali (2007) kepercayaan pelajar yang naive tentang ciri

    penyelesaian masalah perlu diperbetulkan. Pelajar perlu diberi kesedaran, bimbingan

    dan pengalaman bahawa memahami konsep yang mendasari masalah adalah penting

    untuk berjaya dalam penyelesaian masalah matematik. Pelajar perlu diberikan

    pendedahan melalui latihan, supaya mereka melihat masalah yang

    hendak diselesaikan dari sudut prinsip asasnya dan tidak melihat masalah secara

    permukaan. Kesedaran mesti diberikan kepada pelajar bahawa tidak ada satu prosedur

    khusus tertentu, langkah demi langkah yang boleh menyelesaikan semua masalah

    matematik. Oleh itu menyemai kepercayaan yang betul tentang ciri penyelesaian

    masalah matematik adalah penting. Pendedahan kepada pelajar bahawa penyelesaian

    masalah matematik adalah melalui kefahaman yang jelas terhadap situasi masalah

    yang hendak diselesaikan, membuat gambaran mental dan kemudiannya membina

    perwakilan bagi masalah tersebut, mesti diamalkan.

    Pembelajaran Koperatif

    Kerja dalam kumpulan adalah sesuai bagi murid yang mempunyai masalah

    pembelajaran seperti ini iaitu seperti tutor rakan sebaya dan pembelajaran koperatif.

    Ahli dalam kumpulan berkongsi maklumat dan bertanggungjawab dengan membantu

    satu sama lain (Meese, 2001;Rivera,1996). Pembelajaran koperatif memberi peluang

  • 8/13/2019 Assignment Mt Ibu

    13/16

    kepada murid untuk mendekati sesuatu masalah dengan pelbagai cara (Effandi, 2003).

    Bagaimanapun, kerja kumpulan haruslah terancang dan guru perlu banyak membantu.

    Guru tidak boleh membiarkan murid begitu sahaja. Pembelajaran kooperatif telah

    menjadi salah satu pembaharuan dalam pergerakan refomasi pendidikan.

    Pembelajaran kooperatif sebenarnya merangkumi banyak jenis bentuk pengajaran dan

    pembelajaran. Asasnya ia menggalakkan pelajar belajar bersama-sama dengan

    berkesan melalui pembentukan kumpulan yang homogen seperti dalam pendidikan

    inklutif. Ianya boleh digunakan oleh pelbagai kumpulan umur dan dalam pelbagai mata

    pelajaran. Pembelajaran koperatif dilaksanakan secara kumpulan kecil supaya pelajar-

    pelajar dapat berkerjasama dalam kumpulan untuk mempelajari isi kandungan

    pelajaran dengan pelbagai kemahiran sosial. Secara dasarnya, pembelajaran kooperatif

    melibatkan pelajar bekerjasama dalam mencapai satu-satu objektif pembelajaran

    (Johnson & Johnson, 1991). Pembelajaran jenis ini juga merujuk kepada kaedah

    pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam

    kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran

    adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga

    untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah (1)

    saling bergantung antara satu sama lain secara positif (2) saling berinteraksi secara

    bersemuka (3) akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri (4) kemahiran

    koperatif, dan (5)pemprosesan kumpulan.

    PENUTUP

    Secara kesimpulannya, dengan sistem pembelajaran matematik yang

    menekankan penghafalan dan dengan bebanan latihan yang tidak difahami oleh pelajar

    membuatkan mereka tercicir dalam pembelajaran. Justeru ianya membuatkan minat

    mereka untuk terus belajar semakin kabur. Pelajar seringkali membuat berbagai

    andaian apabila mereka cuba memahami sesuatu pelajaran yang cuba di sampaikanoleh guru mereka dan adakalanya andaian mereka salah. Ia bermaksud pembentukan

    konsep yang berlaku di dalam fikiran mereka adalah berbeza dengan hasrat yang ingin

    dicapai oleh pendidik. Menurut Mohd Salleh Abu (1991), seseorang pelajar yang tidak

    menunjukkan penguasaan konsep dan kemahiran matematik akan menghadapi

    masalah pemahaman dalam matematik. Menurut Wong Khoon Yoong (1987),

  • 8/13/2019 Assignment Mt Ibu

    14/16

    kebolehan matematik yang lebih tinggi adalah bergantung kepada kebolehan yang lebih

    rendah, iaitu dalam bentuk hierarki. Ramai pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah

    atas sebab-sebab tiada penguasaan konsep yang sebenar atau berlakunya

    kesalahfahaman konsep. Laporan Cockroft (1982), sesuatu pelajaran matematik yang

    baik lagi efektif harus mengandungi unsur - unsur seperti eksposisi atau penyampaian

    isi pelajaran oleh guru, perbincangan antara pelajar dan guru serta perbincangan antara

    pelajar itu sendiri. Di samping itu pelajaran itu juga seharusnya mempunyai kerja praktik

    yang sesuai, latih tubi bagi kemahiran asas, aktiviti penyelesaian masalah dan aktiviti

    menyelidiki pelbagai cara penyelesaian masalah matematik.

    Dewey (1859) melalui bukunya The School and Society (1899) dan The Child

    and The Curriculum (1902) telah menyatakan bahawa asas pengajaran berbentuk

    pembentukan kefahaman yang banyak mempengaruhi pendidikan masa kini baik dari

    segi teori mahupun dari segi praktiknya. Oleh yang demikian, pedagogi yang betul ialah

    dengan menyedari pelbagai permasalahan yang mungkin timbul dan bagaimana

    menggunakan daya kreatif untuk menyediakan pelbagai peluang pembelajaran untuk

    menangani cabaran yang mendatang. Menurut Webb (1989 dalam Tengku Shariffah bt

    Tuan Yusof 2004), pengaruh guru terhadap pembelajaran adalah besar maknanya,

    oleh itu pengetahuan guru dalam merancang strategi pengajaran dengan baik amat

    perlu. Mengikut kajian yang telah dibuat ke atas pelajar rata-rata menunjukkan bahawa

    mereka tidak mampu fahami soalan, tidak tahu merancang strategi dan sudah tentu

    tidak tahu melaksana strategi. Pembelajaran adalah suatu proses yang aktif. Pelajar

    perlu membina skim-skim matematik berasaskan penggunaan kalkulator atau

    pengalaman sendiri. Selain itu pelajar juga perlu di beri peluang berbincang dan

    bertukar-tukar fikiran semasa menyelesaikan masalah.

  • 8/13/2019 Assignment Mt Ibu

    15/16

    RUJUKAN

    Azizi Hj. Yahaya, Jamaluddin Ramli, dan Yusof Boon (2000). Sumbangan sikap

    terhadap matapelajaran matematik : sejauhmanakah hubungan ini relevan? . Fakulti

    Pendidikan,UTM.

    Baharudin Omar, Kamarulzaman Kamaruddin dan Nordin Mamat (2002). Faktor

    Kecemerlangan dan Kemunduran Pelajar di Sekolah Menengah dalam Matematik: Satu

    Tinjauan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    Cecil.D.M. (1997). Students With Learning Disabilities.Florida. Merrill

    Cherri Moseley. (2004).Number and Calculating. United Kingdom; Folens Publisher.

    Emma E. Holmes. Children Learning Mathematics A cognitive Approach to

    Teaching. United Stated of America;Prentice-Hall,INC.

    Noriati A. Rashid et al. (2009).Murid dan Alam Belajar .Kuala Lumpur; Oxford Fajar

    Bakti Sdn.Bhd.

    Pamela Cowan .(2006).Teaching Mathematics.Great Britain; Routledge Taylor &

    Francis Group.

    Thomas P. Carpenter et al. (1999). Childrens Mathematics Cognitively Guided

    Instruction. United Stated of America; Portsmouth,NH

    Hassan Mohd Ali ( 1996 ). Mendidik Anak Pintar Cerdas. Kuala Lumpur : Utusan

    Publication and Distributors.

    http://special.edschool.virginia.edu/information/ints/subtrac.html . Diakses pada 2

    September 2013.

    http://www.as.wvu.edu/~acad/text/learning_disabilities.html . Diakses pada 2 September

    2013.

    http://special.edschool.virginia.edu/information/ints/subtrac.htmlhttp://special.edschool.virginia.edu/information/ints/subtrac.htmlhttp://www.as.wvu.edu/~acad/text/learning_disabilities.htmlhttp://www.as.wvu.edu/~acad/text/learning_disabilities.htmlhttp://www.as.wvu.edu/~acad/text/learning_disabilities.htmlhttp://special.edschool.virginia.edu/information/ints/subtrac.html
  • 8/13/2019 Assignment Mt Ibu

    16/16