permainan mt

Upload: ivytan256

Post on 01-Mar-2016

58 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Tajuk : Nombor bulatObjektif : Mereka dapat menguasai kemahiran;a. Menambah 2 nombor bulatAras kemahiran : Menambah dan sebarang dua nombor bulat dengan mengumpul semula dari sa ke puluh sehingga 100.Bahan Bantu Belajar : kad Catur Operasi, kad arahan, kad penanda , kertas kosong, Pensel.Pengetahuan sedia ada murid: murid telah mempelajari dan menguasai kemahiran asas penambahan.

Dalam permainan catur tersebut, saya menggunakan kad arahan (seperti gambar dibawah) sebagai syarat mengerakan penanda (token).

Berikut adalah contoh-contoh kad arahan.

Dalam kad arahan ini mempunyai simbol operasi seperti + dan - . Simbol + adalah bermaksud bergerak kehadapan/menaik ( ascending).Kad bertanda + 5 bermaksud pelajar perlu bergerak kehadapan sebanyak 5 mata. Kad-kad ini lah yang menjadi isi pelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang dijalankan. Cara bermain Catur Operasi.1.Murid membentuk 4 kumpulan, setiap kumpulan mempunyai 4 orang murid.2.Setiap murid memilih kad penanda (token).3.Setiap murid diberi kertas kosong untuk menunjukan jalan pengiraannya.4.Kesemua kad diletakan secara tertutup pada tempat yang disediakan pada papan catur. 5.Setelah menetapkan giliran bermain, murid yang pertama akan mengambilkan 1 arahan dan kad penanda (token) digerakan mengikut jumlah pada kad arahan tersebut. Jumlah pada kad tersebut dicatat pada kertas sebagai rekod.

PERATURAN1.Pemenang boleh ditentukan dengan 2 cara iaitu;a.Siapa yang dapat menghabiskan permainan dikira sebagai pemenang.( tamat pada 100 )b.Siapa yang mendapat jumlah yang paling banyak dikira sebagai pemenang.

Objetif Permainan Catur Operasi.Permainan catur ini adalah dibina supaya murid dapat mengukuhkan kemahiran;a. Menambah 2 nombor bulat

Permainan ini saya cadangkan digunakan selepas habisnya campur .

Kesan Permainan Catur Operasi Terhadap Pembelajaran Pelajar.

Di dalam artikel Rochdi Simon.et.al. (2007), yang bertajuk Model Permainan Di Sekolah Dasar Berdasarkan Pendekatan Dap (Developmentally Appropiate Practice),Moyles (1991) menyatakan bahawa bermain merupakan proses pembelajaran yang melibatkan pikiran, persepsi, konsep, kemahiran sosial dan fisik. Selain itu bermain juga dikaitkan dengan ganjaran instrinsik dan kegembiraan. Oleh itu,selain dari mengukuhkan kemahiran asas matematik,saya yakin dengan permainan catur operasi ini murid dapat keseronokan. Dengan ini secara tidak langsung murid akan melakukan pengiraan apabila mereka bermain permainan tersebut. Keseronokan inilah yang dapat menarik serta menanam minat murid terhadap matematik dan persepsi negatif terhadap matapelajaran matematik juga dapat diubah. Dalam aspek piskomotor pula, permainan catur memperkembangkan kordinasi motor halus mereka. Semasa bermain murid akan melakukan pergerakan seperti jari dan mata. Pada aspek kongnitif pula kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) dapat diperkembangkan kerana semasa bermain murid akan berfikir, membuat perbandingan, membuat anggaran, dan mengelas. Selain itu nilai-nilai murni dapat dipupuk dalam permainan ini seperti berkerjasama, berdisplin (mematuhi peraturan mainan), toleransi, dan kepimpinan. Harapan saya agar permainan catur operasi menjadi satu altenatif dalam menarik minat pelajar terhadap matematik. Secara tidak disedari murid, ia juga adalah salah satu bentuk latih-tubi dalam kemahiran matematik. Sama ada disekolah mahu pun dirumah permainan catur operasi dapat dapat dimain dimana-mana sahaja.

Kekuatan

Saya menggunakan bahan bantu belajar yang dibina sendiri dalam permainan catur untuk mengukuhkan lagi pengiraan murid-murid dalam operasi 100.Gaya pengolahan saya begitu ringkas dan padat. Oleh sebab itu, semua pelajar saya dapat menguasai kemahiran dengan berkesan.saya dapat membawa keluar pemahaman para pelajar tentang tajuk yang diajar dengan mempelbagaikan latihan dalam kumpulan dan juga individu.ini menyebabkan ramai pelajar dapat menguasai apa yang saya sampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Saya dapat mencapai objektif pembelajaran dengan berkesan.Dalam aktiviti kumpulan, kesemua anak murid saya telah melibatkan diri masing-masing secara aktif di samping mengamalkan sikap bekerjasama di antara ahli kumpulan dalam membuat aktiviti yang diberikan.Bahan bantu belajar yang saya gunakan telah banyak membantu saya dalam menjalankan aktiviti permainan catur ular.

KelemahanKad-kad nombor yang saya sediakan nampaknya tidak sesuai kerana terlalu ringan dan mengakibatnya terbang apabila tiupan angin kipas. Saya harus gunakan kad keras supaya tidak mudah terbang.Semasa menjalankan aktiviti berkumpulan, saya berasa mempunyai sedikit bising dan saya tidak mencadangkan latihan semasa mengakhiri pelaksaan mengajar. Saya akan menjadikan perkara ini sebagai satu pengalaman dan tidak akan mengulanginya lagi. Saya akan memberi latihan atau tugasan semasa mengakhiri pelaksanaan mengajar saya.

refleksi

Saya telah menjalankan aktiviti permainan catur untuk operasi tambah pada hari sabtu ( 21/09/13 ) . semasa aktiviti permainan dijalankan, saya sedar bahawa cara saya adalah salah dengan menggabungkan 2 operasi iaitu operasi campur dan tolak. Ini disebabkan oleh murid telah mencabut -2 pada mulanya dan harus mengundur ke belakang sebanyak 2 petak.

Dibawah penerangan dan mencadang pensyarah, saya sedar bahawa permainan ini adalah lebih sesuai dengan melibatkan operasi tambah sahaja. Saya akan menukarkan objektif saya dan mempersuaikannya pada aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya pada masa yang akan datang.

Tambahan lagi, kertas nombor yang saya sediakan terlalu ringan dan tidak sesuai digunakan.Saya harus menggunakan kertas tebal atau kad tebal yang lebih sesuai.

Secara keseluruhan, saya berasa amat bangga dan besar hati kerana bahan bantu belajar catur ular saya dipuji oleh pensyarah. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya kerani sudi memberi pandangandan nasihat kepada saya serta kawan-kawan sebaya yang membantu saya menjalankan aktiviti permainan ini.

Sekian, terima kasih.

PENdahuluanMatematik adalah salah satu subjek yang sangat penting dalam kokurikulum sekolah. Gagalnya dalam matapelajaran matematik sama ada dalam UPSR, PMR atau SPM maka gagalah statusnya dalam keputusan peperiksaan itu. Sebenarnya matematik bukan sahaja penting dalam kokurikulum sekolah, tetapi ia penting dalam kehidupan seharian. Segala teknologi yang kita kecapi pada hari ini tidak akan wujud tanpa adanya matematik. Menurut Abdul Latif Samian, (1997) matematik mementingkan nombor, hubungan, bentuk, geometrik dan aktiviti peniskalaan. Dalam skop pembelajaran, matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda seseorang berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan sesuatu masalah serta membuat keputusan. Ini bukan sesuatu yang mudah! Menurut Sabri Ahmadi.et.al (2006), pendidikan matematik di sekolah yang tidak menyeronokan adalah salah satu punca kegagalan pelajar dalam matapelajaran matematik. Begitu juga dengan pendapat Mok Soon Sang (1994), salah satu penyebab kegagalan penguasaan pembelajaran oleh pelajar ialah bahan pengajaran yang disediakan kurang menarik minat pelajar. Dikukuhkan lagi dengan kajian yang dilakukan oleh Tay Lay Eng (1993), menunjukan satu kajian kes mendapati bahawa kebanyakan pelajar yang mempunyai pencapaian rendah dalam matapelajaran matematik adalah di kalangan mereka yang menganggap matapelajaran matematik adalah suatu matapelajaran yang sukar dan membosankan.(Johari Bin Hassan dan Norsuriani Binti Ab Aziz, 2011). Dalam menarik minat murid dalam pembelajaran matematik, guru-guru perlu bijak dan kreatif mencipta aktiviti pembelajaran.Terdapat banyak teori dan cadangan dikalangan ahli-ahli pendidikan untuk meningkatkan minat dan pembelajaran matematik dikalangan pelajar.Seperti dalam Jurnal Pendidikan Dasar, Kami (Turmudi, 2002) menyarankan permainan digunakan sebagai suatu bentuk pendekatan dalam pembelajaran matematika. Ernest (1986b) menjelaskan bahwa (1) permainan mampu menyediakan reinforcement dan latihan keterampilan, (2) permainan dapat memotivasi, (3) permaianan membantu pemerolehan dan pengembangan konsep matematika, serta (4) melalui permainan siswa dapat mengembangkan strategi untuk pemecahan masalah. (Maulana 2010).Jelas disini menunjukan bahawa permainan dapat menarik minat pelajar dalam matematik dan murid boleh belajar matematik melalui permainan.

Definisi Permainan Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) main bermaksud sesuatu yang dilakukan untuk bersenang-senang atau bersuka-suka.Manakala bermain bermaksud berbuat sesuatu untuk menyukakan atau menyenangkan hati. Mainan pula bermaksud benda yang digunakan untuk bermain dan permainan adalah sesuatu yang digunakan untuk bermain , sesuatu untuk bermain-main sahajaatau mainan. Menurut Rini Mulyani (2006), dalam tugasan akhirnya yang bertajuk, Permainan Edukatif Dalam Perkembangan Logik- Smart Anak, menyatakan bahawa Soegeng Santoso (2002) mendifinisikan bermain sebagai suatu kegiatan atau tingkah laku yang dilakukan anak secara sendirian atau berkelompok dengan menggunakan alat atau tidak untuk mencapai tujuan tertentu.

Definisi Matematik.Menurut Sharipah Ab.Rahman et.al. (2006), matematik membawa maksud kajian pola dan hubungan, bahasa dan suatu cara berfikir. Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua pula matematik adalah ilmu pengetahuan mengenai nombor, bentuk, susunan, hubungan dgn menggunakan simbol.Dalam laman web http://www.oocities.org/hypatia07/masha2/ilmiahmate.html, menyatakan Descartes mendefinisikan matematik sebagai kajian tentang pola.

Permainan Matematik.Daripada definisi-definisi di atas, saya simpulkan permainan matematik adalah suatu benda yang digunakan untuk menyenangkan hati sambil menguasai sesuatu kemahiran terhadap nombor, pola, bentuk hubungan dan simbol.Objektif utama dalam permainan matematik bukan lah untuk bergembira tetapi adalah untuk mengembangkan kognitif kanak-kanak dengan kemahiran matematik.Memandangkan kanak-kanak suka bermain yang telah menjadi satu naluri bagi mereka, maka ilmu-ilmu dan kemahiran matematik diserapkan didalam permainan supaya mereka mempelajari secara tidak langsung. Kita sering dengar kenyataan seperti, matematik itu susah, murid tidak minat dengan matematik, nombor adalah membosankan. Oleh itu matlamat permainan matematik pula adalah untuk menarik minat pelajar untuk melakukan aktiviti matematik yang kurang digemari mereka.

Permainan Dalam Pembelajaran Matematik.Bagaimana permainan dapat digunakan dalam pembelajaran matematik, kita perlu berbalik kepada teori konstruktivime. Perspektif konstruktivime adalah hasil daripada kajian Piaget, Vygotsky, ahli psikologi Gestalt, Bartlett, Bruner, Von Glaserfeld, Anderson, Dewey, Papert Dan Confrey. (Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd.Yusuf, 2006;143). Konstruktivime mengambil kira bagaimana individu membina kefahaman terhadap bahan yang mereka pelajari. Dalam pendekatan konstruktivime amat menekankan peranan aktif pelajar semasa proses pembelajaran.Dengan pengetahuan sedia ada murid, dengan bahan iaitu alat mainan, murid akan membina kefahaman terhadap bahan yang mereka guna (bahan yang mereka pelajari). Bagi mengaplikasikan konstruktivime ini dalam matematik, bahan yang murid pelajari itu haruslah ditukar dengan bahan matematik.Maka disinilah wujudnya permainan dalam pembelajaran matematik. Dikukuhkan lagi olehMok Soon Sang, (1996)menyatakan bahawa salah satu teorem pembelajaran matematikdalamteori Bruner adalah Teorem Pembinaan dan teorem pembinaan menjelaskan bahawacara yang paling berkesan bagi kanak-kanak mempelajari konsep, prinsip atau hukum matematik ialah membina perwakilan dan menjalankan aktiviti yang konkrit.Kaedah Bermain Sambil Belajar adalah salah satu permainan dalam pembelajaran.Ia dijalankan secara santai tetapi masih dalam pengawasan guru. Kaedah bermain sambil belajar dapat memberi kepuasan kepada murid secara sedar atau tidak.Ini kerana dalam kaedah bermain sambil belajar, terdapat unsur-unsur santai, suka-suka, gelak ketawa, tiada paksaan, tiada tekanan dan menghiburkan.Walau bagaimanapun dalam keseronokan mereka, secara tidak sedar mereka telah melalui pembelajaran.Sebagai contoh kanak-kanak bermain batu sermban, mereka bukan sahaja seronok tetapi juga dapat membina kemahiran dalam mengira mata yang diperolehi.Dalam pedagogi pembelajaran matematik terdapat pelbagai jenis permainan dalam seperti role-play, small-world play, play-trays, dramatic play dan construction play. Perkara yang penting, guru haruslah bijak dalam memilih atau mencipta jenis permainan agar ia bersesuaian dengan minat, tahap umur murid dan pembelajaran yang hendak disampaikan dalam permainan tersebut. Dalam tugasan saya, saya mengutarakan mainan yang saya namakan Catur Operasi

Tajuk : PerpuluhanObjektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid akan dapati) Mendarab nombor perpuluhan sehingga tiga tempat perpuluhan dengan bimbingan guru serta dengan menggunakan alat bantu mengajar yang disediakan.Aras kemahiran : Mendarab perpuluhan sehingga tiga tempat perpuluhanPengetahuan sedia ada : murid sudah menguasai operasi pendaraban dalam perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhanBahan bantu belajar : carta pendaraban , lembaran kerja, powerpoint

Langkah-langkah :1) Mula-mula guru akan memasukkan nombor-nombor dalam petak poket berdasarkan soalan yang diberikan.2) Guru menamakan seorang murid keluar dan buat soalan.3) Kemudian ,guru masukkan nombor bulat untuk didarab.4) Jalankan proses pendaraban seperti biasa.5) Murid menyemak tempat titik perpuluhan.6) Ulangkan langkah yang sama untuk menyelesaikan semua soalan yang disediakan.

Huraian Carta Poket Pendaraban Dalam PerpuluhanCarta poket ini telah direka khas bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bagi subjek matematik.Carta poket ini amat mudah, ringkas dan efektif untuk digunakan.Carta poket pendaraban ini telah direka khas bagi pendaraban dalam perpuluhan pada tiga tempat perpuluhan. Cara cara untuk menggunakan carta ini adalah mudah. Minat murid murid dapat ditarik dan aktiviti ini tidak mengakibatkan kebisingan yang teruk.Murid-murid berasa tenang dan gembira semasa aktiviti ini dijalankan.Carta ini juga saya gunakan dalam sub-topik tambah dan tolak dalam perpuluhan.Akhirnya, saya berasa bangga kerana peratus salah letak titik perpuluhan adalah begitu rendah dan boleh dikatakan tidak ada murid yang membuat salah dalam masalah ini.

Tajuk : PeratusObjektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid akan dapat

i) Menama dan menyebut peratusii) Melorek petak seratus mengikut peratus yang diberi.iii) Melorek petak seratus mengikut peratus yang diberikan.Aras kemahiran : menamakan dan menyebut peratusPengalaman sedia ada : murid telah menguasai konsep pecahanBahan bantu belajar : katelog jualan promosi, kertas petak seratus, kad peratus

Langkah-langkah1. Murid melihat gambar-gambar yang mempunyai symbol peratus yang ditunjukkan oleh guru.2. Murid ditanya tentang pengalaman mereka samaada pernsh melihat tanda peratus atau tidak.3. Guru menyebut perkataan peratus kemudian diikuti oleh murid.4. Murid diajar untuk menulis symbol peratus.5. Murid diberi kad-kad peratus dan diminta menyebut dan melekat kad tersebut pada papan putih.6. Tampalkan kad petak seratus di papan putih dan bimbing murid melorek bilangan petak mengikut peratus yang diberi.7. Murid dibimbing untuk menulis pecahan berdasarkan petak yang dilorek.8. Murid diterangkan tentang perkaitan antara pecahan perseratus dengan peratus dengan menggunakan petak seratus.9. Murid dibimbing untuk menukarkan pecahan perseratus kepada peratus dan sebaliknya.10. Murid diminta melakukan aktiviti meletakkan kad mengikut padanan pecahan perseratus dan peratus yang sesuai secara kumpulan.

Gambar- gambar

Tajuk : pecahanObjektif :Aras kemahiran :Bahan bantu belajar :

Kekuatan

Saya menggunakan bahan bantu belajar yang dibina sendiri dalam menjelaskan konsep pecahan dengan mengkonsepkan pengangka dan penyebut. Gaya pengolahan saya begitu ringkas dan padat. Oleh sebab itu, semua pelajar saya dapat menguasai kemahiran dengan berkesan.saya dapat membawa keluar pemahaman para pelajar tentang tajuk yang diajar dengan mempelbagaikan latihan dalam kumpulan dan juga individu.ini menyebabkan ramai pelajar dapat menguasai apa yang saya sampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Saya dapat mencapai objektif pembelajaran dengan berkesan.Dalam aktiviti kumpulan, kesemua anak murid saya telah melibatkan diri masing-masing secara aktif di samping mengamalkan sikap bekerjasama di antara ahli kumpulan dalam membuat aktiviti yang diberikan.Bahan bantu belajar dan tayangan video yang saya gunakan telah banyak membantu saya dalam menerangkan membanding bezakan pecahan dengan ringkas dan jelas.

KelemahanSemasa menjalankan aktiviti berkumpulan, saya berasa mempunyai sedikit bising dan saya tidak mencadangkan latihan semasa mengakhiri pelaksaan mengajar. Saya akan menjadikan perkara ini sebagai satu pengalaman dan tidak akan mengulanginya lagi. Saya akan memberi latihan atau tugasan semasa mengakhiri pelaksanaan mengajar saya.

ISI KANDUNGAN1. BIODATA MURID2. PENDAHULUAN3. PENGENALAN DEFINISI PERMAINAN DEFINISI MATEMATIK DEFINISI PERMAINAN MATEMATIK PERMAINAN DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK4. AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PECAHAN PERATUS PERPULUHAN : HURAIAN CARTA POKET PENDARABAN DALAM PERPULUHAN5. PERMAINAN MATEMATIK NOMBOR BULAT : CATUR OPERASI CARA BERMAIN CATUR OPERASI PERATURAN KESAN PERMAINAN CATUR OPERASI TERHADAP PEMBELAJARAN PELAJAR6. HURAIAN TENTANG BBM HURAIAN BBM CARTA GRAFIK BAHAN BANTU BELAJAR KEBERKESANAN PENGGUNAAN RESOS BAGAIMANA RESOS DAPAT MEMBENTUK PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM BILIK DARJAH.7. KESIMPULAN8. REFLEKSI9. RUJUKAN / BIBLIOGRAFI10. LAMPIRAN NOTA-NOTA GAMBAR-GAMBAR

Gambar-gambar