mt assgment - copy

27
PENGENALAN Difinisi isipadu cecair adalah merujuk kepada kandungan sesuatu yang berbentuk cecair yang terdapat dalam sesuatu bekas atau alat penyukat cecair yang digunakan dalam bentuk piawai yang sebenar ataupun tidak. Biasanya cecair akan mengikut bentuk yang digunakan untuk diisi cecair tersebut. Kandungan cecair boleh disukat dengan menggunakan alat bukan piawai sebenar dan alat piawai sebenar. Cecair boleh disukat di dalam sesuatu bekas contohnya dengan menggunakan botol, baldi, cawan, gelas, dan sebagainya. Bahan yang dinyatakan adalah tiada ukuran piawai. Cecair yang disukat dalam alat penyukat iaitu mengikut unit piawai adalah menggunakan tabung uji, silinder penyukat, bikar penyukat dan sebagainya. Alat 1

Upload: vini

Post on 25-Dec-2015

263 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

m3

TRANSCRIPT

Page 1: Mt Assgment - Copy

PENGENALAN

Difinisi isipadu cecair adalah merujuk kepada kandungan sesuatu yang

berbentuk cecair yang terdapat dalam sesuatu bekas atau alat penyukat

cecair yang digunakan dalam bentuk piawai yang sebenar ataupun tidak.

Biasanya cecair akan mengikut bentuk yang digunakan untuk diisi cecair

tersebut. Kandungan cecair boleh disukat dengan menggunakan alat bukan

piawai sebenar dan alat piawai sebenar. Cecair boleh disukat di dalam

sesuatu bekas contohnya dengan menggunakan botol, baldi, cawan, gelas,

dan sebagainya. Bahan yang dinyatakan adalah tiada ukuran piawai. Cecair

yang disukat dalam alat penyukat iaitu mengikut unit piawai adalah

menggunakan tabung uji, silinder penyukat, bikar penyukat dan sebagainya.

Alat bukan piawai sebenar biasanya hanya boleh dibandingan seperti isipadu

yang lebih atau kurang. Alat piawai sebenar pula ialah penggunaan sistem

metrik iaitu menggunakan sukatan mililiter ( ml) ataupun liter (l).Contoh cecair

ialah seperti air,minyak,raksa dan sebagainya.

1

Page 2: Mt Assgment - Copy

1.) Penganggaran isipadu air dengan menggunakan unit bukan piawai

Tujuan: Menganggar isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan piawai

Hasil pembelajaran: Di akhir pembelajaran, murid boleh menganggar isipadu air dengan menggunakan unit bukan piawai.

Bahan bantu Mengajar: Bekas yang pelbagai bentuk seperti cawan, mangkuk, botol mineral dan cawan.

Langkah-langkah:

1.  Guru membahagikan murid-murid kepada 4 kumpulan dan setiap

kumpulan terdiri daripada 5 orang ahli.

2.  Setiap kumpulan hendaklah mempunyai seorang ketua kumpulan, seorang

pengadil, dua orang pemain dan seorang pencatat.

3. Murid-murid membantu guru menyediakan bekas-bekas yang dipenuhi

dengan isipadu cecair mengikut stesen-stesen yang ditetapkan.

4.  Guru mengadakan pertandingan meneka bilangan sukatan gelas air yang

diperlukan bagi setiap bekas yang  dipenuhi dengan isipadu cecair.

5.  Pemain A dan pemain B hendaklah membuat tekaan terhadap bilangan

sukatan sudu berdasarkan isipadu cecair yang ada dalam bekas-bekas

itu.

6.  Pencatat hendaklah merekodkan jawapan yang diberikan oleh kedua-dua

pemain tersebut.

2

Page 3: Mt Assgment - Copy

7.  Selepas itu, setiap ketua kumpulan diminta untuk menyukat bilangan

sukatan gelas yang diperlukan dan pencatat akan merekodkan jawapan

ke dalam kad tugasan.

8.  Bilangan paling banyak bagi jawapan yang betul atau paling dekat dikira

sebagai pemenang.

9.  Guru sebagai pembimbing.

10.  Guru membuat kesimpulan.

BEKAS-BEKAS GELAS MANGKUK BOTOL MINERAL CAWAN

ANGGARAN

Jadual 1

Penutup:

Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, pelajar-pelajar dapat menganggar

bilangan sukatan gelas air yang diperlukan bagi memenuhi penuh setiap

bekas yang berlainan saiz. Selain itu, menyedari bahawa isipadu cecair boleh

dianggar dengan menggunakan pelbagai bekas yang tidak standard seperti

gelas.

3

Page 4: Mt Assgment - Copy

Isipadu cecair ialah jumlah ruang yang diisi dalam sebuah bekas. Satu ciri

cecair

yang penting ialah isipadunya tetap tidak berubah walaupun bentuk bekasnya

berubah.

Unit bukan piawai untuk isipadu cecair ialah sebarang ukuran isipadu

abitrari yang digunakan sebagai unit. Contoh biasa bekas yang digunakan

adalah sudu, cawan, mangkuk, dan baldi.

Unit piawai isipadu cecair diterima di peringkat antarabangsa. Contohnya

liter, gelen, pint dan kuart. Unit-unit seperti gelen, pint dan kuart alah unit

Imperial untuk isipadu cecair manakala millimeter dan liter adalah unit metrik.

2) Pengukuran isipadu air dengan menggunakan unit bukan piawai.

Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid boleh mengukur dan

membandingkan isipadu cecair dengan

perbandingan secara langsung menggunakan unit

bukan piawai dengan betul.

Bahan Bantu Mengajar : Bekas yang pelbagai bentuk dan saiz seperti cawan,

gelas, mangkuk, botol air mineral dan sebaldi air.

gelas mangkuk botol mineral

sebadi air

4

Cawan

Page 5: Mt Assgment - Copy

Langkah-langkah :

1.) Bahagikan murid kepada tiga kumpulan di mana setiap kumpulan disertai

murid yang mempunyai pencapaian yang tinggi dan pencapaian yang

rendah supaya mereka dapat menjalankan kerja secara pembelajaran

koperatif.

2.) Lantik ketua dalam kumpulan untuk mengetuai kumpulan tersebut dalam

membuat aktiviti.

3.) Lantik seorang pencatat dari setiap kumpulan untuk merekodkan bacaan

ukuran isipadu kumpulan masing-masing.

4.) Guru mengagihkan 4 set bekas ( gelas, mangkuk, botol mineral dan

cawan )yang berbeza kepada murid mengikut kumpulan.

5.) Mula - mula guru minta murid mengisi segelas air dari baldi ke dalam

setiap bekas dan membuat perbandingan.

6.) Kemudian setiap kumpulan akan merekod bilangan gelas air yang diisi ke

dalam setiap bekas sehingga penuh.( dalam jadual 1)

7.) Guru membimbing murid membuat anggaran bilangan kuantiti gelas berisi

air ke dalam bekas. Ini termasuk sukatan kosong,setengah, lebih, kurang,

penuh.

Bil Bekas Bilangan gelas yang diperlukan untuk

memenuhi penuh bekas

1. Gelas 2

2. Mangkuk 4

3. Botol Mineral 6

4. Cawan 3

5

Page 6: Mt Assgment - Copy

Penutup:

Untuk aktiviti ini bilangan gelas yang diisi ke dalam bekas akan

menentukan isipadu air bekas tersebut. Bekas yang besar akan lebih banyak

air / kuantiti gelas. Walaubagaimanapun yang paling penting ialah kuantiti /

6

Page 7: Mt Assgment - Copy

sukatan air yang sama akan kelihatan berbeza jika saiz bekas tidak sama.

3.) Penganggaran isipadu air dengan menggunakan unit piawai

Hasil pembelajaran: Di akhir pembelajaran, murid boleh menganggar isipadu air cecair dengan menggunakan unit piawai dengan betul.

Bahan bantu mengajar: silinder penyukat, jug, botol mineral, cawan

Langkah-langkah:

1.) Murid-murid diberi penerangan mengenai penggunaan istilah milliliter dan

simbol yang diguna pakai iaitu ml.

2.) Murid-murid seterusnya ditanya mengenai kepentingan tajuk cecair dan

isipadu dalam kehidupan harian.

3.) Guru menunjukkan peralatan yang akan digunakan untuk menyukat cecair

dan isipadu iaitu silinder penyukat.

4.) Murid diberi penerangan bagaimana untuk membaca sukatan air yang

sebenar serta kedudukan mata yang betul.

5.) Guru membahagikan pelajar-pelajar kepada beberapa kumpulan kecil.

6.) Guru mengehadkan setiap kumpulan mengandungi 4 dan 5 orang.

7.) Guru melantik seorang dalam setiap kumpulan sebagai ketua dan

seorang pencatat

8.) Setiap kumpulan akan diberikan satu set bekas yang berlainan saiz .

7

Page 8: Mt Assgment - Copy

9.) Pelajar diminta menganggar isipadu air (mililiter) dalam setiap bekas.

Bil Bekas Anggaran isipadu air ( mililiter)

1. Jug

2. Botol mineral

3. Cawan

4. Tin cola

8

Page 9: Mt Assgment - Copy

4) . Pengukuran isipadu air dengan menggunakan unit piawai

Hasil Pembelajaran :Di akhir pembelajaran, murid boleh menyukat isipadu

cecair dengan menggunakan unit piawai dengan betul

iaitu milliliter.

Bahan bantu Mengajar : Bekas berbeza saiz seperti , jug , botol mineral, tin

cola, gelas dan sebaldi air, lembaran kerja dan

silinder penyukat.

Silinder Penyukat Jug botol mineral gelas tin cola Sebaldi air

Langkah-langkah:

1.) Murid diperkenalkan dengan alat-alat penyukat isipadu yang mempunyai

senggatan untuk menyukat bacaan isipadu cecair.

9

Page 10: Mt Assgment - Copy

2.) Bahagikan murid kepada tiga kumpulan di mana setiap kumpulan disertai

murid yang mempunyai pencapaian yang tinggi dan pencapaian yang

rendah supaya mereka dapat menjalankan kerja secara pembelajaran

koperatif

3.) Lantik seorang pencatat dari setiap kumpulan untuk merekodkan bacaan

sukatan isipadu air .

4.) Guru mengagihkan setiap kumpulan dengan empat bekas yang berlainan

saiz, sebaldi air serta 2 silinder penyukat masing - masing dalam unit

mililiter.

5.) Setiap kumpulan dikehendaki mengisi penuh setiap bekas dengan air.

6.) Kemudian menyukat isipadu air dalam setiap bekas dengan menuang air

ke dalam silinder penyukat.

7.) Guru membimbing murid untuk menyukat isipadu air di dalam silinder

penyukat yang mempunyai unit mililiter

8.) Seorang ahli dalam setiap kumpulan dilantik untuk merekodkan

keputusan bacaan isipadu air yang telah diambil.

9.) Setiap kumpulan mencatat bacaan isipadu air pada setiap bekas pada

jadual 2 di bawah.

Jadual 2:

10

Bil Bekas Isipadu air (mililiter)1 Jug 20002 Botol Mineral 10003 Cawan 7004 Tin cola 500

Page 11: Mt Assgment - Copy

Jadual 2:

Bekas Isipadu air dalam bekas (mililiter)

11

Page 12: Mt Assgment - Copy

Penutup:

Untuk aktiviti ini murid dapat menganggar dan menyukat isipadu cecair

menggunakan unit metrik iaitu mililiter serta dapat membanding bezakan

sukatan isipadu cecair dalam bekas yang berlainan. Contohnya, jug,botol

mineral, cawan dan tin cola. Milimeter ialah unit metrik bagi isipadu cecair dan

1 mililiter bersamaan dengan 0.001 liter. Walaubagaimanapun yang paling

penting ialah kuantiti / sukatan air yang sama akan kelihatan berbeza jika saiz

bekas tidak sama. Ini akan dapat diketahui murid jika mereka menggunakan

sukatan mililiter seperti silinder penyukat.

12

Page 13: Mt Assgment - Copy

13

Page 14: Mt Assgment - Copy

REFLEKSI

Isipadu cecair ialah jumlah ruang yang diisi dalam sebuah bekas. Satu ciri

cecair yang penting ialah isipadunya tetap tidak berubah walaupun bentuk

bekasnya berubah. Unit bukan piawai untuk isipadu cecair ialah sebarang

ukuran isipadu abitrari yang digunakan sebagai unit. Contoh biasa bekas

yang digunakan adalah sudu, cawan, mangkuk, dan baldi. Unit piawai isipadu

cecair diterima di peringkat antarabangsa. Contohnya, liter gelen, pint dan

kuart. Unit-unit seperti gelen, pint dan kuart adalah unit imperial untuk isipadu

cecair manakala millimeter dan liter adalah unit metrik.

Masalah peggunaan unit bukan piawai dalam aktiviti menyukat air ialah

kekeliruan atau kesalahan konsep dikalangan murid akan timbul. Pelajar-

pelajar dalam kumpulan umur ini biasanya pernah mendengar atau

menggunakan istilah-istilah yang berkaitan dengan isipadu cecair seperti

‘lebih banyak’, ‘sedikit’, ‘sama’ atau ‘kurang’ apabila diminta untuk mengukur

isipadu cecair. Mereka biasanya masih tidak dapat membezakan isipadu

cecair di dalam dua bekas yang berbeza saiz atau bentuk. Pelajar-pelajar

akan membuat perbandingan dengan menggunakan ‘tinggi’ atau ‘rendah’ bagi

menunjukkan banyaknya isipadu cecair di dalam sesuatu bekas dan

bukannya membandingkannya dari segi kandungan cecair di dalam bekas

tersebut. Pelajar-pelajar akan membuat andaian bahawa paras air yang lebih

tinggi adalah lebih banyak isipadunya berbanding kandungan air di dalam

bekas yang lebih rendah. Selain itu, sesentengah murid kurang memahami

bagaimana menyukat isipadu air dengan menggunakan unit bukan piawai

keranan ia bukan ditatifkan oleh antarabangasa.

Sebaliknya, menerusi aktiviti menyukat isipadu air dalam unit piawai murid

dapat mencatat dan membaca isipadu cecair dengan tepat dan cepat. Hal ini

14

Page 15: Mt Assgment - Copy

demikian kerana terdapat alat penyukat isipadu air yang ditakrifkan di

peringkat antarabangsa iaitu silinder penyukat. Contohnya, apabila murid-

murid menuangkan air ke dalam bekas yang berlainan iaitu silinder penyukat (

milimiter), mereka akan terus mendapat bacaan isipadu air sebenar. Selain

itu, dengan adanya unit piawai sebagai penyukat isipadu air, murid-murid

dapat menyukat isipadu air menggunakan unit metrik iaitu millimeter serta

dapat membandingkanbezakan sukatan isipadu cecair dalam bekas yang

berlainan. Bukan itu sahaja, selepas menggunakan silinder peyukat untuk

menyukat isipadu cecair, murid dapat mengetahui bahawa sukatan isipadu air

yang sama akan kelihatan berbeza jika saiz bekas tidak sama. Tambahan

pula, pengunaan unit piawai dalam menyukat isipadu air dapat mengelakkan

masalah yang berkaitan dengan penggunaan unit yang berbeza dan juga

membolehkan analisis dan perbandingan data yang berbeza menjadi lebih

mudah kerana unit yang sama digunakan. Contohnya, kami menggunakan

silinder penyukat untuk menyukat isipadu air dalam gelas yang berlainan.

Pengukuran isipadu cecair yang betul adalah amat penting untuk setiap

daripada kita kerana diseluruh kehidupan kita kelak, kita akan dikelilingi

dengan pelbagai aktiviti yang memerlukan kita membuat sukatan yang telah

ditetapkan untuk membolehkan kita menjayakan sesuatu aktiviti yang bakal

kita lakukan itu kelak. Antara aktiviti tersebut ialah, mengukur kandungan

cecair ubatan yang telah ditetapkan oleh doktor untuk pesakit mereka,

membuat sukatan air yang betul untuk memasak samaada masakan biasa

ataupun kek mahupun kuih, mengukur kandungan cecair-cecair lain yang

sering digunakan didalam kehidupan seharian kita seperti air, minyak, cat

dan banyak lagi. Kesemua ini menuntut kita memiliki asas yang kukuh

bagaimana untuk mengukur isipadu cecair dengan tepat

15

Page 16: Mt Assgment - Copy

Rujukan

Booker, G. Boon, D, Briggs, J. Davey G. (1998). Teaching primary

mathematics. 2nd ed. Sydney: Longman.

Panel Hisab (1980). Panduan Mengajar Timbang dan Sukat (dalam Sistem

Metrik) untuk Sekolah-sekolah Rendah. Pusat Perkembangan

Kurikulum: Kuala Lumpur.

Sufian Hussin (1993). Pengajaran Matematik KBSR. Strategi Membina

Kemahiran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Williams, M.E. (1975). Come and Measure –Capasity. London: Macmillan.

Measurements & Conversions. Diakses pada 8 September 2014 dari

http://www.tedmontgomery.com/convrsns/index.html

Maintaining Affiliation with NCTM (2014). Diakses pada 8 September 2014

dari http://www.nctm.org/resources/content.aspx?id=1138

16