assignment ekonomi

10
BAHAGIAN 1 PENGENALAN DIRI Nama : Surina binti Ashaari Alamat : 25 , Jalan Bendahara 9, Kampung Tradisi Paya Pahlawan, 06000 Jitra, Kedah. No Matriks :193152 No Telefon :012-5633370 Majikan : Bank Simpanan Nasional Email : [email protected] Nama Norhayati Bt Ghazal Alamat : No 31 Taman Muhibbah Jalan Jenun 06700 Pendang Kedah No Matriks :193146 No Telefon :013-4355346 Majikan : Telekom Malaysia Berhad Email : [email protected] Amy 1

Upload: zaidawati-zainal

Post on 10-Aug-2015

216 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Tugasan

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Ekonomi

BAHAGIAN 1

PENGENALAN DIRI

Nama : Surina binti AshaariAlamat : 25 , Jalan Bendahara 9, Kampung Tradisi Paya Pahlawan, 06000 Jitra, Kedah.No Matriks :193152No Telefon :012-5633370Majikan : Bank Simpanan NasionalEmail : [email protected]

Nama Norhayati Bt GhazalAlamat : No 31 Taman Muhibbah Jalan Jenun 06700 Pendang KedahNo Matriks :193146No Telefon :013-4355346Majikan : Telekom Malaysia BerhadEmail : [email protected]

Amy

Suziana

1

Page 2: Assignment Ekonomi

BAHAGIAN 2

1.0 PENGENALAN

Kenaikan harga kebanyakan barangan akhir-akhir ini merupakan fenomena yang

bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi diseluruh dunia. Ini disebabkan kenaikan harga

komoditi utama dunia seperti minyak mentah, bahan makanan yang digunakan seperti

gandum, gula, beras, kacang soya dan lain-lain. Peningkatan harga komoditi ini adalah

diluar kawalan kerajaan kerana harga tersebut ditentukan oleh kuasa pasaran. Namun

demikian kuasa pasaran tidak semestinya memberi kebaikan kepada rakyat kerana

mungkin berlaku pengagihan sumber-sumber ekonomi yang tidak cekap. Tugasan ini

membincangkan isu kenaikan harga minyak yang hangat diperkatakan dalam masyarakat

di negara ini. Ekoran daripada itu, banyak pihak membuat pelbagai persepsi berkaitan

dengan isu ini. Masalah kenaikan harga minyak ini memberikan impak yang amat besar

kepada negara amnya dan masyarakat khususnya. Adakalanya keputusan yang dibuat

oleh kerajaan akan membebankan kepada rakyat. Namun begitu masyarakat harus akur

bahawa masalah kenaikan harga minyak ini sebenarnya merupakan masalah antarabangsa

yang merupakan satu krisis yang perlu dihadapi dan ditangani oleh setiap negara di dunia

ini kerana ianya merupakan bahan yang menjadi keperluan utama bukan hanya dalam

konteks pembangunan ekonomi bahkan keselamatan sesebuah negara juga boleh terjejas

sekiranya bekalannya tidak mencukupi. Oleh yang demikian, fakta-fakta, sebab dan

impikasi kenaikan harga minyak serta kaitannya dengan pemerintahan perlu dijelaskan

kepada masyarakat bagi menyediakan minda sebagai persediaan masyarakat untuk

menghadapi situasi ini dan bagi pengetahuan masyarakat tentang hakikat sebenar keadaan

ini berlaku.

2

Page 3: Assignment Ekonomi

2.0 IDEA dan ANDAIAN

2.1 Keputusan kerajaan dalam menaikan harga runcit bagi diesel, petrol dan gas

petroleum cecair ( LPG ) telah berkuat kuasa pada 05 Jun 2008 lalu. Ini merupakan

Keputusan Dasar di mana kerajaan telah memutuskan untuk mengambil tindakan dengan

menaikkan harga minyak ekoran fenomena kenaikan mendadak harga minyak di pasaran

dunia yang mencecah AS$ 135 (RM 439) setong. Jika langkah menaikkan harga ini tidak

diambil oleh kerajaan, ia akan menyebabkan ekonomi negara merosot, sekali gus lebih

memburukkan keadaan. Selain mengurangkan beban subsidi, langkah kerajaan turut

bertujuan menimbulkan kesedaran kepada rakyat supaya mengubah cara hidup dan

menjimatkan bahan api. Oleh yang demikian, rakyat perlulah menerima hakikat kenaikan

ini dengan berfikiran secara terbuka dan tidak memikirkan kesan negatif sahaja.

Kenaikan harga minyak ini didorong oleh faktor sumber petroleum negara yang

dilaporkan semakin susut dan dijangka habis menjelang 2013 dan selepas tempoh itu,

tiada lagi subsidi minyak dapat dinikmati rakyat negara ini. Permintaan terhadap minyak

mentah dunia yang semakin meningkat hampir sama dengan penawaran bekalan minyak

mentah, seterusnya ia mempengaruhi harga petrol negara Malaysia malah turut menjejas

negara lain.

Faktor lain ialah, penyeludupan terhadap bahan bakar yang semakin meningkat di

negara ini, menyebabkan bekalan petrol di negara ini semakin berkurangan dan ia akan

mempengaruhi tingkat harga bahan bakar tersebut. Perkara ini berlaku disebabkan oleh

harga petrol di negara ini lebih rendah berbanding dengan negara lain antaranya negara

Iraq, China dan lain-lain negara menyebabkan kesan yang lebih luas terhadap masyarakat

ekoran daripada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan. Pengurangan pemberian subsidi

3

Page 4: Assignment Ekonomi

yang mengakibatkan kenaikan harga minyak sememangnya memberikan impak besar

kepada rakyat. Ini menyebabkan kebimbangan rakyat apabila kenaikan harga bahan

mentah tersebut akan menyebabkan kos sara diri penduduk meningkat. Pengguna juga

mungkin terpaksa berdepan dengan tindakan segelintir peniaga yang mengeksploitasikan

keadaan semasa dengan menaikkan harga barangan sesuka hati. Kerajaan juga

mengarahkan agar rakyat tidak mempersoalkan kewajaran kenaikan harga sedangkan

pelbagai kemudahan telah diberikan kepada pengguna. Dalam hal ini rakyat harus

berperanan sebagai pengguna yang bijak dan mengamalkan cara hidup berjimat cermat

bagi mengelakkan pembaziran.

3.0 ISU-ISU YANG DAPAT DIPELAJARI

3.1 Apakah tindakan kerajaan bagi menangani isu ini?

Kerajaan telah mengambil langkah tertentu untuk menangani masalah dan isu ini.

Langkah kerajaan dengan menaikkan harga minyak tersebut merupakan langkah yang

diambil untuk menjamin kestabilan ekonomi negara untuk jangka masa panjang

walaupun ia dilihat sebagai langkah tidak popular. Ramai yang mengeluh dengan

kenaikan mendadak bahan api itu, lebih-lebih lagi ia dikatakan menjadi kunci kepada

kenaikan harga barangan keperluan lain. Namun kerajaan cuba mencari alternatif bagi

menangani kemelut yang melanda bagi mengurangkan beban rakyat terutama golongan

berpendapatan rendah dan sederhana. Berbagai-bagai rancangan akan dibuat menerusi

beberapa bentuk projek. Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah

dan sederhana, kerajaan bersetuju memberi subsidi dalam bentuk bayaran tunai kepada

4

Page 5: Assignment Ekonomi

warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk motosikal. Cara

pembayaran adalah menerusi pembaharuan cukai jalan dan lesen kenderaan.

Untuk pemilik kenderaan petrol dan diesel berkapasiti enjin melebihi 2000cc,

cukai jalan akan dikurangkan RM200 , manakala pemilik motosikal persendirian

berkapasiti enjin lebih daripada 250cc, cukai jalan akan dikurangkan RM 50, tertakluk

kepada cukai jalan minimum sebanyak RM 2.

Kerajaan juga berusaha bagi meringankan bebanan rakyat menerusi bentuk

rancangan. Kerajaan menganggarkan RM 13.7 bilion akan diperolehi daripada

pengstrukturan semula subsidi petrol, diesel dan gas serta pendapatan daripada levi yang

dikenakan terhadap syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) dan POP. Ia akan digunakan

untuk Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara iaitu RM 4 bilion subsidi minyak masak

(RM 1.5 bilion), subsidi pembekalan beras import bagi penyeragaman harga beras di

Sabah dan Sarawak (RM 0.4 bilion), subsidi tepung (RM 0.2 bilion), subsidi roti (RM 0.1

bilion) dan sumbangan kepada subsidi petrol, diesel dan gas (RM 7.5 bilion).

Kerajaan membuat banyak perkara, misalnya mengambil beberapa langkah untuk

mengatasi konflik dalam masyarakat, menyusun masyarakat, mengeluarkan

perkhidmatan kepada ahli-ahli masyarakat, mengutip cukai daripada rakyat, dengan itu

dasar awam menjadi lebih teratur, tersebar lebih berorganisasi dengan berbagai sifatnya.

Dasar-dasar awam boleh berurusan dengan pelbagaian bidang yang lebih luas lagi

seperti hal ehwal luar negeri, kebajikan, ketenteraan, pencukaian, perumahan,

keselamatan, sosial, kesihatan, dan lain-lain lagi. (Politik dan dasar awam Malaysia 1990)

Rakyat Malaysia meskipun cemas dengan berita kenaikan harga minyak, tetapi

masih mendapat subsidi yang sedikit sebanyak menjadikan pengguna di negara ini tidak

5

Page 6: Assignment Ekonomi

begitu terdedah secara langsung dengan keadaan pasaran minyak semasa. Keputusan

kerajaan dalam menaikan harga runcit bagi diesel, petrol dan gas petroleum cecair (LPG)

telah berkuat kuasa pada 05 Jun 2008 lalu. Kenaikan setiap sen seliter bagi ketiga-tiga

bahan bakar tersebut dilihat sedikit sebanyak membebankan rakyat. Kenaikan harga

runcit petrol dipasaran adalah berpunca dari tekanan harga petrol di peringkat global.

Sesetengah penganalisis ekonomi melihat bahawa kenaikan harga petrol di Malaysia

berikutan daripada refleksi kenaikan paras harga petrol sedunia mencecah AS$ 135 ( RM

439 ) setong. Harga petrol dinaikkan sebanyak 78 sen, menjadikan harga baru bagi bahan

api itu RM 2.70 seliter berbanding RM 1.92 seliter sebelum ini, manakala harga baru bagi

diesel pula ialah RM 2.85 seliter meningkat RM 1.00 berbanding harga lama RM 1.58

seliter. (Metro 6 Jun 2008 ).

Perbandingan harga petrol dan diesel

MINYAK PETROL (RM/LITER) DIESEL (RM/LITER)

HARGA LAMA 1.92 1.58

HARGA BARU 2.70 2.85

Apa yang menarik dalam keadaan krisis yang memuncak, manusia menjadi

semakin kreatif. Pelbagai kaedah dicari sebagai alternatif untuk mengurangkan beban

kenaikan kos bahan bakar.

6

Page 7: Assignment Ekonomi

BAHAGIAN 3

1.0 DAPATAN DAN CADANGAN

Dari isu yang dinyatakan, dapat dilihat bahawa permintaan dan penawaran

mempunyai beberapa faktor yang mempengaruhinya. Antara faktor yang mempengaruhi

permintaan adalah harga barang itu sendiri, harga barang lain, pendapatan, citarasa dan

juga penduduk. Faktor yang mempengaruhi penawaran pula adalah harga barang itu

sendiri, harga barang lain, kos input, matlamat pengeluar, teknologi, dasar kerajaan,

jangka masa dan juga bilangan pengeluar.

Isu yang dibincangkan iaitu kenaikan harga minyak dapat dianalisiskan

sebagai sesuatu yang perlu diselesaikan demi kebaikan semua pihak. Dalam menangani

isu ini, keseimbangan pasaran adalah sangat diperlukan. Keseimbangan pasaran ialah

suatu keadaan di mana kuantiti permintaan sama dengan kuantiti penawaran di pasaran.

Keseimbangan pasaran dapat ditentukan melalui jadual, gambar rajah dan persamaan.

Secara jadual keseimbangan pasaran dapat ditentukan apabila jumlah kuantiti permintaan

sama dengan jumlah kuantiti penawaran pada suatu tingkat harga.

Melalui keluk pula, keseimbangan dapat ditentukan apabila keluk

permintaan bersilang dengan keluk penawaran di pasaran pada suatu tingkat harga.

Secara persamaan, keseimbangan pasaran dapat ditentukan dengan menyamakan

persamaan permintaan dan persamaan penawaran.

Keluk keseimbangan pasaran dapat dilihat seperti berikut:

AB = Kelebihan Penawaran Ketika harga P2

CD = Kelebihan Permintaan Ketika harga P1

Peningkatan harga input dari S ke S1

Peningkatan Pendapatan dari D ke D1

7

Page 8: Assignment Ekonomi

Seperti yang dinyatakan, kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk

menangani masalah kenaikan minyak ini. Selain pemberian subsidi, langkah lain yang

diambil bertujuan untuk mengurangkan beban rakyat. Pada cadangan kami, langkah

pemberian subsidi tidak begitu membantu dalam pengurangan beban rakyat. Sebagai

negara pengeluar minyak, harga eksport minyak perlu ditingkatkan dan hasilnya

digunakan untuk menampung kekurangan atau pembelian minyak negara. Ini dapat

mengelakkan kerajaan daripada memberi subsidi kepada rakyat.

2.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa permintaan dan penawaran

merupakan dua aspek penting dalam sesebuah ekonomi tidak kira apa jua barangan atau

produk yang diperkenalkan. Memandangkan isu yang dipilih adalah isu kenaikan minyak,

ianya boleh dikaitkan dengan barangan keperluan dan keseimbangan pasaran. Ianya

membawa maksud walaupun terdapat kenaikan harga barang, permintaan masih tidak

menurun kerana ianya merupakan barang keperluan. Antara mahu atau tidak, rakyat

masih perlu meneruskan pembelian minyak tersebut kerana ianya merupakan salah satu

bahan asas dalam pergerakan dari satu tempat ke tempat lain. Permintaan dan penawaran

adalah berada pada aras yang sama.

8

Page 9: Assignment Ekonomi

BIBLIOGRAFI

Ahmad Zaharuddin Sani B Ahmad Sabri Roziya Abu. ( 2008 ). Isu-isu kenegaraan

Malaysia Siri 1 Perbadanan Perpustakaan awam Kedah.

Ahmad Zaharuddin Sani B Ahmad Sabri Roziya Abu . ( 2008 ). Isu-isu kenegaraan

Malaysia Siri 3 Perbadanan Perpustakaan awam Kedah

Ahmad Zaharuddin Sani B Ahmad Sabri Roziya Abu . ( 2008 ). Isu-isu kenegaraan

Malaysia Siri 4 Perbadanan Perpustakaan awam Kedah

Abdullah Sanusi Ahmad. (1994). Perkembangan Pentadbiran Awam dan Pengurusan.

Koleksi Ceramah Umum. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan

Malaysia: Kuala Lumpur.

Ahmad Atory Hussain. (1992). Politik Dan Dasar Awam Malaysia.Utusan Publications &

Distributors Sfn Bhd. Terbitan Pertama 1985, Edisi Kedua 1990, Ulang Cetak

1992: Kuala Lumpur.

Helmy Abdul Rahman. Metro. Ekonomi , 6hb Jun, 2008.

Malike Brahim. (2008). Dasar Awam di Malaysia, Suatu Pengenalan. IBS Buku Sdn

Bhd. Cetakan Pertama 2008: Selangor Darul Ehsan.

9