assignment benar

18

Click here to load reader

Upload: izzah-jalilah

Post on 20-Jun-2015

4.659 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment benar

1

SEMESTER 2 KOHORT 3SESI 2011/2012

KPD3016 : PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1

TAJUK

KUMPULAN_____W02(A112 PJJ )____

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO. ID NO. TELEFON

SUHAILA BT OMAR D20112053883 013- 2276747

NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF DR SAADIAH BT BAHAROM

TARIKH SERAH: 5 MEI 2012

Esei ilmiah:

Jelaskan beserta contoh bagaimanakah seseorang guruingin melaksanakan model ASSURE.

Page 2: Assignment benar

2

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Model ASSURE1.1 Pengenalan 3

2.0 Jelaskan Beserta Contoh Bagaimana Seorang Guru InginMelaksanakan Model Assure2.1 PENGENALAN

2.2 Penggunaan Media Teknologi dan Pembelajaran

2.3 Cara Penyampaian Pengajaran Oleh Guru – guru Di Sekolah

2.3.1 Konteks Realistik .

2.3.2 Interaksi Sosial

2.3.3 Penyelesaian Masalah :

2.3.4 Belajar

7

8

9

3.0 PENGGUNAAN MODEL PENGAJARAN3.1 Model reka bentuk pengajaran : Model ASSURE.

Rajah 1 : Model ASSURE

3.2 Penggunaan Model ASSURE dalam menjalankan pengajaran

oleh seorang guru

Langkah 1 : Analisis Murid

Langkah 2 : Nyatakan objektif

Langkah 3: Memilih kaedah / metod , media dan bahan

Langkah 4: Gunakan media dan bahan

Langkah 5: Penglibatan murid dalam pembelajaran

Langkah 6 : Penilaian / semak semula bahan

9

12

13

14

15

4.0 Kesimpulan

5.0 Bibliografi

17

18

Page 3: Assignment benar

3

1.0 Model ASSURE1.1 Pengenalan

Guru boleh merujuk kepada Model Assure dimana pengajaran dirancang secara

sistematik supaya alat dan bentuk mengajar yang digunakan benar-benar memberi

kesan kepada penerimaan pembelajaran oleh murid-murid. Panduan untuk merancang

sesuatu penggunaan media dalam pengajaran juga boleh dijadikan bahan rujukan

melalui Model Assure dan ia banyak digunakan dalam usaha merancang penggunaan

media dalam set instruksi bagi menarik minat murid – murid untuk memeulakan sesuatu

pembelajaran. Heinich, Molanda, Russell (1989) telah memperkenalkan model ini. Dan

ia membawa maksud " memastikan sesuatu berlaku."

Model ASSURE mengandungi enam langkah di mana setiap langkah mengikut

singkatan akronim yang telah diberi maksud.

Singkatan akronim ASSURE bermaksud:

A - Analyse learner (Analisis murid)

i. Guru harus mengkaji umur, bakat, kelas serta taraf ekonomi murid –

murid untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran

berlaku. Ini adalah supaya guru dapat bersama-sama murid mendalami

ilmu yang bakal disampaikan dan ianya dapat diguna pakai oleh murid-

murid yang berkenaan pada masa hadapan. Dan pada masa yang sama

penyampaian pengajaraan guu pada hari dan masa yang yang tersebut

ternyata tidaklah sia-sia kerana guru telah mendalami kedudukan murid-

murid tersebut dengan menggunakan perkataan dan bahasa yang

setaraf.

ii. Guru harus mengenal pasti ciri-ciri peringkat masuk (specific entry

characteristics) dan pengetahuan yang sedia ada yang berkaitan dengan

tajuk dan kandungan muridan seperti pengetahuan, kemahiran dan

sikap murid. Ini adalah kerana kesungguhan murid untuk menduduki

sesuatu kelas kebanyakannya bergantung pada mood murid itu masing-

masing. Guru seharusnya mengetahui apakan yang pernah dan belum

pernah diperkenalkan dengan topic yang bakal diajr semasa proses pnp

kelak. Guru harus memainkan peranan yang penting supaya mood atau

sikap sentiasa bersedia untuk menerima sesuatu benda baru atau

Page 4: Assignment benar

4

mengulang pembelajaran lepas sentiasa ada dan ianya tidak menjadi

sesuatu yang merugikan semasa prose situ berjalan.

S - State objective (nyatakan objektif)

i. Guru akan menggunakan objektif – objektif dari sukatan muridan

tahunan, panduan kurikulum atau buku teks sebelum memulakan

sesuatu pengajaran.

ii. Penentuan objektif adalah berdasarkan kepada peringkat

prestasi yang ingin dicapai, samada sesuatu muridan itu akan

disambung dari pengajaran lalu atau memulakan sesuatu topic

baru. Guru juga harus melaihat keadaan pembelajaran dan

kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati kerana tanpa

objektif yang dipilih dengan sebetulnya, mungkin pengajaran

yang bakal disampaikan pada masa itu tidak akan tercapai

memandangkan keadaan atau kriteria pengajaran yang tidak

menepati citarasa murid-murid.

S - Select, modify or make media ( pilih, baiki atau bina media)

i. Guru hendaklah memilih media yang sedia ada atau yang baru

dan ianya perlu disesuaikan dengan objektif pengajaran.

Sekiranya media yang hendak diguna itu mengalami kerosakan

atau kurang sesuai maka guru hendaklah memperbaiki dahulu

bahan yang hendak atau menukar kepada alternative lain yang

berkaitan dengan media yang telah dipilih.

U - Use media (gunakan media)

i. Guru harus merancang bagaimana media yang telah dipilih dan

hendak digunakan. Penyediaan alat kemudahan untuk membuat

persembahan pengajaran harus dirancang sebaik mungkin bagi

mengelakkan masa dibuang. Aktiviti-aktiviti yang menarik perlu

dirancang bagi menarik minat murid serta yang memberi motivasi

kepada mereka supaya murid merasa seronok dan segala

pengajaran pada masa tersebut dapat dijadikan pengalaman

untuk menyambung pembelajaran pada masa hadapan. Selain

menggunakan media yang berkaitan guru juga harus

Page 5: Assignment benar

5

mengadakan aktiviti susulan bagi tujuan pengayaan di dalam

kelas.

ii. Berikut salah satu cara guru dapat menggunakan media semasa

mengajar:

a) Guru harus menyediakan media dan bahan yang akan

digunakan dan membahagikan masa yang betul-betul mencukupi

dan harus digunakan semasa pembelajaran dijalankan. Contoh:

Guru harus menonton dahulu, [Pribiu (Preview)] videoyang telah

disediakan sebelum memulakan proses pengajaran bagi

mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku semasa

proses tayangan media dijalankan

b) Guru kemudiannya akan menyediakan alatan media dan bahan-

bahan yang akan ditayangkan, alat-alat serta kemudahan-

kemudahan yang diperlukan sebelum memulakan proses

pengajaran.

c) Guru akan menyediakan / menggunakan tempat belajar yang

sesuai seperti kelas, makmal atau pusat sumber dan lain-lain

kemudahan dan keperluan untuk belajar seiring dengan bahan

media yang ingin digunakan dan disampaikan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran kelak.

d) Guru juga harus mengetahui murid dari kelas mana yang hendak

disampaikan maklumat pembelajaran melalui bahan media yang

telah disediakan. Sebagai contoh, penyediaan set induksi yang

berkesan atau penyataan tujuan dan objektif pembelajaran pada

hari tersebut haruslah menarik bagi menarik minat murid untuk

terus bersama sehingga ke penutup bersama-sama menghayati

dan memmuridi muridan pada hari yang tersebut.

e) Guru mestilah bersedia dengan pengalaman sedia ada murid

dan guru untuk mengyampai dan menerima bahan dari media

yang ditayangkan. Kita sebagai guru harus memikirkan cara

bagaimana untuk menyampaikan media yang telah dipilih?

Adakah kita hanya sebagai penyampai utama tajuk pada hari

tersebut atau kita harus bertindak sebagai pemudah cara atau

pengurus pembelajaran sahaja?

Page 6: Assignment benar

6

R - Require learner response (keperluan tindakan)

i. Tindakbalas dari murid-murid samada dari segi menjawab soalan

yang dikemukakan atau dapat membuat latihan hasil dari

pembelajaran yang berlaku. Guru juga perlu mengadakan

latihan pengukuhan supaya tindakbalas yang betul diperolehi

daripada hasil pengajaran yang telah disampaikan.

ii. Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku,

murid-murid perlu dilibatkan secara aktif samada secara individu

atau berkumpulan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat

latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya.

Aktiviti pengukuhan (reinforcement activities) seperti

menyesuaikan gambar, mengisi tempat kosong atau yang setara

harus diberikan serta- merta selepas murid memberikan

tindak balas yang betul (Skinner, 1954).

E- Evaluate materials (menilai)

i. Guru harus menilai dan menyemak semula bahan yang telah digunakan

samada ia telah memberikan hasil atau sebaliknya. Setelah selesai

pengajaran, penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan bahan media

itu secara menyeluruh harus dijalankan. Guru harus memikirkan tentang

tahap penilaian yang telah dicapai atau belum : Adakah objektif-objektif

pembelajaran yang disampaikan pada hari ini tercapai?

a. Adakah alat/bahan media yang digunakan dapat membantu proses

pengajaran dan pembelajaran?

b. Adakah kesemua murid dapat menggunakan alat/bahan media yang

diajar dengan cara yang betul?

c. Adakah suasana pembelajaran ( kelas / makmal )yang dipilih telah

memberi keselesaan kepada semua murid?

d. Adakah peluang-peluang pemerhatian individu yang memerlukan

bantuan guru atau rakan lain telah diberikan dengan sebaik mungkin?

e. Apakan soalan yang dikemukakan samada diperingkat penggayaan atau

pengukuhan dapat dijawab dengan sendiri tanpa memerlukan bantuan

rakan?

Page 7: Assignment benar

7

2.0 Jelaskan Beserta Contoh Bagaimana Seorang Guru Ingin Melaksanakan Model Assure2.1 PENGENALAN

Pergantungan pendekatan pengajaran guru dalam bilik darjah sangat bergantung kepa-

da bagaimana seseorang atau sekumpulan murid dapat mengikuti kandungan sesuatu

mata pelajaran. Kajian oleh sesetengah ahli-ahli psikologi menyatakan bahawa pembe-

lajaran yang berlaku dan akan menghasilkan beberapa teori pembelajaran. Teori-teori

ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis teori iaitu pembelajaran behaviorisme, so-

sial dan kognitif. Teori pembelajaran behaviorisme ialah teori yang berfokuskan kepada

tingkah laku dan persekitaran, teori pembelajaran sosial pula berfokuskan kepada ting-

kah laku dan pemikiran seseorang murid, sementara teori pembelajaran kognitif pula

berfokus kepada pemikiran sahaja.

2.2 Penggunaan Media Teknologi dan PembelajaranUmum mengetahui bahawa pembelajaran merupakan satu peringkat peristiwa eksternal

yang dirancang kepada murid – murid untuk mengikut sesuatu pembelajaran dalaman .

Jika dilihat melalui sudut luaran ia tidak dimaksudkan sekadar tempat terjadinya penga-

jaran tetapi juga jenis teknologi, metod, dan media yang diperlukan untuk memperoleh

informasi dan membawa murid cara untuk belajar. Mengikut teori behavioris, mereka

akan menekankan kepada mengawal murid – murid melalui sikap dan tingkah laku

mereka manakala teori kognitif pula memberi penekanan cara untuk mengawal emosi

dalaman atau cara mengendalikan keseluruhan proses mental murid – murid .Ia berbe-

za apabila seorang guru yang menggunakan media dan teknologi di dalam kelas. Tek-

nologi pembelajaran ini tidak menghalang mana –mana jenis pengajaran atau lingkun-

gan pembelajaran, tetapi media teknologi untuk pembelajaran dapat menyediakan sua-

sana belajar murid yang aktif dan akan penyertaan mereka dalam sesuatu pembelajaran

adalah menyeluruh. Sekiranya media teknologi dan pembelajaran digunakan dengan

baik dan kreatif semasa di dalam kelas, ia merupakan fungsi mesin yang sesekali dapat

dinyalakan atau diputar sesuka hati malah guru dapat menggunakan idea – idea yang

baru dalam melaksanakan tugas dalam menyampaikan ilmu yang dipertanggungjawab-

kan dengan lebih berkesan dan bermutu

Page 8: Assignment benar

8

2.3 Cara Penyampaian Pengajaran Oleh Guru – guru Di Sekolah

2.3.1 Konteks Realistik .

Seorang guru lebih cenderung dan lebih suka dalam memastikan murid dapat

mengingat dan serta menerapkan pengetahuan yang disampaikan dalam kon-

teks dunia nyata, iaitu pembelajaran yang memerlukan teknik hafalan yang ber-

tujuan penghantaran kapada satu proses yang di namakan ‘inert knowledge” (

pengetahuan lengai ) , dimana kita mengetahui sesuatu tetapi tidak pernah me-

nerapkannya dalam kehidupan nyata.

2.3.2 Interaksi Sosial

Sesetengah rakan pengajar hanya ingin mengetahui sesuatu pembelajaran baru

kepada murid adalah sangat terhad dan ia tidak dapat mengembangkan minda

guru tersebut apatah lagi murid – murid di peringkat sekolah rendah yang masih

memerlukan tunjuk ajar..

2.3.3 Penyelesaian Masalah :

Pengajaran yang melibatkan proses pemecahan masalah akan menjadikan se-

suatu proses pengajaran dan pembelajaran itu menjadi aktif. Bagi murid yang

berpengetahuan agak terhad, tetapi ia selaras dengan model kolaboratif, proses

ini akan menjadikan perbincangan di antara mereka semakin berkembang den-

gan menjelaskan perkara –perkara penting dalam sesi perbahasan. Hal ini terjadi

adalah kerana penggunaan kenyataan asas, serta bahan-bahan utama masalah

yang diperkenalkan oleh media (contohnya, kes - kes yang di tulis, asas-asas

komputer, sketsa dan sebagainya) yang telah melaksana kannya secara baik.

Kesalahan dalam pemilihan metod pembelajaran, merupakan kegagalan awal

seseorang guru dalam melaksanakan tugas pembelajarannya di kelas. Oleh

yang demikian, guru dikehendaki memiliki ketrampilan dalam mengimplementa-

sikan pelbagai kaedah dan metod mengajar kepada murid – murid bagi menge-

lakkan sikap tidak berminat terhadap sesuatu muridan. Guru yang kaya dengan

kaedah atau metod mengajar, nescaya mereka dapat menciptakan suasana ke-

las yang dinamis dan aktif. Murid akan menerima, memproses, dan memanipula-

si informasi yang disampaikan oleh guru dan seterusnya menyimpan dalam ko-

tak fikiran bagi menghubung jalin dan kaitkan pembelajaran mereka dengan sub-

jek yang lain atau pada masa hadapan. Sejarah telah menyatakan bahawa me-

Page 9: Assignment benar

9

dia dan teknologi memiliki pengaruh yang tinggi dan hebat terhadap pendidikan.

Sebagai contoh, komputer dan internet telah dapat mempengaruhi proses pem-

belajaran sehingga ke saat ini. Peraturan dari pendidik dan murid itu sendiri te-

lah berubah kerana dipengaruhi media dan teknologi yang digunakan di dalam

atau luar kelas. Perubahan ini sangat penting, kerana pendidik (guru) berhak

menguji media dan teknologi dalam konteks belajar dan ia merupakan kesan

pada hasil belajar murid yang berada dalam sesebuah proses pembelajaran.

2.3.4 Belajar

Belajar merupakan satu proses pembangunan pengetahuan, kemahiran-

kemahiran, atau pembangunan tingkah laku yang melibatkan interaksi individu,

yang berkaitan kemudahan-kemudahan fizikal, psikologi, kaedah pembelajaran,

media, dan teknologi. Belajar juga merupakan proses yang dilakukan sepanjang

masa oleh semua individu sama ada dewasa ataupun kanak – kanak. Oleh yang

demikian, belajar adalah proses yang melibatkan proses pemilihan, tatacara, dan

penyampaian mesej yang pantas kepada alam sekitar dan bagaimana cara mu-

rid akan berinteraksi dengan maklumat tersebut.

3.0 PENGGUNAAN MODEL PENGAJARAN

Terdapat beberapa pandangan kenapa harus seorang guru harus menggunakan media atau

teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mpada hari ini. Heinich, et al (1989) telah

menyenaraikan tiga rasional kenapa media harus digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran:

i. Untuk menghasilkan arhan – arahan kepada pembelajaran yang berkesan.

ii. Arahan atau penerangan harus dirancang secara sistematik dan baik sejurus dengan

menggunakan prinsip reka bentuk instruksional, teori pembelajaran dan komunikasi.

iii. Media juga boleh menyumbang dengan memudahkan perkembangan intelektual yang

mana bebanan fikiran terlalu banyak untuk diharungi.

Manakala mengikut (Yusup, 1998) pula, peralatan ( alat bantu mengajar )dan bahan yang

dibina, harus dirancang terlebih dahulu dan dilaksanakan bertujuan untuk menyampaikan

maklumat dan/atau menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan efektif.

Panduan umum mengguna media secara berkesan:

Page 10: Assignment benar

10

• Guru harus memilih media yang bersesuaian dengan topik dan objektif pengajaran dan

pembelajaran yang bakal dijalankan pada hari tersebut.

• Bahan yang dipilih juga haruslah bersesuaian dengan ciri-ciri dan saiz kumpulan yang

disasarkan samada kumpulan besar, kumpulan sederhana dan individu.

• Guru juga harus mengetahui bahawa tiada suatu media pun yang sesuai bagi semua

murid untuk semua jenis situasi pembelajaran. Strategi yang dipilih disarankan mengikut

perkembangan masa kini ialah menggunakan pendekatan multimedia yang bersesuaian.

Antara sumbangan – sumbangan bahan media terhadap pengajaran-pembelajaran yang

melibatkan multimedia dan teknologi yang berkaitan masa kini ialah :

• Motivasi murid boleh dipertingkatkan.

• Suasana baru dan beraneka jenis dapat diwujudkan dengan berkesan

• Perhatian murid dapat ditarik dengan penggunaan pelbagai kemahiran pengajaran.

• Penyertaan murid secara aktif dapat dipertingkatkan semasa sesi menjawab soalan atau

soal jawab.

• Peneguhan pembelajaran dapat dibuat tanpa menyebabkan kebosanan belajar

• Pengetahuan dan pemgalaman murid dapat diperluaskan dengan memperkenalkan

perkara-perkara baru yang belum pernah dipelajari

• Ia juga boleh menjamin kepada pemikiran yang teratur dan berkesinambungan antara

satu matapelajaran yang lain atau dunia luar yang berkenaan..

Penggunaan media juga telah menukarkan daripada seorang pengajar kepada fasilitator

pembelajaran yang berpengetahuan tinggi. Media juga boleh digunakan dalam pelbagai situasi

pengajaran-pembelajaran, misalnya

• Guru hendak mempekenalkan topik baru

• Guru dapat memberi penjelasan, menginterpretasi dan mengukuhkan idea, konsep atau

prinsip dengan mencari pelbagai jenis contoh melalui bahan ,edia yang diperolehi dari

internet

• Guru juga dapat mendemonstrasikan/ menunjuk cara sesuatu kemahiran, amalan atau siri

tindakan dengan mudah dan tepat

• Guru juga dapat merumuskan dan mengulangkaji pelajaran yang dipelajari pada hari

tersebut dengan mencari bahan yang berkaitan ( sumber internet, video dan lain lain )

dengan lebih berkesan.

• Guru juga boleh member latihan – latihan atau kerja rumah melalui blog – blog yang telah

diwujudkan dan ini mengurangkan beban murid untuk membawa terlalu banyak buku ke

Page 11: Assignment benar

11

sekolah

• Guru juga dapat menilai hasil kerja murid yang diberikan melalui sistem internet yang telah

diekplorasikan

Penggunaan bahan media secara bersistematik dapat member beberapa kelebihan dan ia juga

merupakan batasan kepada sesetengah penggunaan bahan media kerana ia merupakan

proses pemilihan dan penghasilan media berdasarkan model seperti model “ASSURE”, ADDIE

dan DID.

Kaedah dan model yang diaplikasikan kepada pengajaran adalah penting supaya sesuatu

objektif pembelajaran dapat dicapai dan juga dapat member impak yang besar kepada

kumpulan murid yang terlibat. Bahan media yang dipilih dan digunakan dengan tepat dan

sepenuhnya dapat membantu guru untuk menjelaskan konsep dan memberi penerangan

kepada murid dengan jelas dan tepat. Guru harus mereka bentuk pengajaran dan pembelajaran

di sekolah kerana ia merupakan satu proses yang akan menjadikan satu pembelajran lebih

sempurna dan objektif pembelajaran dapat dicapai dengan adanya perancangan yang lengkap

dan sistematik. Seseorang guru juga perlu mengetahui perkara yang hendak disampaikan

sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajarandengan menyediakan satu

perancangan yang rapi untuk supaya proses tersebut akan menjadi dengan lebih efisien dan

berkesan.

Page 12: Assignment benar

12

Model reka bentuk pengajaran : Model ASSURE.

Rajah 1 : Model ASSURE

3.1 Penggunaan Model ASSURE dalam menjalankan pengajaran oleh seseorang guru

Langkah 1 : Analisis Murid

Analisis murid merupakan asas utama kepada penggunaan Model ASSURE. Deskripsi

tentang umur murid, tahun ( darjah ), latar belakang keluarga dan sebagainya merupkan

ciri-ciri umum yang perlu di ambil kira sebelum sesuatu proses pengajaran dan

pembelajaran akan di mulakan. Maklumat – maklumat yang telah diperolehi boleh

dijadikan bahan asas dalam pemilihan media dengan meneliti rekod murid dan guru

boleh berinteraksi secara langsung dan dengan mengetahui harapan, sikap dan latar

belakang murid. Maklumat juga boleh diperolehi melalui ujian- ujian kemasukan dan

juga interaksi bersama mereka. Murid juga pernah mendapat maklumat melalui bahan

rujukan dan boleh mendapat pendedahan melalui majalah dan television dan yang

Nilai bahan

Penglibatan pelajar dalam pembelajaran

Gunakan media dan bahan

Pilih kaedah, media dan bahan

Nyatakan objektif

Analisis murid

Page 13: Assignment benar

13

paling berteknologi ialah melalui internet. Guru harus memikirkan bahan media yang

hendak digunakan perlulah disesuaikan dengan ciri-ciri murid, kandungan murid ,

kaedah, media dan bahan pembelajaran.

Terdapat tiga perkara penting yang perlu diambil kira untuk menganalisis

seseorang murid ialah dengan menggunakan sesuatu media dalam proses pengajaran

dan pembelajaran perlu disesuaikan dengan ciri-ciri murid supaya penggunaannya

berkesan dan bermakna kepada murid itu sendiri. Perkembangan tahap kognitif dan

fizikal murid yang akan diajar harus diambil kira dalam menganalisis murid sebelum

menggunakan sesuatu jenis media supaya ia ada berkaitan dengan pemikiran murid –

murid itu sendiri. Oleh yang demikian, bahan media yang digunakan dapat harus

disesuaikan dengan tahap kognitif murid, kerana hasil pengajaran dan pembelajaran

adalah lebih berkesan dan mudah difahami. Selain daripada itu juga, perbezaan antara

budaya dan bahasa setiap murid harus diberi pertimbangan kerana Malaysia merupakan

Negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang paling ramai di dunia maka guru

harus menggunakan kaedah media yang betul – betul dapat di terima oleh mereka

tanpa ada rasa dikecewakan dan sakit hati.

Langkah 2: Nyatakan objektifSebelum memulakan sesuatu jenis pengajaran yang akan melibatkan pelbagai jenis

atau golongan murid , guru harus meletakkan satu objektif pembelajaran dengan jelas

supaya guru dapat lebih fokus kepada perkara yang sepatutnya dikuasai oleh murid.

Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk

menyampaikan maklumat berdasarkan objektif pembelajaran melalui huraian sukatan

tahunan dan bukan objektif yang dibuat melalui minta guru untuk menyampaikan

sesuatu pengajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian harus dipilih

kerana guru akan memberikan tumpuan terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap

baru yang perlu dikuasai oleh murid. Objektif pembelajaran juga harus berfokuskan

kepada apakah pengetahuan sedia ada murid, kemahiran – kemahiran yang ada pada

setiap murid ( secara rawak ) dan sikap yang baru yang ada pada murid.

Contoh objektif yang harus dikuasai pada akhir pembelajaran :

Di akhir muridan murid akan :

i. mencari isipadu bentuk - 3Dimensi yang melibatkan kubus dan kuboid

Page 14: Assignment benar

14

Langkah 3: Memilih kaedah / metod , media dan bahanProses pemilihan bahan, membaiki atau mengubahsuai media yang akan digunakan,

guru perlu melihat secara keseluruhan kepada tingkat kebolehan murid dengan objektif

pembelajaran yang ingin dicapai. Terdapat tiga perkara yang perlu dilakukan dalam

melaksanakan langkah ini:

i. Memilih kaedah / metod pengajaran

Dalam satu - satu pengajaran, pelbagai jenis kaedah yang berbeza-beza boleh

diaplikasi untuk tujuan penyesuaian dalam semua aktiviti pengajaran dan pem-

belajaran yang dipilih seperti set induksi, pengenalan untuk konsep, aktiviti ber-

kumpulan, latihan dan penutup. Bagi menarik perhatian murid, guru harus

memikirkan pengenalan set induksi yang menarik dan diikuti dengan kaedah

perbincangan, stimulasi, kaedah cuba jaya dan latihan dan latih tubi kerana ia

merupakan sesuatu pengetahuan yang baru bagi murid.

ii. Memilih media

Guru seharusnya memilih bahan media yang sesuai untuk proses pengajaran

dan pembelajaran kerana ia merupakan faktor yang membolehkan mesej atau

maklumat disampaikan secara bermakna dengan baik atau sebaliknya. Peng-

gunaan media yang boleh dijadikan pilihan adalah seperti slaid, video, tayangan

multimedia blog, groups dan sebagainya yang mana boleh diperolehi menerusi

sistem teknologi yang semakin canggih pada masa ini. Format media yang dipi-

lih juga perlu bersesuaian dengan keupayaan murid terutamanya di peringkat

rendah ( tahun 1, 2 dan 3 ).

iii. Memilih bahan.

Semua jenis bahan sumber pengajaran pembelajaran juga harus merujuk

kepada isi murid yang berkenaan kerana ia merupakan focus utama kepada se-

suatu pembelajaran. Bahan yang dipilih ialah Smart Board LCD, Layar , Kompu-

ter Riba, Radio , Gambar Bentangan dan Gambar Bentuk Isipadu dan Ruang,

Kad Bentangan 3Dimensi (kubus dan kuboid ), Pembaris Ukur, Kad Manila, Pen

Marker, Pita Pelekat dan Lembaran

Page 15: Assignment benar

15

Langkah 4: Gunakan media dan bahanPenggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah penting kerana hal ini menjadi

penentuan kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh

menggunakan internet dalam proses pengajaran dan menyediakan bahan pengajaran

dalam bentuk nota dan latihan. Buku teks Sains tingkatan 5 juga digunakan. Media dan

bahan yang telah dipilih akan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk

pembelajaran murid. Selain itu pemilihan bahan dan media tersebut adalah bersesuaian

dengan pengalaman murid, jadi akhirnya dapat mendatangkan manfaat kepada para

murid.

Langkah 5: Penglibatan murid dalam pembelajaranSemasa proses pembelajaran sedang berlaku, guru harus memastikan penglibatab

murid dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, gerak kerja kumpulan, latihan,

latih tubi dan sebagainya secara aktif. Guru harus memberikan pengukuhan secara

serta merta ke atas tindak balas murid yang betul dan baik. Sebagai contoh murid

dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membina soalan yang berkaitan tajuk

Isipadu dan ruang dan pada masa itu kritikan bernas oleh kumpulan lain dalam

membentuk peribadi yang sentiasa mencari salah bagi membentuk jati diri yang baik.

Kemudian mereka juga dikehendaki mencari bahan melalui blog – blog tertentu atau

laman web yang telah disenaraikan. Selepas itu latihan yang berbentuk struktur dan

penyelesaian masalah juga diberikan kepada murid untuk tujuan penggayaan.

Langkah 6 : Penilaian / semak semula bahanSetelah satu – satu sesi pengajaran selesai, penilaian yang merupakan proses untuk

melihat keberkesanan keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah

mahupun dilaksanakan. Guru harus membuat penilaian terhadap sesebuah pengajaran

terhadap kesesuaian penggunaan bahan media, pembinaan bahan pengajaran, dan

pencapaian murid mengikut keperluan. Penilaian juga perlu dilakukan untuk melihat

kekuatan dan kelemahan serta keberkesanan bahan media yang digunakan secara

menyeluruh agar penambahbaikan dapat dilakukan bagi mendapatkan kesan

penggunaan media yang maksimum dalam pengajaran. Penilaian juga proses membuat

keputusan dan pertimbangan terhadap sesuatu nilai tentang sesuatu perkarakerana ia

akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Secara

umum, pencapaian seseorang murid akan dibahagikan kepada tiga perkara, iaitu:

Page 16: Assignment benar

16

i. Prestasi murid dinilai berdasarkan rujukan kriteria (penilaian murid berdasarkan

suatu set objektif yang telah ditentukan)

ii. Prestasi murid dalam aspek kemahiran yang diuji, seperti menjawab soalan se-

cara spontan atau berkumpulan, menjawab soalan samada secara sumatif atau

formatif atau yang berkenaan. .

iii. Sikap murid semasa sesuatu pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku .

Penilaian terhadap seseorang murid boleh dinilai melalui pertanyaan untuk melihat

pemahaman mereka, soalan yang diluar kawalan buku teks tetapi yang berkaitan (

pengetahuan sedia ada ) dan penglibatan semasa bersama kumpulan. Selain itu, murid

juga boleh dinilai melalaui menjawab soalan berstruktur atau tidak berstruktur bagi

menguji kefahaman dan pengetahuan sedia ada mereka.

4.0 KesimpulanPenggunaan model Assure merupakan satu proses pengajaran yang dapat memberi banyak

kebaikan dan kelebihan kepada semua individu termasuk guru dan murid dalam menjadikan

sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu lebih berkesan. Guru juga dapat mempelajari

pelbagai jenis kaedah penggunaan bahan yang melibatkan media teknologi yang canggih pada

masa kini. Daripada itu juga pengajaran akan lebih merangsang penglibatan murid – murid

secara aktif dan dan dapat memberi kesan positif pada isi kandungan pembelajaran pada hari

tersebut. Kaedah model ASSURE juga jika dipergunakan secara menyeluruh akan memberi

kebaikan dan impak positif kerana ia merupakan model yang dapat meningkatkan keinginan

murid untuk tahu lebih jauh pembelajran yang dipelajari. Murid juga dapat mengaplikasikan isi

kandungan pelajaran yang dipelajari melalui kompuetr ( internet ) kepada dunia luar. Keudukan

guru dalam mengharungi dunia IT masa kini juga dapat dipertingkatkan dan tidak hanya

sekadar mengajar dengan penggunaan kaedah kuno “chalk and talk” sahaja. Oleh yang

demikian, sebagai seorang guru, mereka seharusnya menggunakan segala kemudahan yang

telah dipermudahkan dan diperturunkan ke semua sekolah ( peralatan ICT ) dengan sebaik

mungkin bagi memastikan setiap pengajaran dan pembelajaran menjadi pertambah baik dari

tahun ke tahun.

Page 17: Assignment benar

17

5.0 Bibliografi

Anglin, G. J. (1995). Instructional technology: Past, present, and future. Englewood: Colorado: Libraries

Unlimited.

Chin Yoon Poh. (2009). Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. KL: Kumpulan Budiman Sdn.

Bhd.

Finn, J. D. (1960). Technology and the instructional process, Audiovisual Communication Review, 8(1),

9-10.

Kemp, J. E., & Smelline, D. C. (1994). Planning, producing and using instructional technologies (7th

ed.). New York: Harper Collins.

Norasiah Bt. Abdullah. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Puchong, Selangor:

Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. KL: Oxford

Fajar Sdn. Bhd.

Roblyer, M. D. (2003). Integrating educational technology into teaching (3rd ed.). Upper Saddle River,

N. J.: Merril Prentice Hall.

Rozinah Jamaludin. (2005). Multimedia Dalam Pendidikan. KL: Utusan Publications & Distributors Sdn.

Bhd.

Saettler, P. (1990). The evolution of American educational technology. Englewood, Colorado: Libraries

Unlimited

Seels, B., & Richey, R. (1994). Instructional technology: The definition and domains of the field,

Washington DC; AECT.

Smaldino, S.E., Russell, J., Heinich, R., & Molenda, M., (2004). Instructional technology and media for

learning. (8th ed.). Englewood Cliffs, N.J.: Prentice Hall.

Page 18: Assignment benar

18

Yusup Hashim (1998). Teknologi pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti.