assignment

7
1.0 DEFINISI SINTAKSIS Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, sintaksis bermaksud sebagai satu cabang ilmu linguistik yang mengkaji tentang peraturan dan susunan kata dalam sesuatu ayat. Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi 3, sintaksis adalah suatu kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mengkaji kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Seperti pengkaji bahasa yang lain, beliau turut mendefinisikan sintaksis sebagai satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji secara mendalam bentuk, struktur dan binaan sesuatu ayat. Sintaksis juga dimaksudkan sebagai susunan kata-kata dalam sesuatu rangkai kata atau ayat yang membentuk klausa dan frasa. Syarifah Nor Syed merujuk kepada Bahasa Melayu Teks Rujukan Lengkap STPM, sintaksis dijelaskan sebagai satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Kajian yang dimaksudkan ialah merangkumi kajian tentang hukum tatabahasa berkaitan kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan untuk menghasilkan sesuatu ayat yang gramatis dan bermakna. Dr Ali Mahmood dan Munsyi Zainal Abidin Kasim dalam buku Morfologi Dan Sintaksis Bahasa Melayu menerangkan bahawa sintaksis ialah satu cabang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan konstruksi ayat. Sintaksis juga mengkaji proses pembinaan ayat dan hukum-hukum atau peraturan bahasa yang menentukan bagaimana sesuatu perkataan itu disusun dalam serangkai ayat yang bermakna. Menurut Samsu Yaacob dalam Senarai Semak Sistem Ejaan dan Tatabahasa Bahasa Melayu ( Edisi Kemas Kini ), sintaksis adalah suatu bidang linguistik yang mengkaji proses-proses pembinaan ayat. Unsur-unsur yang terdapat dalam binaan sintaksis ialah frasa dan

Upload: amirulhaizat

Post on 30-Dec-2015

149 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

rerwdsfdgdfghfhgfhdgsdfdsfdsferfgt546546546546546rtyfghgfhy756hgfhryu6rtert54654ytfghr

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment

1.0 DEFINISI SINTAKSIS

Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, sintaksis bermaksud sebagai satu cabang

ilmu linguistik yang mengkaji tentang peraturan dan susunan kata dalam sesuatu ayat.

Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi 3, sintaksis adalah suatu kajian

tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mengkaji kaedah penggabungan dan

penyusunan perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Seperti pengkaji

bahasa yang lain, beliau turut mendefinisikan sintaksis sebagai satu cabang ilmu bahasa

yang mengkaji secara mendalam bentuk, struktur dan binaan sesuatu ayat. Sintaksis juga

dimaksudkan sebagai susunan kata-kata dalam sesuatu rangkai kata atau ayat yang

membentuk klausa dan frasa.

Syarifah Nor Syed merujuk kepada Bahasa Melayu Teks Rujukan Lengkap STPM,

sintaksis dijelaskan sebagai satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan

ayat. Kajian yang dimaksudkan ialah merangkumi kajian tentang hukum tatabahasa

berkaitan kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan untuk menghasilkan sesuatu

ayat yang gramatis dan bermakna.

Dr Ali Mahmood dan Munsyi Zainal Abidin Kasim dalam buku Morfologi Dan

Sintaksis Bahasa Melayu menerangkan bahawa sintaksis ialah satu cabang ilmu yang

mengkaji bentuk, struktur dan konstruksi ayat. Sintaksis juga mengkaji proses pembinaan

ayat dan hukum-hukum atau peraturan bahasa yang menentukan bagaimana sesuatu

perkataan itu disusun dalam serangkai ayat yang bermakna.

Menurut Samsu Yaacob dalam Senarai Semak Sistem Ejaan dan Tatabahasa

Bahasa Melayu ( Edisi Kemas Kini ), sintaksis adalah suatu bidang linguistik yang mengkaji

proses-proses pembinaan ayat. Unsur-unsur yang terdapat dalam binaan sintaksis ialah

frasa dan klausa. Gabungan frasa dan klausa akan menghasilkan ayat yang dapat berfungsi

dan bermakna.

Kesimpulannya, sintaksis boleh dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu linguistik yang

mengkaji proses pembinaan ayat. Binaan sintaksis ini seharusnya terdiri daripada beberapa

unsur seperti frasa dan klausa atau subjek dan predikat. Proses pembinaan ayat ini didasari

hukum dan peraturan yang tertentu agar ayat-ayat yang dihasilkan mengandungi makna

yang lengkap dan difahami. Pembinaan ayat yang gramatis sewajarnya saling dilengkapi

frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama yang digabungkan dengan

klausa bebas atau klausa tidak bebas.

Page 2: Assignment

POLA AYAT DASAR

Semua perkataan hakikatnya berasal daripada ayat dasar. Daripada ayat dasar ini akan

melahirkan ayat terbitan pula. Ayat ini menjadi asas kepada kata terbitan yang tidak

terbilang banyaknya dalam disiplin bahasa. Dalam disiplin bahasa Melayu, semua ayat yang

panjang mahupun pendek, ayat majmuk, ayat tunggal, ayat songsang mahupun ayat biasa

semestinya dapat dikembalikan dalam bentuk dasar. Ayat ini juga dikenali juga dikenali

sebagai ayat mudah dan ayat inti. Antara contoh ayat dasar ialah:

a) Samad suka main bola

b) Ali suka berlari

c) Dia suka belajar

d) Abu ada kebun di Tanjong Langsat

Ayat ini merupakan ayat dasar apabila ia tidak mengalami proses untuk menjadi ayat

terbitan. Dalam mengenali ayat dasar ini, kita hendaklah juga mengetahui bahawa ayat

dasar mempunyai 4 pola iaitu :

a) FN+FN

b) FN+FK

c) FN+FA

d) FN+FSN.

(a) Contoh ayat bagi pola FN+FN ialah Ahmad ialah guru. Ahmad merupakan kata kata

nama begitu juga dengan guru. Ayat tersebut tidak menjadi terbitan kerana tidak mempunyai

imbuhan.

(b) Contoh bagi pola FN+FK ialah Ahmad berlari. Ahmad merupakan kata nama

manakala berlari merupakan kata kerja iaitu daripada kata dasar lari.

(c) Contoh bagi pola FN+FA ialah Ahmad tinggi. Ahmad merupakan kata nama manakala

tinggi merupakan kata adjektif ataupun kata sifat iaitu sifat Ali yang tinggi.

(d) Dan seterusnya pola FN+FSN ialah Rumahnya disebelah balai Polis. Rumah

merupakan kata nama manakala di merupakan kata sendi sendi nama. Manakala balai polis

hanyalah predikat ayat.

Page 3: Assignment

Ayat dasar ini juga mengandungi beberapa ciri iaitu, boleh terdiri dari satu klausa

utama sebagai satu susunan biasa.Ini kerana ayat dasar terdiri dari satu subjek dan satu

predikat. Ayat dasar juga bertindak sebagai ayat penyata bagi menyatakan sesuatu. Selain

itu, ayat dasar juga bertindak sebagai ayat aktif .Ayat dasar ini biasanya adalah ayat yang

ringkas maka ayat ini berpotensi untuk diperluaskan. Ayat ini juga tidak mempunyai kata

hubung yang menyambung antara dua ayat.

AYAT TUNGGAL

Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. Ayat tunggal

juga sebenarnya mempunyai satu klausa yang hadir mewakili satu subjek dan satu predikat

tersebut. Ayat tunggal terbina daripada ayat dasar. Malah binaan ayat tunggal mempunyai

persamaan dengan ayat dasar. Namun, yang membezakan ayat tunggal dengan ayat dasar

ialah ayat tunggal terdiri daripada ayat tanya, ayat perintah ayat seruan dan sebagainya.

Sementara, ayat dasar terdiri daripada ayat penyata. Jelas bahawa ayat tunggal terbina

secara mudah dengan hanya mempunyai konstituen satu subjek dan satu predikat.

Contoh:

Subjek Predikat

(1) Bapa saudara Ali pensyarah.

(2) Peninju itu sangat tangkas.

(3) Darwis membaca kitab jawi.

(4) Wahab ke kedai runcit.

Dalam proses binaan ayat tunggal ini , terdapat juga proses penyongsangan seperti

predikat mendahului subjek seperti dalam ayat songsang.

Contoh:

(1) (a) Mariam ke pasar raya hari ini.

(b) Ke pasar raya Mariam hari ini.

Page 4: Assignment

(2) (a) Baju itu di dalam almari.

(b) Di dalam almari baju itu.

(3) (a) Kuih itu dimakannya.

(b) Dimakannya kuih itu.

(4) (a) Pokok kayu itu ditebangnya.

(b) Ditebangnya pokok kayu itu.

Berdasarkan contoh-contoh ayat tersebut, jelas didapati bahawa subjek dan predikat

dalam ayat dasar boleh bertukar ganti mengikut keperluan dan keutamaan penutur bahasa.

Jelas, proses sedemikian menggambarkan sifat bahasa Melayu yang dinamik dalam

pelbagai aspek bahasa dan rumus tatabahasa.

AYAT TERBITAN

Peranan Guru dalam Melonjak Transformasi Pendidikan NegaraGuru yang inovasi dan kreatif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sesuai dengan misi dan visi sekolah serta mampu memenuhi matlamat pendidikan negara ke arah meningkatkan kualiti pendidikan seiring dengan cabaran dunia globalisasi.. Cabaran global kini memerlukan guru mempunyai keunggulan hasil inovasi dalam pedagogi yang ditentukan oleh cara kurikulum yang dilaksanakan dan disesuaikan dengan konteks budaya yang diwakili oleh setiap murid yang berlainan bangsa. 

Profesor Emeritus Tan  Sri Dr. Khoo Kay Kim menegaskan bahawa untuk melonjak

transformasi pendidikan, kerajaan perlu melakukan perubahan terhadap guru terlebih

dahulu. Dalam mencapai taraf negara maju pada abad ke 21, Malaysia memerlukan warganegara yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains dan Matematik. Antara peranan guru dalam melonjak transformasi pendidikan negara ini adalah dengan mempersiapkan diri untuk memmbangunkan kemahiran dalam menjadi seorang yang kreatif dan berinovasi. Guru sebagai sumber manusia dalam bidang pendidikan yang bertanggungjawab membina kreativiti dan inovasi dalam setiap program pendidikan secara terancang dan sistematik. sehubunagn dengan itu, latihan perguruan yang dipraktkikan d iinstitusi pengajian tinggi mesti menyediakan tenaga guru yang dapat menonjolkan peranan mereka dengan lebih efisyen dan berdaya saing alam menempuh dunia moden disamping melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran insaniah yang diperlukan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan

Page 5: Assignment

Kebangsaan . 

Dalam lengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran, guru harus dilengkapi oleh pakej latihan yang dianjurkan oleh Jabatan pelajaran Negeri atau Jabatan Pelajaran Daerah. Melalui pakej latihan yang dianjurkan ini, guru dapat dilatih untuk mengkaji semula, mengenal pasti dan menyelesaikan masalah dalam proses pembelajaran di kelas secara kritis dan keratif.Pakej latihan dicadangkan menyediakan idea dan aktiviti yang berguna untuk menyokong peningkatan kualiti pembelajaran melalui sumbangan idea daripada guru yang berpengalaman, guru yang berprestasi cemerlang dan guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu. Selain menyertai pakej latihan, guru yang berinovasi juga perlu menghadiri bengkel mengenai e-pembelajaran yang dianjurkan oleh badan kerajaan mahupun swasta. Melalui bengkel ini juga, guru akan didedahkan kepada persepsi umum yang berkaitan dengan kuakiti dalam e-pembelajaran.

Selain membangunkan dan mempersiapkan diri menajdi guru yang kreatif dan

berinovasi, guru berperanan menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat

dimanfaatkan dalam bilik darjah. Pendidikan kini menekankan penggunaan teknologi

komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah. Dasar kurikulum baru iaitu kurikulum

standard sekolah rendah menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat

dalam bilik darjah. Bahan grafik merupakan bahan yang mudah difahami oleh murid

selain alat bantu mengajar bebentuk visual. Cabaran dan perubahan pendidikan masa

kini menuntut guru menghasilkan bahan bantu mengajar yang dapat mempertingkat

mutu dan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa sesuai dengan perkembangan

pendidikan masa kini. Bahan inovasi pendidikan pemulihan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)  ini merupakan salah satu contoh bahan bantu

mengajar yang boleh digunakan dalam bilik darjah.

Hakikatnya terdapat pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan dalam meningkat kualiti

pengajaran guru dalam memastikan peranan guru melonjak transformasi pendidikan

negara dilaksanakan. Semua pihak harus memberikan jalinan kerjasama dalam

Page 6: Assignment

memastikan pendidikan yang diberikan dapat menjamin kualiti dan mutu generasi

pemimpin kita pada masa akan datang.