assignment 524

Upload: dollar-g

Post on 03-Nov-2015

31 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ASSIGNMENT 11 : CEE 524 GAMES APPROACH TO TEACHING PHYSICAL EDUCATION AND SPORTSRANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1: PENDIDIKAN JASMANI (TEAM)TAJUK KEMAHIRAN:MENGELECEKTARIKH:21 April 2015HARI:KhamisMASA:7.35 8.35 pagiTAHUN:4 VaiduriamBILANGAN MURID:25 orangPERALATAN:1. 20 buah skitel2. 20 biji bola hoki3. GambarTUNJANG : KemahiranTAJUK : MengelecekPENGALAMAN LEPAS: Murid-murid telah didedahkan dengan kemahiran mengawal bola.OBJEKTIF:Di akhir pengajaran, pelajar-pelajar dapat;

A. PSIKOMOTOR1. Melakukan tiga jenis kemahiran mengelecek dengan teknik yang betul. a) Gelecek rapatb) Gelecek longgarc) Gelecek India

B. KOGNITIF1. Mengetahui teknik yang betul semasa melakukan kelecekan.2. Mengaplikasikan teknik kemahiran dalam situasi permainan.3. Memahami kepentingan penguasaan teknik mengelecek semasa permainan.

C. AFEKTIF1. Memupuk sikap kerjasama dalam menjayakan aktiviti2. Membina dan menyemai sifat menghormati arahan3. Menghargai pandangan orang lain.4. Membina minat dan motivasi dalam permainan hoki.Komponen/ Masa

Butiran MengajarOrganisasiCatatan

Memanaskan Badan (4minit)1. Dynamic stretching dengan menggunakan kayu hoki.2. Membuat regangan pada otot utama serta kelonggaran.

XXXGDynamic stretching

Ansur Maju 1 (5 minit)

1. Menimang bola di atas kayu secara individu dalam barisan secara berturut-turut.2. Bola ditimang dengan menggunakan permukaan kayu yang rata.3. Bertujuan untuk mengkoordinasikan anggota tangan dan mata. XXXXXXXXXXXXXXX

G

Shaping Play

Mengelecek Longgar (5minit)1 Penerangan dan demontrasi gelecek longgar2 Secara individu membawa bola dengan cara gelecek longgar tanpa halangan dalam kawasan yang disediakan dengan kawalan.3 Secara individu membawa bola berhalangan.4 Bola mesti berada disebelah bahu kanan. X

X

X Focusing play of technique

Mengelecek Rapat(5minit)1. Penerangan dan demonstrasi2. Gelecek rapat tanpa halangan3. Gelecek rapat melalui halangan yang disediakan4. Kedudukan tangan ,bola ,kayu dan badan mestilah bersesuaian dengan bentuk fizikal seseorang.5. Bola dan kayu berada di sebelah bahu kanan X

X

X Focusing play of technique

Latih tubi (7 minit)1. Pertandingan mengelecek2. Mengelecek secara zig-zag.

X

Focusing play of technique

Permainan Kecil (5 minit)1. Permainan Hoki mengaplikasikan kemahiran mengelecek sahaja. 2. Semasa permainan guru memberi perhatian dan Freeze Play terhadap teknik yang salah.Separuh padang biasaX X X X X X X XX X X XG

Enhancing play of game

Penutup (4 minit )1. Cooling down2. Perbincangan :a. Kelemahan / kesilapanb. Pergerakan anggota badan X G X X X X X X XMengenalpasti kelemahan yang terdapat.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2: PENDIDIKAN JASMANI (INDIVIDU)Mata Pelajaran : Pendidikan JasmaniTahun: 4 VaiduriamTarikh : 29 April 2015Masa : 7.35 8.35 Bilangan Murid : 25 murid Tunjang : Kemahiran Tajuk : BadmintonKemahiran : Pukulan Forehand dan BackhandPengalaman sedia ada: Murid telah mempelajari kemahiran Servis.Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:Psikomotor : Melakukan pukulan Forehand dan Backhand melepasi net dengan menggunakan teknik yang betul sekurang-kurangnya 3 daripada 5 percubaan pada jarak 3 meter.Kognitif: Menyatakan teknik Forehand dan yang betul pada lembaran kerja.Afektif : Menunjukkan kesungguhan dan kerajinan untuk mempelajari kemahiran bersama rakan.KBKK : Membuat keputusan Penerapan nilai : Kerjasama dan kerajinanPengabungjalinan : Tunjang kecergasan - KetangkasanKesepaduan : Sains - Daya dan impulsAlatan : a. 30 Biji Bulu Tangkis b. 4 unit skital c. 1 unit wisel d. 3 buah GelanggangICT: Lembaran kerjaKajian Masa Depan: Murid menguasai semua jenis kemahiran dalam badminton.

BAHAGIAN/MASAAKTIVITIFOKUS PEMBELAJARANORGANISASICATATAN/ ALATAN

Permulaan(4 minit)

Memanaskan badanMeningkatkan kadar nadi

Permainan Ikut Arahan.

Di sebuah kawasan yang luas, para murid akan berdiri di dalam kawasan tersebut. Murid dipastikan berdiri secara selesa dengan berjarak satu meter dari kawan. Guru akan memberi arahan kepada murid dan murid dikehendaki mengikut arahan.

Contohnya:I. Tubuhkan 5 orang satu kumpulan.II. Tubuhkan 6 orang satu kumpulan.III. Tubuhkan 3 orang satu kumpulan.IV. Dan lain-lain.

xxxx

x

xxx

xxxxxx

x

x

x

x

Murid berdiri dengan berjarak antara satu sama lain dalam satu kawasan luas yang ditanda oleh 4 unit skital. Aktiviti ini dijalankan selama 2 minit.Membuat keputusan

TKP: Intrapersonal Kinestetik Kesedaran ruang

Alatan:

4 unit skital

BAHAGIAN/MASAAKTIVITIFOKUS PEMBELAJARANORGANISASICATATAN/ ALATAN

Regangan Tangan

Badan dan pinggan Berdiri tegak, kaki buka seluas bahu. Luruskan kedua-dua belah tangan di belakang punggung dengan memegang raket dan kiraan 8. Tolak tangan perlahan- lahan ke atas bersama dengan raket dengan kiraan 8.

Berdiri tegak, kaki dibuka seluas bahu. Kedua-dua tangan ditolak lurus ke atas, ke kiri dan ke kanan sambil memegang raket dalam kiraan 8. Bawa raket dan kedua-dua tangan ditolak ke atas dan ke belakang melalui atas kepala dalam kiraan 8.

Murid membentuk bulatan besar dan mengambil jarak antara rakan Murid melakukan aktiviti regangan menggunakan raket. Guru menunjukkan demonstrasi dan murid mengikut lajak guru.

BAHAGIAN/MASAAKTIVITIFOKUS PEMBELAJARANORGANISASICATATAN/ ALATAN

Kaki dan paha Murid duduk melunjur dan kaki dibuka seluas bahu. Kedua-dua tangan memegang raket dan cuba menjangkau hujung jari kaki dengan raket dalam kiraan 8.

Murid duduk melunjur dengan kaki dibuka luas. Kedua-dua tangan memegang raket dan cuba menjangkau ke hadapan dalam kiraan 8.

Murid duduk melunjur dengan kaki dibuka luas. Kedua-dua tangan memegang raket dan menjangkau ke hujung kaki kiri dalam kiraan 8 dan tukar ke kaki kanan juga dalam kiraan 8.

BAHAGIAN/MASAAKTIVITIFOKUS PEMBELAJARANORGANISASICATATAN/ ALATAN

Perkembangan

Langkah 1(4 minit)

Gerakerja kelas Kemahiran Forehand secara statik.

Guru akan membuat demontrasi Guru menunjukkan gaya Forehand secara statik sambil diperhatikan oleh murid. Tangan dominan memegang raket dengan letakkan ibu jari di antara tiga jari dan jari telunjuk. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu. Mata memandang bulu tangkis. Tangan yang memegang raket dihulur ke depan dengan kaki bersamaan dengan tangan dominan langkah ke hadapan. Hayun raket dari bawah ke depan dengan tangan yang lurus. Memukul bulu tangkis pada jangkaun yang sederhana. Ikut lajak.

Murid membuat 5 barisan panjang dan menghadap guru. Murid mengambil jarak antara satu sama lain. Murid dikehendaki mengulang pergerakan dan urutan melakukan Forehand sehingga kemahiran dikuasai.

G= guruX= muridMeneliti bahagian dan keseluruhan

TKP: Intrapersonal Interpersonal Visual-ruang

Alatan: 4 unit skital 1 unit wisel Raket setiap murid

BAHAGIAN/MASAAKTIVITIFOKUS PEMBELAJARANORGANISASICATATAN/ ALATAN

Langkah 2(4 minit)

Kemahiran Backhand secara statik.

Guru akan membuat demontrasi Guru menunjukkan gaya Backhand secara statik sambil diperhatikan oleh murid. Tangan dominan memegang raket dengan letakkan ibu jari di antara tiga jari dan jari telunjuk. Berdiri dengan kaki buka seluas bahu. Mata memandang bulu tangkis. Kaki dimana tangannya memegang raket bersilang ke kaki sebelah. Kilas raket separas bahu. Memukul bulu tangkis. Ikut lajak.

Murid membuat 5 barisan panjang dan menghadap guru. Murid mengambil jarak antara satu sama lain. Murid dikehendaki mengulang pergerakan dan urutan melakukan Forehand sehingga kemahiran dikuasai.

G

XXXXX

XXXXX

XXXXX

XXX

XX

XXXXX

XXXXX

G= guruX= murid TKP: Kinestetik Interpersonal Visual-ruang

Alatan: 4 unit skital 1 unit wisel Raket setiap murid

BAHAGIAN/MASAAKTIVITIFOKUS PEMBELAJARANORGANISASICATATAN/ ALATAN

Langkah 3(4 minit)

Gerakerja Kumpulan Kemahiran Forehand dan Backhand secara dinamik berjalan pada masa yang sama.

Guru menunjukkan cara untuk melakukan Forehand dan Backhand dinamik pada masa yang sama. Berdiri di tengah gelanggang dengan kaki dibuka seluas bahu. Langkah tiga langkah ke kanan dan lakukan kemahiran Forehand. Undur balik ke tengah gelanggang. Seterusnya, langkah 3 langkah ke kiri untuk melakukan kemahiran Backhand. Ulang aktiviti sebanyak 3 set bagi setiap pelajar.

Murid dibahagi kepada 3 kumpulan iaitu 10 orang murid setiap kumpulan. Setiap kumpulan akan menggunakan satu gelanggang. 5 orang dalam separuh gelanggang. 1 daripada 5 orang tersebut akan melakukan kemahiran dahulu dan tukar rakan lain. Bergilir-gilir sehinggalah semua murid telah melakukan 3 set.

= Murid

TKP: Interpersonal Kinestetik Visual-ruang

Alatan: Gelanggang Badminton

Nilai Murni:- Kerajinan

BAHAGIAN/MASAAKTIVITIFOKUS PEMBELAJARANORGANISASICATATAN/ ALATAN

Langkah 4( 5 minit )

Kemahiran Forehand dan Backhand secara dinamik dengan menggunakan bulu tangkis. Guru pilih 2 orang murid yang telah menguasai kemahiran servis untuk menolongnya. Guru dan 2 orang murid akan servis kepada murid yang berada di sebelah gelanggang ke sebelah kiri dan kanan. Murid tersebut akan memukul bulu tangkis dengan kemahiran Forehand dan Backhand. Setelah murid siap melakukan kedua-dua kemahiran giliran murid lain. Aktiviti dijalankan sehingga setiap murid telah melakukan 5 set. Murid dibahagi kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan akan menggunakan satu gelanggang. 2 orang murid yang terpilih dan guru akan berada di salah satu gelanggang. Murid berdiri di sebelah separuh gelanggang bersedia untuk memukul bulu tangkis.

= Murid

= Orang yang servis

KBKK:Membuat keputusan

TKP: Kinestetik Interpersonal Visual-ruang

Alatan: 30 biji bulu tangkis Gelanggang Badminton

Nilai Murni: Kerajinan

BAHAGIAN/MASAAKTIVITIFOKUS PEMBELAJARANORGANISASICATATAN/ ALATAN

KemuncakPermainan Kecil( 5 minit )

Pertandingan secara kumpulan untuk melepaskan bulu tangkis daripada net dengan kemahiran Forehand dan Bakchand. Para murid dibahagikan kepada dua kumpulan besar. Kumpulan A sebagai pemberi bulu tangkis, iaitu servis kepada Kumpulan B yang menerima cabaran. Kumpulan A akan membuat dua barisan di kiri dan kanan gelanggang. Kumpulan B akan buat satu barisan panjang di tengah gelanggang sebelahan. Kumpulan A bahagian kiri akan servis melepasi net dan murid kumpulan B akan memukul. Selepas murid memukul bulu tangkis murid tersebut akan undur balik ke tengah dan menunggu memukul bola di sebelah kanan. Setiap murid dikehendaki memukul dua kali. Permainan diteruskan sehingga setiap murid telah melakukan pukulan. Kumpulan A pula akan memukul dan Kumpulan B akan servis. Kumpulan yang Berjaya melepaskan bulu tangkis ke gelanggang sebelah dengan jumlah yang banyak adalah pemenang. Kumpulan A 15 orang murid, sama juga dengan Kumpulan B. Kumpulan A servis dan Kumpulan B akan memukul bulu tangkis untuk melepasi net. Apabila sudah tamat kedua-dua kumpulan bertukar peranan.

= MuridBA

KBKK:Membuat keputusan

TKP: Kinestetik Interpersonal Visual-ruang

Alatan: 15 biji bulu tangkis Gelanggang Badminton

Nilai Murni: Kerajinan Kerjasama

Penutup( 4 minit )

Gerak kendur Kaki dan paha

Badan dan pinggang

Tangan

Perbincangan

Menyimpan alatan

Murid duduk melunjur dan kaki dibuka seluas bahu. Kedua-dua tangan cuba menjangkau hujung jari kaki kiri dan kanan dalam kiraan 8.

Berdiri tegak, kaki buka seluas bahu. Kedua-dua tangan ditolak lurus di bahagian belakang pinggan kiri dan kanan dalam kiraan 8.

Berdiri tegak, kaki buka seluas bahu. Kedua-dua belah tangan disilangkan dan cuba menyentuh scapula kiri dan kanan dalam kiraan 8.

Guru meminta murid-murid menyusun teknik melakukan kemahiran Forehand dan Backhand yang betul dalam lembaran kerja. Guru membuat rumusan dan kesimpulan.

Pembahagian tugasan Tempat penyimpanan Susunan alatan

Murid membentuk bulatan besar dan mengambil jarak antara rakan.

Murid melakukan aktiviti gerak kendur. Guru memanggil seorang murid untuk mengetuai aktiviti gerak kendur.

Guru memberi lembaran kerja kepada murid.

Guru memastikan murid mengemas dan mengikut peraturan penyimpanan alatan yang ditetapkan ke dalam stor.

TKP:Verbal-linguistik

ICT:Lembaran kerja

Nilai Murni:Kerjasama

ASSIGNMENT 12: CEE 524 GAMES APPROACH TO TEACHING PHYSICAL EDUCATION AND SPORTSLAPORAN SESI PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANIPada 21 dan 29 April, saya telah membuat satu sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian bagi tahun 4. Sesi pengajaran dan pembelajaran ini dilakukan akan untuk memenuhi tugasan bagi subjek CEE 524. Sepanjang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan, secara peribadinya saya berpendapat terdapat beberapa kekuatan, kelemahan dan penambahbaikkan yang boleh dilakukan untuk masa hadapan. Pada pendapat saya antara kelebihan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilakukan adalah penyampaian arahan kepada murid jelas dan boleh difahami murid. Kelebihan penyampaian arahan adalah dari segi kelantangan suara dan ulangan arahan. Masalah utama murid adalah sukar untuk memahami arahan dan fokus. Arahan yang telah diberikan adalah jelas, lantang dan berulang kali. Dengan pendekatan yang sedemikian, arahan yang telah diberikan boleh difahami oleh murid. Secara peribadinya sememangnya agak meletihkan bagi saya untuk memberikan arahan secara berulang kali, akan tetapi tanpa pemberian arahan yang berulang kali murid tidak dapat memahami arahan dan tidak akan fokus. Oleh itu secara peribadinya, saya berpendapat bahawa pendekatan yang telah digunakan merupakan kekuatan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini.Seterusnya, kekuatan yang ada pada sesi pengajaran dan pembelajaran ini adalah dari segi organisasi yang tersusun. Secara amnya, organisasi telah disusun dengan rapi dimana untuk setiap langkah pengajaran mempunyai stesen tersendiri seperti stesen memanaskan badan dan regangan, stesen bagi langkah pengajaran 1 dan 2, stesen permainan kecil dan yang terakhir adalah stesen regangan badan. Dengan penggunaan sistem stesen bagi organisasi sesi pengajaran dan pembelajaran ini telah membuatkan perkembangan pengajaran adalah lancar. Masa untuk sesi pengajaran dan pembelajaran juga dapat dilaksanakan mengikut seperti mana yang telah dirancang. Dengan penggunaan strategi seperti ini telah membuatkan sesi pengajaran dan pembelajaran kemas dan tidak mempunyai masalah dari segi alatan oleh kerana alatan yang telah disiapkan terlebih dahulu di tempat yang sepatutnya. Dengan itu, saya secara peribadinya berpendapat bahawa persiapan awal dan perancangan susunan alatan adalah kekuatan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini berjalan lancar.

Kekuatan terakhir bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini adalah pendekatan secara terus kepada murid sekiranya murid tidak boleh melakukan kemahiran. Pendekatan secara terus dengan membantu murid untuk melakukan kemahiran telah membantu murid untuk menguasai kemahiran yang diajar. Kemahiran yang diajar merupakan kemahiran guling hadapan. Terdapat seorang murid yang tidak dapat melakukan kemahiran ini. Setelah dibantu untuk melakukan kemahiran ini, murid tersebut dapat melakukan kemahiran ini. Pendekatan membantu murid secara terus dapat memberikan keyakinan kepada murid untuk melakukan kemahiran yang diajar. Oleh itu saya berpendapat bahawa pendekatan terus untuk membetulkan kesalahan dan ketidakupayaan murid untuk melakukan kemahiran adalah kekuatan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini.Selain daripada kekuatan, terdapat beberapa kelemahan yang dapat dinyatakan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini. Kelemahan pertama yang boleh dinyatakan adalah pemilihan kemahiran dan aktiviti yang sukar dilakukan dengan betul oleh murid. Kemahiran ini adalah sukar untuk dilakukan dengan betul oleh murid ditambah dengan pemilihan aktiviti yang kurang sesuai untuk murid. Secara amnya murid dapat membuat kemahiran ini akan tetapi kemahiran yang dilakukan tidak berapa tepat dan tidak mengikut ansur maju yang telah ditetapkan. Oleh itu saya berpendapat bahawa, pemilihan kemahiran dan aktiviti yang dirancang merupakan kelemahan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini.Seterusnya, antara penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini adalah perancangan pemilihan kemahiran dan aktiviti murid dirancang dengan teliti dimana guru sepatutnya merancang aktiviti yang sesuai dengan tahap psikomotor murid. Pemilihan aktiviti juga sepatutnya dirancang dengan aktiviti yang paling mudah ke aktiviti yang paling sukar dimana guru seharusnya memulakan aktiviti dengan aktiviti mudah yang boleh memberikan keyakinan kepada murid untuk melakukan kemahiran yang dirancang. Apabila murid mempunyai keyakinan untuk melakukan kemahiran barulah murid dapat melakukan kemahiran dengan teknik perlakuan yang betul dan tepat.Penambahbaikan lain yang boleh dilakukan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini adalah guru sepatutnya melakukan dahulu aktiviti yang dirancang sebelum mengaplikasikannya kepada murid. Sekiranya saya melakukan aktiviti yang dirancang terlebih dahulu, saya akan dapat mengesan kelemahan aktiviti yang dirancang.

Secara keseluruhannya, sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan tidak mempunyai masalah yang besar. Murid juga secara kasarnya dapat melakukan kemahiran yang diajar walaupun tidak dengan melakukan yang betul. Saya dan juga rakan saya juga telah mendapat kerjasama yang baik daripada pihak sekolah dalam menjayakan tugasan ini dimana guru pendidikan jasmani lain telah memberikan banyak cadangan dan bantuan kepada saya. Secara peribadinya saya berpuas hati dengan pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani ini.