assighnment 3083 etika guru
TRANSCRIPT
Kod Etika Guru Dan Akauntabiliti Guru
Profesion perguruan merupakan profesion yang tidak lapuk ditelan zaman .Profesion
sebagai guru telah menjadi igauan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
semenjak awal tahun 60 an lagi. Menurut tafsiran Kamus Dewan (1996) Guru bermaksud
orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh. Guru adalah insan yang boleh
bertanggungjawab sebagai kaunselor, jururawat, kerani dan segala macam lagi pekerjaan
lain.Seorang guu haruslah mempunyai etika-etika yang harus dipatuhi supaya profesion ini
terus disanjung dan dihormati sehingga ke akhir zaman.
Menurut Kamus Dewan (1995), etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau
tingkah laku atau kesusilaan.Dalam pengertian yang lain, etika menjadi teras dan tunggak
kepada keperibadian atau tatakelakuan penjawat awam dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan.Etika juga boleh dikatakan sebagai satu garis panduan
yang menyenaraikan prinsip-prinsip tingkah laku untuk tujuan meningkatkan tahap kualiti,
produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan.
Kod etika profesion pula mempunyai tiga aspek yang menjadi fungsi kepada Kod
Etika Guru iaitu :
i) Memberi pedoman kepada setiap ahli mengenai prinsip professional yang telah
dirangkakan berkaitan dengan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.
ii) Satu kawalan social kepada masyarakat supaya mereka lebih memahami
kepentingan sesuatu profesion tersebut
iii) Membantu para professional mencegah campurtangan pihak di luar bidang
organisasi tentang hubungan etika dalam keanggotaan profesion.
Etika professional bermaksud semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap
kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap
semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban , peranan. Nilai serta tingkah
laku profesion dalam masyarakat.
Kod Etika Guru :
i) Tanggungjawab terhadap pelajar
- Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar lebih daripada yang lain
- Bersikap adil terhadap setiap pelajar tanpa menengira faktor jasmani, mental, emosi,
politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama
- Merahsiakan maklumat iktisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang
berhak mengetahuinya.
-Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata
pelajaran lain yang diajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
- Menunjukkan suatu cara berpakaian , pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan
contoh yang baik kepada pelajar.
- Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas melalui pengajian , penyelidikan, lawatan
dan menghadiri kursus.ikhtisas, persidangan , mesyuarat dan seminar bagi mencapai mutu
yang tinggi.
ii) Tanggungjawab terhadap ibu bapa:
- Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka
- Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumah tangga
- Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai rumah
tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya
kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
- Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka , dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
- Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial
dan ekonomi ibu bapa pelajar,
- Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang
boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
iii) Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
- Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau Negara, ataupun yang bertentangan dengan
Rukun Negara,
- Memupuk semmangat dan nilai dalam diri setiap pelajar yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia .
bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan
menghormati perbezaan kebudayaan dan agama.
- Menghormati masyarakat tempat berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab
sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengamabil bahagian dalam
sebarang kegiatan masyarakat.
- Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa,
institusi pendidikan dengan masyarakat.
- Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan
kecendikiawan masyarakat, Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang
diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.
iv) Tanggungjawab Terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.
- Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau
berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah guru,
- Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami
sebagai guru.
- Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin
dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas
dan sosial.
- Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru
menceburkan diri dalam profesion perguruan
- Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan
- Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru
Akauntabiliti Guru
Menurut Kamus Dewan (2007) :Akauntabiliti bermaksud sifat bertanggungjawab
kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan dan sebagainya serta
bersedia memberikan penjelasan dan justifikasi yang diperlukan.Akauntabiliti atau
kebertanggungjawab seseorang guru difokuskan kepada tiga aspek iaitu tanggungjawab
terhadap profesion perguruan, tanggungjawab terhadap negara dan tanggungjawab
terhadap sekolah, masyarakat dan diri sendiri.
i) Akauntabiliti terhadap pelajar dan ibu bapa
- Mendidik pelajar ke tahap yang cemerlang .
- Bertanggungjawab menddidik pelajar ke tahap moral yang tinggi agar menjadi
warganegara yang baik dan berguna.
ii) Akauntabiliti terhadap diri sendiri
- berketrampilan dan berpengetahuan yang luas dalam bidang pelajaran yang diajar.
-sentiasa meneroka dalam mencari ilmu baharu.
-Bersikap positif dan memberikan pembelajaran yang adil dan sama kepada semua pelajar
- Sentiasa menampilkan diri sebagai role model kepada murid dengan perwatakan yang
mulia, patriotic serta memiliki daya tahan yang tinggi.
iii) Akauntabiliti terhadap ibu bapa
- Menjalankan amanah mendidik murid-murid menjadi insan yang berguna kepad
masyarakat dan Negara,
-Mewujudkan hubungan yang erat dengan ibu bapa supaya mendapat sokongan dalam
setiap permasalahan berkaitan sahsiah dan akademik pelajar,
iv) Akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara.
- Bertanggungjawab melaksanakan tugas demi mencapai cita-cita dan aspirasi Negara
dalam Falsafah Pendidikan kebangsaan.
-Peka terhadap persekitaran komuniti dan menghindarkan diri daripada dipengaruhi unsur-
unsur negatif yang mencemar nama baik sekolah dan masyarakatserta negara.
- Menghormati masyarakat di tempat guru berkhidmat dan menjalinkan hubungan erat serta
bekerjasama dengan masyarakat.
-Melibatkan diri dalam aktiviti sosial dalam komuniti tempat bertugas.
v) Akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.
-Bertanggungjawab terhadap profesion sendiri dan berusaha melaksanakan tanggungjawab
dengan sempurna.
- Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat yang baharu dalam profesion keguruan.
Isu-Isu Yang Pernah Dihadapi Oleh Pn.Che Norizam Bt Abdullah
1.Isu Guru Tidak Hadir Bertugas.
Ketidakhadiran bermaksud apa-apa sahaja kegagalan seseorang pekerja daripada
melaporkan diri ataupun tidak berada di tempat kerja mengikut masa yang telah ditetapkan
atas apa juga alasan . Ini menunjukkan apabila seseorang pekerja tidak hadir , tanpa
sebarang sebab yang munasabah , ianya boleh dianggap sebagai ponteng kerja.Menurut
Cascio (2005) ketidakhadiran bermaksud apa-apa sahaja kegagalan seseorang pekerja
daripada melaporkan diri ataupuntidak berada di tempat kerja mengikut masa yang telah
ditetapkan atas apa alas an sekalipun.Ini menunjukkan apabila seseorang pekerja itu tidak
datang ke pejabat pada waktu bekerja maka mereka dianggap sebagai tidak hadir.
Sekiranya seseorang pekerja tidak hadir tanpa sebarang sebab yang munasabah , ianya
boleh dianggap sebagai ponteng kerja
Dalam konteks guru pula , diakui terdapat segelintir kes guru ynag ponteng disebabkan
beberapa perkara yang tertentu.Kajian yang dijalankan oleh Randolfi (1996), salah satu
daripada kesan tekanan yang terlalu tinggi dalam kalangan pekerja boleh mengakibatkan
pelbagai kesan seperti psikologi, fizikal, tingkah laku dan organisasi dan kesannya boleh
membawa kepada ketidakhadiran pekerja untuk bekerja.
Kes guru tidak hadir atau ponteng ini, terjadi mungkin disebabkan oleh beberapa faktor
seperti :-
i) Bidang kerjaya seorang guru tu sendiri sentiasa mencabar dan sudah
pastinyalah mereka akan berhadapan dengan banyak jenis tekanan sepanjang
berada di sekolah.Akibat daripada tekanan yang dihadapi, tidak mustahil bagi
seseorang guru bertindak untuk ponteng kerja seiring dengan pendapat Randolfi
tadi.
ii) Kemungkinan juga faktor psikologi seseorang guru itu sendiri. Mereka terpaksa
bertindak begitu supaya berada jauh daripada sekolah dan segala tekanan nya
untuk mendapatkan ketenangan jiwa. Tekanan dalam sesebuah organisasi itu
telah menjadikan perkara ini berlaku.
iii) Bebanan kerja guru di sekolah semakin hari semakin meningkat merupakan
salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah guru tidak hadir bertugas
ataupun ponteng. Tekanan kerja yang dianggap membebankan kadang kala
menyebabkan mereka tidak bersedia untuk masuk ke kelas mengajar demi
menyiapkan tugasan lain yang diberikan. Kes beban kerja guru ini pernah
menjadi satu isu yang hangat suatu masa dahulu dan telah dibincangkan oleh
pihak yang berkaitan, tetapi sehingga ke hari ini, tidak nampak banyak
perubahan malah ada yang semakin bertambah pula.
Menerusi temu bual saya bersama Pn .Che Norizam , dalam menangani masalh ini,
beliau menyatakan bukan sesuatu yang mudah. Guru tersebut akan dipanggil dan
diminta menunjukkan surat cuti sakit. Sekiranya tidak ada surat cuti sakit dikemukakan ,
beliau akan menasihati guru tadi mengisi borang cuti rehat khas (CRK ) yang memang
diperuntukkan kepada semua guru iaitu sebanyak tujuh hari dalam setahun. Akan tetapi
jika CRK guru ini telah habis diambil sebelum ini, tindakan yang diambil ialah memotong
gaji. Jika guru tersebut telah menerima gaji termasuk gaji hari beliau tidak hadir
bertugas, guru tersebut diarahkan supaya memulangkan semula jumlah yang
sepatutnya mengikut jumlah hari tidak hadir bekerja.
Masalah ini tidak hanya berakhir di sini sahaja, ada guru yang tidak hadir bertugas untuk
tempoh masa yang panjang , tanpa mengemukakan sijil cuti sakit atau pun boring
permohonan cuti sama ada cuti tanpa gaji atau sebagainya, tindakan kaunseling akan
diberikan melalui jabatan pendidikan daerah setelah laporan salah laku dikemukakan
oleh pihak sekolah.
Memandangkan setiap organisasi mempunyai kod etika profesion sebagai panduan,
maka sebagai pendidik kita seharusnya mematuhi setiap garis panduan yang berikan
dan sebagai pemimpin pula bertanggungjawab memastikan orang-orang bawahan
sedntiasa mematuhi etika tersebut di samping mempunyai akauntabiliti yang tinggi pada
setiap masa.
-
-