isu etika guru ip

32
Isu Etika Guru Maksud etika : -cara atau hukum yang tidak bertulis berkenaan adab tertib dalam pergaulan Maksud Etika Guru : - Suatu sistem yang diatur sebagai panduan untuk diikuti oleh guru supaya guru saling menghormati, mempunyai kesantunan, kepedulian terhadap profesionnya serta boleh menguruskan kehidupan dengan baik Etika perlu dalam profesion perguruan : - Supaya segala tindakan guru dilihat telah menjaga kepentingan masyarakat yang berhubung dengan mereka - Supaya tingkah laku guru sesuai dengan adat kebiasaan yang berlaku dan tidak bertentangan dengan hak asasi umum. - Guru dikawal oleh etika perguruan. Fokus Etika Guru : - Kesantunan guru - Kepedulian guru - Penampilan guru - Berniaga di sekolah - Pengurusan masa - Kerjaya sambilan - Kerjaya sambilan - Pengurusan kewangan 1.0 ISU KESANTUNAN GURU - Kesantunan merujuk kepada tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat. - Fokus kesantunan guru ialah : a) Perlakuan dalam percakapan - Kawalan suara - Memonopoli sidang perbualan - Cakap banyak - Puji diri secara langsung dan tidak b) Tatacara berkomunikasi - Ikut norma budaya setempat, bukan tatacara kita sahaja.

Upload: shela-subramaniam

Post on 01-Jul-2015

12.906 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Isu Etika Guru ip

Isu Etika GuruMaksud etika :-cara atau hukum yang tidak bertulis berkenaan adab tertib dalam pergaulan

Maksud Etika Guru :-    Suatu sistem yang diatur sebagai panduan untuk diikuti oleh guru supaya guru saling menghormati, mempunyai kesantunan, kepedulian terhadap profesionnya serta boleh menguruskan kehidupan dengan baik

Etika perlu dalam profesion perguruan :-    Supaya segala tindakan guru dilihat telah menjaga kepentingan masyarakat yang berhubung dengan mereka-    Supaya tingkah laku guru sesuai dengan adat kebiasaan yang berlaku dan tidak bertentangan dengan hak asasi umum.-    Guru dikawal oleh etika perguruan.

Fokus Etika Guru :-    Kesantunan guru-    Kepedulian guru-    Penampilan guru-    Berniaga di sekolah-    Pengurusan masa-    Kerjaya sambilan-    Kerjaya sambilan-    Pengurusan kewangan

1.0    ISU KESANTUNAN GURU-    Kesantunan merujuk kepada tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat.-    Fokus kesantunan guru ialah :a)    Perlakuan dalam percakapan-    Kawalan suara-    Memonopoli sidang perbualan-    Cakap banyak-    Puji diri secara langsung dan tidakb)    Tatacara berkomunikasi-    Ikut norma budaya setempat, bukan tatacara kita sahaja.

2.0    ISU KEPEDULIAN GURU-    Definisi ; perwakilan komposit perasaan, pemikiran, dan perhatian yang diberikan kepada sesuatu isu/tugas-    Perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberikan guru terhadap isu atau tugasnya.-    Gabungan perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh guru terhadap isu yang dihadapi semasa melaksanakan tugasnya.

Page 2: Isu Etika Guru ip

-    Kepedulian merupakan kuasa yang akan menggerakkan suatu proses perubahan (Havelock 1995)-    Guru perlu :a)    Sedar atas perubahanb)    Minat pada perubahanc)    Mengenali pembawa perubahand)    Mengurus perubahane)    Menilai kesan perubahanf)    Bekerjasama dengan rakang)    Membuat penambahbaikan

-    Kepedulian dari segi penyempurnaan diri: urus hal kehidupan seharian: jangan sampai masalah kehidupan mengganggu tugas

-    Kepedulian terhadp tugas pengajaran: ambil peduli tentang bahan, kaedah dan beban PNP: bimbang terhadap perasaan murid terhadap guru

-    Kepedulian terhadap impak pengajaran: yakin terhadap kebolehan pelajar: guru lebih fokus kepada keperluan pelajar dan penambahbaikan

Cadangan :-    Membuat refleksi terhadap kepedulian harian dan sedia menerima maklum balas daripada guru lain, mentor atau penyelia tentang masalah dihadapi.

ETIKA PERGURUAN[/size]Susunan: Amiene Rev

Maksud Etika1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa &

Pustaka, 1995)

2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).

3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.

4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.

Maksud Etika Profesional

Page 3: Isu Etika Guru ip

Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.

Skop Etika Profesional1. Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar

peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll.

2. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.

Etika Perguruan

Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.

Kepentingan Etika Guru

Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:

1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.

2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.

3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. – Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.

4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.

5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. – Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru

Page 4: Isu Etika Guru ip

yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.

6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. – Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991).

Piagam Pelanggan[/size]1. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh mencemarkan

sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.

2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.

3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.

4. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.

5. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya.

6. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan.

7. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.

8. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain.

9. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain.

Page 5: Isu Etika Guru ip

10. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.

11. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.

12. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara.

13. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.

14. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.

15. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model' kepada muridnya.

16. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.

17. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.

18. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya.

19. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.

20. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.

21. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.

Page 6: Isu Etika Guru ip

22. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia [/size]

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut:-

1. Niat yang betul2. Perlakuan yang baik3. Pengerak ke arah kebaikan 4. Memperkotakan apa yang dikatakan5. Berdisiplin dan beradab6. Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi

NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Nilai-nilai itu adalah:

1. Amanah2. Benar3. Bijaksana4. Bersyukur5. Dedikasi6. Ihklas7. Penyayang

contoh

KUALA LUMPUR: Perlakuan guru yang mencabul pelajar sesuatu yang cukup memalukan dan mencemarkan martabat profesion perguruan.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Peng, berkata perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana guru melindungi pelajar, bukan sebaliknya.

“Kejadian ini amat memalukan dan sudah melanggar etika profesion perguruan, oleh itu jika terbukti guru terbabit bersalah dia perlu di bawa ke muka pengadilan serta menerima hukuman setimpal atas apa yang dilakukannya terhadap mangsa,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan mengenai tindakan seorang guru tuisyen yang mencabul pelajarnya dengan menyatakan gadis berkenaan akan menjadi pintar sekiranya dia dibenarkan menyentuh serta membelai tubuhnya.

Masalah disiplin antara guru dan pelajar

Page 7: Isu Etika Guru ip

Pepatah Melayu menyebut, yang tua menyayangi yang muda dan yang muda menghormati yang tua.

Akhir-akhir ini kita melihat laporan media yang agak merisaukan mengenai hubungan antara guru dan pelajar. Minggu lepas tentang laporan pelajar-pelajar di Sarawak didenda dengan direndam. Kini timbul pula laporan bagaimana di Johor seorang guru dicekik pelajar.

Sememangnya suatu kerangka baru diperlukan bagi menggariskan bidang kuasa guru di dalam mendisiplinkan pelajar, agar guru mempunyai ruang untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik dan pada masa yang sama tidak menyalahgunakan kuasa tersebut.

Sebagai seorang pelajar asrama saya sendiri biasa didenda dan mendenda (di dalam had-had yang tertentu). Tetapi situasi hari ini sudah berubah, sikap ibu bapa yang menyerahkan anak mereka kepada guru untuk diperlakukan apa sahaja asal tidak meninggalkan bekas mungkin sukar dicari.

Namun kerangka undang-undang dan peraturan semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah ini. Perkara pokoknya ialah membina perasaan hormat dan sayang-menyayangi antara guru dan murid dengan cabaran hari ini.

Ibu bapa juga perlu memberi peluang kepada guru-guru untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka. Kadangkala ibu bapa terlalu campur tangan, sehingga guru gagal menunaikan tugas mereka dengan baik. Apabila timbul musibah atau keputusan anak mereka tidak baik, guru juga dipersalahkan.

Masalah guru

Persoalan nasib guru swasta yang merasa dianaktirikan dan diperlakukan tidak adil kian mencuat ke publik. Polarisasi antara guru swasta dan negeri sebenarnya bukan persoalan utama yang kita hadapi.

Masalah utama yang menjadi pangkal perdebatan adalah tidak adanya keseriusan pemerintah dalam menjaga dan melindungi martabat profesi guru, tidak peduli apakah itu guru negeri, swasta, tetap, maupun honorer.

Dua kekuatan

Sebenarnya, nasib guru lebih banyak ditentukan dua kekuatan, yaitu kekuatan negara dan kekuatan masyarakat. Kekuatan negara terhadap guru bersifat memaksa dan mengatur. Ini terjadi karena negara berkepentingan hanya mereka yang memiliki kompetensi dan layak mengajar di kelaslah yang boleh berdiri di depan kelas. Karena itu, negara mengatur berbagai macam kompetensi yang harus dimiliki guru sebelum mereka boleh mengajar di dalam kelas. Kualifikasi akademis, sertifikasi, kemampuan sosial, dan keterampilan pedagogis adalah hal-hal yang harus dikuasai guru. Berhadapan dengan aturan negara yang koersif ini, para guru tidak dapat berbuat apa-apa selain harus menyesuaikan diri. Sebab inilah satu-satunya cara agar profesi guru tetap berfungsi efektif dalam lembaga pendidikan.

Page 8: Isu Etika Guru ip

Selain itu, masyarakat juga memiliki kekuatan kultur yang menentukan gambaran sosok guru. Guru harus memiliki sifat-sifat tertentu, yaitu ramah, terbuka, akrab, mau mengerti, dan pembelajar terus-menerus agar semakin menunjukkan jati diri keguruannya. Masyarakat telah menentukan pola perilaku yang boleh dan tidak boleh dilakukan guru di dalam kelas dan di luar kelas. Bahkan, masyarakat dengan kekuatan kulturalnya mengatur bagaimana guru harus berpakaian. Guru tak bisa seenaknya memakai jenis pakaian tertentu selama mengajar. Pelanggaran atas harapan masyarakat ini membuat individu guru kehilangan integritas.

Berhadapan dengan dua kekuatan ini, guru tidak memiliki kekuatan penawaran, selain mengikuti apa yang ditetapkan instansi di luar dirinya. Tidak jarang, norma sosial yang harus dilaksanakan guru menjadi rambu-rambu yang sebenarnya menjaga martabat guru itu. Ketika ada pelanggaran kode etik yang dilakukan guru, masyarakat akan menilai pribadi itu sebagai kehilangan kualitas keguruan dan dia tidak akan dipercaya. Karena itu, sanksi sosial, baik dari masyarakat maupun negara, sebenarnya bukan bersifat punitif, tetapi juga reparatif, yang membuat status dan martabat guru tetap berharga di mata masyarakat dan negara.

Bagian hakiki

Kekuatan memaksa negara dan kekuatan kultural masyarakat sebenarnya menjadi bagian hakiki yang mewarnai status seorang guru. Karena itu, tiap orang yang ingin menjadi guru harus mempertimbangkan dua tuntutan itu. Guru tidak bisa mengklaim dirinya sebagai guru jika negara dan masyarakat tidak memaklumkan keberadaan individu itu sebagai guru.

Sayang, situasi sosial, politik, dan ekonomi kian membuat status guru terpencil dan terpinggir. Ini terjadi karena tuntutan tinggi yang dipaksakan pemerintah ternyata tidak dibarengi kesediaan pemerintah melindungi profesi guru. Bahkan, ada guru digaji di bawah upah minimum regional. Sedangkan masyarakat, terutama para pemilik yayasan pendidikan swasta, juga tidak dapat berbuat banyak karena alasan tak adanya dana untuk mengangkat guru-guru mereka menjadi guru tetap. Minimnya sumber daya yayasan sering menjadi alasan untuk tidak memerhatikan nasib guru, bahkan membebani masyarakat dengan cara menaikkan biaya pendidikan.

Entah berhadapan dengan kekuatan negara atau masyarakat, guru ada dalam posisi lemah dan selalu menjadi korban. Situasi ini tidak dapat diatasi dengan mengangkat seluruh guru honorer menjadi pegawai negeri, seperti tuntutan beberapa kelompok guru honorer maupun mengangkat guru tidak tetap menjadi guru tetap yayasan.

Masalah ini hanya bisa diatasi jika pemerintah dan masyarakat memberi prioritas untuk menjaga, melindungi, dan menghormati profesi guru. Secara khusus, pemerintah harus memberi jaminan finansial secara minimal kepada tiap guru agar mereka dapat hidup layak dan bermartabat sebagai guru. Jaminan seperti ini hanya bisa muncul jika ada perlindungan hukum berupa peraturan perundang-undangan yang benar-benar memihak dan berpihak kepada guru.

Sejauh ini, pemerintah hanya mampu menuntut guru untuk ikut sertifikasi, tetapi ia gagal memberi penghargaan dan perlindungan atas profesi guru (ada ketidakseimbangan kuota guru negeri dan swasta, sedangkan swasta dibatasi kesejahterannya dengan aturan alokasi jam

Page 9: Isu Etika Guru ip

mengajar dan status kepegawaian). Pemerintah memiliki tugas mulia dalam menyejahterakan nasib guru. Negara mampu melakukan itu jika ada keinginan politik yang kuat. Ongkos sosial dan politik pada masa depan akan lebih ringan jika pemerintah mampu memberi perlindungan dan kemartabatan profesi guru, terutama memberi jaminan ekonomi minimal agar para guru dapat hidup bermartabat, sehingga mereka dapat memberi pelayanan bermutu bagi masyarakat dan negara.

Dukungan bagi swasta

Ketidakmampuan sekolah swasta dalam membiayai para guru yang bekerja di lingkungannya juga harus menjadi keprihatinan utama pemerintah. Partisipasi masyarakat dalam mengembangkan dunia pendidikan patut didukung, tetapi pemerintah juga wajib menjamin bahwa masyarakat yang mengelola sekolah memenuhi persyaratan sesuai standar pemerintah dalam menyelenggarakan pendidikan. Jika banyak yayasan pendidikan tidak mampu memenuhi standar pelayanan pendidikan, yayasan seperti itu tidak layak melangsungkan pelayanan pendidikan karena akan merugikan masyarakat (menarik ongkos terlalu tinggi), tidak mampu menghargai kinerja guru, dan tidak mampu memberi layanan pendidikan yang terbaik bagi siswa karena keterbatasan sarana, fasilitas, dan mutu guru.

Di zaman persaingan ketat seperti sekarang, kinerja menjadi satu-satunya cara untuk mengukur mutu seorang guru. Karena itu, status pegawai negeri, swasta, tetap, atau honorer tidak terlalu relevan dikaitkan gagasan tentang profesionalisme kinerja seorang guru. Di banyak tempat, status pegawai tetap malah membuat lembaga pendidikan swasta tidak mampu mengembangkan gurunya secara profesional sebab mereka telah merasa mapan. Demikian juga yang menjadi pegawai negeri, banyak yang telah merasa nyaman sehingga lalai mengembangkan dirinya. Di Papua, ada fenomena, status menjadi guru pegawai negeri banyak diincar sebab tiap bulan mendapat gaji, sementara hadir di sekolah dianggap tidak wajib.

Guru yang berkualitas selalu mengembangkan profesionalismenya secara penuh. Dia tak akan merengek-rengek meminta diangkat sebagai pegawai negeri atau guru tetap sebab pekerjaannya telah membuktikan, kinerjanya layak dihargai. Mungkin ini salah satu alternatif yang bisa dilakukan guru untuk mengembangkan dan mempertahankan idealismenya pada masa sulit. Namun, idealisme ini akan kian tumbuh jika ada kebijakan politik pendidikan yang mengayomi, melindungi, dan menghargai profesi guru. Pemerintah sudah seharusnya menggagas peraturan perundang-undangan yang melindungi profesi guru, tidak peduli apakah itu guru negeri atau swasta, dengan memberi jaminan minimal yang diperlukan agar kesejahteraan dan martabat guru terjaga.

Cara mengatasi masalah disiplin pelajar

disiplin   pelajar

Posted on 14 Mac, 2008 by admin

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan

Page 10: Isu Etika Guru ip

pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?

            Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.

            Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.

            Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.

            Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.

            Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.

            Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.

            Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.

Dewasa ini, banyak perkembangan dan pembangunan dari pelbagai aspek yang berlaku di sekeliling

kita. Sama ada kita sedar atau tidak, perkembangan dan pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil

kerjasama ahli masyarakat terutamanya golongan profesional. Antara bidang profesional yang terlibat adalah

keguruan, perubatan, kejuruteraan, perundangan dan lain – lain.

Page 11: Isu Etika Guru ip

Apa yang dimaksudkan dengan profesional? Menurut Ornstein dan Levine (1993), konsep profesional

merujuk kepada ciri – ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion. Antara ciri – ciri yang telah

dinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya

kod etika yang mengawal tingkah laku ahli.

Guru juga adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru adalah seorang yang mendapat latihan

yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta ada kod etika yang tersendiri.

Merujuk kepada ciri – ciri yang dinyatakan, profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin goyah

kerana ada segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti

apabila semakin banyak isu mengenai salah laku guru tersiar di internet dan dada – dada akhbar. Ini sudah

tentu akan menganggu gugat martabat profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia. Oleh itu, esei

ini akan membincangkan mengenai dua isu salah laku guru yang melanggar kod etika keguruan iaitu

penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang.

Isu pertama adalah berkenaan penyalahgunaan masa. Di Malaysia, waktu bagi satu sesi persekolahan

yang umum adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 1.15, iaitu lebih kurang enam jam tidak termasuk aktiviti

kokurikulum pada sebelah petang. Sepanjang tempoh ini, murid – murid dan guru terlibat

secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini

timbul isu penyalahgunaan masa di kalangan guru di sekolah. Memang benar isu penyalahgunaan ini jarang

tersiar di media massa kerana ianya lebih menjurus kepada hal ehwal dalaman sekolah, tetapi

adalah penting bagi kita untuk membendung isu ini daripada terus menular. Antara contoh

penyalahgunaan masa di sekolah adalah guru tidak menepati masa memasuki kelas, guru tidak

menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguh-sungguh, guru mengajar tidak mengikut

sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian, guru tidak menepati masa keluar

daripada kelas, guru menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak

berkaitan dengan pendidikan misalnya melayari facebook, ber’chatting’, bergosip, melepak di

kantin, guru melakukan kerja sambilan di malam hari (misalnya mengajar tuisyen, berniaga di

Page 12: Isu Etika Guru ip

pasar malam) hingga menjejaskan produktivitinya dalam menyampaikan P&P di siang hari dan

banyak lagi.

Merujuk kepada permasalahan yang dinyatakan, terdapat dua punca utama kenapa

masalah ini boleh berlaku iaitu individu dan pentadbir. Pertama, indivdu dalam konteks ini iaitu

guru mempunyai sikap yang tidak seperti mempunyai sikap malas dan tidak ambil peduli, kurang

komitmen dalam kerja, kurang nilai dalam kehidupan, dan etika kerja yang lemah. Apabila sikap

ini wujud, maka individu tersebut mengambil ringan tugas yang telah diamanahkan sehinggakan

tiada lagi rasa tanggungjawab untuk bersungguh – sungguh dalam mendidik anak bangsa dan apa

yang penting bagi mereka hanyalah gaji yang bakal diterima pada setiap bulan.

Punca seterusnya adalah daripada pihak pentadbir. Penguatkuasaan yang lemah dan

kurangnya pemantauan yang dilakukan telah mendorong kepada berlakunya permasalahan ini.

Apabila tiada pemantauan dan penguatkuasaan juga lemah, maka guru – guru menjadi lebih

berani untuk

masa kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan mereka.

Masalah ini jika tidak dibendung akan mendatangkan kesan yang amat buruk kepada

banyak pihak terutamanya kepada guru sebagai ahli profesional dan murid – murid. Antara kesan

yang boleh dilihat daripada permasalahan ini adalah merosotnya prestasi kerja guru dan

pencapaian pelajar di sekolah. Masyarakat juga akan memandang sinis akan profesiaon keguruan

dan tidak yakin dengan kebolehan guru dalam mendidik anak – anak mereka.

Menyedari akan kesan yang akan menimpa jika permasalahn ini tidak dibendung, maka

semua pihak termasuk pihak pentadbir, rakan sejawat, dan individu itu sendiri perlu memainkan

peranan bagi memastikan permasalahan ini tidak terus menular dan menjadi semakin teruk.

Pertama, pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa

terhadap prestasi kerja guru – guru di sekolah. Dengan adanya pemantauan secara berterusan,

maka peluang guru untuk menyalahgunakan masa di sekolah adlah terbatas. Seterusnya, pihak

Page 13: Isu Etika Guru ip

pentadbir juga perlu berusaha mngenal pasti dan bersedia memberikan khidmat nasihat kepada

guru yang bermasalah. Jika pihak pentadbir tidak mampu, maka bolehlah merujuk guru tersebut

kepada kaunselor. Akhirnya, pihak pentadbir boleh mengambil tindakan tegas dengan

memberikan amaran dan mngenakan tindakan tatatertib kepada guru yang terlibat jika masalah

yang dilakukan adalah serius dan berulang. Dengan cara ini, guru – guru akan sedar akan

kesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi.

Rakan sejawat juga perlu memainkan peranan dalam maenangani masalah ini.yang bermasalah memberikan nasihat dan dorongan supaya guru yang terlibat dalam penyalahgunaan masa itu dapat mengubah dirinya.

Selain itu, individu yang terlibat juga perlu memainkan peranan dalam usaha untuk

berubah menjadi lebih baik. Antara cara yang boleh dialkukan adalah dengan cara sentiasa

muhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan. Dengan cara ini, segala kekuatan dan

kelemahan dapat dikenalpasti dan diperbaiki. Ia juga akan menimbulkan kesedaran untuk

berusaha menjadi lebih baik. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang mampu

menjadi teladan agar diri akan lebih terarah untuk mencontohi sifat - sifat yang ideal sebagai

seorang guru. Akhir sekali, guru juga boleh menyediakan log aktiviti supaya tugas dapat

dilaksanakan dengan lebih terancang dan tiada pembaziran masa.

Isu kedua adalah berkenaan penyalahgunaan wang. Sejak akhir – akhir ini, semakin

banyak isu mengenai penyalahgunaan wang di kalangan guru disiarkan dalam media massa.

Sebagai contoh, seorang guru telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana memalsukan invois dan

pesanan kerajaan yang mengandungi butir palsu (Berita Harian, 2008). Antara contoh lain

penyalahgunaan wang yang berlaku di sekolah adalah seperti memaksa murid membeli buku

aktiviti tambahan untuk dapatkan komisyen daripada pengedar, melakukan pembelian tanpa

mengikut tatacara pembelian, mengemukakan tuntutan perjalanan yang mengandungi butiran

yang palsu, guru mengutip yuran khas daripada pelajar tetapi tidak menyerahkannya kepada

pihak sekolah dengan tujuan membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan diri, guru tidak

Page 14: Isu Etika Guru ip

mengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang dilakukan murid dan banyak lagi Ada beberapa

sebab kenapa masalah ini berlaku. Pertama adalah berpunca dari individu yang menguruskan

wang itu sendiri. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang biasanya mempunyai sikap

tamak dan ingin hidup mewah. Apabila tamak dan kehendak yang tidak kesampaian menguasai

diri, maka guru menjadi gelap mata dan bertindak menggelapkan wang yang telah diamanahkan

kepadanya. Ini berkait rapat dengan penghayatan nilai murni dan keimanan dalam diri. Guru

yang menyalahgunakan wang tidak menghayati nilai kejujuran dalam hidup dan lemah imannya

untuk menepis godaan syaitan. Seterusnya adalah guru tersebut kurang faham akan prosedur

dalam menguruskan wang menyebabkan guru tersebut secara sambil lewa menguruskan wang

yang dikutip dan diperuntukkan. Akhir sekali, guru tersebut biasanya lemah dalam menghayati

kod etika profesionnya yang menggariskan batas – batas tatacara pengurusan kejayanya.

Punca yang kedua mengapa masalah ini boleh berlaku adalah dari pihak pentadbir.

Antaranya ialah penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dijalankan oleh

pihak pentadbiran terhadap pengurusan wang di sekolah. Apabila kurangnya pemantauan dan

penguatkuasaan juga adalah lemah, maka guru – guru menjadi lebih berani untuk menggelapkan

wang kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan yang diambil. Tidak kurang

juga pihak pentadbir yang kurang jelas mengenai prosedur pengurusan perbelanjaan di sekolah

yang menyebabkan guru – guru mengambil kesempatan menipu atau memalsukan butir – butir

perbelanjaan untuk kepentingan diri.

Masalah ini jika dibiarkan berterusan akan menjurus kepada permasalahan yang lebih besar dan

kesannya amatlah buruk. Menyedari hakikat ini, maka langkah yang sesuai dan berkesan perlu

diambil. Pertama, pihak pentadbir perlu mempertingkatkan lagi sistem pemantauan (monitoring)

dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap dengan cara sentiasa memeriksa

Buku Tunai dan Buku Resit bagi mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan dan

penyalahgunaan wang sekolah. Seterusnya guru besar hendaklah mengambil tindakan segera terhadap segala

kelemahan yang dibangkitkan, menyelia tugas-tugas pungutan sekolah dengan lebih cekap bagi mengelakkan

penyelewengan dan penyalahgunaan pendapatan sekolah, membuat penyelidikan yang rapi terhadap guru-guru

di bawah jagaan bagi memastikan mereka memahami undang - undang, peraturan kewangan, pekeliling -

Page 15: Isu Etika Guru ip

pekeliling dan arahan - arahan yang diedarkan dari masa ke semasa supaya dapat melaksanakan tugas dengan

lebih cekap dan akhir sekali guru besar hendaklah peka terhadap teguran dan nasihat Audit agar dapat

mempertingkatkan kualiti pengurusan kewangan di sekolah.

Rakan sejawat juga memainkan peranan penting dalam membendung masalah ini dengan cara

memberi nasihat kepada rakan yang menyalahgunakan wang supaya sedar akan kesalahan yang telah

dilakukan dan melaporkan kepada pihak pentadbiran tentang kesalahan yang telah dilakukan oleh rakan serta

tidak bersubahat dalam menyalahgunakan wang.

Akhir sekali adalah bergantung kepada individu itu sendiri untuk berubah. Guru yang terlibat dalam

penyalahgunaan wang perlu sentiasa bermuhasabah diri dan hidup mengikut kemampuan. Seterusnya, guru

perlu bijak dalam memilih kawan yang boleh menjadi teladan dan mampu memberi nasihat agar dapat terus

memperbaiki kelemahan diri, bekerja dengan ikhlas dan tekad menolak rasuah dengan tegas.

Secara kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh kepada kod etika yang

telah digariskan. Isu –isu pelanggaran kod etika keguruan seperti isu penyalahgunaan masa dan

penyalahgunaan wang di sekolah perlu dibendung daripada terus menular kerana ianya membawa kesan yang

buruk terhadap profesion keguruan, pembangunan modal insan dan masa depan anak bangsa. Pendahuluan

Definasi Etika

            Perkataan etika berasal daripada Bahasa Inggeris “ethic”. Perkataan ethic itu pula dari bahasa Greek ethos yang membawa maksud sikap atau adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Ia terbahagi kepada dua:

Page 16: Isu Etika Guru ip

            i) Normatic iaitu panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku yang baik dan jahat.

          ii) Matacthic iaitu yang terbahagi kepada dua : analitic yang berfungsi menganalisis semua peraturan yang berkaitan tingkah laku baik atau jahat dan critical yang berfungsi untuk mengkritik terhadap apa-apa yang telah dianalisis. Tujuannya ialah untuk memperkukuhkan lagi etika. (Mustafa Haji Daud - Etika Pengurusan  1996)

            Etika merupakan displin falsafah yang memberi perhatian khusus kepada penilaian kritikal terhadap norma dan piawai yang mewajarkan kelakuan perseorangan serta antara individu. (Abdul Rahman Md. Aroff - Teori Etika dan Amalan Moral 1999)  

            Guru merupakan agen moral, kerana mereka terlibat dengan manusia yang mempunyai unsur nilai iaitu nilai baik atau jahat. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara mempunyai matalamat untuk memenuhi tuntutan “JERI”  mewujudkan insan yang seimbang (holistik) dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Keadaan ini sudah tentunya memerlukan satu tatasusila/etika yang perlu diikuti oleh semua guru. Setiap organisasi perlu mempunyai kod etika profesion sebagi panduan tingkah laku setiap ahli.

            Bidang pendidikan juga tidak dapat lari dari membina kod etikanya sendiri. Kementerian Pendidikan Malaysia membina kod etika ini menggunakan istilah Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia.

            Guru memainkan peranan penting dan merupakan nadi kepada pembentukan manusia. Guru sangat perlu bagi melahirkan insan yang seimbang dari semua segi. Pembangunan insan harus diseimbangkan agar nilai-nilai moral masyarakat supaya sentiasa terpelihara. Mahathir (1999), guru-guru dituntut agar mempunyai sahsiah dan akhlak yang boleh diteladani oleh pelajar dan masyarakat di samping menguasai pelbagai ilmu, antara lain dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi maklumat, bahasa dan kemahiran berkomunikasi.

            Guru memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk watak, sahsiah dan moral pelajar. Usaha ini perlu dimulakan dengan mewujudkan sekolah dengan watak yang dapat dibanggakan oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat setempat. Pembangunan insan cemerlang menjadi begitu penting sekali bagi negara yang akan menjadi negara maju pada awal abad yang akan datang.

             Abdul Shukor (1999), asuhan guru yang berkesan meninggalkan ingatan dan menjadi amalan yang berpanjangan bagi setiap murid. Sepanjang hayatnya mereka akan ingat bagaimana guru-guru menerap ilmu pengetahuan, budaya dan semangat ketahanan, nilai-nilai murni dan jati diri sehingga sebati dalam jiwa. Dalam konteks ini guru merupakan manusia yang telah diamanahkan untuk membentuk generasi pelajar yang berilmu, beriman dan bertakwa.

            Matalamat untuk mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan memjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini merupakan tanggungjawab semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia. Jesteru itu satu, Etika Profesion Perguruan Malaysia dan Etika Kerja yang mantap perlu diamalkan untuk memastikan warga Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai sifat-sifat luhur, bertanggungjawab, dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Page 17: Isu Etika Guru ip

            Berpandukan kepada kod etika profesion perguruan ini guru dapat menjalankan tugas yang diamanahkan mengikut panduan yang menjadi pegangan setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan nilai-nilai akhlak mulia. Etika ditakrifkan sebagai “satu cabang ilmu pengetahuan yang berurusan dengan apa yang baik dan tidak baik dan dengan kewajiban dan tanggungjawaj moral”.  (Harold Koontz & Heinz Weihrich - Pengurusan terjemahan Mohd Salmi Mohd Sohod & Siti Nadzrah Sheikh Omar -DBP) 

            Etika mempunyai kedudukan dan fungsi yang istimewa dalam organisasi. Walaubagaimana cekap sekalipun pengurusan, sememangnya tidak bererti jika tidak dibaluti dan diikat dengan etika pengurusan yang sempurna. Etika akan melahirkan budaya kerja yang cemerlang, perkhidmatan cemerlang dan barangan yang berkualiti. Etika ini akan bererti jika ianya mematuhi nilai-nilai moral.

            Perbincangan yang akan dibincangkan dalam bab ini hanya meliputi Tatasusila (Etika) Profesion Perguruan Malaysia supaya ianya dapat dijadikan sebagai panduan untuk melihat kepada keberkesanan etika ini dalam menjadi amalan setiap warga pendidik.

            “Bagi menjaga nama baik profesion perguruan serta meningkatkan lagi mutu profesion, maka kod etika telah pun disediakan. Kod etika ini telah pun disediakan dalam bentuk ikrar dan  lazimnya tercetak di halaman depan buku persediaan mengajar guru”. (Ee Ah Meng  Pendidikan Di Malaysia Untuk Guru Pelatih 1989)

(Lampiran yang dilampirkan merupakan rujukan Tatasusila (Etika) Profesion Perguruan Malaysia sebagi rujukan kritis).

1.      TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR.

          1.1    Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.

                   Ciri ini adalah merupakan hasrat yang sepatutnya diamalkan. Tetapi adakah ciri ini sebenarnya berlaku.  Realiti yang berlaku guru banyak mengajar displin mata pelajaran ke arah mencapai kelulusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Jadi di mana akan berlaku perubahan moral. Sepatutnya guru mengimbangi antara kecemerlangan akademi dengan kebajikan dan keselamatan pelajar.  Etika sudah ada secara teori tetapi yang mempunyai aspirasi tersendiri. Tetapi realiti sebenar yang berlaku di sekolah tidak seperti yang diharapkan.

          1.2    Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

            Sepatutnya semua guru bersikap adil dan saksama ke atas semua pelanggang (pelajar) dengan mengenepikan semua unsur-unsur lain. Tetapi apa yang realiti berlaku di sekolah di mana kelas yang pandai biasanya diberi penekanan yang lebih supaya pelajar dapat perstasi yang cemerlang manakala kelas yang terbelakang penekanan kurang dibuat.

            Pembelajaran dilakukan secara Mastery Learning untuk lulus dalam peperiksaan.

    1.3  Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

           Menjaga kerashiaan dan mengambil langkah-langkah menyimpan kerahsiaan adalah penting demi untuk menjaga maruah pelajar. Segala maklumat tidak boleh disebarkan

Page 18: Isu Etika Guru ip

kepada pihak ke tiga kerana mungkin akan didedahkan kepada pihak yang lain pula dan dengan ini kerahsiaan tidak akan terjamin. Apa yang realitinya berlaku di sekolah hanyalah Unit Bimbingan dan Kaunseling sahaja yang memegang kepada kod etika ini manakala yang lainnya menganggapkan perkara kerashiaan adalah perkara biasa.

    1.4  Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

           Sememangnya berlaku demikian di sekolah kerana guru telah mendapat gaji tetap secara bulanan. Namu pun begitu sekiranya berlaku kelas tambahan maka biasanya guru-guru di bayar elaun khas melalui Persatuan Ibubapa dan Guru-guru (PIBG). PIBG memainkan peranan memberi sedikit bayaran lain sebagai inesatif kepada guru-guru. Ee Ah Meng (1989)

          “Guru hendaklah mengelakkan diri daripada menerima sebarang hadiah dari ibubapa pelajar dalam menjalankan tugas-tugas profesionalnya” 

    1.5  Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

           Mohamad Sani Ibrahim (1994), berpandukan kehadiran guru-guru dalam kursus dalam perkhidmatan, jumlah kecil kurang dari 1% daripada populasi keseluruhan. (Petikan Suara Guru Jilid 20 No.2 Sept 1998). Walaupun perkara ini sangat penting dalam meningkatkan mutu pendidikan tetapi penekanan kurang dibuat oleh Kementerian Pendidikan. Perancangan tentang hal ini hanya berlaku pada tahun 1979-1980 apabila IAB ditubuhkan. Sebelum ini tidak ada institusi khas yang ditubuhkan untuk memberi latihan semula kepada guru-guru setelah meraka menamatkan pengajian. Kebanyakan guru-guru yang mengajar, mengajar “on-the job”  di mana pengalaman didapati melalui kerja yang dilakukan. Kursus-kursus profesional dan vokasional jangka panjang tidak banyak dilakukan.

          Kebanyakan guru-guru sibuk dengan tugas-tugas harian dan tidak mempunyai masa untuk terlibat sepenuh masa dalam program-program di atas. Tanpa pengelibatan guru dalam perkara di atas maka adalah sukar untuk melaksanakan program-program pembaharuan, perubahan dan refomasi.            

         Sepatutnya guru-guru didedahkan dengan perkara ini supaya dapat membuat keputusan yang bijak dan cepat, memenuhi keperluan dan selera pelajar, mengikut piawai dan kualiti yang diiktiraf, kamampuan bertanding dan membuat penilaian berasaskan produktiviti dan penyempurnakan sasaran dan objektif. Berasaskan kepada perkembangan Teknologi Maklumat

         (IT) masa kini dan pengurusan dalam era teknologi maklumat masa kini maka perancangan strategik perlu dilakukan supaya perubahan sikap dapat berlaku melalui faktor ini.

  1.6  Menunjukkan suatu cara pakaian pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberi contoh yang baik kepada pelajar.              

          Ciri ini sememangnya amat dituntut kerana tingkahlaku guru akan menjadi ikutan pelajar seperti kata pepatah “Jika guru kencing berdiri maka murid kencing berlari”  dan tidak berlaku seperti ketam menyuruh anaknya berjalan lurus. Segala bentuk perlakuan dan

Page 19: Isu Etika Guru ip

watak guru biasanya akan diikuti oleh pelajar. Pada kebiasaannya guru mengamalkan perkara ini.     

          Guru mesti mempunyai pribadi yang mulia, berbudi pekerti dan perwatakan yang baik.  Guru hendaklah sensitif terhadap persekitaran kerja dan alam sekeliling dan berusaha menyesuaikan dengan keadaan sekeliling kerana setiap perkembangan guru akan dinilai oleh pelajar dan masyarakat.                     

        Ee Ah Meng (1989)  Dalam keadaan biasa guru lazimnya didewa-dewakan oleh kaum pelajar. Dia dianggap sebagai individu yang yang idel, berstatus dan berkelayakan. Oleh itu tingkah laku guru sentiasa dicontohi oleh pelajarnya. Situasi seperti ini yang menyebabkan orang ramai menaruh harapan terhadap guru untuk menonjolkan tingkah laku yang unggul bagi pelajarnya.

       Dalam keadaan ini:

           * Guru perlu menunjukkan penampilan diri, peraturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang masa.

           *  Berusaha agar amalan dapat menonjolkan ciri-ciri kecemerlangan dan kualiti yang boleh menjadi sumber inspirasi kepada pelajar.

           *  Menampilkan diri sebagai orang yang dinamik, maju berdaya saing dan dapat mendorong seseorang berkelakuan baik. 

2.  TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA.

      2.1 Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak merka.

            Sememangnya tanggungjawab utama mendidik anak-anak merupakan tanggungjawab ibubapa. Tetapi apa yang berlaku sekarang ini terdapat ibubapa yang meletakkan tanggungjawab utama ini kepada guru-guru. Lebih-lebih lagi jika anak-anak mereka belajar di sekolah asrama sejak  tingkatan satu lagi, maka tanggungjawab ini lebih diberikan kepada guru-guru.

     2.2  Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.

              Guru berusaha mewujudkan keadaan ini melalui Persatuan ibubapa dan guru-guru dan aktiviti kemasyarakatan di peringkat sekolah seperti mengadakan aktiviti gotong royong Sambutan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah, Hari Keluarga, Hari Terbuka dan lain-lain lagi. Namupun demikian bukannya semua guru dan   ibubapa  yang hadir. Keadaan ini berlaku maka susahlah untuk diterapkan nilai moral secara menyeluruh.  

    2.3 Menggangap  semua maklumat yang diberikan oleh ibubapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkan kepada sesiapa kecuali mereka yang berhak mengetahuinya .

          Pada kebiasaanya di peringkat ini kerashiaan hanyalah diamalkan oleh konselor sekolah manakala yang lainnya menggangapkan perkara ini suatu perkara yang biasa. 

Page 20: Isu Etika Guru ip

    2.4 Memberi maklumat kepada ibubapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibubapa secara  teliti dan bijaksana.

          Dalam hubungan ini segala maklumat seperti keputusan peperiksaan dalaman, aktiviti ko-kurikulum perlulah dihantar kepada ibubapa supaya mereka juga dapat mengetahui kedudukan anak-anak mereka di sekolah dan kadangkalanya perbincangan perlu dilakukan dengan ibubapa/penjaga bagi mereka mengetahui kedudukan anak-anak mereka di sekolah tetapi perkara ini jarang dilakukan di sekolah.

          Kesempatan ini patut digunakan oleh guru untuk mendapat latar belakang pelajar-pelajar supaya boleh dijadikan panduan untuk mengatasi kelemahan pelajar.   

    2.5 Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosiol dan ekonomi pelajar.

          Setiap pelajar adalah sama dan tidak perlu diberi keutamaan kepada mana-mana pelajar. Di Jepun contohnya semua pelajar diberi makanan yang sama semasa rehat supaya tahap pemakanan pelajar di sekolah adalah seimbang dan kecerdasan pelajar adalah sama. Projek program susu sekolah yang dilancarkan oleh Kementrian Pendidikan Malaysia mempunyai matlamat yang sama. Pelajar mestilah dilayani  sama rata. 

Pencapaian kanak-kanak di sekolah juga dipengaruhi oleh latar belakang keluarga. Faktor latar belakang keluarga merangkumi unsur seperti harapan ibu bapa, kemodenan, kelebihan kemudahan ibu bapa, status sosioekonomi, jarakdari sekolah dan daerah tempat tinggal. Ee Ah Meng (1989)  Kajian keciciran telah menunjukkan bahawa keluarga yang miskin juga merupakan keluarga yang kurang moden dan rendah pula motivasi pendidikannya.

        Dalam hubungan ini jika mereka tidak diberi layanan yang sama rata maka sudah tentulah pencapaian mereka akan terjejas. Motovasi yang rendah memang akan menjejaskan dorongan kanak-kanak untuk belajar dengan tekun dan dengan ini pencapaian persekolahan akan juga terjejas.  

    2.6  Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibubapa atau penjaga mereka. Guru mestilah bersifat neutral dan tidak boleh menghasut pelajar supaya membenci ibu bapanya. Sebagai contoh apa yang berlaku sekarang ada dikalangan pelajar yang memberitahu ibu bapa mereka supaya membenci kerajaan kerana dihasut oleh guru mereka. Keadaan seperti ini tidak sepatutnya berlaku dikalangan guru-guru.  Ee Ah Meng (1989)

           Guru hendaklah menanamkan sikap baik di kalangan pelajar agar mereka membesar menjadi warganegara yang berguna dan taat setia kepada keluarga dan negara.

     3.  TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA.   

           3.1 Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang yang boleh merosokkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukunnegara.

              Sepatutnya guru mendidik, mencorok, membimbing disamping memberi ilmu supaya pelajar dapat berfungsi dalam masyarakat dengan penuh tanggungjawab dan harmonis. Tetapi apa yang berlaku:

Page 21: Isu Etika Guru ip

                  * Ada guru yang menerapkan nilai, kepercayaan dan fahaman mereka sendiri seperti apa yang berlaku guru membawa bersama-sama pelajar dalam gerakan refomasi.

                 *  Mereka juga membentuk pelajar mengikut apa yang  mereka fikirkan betul.

                 *  Kadangkala terdapat fahaman guru berkonflik dengan hasrat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara atau Tatasusila Profesioan Perguruan Malaysia. Keadaan seperti ini tidak sepatutnya wujud dikalangan guru-guru.

     3.2  Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai nilai yang  boleh membantu dan membimbing mereka menjadi warganegara yang yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna menghormati orang tuan dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Perkara ini biasanya dibentuk melalui kegiatan ko-kurikulum di sekolah, di mana pelajar diasuh menghormati ketua.

          Kegiatan ko-kurikulum boleh membantu pelajar dalam menanam sikap suka tolong menolong, melakukan amal kebajikan,menjauhi perkara keji,dan merupakan etika yang  mulia yang dapat dilahirkan melalui kegiatan ko-kurikulum.

          Semua pelajar dari pelbagai kaum akan menyertai aktiviti-aktiviti ko-kurikulum seperti persatuan, unit beruniform, sukan dan olahraga. Dengan ini semangat bersama, toleransi, bertimbang rasa akan dapat dipuput. Guru-guru dan pelajar memahami antara satu sama lain dan dengan ini dapat memupuk semangat bersama di kalangan pelajar berbilang kaum dan perpaduan akan dapat dipupuk. Apa yang realitinya           berlaku ada dikalangan pelajar yang tidak menyertai kegiatan ini maka sukarlah untuk memupuk perkara ini secara menyeluruh. Guru sepatutnya dapat membentuk pelajar menjadi warganegara yang taat setia, berguna serta menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.          

      3.3  Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

           Dalam setiap program sekolah sepatutnya masyarakat  setempat tidak dilupakan. Tetapi apa yang berlaku di sekolah di mana pihak pentadbiran lebih kepada penunjulan diri di peringkat jabatan seperti Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Jabatan Pendidikan Daerah (PPD) tanpa menjemput masyarakat setempat. Sepatutnya jika diadakan majlis rasmi sekolah seperti Maulidul Rasul, Maal Hijrah, Hari Keluarga,           masyarakat setempat dijemput sama.

           Faktor lain yang menjadi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara ialah mewujudkan kerjasama melalui PIBG, sepatutnya PIBG dan masyarakat sama-sama memainkan peranan dalam memajukan sekolah . Walaubagaimanapun terdapat sekolah di mana PIBG hanya wujud pada namanya sahaja tetapi semua perkara diuruskan oleh pihak sekolah.

           Sebagai contoh sambutan Hari Guru setiap tahun ianya dijalankan sendiri oleh warga pendidik. Sepatutnya pihak ibubapa harus terlibat sama bagi menghargai pengorbanan guru-guru mendidik anak-anak sehingga berjaya. Walaupun perkara ini terdapat dalam etika perguruan tetapi dari segi realitinya hanya pihak guru memainkan peranan tanpa sokongan dari pihak lain.

Page 22: Isu Etika Guru ip

        Guru sememangnya memainkan peranan cergas dalam meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendikiawan masyarakat tetapi biasanya guru lebih bertindak bersendirian dalam hal ini. Sebagai contoh masalah merokok yang semakin tinggi di kalangan pelajar sekarang ini hanya pihak sekolah yang cuba mengatasinya dengan mengadakan hukuman rotan, gantung persekolahan dan lebih berat lagi buang sekolah.

        Tetapi terdapat di kalangan ibubapa yang membenarkan anak-anak mereka meghisap rokok di rumah.  Sekolah sepatutnya rapat dengan masyarakat dan dari masa ke semasa sekolah sepatutnya memberi pertolongan kepada masyarakat dan sebaliknya. Ini adalah kerana sekolah diwujudkan untuk kepentingan dan keperluan masyarakat, serta meyediakan pelajaran secara formal kepada anak-anak ahli masyarakat dan melatih mereka untuk melahirkan mereka rakyat yang berkemahiran untuk masyarakat dan negara. 

        Guru mestilah bertindak dan bertingkah laku yang sopan dan dapat diterima oleh masyarakat kerana sekolah adalah sebahagian daripada masyarakat yang membayangkan matlamat dan hasrat serta aspirasi sesuatu masyarakat. Dalam hubungan ini segala tingkah laku guru akan menjadi ikutan kepada masyarakat. Sekolah semestinya memperlihatkan normal-normal, kebudayaan dan falsafah hidup masyarakat.

         Pihak sekolah boleh menganjurkan berbagai-bagai kursus atau ceramah yang menarik minat ahli-ahli masyarakat seperti tentang agama, akhlak, moral, penyakit-penyakit bahaya dan lain-lain lagi. Perkara ini memberi pengetahuan dan matalamat kepada ahli-ahli  masyarakat. Tetapi realitinya perkara ini tidak        diberi penekanan dalam pengurusan sesebuah sekolah. Guru sepatutnya menjadi rujukan umum dan perlu berada dalam keadaan yang boleh diterima oleh masyarakat.              

4. TANGGUNGJAWAB  TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESIOAN PERGURUAN.

      4.1 Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibubapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. Sebagai seorang yang profesional maka sudah tentulah seseorang guru akan menjaga profesion perguruan dan maruah seseorang guru. Mohd Najib (1996), Untuk mencapai hasrat kita ke arah mewujudkan word class education dan seterusnya world class nation, kita memerlukan gabungan tenaga, pemikiran dan daya kreatif dari setiap warga Kementerian.Warga Kementerian perlu visi dan nilai yang dikungsi bersama.

           Oleh hal yang demikian kita perlu sama-sama menjaga  profesion perguruan supaya pelanggang dan stakeholder kita berasa berpuas hati dan kehendak-kehendak mereka yang sah dapat dipenuhi.  Apa yang masyarakat mahu ialah penghasilan kerja sama ada perkhidmatan atau barangan dikeluarkan tanpa            cacat, tepat, dan boleh dipercayai. Sehubungan dengan ini maka kita perlu menjaga profesion perguruan maruah seseorang guru.               

    4.2  Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. 

           Guru sepatutnya berusaha meningkatkan taraf profesionalisme masing-masing. Guru dilarang daripada terlibat dalam aktiviti lain seperti berniaga, ejen insuran, ejen jualan langsung kegiatan politik, dan kegiatan luar yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai seorang guru. 

Page 23: Isu Etika Guru ip

               Tetapi apa yang berlaku sekarang ada dikalangan guru yang berniaga di pasar malam, memandu kereta sewa hingga larut malam untuk menambahkan pendapatan. Walaupun mereka mengetahui hal ini tetapi perkara ini terpaksa dilakukan kerana keadaan ekonomi yang terdesak berbuat demikian.

            Akibatnya mereka hadir  ke sekolah sebagai memenuhi syarat perkhidmatan dan mengajar memenuhi masa yang  diperuntukkan sahaja. Jiwa dan raga tidak komited kerana ada agenda lain yang lebih menguntungkan sedang menanti. Kalau diperincikan lagi tentang hal ini makla sudah tentulah banyak lagi tindakan tata tertib yang boleh diambil kepada guru kerana ianya jelas melanggar akta perjanjian sebagai seorang guru.

    4.3  Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggung-jawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.  

           Berusaha dengan sepenuhnya adalah sangat dituntut supaya peningkatan kecemerlangan dalam semua segi dapat dicapai.  Dalam hubungan ini guru perlu menyediakan perancangan pelajaran yang kemas dan teratur, objektif pelajaran jelas, memastikan minat serta pengetahuan sedia ada pelajar diambil kira dalam merancang pelajaran, set induksi yang baik dan dapat menarik minat pelajar, langkah di peringkat            perkembangan pelajaran disusun mengikut prinsip dari mudah kepada kompleks dan seterusnya menyediakan penutup yang sesuai sama ada penutut sosial atau kognatif pelajar. Tetapi apa yang realitinya berlaku biasanya perkara ini diberikan penekanan semasa latihan mengajar kemudian selepas itu tiada penambahbaikan dibuat.

            Dalam hubungan ini ke arah persediaan memasuki alaf baru, maka kita perlu melihat kembali struktur dan mekanisme pelaksanaan secara total ke arah mewujudkan sistem pendidikan yang efisyen, efektif dan bertaraf dunia.

    4.4  Sentiasa berusaha membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan.

            Salah satu perkara yang sering ditimbulkan oleh guru-guru ialah biasanya pengetua, guru besar, guru penolong kanan dan  guru-guru kanan banyak menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus dalam perkhidmatan, seminar dan guru-guru baru kurang didedahkan tentang perkara ini. Tetapi malangnya selepas mengikutinya tidak diadakan pula kursus dalaman bagi mendedahkan kepada guru-guru lain terutamanya guru-guru baru. Pendek kata sistem komunikasi guru perlu diperkemaskan di semua peringkat: dari peringkat atasan iaitu

            Kementerian sehinggalah ke peringkat negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah hingga kepada guru-guru dan kakitangan. Sepatutnya mereka saring membantu antara satu sama lain, sebaliknya tedapat jurang atau gap antara mereka dan menyebabkan susah untuk menolong antara satu sama lain. Kita perlu bantu membantu antara satu sama lain supaya sistem pengajaran dan pembelajaran kita bukan sekadar    berkesan tetapi mampu memenuhi keperluan sebenar untuk membentuk masyarakat yang berdaya cipta dan mampu menyumbang kepada peradaban dunia.         

    4.5  Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.

Page 24: Isu Etika Guru ip

           Sebagai seorang yang profesional maka guru hendaklah tidak melakukan sesuatu yang boleh mencemarkan nama baik profesion perguruan. Dalam keadaan politik sekarang ini nampaknya terdapat dikalangan guru yang gagal untuk mengatasi diri dari terlibat dalam gerakan refomasi dengan membawa pelajar sama terlibat. Keadaan ini boleh mencemarkan nama baik profesion perguruan. Segala tingkah laku guru  mestilah dijaga kerana ianya menjadi ikutan orang lain.

    4.6  Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

           Walaupun perkara ini termasuk dalam etika perguruan, tetapi bilangan guru yang terlibat dalam sesebuah pertubuhan guru adalah kecil. Guru mempunyai beberapa pertubuhan yang besar untuk menjaga kebajikan mereka serta meninggikan mutu profesion perguruan. Jika timbul rasa ketidakadilan, maka           pertubuhan akan berusaha mengatasinya. Antara kesatuan guru ialah National Union Of Teaching Profession (NUTP), Kesatuan Guru-guru Malaysia Barat (KGMMB). Sekarang ini banyak koperasi guru ditubuhkan untuk membantu guru seperti Yayasan Guru Malaysia Berhad tetapi bilngan yang menyertainya amat sedikit. 

Kesimpulan.

            Matalamat mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini adalah merupakan tanggungjawab semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekiranya kita mengikuti sepenuhnya Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia maka kita akan mempunyai sifat-sifat luhur, bertanggungjawab dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

            Kita dapat melihat bahawa etika mempunyai kedudukan yang istimewa dalam pengurusan. Etika yang baik akan menghasilkan budaya kerja yang cemerlang dan pengurusan yang berkualiti yang akan berakhir dengan hasil perkhidmatan dan barangan yang bermutu tinggi.

            Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia perlulah diikuti dan diamalkan sepenuhnya oleh semua warga pendidik kerana ianya merupakan asas kepada perkhidmatan yang menuju kepada pendidikan bertaraf dunia yang diidamkan. Guru-guru telah diamanahkan untuk membentuk generasi pelajar yang berilmu, beriman, bertakwal, berakhlak mulia serta mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara berasaskan kod etika profesion perguruan.

Rujukan

Abdul Rahman Md. Arof  (1999). Pendidikan Moral. Teori Etika dan Amalan Moral . Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Abdul Halim Hassan  (1994).  Komunikasi Dalam Pengurusan Pendidikan.  Kuala Lumpur.  Delma (M) SDN.BHD.

Hisham Altalib  (1992).  Panduan Latihan bagi Petugas Islam. Kuala Lumpur.  Nurin Enterprise.

Mustafa Haji Daud  (1996). Etika Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publiction & Distributions Sdn.Bhd.

Page 25: Isu Etika Guru ip

Rozhan Othman  (1997).  Pengurusan Personal dan Perancangan Guna Tenaga.  Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Mohamed (1998).  Pengurusan Strategik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Wan Shamsuddin Wan Mamat (1999).  Perancangan Pendidikan PG586.  Terengganu.  Universiti Putra Malaysia.

Persatuan Pendidikan Malaysia (Jld 20 No.2(SEP) 1998). Suara Pendidik. Institut Aminuddin Baki Sri Layang Genting Highland Pahang.

Samat Buang.  Sistem Komunikasi Manusia Dan Haiwan: Satu Perbandingan.  Jurnal Dewan  Bahasa  April 1997.

 

Seorang guru perlu mempunyai moral dan disiplin diri yang diterap dengan jelas dan jitu dalam membentuk diri menjadi seorang guru yang berakhlak mulia. Guru menjunjung amanah sebagai pendidik yang perlu bersikap jujur dan ikhlas terhadap pelajarnya, sekolah dan pentadbiran organisasi pendidikan secara keseluruhannya. Guru perlu amanah dalam menjalankan tugasnya.