asas kepimpinan dan perkembangan profesional guru

6
11 Anjakan Yang Perlu Dipenuhi Kerajaan : 1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. 2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. 3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. 4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan. 5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. 6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. 7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. 8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan 9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. 10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit 11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. Tugasan 2: Penulisan Esei Deskriptif (Individu) Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), sediakan pelan tindakan untuk mengurus perubahan-perubahan dan cabaran-cabaran yang akan dihadapi oleh negara dalam bidang pendidikan pada abad ke-21 ini. 2.0 Pelan Tindakan Untuk Mengurus Perubahan-Perubahan Dan Cabaran-Cabaran Yang Akan Dihadapi Oleh Negara Dalam Bidang Pendidikan Pada Abad Ke-21 2.1 Pengenalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melonjakkan sistem pendidikan negara untuk berada dalam kalangan negara sepertiga teratas sistem pendidikan terbaik di dunia. PPPM juga menggariskan 5 aspirasi sistem, 6 aspirasi murid untuk dicapai melalui perubahan yang perlu berlaku melalui 11 Anjakan dan dilaksanakan dalam Tiga Gelombang. Apa-apa yang akan saya beri penekanan di sini adalah berkaitan dengan 11 Anjakan yang perlu dipenuhi oleh kementerian dalam masa lebih 20 tahun ini. 11 Anjakan tersebut ialah :

Upload: zednal-hazmi

Post on 20-Nov-2015

18 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

TRANSCRIPT

Tugasan 2: Penulisan Esei Deskriptif (Individu)Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), sediakan pelan tindakan untuk mengurus perubahan-perubahan dan cabaran-cabaran yang akan dihadapi oleh negara dalam bidang pendidikan pada abad ke-21 ini.2.0 Pelan Tindakan Untuk Mengurus Perubahan-Perubahan Dan Cabaran-Cabaran Yang Akan Dihadapi Oleh Negara Dalam Bidang Pendidikan Pada Abad Ke-212.1 PengenalanPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melonjakkan sistem pendidikan negara untuk berada dalam kalangan negara sepertiga teratas sistem pendidikan terbaik di dunia. PPPM juga menggariskan 5 aspirasi sistem, 6 aspirasi murid untuk dicapai melalui perubahan yang perlu berlaku melalui 11 Anjakan dan dilaksanakan dalam Tiga Gelombang. Apa-apa yang akan saya beri penekanan di sini adalah berkaitan dengan 11 Anjakan yang perlu dipenuhi oleh kementerian dalam masa lebih 20 tahun ini. 11 Anjakan tersebut ialah :

Jadual 1 : 11 Anjakan Yang Perlu Dipenuhi Kerajaan Berdasarkan kepada 11 Anjakan tersebut, terdapat tiga Anjakan yang amat berkait rapat dengan pendidikan, iaitu Anjakan 1 : Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa, Anjakan 7 : Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia dan Anjakan 8 : Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan. Berdasarkan tiga anjakan ini, saya akan berusaha menyediakan sebuah pelan tindakan untuk mengurus perubahan-perubahan dan cabaran-cabaran yang akan dihadapi oleh negara dalam bidang pendidikan pada abad ke-21 ini. Hal ini kerana dalam tempoh lebih 20 tahun, saya kira pasti akan wujud pelbagai perubahan dan cabaran untuk menjayakan 3 anjakan dalam bidang pendidikan ini dan pelan tindakan yang sesuai amat diperlukan untuk memastikan PPPM terus menyumbang kepada kemenjadian murid.

2.2 Pelan Tindakan Untuk Mengurus Perubahan-Perubahan Dan Cabaran-Cabaran Yang Akan Dihadapi Oleh Negara Dalam Bidang Pendidikan Pada Abad Ke-21 Anjakan 1 : Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa

Di Malaysia kita disajikan dengan pelbagai agama, bangsa, kaum, etnik dan ras, tetapi hal ini tidak sesekali menjadi penghalang kepada kerajaan dan juga organisasi swasta yang lain dalam usaha memberikan akses yang sama rata kepada setiap seorang dari rakyat Malaysia. Saya kira cabaran utama yang akan dihadapi oleh kementerian atau kerajaan untuk menerus dan merealisasikan Anjakan 1 ini adalah dalam bentuk pendidikan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa. Hal ini kerana kita semua sedia maklum bahawa Malaysia mempunyai bentuk muka bumi yang pelbagai dan wujud perbezaan dari segi udara, keadaan negari, suasana, bukit bukau, sungai-sungai dan laut lalu menyebabkan manusia bermastautin di tempat tertentu dan menjurus kepada perkembangan penempatan yang tersendiri. Di setiap negeri, kawasan yang paling pedalaman, selalunya di label sebagai kawasan P3 adalah kawasan yang paling sukar untuk dilalui, dan selalunya agak terpisah daripada aspek pembangunan. Murid-murid di kawasan ini gemar belajar, tetapi kekangan dari segi kemasukan arus pembangunan seperti perkembangan teknologi menyumbang kepada kemerosotan prestasi dan kebolehan mereka. Hal ini adalah berbeza sekali dengan murid-murid yang mendiami kawasan bandar. Kehidupan seharian mereka yang dipenuhi dengan kemudahan yang berteknologi seperti proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan Liquid-Crystal Display (LCD), skrin putih, komputer riba, dan lain-lain sedikit sebanyak menyumbang kepada pembangunan akademik mereka. Disini, saya yakin cabaran yang saya cuba maksudkan nampak dengan sangat jelas. Situasi ini jika tidak dipandang serius oleh kerajaan (Kementerian Pendidikan Malaysia terutamanya) akan menampakkan jurang yang terlalu besar antara murid-murid pedalaman dengan murid-murid bandar. Saya kira, Anjakan 1 dalam PPPM boleh dilaksanakan di sekolah di bandar dan juga di luar bandar, tetapi pelaksanaan anjakan ini untuk sekolah di kawasan pedalaman, P3 terutamanya adalah angan-angan sahaja. Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, mana mungkin kerajaan boleh menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa kepada murid-murid yang tinggal di kawasan ini, memandangkan tiada jalan darat yang selamat dan elok untuk menghubungkan sekolah-sekolah ini dengan jalan-jalan raya.Walau bagaimanapun, pelan tindakan yang boleh saya usulkan ialah kerajaan wajib melakukan penambahbaikan secara berperingkat dalam usaha memastikan arus pembangunan sampai kepada murid-murid yang bersekolah di kawasan pedalaman seperti ini. Pertamanya, bagi memudahkan proses ini, jalan raya (bukan jalan yang rumit untuk dilalui seperti sesetengah jalan raya di Gua Musang) perlu dibina. Hal ini kerana arus pembangunan sama ada dalam bentuk ke kemudahan peralatan, tenaga pengajar, bahan binaan dan lain-lain perlu dibawa dan diangkut menggunakan jalan darat. Sesetengahnya akan mengatakan bahawa kemudahan helikopter boleh digunakan, tetapi dengan saiz sebesar sebuah helikopter, bayangkan berapa ratus kali penerbangan yang perlu dibuat oleh pemandu helikopter untuk membawa kemudahan-kemudahan ini. Mahu atau tidak mahu, jalan raya wajib dibina untuk merealisasikan Anjakan 1 dalam PPPM ini. Setelah jalan raya dibina dan kemudahan boleh dibawa masuk ke kawasan pedalaman ini, barulah usaha-usaha lain dari kerajaan dalam merealisasikan anjakan ini boleh dilakukan.Anjakan 7 : Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia

Information And Communications Technology (ICT) bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat. Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah, penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Penyelidikan di seluruh dunia menunjukkan ICT boleh menolong proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Sebuah laporan yang dibuat oleh National Institute of Multimedia Pendidikan di Jepun, membuktikan bahawa peningkatan pendedahan murid melalui kurikulum pendidikan integrasi ICT mempunyai kesan yang signifikan dan positif tentang prestasi murid. ICT memberikan pelbagai kelebihan kepada murid. Antaranya ialah dengan mudah gambaran dapat digunakan untuk pengajaran dan meningkatkan memori murid, dapat menjelaskan arahan kompleks untuk pemahaman dan pengajar (guru) boleh membuat sesi interaktif dan membuat pelajaran lebih menarik, yang boleh meningkatkan tahap konsentrasi dan kehadiran murid ke sekolah. Selain itu, kita boleh mendapatkan maklumat secara mudah dan lebih terperinci. Misalnya, murid dapat mencari maklumat untuk menyiapkan kerja sekolah kerana pelbagai maklumat dapat diakses secara mudah. Contohnya maklumat yang boleh diakses ialah berkaitan pendidikan, kesihatan, pelancongan, berita dalam dan luar negara malah banyak lagi. ICT dapat membantu kita mengetahui maklumat lebih cepat, tepat dan pantas. Berita yang disampaikan secara atas talian dari seluruh negara dapat dikongsikan dan kita tidak perlu lagi menunggu. Kita sekaligus dapat melihat perkembangan dunia yang terkini.Walau bagaimanapun kelebihan ICT yang dinyatakan, tanpa kemahiran yang baik dari segi penggunaan, penyelenggaraan dan lain-lain akan menjadi kekangan yang boleh menyulitkan segala kerja buat seseorang. Cabaran yang cuba saya nyatakan di sini ialah sebelum ICT boleh dimanfaatkan, kebolehan menggunakan dan menyelenggara ICT perlu dikuasai terlebih dahulu. Walaupun Malaysia bergerak ke arah negara maju, tetapi siapa-siapa tidak boleh menyangkal bahawa tidak semua guru dan pentadbir sekolah boleh menggunakan ICT dengan lancar. Jika guru dan pentadbir sudah mengalami kekangan seperti ini, saya kira murid-murid pasti mengalami kekangan yang sama, atau mungkin lebih teruk lagi. Hal ini kerana kerajaan kurang membuat seminar, bengkel, program dan lain-lain yang boleh membantu meningkatkan kebolehan guru dan pentadbir sekolah dalam mengendalikan ICT. Jika ada seminar, bengkel dan program dibuat oleh kementerian, pasti diadakan di luar kawasan atau di luar negeri. Saya kira faktot kekangan masa dalam kalangan guru dan pentadbir adalah faktor yang paling sukar untuk diatasi kerana sebagai seorang guru atau pentadbir, tanggungjawab lain seperti tanggungjawab seorang ayah, ibu, kakak dan lain-lain juga perlu dilaksanakan. Jadi untuk menghadiri seminar, bengkel, program dan lain-lain ini adalah sesuatu yang agak menyulitkan. Jika kerajaan tidak berusaha untuk mengatasi cabaran-cabaran ini, pasti Anjakan 7 dalam PPPM ini tidak akan boleh direalisasikan.Walau bagaimanapun, setiap kesusahan dan masalah, pasti ada jalan keluarnya. Antara pelan tindakan yang boleh saya usulkan ialah kerajaan (Kementerian Pendidikan Malaysia terutamanya) perlulah memperbanyakkan lagi usaha untuk mengadakan seminar, bengkel, program dan lain-lain supaya kemahiran guru dan pentadbir dalam menggunakan ICT dapat ditingkatkan, selain mengadakan seminar, bengkel dan program berkaitan ICT ini dekat dengan kawasan sekolah untuk mengelak faktor kekangan masa. Hanya setelah perkara ini di atasi, barulah Anjakan 7 ini iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia dapat direalisasikan.Anjakan 8 : Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan

Anjakan ini saya kira berkisar tentang guru sebagai pendakwah ilmu. Setiap guru di Malaysia mempunyai kelayakan ikhtisas yang diperakui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Jadi, sudah semestinya setiap daripada guru mempunyai kebolehan yang terbaik dalam menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Hal ini kerana di maktab-maktab perguruan atau dimana-mana IPTA / IPTS yang menyediakan latihan perguruan, pelbagai ilmu-ilmu baharu dipelajari pada setiap semester. Secara tidak langsung, guru-guru pelatih dididik untuk melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu pengetahuan yang berguna.Walau bagaimanapun, setelah ditempatkan nanti di sekolah-sekolah sekitar negara, sedikit sebanyak jangka masa mengajar akan mempengaruhi minat mengajar, dan masalah ini dibebani lagi dengan guru-guru yang tidak mempunyai minat untuk menjadi guru setelah mengetahui tugas dan tanggungjawab yang digalas adalah cukup mencabar. Hal ini dibebani lagi dengan tanggungjawab lain yang diletakkan di pundak guru selain mengajar iaitu menguruskan penfailan, mencatat markah murid secara atas talian, menyertai kursus, menguruskan majlis-majlis di sekolah dan lain-lain. Cabaran yang cuba saya ketengahkan ialah kekurangan minat untuk mengajar dan menyampaikan ilmu dalam kalangan guru disebabkan faktor-faktor di atas. Apabila masalah ini timbul, saya sangat yakin bahawa anjakan ini tidak akan berjaya dilaksanakan.Walau bagaimanpun, jika kerajaan cakna akan masalah ini, saya kira Anjakan 8 iaitu transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan boleh dicapai secara berperingkat. Kerajaan (Kementerian Pendidikan Malaysia terutamanya) perlu sentiasa turun padang dalam memastikan guru dan pentadbir sekolah menjalankan tugas dengan sewajarnya kerana tanpa pemantauan daripada pihak atasan, sebahagian kecil guru dan pentadbir sekolah mungkin terlupa akan tanggungjawab mereka. Selain itu, kerajaan haruslah memahami kekangan yang dihadapi diperingkat guru dan pentadbir sekolah dengan tidak membuat dasar-dasar pendidikan yang tidak wajar dan akan menambah beban kerja seorang guru. Jika kita perhatikan, salah satu sistem yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ialah setiap guru kelas wajib mengisi markah ujian dan peperiksaan murid-murid secara atas talian. Hal ini amat menyulitkan kerja guru apabila masalah line terlalu perlahan. Perkara ini terjadi kerana terdapat satu laman untuk diguna oleh puluhan ribu guru yang bersesak-sesak untuk memasukkan markah-markah ujian. Jujur, saya merasakan sistem ini cukup baik untuk memudahkan pihak pengurusan sekolah dan ibu bapa memantau akademik murid-murid, tetapi apabila berlaku masalah seperti ini, tugas guru telah beralih arah. Bukan lagi berfokus kepada mengajar, tetapi lebih kepada mengisi markah, mengatur sistem penfailan murid dan lain-lain lagi. Kepada pihak atasan, (Kementerian Pendidikan Malaysia terutamanya) fahami dan cakna akan masalah guru adalah perlu kerana guru adalah pelaksana setiap dasar-dasar baharu yang dibuat oleh kementerian, bukannya kementerian yang melaksanakannya. Benar jika sesetengah pihak menyatakan bahawa pihak kementerian tahu lebih dari guru, tetapi saya kira jika diberi peluang kepada mereka untuk menjalankan tugas guru cukup selama sebulan, pasti mereka akan mengibarkan bendera putih tanda mengaku kalah. Hal ini kerana tugas guru ialah sebagai pendakwah ilmu, bukan setakat mengajar selain perlu boleh menjadi pakar motivasi, pelawak, pelakon, pemuisi, penulis, doktor, jururawat dan lain-lain lagi demi murid-murid yang disayangi.